Thursday 29 March 2018

Kisah Seram di Lebuhraya Karak : Red Kebaya vs Kurung Biru








Post ini Mat Drat pernah di share di blog ni dahulu sempena filem Volkswagen Kuning  - satu filem kisah seram di jalan lama. Hari ni sempena sibuk sana sini viral perempuan red kebaya, Mat Drat repost semula kisah ni, tapi kisah perempuan berbaju kurung biru.


Perkongsian dahulu.....


Tak pernah rasanya Mat Drat berkongsi kisah seram di blog ini tetapi kali ini nak pecah rekod sendiri kerana kebetulan Mat Drat baru merasai satu pengalaman yang agak  menyeramkan. Jadi terpanggil juga untuk berkongsi kisah Mat Drat ni di blog.

kisah misteri yang masih terus menjadi misteri dan Mat Drat ingat hingga kini... 


Wanita dan Anak Kecil di tepi Jalan Lama KL - Karak


Sewaktu balik ke kampung sempena cuti public holiday baru baru ini, Mat Drat terpaksa melalui Jalan Lama KL - Karak kerana Lebuhraya KL-Karak teramatlah jemmmm. Seingat Mat Drat ini hanya beberapa kali Mat Drat melalui jalan ini, dan apatah lagi pada waktu malam..... waktu tengah malam!!! Semuanya kerana lebuhraya sesak sangat, jadi nak tak nak kena ikut juga jalan lama. 

Mat Drat bergerak dari rumah sudah lewat sekitar jam 10 malam dengan harapan sampai di Tol Gombak, kesesakan yang bermula petang tadi telah reda. Sangkaan Mat Drat meleset kerana sewaktu menghampiri Batu Caves sekitar jam 11.00 malam, kesesakan di Lebuhraya MRR2 menuju ke Lebuhraya Karak masih tidak berubah seperti siang tadi. Malahan bertambah teruk dan kira tahap melekat!!!

Applikasi 'Waze' mencadangkan Mat Drat menggunakan jalan lama iaitu Jalan KL - Karak. Beza masa hampir 2 jam berbanding melalui Lebuhraya KL -Karak, jadi memang Mat Drat perlu gunakan jalan lama kali ni.  

Kalau yang belum pernah melalui jalan ini, boleh la bayangkan jalan yang berselekoh, sempit dan sunyi seperti menuju ke Bukit Fraser, cuma jalan ni lebih sempit, selekohnya lebih tajam dan jalannya lebih sunyi di mana kiri kanan adalah hutan.... tiada rumah orang ye.


Teringat lebih 15 tahun dahulu, Mat Drat melalui jalan ini buat kali pertama - juga di waktu malam. Ketika itu berlaku tanah runtuh di susur ke Genting Highland yang telah menutupi sebahagian Lebuhraya KL - Karak. Tak silap Mat Drat, salah seorang mangsa yang tertimbus oleh tanah runtuh itu masih belum dijumpai sehingga kini. Berkubur jasadnya di situ. 


Fasa pertama perjalanan dari Gombak ke Genting Sempah agak 'okey' kerana kereta masih banyak yang melalui jalan ini. Berderet kereta di hadapan kami, dan masih berjujut kereta di belakang kami. Perjalanan lancar cuma ada sekali kami terpaksa berhenti kerana berselisih dengan lori di satu selekoh. Jalan sempit la katakan, terpaksa bertolak ansur.


Tengah-tengah sedap-sedap memandu di waktu malam di jalan lama ini dan di tengah-tengah hutan boleh pula ternampak satu kereta berhenti tepi jalan... 

Bagi Mat Drat, memberhentikan kereta tu dah kira berani.... Tapi turun kereta dan buang air kecil tengah malam di dalam hutan, memang betul-betul berani!!! Dah tak tahan sangat la tu sampai sanggup berhenti. Patut pakai botol je!!!  ha ha ha 

Tapi rasanya mesti dia pun ada rasa sikit takut-takut kot sebab si lelaki tu membuang air kecil tak jauh dari kereta dia. He he he. Berani dalam takut. Kes terpaksa berani la ni.

Pemanduan yang cukup berhemah tanpa memotong kereta dan tanpa dipotong oleh mana-mana kereta. Ye la, jalan sempit dan berliku-liku, tengah malam pula dan masing-masing faham keadaan jalan lama ni. Selepas lebih kurang 30-45  minit pemanduan, akhirnya Mat Drat sampai di Genting Sempah dan dari situ Mat Drat masuk ke Lebuhraya KL-Karak. 

Baru je pandu dalam 200-3OO meter di lebuh raya, traffik kembalik sesak.  On semula waze, dan 'Waze' mencadangkan Mat Drat meneruskan perjalanan dengan menggunakan laluan lama dari Genting Sempah sehingga ke Bentong. Selepas terperangkap dalam 2 km dalam kesesakan, akhirnya Mat Drat tiba di exit Bukit Tinggi (Selesa Hill Homes), Mat Drat keluar di exit tu dan masuk ke jalan lama semula. 

Jam dah menghampiri 1 pagi waktu tu....


Sewaktu Mat Drat mula memasuki jalan lama, baru Mat Drat perasan hanya kereta Mat Drat sahaja yang melalui jalan ini pada waktu ini!!! Haru....... 

Lantas secara spontan isteri Mat Drat berkata  "Kita patah balik la bang, tak ada orang lain pun lalu sini. Dah tengah malam ni, apa-apa nanti susah."

Mat Drat faham maksud kata-kata isteri 'apa-apa' tu, tapi Mat Drat jawab kembali "InsyaAllah tak ada apa-apa, kereta dah servis dan highway tu jem sangat".

Jadi perjalanan diteruskan menuju ke Bentong membelah kegelapan dan kesunyian malam....... Anak-anak semuanya telah tidur dan hanya isteri yang masih gagah menemani Mat Drat sepanjang perjalanan itu.

Perjalan menuju ke Bentong ketika itu hanya ditemani bacaan ayat-ayat Al-Qurran dari CD Player. Bagi Mat Drat tak berapa 'manis' pula dengar radio di kawasan macam ni.


Sampai di satu selekoh, kelihatan beberapa kenderaan telah berhenti di hadapan dan beberapa orang sedang mengerumuni sesuatu di tepi jalan. Kerana perasaan ingin tahu, Mat Drat turut memberhentikan kenderaan dan sama-sama menuju ke tempat mereka berkumpul.


Terkejut Mat Drat!!! Rupa-rupanya di situ kelihatan seorang wanita yang sedang terbaring sambil memeluk erat anaknya. Mat Drat berpendapat anaknya mungkin baru berumur sekitar 1-2 tahun. Yang menyedihkan wanita itu telah meninggal dunia berdasarkan keadaannya yang sudah mereput. Mungkin sudah berhari mayatnya di situ. Bau pun sungguh menusuk hidung....

Orang ramai hanya datang untuk melihat seketika dan berlalu pergi dengan menutup hidung kerana tidak tahan dengan bau mayat itu. Mat Drat bersama seorang lelaki, bersama-sama mengangkat mayat dan diletakkan di atas satu kain dan kami turut mengutip cebisan-cebisan daging yang telah mereput.

Sambil mengutip cebisan sambil saya membaca ayat Al Qurran yang terlintas, sebabnya dari ramai-ramai yang berhenti tinggal Mat Drat dan seorang lelaki sahaja...

Ketika mengutip cebisan daging mayat wanita itu, tiba-tiba bahu kiri saya di cuit oleh seseorang "Abang, bangun bang!! Abang mengigau ni"

Rupanya isteri saya mengejutkan saya kerana dia agak gusar melihat Mat Drat membaca 'sesuatu' yang tidak berapa jelas tadi.


Apabila sedar kembali dari terlelap, baru Mat Drat teringat rupanya tadi Mat Drat berhenti sebentar di stesyen minyak Petronas Bentong untuk berehat kerana keletihan. Memandu sorang-sorang di Jalan Lama Karak dari Genting Sempah ke Bentong tadi sedikit mencabar perasaan sebenarnya.

Mana tak letihnya, awal pagi Mat Drat telah ke pejabat, kemudian sebelah petang balik ke rumah untuk mengambil isteri dan anak-anak, dan kemudian teraksa pula menunggu anak di asrama sehingga 10 malam sebelum memulakan perjalanan balik ke kampung. Balik pula, terpaksa menempuh jalan jem dan terpaksa mengelak dengan melalui jalan lama di tengah malam... 

Oleh kerana terlalu letih, sampai je di Pekan Bentong terus Mat Drat cari tempat yang agak selamat untuk melelapkan mata.. Sempat juga terlelap seketika di dalam kereta.... terlelap sehingga termimpi sesuatu yang agak 'misteri' bagi Mat Drat. Masih terbayang-bayang Mat Drat mengutip cebisan daging mayat perempuan tu.....

Tak ramai berani turun dari kereta di tengah malam di jalan sunyi!!
Tapi hero dalam filem ni...berani!!


Wanita Tinggi Berbaju Kurung Biru di Jalan Jengka

Sedar dari mimpi itu tadi, jam sudah menunjukkan jam 2:30 pagi. Perjalanan ke Jengka perlu diteruskan. Masih jauh....

Dari Bentong Mat Drat terus memasuki lebuhraya Kuala Lumpur - Karak dan seterusnya memasuki Lebuhraya LPT sebelum perlu keluar di Exit Chenor dan meneruskan perjalanan dengan melalui Jalan Jengka untuk menuju ke destinasi terakhir. Kali ni di kiri dan kanan adalah ladang sawit. 


Isteri dan anak-anak dah terlelap semuanya... Dan Mat Drat memandu sambil ditemani kisah silam, kisah yang tak akan dilupakan.



Sepanjang perjalanan di lebuhraya itu kenangan lama asik terimbau je, kenangan (pengalaman) Mat Drat terserempak dengan seorang wanita di Jalan Jengka di waktu tengah malam beberapa tahun dahulu. Ya Wanita lagi.....

Ni bukan perempuan berkebaya merah, tetapi perempuan berbaju kurung biru.... tinggggiiiiii.


Kisahnya begini....

Beberapa tahun dahulu, Mat Drat menghantar adik ipar ke rumah sahabatnya di salah sebuah Felda Jengka XX dengan ditemani ibu mertua Mat Drat. Kami terpaksa ke sana pada lewat malam kerana adik ipar Mat Drat akan menumpang kawannya untuk balik ke kolej di Kedah. Jadi mereka bercadang nak bergerak tengah malam, sekitar 11:30-12:00 malam. Sebelah siang harinya, rumah kawan adik ipar Mat Drat tu ada majlis kenduri kahwin, jadi terpaksa dia bergerak agak lewat sedikit ke kolej. Adat menumpang orang, jadi kena ikutkan sahaja waktu yang ditetapkan oleh kawannya.


Dah hantar ke rumah kawan dia, Mat Drat terus balik. Dalam perjalanan pulang, seperti biasa jalan di Jengka agak sunyi dan tidak banyak kenderaan pada waktu malam dan lebih-lebih lagi tengah malam. Kalau berselisih dengan satu kereta pun dah kira 'bersyukur'. Sebagai anak Jengka, Mat Drat sudah biasa melalui jalan di sini pada waktu malam. Tiada perasaan takut atau seumpamanya.


Pernah masa 'study' dulu, balik ke rumah dari KL malam-malam, motor rosak tengah jalan... waktu tu dalam 9-10 malam. Dah menolak motor dalam 15 minit, nasib baik ada sorang brader dengan kereta wira lalu. Dia yang tolong masa tu. Tolong angkat motor untuk sorok dalam ladang, dan tumpangkan Mat Drat sampai ke rumah. Lepas tu baru Mat Drat ajak orang tua patah balik untuk ambil motor tu semula pakai lori kecil. 




Okey, balik kisah Mat Drat tadi. 
Perjalanan cukup mendamaikan dengan ditemani DJ radio. Lagu yang mendayu-dayu dan langit agak cerah dan bulan penuh cukup mendamaikan. Memandu sambil layannnn lagu dan celoteh DJ.... 


Ketika menghampiri satu selekoh, dari jauh Mat Drat nampak seperti ada seseorang di tepi jalan. Tanpa berfikir apa-apa, Mat Drat merendahkan lampu kereta dan kemudian menaikkan 'high beam' semula untuk mengesahkan memang ada orang di hadapan sana. Yup, memang betul apa yang Mat Drat  nampak... ada seorang wanita berbaju biru di hadapan sana.


Cuma terdetik pada waktu itu...."apa la yang dia buat pompuan ni tengah-tengah malam macam ni" 


Apabila Mat Drat semakin menghampiri 'dia', terpancul dari mulut Mat Drat Ya Allah! Tingginya!!


Terkejut Mat Drat kerana apa yang Mat Drat nampak tadi adalah wanita berbaju biru tak bertudung tetapi sangat tinggi. Sewaktu Mat Drat melintasinya, sedikit pun Mat Drat tidak berani menoleh ke kanan nak lihat dia. Seperti nafaz tersekat dan tergamam seketika.


Tiada apa yang terlintas ketika itu kecuali terus Mat Drat memainkan CD Player untuk mendengar bacaan ayat-ayat Al Qurran sambil mulut saya tidak putus-putus membaca apa-apa sahaja ayat yang terlintas di kepala pada waktu itu. Mat Drat tak tahu ibu mertua Mat Drat di belakang sudah tertidur atau tidak, sama ada dia perasan apa yang Mat Drat nampak atau pun tidak. Tak berani nak bersuara... tak berani nak pandang belakang!!

Mat Drat teruskan sahaja perjalanan tanpa berani melihat cermin belakang kereta... Toleh ke kiri kanan pun dah tak sanggup.


Keesokanya ketika bersarapan pagi, ibu mertua Mat Drat bertanya "Kenapa malam tadi tiba-tiba mengaji dan pasang ayat-ayat Al Qurran?"


Dan terpaksalah Mat Drat menceritakan apa yang Mat Drat nampak kepada dia dan juga kepada isteri Mat Drat.



Kisah wanita berbaju biru ini tidak habis di situ sahaja sebenarnya. Seminggu selepas Mat Drat balik ke rumah di KL ni, kelibat wanita itu masih Mat Drat rasai akan kewujudannya. Di rumah ke... di pejabat ke...  Mat Drat asik ternampak-nampak sahaja wanita itu. Yang lebih Mat Drat rungsing, pergi ke masjid sekali pun, kelibat wanita itu seakan masih ada.

Tak boleh jadi ni....

Dan Sabtu tu juga, atas nasihat isteri kami pulang semula ke kampung di Jengka. Kali ini Mat Drat pulang ke rumah sendiri dan bukannya ke rumah ibu mertua. Kononnya untuk bertanya kepada yang arif ... apa yang perlu Mat Drat buat. 

Mat Drat ceritakan segalanya kepada ayah... dari kisah Mat Drat ternampak wanita berbaju kurung biru tu sehingga saat yang bayang dia masih terlihat je  akan kelibatnya. Siapa lagi tempat kina hendak mengadu kalau bukan orang tua kita kan...


Ayah Mat Drat mengambil segelas air dan membacakan ayat-ayat suci Al Qurran dan menghembuskan ke air dan menyuruh Mat Drat meminumnya. Sedikit renjisan ke muka Mat Drat dan dia berkata " tak ada apa-apa, ni la upah kalau suka sangat berjalan malam". 


Memang Mat Drat tak nafikan Mat Drat memang suka memandu di waktu malam terutama untuk perjalanan jauh kerana lebih sejuk dan selesa disamping tiada speed trap.



Alhamdulillah, selepas balik semula ke KL, kelibat wanita berbaju biru itu hilang., cuma setiap kali balik dan setiap kali melalui jalan tu.... pasti Mat Drat akan 'luaskan' biji mata takut-takut terserempak lagi.

Satu lagi... sebenarnya ini juga adalah kali pertama Mat Drat nampak ayah Mat Drat 'mengubat' orang. Mungkin ada ilmu yang disimpan oleh ayah Mat Drat.... dan mungkin juga hanya kebetulan kelibat wanita itu hilang begitu sahaja. Wallahualam...



Tetapi kini kisah wanita berbaju biru itu muncul kembali apabila Mat Drat bermimpi ketika melalui Jalan Lama KL - Karak malam tu. Misteri sungguh kerana muncul selepas beberapa tahun. 


Perjalan kami ke Jengka malam iu selamat tiba tanpa apa-apa peristiwa yang tidak menyenangkan. 

Keesokan harinya, Mat Drat post kisah yang sama ini di Facebook  (kisah perempuan di Jalan Lama Karak dan di Jalan Jengka) dan antara komen rakan-rakan Mat Drat adalah mengenai wujudnya Filem seram Karak dan Jengka. Baru Mat Drat tahu rupanya ada kisah seram yang telah difilemkan mengenai misteri Jalan Karak dan Jengka itu sendiri. 

Ops...Kalau berani "cuba lah search di google Puchong Jengka'. Ni kisah kampung Mat Drat ni... he he he





Dan hari ni...viral pulak kisah Perempuan Kebaya Merah...Terus Mat Drat teringat dua kisah ni....

Ni lah sahaja kisah yang tak berapa misteri, mungkin pembaca lain mempunyai pelbagai pengalaman yang yang lebih misteri dan menyeramkan.

Sebenarnya ada lagi satu kisah misteri yang tak boleh dikongsikan sebab 'misteri' tu masih menghantui Mat Drat sekali sekala sehingga kini....


Bagi Mat Drat...yang misteri biarkan ia terus menjadi misteri






Filem Volksvagen Kuning

Dan sehari dua ni Mat Drat perasan di TV ada iklan mengenai Filem Volkswagen Kuning. Segalanya menjadi segar kembali di ingatan dan berkebetulan pula Mat Drat terbaca dan rasa tertarik dengan post Bro Framestone di blognya mengenai Filem Volkswagen Kuning. Nasib baik la kedua-dua pengalaman Mat Drat ini tidak ada kelibat Volkswagen Kuning. He he he .... kalau tak panjang cerita.


Filem Volkswagen Kuning ini merupakan keluaran MIG Picture dan dibintangi oleh Pekin Ibrahim dan Atikah Suhaimie. Melihat kepada Trailer filem ini, perghhhh.... meremang jugak bulu roma.

Filem ini bakal di tayangkan pada 22 September ini. Nampaknya filem ini akan menjadi filem seram tempatan pertama yang akan saya tonton di pawagam.





Sinopsis Volkswagen Kuning
Filem Volkswagen Kuning ini mengisahkan sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah, datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.




Link Trailer Volkswagen Kuning : https://www.youtube.com/watch?v=m02a-R7nWlQ




Dan sekali lagi ....... Biarkan Misteri Terus Menjadi Misteri.....

~mat-drat~

Tuesday 27 March 2018

EZ Buy : Pilihan Berbaloi dan Murah




Kali ni ,Mat Drat nak share pasal EZ Buy... antara platform terbaru untuk membeli belah secara online.


👉👉 EZ Buy 👈👈



Asalnya hari tu Mat Drat search satu barang di google, dan keluar EZ Buy ni. Jadi klik dan menarik pula bila lihat apa yang ada di Ez Buy dan promosi yang Ez Buy bagi.



Apa itu EZ Buy

Ez Buy ni diasaskan di Singapore pada tahun 2010, kira dah lama juga syarikat ni sebenarnya. Cuma dahulu dikenali dengan 65daigou, dan mulai 2016 ia telah di rebranding dan mula dikenali dengan EZ Buy.

Bagi yang belum tahu, EZ Buy ni lebih kurang sama macam platform beli belah online (dalam talian) yang ada sekarang seperti Lazada, Zalora, 11 Street, Shopee, Carousell dan lain-lain. Cuma Ez Buy ni ada keistimewaannya.... bab shipping rate.



Mat Drat biasanya kalau nak beli barang 'local', tak ada masalah sebab banyak platform yang kita boleh gunakan. Tapi dengan adanya Ez Buy ni, pilihan untuk Mat Drat lebih banyak dan Mat Drat suka dengan Ez Buy ni sebab 'kupon diskaun' yang diperolehi jarang 'fully redeemed". Sesetengah platform lain tu, masuk je kupon diskaun, selalu je kena reject 'dah fully redeemed'.

Untuk barang dari oversea pula, kadang kala Mat Drat guna eBAY. Ni kalau cari barang dari US atau UK la... Kalau nak cari barang dari China pula, sebelum ni Mat Drat lebih suka cari di AliBaba. Beli barang dari oversea ni, antara sedikit 'masalah' atau kekangan tu, adalah kos penghantaran.  Biasalah delivery charges untuk barang ovesea ni memang kadang-kadang agak mahal, lagi-lagi kalau barang saiz agak besar.

Masa Mat Drat cuba buat pembelian di EZ Buy, rupa-rupanya Ez Buy menawarkan kadar penghantaran shipping rate sama rata (flat rate) yang cukup istimewa dan murah iaitu hanya RM 8.80 sahaja dan pakej tawaran ini tak kira saiz dan tak kira kuantiti barangan yang dibeli. Ni Mat Drat akan share di bawah nanti.


Barangan dari Oversea


Macam Mat Drat beritahu tadi, Ez Buy ada tawarkan pakej kos shipping rate RM8.80 sahaja, jadi boleh la siapa-siapa yang nak order barang dari oversea tu buat pembelian dari Ez Buy. Berbaloi.... Beli perabot pun Ez Buy caj RM 8.80 je.


Barangan dari Local Marketplace,  USA Marketplace,
China Marketplace dan Taiwan Marketplace



Pelbagai pilihan . Local, China, USA atau pun Taiwan



USA - Amazon
Yang biasa buat pembelian online barangan dari USA, pasti sudah biasa dengan eBAY dan Amazon. Jadi boleh buat pembelian dari Ez Buy sahaja dimana kita membeli dari Amazon 'melalui' platform Ez Buy. 


China - Taobao, Mogujie dan Jingdong (JD.com)
Kaki shopping online yang biasa membuat pembelian barangan dari China, pasti biasa ternampak 'Mogujie Collection' dan 'Jingdong (JD.com) Collection'. Jadi untuk membeli barangan terus dari China, Mat Drat mempunyai 2 pilihan tambahan sekarang., dah lagi best...semuanya boleh dibeli melalui EZ Buy.

Bila Mat Drat dah 'berkenalan' dengan EZ Buy ni, Mat Drat semakin rapat dan biasa dengan EZ Buy ni sebab ia menawarkan lebih pilihan. Bila dah log-in di EZ Buy ni, selalunya akan lama di website Ez Buy ni. Yang Mat Drat perasan, biasanya Mat Drat akan habiskan masa yang agak lama di 'Mogujie Collection' dan 'Jingdong (JD.com) Collection'. Banyak barang dan harga menarik kat sini...


Selain barangan 'local', barangan dari USA (Amazon), dan barangan dari China ( Mogujie, Jinddong), kita juga boleh membeli barangan terus dari penjual dari Taiwan. 


Antara barangan ni, ada satu item yang Mat Drat nak order di Ez Buy ni. 




PRIME Service 

Macam Mat Drat beritahu tadi, EZ Buy ada tawarkan pakej shipping rate RM8.80 sahaja. Untuk menikmati keistimewaan pakej ini, pelanggan perlu terlebih dahulu menjadi ahli PRIME.



Untuk menjadi ahli PRIME, pelanggan hanya perlu membayar RM 188 untuk mejadi ahli dan layak menikmati antara keistiemewaan ini :

1. RM8.80 Shipping Rate
Dengan menjadi ahli PRIME, pelanggan akan layak mendapat keistimewaan  shipping rate RM 8.80 ini.... tak kira saiz barangan dan kuantiti barangan yang dibeli ye. Pastikan barangan yang dibeli, ada tanda 'PRIME', maka barang tu layak untuk shipping rate RM8.80 ni.

Contoh 1 :
Shipping fee agak mahal jika tidak menjadi ahli.
Ada tanda 'PRIME' , jadi item ni layak untuk shipping fee RM8.80.

Kalau beli 10 unit pun, shipping fee tetap RM 8.80 setiap kali check-out"

Contoh 2 :
Perbandingan beli di kedai vs beli di Ez Buy vs Beli di Ez Buy dengan PRIME


2. 42 Wishes
Dengan menjadi ahli atau membayar langganan tahunan, ahli boleh memasukkan 42 item dari 'Non Prime' kepada kategori 'Prime'. Maknanya, barangan yang tidak tertakluk kepada flat shipping rate RM8.80,juga layak untuk mendapat rate ini apabila kita memasukkan barangan tersebut di dalam list ' wishes' kita.

Lain-lain maklumatmengenai pakej PRIME , boleh 👉👉 KLIK DI SINI 



Pesanan Mat Drat, sebelum membeli di EZ Buy ini, jangan lupa mendaftar dahulu dan dapatkan kod diskaun untuk lebih penjimatan semasa membeli di EZ Buy.

Jom kita intai-intai apa yanga da di EZ Buy....

 ðŸ‘‰ðŸ‘‰ EZ Buy ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ

Diskaun 15% apabila menjadi ahli.




~Mat Drat~



Thursday 15 March 2018

The Grato - Western Food Sedap di Bandar Seri Putra Bangi








Kali ni Mat Drat nak share sikit pasal satu restoran western food.... sekali makan, rasa nak makan lagi, dan dah makan lagi rasa nak lagi.....

Yang Mat Drat maksudkan, Restoran Grato Bandar Seri Putra. Kalau ikut alamat memang Bandar Seri Putra ni berada di daerah Kajang tapi rasanya yang duduk area Bangi / Nilai / Putrajaya pun boleh je ke sini. Tak jauh mana pun...

Entry ni sempena kali ke dua Mat Drat makan di sini. Kali pertama 2 bulan lepas.


Grato - Western Food Sedap di Bangi
The Grato BSP - Bandar Seri Putra



Makan di Grato kali pertama
2 bulan lepas tu, Mat Drat ada kerja sikit di area Bandar Seri Putra ni. Bila selesai kerja, tanya kawan mana nak makan sedap kat area ni (waktu tu dah 2:30pm), dan kawan cadangkan makan di The Grato. 1st time dengar Grato masa tu, Mat Drat cakap "Grato pun Grato la.... janji makan sedap".

Selesai makan masa datang 1st time tu, rata-rata semua puji.... sedap, portion besar, harga okey.... dan paling 'diingati' adalah Green Tea dia... 

Masa tu Mat Drat order Chicken Steak n Pasta dan minuman Green Tea. Gambar meal yang kawan lain makan Mat Drat tak ambil sangat masa tu. 

Dan biasalah, bila makanan sedap dan kita puas hati... mesti la share dengan kawan-kawan di FB. Sharing is caring la katakan....

Bila dah share di FB, ramai rupanya kawan-kawan yang dah makan kat sini, dan mereka pun kata ni The Grato ni memang sedap. 

Ni kisah yang 2 bulan lepas.... 

Grato - Western Food Sedap di Bangi
Menu Mat Drat 1st time datang makan
- Chicken Steak n Pasta dan Green Tea


Makan di Grato kali kedua
Dan baru-baru ni, Mat Drat ada tugasan sikit di Port Dickson. Masa on the way balik ke KL dari PD hari tu (dalam 2pm), dalam kepala duk fikir mana nak singgah lunch masa tu. Dan bila sampai Nilai, teringat The Grato ni... Terus cadang kat kawan nak singgah Grato Bandar Seri Putra.

Menyampuk lak sorang kawan Mat Drat dalam kereta ni.... "aku nak minum Green Tea dia....best gile green tea dia"

Dari EXIT Bandar Sri Putra PLUS Highway, bukan jauh pun restoran ni. Tak sampai 5 minit je pun dari tol. 

Yang tersangkut jem kalau weekend balik dari Selatan ke KL, kalau perut lapar tu bolehlah keluar je exit ni dan tuju ke sini. 


Waktu Mat Drat sampai kat sini lebih kurang 2:30pm, sama macam datang 1st time 2 bulan lepas... pelanggan masih tak ramai sebab office hour. Masa datang dulu, Mat Drat chit chat dengan sorang brader jaga kaunter ni, dia kata biasanya start pukul 6 akan mula ramai pelanggan.  

Kebetulan pula masa sampai ni, ada owner kedai ni En Imzani. Tak sangka pun dia owner kedai mulanya sebab dia 'biasa-biasa je', sama-sama dengan staff ambil order dan hantar makanan/minuman kepada pelanggan. Low profile....

Mat Drat memang rajin sikit bab-bab nak berbual dengan orang ni, lagi-lagi kalau tempat makan best atau pun ada special menu kat situ. 


Kali ni Mat Drat bertiga.... pagi tadi panjat Rumah Api Tanjung tuan di PD dan perut pun rasa agak lapar, jadi dah niat nak makan lebih sikit kali ni. 

Dan dah alang-alang tokey kedai yang ambik order, Mat Drat minta dia cadangkan apa lagi yang best kat Grato ni dan bagi tahu juga 1st time datang dulu kami bertiga dah rasa Chicken Steak n Pasta, Chicken Chop dan Meatball Carbonara. Dan minuman pun kami minta dia cadangkan kalau ada minuman lain yang dia nak suggest selain Green Tea.

4 menu yang dia suggestkan... dia kata paling diminati disini.
- Spicy Italian Lamb Pasta
- Fish and Chips
- Chicken Steak with Pasta
- dan Nachos kalau nak tambah....

3 minuman yang dia suggestkan... 
- Grato Teh Hijau
- Soda Citronella
- 3 Layer Cappuchino




Grato - Western Food Sedap di Bangi
3pm lebih,pelanggan mulai ramai...

Menu Pilihan Kami Bertiga
Datang 1st time dulu, Mat Drat dah rasa Chicken Steak with Pasta, kali ni Mat Drat pilih Fish n Chips. Jodohkan dengan air Soda Citronella.

Ingatkan 3 layer tea...rupanya 3 layer cappuchino hu hu hu. Tak merasa  3 layer tea. 2 minggu lepas Mat Drat ke Kuching 5 hari, tak sempat merasa 3 layer tea yang biasa Mat Drat  minum tiap kali ke Kuching.

Mat Drat jarang order Fish n Chip kalau makan western food ni, biasanya cuit yang anak-anak punya.  Kali try order sendiri.

Tak tahu nak komen apa...tapi isi ikan dia soft je....lembuttt je, kulit kat luar crispy. "Orang kata kelembutan dalam kegaringan 😋". Dan sos dia, memang sedap..... Pilihan yang tepat.

Yang nak diet tu, elok gak try Soda Citronella ni. Tak silap ada serai, lemon, daun pudian, laici dan asam boi. Hilang dahaga minum ni... 


Grato - Western Food Sedap di Bangi
Air sampai dulu... untuk menghilangkan dahaga.
Green Tea - 3-Layer Cappuchino - Soda Citronella


Grato - Western Food Sedap di Bangi
Fish n Chip - Garing di luar, lembut di dalam.

Yang sorang lagi order Spicy Italian Lamb Pasta dan jodohkan 3-layer Cappuchino. Yang dia ni memang penggemar sejati kopi... jadi bila dengar cappuchino, terus nak.

Dia ni pun dah banyak kali ke sini, cuma Spicy Italian Lamb Pasta ni dia tak pernah rasa, kali ni dia nak try. Mat Drat pun cuit jugak la sikit.... nak rasa.

Spicy tak la pedas mana.... sedang-sedang sahaja. Yang tak kuat pedas tu boleh makan, jangan risau.

Lamb.... daging lembut tak banyak tulang dan lemak...dan yang paling penting, tak bau.... 

Rasanya ni 1st time Mat Drat jumpa menu macam ni... rasanya resepi Italy dengan sentuhan dan citarasa tempatan kot. Orang Italy mana makan pedas-pedas...


Grato - Western Food Sedap di Bangi
Spicy Italian Lamb Pasta - didatangkan dengan sos.



Grato - Western Food Sedap di Bangi
Set kawan Mat Drat. Spicy Italian Lamb Pasta & 3-layer cappuchino


Dan sorang lagi, dia nak rasa Chicken Steak n Pasta sebab dulu dia makan Lunguine Meatball. Dan minuman pastinya Green Tea sebab dia yang sebut nak minum Green Tea masa dalam kereta tadi 😂😂.

Chicken Steak n Pasta...  jarang jumpa menu ni kalau pergi restoran western food. Biasanya Chicken Streak satu menu...Pasta satu menu. Yang kat sini digabungkan sekali.... sebab owner tahu kot orang Malaysia ni suka makan macam-macam. Jadi datang sekali makan, boleh rasa 2 menu sekali.

Chicken steak, rasanya macam Mat Drat datang makan 1st time hari tu... ayam di masak sedang-sedang, tak terlalu masak. Jadi dagingnya pun lembut je... Biasalah lah, makan chicken chop sos pun mainkan peranan. Kalau sos tak sedap, kita boleh kata set tu tak sedap. Tapi kat sini, chicken steak + sos, dua-dua sedap.

Pasta pun Mat Drat berani kata sedap, sebab...Mat Drat datang makan dulu pun habis. Kawan Mat Drat datang makan ni pun habis. Rasanya daun herba yang 'chef' tabur atas pasta ni yang buatkan pasta ni sedap kot.... daun herba apa Mat Drat tak tahu... lupa lak nak tanya masa tu... 😀


Grato - Western Food Sedap di Bangi
Chicken Chop n Pasta

Grato - Western Food Sedap di Bangi
Ini menu 1st time datang hari tu... Linguine Meatball


Dan memandangkan perut sedikit lapar, Nachos pun kami order.... dengar En Imzani kata 'kerak' yang dia gunakan special dan jauh dibeli...Kami pun nak try jugak la...

Ikhlas cakap....1st time Mat Drat makan nachos rasanya. Biasa tu kalau ke Western Food tu, nampak menu biasa-biasa je...Chicken Chop, Lamb Chop, Steak, Fish n Chip dan pasta2. 

Betullah macam En Imzanie cakap, kerak dia nipis....cruncy.  Sedap dan habis semua kami makan. Habis dimakan rasanya sebab faktor sedap 70%, dan faktor lapar 30%. Kami makan ni dulu sebelum makan set kami sebab geram je tengok Nachos bila sampai... Try la order kalau tak percaya...


Grato - Western Food Sedap di Bangi
Nachos


Dan inilah set kami makan bertiga.....

Grato - Western Food Sedap di Bangi
Mat Drat kata "Opsss sabar  jappp...
Jangan makan dulu, nak ambik gambar dulu ye, nak kena masukkan dalam blog ni"


Grato - Western Food Sedap di Bangi
Jemput makan..... 




Jadi yang suka makan-makan....yang suka mencari makansedap-sedap, Mat Drat berani suggest la tempat ni..... Harga okey sangat dan yang penting rasa tak mengecewakan. Dua kali makan, dua kali tak mengecewakan.

Lagi-lagi bila ada sign "PILIHAN TV3 - Jalan Jalan Cari Makan". Memang sahlah tempat ni direkemenkan oleh ramai orang.



Grato - Western Food Sedap di Bangi  Harga dan Menu
Sorry...Gambar menu dan harga tak berapa clear.


Dan waktu menulis entry ni, Mat Drat dah pun janji nak bawa anak-anak makan kat sini cuti sekolah ni walau pun jauh Mat Drat kena drive. Anak-anak pun 'skodeng' Facebook ayah dia juga, tengok ayah dia makan sdap, mereka pun nak merasa jugak.

Anak-anak biasa nak makan western, dia orang sebut satu restoran kat Shah Alam.... Biasalah, kalau sedap tu memang akan selalu di repeat, anak-anak ni tahu je mana nak makan sedap.

Yang datang bawa anak-anak kecil tu, jangan risau... owner The Grato ni sediakan satu sudut untuk anak-anak bermain. Jadi mak bapak nak makan dan menikmati hidangan tu tak ada la terganggu sangat.... budak-budak kecik ni biasalah, bukan boleh lama duduk depan meja makan...



Grato - Western Food Sedap di Bangi
Sudut kanak-kanak bermain


Dan makan kat sini, selain sedap makan yang masuk di mulut.... Mat Drat suka juga perhiasan di dinding restoran ni. Simple tapi menarik. Orang seni la katakan... menghargai benda-benda kecik.

Dan satu lagi....Mat Drat suka juga makan waktu tu sebab halwa telinga dengar sayup-sayup je bacaan ayat suci Al-Qurran. Masa nak bayar, baru jumpa punca baccan tu... rupanya dari kaunter bayaran. Respek la En Imzani. Moga terus murah rezeki.



Grato - Western Food Sedap di Bangi





Nak Datang - elok la buat reservation.
Ini yang diberitahu oleh brader masa 1st time Mat Drat ke sini dulu dan juga direpeat oleh En Imzani, biasnaya Jumaat, Sabtu dan Ahad.... restoran ni akan penuh dengan pelanggan terutamanya sebelah lewat petang hingga malam.

Jadi kalau datang dengan bilangan yang ramai tu (perlukan lebih 2 meja), eloklah call dan buat reservation dulu. Betullah tu sebabnya kalau datang 2-3 orang, boleh selit-selit di meja kosong.... tapi bila ramai, susah nak alih-alihkan meja sebab restoran dah penuh. Takkan nak main tarik meja dan cantumkan suka-suka, sebab pelanggan lain tengah makan kan... Jadi untuk keselsaan sendiri, call dulu sebelum datang terutamanya kalau datang ramai.

Mat Drat tanya jugak...kalau datang 10 malam okey kot...sebab dah ramai pelanggan balik. Dia kata okey, tapi takut menu yang nak di order dah tak ada bahan untuk dihidangkan... jadi, datang awal ye...

Untuk tempahan, boleh call atau whatsapp nombor ni:

03-8922 0411 : The Grato
012-679 6101 : En Imzanie
014-625 5596 : Pn Tg Haslian(Wife En Imzanie)

Tapi kalau ada special request pun boleh email ke gratobsp2016@yahoo.com

Facebook Page :
https://www.facebook.com/gratobsp2016/






Buffet Buka Puasa
Asalnya Mat Drat tanya En Imzani, tingkat atas buka ke kalau malam-malam penuh. Dia kata atas buka untuk dijadikan surau bila bulan puasa. 

Rupa-rupanya, Th Grato ni pun sediakan pakej buffet berbuka puasa. Kawan Mat Drat yang biasa makan kat sini pun pernah makan buffet buka puasa di sini.

Nanti ada detail pasal Buffer buka puasa ni, Mat Drat update kat sini.


Western Breakfast
Dah alang-alang tercerita pasal buffet berbuka puasa, En Imzani pun dukpromote juga la menu baru mereka... Western Breakfast. Dia kata ramai yang minta mereka sediakan Western Breakfast.

Dan bila dah ada Western Breakfast, En Imzani kata dia luaskan menu kepada 'Local Breakfast' sebab sayang resepi yang mereka tahu tak disajikan kepada pelanggan....lagi-lagi bila ada permintaan.

Jadi yang nak breakfast boleh juga try menu ni
- Nasi Lemak (ni biasa kan)
- Nasi Dagang Terengganu (ni susah nak jumpa yang sedap...pure Terengganu kat Lembah Klang ni)
- Lempeng Kelapa (ni pun susahnak jumpa, anak-anak kita pun takut tak pandai makan)
- Nasi Kunyit With Rendang (tak payah nak balik Ganu baru nak makan benda ni dah)

Dan paling best...coffea dan tea, free untuk breakfast ye. Jimat tu.... 

Untuk breakfast..Sabtu dan Ahad sahaja ye. Dan waktu 8:30 - 11:30am.



Grato - Western Food Sedap di Bangi  Harga dan Menu
 



Dan satu lagi....  pesanan Mat Drat...kalau jumpa tempat makan sedap tu, tak salah kita share. Selain tanda 'sharing is caring', kita juga membantu kedai tu terus maju.

Dan Mat Drat biasa amalkan "Kalau sedap, beritahu rakan. Kalau tak sedap, beritahu owner kedai untuk mereka baiki"



Alamat : 
The Grato Bandar Sri Putra
39, Jalan Seri Putra 1/4, Bandar Seri Putra, 
43000 Kajang, Selangor

Tel : 03-8922 0411






~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡