Thursday 31 January 2013

Kuala Lumpur - Dulu dan sekarang

Petronas Twin Tower Kuala Lumpur

Entry pertama untuk blog Mat Drat ni. Apa hendak ditulis pun tak tahu sebenarnya. Tiba-tiba terlintas..... tulis pasal "Kuala Lumpur" la apabila terdengar lagu "Sesat di Kuala Lumpur" di radio. 


1 Februari... Hari Wilayah
Patutla jalan lengang je pagi ni, Orang-orang KL cuti hari ni rupanya. Hari Wilayah!

Bukan KL je, Putrajaya dan Labuan pun cuti juga. Putrajaya dan Labuan juga dikira Wilayah Persekutuan (kalau ada yang tak tahu la). 

Sejarah ringkas Wilayah Persekutuan 
  • 01 Februari 1974 Kuala Lumpur ditubuhkan dan menjadi Ibu Negara Malaysia.
  • 16 April 1984 Labuan dibawa masuk ke Wilayah Persekutuan dari Sabah.
  • 01 Februari 2001 Putajaya ditubuhkan sebagai Wilayah Persekutuan Ketiga.






Kuala Lumpur dulu dan sekarang

Sebut je KL, sekarang ni terutamanya anak-anak muda, bagi mereka KL disinonimkan dgn KLCC, Menara KL, SOGO, Pavillion, KL Sentral, LRT dan jem!

Akan datang akan muncul mercu tanda dan kemegahan baru seperti MRT, Menara Warisan dan Menara Signature dll.

2-3 hari lepas pula ada berita yang Harrods Hotel - 7 stars akan dibuka di Kuala Lumpur. Jadi kita tunggu pembukaannya nanti.

Dulu-dulu, bila sebut je shopping di KL, pasti remaja-remaja ketika itu akan terbayang Puduraya, Kotaraya, Centre Market, Pertama Complex, Semua House, Sg Wang, Lot 10 dan banyak lagi. 

Ada antara ni yang dah tinggal kenangan je atau suam-suam kuku sahaja, ada yang tetap gah sehingga kini seperti Pertama Complex.....

Selain tu Bas Mini, Panggung Aniversary, Bas Stand Klang turut menjadi antara ikon Kuala Lumpur suatu waktu dahulu. Kini bas mini dah tinggal kenangan, yang ada hanya di Muzium Negara. 

Panggung Anniversary pula rasanya cuba beberapa kali membuat "comeback", tapi seakan masih belum mampu menarik remaja Gen-Y ke sini.....

Bus Stand Klang rasanya dah tak dikenali, semua sekarang lebih mengenali KL Sentral, Station Masjid Jamek dan TBS. Seiring dengan perkembangan pengangkutan awam di Malaysia di mana LRT, Monorel dan MRT menjadi nadi penggerak utama warga kota.


Sejarah Kuala Lumpur

Sesungguhnya KL itu penuh dengan sejarah dan setiap kita yang pernah berada di KL ada sejarah kita sendiri dengan KL!

Sedikit mengenai sejarah Kuala Lumpur.  Sejarah awal Kuala Lumpur Moden bermula apabila .....
  1. Raja Abdullah membuka lombong timah di Kuala Sungai Gombak dan Sungai Klang pada tahun 1850-an .
  2. Kemudian sekitar 1870-an, Kapitan Cina Yap Ah Loy memainkan peranan membangunkan pekan kecil menjadi bandar perlombongan.
  3. Dan Kuala Lumpur terus berkembang dengan pelbagai peristiwa dan sejarah berlaku sepanjang usia Kuala Lumpur itu sendiri.



Jangan Lupa sejarah Kuala Lumpur dan jangan lupa sejarah diri kita!





Sesat di Kuala Lumpur

Walau pun KL sentiasa berubah, tetapi akan tetap ada manusia yang 'ter'sesat di Kuala Lumpur. 

Semoga kita sentiasa di jalan yang benar dan tidak tersesat di Kuala Lumpur ini........


Bak kata kumpulan Kembara....

Sesat di Kuala Lumpur

Sesat di Kuala Lumpur 
Dosa dan pahala bercampur
Tapi kita perlu hidup
Kita perlu terus hidup

Terima kasih tuan dan nyonya 
Doa sejahtera kami pohonkan
Pada Tuhan Maha Kuasa
Tuhan Maha Kuasa

Mungkin kita kan temui kebahagiaan 
Di Kuala Lumpur
Dan mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi kaya dalam lumpur
Mungkin kita akan terpedaya

Mungkin ada jalan di Kuala Lumpur 
Jalan bahagia
Mungkin kita akan kecewa
Mungkin kita akan jadi alpa serta lupa
Dan Mungkin kita kan terpedaya
Mungkin kita akan jadi kaya serta lupa
Mungkin kita lupa pada asalnya

Lagu dan lirik oleh M. Nasir@ 1986 Warner Chappell Music (M) Sdn. Bhd. 

.............................................................................

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

Mat Drat




Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.



31.01.2013 Bermula segalanya....


Dan......hari ni jam 5.01 pm, bermula la satu perjalanan bagi blog ini....


Tapi apa hala tuju blog ini masih belum dipastikan. Nak memblog pasal apa pun masih belum tahu... terlalu banyak hendak dikongsikan sebenarnya.

Harap-harap, blog ini terus subur....


~Mat-Drat~










Semoga semuanya berjalan lancar.... Amin.....