Tuesday 22 January 2019

Airport Departure Tax 2019 Malaysia Cukai Perlepasan

Airport Departure Tax 2019 Malaysia Cukai Levi Perlepasan







Airport Departure Tax 2019 Malaysia

2 November hujung tahun lalu sewaktu pembentangan budget 2019, Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng telah mengumumkan Malaysia akan memperkenalkan cukai baru... iaitu cukai perlepasan ke luar negara atau departure tax.

Nampaknya kaki travel terkena  juga sedikit tempias dengan pengenalan cukai / levi baru ni.

Walau pun hanya RM 20 / RM 40, ia tetap sebagai kos tambahan.

Cukai / Levi ni bukan dikenakan untuk mereka yang berlepas dari KLIA/ KLIA2 sahaja ye, tetapi dikenakan untuk semua tak kira berlepas dari airport mana.



Tarikh Effective
Tak kira lah anda seorang traveller, atau keluar negara untuk bercuti atau pun untuk urusan kerja, mulai 1 Jun 2019 semua akan dikenakan cukai perlepasan ke luar negara atau departure tax.

Cukai ini merupakan cukai baru bagi kita di Malaysia.


Kadar cukai 
Kadar cukai / levi yang dikenakan adalah mengikut destinasi iaitu
  • RM 20 - Destinasi ASEAN
  • RM 40 - Destinasi Lain

Jadi untuk yang akan travel ke luar negara selepas 2 Jun 2019, kena ambil kira kos tambahan ni ye.


Perbandingan dengan negara lain
YB Lim Guan Eng berkata, kadar yang dikenakan jika dibandingkan dengan beberapa negara lain yang turut mengenakan cukai departure ini, kadar kita masih dianggap rendah.

Sebagai perbandingan,
  • Thailand - US$20 (RM83)
  • Hong Kong - US$15 (RM63)
  • Japan - US$10 (RM42)



Rendah pun masih tetap kos tambahan untuk kita.... hu hu hu.... Janganlah banding dengan Hong Kong dan Japan, yang kita tahu pendapatan perkapita rakyat mereka tinggi...hu hu hu..

Apa pun, kita terpaksa rela (dalam paksa)...Nak travel, kena bayar levi ni selepas 1 Jun 2019.



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang !!

1 comment:

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.