Sunday, 18 December 2022

TIPS SEWA KERETA DAN MEMANDU DI AUSTRALIA

Memandu di Perth Australia
Pengalaman Memandu di Perth memang menyeronokkan
 


Dari perkongsian asal 👉👉 Percutian Ke Perth


1. TIPS SEWA KERETA


Kereta Sewa Murah di Australia Perth Gold Coast Melbourne
Kereta Sewa Mat Drat selama 5 hari di Perth Australia.
Memang selesa dan murah.




Sebelum lihat tips sewa kereta di Perth Australia, Mat Drat kongsikan dulu sebab Mat Drat decide sewa kereta untuk percutian di Perth dan tidak menggunakan bas atau public transport.

SEBAB MAT DRAT SEWA KERETA

Ini sebabnya Mat Drat rasa sewa kereta lebih sesuai dari menggunakan bas di Perth ;

1. Naik bas agak leceh jika dengan anak-anak. 
Agak leceh sebab perlu turun naik bas.
Kalau semua dewasa, dan satu geng tak ada masalah.

2. Perlu menapak. Akan lebih letih.
- Kena consider lagi lagi kalau ada bawa anak-anak kecil atau orang tua.
- Teringat masa di Fremantle, nampak ada orang kita yang menapak agak jauh dari E-Shed ke Rainbow Container. Memang jauh, kesian pun ada sebab tengah hari dan menjenjeng plastik beg. Semata-mata nak bergambar di Rainbow Container.

3. Tak banyak tempat boleh cover rasanya.
- Itinerari yang Mat Drat rancang kalau naik bas, memang agak simple trip tu jadinya. Macam pergi 2-3 tempat, lepas tu balik.

- contoh kalau naik bas ke Cavensham Wild Life Park, kita akan rugi sebab banyak tempat tak boleh pergi dengan bas. Kat area sana banyak tempat menarik.

- Memang betul, balik dari Cavensham tu kami boleh singgah 2 ladang anggur, singgah kilang chocolate Margaret Chocolate, singgah masjid Swan Valley, singgah makan ayam panggang Halal otw balik dan boleh singgah pulak pantai lagi petang tu.



Percutian Ke Perth Caversham Wildlife Park
Di Caversham Wildlife Park.
Nasib baik sewa kereta, kalau naik bas memang meletihkan



Jika ke Caversham Wildlife Park di Swan Valley dengan bas, agak sukar singgah ke ladang anggur, kilang chocolate dan lain-lain


Fresh dari ladang...
Kalau berkereta ke Swan Valley, dapat la singgah sini.



PERKARA PERLU TAHU SEBELUM SEWA KERETA

1. Lesen Malaysia vs International Licence
Tak perlu nak buat dan bawa International licence untuk memandu di sini.
Cukup bawa lesen Malaysia. 

2. Umur Minumum
Umur minimum nak sewa kereta kena 21 tahun. 
Tapi biasa bawah 25 tahun, akan kena bayar extra caj.

3. Harga sewa kereta.
Rate sewa berbeza-beza antara operator. Jadi kena survey.

Boleh compare di Rentalcars.com

Lihatlah, kategori kereta yang sesuai masa kat sana; 
  • Compact Car (5 seater) 
  • Sedan Car medium saiz (5 seater)
  • SUV (5 sseater ) 
  • People Carrier (MPV, 7-8 seater).
    • Cth Kia Grand Carnival, Hyundai Imax.
    • Mat Drat sewa Hyundai Imax (Starex)
  • Peopler Carrier (Van, 11-12 seater) 
    • Biasa Toyota Hi-Ace 
    • (Hati hati sewa van, ada tempat parking di apartment agak rendah).


Kereta Sewa Murah di Australia Perth Gold Coast Melbourne
Kereta Sewa Mat Drat selama 5 hari di Perth Australia.
Memang selesa dan murah.



4. Other charge
Caj lain-lain juga berbeza ikut operator. Kena baca betul-betul.
Contoh caj lain-lain tu macam delivery service, after office hour service.

Mat Drat pickup di airport, kena caj AUD 20 (dia pickup satu family dari airport dan bawa ke tempat kereta).
Bila pulangkan kereta waktu malam pula, kena caj 'after office hour'.


5. Car child seat
Kalau bawa anak kecil, kena (wajib) sewa car child seat.
Jangan sekali kali tak guna ye, kena saman nanti menyesal.


6. Pick-up di airport
Ada operator yang sediakan ambil kereta di airport, ada yang boleh di-arrange-kan dengan bayaran (extra fee). Biasa masa kita booking online boleh tahu.


7. Waktu Operasi
Tak banyak operator kereta sewa yang beroperasi 24 jam.
Jika ada, biasanya kena caj untuk after office hour.


8. Millege limit 
Kereta sewa, ada limit km sehari. 
Biasanya limit 100km sehari, maka kalau lebih akan kena caj.
Caj excess berbeza, tapi biasanya AUD 0.25 / km

Contoh nak ke The Pinnacle yang jarak pergi balik dalam 500 km, excess caj dah mahal. Jadi boleh ambil pakej unlimited km, cuma perlu bayar lebih.

Atau kalau sewa lama, mungkin pakej auto jadi unlimited. 

Macam Mat Drat, sewa 3 hari dan lebih, syarikat oeprator kereta sewa bagi unlimited km. Jimat dah kat sini.


9. Insurance
Sebolehnya ambil lah insuran, jadi apa-apa kita dilindungi.
Exchange rate AUD ni mahal, kena repair kereta nanti boleh 'bengkok' kita. 

Memandu ke The Pinnacle tu contohnya, kalau lewat petang mungkin ada kanggaroo melintas, kalau terlanggar mahal nak repair kereta.

Kisah Sahabat
Kawan Mat Drat pun remind kpd Mat Drat, ambil full insurance. Sebab family member dia ke Australia dan tak ambil insurance full. Nak jadi cerita, bumbung van kemek masa parking di shopping mall. Bukan kemek sikit, teruk jugak la. 

Operator kereta sewa caj kaw-kaw kredit kad dia (kredit card detail dah bagi awal masa booking). Nasib baik dia kata limit tak sampai RM 20,000. Kalau tak, kes haru kena ganti.. boleh dapat harga satu kereta.


10. Bond
Bond ni macam deposit la.
Amaun bond berbeza ikut operator.
Operator akan 'freeze'kan amaun tertentu pada kredit kad kita, mungkin dalam AUD 200-500, bergantung kepada operator. Jadi apa-apa, mereka dah pegang kredit card kita. Nanti mereka caj je.
Biasa bond ni akan diclearkan apabila kita pulangkan kereta dan tiada apa-apa kerosakan atau apa-apa kena repair.

11. Sewa GPS
Nak jimat, tak payah sewa la. Boleh guna WAZE atau Google Map je. 
Mat Drat guna waze je sepanjang di sini, cukup mudah dan membantu. Nak cari parking pun senang.



SYARIKAT SEWA KERETA DI PERTH

Kebanyakkan syarikat sediakan perkhidmatan booking secara online. Senang, booking online sahaja. Hertz, Trifty, Avis, Alpha, Europcar antara syarikat besar dan sediakan pick-up kereta di airport. 

Rate harga mereka ni kita boleh survey dan compare di Rentalcars.coms

Kalau datang waktu cuti sekolah, better booking awal lagi-lagi kalau cari kereta yang saiz besar. Kereta MPV akan cepat disewa (cepat tak available).





2. TIPS PEMANDUAN DI AUSTRALIA

Mat Drat share sikit tips memandu di Australia. Rasanya sama je tak kiralah memandu di Perth ke, Gold Coast ke, Sydney ke atau mana-mana kawasan di Australia ni.

Memandu di Australia ni kena ingat dan tahu beberapa perkara je


1. Undang-undang kena ikut.
Masuk tempat orang, ikut la undang-undang orang kan. Saman sini mahal.


2. Jangan guna telefon semasa memandu, kena saman mahal ye.
Semua negara tak boleh, tapi siji saman mahal. 


3. Jangan belok 'last minit' di simpang. (Pancung/potong Q)
Kalau kita nak belok kiri / kanan, ikut 'Q' ye...beratur. 
Jangan ikut style di Malaysia, main pancung je (last minit baru bagi signal dan potong Q). 
Sini saman tak mahal untuk kesalahan tu, AUD 200 je... he he he. 
Sebab Mat Drat tahu dah ada yang kena, orang kita...


4. Jangan lebih speed limit. Ikut je la.
Memang 'memenatkan' drive jarak 100 -200 km, tapi speed limit 80km/h je.
Percayalah, kalau jumpa speed limit yang 90 km/h atau 100 km/h tu.... lega sekejap. 
Boleh lepas gian sikit. 
Kat Malaysia, dah biasa tekan pedal minyak kan, kat sini banyakkan bersabar.

Sini ada speed trap ada yang jenis camera static, dan ada yang mobile (polis tunggu dengan kereta).

Kalau kat kawasan sekolah (school zone) 40km/h shj ye, ikut la speed limit tu. 
Jangan lebih walau sikit pun.

Mat Drat di hari terakhir kat sini, jumpa akak sorang tu dari KL sibuk tanya Mat Drat kena saman ke tak. Dia kata dia kena saman on the spot sebab drive lebih 40 km/h kat kawasan sekolah. Melayang duit dia, tak silap AUD 200.


5. Kat Highway pun tak  drive laju
Jangan terkejut, kat highway yang 4 5 lane, mereka punya speed limit 90-100 km/h sahaja.

Berjujut-jujut la kereta dalam speed yang sama. 
Majority semua ikut speed limit dan dalam jarak selamat, bukan jarak 'cucuk belakang' macam kat Malaysia.

Nak memotong kenderaan depan pun susah, sebab semua memandu speed maksimum. Kalau nak memotong, nak laju sikit nanti dah lebih had laju. Kena saman pulak. Nak potong kereta kat highway pun, hampir beratus meter baru dapat potong sebab nak elak over speed limit.

Bersabar sungguh mereka kat sini.


6. Kadar Saman speed limit
Ni rate saman kat WA (Western Australia)
  • 0 - 9 km/h : AUD 100
  • 9-19 km/h : AUD 200
  • 19-29 km/h : AUD 400
  • 29-40 km/h : AUD 800
  • Lebih 40 km/h : AUD 1,200
Kalau rasa nak bayar saman, drive la lebih speed limit. Tak dapat saman on-the-spot, masa kita return kereta nanti pihak syarikat akan check saman, kalau ada mereka akan tolak kredit card.


3. PARKING MAHAL DI AUSTRALIA

Parking di Perth ni agak mahal sebenarnya, boleh kata Australia memang macam tu.

2 pilihan untuk parking, 
- Street Parking
- CPP atau Wilson Parking

1. Street Parking

Signage Parking
Sumber : carguideau

Kawasan yang boleh parking kereta tepi jalan (street parking) akan ada petak parking dan signboard/signage. Jangan la cuba parking selain dari tempat dibenarkan, atau park tanpa bayar. Mereka sentiasa meronda. 

Tanda 1P, 2P atau 3P di signage parking menunjukkan limit parking dikawasan tu sama ada 1, 2 atau 3 jam sahaja boleh parking.

Kebanyakan waktu parking beroperasi adalah 8.00am-6.00pm. Lain tempat, lain waktu.  Park kereta selepas waktu ditetapkan, tak perlu bayar,

Kadar parking kalau di tengah Perth CBD ni adalah AUD 5/ jam. Memang mahal, hampir RM 15 sejam tu (bila convert to RM).  Paling kurang kita perlu bayar AUD 2 untuk 20 minit.

Kawasan luar dari Perth CBD, mungkin murah sikit. Boleh cek kadar parking di https://www.visitperth.com.au/getting-around/parking

Kalau menginap di apartment, di kawasan kejiranan pun kena bayar parking kalau di situ ada signboard parking. Tengok betul-betul di kawasan tu kena bayar parking atau tidak.

Kawasan Apartment yang Mat Drat sewa, selepas 6pm baru tak kena bayar parking, jadi tak ada masalah sebab dalam 8am kami dah keluar dan balik lewat petang.

2. CCP Parking / Wilson Parking




CCP dan Wilson Parking satu lagi option kita nak parking. 

Ada banyak jugak kawasan parking CPP dan Wilson ni, ada di open space dan ada di bangunan.

Rancang betul-betul tempat nak parking, boleh kata memang agak mahal.

Pengalaman Mat Drat
Mat Drat sampai sini hari sabtu (weekend), jadi petang tu nak ke meronda area Elizabeth Quay. Jadi parking terdekat adalah di CPP Convention Centre. Bila masuk kena bayar AUD 17 per/entry. Dah dekat RM 60 sekali parking!! 

Betul-betul mahal parking kat Perth ni (rasanya Australia ni memang mahal parking, sebab kat Gold Coast dulu pun mahal jugak!!)

Contoh parking rate di CPP area Elizabeth Quay ;
  • Monday - Sunday = AUD 6/perhour
  • 6.00am - 5.59 pm (Day - Weekday) = AUD 23/ entry
  • 6.00am - 5.59 pm (Day - Weekend) = AUD 17/ entry
  • 6.00pm - 5.59am (Night) = AUD 17/ entry
Nak tahu rate parking CPP ni, cek di https://www.cityofperthparking.com.au/

Kesimpulannya, memang mahal.


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share juga link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

NAIK BAS DI PERTH AUSTRALIA

 

Bas Perth Airport ke Perth
Airport Bus stop 


Dari perkongsian asal 👉👉 Percutian Ke Perth


BAS DI PERTH

Mat Drat ada baca juga mnengenai trip mereka ke Perth hanya menggunakan public transport, bas terutamanya. 

Menarik juga trip macam tu, memang boleh jimat. Mat Drat pun baca detail juga perkongsian mereka.

Bagi yang nak naik bas ni, area Perth sahaja boleh lah rasanya, tapi utk destinasi jauh-jauh tu mcm agak tak praktikal. Kalau naik bas ke Carvenham Wild Life Park pun rasanya tak berbaloi, sebab banyak tempat-tempat kita boleh singgah di area Swan Valley di sana.

Kalau nak ke The Pinnacle Desert, tak ada bas rasanya. Kalau nak ke Mandurah mcm agak susah nak ke situ dan akan makan masa lama dengan bas.

Trip Perth Mat Drat hari tu, Mat Drat tak gunakan perkhidmatan bas. Mat Drat sewa kereta. Tapi waktu trip ke Gold Coast dahulu, memang guna bas sahaja bergerak ke sana ke sini.

1. BAS - AIPORT PERTH TO PERTH CITY

Bagi yang nak naik bas dari Perth Airport ke Pertch City, kena pastikan kita tiba di terminal mana satu. Ada 4 terminal di sini, T1, T2, T3 dan T4. 

Kebanyakkan kita akan turun di T1, kecuali yang naik Virgin Airline, Qantas, Tiger Airlines dan beberapa airlines lain. Boleh kata T1 adalah untuk international flight. 

Selain naik bas, kebanyakkan akan ambil kereta sewa di Perth Aiport dan pulangkan kereta di sini untuk percutian di Perth.  

Untuk compare rate kereta sewa, boleh check di Rentalcars.com.


BAS TRANSPERTH

Bagi yang nak ke Perth dgn bas dari airport, boleh naik bas nombor 37. 
Bas Route 37 yang disediakan oleh Transperth ni akan berulang Airport (T1 / T2) - Perth City. 
Perjalanan ambil masa lebih kurang 20 minit.

Bas akan ke Oat Street Station dan akan berhenti dibeberapa station, jadi pastikan dimana kita nak turun. Antara station utama yang akan berhenti adalah Belmont Forum Shopping Station.

Boleh klik link BUS ROUTE 37

Waktu trip Mat Drat dulu, ada bas no 380 . Route Perth Airport - Perth CBD. Boleh berhenti di Elizabeth Quay. Skrg macam dah tak ada. 

Boleh cek di laman web PERTH AIRPORT untuk maklumat dan info terkini seperti tambang dan jadual.



Bas Perth Airport ke Perth
Bus stop depan Terminal (Airport)



Tips
1.View Map
Elok kita view dulu di Google Map, lokasi bas station kita nak kena turun dan route jalan kaki dari bus station tu ke hotel/apartment kita. Biasakan pemandangan street view, nanti sampai tak pening kepala atau sesat.

2. Check link
Elok sebelum pergi semak semula info di link rasmi. Boleh klik link di bawah  untuk lihat route bas dan station-station yang bas akan berhenti.  https://www.transperth.wa.gov.au/Timetables



2. CAT BUS : BAS PERCUMA (Free Bus) 

Bas ni memang free, boleh naik dan turun tanpa bayar. Bas free ni disediakan oleh Transperth dan dikenali sebagai CAT BUS.
CAT BUS ni boleh dikenali dengan paparan di LCD Screen di hadapan bas dan dinding bas..

Kita boleh naik dan turun di mana-mana bus stop yang ditetapkan dalam laluan bas tu.

Ada 3 kawasan yang sediakan FREE CAT BUS ni iaitu
1. PERTH CAT BUS
2. FREMANTLE CAT BUS
3. JONDULOP CAT BUS

Mat Drat rasa, kalau nak guna bas ni, ambil tahu Perth Cat Bus dan Fremantle Cat Bus sudah memadai.

Apa pun, rujuk laman web ni untuk maklumat detail seperti laluan yang di cover, jadual, route dan map.
👉 https://www.transperth.wa.gov.au/timetables/cat-timetables

Cuma pemerhatian Mat Drat, bas ni tak la penuh. Jadi agak selesa juga lah. Sesuai kepada untuk short distance.

1. Perth CAT Bus
Bas-bas ni cover sebahagian kecil Perth (laluan tertentu).

5 laluan bas tu adalah
  1. Perth Blue Cat Bus
  2. Perth Green Cat Bus
  3. Perth Yellow Cat Bus
  4. Perth Red Cat Bus
  5. Perth Purple Cat Bus

Beberapa perkara yang perlu ambil tahu (Mat Drat ambil dari laman web atas tadi) ;
  • Kebanyakkan bas beroperasi 7 hari seminggu kecuali Perth CAT tertentu.
  • Kekerapan bas 5-10 minit. Weekend mungkin lagi lama. Setiap bas berbeza.
  • Bas paling awal 6am, dan bas akhir juga berbeza setiap bas (warna) dan bergantung kepada hari. Weekend macam lagi awal tamat perkhidmatan.
  • Apa pun, cek link TRANSPERTH, ada detail timetable bagi setiap bas.

2. Fremantle CAT Bus

Kini route bas percuma CAT Bus di area Freamantle tinggal Blue Cat Bus sahaja. Dulu ada dua route, satu lagu RED Cat Bus.

CAT Bus di Freamantle ni
- Mula agak lewat, dalam 7.00 lebih, weekend ada yang start 10am
- Kekerapan 15 minit (CAT Red) dan 11 minit (CAT Blue)

Apa pun, cek link TRANSPERTH, ada detail timetable bagi setiap bas dan info terkini.


Perth Cat Bus
'RED' CAT Bus
Bukan lihat warna bas ye, lihat paparan LCD depan bas.


Perth CAT Bus Map
Perth CAT Bus Map




3. BAS Berbayar

Bas berbayar yang disediakan oleh Transperth.
Tambang ikut zon, dalam zone sama murah, kalau masuk zon ke-2, tambang mahal sedkit. Sama la macam kebanyakan negara.

Tambang Bas
1. Cash - Boleh bayar pakai cash terus kepada driver bas. Tapi rugilah sikit sebab tak ada diskaun.

2. SmartRider Card



Harga Tambang Bas

Boleh la ambil tahu dan buat kira-kira mana yang menjimatkan
  • 2 section : AUD 2.30
  • 1 Zone : AUD 3.30
  • 2 Zone : AUD 5.00
  • DayRider Unlimited : AUD 10.00
  • Family Rider Unlimited : AUD 10.00

Memandangkan Mat Drat tak guna public transport, untuk detail dan panduan boleh rujuk 
  1.  https://www.transperth.wa.gov.au/Tickets-Fares/Special-Fares#DayRider
  2. Perkongsian dari mereka yang ke sini dengan bas


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share juga link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

Saturday, 17 December 2022

MAKANAN YANG BOLEH DAN DILARANG BAWA MASUK KE AUSTRALIA

Bawa makanan ke Australia
Contoh barang yang boleh dibawa tapi perlu di declare.

Dari perkongsian asal 👉👉 Percutian Ke Perth

Semoga perkongsian oini bermanfaat sebab ramai juga yang tanya Mat Drat mengenai perkara ni

Secara amnya, bab makanan memang ada barangan yang tidak boleh di bawa masuk. Jadi kena ambil tahu.


Petikan dari laman web rasmi Tourism Australia 

"Australia’s customs laws prevent you from bringing drugs, steroids, weapons, firearms and protected wildlife into Australia."

"Some common items such as fresh or packaged food, fruit, eggs, meat, plants, seeds, skins and feathers are also prohibited."


Mereka ni sangat ambil berat sebab mereka ingin menjaga dan mengawal pests yang merbahaya dan  penyakit yang boleh merosakkan alam semula jadi mereka termasuk hidupan binatang dan tumbuhan.

Mereka ni cukup jaga alam sekitar mereka, pengunjung yang nak pergi ke The Pinnacle pun tak dibenarkan bawa anjing sebab takut najis anjing akan merosakkan batuan-batuan di situ. 


Secara khususnya pula, kena lihat laman web Australia Border Force, di laman web ni mereka terangkan secara detail ;
- apa yang boleh, 
- apa yang boleh bersyarat dan 
- apa yang tidak boleh

https://www.abf.gov.au/entering-and-leaving-australia/can-you-bring-it-in

Dari laman web tu juga dinyatakan jelas,
"Food items brought into Australia need to be declared on your Incoming Passenger up if you come by plane, or on the parcels you mail. Biosecurity officers may need to inspect some of the food you're bringing with you."

".... Certain food items brought into Australia, even small amounts or ingredients for cooking, need to be declared."


Jadi pastikan declare barangan makanan yang di bawa di 'Incoming Passenger Card', tak kira apa yang kita bawa.


3 KATEGORI MAKANAN 

Dan dari pemahaman Mat Drat di laman web Australia Border Force tu, barangan makanan di dipecahkan kepada 3 kategori :
  1. Don't Bring It
  2. Bring It 
  3. Declare It.

Pastikan declare ye di arrival card, kalau tak declare dan di kesan (ditangkap) ada bawa barangan yang dilarang, boleh kena penalti.


1. DON'T BRING IT : DI LARANG BAWA MASUK
Barang bawah kategori ni memang tak boleh bawa langsung, Jadi tak payah bawa la. 

Antaranya

Fresh Fruit
Semua buah-buahan tak dibenarkan bawa masuk

Homemade food
Semua makanan homemade tak boleh bawa masuk. Jadi tak payah bawa lah sambal hitam ke, sambal tumis ke, sambal bilis ke dan seumpamanya. 

Nak bawa juga, beli yang dah proper packed, packing cantik dan dan ada detail ingredient dan sebagainya. Tapi kena make sure barangan tu tak termasuk alam barangan yang dilarang.

Makanan dari Kapal Terbang
Jangan cuba-cuba nak bawa turun makanan dari kapal terbang. Makan siap-siap kat atas tu, tak habis tinggalkan!


BOLEH BAWA MASUK
Barang yang boleh di bawa masuk pula ada 2 kategori 

  • Bring It : Tiada masalah untuk dibawa masuk selagi ia memenuhi syarat dibenarkan. 
  • Declare It : Boleh dibawa masuk tetapi perlu diistyharkan dan tertakluk kepada pemeriksaan.

Antara syarat-syarat untuk bahan makanan tu dibenarkan, ia mesti 
  1. untuk kegunaan sendiri, 
  2. commercial preparered (product kilang) dan 
  3. tak lebih kuantiti dibenarkan.
Untuk kegunaan sendiri.
  • Setiap barang tu ada limit berat boleh bawa masuk. 
  • Boleh cek di laman web atas tadi limit setiap barang. 
  • Macam chocolate 10 kg, kopi 10 kg dll.

Commercial preparred
  • Nak elak masalah dan soal jawab, barangan ni semua mesti dari kilang. 
  • Maknanya packaging lengkap dengan maklumat yang perlu, ada label dll.

Ingat : Setiap item di bawah ni berbeza syarat dia. Untuk barangan di bawah kategori 'Declare It', elok lihat syarat dia di laman web di atas.



2. BRING IT : BOLEH BAWA MASUK 
Ada barang boleh di bawa masuk tanpa perlu declare selagi ia memenuhi syarat dibenarkan. 

Biskut (fully cooked) 
Senang cakap, biskut beli dari kilang mavam Munchy, Orea dll

Chocolate dan Confectioneries
Pastikan comeercial packing

Kopi
Tiada masalah. 


3. DECLARE IT : BOLEH BAWA MASUK BERSYARAT  ( Perlu Isytihar) 

Bawa masuk TAPI perlu declare, dibenarkan selagi ia memenuhi syarat dibenarkan.

Cheese, Butter atau Barangan berasaskan tenusu
Rasanya item ni juga termasuk 'creamer', susu.

Ikan
Rasanya sardin/tuna dalam kategori ni. Mat Drat bawa sardin dan tuna sandwish tak ada masalah, lepas. Syarat-syarat lain baca dilaman web.

Minuman 3 in 1 sachet (Milo 3 in 1Necafe 3 in 1kopi 3 in 1 dll)
Minuman berasaskan dairy dibenarkan jika ia Commercial manufactured dan packaged. Termasuklah Milo 3 in 1Necafe 3 in 1, kopi 3 in 1 dll

Susu Bayi
Bawa sekali dengan kotak/pack untuk elak banyak ditanya.

Minuman Jus dan soft Drink 
Yang dalam kotak, tin atau botol. Tapi tak payah bawak la, kat Australia banyak dan fresh.

Barangan berasaskan daging
Rasanya makanan dalam tin seperti kari / sambal daging, ayam keluaran adabi, yeos dll bawah kategori ni. Product ni mesti clearly label di pack luar. 

Mee Segera
Boleh bawa TETAPI mesti tiada unsur telur dan daging (termasuk perasa).  Nak senang, Mat Drat bawa perisa Kari Dan Ayam je...

Beras
Beras putih boleh dibawa, yang di packed commercial. Jangan bawa beras perang pulak, yang perang tak boleh. Tiada unsur hama atau kutu beras. Nasi impit pun boleh bawa sebab Mat Drat lepas. Nanti cakaplah 'rice qiub', kalau sebut nasi impit mana dia orang faham.

Sos
Sos cili atau tomato boleh bawa. Pastikan dalam botol. 
Penting sos ni, nanti nak makan fish n chip kat Kailis Fremantle Perth tu nanti

Tea
Kot la ada yang tak boleh tinggalkan tea istimewa dia. Tak boleh minum teh jenama lain

Vitamin dan Supplement
Pastikan bawa dalam bekas asal, ada label.
Jamu dan seumpamanya, tak payah bawa la kalau yang buat sendiri tu.

Perisa / Perencah makanan
Tak sure jatuh kategori mana, tapi Mat Drat bawa tiada masalah. Mat Drat asingkan siap-siap dan bila di tanya, hanya cakap ianya paste. Mat Drat bawa perencah nasi goreng, perencah sayur goreng, masak kari, masak kurma , asam pedas dll.....semua lepas.

Yang penting semua barang yang di bawa ni, declare dan bila pegawai tanya, jawab sahaja apa item-item tu. Lagi bagus, kita asingkan setiap kategori dan labelkan. Labelkan ni nak elakkan dari banyak di tanya.




Incoming Passenger Card Australia
Incoming Passenger Card.
Ingat : Tak pasti nak tick yes or no, tick YES sahaja



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share juga link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

VISA ETA AUSTRALIA TIDAK LULUS


ETA App Australia Tak Lulus

Dari perkongsian asal 👉👉 Percutian Ke Perth


Kisah VISA ETA TAK LULUS

Ada beberapa kes yang Mat Drat tahu bekenaan VISA ETA ni. Boleh la jadikan info dan panduan bagi yang nak memohon ETA Australia.

Kes 1 - Tak Lulus. Buat Rayuan dan LULUS.

Selain pengalaman Mat Drat, ada sorang lagi kawan opis Mat Drat pun pernah tak lepas VISA ETA. Dia tanya juga apa yang perlu di buat kalau VISA ETA tak lulus, 

Mat Drat share je la sikit tips apa yang Mat Drat buat. Lepas rayuan dengan hantar dokumen yang pihak IMI Asutalia nak, akhirnya lulus juga VISA ETA dia.

Tapi lulus agak lambat. Terpaksa dia re-arrange flight, booking apartment/hotel dan kereta sewa. Ada sedikit kos yang terpaksa hangus.  


Kes 2 - Tak Lulus. Buat Rayuan pun TAK LULUS.

Ada juga sorang office mate Mat Drat pun tak lulus VISA ETA. Dia apply untuk dia, isteri dna anak kecil dia tapi dia punya tak lulus (wife dan anak kecil dia lulus.)

Re-apply/ buat rayuan, dengan hantar dokumen yang diminta, tapi masih tak lulus. 2 kali appeal pun tak lulus. Padahal dia tu kaki travel tu. Pernah sama-sama ke Turki dengan Mat Drat. Last year ke Seoul bersama dan tahun sebelum kami ke Bangkok. End of last year, bila Mat Drat balik London dia pulak sambung ke London lepas tu. Memang kaki travel dia ni.

Last-last, dah fed-up nak apply, dia pergi ke New Zealand. 


Kes 3 - Tak Lulus. Re-apply, Tak Lulus. Rayuan pun TAK LULUS.

Tak silap, beberapa tahun lepas ada kisah sorang brother dari Sabah yang plan nak ke Australia dengan family dia tapi VISA dia tak lepas.

Tiket flight, hotel dan kenderaan semua dah booking. Buat rayuan beberapa kali, masih tak lepas. Yang haru nya, dia yang jadi leader plan pergi ramai-ramai dengan ipar duai, tapi dia tak dapat VISA.

Apply lain tak lulus. Rayuan tak lulus. Sehingga saat terakhir di KLIA/KLIA2 pun dia menunggu, tapi masih tak lulus. Terpaksalah family dia terbang ke Australia tanpa dia. Lebih haru tu, bila family dia sampai di KLIA dari Australia, VISA dia baru approved.

Dan brother ni juga adalah kenalan kepada sahabat Mat Drat kes 2 tadi.

Kes 4 - Lulus, Tapi DiBATALKAN.

Ini kes haru jugak ni. Pernah terbaca di media sosial.

Tak silap wanita ni dengan family nak Australia. Visa dia dan mak dia lulus, tapi adik lelaki dia tak lulus. 

Bila reapply (rayuan), antara dokumen dia bagi tiket penerbangan yang ada nama dia dan mak dia. 

Akhirnya Authoritry Australia batalkan semua VISA ETA mereka sekeluarga. Lagi 4 hari nak berlepas tu!!

Mungkin remaja lelaki awal 20-an ni memang risiko tinggi kot tak lepas.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2018/08/19/visa-dibatalkan-saat-akhir



Kes 5 - Lulus, tapi TAK DIBENARKAN TERBANG (NAIK PESAWAT)

Ada juga kisah viral 2-3 tahun lepas. 

VISA ETA dah lulus tetapi sewaktu nak berlepas, mereka tak dibenarkan terbang.

Tak silap mereka ni perempuan 6 orang. Semua dah dapat VISA ETA. Tapi semasa di airport, di pintu gate berlepas dah pun, 5 dari mereka tak dibenarkan menaiki pesawat.

Rupa-rupanya, pihak Australia ada letakkan pegawai 'Profilers' di airport tertentu untuk screen dan filter pelancong. Malaysia salah satunya yang mereka letak profilers ni.

Walaupun tiket dah ada, VISA ETA dah ada, tapi mereka tak dibenarkan naik pesawat ke Australia. Bila ditanya bawa berapa duit ke Australia, mereka kata bawa AUD 350 seorang. Tak cukup !!! Tak dibenarkan naik pesawat.

Rasanya ntuk prepare kalau jadi anatar kes macam ni, pastikan
- hotel dah booking siap-siap untuk sepanjang hari di sana. Tunjukkan kiota dah bayar.
- kalau datang berempat, pastikan hotel tu untuk 4 orang, jangan suka main sumbat seberapa yang boleh macam kat Malaysia.
- bawa cash lebih, jangan cukup-cukup.
- tunjuk kad kredit. Kalau boleh tunjuk la juga kredit limit.
- jika sewa kenderaan, rasanya tu advantage lebih berbanding menaiki public transport

Ni semua nak menunjukkan kita 'mampu' bercuti, dan nak elakkan persepsi mereka yang kita ke sana nak 'bekerja'.

Kes 6 - ETA Tak Lulus, Hantar Dokumen Pun Tak Lulus. Re-Apply VISA Kategori Lain baru LULUS.

Ada  pembaca blog Mat Drat tak lulus ETA beberapa bulan lepas. Setelah hantar dokumen sokongang yang diminta, tetap tak lulus. Selepas rayuan juga tidak lulus.

Asalnya dia maklumkan, dah nak surrender dan tak tahu nak buat apa sebab tiket flight dan beli dan trip ni trip bersama kawan-kawan.

Satu hari tu dia maklumkan pada Mat Drat yang dia dah dapat VISA ke Australia.

Tapi dia terpaksa bayar tambahan AUD 300 untuk VISA tu.

3 jenis VISA dia apply 

1. VISA 601 - ETA (Electronic Travel Authority)
ETA  yang dia apply melalui App tak lulus walau dah hantar dokumen dan buat rayuan.

2. VISA 651 - eVisitor
Dia apply pula visa subclass ni (651). Dah bayar AUD 150 tapi tak lulus juga.

3. VISA 600 - Visitor
Dia nekad apply subclass ni pula
Apply pula visa subclass ni (600). 
Bayar lagi AUD 150 dan akhirnya LULUS




~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share juga link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!