PERCUTIAN KE PULAU REDANG : Tips Dan Panduan Bercuti
Kali ni Mat Drat nak share pula pengalaman percutian Mat Drat ke Pulau Redang beberapa bulan lalu. Tak teringat langsung yang trip ni belum update di blog.
Bila kawan tanya
"Mana ko punya cerita Percutian Pulau Redang? Tak jumpa pun dalam blog. Aku jumpa cerita Pulau Perhentian je"
Dan baru lah Mat Drat teringat, trip Pulau Redang ni belum update lagi kat blog. Dah buat 3 "trip pulau" lain, tapi Pulau Redang masih tak update lagi kat Blog. hu hu hu...
2 bulan lepas Mat Drat dan Cik Isteri dalam trip 'terkejut' ke London, dari London lajak ke Scotland kononnya nak buat trip ke isle-isle di Scotland yang cantik tu. Trip London-Scotland ni nanti Mat Drat share detail. Baru siap draft/intro je. Tu pun tulis 1-2 hari sebelum ke London.
Dan sebelum ke London, ada 1 weekend tu Mat drat buat trip terjah ke Pulau Pangkor dan terus lajak ke Taiping dan ke Pulau Pinang. Yang ni Mat Drat share kat blog lepas update trip London - Scotland tu ye.
👉👉 Percutian Ke Pangkor
Sebelum cerita panjang pasal Pulau Redang ni, Mat Drat cadang nanti baca lah juga perkongsian Percutian di Pulau Perhentian.
Dan untuk trip Pulau Redang ini pula, ada entry khas Laguna Redang Island Resort, iaitu entry ala review (review tak berbayar ye). Mat Drat ke Pulau Redang menginap di resort ni.
Edited (24.04.2019)
Bulan lepas Mat Drat ke Pulau Tioman. Jemput baca perkongsian Pulau Tioman
Bulan lepas Mat Drat ke Pulau Tioman. Jemput baca perkongsian Pulau Tioman
Edited (17.07.2020)
Minggu lepas (12-13 Julai 2020), Mat Drat ke Pulau Kapas. Nanti Mat Drat update juga pasal Pulau Kapas ni. Plan seminggu sebelum, nasib baik dapat chalet cantik!
Minggu lepas (12-13 Julai 2020), Mat Drat ke Pulau Kapas. Nanti Mat Drat update juga pasal Pulau Kapas ni. Plan seminggu sebelum, nasib baik dapat chalet cantik!
👉👉 Percutian ke Pulau Kapas 2020
Sebelum tu...jemput singgah Instagram Mat Drat dan kita saling follow memfollow
PULAU REDANG
Sedikit info
- Terletak di Terengganu. Semua dah tahu kan...
- Pulau Redang merupakan antara pulau terbesar di pantai timur semenanjung.
- Antara 3 pulau yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk percutian pulau di negeri Pahang/Terengganu... selain Pulau Perhentian dan Pulau Tioman. Juga Pulau Kapas!!
- Bila sebut Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman ni.... Boleh la bayangkan pantai yang memutih dan airnya yang jernih. Sesetengah kawasan tu boleh kata 'super jernih' ...
- Percutian ke Pulau Redang ni sesuai untuk semua, tak kiralah ia percutian bersama keluarga, percutian bersama rakan-rakan atau pun percutian honeymoon.
Masa Paling Sesuai / Best ke Pulau Redang
- Boleh kata kebanyakkan resort di Pulau Redang akan ditutup dari November sehingga Februari kerana pada waktu ini Pantai Timur biasanya dilanda musim tengkujuh/ monsun.
- Tempahan bilik akan mula dibuka untuk penginapan mulai bulan Mac.
- Kalau yang buka bulan Februari tu, kena tanya betul-betul pihak resort atau chalet tersebut.
- Musim tengkujuh tu musim hujan, waktu ni ombak kuat. Jadi kalau ombak dan angin kuat, buat apa bercuti di pulau kan... Bahaya dan tak boleh buat aktiviti laut (snokeling, scuba diving dll). Feri nak ke Pulau Redang pun tak beroperasi.
- Dan musim paling best dan terbaik ke Pulau Redang ni ramai kata adalah pada bulan April - September.
- Sesetengah resort, masuk sahaja bulan Oktober harga bilik sudah mulai turun.
- Awal Mac pula, biasanya musim tengkujuh/ hujan mulai reda. Waktu ni mungkin ombak masih agak kuat.
- Dan kena ingat juga, cuaca ni pun sukar nak jangka. Ada kala musim monsun ni awal sedikit dan adakala lewat sedikit.
- Dan kalau pergi bulan April - September tu, memang bukan musim tengkujuh/monsun tapi kalau hujan anggap kira nasib tak berapa baik la.
Nota /Ingatan (edit 3.12.2019)
Kalau boleh elakkan lah bercuti ke Pulau sewaktu musim tengkujuh. Biasa pantai timur, Nov tu dah start musim hujan.
Jika dah terbuat tempahan, sebelum pergi tu lihat la laporan/ramalan cuaca dulu.
Mat Drat ternampak video ni di FB, mengucap semua dlm bot bila tiba tiba dipukul ombak besar semasa nak ke pulau.
Jadi, elakkan lah kalau boleh. Ni link video tu
....................................................................................................
Pulau Perhentian, Pulau Redang Atau Pulau Tioman? Mana Best
- 2 tahun dulu masa Mat Drat nak ke Pulau Perhentian, soalan ni juga yang Mat Drat cari jawapan.
- Waktu tu Mat Drat nak pilih pulau yang paling sesuai bawa anak-anak bercuti. Dan tujuan percutian pulau masa tu sebab nak ajak anak-anak snorkeling.
- Waktu tu Mat Drat pilih Pulau Perhentian dari Redang atau Tioman sebab
- Kos percutian nampak lebih murah
- Pilihan hotel resort/ chalet lebih banyak
- Nak makan agak banyak pilihan
- Tempat snorkeling agak lebih banyak yang sesuai untuk anak-anak
- Ada yang kata (tanya kawan-kawan) waktu tu, Pulau Redang mahal sikit.
- Waktu ke Pulau Perhentian tu, anak-anak memang happy gila...3H2M, penuh aktiviti. Relax dan enjoy.
- Balik dari situ, terus pasang niat nak datang lagi. seronok....
- Tapi kali ni Mat Drat ke Pulau Redang pula, kali ni dengan rakan-rakan.
- Sebenarnya kami beberapa orang pilih Pulau Redang ni dari beberapa pulau lain (Pulau Perhentian, Pulau Tioman dan Pulau Rawa)
- Memandangkan kami agak ramai, jadi kami pilih Pulau Redang sebab dapat offer package 3H2M yang cukup 'baik' dari Laguna Redang Island Resort.
- Dan balik dari Pulau Redang ni, rasa lebih seronok pulak Pulau Redang ni berbanding Pulau Perhentian. Sebabnya.... (semua sebab snorkeling)
- Snokeling depan resort kami tu sangat best, coral cantik dan siap boleh kejar anak ikan yu.
- Snokeling di laut dalam pula betul-betul best. Ikan terlalu banyak dan pelbagai.
- Sessi snorkeling mencari penyu sangat puas hati, penyu sangat jinak (mungkin sebab lapar kot). Penyu tanpa segan berenang dengan kita. Tak macam kat Pulau Perhentian di 'Turtle Point', masa Mat Drat ke situ penyu semua malu... penyu menorok di dasar laut.
- Bersantai di snorkeling di Marine Park pun best.......
- Jadi kalau tak bawa anak-anak kecil, Mat Drat rasa Pulau Redang lagi best kalau aktiviti snorkeling keutamaan
(lepas balik Pulau Tioman 2019)
Lagi best pulak pengalaman bersnorkeling di Pulau Tioman. Coral dan ikan-ikan tersangat mengasyikkan!!
(lepas balik Pulau Kapas 2020 )
Enjoy juga Pulau Kapas ni. Tenang. Paling best berkayak kat sini sebab ombak tak kuat. Nanti baca ye!!
Naik Feri di mana?
- Pulau Perhentian : Naik di Jeti Kuala Besut, Terengganu. Dah hujung Terengganu ye, dah nak ke Kelantan.
- Pulau Redang : Naik di Jeti Syahbandar Kuala Terengganu.
- Pulau Kapas : Naik di Jeti Marang, Terengganu.
- Pulau Tioman : Naik di Jeti Mersing atau Tanjung Gemok, Johor.
Loading...
.......................................................................
Feri / Bot Ke Pulau Redang
Ada 2 pilihan. Boleh naik ;- Feri dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu
- Bot laju dari Jeti Merang (bukan Marang ye!!). Marang ke Pulau Kapas!
1. Ferri dari Jeti Shahbandar Kuala Terengganu
- Ramai suka naik feri dari sini, jeti Shahbandar.
- Jika dari KL, jeti ni lebih dekat berbanding ke Jeti Merang.
- Masa perjalanan ke Pulau Redang dlm 1 1/2 jam.
- Jeti ni berdekatan dengan Terengganu Draw Bridge (Jambatan Angkat), Pasar Payang dan Pulau Warisan.
- Jika ke sini menaiki bas ekspress, jeti ini juga paling dekat.
- Jarak dari Station Bas Kuala Terengganu(Hentian Bas MPKT) pun tak jauh, hanya dalam 400 meter. kalau jalan kaki dalam 15-20 minit.
- Kalau naik teksi, teksi akan berhenti betul-betul dihadapan jeti. Nak balik pun senang, hentian teksi di sebelah jeti. Driver teksi pun memang akan tunggu feri dari Pulau Redang tiba, jadi jangan risau kalau nak ambil teksi dari jeti ke station bas atau airport.
- Yang bawa kereta, boleh park kereta di kawasan jeti ni. RM10 sehari kalau kawasan khas tu. Tak pun (kalau awal), park la tepi jalan dalam petak parking tu.
![]() |
Kaunter Tiket Feri di hadapan pintu masuk.
Di sini juga 'abam-abam' dan 'pakcik-pakcik' teksi akan menunggu penumpang yang turun dari feri (tiba dari pulau) |
![]() |
1. (atas) Tiket Marin Park valid untuk 3 hari. Akan digores pada hari dibeli. 2. (bawah) Boarding pass (tiket feri). Pastikan pintu nombor berapa. Jangan salah feri. |
- Untuk memudahkan, elok beli tiket return (pergi balik) terus.
- Selain kena beli tiket feri, kena juga beli tiket Taman Laut. RM 5 seorang utk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.
- Dah beli tiket, pastikan 15 minit sebelum dah berada di jeti.
- Mat Drat dan rakan-rakan ambil pakej Laguna Redang Island Resort, kami ada kaunter khas dan ada feri khas.
- Feri muat dalam 260 orang, biasanya penuh la (hampir penuh). Dalam feri ada TV dan aircond.
- Kalau masuk awal, ambillah 'upper deck', nanti boleh keluar tengok pemandangan masa perjalanan ke pulau.
- Yang mabuk laut, makan la pil mabuk laut ye (elak mabuk), makan awal 30 minit sebelum berlepas.
- Walau pun naik feri (agak besar), kalau tak biasa mesti mabuk punya.
- Bawa plastik muntah, dalam ni duduk kerusi bersambung. Sorang muntah nanti biasanya kita yang dengar / nampak dia muntah, pun akan 'ter'muntah jugak.
![]() |
Suasana dalam feri. Selesa |
Pasar Payang
- Jeti ni terletak berdekatan Pasar Payang dan berhadapan Pejabat Pos Kuala Terengganu.
- Balik dari Pulau Redang nanti, JANGAN lupa singgah Pasar Payang dan beli buah tangan dari sini. Macam-macam ada, kerepok lekor, keropok keping, dodol Terengganu,. serunding , kuih-kuih dan telur penyu pun ada.
![]() |
Pasar Payang |
![]() |
Pelbagai produk tempatan di Pasar Payang ini. |
Jeti Di Pulau Redang
- Di Pulau Redang, tak semua resort ada jeti. Jadi tak semua feri akan turunkan penumpang di jeti.
- Bagi resort yang tiada jeti, oleh sebab feri besar, maka ferri tidak akan turunkan penumpang di pantai tetapi penumpang akan dipindahkan ke bot/ tongkang apabila menghampiri pantai. Bot/ Tongkang ni yang akan bawa penumpang ke pantai.
- Dari situ nanti, naik 'transport' yang disediakan ke resort masing-masing.
- Jadi macam biasalah, kalau ke Pulau Redang bawalah beg yang sesuai. Guna lah backpack dan jangan pula guna beg beroda. Agak susah bergerak kalau bawa beg beroda pergi pantai/pulau.
- Memandangkan Mat Drat ambil pakej Laguna Resort, pihak resort mempunyai feri mereka sendiri. Jadi feri kami terus ke jeti Laguna Resort, tak perlu tukar ke 'tongkang'.
Tambang Ferri ke Pulau Redang
- Dewasa : RM 55 sehala / RM 110 pergi balik
- Kanak-kanak : RM 30 sehala / RM 50 pergi balik
Jadual Feri Kuala Terengganu ke Pulau Redang
- Jeti Shabandar ke Pulau Redang : 9:00am, 10:30am, 3:00pm
- Pulau Redang ke Shahbandar : 7:00am, 11:00am, 1:00pm
- Check jadual terkini ye!!
- Sampai di jeti nanti, semak semula ye terutama jadual waktu balik.
- Untuk weekday, tanya pihak resort jadual feri ke Pulau Redang, tak silap hanya ada 2 trip feri sahaja pada hari tertentu.
- Ferri akan ambil masa 1 1/2 jam hingga 2 jam perjalanan.
- Di Pulau Redang, feri akan ke Pasir Panjang dan Kampong Jety
....................................................................................................
2. Bot dari Jeti Merang Ke Pulau Redang
- Jika dari KL, jeti ni 9Jeti Merang) ke atas sedikit dari Kuala Terengganu.
- Jeti ni terletak di daerah Setiu dan jaraknya lebih dekat ke Pulau Redang.
- Dengan speed bot, ambil masa lebih kurang 45 minit - 1 jam perjalanan.
- Trip terawal 8:00am dan terakhir 3:00pm
- Harga Tambang bot adalah sama seperti naik feri di Jeti Shahbandar.
- Di Pulau Redang, bot akan ke Jeti Kampong, Jeti Laguna, Jeti Pelangi dan Jeti Kalong.
- Boleh buat tempahan bot secara online di sini 👉👉 Tiket Ferri
- Mat Drat rasa tempah online ni kira satu pilihan yang bagus sebab dari sini tak ada feri, hanya gunakan speed bot. Saiz bot agak kecil berbanding feri, jadi elok tempah awal-awal.
....................................................................................................
Pengangkutan Ke Kuala Terengganu
Kalau dari KL, ada beberapa pilihan. Paling cepat naik flight, nak jimat pula naik bas.1. Kapal Terbang
- Nak cepat, naik pesawat je.
- Boleh pilih penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Firefly atau Malindo Air dan terus ke Kuala Terengganu.
- Dari Airport Kuala Terengganu boleh ambil teksi ke Jeti Shahbandar.
- Biasa yang naik flight ni, akan ambil pesawat paling awal ke Kuala Terengganu sebab nak kejar feri ke Pulau Redang pula.
- Nak kalau booking tiket flight, nak balik tu ambil lah flight lewat petang atau sebelah malam
- Atau boleh juga ambil flight sehari sebelum, dan menginap di hotel di Kuala Terengganu. Malamnya boleh pusing-pusing Kuala Terengganu.
- Kalau menginap di The Taaras Beach & Spa Resort, boleh juga naik flight direct dari Subang Airport ke Pulau Redang Airport.
2. Kereta / Bas
Sarapan Sedap di Kuala Terengganu
- Kalau drive kereta atau naik bas ekspress, ambil masa lebih kurang dalam 6 jam pemanduan KL - Kuala Terengganu.
- Dari Gombak, terus masuk KL-Karak Highway dan bersambung ke LPT1 dan seterusnya LPT2.
- Nak isi petrol di LPT 2 tu masalah sikit, jadi Mat Drat cadangkan pam la minyak penuh-penuh di RnR Gambang. Sampaila tu nanti ke Kuala Terengganu.
- Kos Tol (setakat Dec 2018) lebih kurang RM 52.00 (sehala) untuk kereta.
- Gombak RM 6.00
- Bentong RM 3.50
- Karak - Kuala Terengganu RM 43.30
- Jika bertolak dari KL (drive), elok bertolak awal pagi sebab feri ke Pulau Redang ada jadual.
- Mat Drat cadangkan ambil feri awal 9:30 am, sampai di sana resort boleh berehat dahulu dan sebelah petang boleh terus dengan aktiviti.
- Yang nak naik bas ekspress, ada beberapa syarikat yang tawarkan perjalanan ke Kuala Terengganu (KT), antaranya
- KL - KT : Sani Ekspress, Transnational, SP Bumi, Sykt Adik Beradik
- JB - KT : KKKL, Sykt Adik Beradik
- Peneng - KT : SP Bumi, Cepat Ekspress
- Semua ni ada trip tiap-tiap hari ke KT. Nak senang, beli online je.
>> Beli Tiket BUS ONLINE <<
....................................................................................................
- Mat Drat hari tu bergerak tengah malam dalam jam 12am lebih lebih dari KL. Sempat bersolat subuh di satu masjid di Kuala Terengganu, dan bersarapan di sini sebelum ke jeti.
- Ada beberapa tempat makan/ sarapan best di Kuala Terengganu ni, jadi ambil la peluang merasai keenakan menu sarapan pagi di Kuala Terengganu.
- Nasi Dagang atau Nasi Kerabu antara menu yang wajib di cuba.
- Antara yang popular di sini
- Nasi Kerabu Fauzi
- Nasi Dagang Atas Tol
- Nasi Dagang Warisan
![]() |
Kami sampai KT awal pagi. Sekitar 7am, kami terus ke Fauzi Nasi Kerabu |
![]() |
Bukan selalu dapat makan nasi kerabu kat Terengganu ni |
![]() |
Hotel / Resort di Pulau Redang
- Hotel/resort di Pulau Redang tidak sebanyak di Pulau Perhentian ye.
- Lokasi tumpuan Mat Drat rasa hanya di area Pasir Panjang (Long Beach).
- Dan ada juga beberapa resort di lokasi tertentu (di area resort kepunyaan Berjaya Group).
- Mat Drat menginap di Redang Laguna Resort. Review penuh di link yang Mat Drat share di atas tadi.
![]() |
Kebanyakan resort berada di area Long Beach / Pasir Panjang |
....................................................................................................
LOKASI : LONG BEACH
- Sini lah kawasan paling utama jadi tumpuan kalau yang datang bercuti di Pulau Redang.
- Di kawasan ni, pada sebelah malam agak meriah tapi tak la semeriah seperti pantai Long Beach di Pulau Perhentian.
- Pantai di sini memanjang dan memutih. Memang mendamaikan dan menenangkan. Air semestinya jernih...
- Dan si area sini ada beberapa lokasi snorkeling yang menarik dengan coral-coral yang cantik.
- Ikan pun banyak dan pelbagai jenis, nak menyelam kejar anak ikan yu pun boleh.
- Nak makan, di sini la paling senang sebab ada banyak resort dan ada beberapa cafe.
- Ada beberapa resort di sini, dan 5 resort ni sahaja yang Mat Drat jumpa link untuk buat tempahan. Lagi 2-3 resort/chalet di area ni, tapi Mat Drat tak jumpa link dia untuk tempahan.
- Mat Drat menginap di Laguna Redang Island Resort , ambil full package 3D2N dengan pihak resort.
![]() | ![]() |
![]()
👇👇
Redang Bay | ![]() |
....................................................................................................
LOKASI : KAMPUNG BARU / BERJAYA RESORT
- Ada beberapa resort / chalet di area ni.
- Kawasan ni berdekatan dengan kampung baru yang juga terdapat sebah masjid dan penempatan penduduk di Pulau Redang.
- Lokasi ini juga tidak jauh dari Lapangan Terbang / Airport Pulau Redang
- Resort Berjaya Group
- Ramai minat menginap di sini
- Satu-satunya resoret 5 star di Redang
- Terletak di utara airport
- Terletak agak ke selatan
- Agak hampir dengan Marine Park Redang.
3. Redang De Rimba Resort
- Tidak terletak di tepi pantai, mungkin sebab tu nama dia "De Rimba"
- Jarak ke pantai dalam 400-500 meter
- Resort yang cantik
👇👇
|
👇👇
|
👇👇
|
....................................................................................................
Aktiviti di Pulau Redang

......................................................................................................
Tempat Makan di Pulau Redang
- Nak senang, ambil sahaja pakej bilik dengan makan sekali kalau resort tu ada sediakan.
- Cuma kalau ambil pakej sekali makan (jika ada), harga memang sedikit mahal lah.
- Nak jimat pula, boleh makan di beberapa cafe / restoran yang terdapat di area sini. Boleh kata semua resort -resort di sini ada cafe mereka sendiri atau pun cafe bersebelahan resort mereka.
- Bagi yang menginap di area Long Beach, boleh ke area Redang Pelangi Resort / Redang Lagoon Resort dan Redang Bay Resort, di area situ ada beberapa cafe / restoran.
- Harga Makanan di Pulau Redang ni tak mahal sangat berbanding di 'tanah besar'. Kalau nasi goreng biasa RM 6-7, di sini dalam RM9-12
- Waktu malam pula, kalau nak bersantai-santai sambil layan live performance boleh ke Laguna Redang Island Resort. Di sini ada cafe.
![]() |
Tak ada aktivti waktu malam. Order segelas orange juice dan layan sahaja live performance |
Pakej Murah ke Pulau Redang
- Jika mencari pakej percutian murah ke Pulau Redang, boleh cuba hubungi nombor di bawah:
- (Mat Drat) tengah kumpul dan akan listkan di bawah contact number mereka yang tawarkan pakej Pulau Redang:
- A
- B
- C
- D
- E
Tips Lain ke Pulau Redang
- Mat Drat kongsikan juga tip-tips lain kalau ke Pulau Redang. Pembaca yang nak tambah, amat Mat Drat alu-alukan. Boleh juga info dan tips yang dikongsikan beri manfaat kepada pembaca lain.
- Pulau Ditutup
- Resort ditutup mulai 1 November setiap tahun
- Resort akan dibuka semula pada Februari
- Beg
- Bawa beg yang sesuai seperti backpack
- Jangan bawa beg beroda. Sini kawasan pantai dan berpasir
- Kasut / Selipar
- Jangan lupa bawa selipar / sandal yang sesuai
- Air Mineral
- Air Mineral yang dibekalkan oleh resort agak limited, jadi boleh bawa bekalan air mineral sendiri kerana nak mencari air mineral agak susah di sini. Tak banyak kedai.
- Aktiviti Snorkeling
- Boleh hubungi sahabat Mat Drat, En Adli. (Jadi sahabat selepas ambil pakej dia snorkeling ke Turtle Point)
- Adlie :017 9639672 👈👈Klik untuk terus whatsapp
Mat Drat rasa sini dahulu, Mat Drat share di entry berikutnya "aktiviti di Pulau Redang"
~Mat Drat
~Mat Drat
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!
Seronoknya bila bercuti dekat Pulau-pulau ni. Saya masih tidak berkesempatan atas faktor diri sendiri dan keadaan suami. Baca-baca story macam ni pun dah tenang, rasa masuk dalam story je. Terima kasih sudi berkongsi :)
ReplyDeleteTq singgah blog saya... Insyaallah sikit hari lagi sampai la tu...
Deletememang best pulau redang! pasir dia sangat halus dan sesuai untuk keluarga. haritu stay di laguna memang best gak berhadapan pantai, untuk anak muda yang suka bersuka ria boleh ke perhentian island
ReplyDeleteYup... Agreed. Sini lebih tenang. Kalau long beach Pulau Perhentian tu, happening sgt.. Kureng sesuai utk anak2 😁
Deletememang best pulau redang! pasir dia sangat halus dan sesuai untuk keluarga. haritu stay di laguna memang best gak berhadapan pantai, untuk anak muda yang suka bersuka ria boleh ke perhentian island
ReplyDeleteI miss Pulau Redang. I have not been there after so many years haha. I wish to bring my kids there one day tho. :)
ReplyDeleteLama tu... Dah kena repeat ni... 😁😁
DeleteTudiaa..banyak ya aktiviti kat Pulau Redang..SA rasa rak.pernah sampai lagi..ntah bila nak sampai sini...banyak tips yg di kodi kongsi..terima kasih sebab sangat2 membantu..biasa pergi pulau2 ni elok ikut travel agent atau pergi sendiri?
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi tip-tip dan panduan yang amat menarik. Saya telah pergi ke Pulau Tioman and Perhention, tak pernah pula pergi ke Redang.
ReplyDeleteSo lain kali saya akan bawa anak-anak dan isteri pergi. :)
Wow.. Dah sampai Tioman, next trip saya nak ke Tioman pulak la... 😊
Deletewaaaaaaaaaa.. seronoknyaaaaaaaaaaa.. saya memang berjiwa laut / pantai tapi buat masa ni belum lagi berkesempatan nak lepak mana-mana pulau.. hee~ kekangan masa dan keadaan semasa.. in shaa Allah, ada rezeki sudah pastinya Pulau Redang akan saya singgah.. sebelum itu, saya bookmark dulu entri ni ya.. mana tau boleh jadi bahan rujukan nanti nanti..
ReplyDeleteInsyaAllah tak lama tu, silap2 tup tup sampai ke Redang 2 3 bulan lagi 😊
DeleteAlhamdulillah kita dah pernah sampai ke pulau Redang ni hehehe hari tu menang hadiah istimewa wakakak boleh lah bawa family ramai-ramai bercuti memang seronok best giler pantai cantik dan menarik...
ReplyDeleteMemang best kan... Dan tambah best dtg sebab hadiah... 😁😁👍👍
DeleteTeringin juga nak ke Redang. Orang kata lautnya sangat jernih. Takde kesempatan lagi. Timing monsun tu terkena cuti sekolah jadi kalau nak gi sana kena gi masa sekolah. Kang kena ponteng. Tapi, bila tengok entry ni menariknya la Redang eh?.
ReplyDeleteTahun ni banyak cuti weekend sampai 3 hari... Boleh la ke sini... 😊😊
DeleteDah lama nak pergi pulau redang tapi tak berpeluang lagi. Now after read your review, I am more excited to go there. Will visit there soon. Thanks for sharing.
ReplyDeleteThanks singgah my blog. 👌
DeleteTak pernh lg ke pulau redang..slalu tgk kwn2 pegi..cantik pulaunya..bila la nk smp..byk info ni..tq for sharing..kalo nk pegi nanti bole refer entry ni
ReplyDeleteTQ mama tisha singgah blog saya. Tak lama nanti sampai la tu ke Pulau Redang....
DeletePuas hati baca entry ni sebab details dan complete. Semua info yang saya nak semua ada. Memang ada plan juga nak bercuti ke Pulau Redang ni sebab lautnya cantik. Then boleh buat aktiviti snorkeling .Memang tengok kawasan pulau ni pun cantikkan. Puas hati kalau dapat bercuti ke sini
ReplyDeleteTQ singgah bkog saya.. Mmg cantik air dan pantai di Pulau Redang ni...
DeleteLengkap penjelasannya. Boleh refer sini nanti kalau nak bercuti ke Pulau Redang. Belum pernah jejakkan kaki di sana. InsyaAllah ada masa nanti nak rancang ke Pulau Redang
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Fuh gigih baca sampai habis.. Sangat bagus. .Penerangan lengkap. .Best dapat bercuti pulau ni. .Memg ken tau la november sehingga january pulau tutup. .Tahnk you mat drat
ReplyDeleteSampai Februari biasanya...
DeleteTQ singgah blog saya
wajib star entry ni sebab memang lengkap..jarang orang nak kongsi tips2 camni....antara pulau yang saya nak pergi , Redang dan Perhentian....memang best dapat snorkling kat situ...ralit sangat sampai tak sedar dah jauh dari pantai, pastu baru kelam kabut...
ReplyDeleteTQ singgah blog saya...
Delete2 pulau ni mmg antara pulau yg teringin saya pergi .. Dapat juga akhirnya
thanks for all the latest info! i havent been there! hopefully i get to go, and surely must keep your post as reference!
ReplyDeleteHow to deal with markets ups and downs?
Thanks bro...
DeleteYa sekarang ni nak bercuti di pantai, pantai timur adalah yang terbaik.
ReplyDeleteYup... Dekat dan pantai yg cantik dan airnya jernih... 👍👍
DeleteBest baca entry mat utk trip ke pulau2 sbb kak blm pernah sampai lg kat pulau2 di terengganu ni,dgr cite pulau2 mmg cantik
ReplyDeleteNanti akak sampai sini, jgn lupa share ye kak di blog... Nak baca pulak
Deletelast time pergi pualu redangn masa umur 6 tahun kot. haha. tk ingt langsung mcm mana rupa pulau redang ni. nasib baik blog post ni ada gmbr. teringin nk pergi snorkeling kat sana satu hari nnti.
ReplyDeleteAlamak Aliza, dah lama sgt tu. Dah kira wajib pergi semula tu.. 😊
DeleteI miss redang...its been a while since my last visit...love to visit again soon!
ReplyDeleteAgreed.. . Once dah pergi, sure akan nak pergi lagi...
Deleteada plan kat sini, tq the info
ReplyDeleteTq singgah my blog
DeleteSy tgh plan nak ke pulau redang.... Nak tanya, awak ambik pakej mcm mana ya, direct dgn hotel @ ada pakej dr agen?
ReplyDeleteSorry lambat reply, saya travel baru ni. Baru balik Malaysia.
DeleteSaya ambik pakej direct dengan hotel (snorkeling 3 kali).
Snorkeling lihat Penyu, saya cari operator bot lain..
ada kelebihan ke gunakan agen kalau nak ke pulau redang? sebab yang saya nampak, guna agen lebih mahal berbanding direct dengan hotel.
DeleteBiasa yg guna agent ni sbb tak nak pening pening... Agent uruskan semua, jadi kena byr lebih sikit la..
DeleteTapi yg penting, ikut mana yg sesuai dgn itinerari dan budget
salam perkenalan mat drat. jenguk la baca blog sendu saya jugak. hihi. InsyaAllah akan ke Redang bulan depan. Cumanya, kalau naik feri awal tu boleh check-in terus ke?
ReplyDeleteWassallam... Sorry lambat reply, travel baru ni, baru balik Malaysia.
DeleteKalau naik feri awal, biasa hotel akan sediakan tempat menunggu... Bila ada bilik kosong, mereka bagi check in...
Kalau boat transfer dah termasuk dalam harga package yang kita ambil dengan resort macam mana ye nak claim di jeti?
ReplyDeleteKalau boat trfr dah ambik sekali dgn resort, sepatutnya (biasanya) ada wakil resort tunggu di jeti.
DeleteTry tanya pihak resort
nak tanya pulau perhetian mne best kecik ke besar..
ReplyDeleteTerpulang.. Ada yg suka P.Kecik, ada yg suka P.Besar.
DeleteSaya suka P. Besar
Boleh cadangkan tak berapa malam sesuai menginap di Redang
ReplyDelete3H2M saya rasa paling ideal.
DeletePerhentian n Redang saya pergi 3H2M. Dan minggu ni Insyaallah ke Tioman pun 3H2M
Assalammualaikum. Terbaik info di sini. Boleh ke tolong share juga kalau utk aktiviti lain seperti hiking utk lihat pemandangan di pulau Redang ni.. boleh suggest atau ada contact no guide yg boleh bawa kami? Tahap kesesuaian kalau bawa anak2 kalau ada juga terbaik. Terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumusaalam. TQ Singgah blog saya.
DeleteKami ambil pakej dgn Redang Laguna, jadi tak sempat nak explore sendiri aktiviti di pulau.
tapi pengamatan, mcm tak banyak aktivit yg ada.
Kat sebelah resort kami stay hari tu, ada satu lokasi hiking tapi tak sempat nak naik. Tempat lain saya tak sure.
Kalau aktiviti trekking, boleh tru visit https://www.redang.org/sights.html , buat panduan.
Contact guide saya tak ada, cuma saya guna Adie utk snorkelling ke Turtle point ( next entry saya ada post nombor dia).
Utk umur anak2, mcm subektif sikit la. kalau anak2 kecil, kena bawa sorkeling depan resort atau Marine Park shj la..
hai mat drat. thank you for the very good tips, boleh tak nak tau bila nk update contact pakej trusted and murah tu? heheheh
ReplyDeleteYe la miss Park... Saya belum update.tq tq, nanti saya uodate.
DeleteBalik cuti lama ni, masih belum jumpa semangat nak menulis semula... ����
sesuai x anak umur 2 tahun naik speedboat? nak naik feri takut mabuk x best spoil mood bercuti.
ReplyDeleteAgak jauh juga tu naik speed bot dgn budak kecil.
DeleteSaya dah agak serik kena di Pulau Manukan/Pulau Sapi dulu naik speed bot long distance ni..
Assalamualaikum tuan.. Harap boleh buat post ttg pulau tioman, terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Insyaallah sikit hari lagi, maybe next week start Pulau Tioman . Tengah siapkan entry Edinburgh minggu ni
Deleteassalamualaikum..
ReplyDeletepulau redang, antara pulau yg kami sekeluarga sgt suka.. walaupun kami dh ke perhentian n tioman redang tetap melekat dihati..kami memilih redang lagoon sbb agak murah n best la bg kami..kami dh 3x pergi n menginap di redang lagoon..insyaallah ada rezeki kami akan kesana lg.
assalamualaikum..
ReplyDeletepulau redang, antara pulau yg kami sekeluarga sgt suka.. walaupun kami dh ke perhentian n tioman redang tetap melekat dihati..kami memilih redang lagoon sbb agak murah n best la bg kami..kami dh 3x pergi n menginap di redang lagoon..insyaallah ada rezeki kami akan kesana lg.
saya pun suka Redang, agak mendamaikan dan cukup tenang berjalan di persisir pantai dihadapan Redang Lagoon.
Deletecuma snorkeling saya mcm lebih puas di Tioman.
nak tanya, kalau pergi pulau redang tanpa pakej ada ke? kami just nak datang menginap 2H1M. mak saya tak fit nak pergi snorkeling, just nak datang ambik angin je. ke memang wajib datang sana dengan pakej? hmm
ReplyDeleteBoleh je...takde masalah. Hantar Cari bilik penginapan Dan enjoy suasana pantai...
DeleteAssalamualaikum, saya nak tanya kalau kita booking resort dalam web booking. Com then ambik pakej snorkeling di pulau redang harganya lebih murah??.
ReplyDeleteWaalikumussalam.
DeleteKdg kala booking sekali dgn pakej, lebih murah. Tapi ada juga walk-in lebih murah.
Tak nak pening mencari bila di sana, better booking terus. Trip ni booking terus sebab resort mmg ada sediakan dan nak cari di kaunter walk-in, agak jauh dari resort.
Semalam Mat Drat ke Pulau Kapas, tak booking pakej terus, plan nak booking masa sampai. Rezeki, pagi nak snorkelling tu hujan je, jadi tak pergi snorkleing. Snorkeling dlm hujan, kurang best...sejukkkkkk. Ni kelebihan kalau walk-in la, atau booking bila sampai/
Assalamualaikum, saya nak tanya kalau kita booking resort dalam booking. Com then ambik pakej snorkeling dia sana adakah harganya lebih murah?
ReplyDeleteWaalaikumussalam
Deletesorry, terlepas pandang.
Biasanya mcm tu tapi better arrange awal sblum sampai, supaya percutian smooth....
Salam tuan Mat Drat, perjalanan feri dr jeti syahbandar ke pulau redang ambil masa berapa lama ya?
ReplyDeleteWasallam. 1 jam setengah tuan..
Deletesorry, terlepas pandang... tak update dlm blog masa perjalanan.
happy holiday
assalam tuan..pakej laguna tuan ambil tu..tuan call resort or agent??sy pom hjt nk pergi menginap dkt resort tu jgk skli pakej..dan brpa hrga pakej tu..mudah nnti nk saving duit.hehe
ReplyDeleteassalam tuan..pakej laguna resort yg tuan ambil tu tuan call resort or agent??dan brpa hrga..mudah nnti nk saving duit.hehe
ReplyDelete