Monday, 8 October 2018

Pakej Percutian Ke Jepun - KHN Kembara Halal Nippon





Nak  pergi bercuti atau melancong ke Jepun? 

Tapi malas nak pening-peningkan kepala buat itinerari, mari baca perkongsian Mat Drat sikit mengenai pakej percutian ke Jepun. Pakej ni di handle oleh sahabat Mat Drat merangkap tuan empunya Kembara Halal Nippon - KHN. 


Berkenalan dengan tuan empunya KHN : Kembara  Halal Nippon


Borak santai kali pertama jumpa.


Sedikit intro. Semuanya bermula apabila Mat Drat balik dari percutian ke Busan tahun lalu. Selang beberapa hari lepas balik dari Busan tu, adalah Mat Drat berbual dengan jiran Mat Drat, Zam.... biasalah sembang pasal trip ke Busan. Kongsi-kongsi cerita sikit. Sambil-sambil tu tanya jugak kat dia pasal Jepun sebab dia pernah ke Jepun. Dia kata kalau bab Jepun, ko kena tanya yang pakar....nanti aku ajak 'ngeteh' sekali.

Dan satu hari tu dia ajak minum sambil kenalkan sahabat dia... Zainazly. Tuan empunya Kembara Halal Nippon. Rupa-rupanya bro Zainazly ni sebelah taman kita orang je. Laaaa.....dekat sangat rupanya.

Dan dari situ la Mat Drat Zainazly KHN ni... (save no kat hp pun Zainazly KHN)

Mat Drat sebenarnya macam  dah perasan akan nama KHN ni, ye la bila google pakej-pakej percutian ke Jepun, terjumpa KHN ni. Tapi setakat google je la, tak penuh poket lagi jadi tak dapat la nak bercuti ke Jepun. Bila kumpul-kumpul duit, ada je termelencong dan termelancong ke tempat lain.

Lagi pun bila kita selalu search di google dan juga menggunakan keyword percutian / pelancongan di komputer atau handphone (Mat Drat kan banyak menulis pasal percutian), maka iklan yang berkaitan percutian, pelancongan dan seumpamanya akan banyak keluar di screen kita. Tak kira la, di FB ke, di email ke atau semasa kita layari internet. 


Okey, sebenarnya tahun 2017 tu pun Mat Drat baru setahun lebih memblogging, jadi blog https://mat-drat.blogspot.com ni baru setahun jagung.  

Bila dapat jumpa tokey 'Kembara' yang selalu pulak tu bawa trip orang bercuti, seronok lak rasa... dan dapat sembang-sembang perkara dan info mengenai perkara yang sama-sama minat.

Sembang punya sembang, rupa-rupanya sama tempat belajar dulu. Masa belajar dulu kita orang kat kolej selalu panggil batch dia orang ni (bro Zainazly) dengan nama Budak Jepun, atau pun RPKJ - Rancangan Pendidikan Khas Ke Jepun. Patut lah bawak orang pergi Jepun macam balik kampung je, rupa-rupanya Jepun tu pernah jadi 'kampung' dia.

Cukup la intro macam mana Mat Drat kenal bro Zainazly KHN ni.


Nota : 
Masa jumpa kali pertama tu, Mat Drat ada cakap nak tulis sikit pasal trip jepun dan pakej dia. Kongsi-kongsi biznes kawan di blog untuk pembaca.
Tapi dari sehari ke sehari dan makan tahun, tak juga tulis tulis pasal KHN ni. 
Dan minggu lepas masa 'ngeteh' lepas Mat Drat balik dari trip London - Edinburgh, terpaksa mengaku....sorry, aku masih hutang satu entry dengan ko pasal KHN. Dalam minggu ni aku tulis la. Sebab dah janji masa jumpa kali pertama, janji perlu ditunaikan.



KHN - Kembara Halal Nippon

Okey, Mat Drat share sikit pasal KHN -Kembara Halal Nippon ni. Apa yang Mat Drat ingat dan tahu je la ye, untuk lebih maklumat boleh tanya owner atau klik FB Page dia.
  • KHN ni di 'run'kan oleh  Zainazly yang juga sahabat Mat Drat
  • Pernah belajar di Jepun dan bekerja di Jepun, jadi serba sedikit selok belok Jepun tu kira dia arif la.
  • Dia jalankan biznes KHN ni dengan bawa trip-trip mereka yang ingin ke Jepun tetapi mementingkan keselesaan. 
  • 'Keselesaan' tu apa yang dia tekankan masa sembang-sembang dengan dia, selalu dia cerita 
    • dia pastikan rumah/hotel selesa
    • ground tranport selesa, akan minimakan guna public transport. Dia kata biasanya akan ada 1 hari dia bagi peluang peserta trip dia merasai public transport di Jepun.
    • Yang pernah travel di Jepun atau Korea dan seumpamanya dan menggunakan public transport, akan tahu lah sehari akan berapa belas ribu step akan melangkah....Tak kuat stamina memang akan boleh surrender!!
    • Tempat makan, dia akan bawa ke tempat makan yang dia yakin halal.  Pernah duduk sana, tahu tempat dan apa yang boleh dimakan.
  • Trip yang di bawa ke Jepun ni tak kira bilangan, kalau nak arrange small group dia boleh , group besar pun dia boleh.
  • kira ilang
  • Pakej yang dia buat macam-macam, semua ikut musim. Ada pakej winter, spring, autumn, summer. Tokyo, Hokkaido, Mt Fuji dan macam-macam la, Mat Drat tulis pun tak berapa faham bab trip ke Jepun ni. Sebab belum jejakkan kaki lagi.
  • Pakej pakej ke Jepun yang ditawarkan bagi Mat Drat sangat menarik dan murah. Sebab apa murah, sebab memang murah... 😊
  • Antara pakej yang dia tawarkan , Mat Drat share di bawah. Rasanya ni yang ada slot untuk hujung tahun ni lagi.








Pakej Percutian Ke Jepun oleh KHN

Sekarang ni dan bulan Oktober, kira dah musim Autumn. Lepas Autumn start winter. 

Jadi kat bawah ni Mat Drat share pakej yang masih dibuka  Trip Winter 2018/2019 (berlepas Jan 2019) dan Trip Sakura 2019  

Untuk Trip Autumn rasanya masih ada beberapa kekosongan, kalau ada yang nakpergi last minit. Sebab semalam dia ada post di FB masih ada 4 kekosongan. Itu pun rasanya 3 trip di ke Jepun bulan Oktober dan November ni, kalau tak silap Mat Drat.

Yang nak pergi trip Spring nak kejar  cherry blossom, boleh la semak roger dia awal-awal. Biasa trip sakura (cherry blossom) ni cepat je habis, ramai yang minat.

Tahun ni kami sama-sama mengejar sakura. Dia bawa trip KHN ke Jepun mengejar sakura, Mat Drat mengejar sakura di Seoul..... jalan dengan kawan-kawan. Memang best layan sakura. 

Rezeki Mat Drat ke Seoul tahun ni betul-betul kena full blossom, tepat tarikh yang Mat Drat pilih. Tahun lepas Mat Drat ke Busan, terlewat seminggu lebih, sampai di Busan tinggal sakura kat atas jalan je....tu pun dahtak banyak.



Pakej Percutian ke Jepun Musim Winter 2019

Ada yang suka atau nak merasa main salji, boleh la bercuti ke Jepun musim sejuk / winter ni.

Ni pakej yang ditawarkan oleh KHN untuk 
Winter - RM 5,699 / pax




Pakej Percutian Ke Jepun Musim Spring - Trip Sakura Cherry Blossom

Ada juga yang teringin ke Jepun nak lihat pokok dan bunga sakura yang tengah full blossom. Datang lah waktu Spring. 

Ni pakej yang ditawarkan oleh KHN untuk
SAKURA - RM 5,699 /pax






Pakej Percutian Ke Jepun Musim Autumn dan Summer 2019

Untuk pakej percutian ke Jepun untuk musim Autumn dan Summer 2019,rasanya KHN belum keluarkan lagi poster. Nanti masa ke semasa boleh cek di FB Page KHN atau pun message personnel je Zainazly ni.

Rasanya lepas habis Winter nanti dia start la promote untuk trip Autmn dan Summer pulak. 

Promosi Terbaru KHN

Okey, ni Mat Drat share print screen dari FB dia. Kalau berminat, boleh message dia terus. Fresh lagi ni, baru semalam dia upload. Masih ada kekosongan  tapi limited.








Trip KHN 2017 dan 2018 - seronoknya mereka.....

Di bawah ni Mat Drat share beberapa keping gambar dari FB Page dia (dengan restu KHN), antara trip-trip terbaru yang dia bawa ke Jepun untuk tahun 2017 dan 2018. 




Trip Winter KHN - Kembara Halal Nippon


Trip Sakura Osaka (Kansai) 
KHN - Kembara Halal Nippon

Trip Sakura Hokaido
 KHN - Kembara Halal Nippon

Trip Summer ke Hokkaido KHN - Kembara Halal Nippon

Trip Autumn Tokyo 
KHN - Kembara Halal Nippon


Trip Autumn Tokyo KHN - Kembara Halal Nippon




Rasa nak tanya detail atau tanya berkaitan pakej-pakej KHN ni, boleh terus contact Zainazly ni di 013-204 2285

Kalau nak WhatsApp
boleh klik link ni (dari hp sahaja) http://www.wasap.my/+60132042285/

Sebut je, dapat nombor dia dari jiran dan kawan dia MAT DRAT..... Tak pun cakap je jumpa pakej dia di blogspot Mat-Drat, sekurang-kurangnya dia tahu la, ada juga yang baca apa Mat Drat tulis di blog ni pasal KHN...

atau kalau malas nak tulis mesej kat WhatsApp, klik je link ni, dia dah balas nanti tanya la apa nak tanya.... 


http://www.wasap.my/+60132042285/Assalam... boleh share pakej ke Jepun yang ada tak? 

Ops.... Jangan lupa singgah FB Page KHN 👉👉👉 FB Page KHN 


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡




19 comments:

  1. Teringin nak ke jepun. Dlm wishlist. Akan jejak juga 1 hari nanti. Now nak dahulukan yg lain2 dulu. Maklumlah, mkan gaji kan :-) savings nyer tak kencang hu hu hu...

    ReplyDelete
  2. glad you sharing this, good news to friends that like to go Japan. I also not been to Japan before, always want to know their package. Gonna tell my friends now, they wanna know of packages too on Japan.

    ReplyDelete
  3. bestnya trip ke jepun.haritu airah dah booked tapi sebab pregnant kita hold dulu duit tu hahahah sedih dah lama nak pergi jepun

    ReplyDelete
  4. syok nya.. i pun terasa nak pergi ke jepun leh... so great to go nihon.. heheheheh... time to fly~!

    ReplyDelete
  5. Bulan Jan 2019 masih salji ker lagi kat sana hehehe ok bestnya nak juga lama dah mengidam nak bercuti kat Jepun ni mungkin masa dah sampai sekarang ni kena pergi sebelum terlambat...

    ReplyDelete
  6. bagus ni...macam berbaloi pakej dia..nnt nak ajak sedara mara join trip ke jepun lah...seronok pergi ramai2 kan

    ReplyDelete
  7. Menarik pakej yg ditawarkan..but blom sampai masa SA nak ke sana..masih simpan niat niat dan letakkan dlm wishlist..ekonomi x stabil lagi.hehe..

    ReplyDelete
  8. Akhir tahun lepas sis ke Jepun, memang syiok dan tak puas jelajah tempat2 menarik kat sana. Kalau ada rezeki nak pergi lagi tapi musim winter pulak

    ReplyDelete
  9. Best best pakej yangbditawarkan. Kalau saya beepwkuang pergi Jepun memang nak sangat pergi musim bunga.. Suka sangat dengan bunga sakura tau

    ReplyDelete
  10. Tengok pakej dia menarik..bgus dapat jumpa kawan bercuti ni..jepun tu..nad teringin nak pergi jepun, tapi tak tau bila

    ReplyDelete
  11. Jepun merupakan salah satu destinasi percutian yg telah lama sy idam-idamkan. Memang teringin sangat2 nak ke sana utk lihat sendiri culture dan gaya hidup mereka.

    ReplyDelete
  12. The package is reasonable as travel to Japan itself actually expensive. I have go twice and I still love travel to Japan

    ReplyDelete
  13. Teringin nak pi Jepun. Sebuah negara maju yang masih penuh dengan kebudayaannya. Tengok harga pakej nya berpatutan gak. Thanks info....

    ReplyDelete
  14. Bagus pakej yang jelas camni. Lagi pula pelanggan dah pandai nak pi travel waktu musim yang mereka nak. Cuma tinggal pilih apa aktiviti dan Lokasi mereka nak aje. InsyaAllah soon ke sana. Hehe.

    ReplyDelete
  15. Menarik.. Pakej ni, teringin juga ke Negara Matahari terbit ni.. wishlist dulu dan boleh pakai pakej ni bila dah On nanti he he he

    ReplyDelete
  16. Menarii pakej dia..kalau saya pun saya tak la berapa nak prefer naik public transport semata2 dengan anak2 kecik ni. Dengan stroller nya..aduhhhh...diorang dah la jenis cepat2 ni...takut kita nak terkejar2..bagus ada pakej2 mcm ni

    ReplyDelete
  17. Wahhhh menarik betul pakej yg ditwarkan !! Teringin betul nak ke jepun tp belum ada rezeki lagi. InsyaAllah one day nanti akan ke sana. Ramai ye yg ambil pakej nie. Yelah, mudah utk muslim dapatkan mknn halal di sana nanti

    ReplyDelete
  18. Memang ada plan nak ke Jepun juga. Nak juga melawat negara matahari terbit ni kan. Suka juga tengok kemajuan negara ini dah disiplin rakyat negara ini.

    ReplyDelete
  19. Bestnya klu dpt join trip ke join,npknya kena simpan duit nk travel nti

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.