Saturday 13 October 2018

Susu Fernleaf UHT - Pastinya 100% Manfaat Terjamin dari New Zealand

Susu Fernleaf UHT 100% Mmmmm -  Pastinya 100% Manfaat Terjamin dari New Zealand


Kali ni Mat Drat nak berkongsi sikit pasal Mat Drat -  Susu Fernleaf UHT  & New Zealand. Semuanya saling berkaitan, jadi baca sampai habis untuk 100% 'kebaikan'... 


Minum Susu kan Bagus..... 

Susu Fernleaf UHT dari New Zealand
Jadikan susu sebagai diet harian anak-anak kita.
Dan susu Fernleaf UHT ni memudahkan untuk memastikan anak-anak boleh minum susu di mana sahaja.


Semua orang tahu, susu sangat bagus untuk kesihatan kita. Dan kita sangat memerlukan susu dalam diet seharian kita..... sebagai sumber kalsium dan juga protein.

Mat Drat sendiri memang dari kecil dah 'diajar' minum susu setiap hari (setiap pagi). Dan Mat Drat dah panjangkan amalan ni kepada anak-anak sampaikan anak-anak dah dewasa pun masih amalkan meminum susu.

Kat rumah Mat Drat ni ada pelbagai susu tepung, sesuai untuk keperluan dan umur yang berbeza di rumah ni. Macam Mat Drat dan isteri minum susu Anlene Heart Plus, dan ada juga susu Fernleaf Full Cream untuk anak-anak remaja serta Fernleaf 1-3 untuk anak kecil.

Dalam ramai-ramai anak Mat Drat, ada dua sorang yang ikut perangai Mat Drat suka minum susu waktu malam. 

Kadang-kadang tu sambil Mat Drat menulis waktu malam, ada la anak yang 'offer' bancuhkan susu untuk Mat Drat.  Tapi bila ada susu UHT ni, lagi senang anak nak offer susu untuk ayah dia.... Ambil susu dalam fridge dan gelas, terus hidang kat ayah dia. 



Susu Fernleaf UHT dari New Zealand
Sambil menulis....kita minum susu dulu....


Bagi jenama Fernleaf ni sendiri, Mat Drat rasa ia dah cukup sebati dengan kita rakyat Malaysia. Mana taknye,  lagu 'Ibu....ibu....engkaulah ratu hatiku..." yang cukup 'evergreen' , masih boleh kita nyanyikan sehingga sekarang, dan siap nyanyikan untuk anak-anak kecil kita.

Kita membesar dengan susu Fernleaf.... dan lagu ini cukup bermakna ini bagi Mat Drat, mengingatkan kita kasih sayang ibu kita.....






Kalau ada yang nak mengimbau kenangan lama, nak mengenang jasa ibu kita... jom dengarkan lagu yang cukup bermakna ini... (antara link lagu ni yang Mat Drat jumpa di youtube).






Okey.... ni kisah Mat Drat dan Susu.




Mat Dart dan Susu Fernleaf  UHT dari New Zealand

Susu Fernleaf UHT dari New Zealand



Mat Drat nak cerita pula pasal Susu UHT dan New Zealand!

Beberapa bulan lepas, Mat Drat ada perasan Susu Fernleaf UHT ni kat satu pasaraya. Selama ni minum susu tepung Fernleaf je, susu yang bancuh sendiri je, sekarang Fernleaf dah ada susu UHT. 

Masa tu terlintas.... ni sudah bagus, senang nak jalan-jalan sebab boleh bawa susu UHT ni je !!

Kalau nak travel tak kira la balik kampung atau jalan-jalan jauh sikit (dalam Malaysia), biasanya Mat Drat memang akan beli susu UHT ni. Beli yang pack kecil-kecil tu (200ml), masa travel bawa sekali dalam kereta. Senang anak-anak nak minum. Dan tak ada lah bila berhenti isi petrol di stesyen minyak, anak-anak minta air botol atau tin berkarbonat ( air berkarbonat ni antara air pantang keluarga Mat Drat - sekali sekala je boleh minum).


Susu Fernleaf UHT dari New Zealand
Senang diminum semasa dalam perjalanan


Bila bawa Susu Fernleaf UHT ni pun senang, sampai je hotel boleh terus letak susu tu dalam fridge. Bila-bila nak minum, ambil je. Anak-anak mana yang tak suka minum susu, lagi-lagi kalau susu tu sejuk. 

Susu UHT saiz 200ml ni jarang la Mat Drat beli buat stok kat rumah. Sekali sekala je beli saiz 200ml ni buat stok. Sebenarnya tak sempat nak buat stok pun, sebab bila ada susu yang 200ml ni anak-anak malas nak bancuh susu tepung tu.... semua minum yang dah ready, nak senang je. Srupppp, habis sekotak. Sekejap lagi, srupppp....habis lagi sekotak. Tu belum lagi kira lagi yang bawa bekal air kotak tu ke sekolah, pagi satu kotak, dan petang satu kotak lagi. Kena 2-3 orang bawa ke sekolah sehari, tak 'larat' jugak nak buat stok susu ni kat rumah.

Satu alternatifnya, Mat Drat standbykan yang saiz 1-liter tu je. Minum sama-sama kalau semua malas bancuh susu  tepung masing-masing. Lebih jimat dan lebih 'akrab' adik beradik.


Okey, susu Fernleaf UHT ni ada 3 perasa, full creamlow fatt dan chocolate. Biasa Mat Drat beli yang full cream dan cholocate, sebab yang ni ramai 'penggemar' kat dalam rumah.

Dan susu Fernleaf UHT ni ada dalam 2 saiz, kotak 1-liter dan kotak 200ml. 



Kebaikan Susu Fernleaf  UHT dari New Zealand

Susu Fernleaf UHT dari New Zealand
Susu Fernleaf UHT susu dari New Zealand.
Dan pastinya dengan  100%  kebaikan susu New Zealand

Untuk yang belum tahu, jenama Fernleaf ni di bawah Fonterra. Jenama lain yang berada di bawah Fonterra ni termasuklah Annum, Anlene dan Calcium. Ini semua antara jenama-jenama susu yang menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Ada sebab Mat Drat pilih susu jenama Fernleaf ni. Dan pastinya sebab utama adalah kerana ia diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand.

Mungkin ada yang tertanya pulak, apa yang istimewanya susu dari New Zealand ni dan bukan susu dari negara lain? Apa pulak lebihnya susu Fernleaf ni.


Ni Mat Drat nak cerita sikit...
Kenapa Mat Drat pilih susu New Zealand?   Ni sebabnya.... 




Diketahui bahawa  tanah yang suburkadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikan New Zealand  satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu. 

Okey, jadi kita dah tahu yang New Zealand antara tempat yang TERBAIK  untuk menghasilkan susu. 

Dan tempat yang terbaik memerlukan cara penghasilan yang TERBAIK untuk memastikan susu yang dihasilkan adalah TERBAIK.

Dan proses penghasilan susu lembu bukan bermula sewaktu proses 'memerah' susu lembu, tetapi sudah bermula sewaktu pembesaran lembu tenusu itu sendiri.

Mari kita lihat apa apa yang TERBAIKnya di sini....di ladang lembu tenusu Fernleaf  New Zealand ni.


Lembu Tenusu dan Rumput (Grass-Fed Dairy Cows) 
Susu Fernleaf UHT dari New Zealand
Grass-Fed, Dairy Cow....Happy Cow!!


Di sini, lembu tenusu tidak dikurung di dalam kandang, jadi lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas. Boleh la kita kata lembu-lembu di sini lebih 'happy' berbanding lembu-lembu yang berada di dalam kandang.



Rumput-rumput di sini juga adalah rumput yang berkualiti tinggi dan dapat tumbuh dengan subur kerana cuacanya yang ideal.  Jadi sesuatu yang terbaik dari alam semulajadi iaitu kombinasi rumput subur, cuaca yang ideal serta udara dan air bersih pastinya dapat membantu lembu-lembu tenusu di sini menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.



Macam kita manusia juga la....  anak-anak yang aktif beriadah serta beraktiviti luar, dan kita bandingkan dengan anak-anak yang asyik terperap di dalam rumah sama ada menonton tv atau dengan gadget sahaja, pastinya yang sering beriadah akan lebih aktif, lebih ceria  dan lebih happy kehidupan mereka.




Susu Fernleaf UHT.... 100% susu dari New Zealand.
Rumput berkualiti tinggi, cuaca yang ideal serta udara dan air yang bersih membantu lembu menghasilkan susu berkhasiat dan berkualiti tinggi.

Lembu-lembu yang tidak dikurung di dalam kandang di sini secara puratanya akan menghabiskan 90% masa dengan meragut rumput-rumput secara bebas di ladang rumput yang luas, jadi secara tak langsung lembu-lembu ini dapat kandungan vitamin D yang sihat secara semula jadi.


Info :
Vitamin D3 (pecahan utama vitamin D) adalah dihasilkan oleh kulit lembu apabila ia terdedah kepada sinar UVB matahari.


Dan tak hairanlah lembu kat sini menghasilkan susu dengan vitamin D yang lebih tinggi kalau dibandingkan dengan lembu-lembu yang sering terkurung dalam kandang. 

Ada kesan tau, lembu yang dibiarkan bebas dengan lembu yang duduk dalam kandang je!!!


Susu Fernleaf UHT 100% dari New Zealand
Lembu yang dibiarkan di ladang rumput yang luas menghasilkan Vitamin D yang lebih.....dan secara semulajadi




Dan bila lembu-lembu tenusu ini hidup bebas meragut di padang rumput yang luas dengan rumput yang subur dan berkualiti tinggi, iklim yang ideal dan udara serta air yang bersih, maka tidak hairanlah lembu-lembu tenusu di sini menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Tak ada  'paksa-paksa' lembu ni hasilkan susu.


Jadi dalam konteks kita sebagai ibu bapa, kita pun kena beri peluang kepada anak-anak kita untuk banyak menghabiskan masa mereka 'diluar' rumah dari terperap sahaja di dalam rumah... bagi mereka lebih aktif dan ceria.



Susu Fernleaf UHT 100% dari New Zealand
Biarkan anak-anak kita aktif. Badan cergas, minda cerdas.



Pakar Tenusu ( Dairy Expert) 

Susu Fernleaf UHT dari New Zealand
Dengan lebih140 tahun pengalaman...
Industri lembu tenusu adalah warisan dan kehidupan mereka di sini.



Fernleaf ni dah ada lebih 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu. 140 tahun tu kira lama tu.... sudah cukup lama dan sangat layak digelar pakar tenusu. 

Ia sudah menjadi satu industri warisan di sini sebenarnya, jadi para pekerja dan peladang mereka sangat berdedikasi dalam melakukan kerja mereka. Dedikasi dan komitmen ini semua untuk memastikan kualiti tertinggi susu Fernleaf pada setiap peringkat penghasilan.

Dan warisan dan kepakaran Fernleaf menjadikan New Zealand sebagai peneraju dunia dalam industi tenusu masa kini.


Dan sekali lagi, Mat Drat nak pesan, minumlah susu untuk membekalkan kalsium dan protein kepada tubuh badan kita. Susu juga mengandungi banyak nutrien penting seperti vitamin A dan vitamin D. 

Jika kita tidak mampu mendapatkan nutrien-nutrien ini secara semula jadi, sekurang-kurangnya kita cuba dapatkan dari sumber yang menghasilkannya secara semula jadi. Dan susu Fernleaf antaranya sumbernya, khususnya susu Fernleaf UHT.  Dah minum, jangan lupa 100%Mmmmm




Mat Drat dan New Zealand

Yeah..... Jom tengok lembu kat New Zealand


Mat Drat ni boleh kata jenis suka travel. Dan New Zealand ni memang masuk dalam list negara yang nak sangat Mat Drat kunjungi. Rasanya ramai juga yang berangan nak bercuti ke New Zealand kan, bila tengok kawan-kawan ke New Zealand ni rasa seronok je percutian mereka.

Awal tahun hari tu dah mula berangan nak bawa anak-anak bercuti ke New Zealand, itinerari dah study sikit-sikit, kos sewa kereta dan kos-kos lain pun dah kira-kira cuma nak tunggu duit jatuh je atau duit datang melayang je. Tapi tak tahulah bila boleh sampai New Zekand ni.... Berangan tak salah. Kalau tak berangan, macam mana nak sampai.

Bila sebut New Zeakand ni bagi Mat Drat,  4 perkara ni cukup sinonim :
  • Team All Black (Team Rugby)
  • Suasana ladang lembu yang mendamaikan
  • Pemandangan alam semula jadi yang indah
  • Lord of The Rings (bagi peminat LOTR mesti berangan nak ke sini)

Rugilah sesiapa yang ke New Zealand kalau tak melawat ladang lembu di sana. Sangat cantik dan mendamaikan....bayangkan pun dah boleh rasa seronok. 

Tengok lembu-lembu tu 'relax je meragut rumput, kita pun boleh rasa aman. 

Dan sebab itu lah kalau rakyat Malaysia bercuti ke Kota Kinabalu, ladang lembu di Kundasang yang 'glamour' tu turut menjadi salah satu destinasi wajib dikunjungi. Dan di situ biasanya ramai akan berangan konon-konon berada ala-ala di ladang lembu di New Zealand!!

Ye la, nak pergi New Zealand jauh, jadi berangan la kat sini je dulu.

Dan Mat Drat pun sama....berangan konon-kononnya berada di New Zealand, walau pun padang rumput dan saiz lembu yang jauh bereza dengan di New Zealand. Jangan tak percaya, dalam tahun 2015-2018 sahaja dah 3 kali Mat Drat ke ladang lembu Kundasang tu. He he he......


Susu Fernleaf UHT 100% dari New Zealand
Berangan ala-ala di ladang lembu tenusu New Zealand, walau pun hanya di 'ladang' lembu di Kundasang Sabah.




Susu Fernleaf UHT 100% dari New Zealand
Lagi sekali ke 'ladang' lembu di Kundasang Sabah, tapi tak ada rezeki kali ni  sebab bukan waktu lembu  meragut rumput. Lembu sedang 'sibuk' diperah susunya.



Dan terbaru..... 2 mingu lepas Mat Drat bercuti ke London. Ni percutian terkejut sebenarnya! Dari London Mat Drat sambung bercuti sehari ke Edinburgh. Sewaktu menaiki tren dari London ke Edinburgh tu  sempatlah menikmati pemandangan indah melihat biri-biri di ladang ternakan yang luas menghijau. 

Dan masa tu terlintas, biri-biri ni putih dan kecil pun dah nampak cantik di padang yang luas... kalau sampai ke New Zealand lagi la cantik bila dapat lihat  lembu-lembu yang gagah dan besar!. Hitam putih pulak tu. Dan makin kuatlah Mat Drat berangan nak ke New Zealand.


Susu Fernleaf UHT 100% dari New Zealand
Ladang biri-biri dalam perjalanan London ke Edinburgh Scotland



Ni sedikit alkisah Mat Drat - Susu Fernleaf UHT dan New Zealand. Dah lama minum susu dari new Zealand, harap-harap suatu hari nanti dapat melawat dan melihat keindahan ladang kembu tenusu di New Zealand ini.


Dan jangan lupa, minum susu Fernleaf UHT ni....kita dapat 

100% susu dari New Zealand..... 
100% manfaat terjamin dari New Zealand....
dan 
100% Mmmmm sedap.... !!!




~Mat Drat~


3 comments:

  1. Susu Fernleaf UHT ni memang sedap dan 100% Mmmmm... Wahhh...bestnye Abg Mat Drat dah pegi Kundasang tu.. LeYa belum lagi... Nanti lah ada masa, umur dan rezeki, boleh la h singgah ke situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la... Sedap susu Fernleaf UHT ni.

      Cuti hujung tahun ni boleh la pergi Kundasang, AA n MAS pun ada buat promo tiket murah ni

      Delete
    2. Ibu kalau minum susu, suka cari susu fernleaf full cream tanpa gula. Maklumlah, memang betul minum susu ni bagus tapi krbanyakannya manis sangat macam tumpah gula pulak

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.