Tuesday, 29 January 2019

Travelog Trip London (Part 4) Day 1 - Tower Bridge dan Tower of London


Trip London - Tower Bridge dan Tower of London


TRAVELOG TRIP PERCUTIAN LONDON - Part 4

Entry sebelum ni... 
👉👉   Trip London - Stamford Bridge (Stadium Chelsea)   


Okey, untuk itenerari hari ni Mat Drat destinasi 1, Stamford Bridge Mat Drat dah cover, jadi Mat Drat terus ke destinasi berikutnya ....Tower Bridge dan Tower of London

  1. Stamford Bridge (Stadium Chelsea)  ✔️
  2. Tower Bridge (bukan London Bridge ye)
  3. Tower of London
  4. London Central Mosque
  5. Sherlock Holmes Muzium
  6. Oxford Street

Tower of London  dan Tower Bridge

  • Kedua-dua ikon London ini terletak berdekatan antara satu sama lain.
  • Jika ke Tower Bridge, terus je la ke Tower of London. Atau kalau ke Tower of London, pergilah ke Tower Bridge.
  • Kedua-dua ni adalah ikon dan mempunyai sejarah tersendiri, kalau dah ke London tak ke sini lihat depan mata, rasanya satu kerugian.
  • Kalau tengok menara Tower of London dengan menara Tower Bridge ni, kedua-duanya hampir sama.
  • Bila sebut Tower Bridge, jangan tertukar pulak dengan London Bridge ye.





London Bridge atau Tower Bridge yang betul ?

  • Ramai yang keliru antara kedua-dua ni.
  • Mat Drat sebelum ke London pun sangka jambatan ikon London tu adalah London Bridge, TETAPI sebenarnya yang tu adalah Tower Bridge.
  • London Bridge pula ni jambatan yang berdekatan dengan Tower Bridge, tetapi jambatan asal telah digantikan dengan jambatan baru.
  • Bukan la ambik tahu sangat, tapi bila anak-anak layan lagu "London Bridge Has Fallen Down" kat you tube, kita pun tengok sekali dan lagu tu pulak guna Tower Bridge sebagai background video clip. Jadi secara automatik, Mat Drat pun sangka tu la London Bridge
  • Ni video tu...video yang tak tepat sebenarnya gambaran jambatan..




Cara Ke Sini

  • Mat Drat kongsi 3 cara ke sini, Underground Tren, Bus dan River Cruise.
  • Mat Drat ke sini dengan underground tren (Day 1) dan River Cruise (Day 2)
  • 1. Underground Tren Tube
    • Turun di Station Tower Hill (District dan Circle Line)
    • 5 minit jalan kaki je.
    • Signboard cukup clear.
    • Tak nampak signboard, boleh nampak bangunan tu atau pun ikut orang ramai.

    • Station Tower Hill, waktu puncak memang ramai orang. Kira station utama ni.
    • Di station Tower Hill, ada kedai souveniour. Boleh la sebab harga tak terlalu mahal.

  • 2. Riverboat
    • Turun di Tower Pier
    • Boleh naik river taxi atau river cruise
    • Day-2, Mat Drat naik Thames River Cruise dari Big Ben dan turun di sini.

  • 3.Bas
    • Kalau bas merah double decker tu, boleh naik bas 15, 42, 7 atau 100
    • Klaau naik Tour Bas, kebanyakkan bas akan singgah di sini


    TOWER BRIDGE

    • Tower Bridge adalah jambatan yang boleh diangkat (dibuka) dan bersuspensi yang di bina pada tahun antara 1886 - 1894. Kira kapal boleh lalu melepasi jambatan ni bila ia diangkat.
    • Tower Bridge ni berhubung dengan Tower of London dan menjadi ikon bagi London.
    • Jambatan ni memang epik, dah lebih 100 tahun. Rekabentuk Tower Bridge ni yang agak menonjol senibina nya menjadikan ia gah sebagai ikon London.
    • Banyak filem-filem yang blockbuster buat shooting di sini ataupun ada menggunakan Tower Bridge ni  sebagai scene dalam filem.
    • Filem London Has Fallen, James Bond, Mission impossible, Tom rider, The Mummy Return antara filem yang ada menyelitkan Tower Bridge dalam scene mereka. 
    • James Bond 007, ejen perisikan M15 British memang hebat. Betapa hebatnya ejen 007, sampaikan perasmian sukan olimpik London 2012 dulu dia (Daniel Craig) boleh ada scene dalam majlis perasmian. Siap jemput Queen Elizabeth di Buckhingam Palace dan lalu bawah Tower Bridge. Bukan senang-senang dapat lalu celah Tower Bridge tu dengan helikopter, silap hari bulan kalau terlanggar...habis ikon London.
    • Ni video dari Youtube...gembak gile perbukaan Olimpik 2012 dulu







    Harga Tiket

      • Dewasa : £9.80
      • Kanak-kanak : £4.20 (5-15 tahun)
      • Nak jimat, beli secara online in-advance
      • Nak jimat lagi, beli dari KLOOK (diskaun dan kredit)
      • Kalau beli di KLOOK, jangan lupa print baucer untuk reference

      Waktu Operasi

        • Summer (Apr - Sept) : 10:00am - 5:30pm
        • Winter (Oct - Mac) : 9:30am - 5:00pm

        Untuk detail dan maklumat lain-lain , boleh layari laman web rasmi di https://www.towerbridge.org.uk/


        Klook.com






        Trip London - Tower Bridge dan Tower of London
        London Bridge



        Trip London - Tower Bridge dan Tower of London
        Sewaktu Pembinaan
        Sumber https://www.towerbridge.org.uk/bridge-history/







        TOWER OF LONDON

        • Tower of London pula adalah sebahagian istana dan kubu kerjaaan England dahulu.
        • Tak larat nak baca sejarah dia hari tu, nak tahu lanjut, boleh google je.
        • Kat sini, ada la nanti jumpa 3 ekor singa tu.... 3 ekor singa yang menjadi lambang dalam bendera England.

        • Tower of London ni sebahagaian dari istana raja England yang mula di bina pada tahun 1066.
        • Memang dah lama, penuh dengan sejarah.

        Harga Tiket

          • Dewasa : £22.70
          • Nak murah dan jimat, beli di KLOOK je

          Waktu Operasi

            • Ahad - Isnin : 10:00am - 4:30pm
            • Selasa - Sabtu : 9:00am - 4:30pm

            Harga dan waktu operasi ni Mat Drat ambil dari laman web rasmi. Macam dah berbeza dengan waktu dan harga masa Mat Drat ke sini hari tu.

            Untuk detail dan maklumat lain-lain , boleh layari laman web rasmi di 


            Trip London - Tower Bridge dan Tower of London
            Harga tiket dan waktu operasi
             £29.50


            Klook.com




            ITINERARY  Mat Drat

            • DAY- 1 
            • Kami ke sini terus dari Stamford Bridge
            • Kami turun di Tower Station.
            • Waktu sampai sini, hari masih hujan gerimis. 
            • Jadi terpaksa beli payung kecil (payung lipat) dengan penjajaluar station.
            • Harga payung , £5 = RM 30
            • Hari ni Sabtu, jadi orang memang ramai.
            • Kaunter tiket Tower of London dan Tower Bridge berada di kaunter lain-lain., bukan sekali ye. 

              • 1. Tower Of London
              • Mat Drat dan isteri tak masuk ke dalam Tower of London ni sebab
                • Orang agak ramai
                • Harga tiket agak mahal
                • Tak ada niat nak masuk pun, masa tak mengizinkan
                • Kawasan agak luas, rasanya 1 jam lebih akan ambil masa nak explore dalam ni.
                • Lusa Mat Drat nak castle di Edinburgh, sana lagi best
              • Mat Drat sekadar bergambar di sekeliling sini. Cuaca kurang memihak kepada kami sebab hujan gerimis dan awan agak berawan.

              • 2. Tower Bridge
              • Asalnya kami nak naik ke atas, tapi bila sampai sini, masa seakan tak mengizinkan.
              • Jadi kami berpatah balik dan menuju je Tower Hill Station untuk ke Masjid London pula

              • DAY- 2 
              • Kami naik river cruise dari Big Ben ke sini.
              • Cruise memang berhenti di sini, kecuali mereka yang akan sambung perjalanan ke Greenwich
              • Rezeki kami hari ni sebab cuaca sangat cantik, langit cerah.
              • Jadi lepas turun dari cruise, kami ambil peluang bergambar sedikit di kawasan ni.
              • Semalam hujan, mendung dan berawan. Jadi gambar tidak secantik di hari ke 2.





              Gambar kami di DAY-1 di sini.....


                Hari ni hujan dan mendun, jadi gambar agak kurang umph... Hari ke dua, gambar-gambar lebih umph....





                Trip London - Tower Hill Station





                Trip London - Tower Bridge dan Tower of London
                Sign cukup clear di  Tower Station ni
                - Ke Tower of London atau Tower Bridge
                - Ke Tower Pier 


                Berkenan pulak dengan Die Cast ni... Mini Cooper  London tu

                Harga key-chain di sini.


                Mafla dan cap football club utama ada dijual di sini, tapi...
                macam yang Chelsea ni, lebih mahal di sini berbanding di Chelsea Megastore Stamford Bridge,
                Dan yang ni 'made in China'

                Trip London - Tower Bridge dan Tower of London
                Dataran di hadapan kaunter tiket Tower of London

                Trip London - Tower Bridge dan Tower of London
                3 ekor singa yang jadi ikon dan lambang di bendera England


                Trip London - Tower Bridge dan Tower of London
                The Lion Tower ni siap dibina pada tahun 1270. Dah 700 tahun lebih dah ni


                Trip London - Tower Bridge dan Tower of London
                Dari sebelah Tower of London dan sambil menyusuri tebing sungai, kita akan nampak jelas Tower Bridge ni.

                Trip London - Tower Bridge dan Tower of London
                THAMES RIVER CRUISE

                Trip London - Tower Bridge dan Tower of London
                Yeasss...dapat ikut ke London akhirnya

                Trip London - Tower Bridge dan Tower of London


                Sempat berkenalan dengan awek Poland ni dan menjadi kawan di Instagram sekarang

                Trip London - Tower Bridge dan Tower of London Makan
                Buah yang sempat di beli masa keluar dari hotel pagi tadi.
                Murah dan fresh. Ni je makanan tambah energy kami untuk hari ni sebelum kami ke masjid.


                Trip London - Tower Bridge dan Tower of London
                Jangan kata akak tak payung

                Trip London - Tower Bridge dan Tower of London
                Dan abang pun payung jugak...

                Trip London - Tower Bridge dan Tower of London
                Dari Tower of London, kami semakin menghampiri Tower Bridge

                Trip London - Tower Bridge dan Tower of London
                Di atas jambatan. Tak jadi nak naik ke atas Tower Bridge, sebab hujan dan orang pun ramai.
                Masa tak ada, cukuplah sekadar bergambar atas ni

                Trip London - Tower Bridge dan Tower of London
                Tak ada rezeki hari ni untuk naik ke atas






                Gambar kami di DAY-2 di sini.....


                Percutian London - Tower Bridge dan Tower of London
                Di atas cruise , menghampiri Tower Bridge


                Percutian London - Tower Bridge dan Tower of London
                Berlatar belakangkan Tower Bridge


                Percutian London - Tower Bridge dan Tower of London
                Sampai ke London akhirnya


                Percutian London - Tower Bridge dan Tower of London
                Citycruise kami


                Percutian London - Tower Bridge dan Tower of London
                Tower Bridge...cerah langit hari ni, walau pun pagi tadi hujan


                Percutian London - Tower Bridge dan Tower of London
                Kameraman yang berjaya...


                Percutian London - Tower Bridge dan Tower of London
                Ni la yang terbaik...ni pun dan lebih 10 kali snap gambar...tak dapat angel yang tepat jugak



                Percutian London - Tower Bridge dan Tower of London
                Tower of London

                Percutian London - Tower Bridge dan Tower of London
                Tower Of  London


                Percutian London - Tower Bridge dan Tower of London
                Tower Of  London

                Percutian London - Tower Bridge dan Tower of London


                Percutian London - Tower Bridge dan Tower of London
                Happy...Langit cerah hari ni



                Percutian London - Tower Bridge dan Tower of London
                Tu dia Tower Of  London !!!



                Jom baca di Entry Berikutnya


                ~ Mat Drat ~

                No comments:

                Post a Comment

                Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

                Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.