Sunday 18 December 2022

NAIK BAS DI PERTH AUSTRALIA

 

Bas Perth Airport ke Perth
Airport Bus stop 


Dari perkongsian asal 👉👉 Percutian Ke Perth


BAS DI PERTH

Mat Drat ada baca juga mnengenai trip mereka ke Perth hanya menggunakan public transport, bas terutamanya. 

Menarik juga trip macam tu, memang boleh jimat. Mat Drat pun baca detail juga perkongsian mereka.

Bagi yang nak naik bas ni, area Perth sahaja boleh lah rasanya, tapi utk destinasi jauh-jauh tu mcm agak tak praktikal. Kalau naik bas ke Carvenham Wild Life Park pun rasanya tak berbaloi, sebab banyak tempat-tempat kita boleh singgah di area Swan Valley di sana.

Kalau nak ke The Pinnacle Desert, tak ada bas rasanya. Kalau nak ke Mandurah mcm agak susah nak ke situ dan akan makan masa lama dengan bas.

Trip Perth Mat Drat hari tu, Mat Drat tak gunakan perkhidmatan bas. Mat Drat sewa kereta. Tapi waktu trip ke Gold Coast dahulu, memang guna bas sahaja bergerak ke sana ke sini.

1. BAS - AIPORT PERTH TO PERTH CITY

Bagi yang nak naik bas dari Perth Airport ke Pertch City, kena pastikan kita tiba di terminal mana satu. Ada 4 terminal di sini, T1, T2, T3 dan T4. 

Kebanyakkan kita akan turun di T1, kecuali yang naik Virgin Airline, Qantas, Tiger Airlines dan beberapa airlines lain. Boleh kata T1 adalah untuk international flight. 

Selain naik bas, kebanyakkan akan ambil kereta sewa di Perth Aiport dan pulangkan kereta di sini untuk percutian di Perth.  

Untuk compare rate kereta sewa, boleh check di Rentalcars.com.


BAS TRANSPERTH

Bagi yang nak ke Perth dgn bas dari airport, boleh naik bas nombor 37. 
Bas Route 37 yang disediakan oleh Transperth ni akan berulang Airport (T1 / T2) - Perth City. 
Perjalanan ambil masa lebih kurang 20 minit.

Bas akan ke Oat Street Station dan akan berhenti dibeberapa station, jadi pastikan dimana kita nak turun. Antara station utama yang akan berhenti adalah Belmont Forum Shopping Station.

Boleh klik link BUS ROUTE 37

Waktu trip Mat Drat dulu, ada bas no 380 . Route Perth Airport - Perth CBD. Boleh berhenti di Elizabeth Quay. Skrg macam dah tak ada. 

Boleh cek di laman web PERTH AIRPORT untuk maklumat dan info terkini seperti tambang dan jadual.



Bas Perth Airport ke Perth
Bus stop depan Terminal (Airport)



Tips
1.View Map
Elok kita view dulu di Google Map, lokasi bas station kita nak kena turun dan route jalan kaki dari bus station tu ke hotel/apartment kita. Biasakan pemandangan street view, nanti sampai tak pening kepala atau sesat.

2. Check link
Elok sebelum pergi semak semula info di link rasmi. Boleh klik link di bawah  untuk lihat route bas dan station-station yang bas akan berhenti.  https://www.transperth.wa.gov.au/Timetables



2. CAT BUS : BAS PERCUMA (Free Bus) 

Bas ni memang free, boleh naik dan turun tanpa bayar. Bas free ni disediakan oleh Transperth dan dikenali sebagai CAT BUS.
CAT BUS ni boleh dikenali dengan paparan di LCD Screen di hadapan bas dan dinding bas..

Kita boleh naik dan turun di mana-mana bus stop yang ditetapkan dalam laluan bas tu.

Ada 3 kawasan yang sediakan FREE CAT BUS ni iaitu
1. PERTH CAT BUS
2. FREMANTLE CAT BUS
3. JONDULOP CAT BUS

Mat Drat rasa, kalau nak guna bas ni, ambil tahu Perth Cat Bus dan Fremantle Cat Bus sudah memadai.

Apa pun, rujuk laman web ni untuk maklumat detail seperti laluan yang di cover, jadual, route dan map.
👉 https://www.transperth.wa.gov.au/timetables/cat-timetables

Cuma pemerhatian Mat Drat, bas ni tak la penuh. Jadi agak selesa juga lah. Sesuai kepada untuk short distance.

1. Perth CAT Bus
Bas-bas ni cover sebahagian kecil Perth (laluan tertentu).

5 laluan bas tu adalah
  1. Perth Blue Cat Bus
  2. Perth Green Cat Bus
  3. Perth Yellow Cat Bus
  4. Perth Red Cat Bus
  5. Perth Purple Cat Bus

Beberapa perkara yang perlu ambil tahu (Mat Drat ambil dari laman web atas tadi) ;
  • Kebanyakkan bas beroperasi 7 hari seminggu kecuali Perth CAT tertentu.
  • Kekerapan bas 5-10 minit. Weekend mungkin lagi lama. Setiap bas berbeza.
  • Bas paling awal 6am, dan bas akhir juga berbeza setiap bas (warna) dan bergantung kepada hari. Weekend macam lagi awal tamat perkhidmatan.
  • Apa pun, cek link TRANSPERTH, ada detail timetable bagi setiap bas.

2. Fremantle CAT Bus

Kini route bas percuma CAT Bus di area Freamantle tinggal Blue Cat Bus sahaja. Dulu ada dua route, satu lagu RED Cat Bus.

CAT Bus di Freamantle ni
- Mula agak lewat, dalam 7.00 lebih, weekend ada yang start 10am
- Kekerapan 15 minit (CAT Red) dan 11 minit (CAT Blue)

Apa pun, cek link TRANSPERTH, ada detail timetable bagi setiap bas dan info terkini.


Perth Cat Bus
'RED' CAT Bus
Bukan lihat warna bas ye, lihat paparan LCD depan bas.


Perth CAT Bus Map
Perth CAT Bus Map




3. BAS Berbayar

Bas berbayar yang disediakan oleh Transperth.
Tambang ikut zon, dalam zone sama murah, kalau masuk zon ke-2, tambang mahal sedkit. Sama la macam kebanyakan negara.

Tambang Bas
1. Cash - Boleh bayar pakai cash terus kepada driver bas. Tapi rugilah sikit sebab tak ada diskaun.

2. SmartRider Card



Harga Tambang Bas

Boleh la ambil tahu dan buat kira-kira mana yang menjimatkan
  • 2 section : AUD 2.30
  • 1 Zone : AUD 3.30
  • 2 Zone : AUD 5.00
  • DayRider Unlimited : AUD 10.00
  • Family Rider Unlimited : AUD 10.00

Memandangkan Mat Drat tak guna public transport, untuk detail dan panduan boleh rujuk 
  1.  https://www.transperth.wa.gov.au/Tickets-Fares/Special-Fares#DayRider
  2. Perkongsian dari mereka yang ke sini dengan bas


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

Share juga link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.