Monday, 29 October 2018

Percutian Bajet Ke Seoul Korea - Day 1 Kuala Lumpur ke Seoul

Percutian Bajet Trip Melancong Ke Seoul Korea



Akhirnya, Mat Drat dapat berkongsi pengalaman percutian ke Seoul walau pun selepas beberapa bulan. Terlalu sibuk. Agak banyak trip tahun ni.

Sebelum Mat Drat mulakan perkongsian 'trevelog' trip percutian ke Seoul ni, Mat Drat cadangkan baca dahulu perkongsian Mat Drat sebelum ni, perkongsian  beberapa hari selepas balik dari percutian / melancong ke Seoul tempoh hari.



Perkongsian awal Mat Drat sebelum ni (link di atas) lebih kepada tips dan panduan nak bercuti ke Seoul, lebih kurang info secara general sahaja. Manakala perkongsian kali ni pula lebih detail.... perkongsian ala travelog secara day by day.....

Okey, sebelum Mat Drat mulakan dengan DAY 1... Kalau nak baca perkongsian  Mat Drat bercuti ke Busan pula, boleh baca di link di bawah. 

Percutian ke Busan ni tahun lepas, trip tajaan Astro sempena filem Train To Busan.







INTRO TRIP SEOUL - PERCUTIAN BAJET

Secara ringkas mengenai trip percutian Mat Drat ke Seoul kali ni :
  • Ini adalah trip bersama rakan-rakan sepejabat (ada yang bawa pasangan).
  • Trip ni 6H4M
  • Berlepas  Isnin 11:30 malam, Balik Sabtu 11:00 pagi
  • Trip DIY ni : All in tak sampai RM 2,700 seorang termasuk flight.
  • Kami  arrange sendiri semuanya, Mat Drat uruskan pasal flight, gound transport (airport transfer) dan hotel.
  • Seorang lagi sahabat, 'MAJ' uruskan itinerari untuk di Seoul (dia dah pernah ke Seoul, jadi senang)
  • Kami semua 17 orang.... semua dewasa. Se-awal usia awal 20-an sehingga yang berumur lewat 50-an. 
  • Trip ni agak jimat sebab 
    • Tiket Flight kebetulan beli masa MATTA Fair
    • Tiket entrance dapat murah sikit (beli kat KLOOK)
    • Hotel Mat Drat ambil tanpa breakfast (RM200++ / nite) utk twin room
    • Makan sekali sehari di sini (lunch atau dinner), sekali lagi makan  bekalan yang di bawa (Brahim's / My Chef )


Nota :

Nak bagi tahu awal-awal, kalau buat DIY dan itinerari tu banyak berjalan kaki, pastikan semua peserta fit untuk berjalan. 

Mat Drat agak sedih bila terserempak dengan satu rombongan family (dengan parent yang agak berumur) semasa kami turun dari masjid Seoul. Kesian lihat mak dia 'terpaksa' memaksa diri berjalan mendaki bukit ke area masjid (mungkin ingin ke masjid atau ke restoran halal). 

Kalau bawa orang tua, ada tempat tertentu better ambil teksi sahaja dari berjalan kaki. (Masih terbayang kat makcik tu...kesian. Terus terbayang kat arwah ibu Mat Drat masa tu)



DAY 1

KUALA LUMPUR - SEOUL ( KUL -ICN )

  • Mat Drat uruskan flight dan semuanya booking online je. MAS dah tak buka untuk group booking, dulu boleh. Sekarang utk group booking kena melalui travel agent. Harga travel agent pun masa tu tak dapat beat harga promosi MAS dan promosi MATTA Fair.
  • Flight Departure  11:30pm , arrival Incheon 7:10am - 
  • Penerbangan 6 jam 40 minit. Seoul lewat 1 jam kebelakang.


Flight Murah
  • Kebetulan Mat Drat dapat tiket MAS yang agak murah berbanding AirAsia.
  • Tiket Kuala Lumpur - Seoul (return) Mat Drat dapat pada harga RM 1,199.
  • Dan ada juga beberapa tiket Mat Drat beli semasa MATTA Fair (online) pada harga RM 999. 
  • Harga tiket yang Mat Drat dapat ni kira murah la .... sebab dah masuk baggage allowance 30kg, siap in-flight meals, dalam flight pun ada in-flight entertainment.
  • Biasa kalau travel pun, Mat Drat akan compare harga AirAsia dengan airlines lain juga, kalau beza sikit-sikit Mat Drat akan ambil airlines lain sebab untuk lebih selesa....lagi-lagi kalau penerbangan yang agak lama.









    Pengalaman Naik Airbus A380-800
    • Satu lagi, kebetulan masa beli tu MAS tengah buat promosi gunakan pesawat Airbus A380-800 yang double deck tu. Tu pun satu faktor Mat Drat ambil penerbangan MAS untuk trip ni.
    • Untung kawan-kawan Mat Drat, naik Airbus A380-800 dan dapat duduk seat atas (upper deck) yang cukup selesa. 
    • Untuk pesawat MAS ni, upper deck ni dulunya adalah premium economy. Kira class di antara 'economy class' dan 'bussiness class', tapi sekarang ia adalah class economy. Harga tiket pun sama sekarang.
    • Upper deck ni kalau masa beli tiket, nak reserve terus seat ni memang mahal sikit, tak silap hari tu Mat Drat rasa kena bayar extra RM 100.  Ni kalau nak reserve terus seat ni la.
    • Seat di atas lebih selesa dan luas sebab kedudukan seat dia adalah 2-4-2, manakala di tingkat bawah untuk economy adalah 3-4-3.

    Tips Nak Dapat Seat Upper Deck
    • MAS ni dibuka check-in online 48 hours sebelum departure, jadi bila dibuka je check-in online jangan terus check ini.
    • Cek dulu upper deck sama ada masih ada seat kosong atau tidak, kalau ada, tukar seat dan ambil seat di deck atas.
    • Kalau 'nampak' penuh dan tak available, jangan risau.... masa check in / drop beg di kaunter try tanya petugas di kaunter. Kalau ada kosong,  petugas akan bagi je.
    • Pengalaman Mat Drat
      • Masa flight KUL - ICN, Mat Drat dapatkan semua seat di upper deck. Puas hati semua. Ni Mat Drat tukar semasa check-in online.
      • Masa return flight ICN - KUL pula, Mat Drat tak dapat nak tukar seat masa nak check-in online. Hanya dapat tukar 2-3 orang punya sahaja. Yang lain tak boleh tukar walau pun nampak seat masih kosong. Tapi beberapa kawan Mat Drat request di kaunter masa drop beg,dapat seat di upper deck.
      • Pengalaman Mat Drat bulan lepas dalam Trip ke London dan Edinburgh, Mat Drat naik Qatar Airways. Pun sama, Mat Drat request seat upper deck semasa check in/drop beg di kaunter. Boleh tukar selagi masih ada seat yang kosong.
      • Tapi flight ke London, Mat Drat tak duduk upper deck sebab window seat semua dah penuh dan dia offer middle seat yang diapit kiri dan kanan. Mat Drat kurang minat sikit duduk middle seat ni lagi-lagi kalau penerbangan yang lama. 8 jam KUL - Doha, dan lebih kurang 7 jam Doha - London.


    Percutian Bajet Trip Melancong Ke Seoul Airbus A380-800
    Penerbangan  11: 30 pm dari Kuala Lumpur.
    Dijangka tiba Seoul 7:10am



    Percutian Bajet Trip Melancong Ke Seoul Airbus A380-800
    Untung dapat seat upper deck.
    Boarding area pun di tingkat atas, jadi kami tak perlu beratur untuk masuk ke boarding gate di bawah sementara menunggu departure.
    Di bawah tu 'Q' agak panjang untuk masuk ke area boarding gate.


    Percutian Bajet Trip Melancong Ke Seoul Airbus A380-800
    Masuk pesawat pun antara paling awal.  Masuk awal, boleh tidur awal.
    Ngantuk dah ni...

    Percutian Bajet Trip Melancong Ke Seoul Airbus A380-800
    Standard economy je.... dah kelas economy kan.
    Cuma seat je lebar dan agak selesa.
    Window seat ni 2 seat sahaja, kalau di lower deck, ada 3 seat jadi agak sempit. Jadi di atas ni s
    enang nak keluar ke toilet sebab tak ganggu orang sebelah.
    Percutian Bajet Trip Melancong Ke Seoul Airbus A380-800
    Sebelah window seat , ada ruang compartment.
    Boleh letak barang-barang.


    Percutian Bajet Trip Melancong Ke Seoul Airbus A380-800
    Tapi rezeki  dapat seat yang compartment sebelah Mat Drat ada benda ni...
    Tapi tak kisah sangat pun sebab tak guna pun compartment ni,  kat ruang kaki pun agak luas.



    Percutian Bajet Trip Melancong Ke Seoul Airbus A380-800
    Belakang-belakang tu semua kawan-kawan dalam trip ni.


    Percutian Bajet Trip Melancong Ke Seoul Airbus A380-800
    Dah berlepas 4 minit dengan distance traveled 24 km.
    Dan ada lagi 5 jam 39 minit to Seoul.


    Percutian Bajet Trip Melancong Ke Seoul Airbus A380-800
    Sorry la...memang niat naik je flight nak tidurrrr. Tak sampai 10 minit, kami dah terlelap. Ada je paparazi tukang ambik gambar.


    Percutian Bajet Trip Melancong Ke Seoul Airbus A380-800
    Menu sarapan.... Alhamdulillah.
    Sampai-sampai Seoul je perut dah kenyang dan boleh terus berjalan.

    Percutian Bajet Trip Melancong Ke Seoul Airbus A380-800
    Mat Drat kalau flight malam, akan cari  window seat yang dapat menikmati matahari terbit.
    Matahari terbit dari atas awan....tersangat la mengasyikkan...
    Tapi ni dah agak terlewat terjaga sebenarnya, dah agak cerah...


    Percutian Bajet Trip Melancong Ke Seoul Airbus A380-800
    Menghampiri Seoul....
    Antara jambatan yang cukup banyak di Seoul 


    Percutian Bajet Trip Melancong Ke Seoul Airbus A380-800
    Alhamdulillah...safely landed di Seoul. Kali kedua ke Korea.



    INCHEON AIRPORT, SEOUL ( ICN )

    • Flight kami tiba sekitar jam 7:10 am di Seoul selepas 6 jam 40 minit penerbangan
    • Imigresen dan Kastam di Seoul agak ketat, tapi tak 'secerewet' di Australia atau US
    • Declaration form, isi siap-siap masa dalam flight. Senang....
    • Crew akan distribute beberapa minit sebelum pesawat mendarat.
    • Declare betul-betul, baca molek2.
    • Kalau bawa senjata, kena declare...  tak kira la pisau ke, parang ke apatah lagi pistol.....

    Percutian Bajet Ke Seoul Korea Melancong
    Incheon Airport






    Kisah Benar .... 
    Salah seorang dari kami ada bawa 'pisau lipat' Swiss. Dia tak bawa dalam hand carry bag (memang tak boleh bawa pun masuk pesawat), tapi bawa letak dalam check-in beg.

    Dalam declaration form, dia declare la bawa pisau (tak declare nanti kalau kena periksa dan kantoi satu kesalahan pulak...jadi dia declare)

    Bila sampai di imigresen, pegawai lihat form dan dia diperiksa oleh official staff (kastam kot), di bawa ke bilik 'kuarantin' dan semua brg dalam beg diperiksa. Mereka cek kalau-kalau ada barang lain.

    Memang akan ambil masa, kami dah settle semua urusan terpaksa menunggu dia. Nasib baik lepas, cuma pisau kesayangan dia tak boleh di bawa masuk ke KOrea!!!

    JADI...  (Peringatan)

    benda-benda bahaya / tajam, kalau tak perlu sangat, tak payah la bawa....


     AIRPORT TRANSFER

    • Kami naik teksi (airport transfer) yang disediakan oleh 3rd party dari Airport ke Hotel untuk jimat masa dan tenaga.
    • Flight malam dan tiba awal pagi,  jadi traffic ke SEOUL memang agak jem. 
    • Airport ke Hotel di Myeondong hampir 1 jam 30 minit. Memang jem.
    • Driver taxi kata....awal pagi (lepas tengah malam) je baru Seoul ni tak jem.
    Senang je nak cari MAT DRAT...



    17 orang...3 Taxi Starex . Cukup selesa

    Memang selesa




    • Option lain boleh naik 
      • Bas KAL Limousine - Jimat dan selesa
        • Tambang dalam KRW 15,000 (RM 60).
        • Nak lagi jimat, beli melalui 👉👉 KLOOK , ada diskaun disediakan. Masa Mat Drat ke Seoul hari tu, KLOOK offer RM52 RM60 sahaja. 
      • Airport Tren  (AREX)- Paling jimat dan cepat
        • Tren berlepas dari Terminal 2
        • Tambang Dewasa : KRW 9,000 (RM 36) / Child KRW 7,500 (RM 30)
        • Nak jimat, beli melalui 👉👉 KLOOK. Boleh dapat lebih 15% diskaun. Masa Mat Drat ke Seoul hari tu, KLOOK offer harga RM36 RM24

    • SEBAB Mat Drat ambil teksi limo dan tak naik Bas atau tren 
      • Kalau datang beberapa orang, dari naik bas mungkin boleh consider naik teksi/private van.
      • Bila kongsi-kongsi kos teksi, naik teksi lebih kurang harga naik bas sahaja. Lebih pun mungkin beberapa ringgit sahaja TETAPI lebih selesa.
      • Mat Drat ambil Large Taxi ( kita boleh pilih saiz transport). Harga pun tak mahal, kongsi 6-7 orang jatuh dalam RM 60 je, macam tambang naik bas limousine je.
      • Yang ni Mat Drat ambil Hyundai Starex, sesuailah untuk bilangan 6-7 orang. Naik di airport depan gate dan berhenti depan pintu hotel. Tak letih. Memang untuk saiz bilangan 6-7 orang, kebanyakan mereka akan sediakan Starex.
      • Jika Naik Airport Tren akan sedikit letih dan tak selesa sebab 
        • perlu tukar ke tren metro untuk ke hotel. 
        • Station Metro di Seoul ada 2-3 level, yang 4 level pun ada. naik tangga dan escalator dengan beg.
        • Lagi-lagi waktu pagi, tren agak penuh dan station agak crowded.
        • perlu menapak dari station ke hotel dengan beg. Dah la baru sampai....letih ooo... tu belum lagi kir akalau bawa anak-anak atau orang tua sikit.
      • Jika Naik Bas KAL Limousine akan letih juga sebab 
        • hentian bas KAL Limousine yang terdekat dengan hotel kami dalam 300 meter. 
        • 300 meter tu nak menapak awal-awal pagi, dengan beg dan baru sampai...rasanya  better ambik teksi je sebab kos lebih kurang sama.
        • buat apa bayar sama kalau perlu menapak.
        • Tapi kalau ada yang nak naik Bas KAL Limousine ni, lihat route dia dulu dan kenal pasti kat mana hentian dia yang paling dekat dengan hotel kita nak duduk. Nasib baik, bas akan berhenti betul-betul depan hotel.

    • Yang nak ambil airport transfer, antara beberapa operator yang sediakan perkhidmatan ni boleh pilih di ðŸ‘‰ðŸ‘‰ KLOOK
      • Senang je, Order tetapkan tarikh dan masa arrival - print voucher.
      • Akan dapat maklumat terus di mana dia akan tunggu.
      • Sehari sebelum berlepas, WhatsApp driver untuk remind. Sebelum berlepas pun remind je bagi tahu pesawat dah nak berlepas dan ikut jadual. Di arrival hall....dia dah tunggu dengan playcard "MAT DRAT".
      • DISKAUN KLOOK : Boleh cek kod diskaun KLOOK di link atas tadi, ada Mat Drat share di situ (kalau masih valid la).

    Klook.com


    HOTEL MURAH DI SEOUL


    • Untuk trip ni, Mat Drat pilih  Morning Sky Hotel selepas buat perbandingan dengan beberapa hotel

    • Sebenarnya Mat Drat nak cari hotel area Myeong-Dong, tapi intai punya intai, mahal sikit area situ. Yang dalam budget, tak ada pulak bilik kosong yang cukup untuk twin single.
    • Rasanya ramai suka menginap di Myeong-Dong ni sebab
      • Dekat dengan restoran Kampungku - Restoran Halal, Owner rakyat Malaysia
      • Dekat dengan Metro station
      • Dekat dengan Namsan Tower
      • Dan paling seronok, dekat dengan Myeong-dong Market









    Morning Sky Hotel


    Hotel Murah di seoul

    • Mat Drat pilih untuk menginap di Morning Sky Hotel sebab ;
      • Agak murah. Rate dalam RM 200/nite untuk twin single / deluxe
      • Konsep dia macam IBIS Hotel. Simple dan kontemporari.
      • Depan hotel ada mini park, boleh melepak (kalau ada masa). Hotel tak ada cafe, jadi boleh makan santai kat park tu.

      • 300 meter je dari bus stop untuk naik Bas Airport (Bas KAL Limosuine Bus Airport - Seoul City) . Tapi kami tak jadi naik bas sebab dapat teksi limo yang lebis selesa. 

      • 350-400 meter dari station Metro terdekat iaitu station Euiljiro 4(sa) Ga. Di station ni ada 2 line metro, iaitu Line 2 (Hijau) dan Line 5 (Purple)
      • 700-800 meter dari station metro Dongdaemun History & Culture Park. Di sini ada 3 line metro, iaitu 
        • Line 2 (Hijau) 
        • Line 5 (Purple) 
        • Line 4 (Biru)

      • Tiap-tiap malam Mat Drat melepak di Dongdaemun History n Culture Park ni... memang dah niat dari Malaysia nak melepak kat sini tiap-tiap malam. Tu yang Mat Drat pilih hotel ni tu...


    • Hotel ni tak silap hari tu tak benarkan untuk bawah 7 tahun.  Boleh cek semula masa nak booking nanti.
    • Ada disediakan microwave di lobby hotel, kami memang perlukan microwave sebab banyak bawa ready to eat punya makanan seperti Brahim's dan MyChef.
    • Hotel sediakan dapur (dapur electrik) dan peralatan, tapi kena bayar extra. Mat Drat tak ambil dapur tu sebab setakat nak panaskan nasi dan lauk segera, boleh panaskan di microwave yang disediakan je. Boleh pm direct hotel untuk tanya harga.



    • Selepas 1 jam 30 minit perjalanan dari Airport, kami sampai ke hotel.
    • Mat Drat dah maklumkan akan sampai awal, dan minta check-in awal jika ada bilik kosong.
    • Nasib tak baik, dapat 4 bilik je yang. Bilik lain belum ready.
    • Jadi kami ambil peluang rehatkan diri dalam 2 jam sebelum mulakan aktiviti jelajah Seoul.
    • Sebelum keluar, kami makan dulu. Panaskan nasi segera yang di bawa di microwave dan makan di taman. Waktu kami sampai, café di sini tengah renovation dan café sebelah hotel belum buka.

    • 7E pun dekat sangat, tak sampai 50 meter ada 2 buah 7E. Macam kat Bangkok lak, 7E dekat dekat je antara satu sama lain.
    • Kat 7E, sebelum mulakan perjalanan kami beli siap-siap T-Kad. T-Kad ni macam kad diskaun untuk naik tren metro. Kalau beli tiket setiap kali nak naik, jadi mahal.
    • Masuk 7E, jangan  lupa beli BANANA MILK. Sedappppp. Nak balik Malaysia pun Mat Drat siap beli beberapa botol (habiskan duit syiling), dapatlah bagi anak-anak rasa. Nak beli kat sini, mahal sikit.

    Jadi sebelum memulakan langkah....
    1. Beli T-Money dan Topup di 7E
    2. Beli Banana Milk / Banana Uyu 
    3. Makan nasi ready to eat yang dibawa ( nasi putih + kari ayam)

    Cukup la...Nasi Putih Kukus my Chef + Kari Ayam



    Destinasi kami untuk hari ni adalah ke 
    1. Namsan Tower ( Seoul Tower)
    2. Dinner di Restoran Kampungku
    3. Shopping di MyeongDong Market
    4. Cheonggycheon Stream

    Okey....bersambung ke entry berikutnya.... Namsan Tower


    ~ Mat Drat~



     Travelog Seoul -Day 1

     Namsan Tower (N Seoul Tower)
     Travelog Seoul -Day 1

    Myeong-Dong Market

    Travelog Seoul -Day 2

     Nami Island
    PTravelog Seoul -Day 2

    Morning Galm Garden 
    Han River Cruise
    Travelog Seoul -Day 3

    Everland
    Travelog Seoul -Day 4

    GwangHaemun
    Travelog Seoul -Day 4

    Palace
    Travelog Seoul -Day 4

    Gravin Muzium
    Travelog Seoul -Day 4

    Seoul Mosque

    Travelog Seoul -Day 5

    Seoul - Kuala Lumpur
     Tempat Menarik di Seoul
    Tempat Makan Halal di Seoul
    Tempat Shopping Murah di Seoul


    16 comments:

    1. i pun terasa nak pergi bercuti di seoul.. bajet, nice package.. time to fly and go korea.. hehehe

      ReplyDelete
    2. Woah, ini memang complete punye intenary sekali dengan tips. Berbaloi follow entry ni kalau nak pergi korea nanti.

      ReplyDelete
    3. seronoknya ! teringin nak buat percutian budget macam ni tapi ni dah nak ada baby kena posponed dulu laa

      ReplyDelete
    4. bestnya dapat pi seoul korea.. mesti banyak kenangan dan gambar-gambar menarik kat sana kan.. yang penting dapat release twnsion tengok pemandnagan cantik2 disana

      ReplyDelete
    5. Best la Mat Drat...dapat pi Seoul .banyak betul gambar menarik dan ramai betul la yg dh sampai sini..ada ada dalam wish list Sa jugak ni..ntah bila dapat pi

      ReplyDelete
    6. I miss Korea! It's been so many years since I last visit, the price of the tickets were really cheap, need to go Matta fair next round.

      ReplyDelete
    7. Wow murahnya hehehe pergi Korea kita memang nak pergi juga memang menarik dan bestnya kita akan rancang untuk pergi tahun depan ok lah hehehe...

      ReplyDelete
    8. wah, agak murah jugak tu tiket dan expenses less than 3k. InshaAllah one day nanti nak bercuti ke Korea juga lah. Thanks for sharing

      ReplyDelete
    9. Kena save intenary ni , mana tahu dapat pergi seoul juga nanti hihi .. Bestnyaaa

      ReplyDelete
    10. makin murahlah kos ke korea. patut la ramai yang ke sana sekarang ni. semua airlines pulak selalu buat promosi

      ReplyDelete
    11. Sis dah pernah jejak kaki kat Korea ni, memang best. Semua buat sendiri jugak n naik train utk jalan sana sini. Duduk pulak apartment sana..serius memang syiok. Ingat nak repeat tapi rasa membazir pulak utk pergi tempat yg dah pergi..baik gi lain negara yg lom jejak lagi kan..:D

      ReplyDelete
    12. Suka entri kamu ni, sangat infomasi dan siap dgn tips2 ni byk membantu utk travel ke seoul korea. Terima kasih.

      ReplyDelete
    13. Bestnya bercuti ke seoul.Seoul ni dah lama termasuk dalam bucket list emi tau, haha. inshaAllah akan datang nak jugak ke sini.

      ReplyDelete
    14. Bestnya abg drat !! Baguslah perincikan setiap butiran sbb senang utk kami ke sana nanti. InsyaAllah kalau ada rezeki mmg nak ke sana. Dah lama teringin dtg ke korea. Mesti best kan

      ReplyDelete
    15. Seronok klu dpt makan angin tgk negeri org,info yg menarik,my be thn dpn wishlist nk gi korea

      ReplyDelete
    16. syoknya jalan2 ke Seoul..rasanya last pergi sana tahun 2003..dah lebih 10 thn, mesti banyak perubahan

      ReplyDelete

    Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.

    Kalau lambat repy tu, Mat Drat minta maaf ye.

    Dan kepada Cik / Encik Anonymos, lagi manis kalau letak nama (nama samaran pun okey)