Showing posts with label Doha Qatar. Show all posts
Showing posts with label Doha Qatar. Show all posts

Sunday, 8 May 2016

Jalan Jalan ke Doha Qatar - Berpanas di Pantai Corniche





Doha... hari 2
bersambung dari entry sebelum ni...... 👉👉 Jalan ke Tempat menarik di Doha 👈👈

Pagi ni kami bersarapan dahulu di W Doha Hotel. Hampir kesemua yang berada di restoran ini adalah muka-muka mat salleh. Kami mula confius sekejap untuk mengambil makanan.....
Kemudian masuk satu family arab, kami lihat mereka makan macam biasa.... ambil itu dan ini. Kami masih berhati-hati, hanya makan buah-buahan dan minum pun hanya jus sahaja.

W Doha Hotel
Asalnya kami makan buah-buah sahaja... 

Saya terpaksa tebalkan muka dan whatsapp kawan saya dan tanya status makanan di Hotel ini. Jawab dia " jangan risau makanan di sini, semua makanan di Doha adalah halal. Di sini tiada jual daging babi atau makanan tak halal"

Saya kata, bukan apa cuma risau sebab hotel ni waktu malamnya meriah dengan aktiviti clubbing, dan di sebelah café kami bersarapan ni ada bar dipenuhi botol-botol arak. Dan jawab dia " Di Doha ni, hanya hotel dibenarkan menjual arak. Jadi bab makan... jangan risau.... makan sahaja"

Dapat penjelasan dari kawan yang dah menetap lama di sini, hilanglah keraguan.... dan mula la kami makan tanpa was was....


Tempat Menarik - City Centre Mall

Flight kami untuk pulang ke Kuala Lumpur dijadualkna pada jam 8 malam. Jadi masa agak panjang untuk di isi sementara untuk ke airport. Yang menajdi masalahnya, tidak ada tempat menarik untuk di lawati di sini. Muzium-muzium di sini rasanya tak berapa menarik minat kami.

Jadi kami bercadang untuk berwindow shopping sahja di City Centre Mall sambil menunggu bas ke Corniche.  Sebelum ke Ciy Centre Mall. kami check-out siap-siap. Beg-beg di tinggalkan dahulu di hotel.

Pukul 11 pagi menapak dari W Doha Hotel ke City Centre  Mall walau pun hanya jarak 300 meter, agak mencabar. Terasa terik sinaran mentari.

Terasa lengang je.... Bangunan pencakar langit di sana sini
City Centre Mall Doha
City Centre Mall

Antara bangunan yang menarik senibinanya

Tak silap, Bank of Qatar

Di Doha ni, banyak kelihatan bangunan-bangunan mencakar langit. Kata kawan saya, Doha cuba menyaingi Abu Dhabi di Arab Saudi. Memang banyak bangunan-bangunan tinggi yang menjadi iconic Doha. Dan Doha juga sekarang ini sedang giat mebina seberapa banyak hotel untuk persediaan World Cup 2022.

City Centre Mall ni lebih kurang macam shopping complex di Malaysia. Tiada apa yang menarik. Tiada apa yang membuat kami lama di sini, Tapi dalam tak minat, sempat juga singgah di satu kedai pakaian yang sedang buat sales.... Tersangkut la 3 pasang jean dan T-Shirt Lee Coopers. Tak tahu macam mana kedai ni boleh jual murah. Kedai ala-ala FOC je pun.


Tempat Menarik - Corniche Beach Doha


Jam menunjukkan hampir pukul 1 tengah hari. Masih ada beberapa jam untuk kami penuhi dengan akiviti. Jadi kami terus menunggu bas untuk ke pantai Coniche sahaja.

Kami menunggu bas hampir 20 minit. Kad yang kami beli semalam, masih valid untuk digunakan. Tapi bas yang kami naiki ini.... kosong. Hanya kami berdua sahaja yang menaik bas ini.

Dapatlah kami berbual sedikit dengan pemandu bas ini yang berasal dari India. Katanya bas biasanya hanya di naiki oleh pekerja-pekerja am atau buruh. Selepas waktu kerja, baru bas agak penuh. Penduduk tempatan tidak akan menaiki bas.





Kami sampai di Corniche.... di panas terik mentari. Tiada orang lain kecuali kami.😂😂

Dan kami tak nampak apa-apa aktiviti atau tempat untuk di tuju atau untuk lepak-lepak. Jadi kami hanya bergambar untuk kenang-kenangan.

Mengadap laut... dan bangunan mencakar langir


Nasib baik kurma ni belum masak...

Memang terik... kena berlindung balik bayang-bayang pokok je

Walau pun terik, ada juga yang berjogging tu....

Dah tak ada apa nak dibuat dan tempat nak dituju, kami ambil bas dan terus pulang ke hotel. Rasanya lebih baik kami berehat sekejap di lobi Hotel daripada berpanas di Corniche tu. 

Kami berehat sekejap di W Doha sebelum terus ke Hamad International Airport. Berehat di Lounge HIA pasti lagi bagus dan selesa.😁😁

Sedondon... baju dan bunga

Menunggu beg yang disimpan....


Teksi Doha ke Airport

Teksi dari W Doha Hotel ke Hamad International Airport hanya QAR 60. Terlebih mahal QAR 10 berbanding semalam semasa kami dari Airport ke Hotel. Mungkin sebab caj mahal kerana hotel yang panggil. Teksi ini juga tak pakai meter, tambang ikut suka dan persetujuan di dalam kereta sebelum sampai airport. Tak kisah la, sebab dalam harga masih dalam range ke hotel semalam.

Pemandu teksi ini juga dari india. Dia terpaksa bekerja di sini untuk menapung ahli keluarga di kampong. 3 bulan berkahwin dia terpaksa bekerja di sini. Dan dalam masa 5 tahun di sini, dia baru balik ke India 3 kali. Kasihan juga dengar dia cerita.... tapi demi rezeki untuk keluarga.

Teksi sampai di HIA, berhenti di pintu Business Class. Telah tersedia seorang petugas menunggu untuk menyambut penumpang Business Class, Di bukakan pintu, di ambilkan beg dari bonet kereta dan di bawakan beg kita ke kaunter check in. Kiranya personnel assistant di HIA ini. Setiap penumpang biz class akan ada seorang assistant untuk urusan  hingga ke kaunter imigresen / kastam.

Selesai urusan check-in, kita di bawa terus ke laluan pemeriksaan imigresen dan kastam. Tak perlu kelam-kabut kerana penumpang busines class ada laluan dan petugas khas  Selesai urusan check-in, imigresen dan kastam…. boleh la mulakan aktiviti shopping menyopping kalau poket penuh lagi.





Sewaktu pemeriksaan kastam, beg kami "ditahan" sekejap. Bagi saya tak nampak macam kaunter imigresen sangat pun, santai je mereka kat kaunter ni...tak sibuk. Ada beberapa laluan untuk penumpang business class tetapi waktu kami ni hanya kami berdua sahaja. Mungkin petugas tu tak ada kerja, tu yang bersungguh dia cek beg kami. Dari gambar x-ray nampak seperti banyak coin-coin berbentuk bulat, dia sangkakan kami bawa duit-duit syiling emas sebab kedudukan di bahagian bawah beg sekali. Terkejut juga pada mulanya. Bila dibuka, hanyalah magnet-magnet di fridge magnet....kami kumpulkan satu tempat fridge-fridge magnet yang dibeli di Barcelona, Paris dan Doha. Jadi memang banyak la.....

Selesai pemeriksaan kastam dan imigresen, kami terus menuju ke Lounge yang disediakan untuk penumpang Business Class Qatar Airways. Boleh baca perkongsian saya di Layanan Istimewa di Hamad International Airport 


3 jam juga kami berehat di Lounge ini sebelum menaiki pesawat balik ke Kuala Lumpur.

Satu pengalaman yang cukup indah buat kami... diberi peluang bercuti yang ditanggung kos penerbangan dan penginapan untuk percutian Barcelona- Paris - Doha ini. Dan bertambah manis kerana diberi tiket penerbangan business class dan tiket VVIP perlawanan bolasepak team Barceloan FC.

Terima Kasih Qatar Airways


~mat-drat~






BOOK YOUR FLIGHT WITH QATAR AIRWAYS





Friday, 6 May 2016

Tempat menarik di Doha Qatar




Tempat menarik di Doha Qatar


😁😁... bersambung dari entry sebelum ini.... 👉👉Cuti-cuti Doha - Hamad International Airport 👈👈

Sebagai intro, Doha adalah destinasi ke 3 dalam trip percutian kami kali ini. Trip Barcelona - Paris - Doha. 





Mat Drat memang diminta oleh pihak Qatar Airways untuk bermalam 1 malam di Doha dengan penginapan disediakan di W Hotel Doha sebagai salah satu syarat hadiah tersebut.









Sebelum memulakan trip Barcelona - Paris - Doha ini, saya buat risikan dahulu mengenai tempat-tempat yang menarik di lawati di Doha ini terutamanya di laman web Tripadvisor.

Jika menurut Tripadvisor, tempat menari dilawati di Doha Qatar - mengikut senarai adalah seperti berikut:



Setelah baca review-review mengenai tempat menarik di Doha ini, Mat Drat rasa cukup lah 2H1M kami di sini. Faktor keletihan dan rasa macam tak banyak tempat yang betul-betul menarik, jadi tak perlu sambung penginapan di sini. Lagipun dah lebih seminggu tinggalkan anak-anak di rumah.

Kami plan untuk melawat ke empat tempat sahaja ( item  1,2,3 dan 9)


Sauq Al-Waqif

Pada hari pertama, ikut itinerari dirancang kami akan ke Souq Waqif dan Museum of Art.

Dari W Doha Hotel, kami menapak ke City Centre Mall untuk menunggu bas di situ. 

Teksi ada, tapi kami lebih suka berjalan santai sambil tengok bangunan-bangunan di sini. 


Suasana waktu malam.



Tempat menarik di Doha Qatar
Bergambar dicelah bangunan mencakar langit
antara W Doha Hotel dan City Centre Mall

Dah ronda-ronda kedai dalam City Centre Mall, kami terpaksa menunggu bas lebih kurang 20 minit sebelum bas tiba. 

Di sini, banyak teksi-teksi sapu yang akan berhenti dan offer untuk hantar kita ke destinasi kita. Cuma kata kawan yang bekerja di sini, hati-hati dengan teksi sapu, bimbang caj yang dikenakan agak tinggi.

Naik bas dalam 10 minit sampai ke Sauq Al Waqif. Beritahu kat driver awal-awal, dia siap ingatkan kami bila tiba di Sauq Al Waqif.



Sauq Al Waqif (gambar belakang)


Sauq Al-Waqif ini merupakan satu-satunya pasar tradisional yang masih wujud di sini. Sauq ini bermakna pasar. Kat sini macam-macam ada jual...... bagi Mat Drat, kira macam tempat shopping barang murah juga la di Doha ni.


Percutian Doha Tempat Menarik di Doha
Baru sampai Sauq Al-Waqif, terus on camera.

Percutian Doha Tempat Menarik di Doha
Menjejaki kaki ke Sauq Al-Waqif

Percutian Doha Tempat Menarik di Doha
Pengunjung tempatan juga ramai.


Shopping barang murah di Doha Qatar

Di Sauq Al Waqif ni banyak terdapat barang-barang yang untuk dibeli... untik diri sendiri atau pun untuk dijadikan buah tangan / cenderahati.





Jika ingin mencari jubah yang berkualiti dengan harga yang agak murah, di sini lah tempatnya. Harga kira murah berbanding di Malaysia sebab kualitinya agak berbeza. Percayalah, kita tak akan balik dengan tangan kosong, pasti ada beberapa helai jubah yang dibeli.

Kedai pakaian memang agak banyak, jadi kita ada banyak pilihan. Jangan segan silu untuk tawar menawar. 

Tak cukup duit QAR jangan risau, tempat tukaran matawang ada di sini. Kami kehabisan QAR Riyal masa memborong jubah disini, tak sangka akan banyak me'nyopping' di sini, nasib baik ada mesin ATM....  cucuk sahaja dan keluarkan duit dan sambung memborong.

Pesanan saya jangan la lupakan jubbah sehelai dua untuk orang di Malaysia.... Sampai Malaysia nanti menyesal kalau tak beli.

Kalau nak beli minyak wangi, di sini juga banyak kedai-kedai menjual wangian. Kami tak berminat... jadi kami tak singgah pun kedai perfume.

Nak beli repah ratus..... pun ada. Mana la tahu ada yang nak beli rempah special kat sini dan di bawa balik.


Yang uniknya bagi kami, kat sini juga banyak terdapat penjual yang menjual binatang peliharaan seperti burung, arnab, kura-kura dan lain-lain. Paling banyak adalah burung. Pilih la nak burung apa,   burung nuri, burung kakak tua atau burung helang. Kalau boleh bawak balik burung helang, nak je rasanya beli seekor dan bawak balik ke Malaysia.

Percutian Doha Tempat Menarik di Doha
Banyak penjual-penjual  menjual binatang peliharaan.... burung terutamnaya

Percutian Doha Tempat Menarik di Doha
Kura-kura pun ada.... teringat video pak arab main lumba kura-kura
Tempat menarik di Doha Qatar Sauq Al Waqif
Burung kakak tua / nuri pun ada.... tak mahal...
harga cuma ratus-ratus QAR je ( RM pun ratus juga la..)
Tempat menarik di Doha Qatar Sauq Al Waqif
Burung yang ni boleh cakap sepatah dua.... 
jadi harga yg ni mahal sikit



Makan di Doha Qatar

Bab makan..... jangan risau di sini. Banyak kedai dan restoran.  Dah datang negeri arab, masa ni la nak makan nasi arab betul-betul. Memang sedap la makan kat sini. 

Kena pulak kami dah seminggu lebih tak jumpa nasi. nikmat sungguh dapat makan nasi kat sini.

Tempat Makan di Doha
Nak makan di sini tak ada masalah... banyak gerai dan restoran.

Tempat Makan di Doha
Hampir seminggu tak makan nasi... malam ni jumpa pulak nasi arab!

Tempat Makan di Doha
Memang banyak pilihan.... lepas makan, kita lepak-lepak ngeteh pulak

Pening sekejap mencari arah

Selepas Isyak, kebetulan ada kumpulan berarak sambil bersalawat .
Teringat cerita P.Ramlee.... budak-budak menyanyi
"Tolong kami...bantu kami..."


Semakin malam... semakin ramai pengunjung rupanya


Juga ada satu bahagian di pasar ni, terdapat penjual-penjual wanita menjual makanan tradisional. Boleh la try beberapa jenis makanan tempatan. Tak ingat dah apa nama kuih yang kami beli dan makan kat bahagian ni hari tu.


Kat area sini semua penjual adalah wanita....
menjual makanan ala-ala pasar malam.

Selesai makan di sini, hari sudah agak gelap dan badan terasa letih. Sangkakan akan sekejap sahaja di sini tapi rupanya berjam-jam masa kami habiskan di sini. Rancangan hendak ke Museum of Islamic Art pula terpaksa di batalkan. 

So kami decided terus balik ke hotel je la.


Camera-man yang cekap! 
Gagal lagi pegang puncak

Antara iconic Doha - Fanar Muzium

Kami menunggu bas hampir 30 minit untuk ke hotel dari Sauq Al Waqif ni, tapi tak nampak satu kelibat bas pun. Akhirnya terpaksa tahan teksi di tepi jalan. Nasib baik teksi disini boleh berhenti sesuka hati. Dari sini, kami naik teksi terus ke hotel penginapan kami W Doha Barcelona.


Menunggu bas.... tak ada orang lain, kami je
Hampir 30 minit... kelibat satu bas pun tak nampak.
Akhirnnya terpaksa tahan teksi 

Pemerhatian kami, pemandu-pemandu disini agak kasar cara pemanduan. Beberapa kali di traffic light, lampu baru sahaja merah..... kereta-kereta di belakang dah bunyikan hon. Bila kami tanya pemandu teksi, katanya ni memang cara mereka.


Di waktu siang, kereta-kereta agak kurang dan agak lengang jalan raya, tetapi bila malam akan Nampak sedikit sibuk. Ye la, siang-siang di sini panas, mungkin mereka lebih gemar keluar di waktu malam.


Sampai di W Doha Hotel, tambang teksi hanya QAR 20 sahaja untuk jarak dalam 10km. Kira okey la.

Dan bila sampai di hotel.... Emmm..... night life di W Doha Hotel ni  berwarna warni  rupanya.......




Baru tahu di W Doha Hotel ni mempunya beberapa pub yang paling di gemari oleh expatriate dan juga penduduk tempatan.  Masa lepak di luar hotel, melihat kereta-kereta yang parking.... memang mantap. Apabila saya msg kawan saya, dia kata hotel ni memang pilihan utama kaki clubbing di Doha, patutla....

Seronok juga lepak di lobby sambil tengok kereta-kereta mewah pak arab. Dan Nampak la juga gelagat-gelagat pak arab kat sini ... boleh tahan juga rupanya mereka ni.


Kita tengok gelagat pak arab yang hampir lupa daratan dulu...



Di dalam lobi hotel, pak-pak arab ada juga yang berjubah je.... yang perempuan, dia punya seksi...perghhhh boleh tahan, macam tak percaya ni negara arab.

Tapi nak hairan apa, Qatar adalah negara terkaya dan pendapatan perkapita rakyatnya adalah yang tertinggi. Rata-rata rakyatnya kaya..... terlara dan terleka dengan duit la tu....

Saya sempat juga berbual dengan salah seorang staff di hotel ini yang berasal dari Tunisia. Dia kata hampir semua staff hotel ini adalah dari luar negara. Cuma beberapa post jawatan tertinggi sahaja dipegang rakyat tempatan. Rakyat tempatan lebih suka bekerja di sektor kerajaan kerana gaji yang di bayar oleh kerajaan sangat tinggi. Jika bekerja di sector swasta, mereka hanya memegang jawatan tertinggi.

Tak ada apa nak buat, masuk bilik dan tidur je la merehatkan diri selepas penat seharian.... Kiranya  kami singgah di Doha ni dapatlah merehatkan diri sebab tak banyak tempat yang dilawati. Esok malam dah flight balik ke Kuala Lumpur.

Tapi sebelum tu, baca dulu sambungan trip kami di Doha ini 👉👉 berpanas di Pantai Corniche 👈👈




Loby W Doha Hotel

Loby W Doha Hotel


Cuti Cuti Doha, Qatar - Hamad International Airport




Destinasi kami seterusnya adalah Doha, Qatar untuk trip percutian Barcelona - Paris - Doha ini.



Memang salah satu syarat untuk hadiah dari Qatar Airways ini, selain perlu ke Barcelona untuk menonton salah satu perlawanan bola sepak Barcelona FC di stadium Nou Camp, kami juga perlu bermalam di Doha, Qatar. Ikut kan sahaja syarat ini asalkan hotel 5 bintang di sediakan.😁

Sebelum membaca perkongsian pengalaman sepanjang kami di Doha, apa kata baca entry-entry awal berkaitan trip ini dulu

👉👉 Qatar Airways : Percutian Percuma

👉👉 Trip Barcelona 4D3N : KL ke Barcelona

Penerbangan kami dari Paris ke Doha mengambil masa 6 1/2 jam. Kami tiba di Hamad International Airport - HIA pada jam 5.55 pagi. Di luar sudah nampak panas terik mentari dan sudah mencecah 35 darjah celcius. Sangat panas.

Pesawat tiba seperti ikut jadual. Kebetulan sahabat saya yang bekerja disini pula sedang mengerjakan umrah, jadi tiada sesiapa untuk menjadi tourist guide kami disini. Hendak melawat sekitar Doha pun, rasanya tiada tempat menarik selain Sauq al Waqif ( pasar Al Sauq) dan Museum of Islamic Art. Tapi memandangkan beg kami yang semakin beranak -pinak dari 2 beg kepada 5 beg, maka kami bercadang akan memulakan kembara di Doha apabila telah Check In di Hotel.


VISA QATAR

Untuk kita rakyat Malaysia, kita boleh apply visa sewaktu tiba di  Airport HIA ( Visa on arrival ). Visa akan diproses di kaunter imigresen, pegawai imigresen akan mengeluarkan visa apabila pemiksaan passport selesai. 

Fee Visa Qatar

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak QAR 100. Valid untuk tempoh sebulan.
Lanjutan tempoh adalah dengan caj QAR 100.
Denda tinggal melebihi tempoh adalah QAR 200 sehari. Ingat tu!!

Pembayaran hanya di terima melalui kredit kad atau debit kad di kaunter. Jika ingin bayar menggunakan tunai, kita perlu pula ke bank dahulu untuk membuat pembayaran dan di kenakan caj QAR 25 untuk setiap visa. Agak melecehkan dan membuang masa. Jadi pastikan kad kredit atau kad debit di aktifkan untuk transaksi luar negara.

Bagi mereka yang menggunakan  penerbangan Qatar Airways, Visa on Arrival boleh di mohon sewaktu tempahan hotel dibuat, tetapi hendaklah ditempah melalui laman web Qatar Airways Holiday.


Memandangkan kami ke sini dengan penerbangan Qatar Airways dan menggunakan bussiness class, jadi kaunter pemeriksaan imigresen kami tersangat la lengang. Ruang khas di sediakan dan pembantu akan bawa kami ke kaunter imigresen. Qatar Airways cukup menjaga keselesaan penumpang Bussiness Class mereka.

Tips dan Peringtan : Things to avoid
Please don’t approach a passport control counter if you’d like to pay your visa fee in cash. The passport control counters can only accept credit cards and debit cards. Please use the designated bank counter for cash payment (map).

Please don’t commence your journey before confirming visa requirements. This will help minimise any inconvenience or delays during travel.

Untuk maklumat lanjut, sila klik http://dohahamadairport.com/airport-guide/at-the-airport/visas-immigration#sthash.NyCVjQ6g.dpuf



Selesai urusan imigresen dan kami terus ke kaunter tuntutan bagasi. Kemudian kami menuju ke Arrival Lounge


Hamad International Airport HIA - Lounge

Bagi saya HIA ini tersangatlah luas. Oleh kerana HIA ni meruapakan hub untuk penerbangan Qatar Airways, jadi tak hairan lah dengan keluasan dan kemudahan yang disediakan.

Lounge yang ada di sini dibezakan mengikut kategori tiket dan kategori penumpang itu sendiri. Saya memang study habis pasal lounge di HIA ini seba dalam tempoh 10 hari, kami akan berada 3 kali di HIA ini iaitu semasa :
  • Transit ( Penerbangan Kuala Lumpur ke Barcelona : KUL - DOH - BCN )
  • Arrival ( Penerbangan Paris ke Doha : CDG - DOH )
  • Departure ( Penerbangan Doha ke Kuala Lumpur  : DOH - KUL ) 

Di HIA ni ada lebih dari 5 Lounge

1. Oryx Lounge
- Untuk Airline's premium passengers ataucard holder kredit kad tertentu
- Untuk economy passengers, bayaran QAR 200 di kenakan
2. Al Mourjan Business Lounge
- Untuk Qatar Airways First and Business Class passenger
* Kami gunakan sewaktu penerbangan Doha ke Kuala Lumpur
3. Al Safwa Lounge

4. Al Maha Lounges 
- Customers of Al Maha Meet and Assist Services

5. First Class Lounge 
- First Class ticketed passengers as well as select QR Privilege Club and oneworld alliance members may access this facility. 

6. Business Class Lounge 
- First or Business class ticketed passengers as well as select QR Privilege Club and oneworld alliance members

7. First and Business Class Arrivals Lounges 
Untuk Qatar Airways First and Business Class passenger. Terletak sebelum dan selepasa kaunter imigresen* Kami gunakan sewaktu tiba dari Paris

8. Unaccompanied Minors Lounge

9. Special Assistance Travellers’ Lounge



Boleh dapatkan maklumat berkaitan Lounge yang ada di HIA di sini 


Arrival Lounges 

Jam masih awal, baru sekitar 6.30 pagi. Cuaca di luar sudah panas terik dan beg-beg kami pula menyukarkan untuk kami bersiar-siar di sekitar Doha. Jadi kami akan bersiar-siar di Doha selepas ccheck-in di hotel.

Sementara hendak menunggu waktu yang sesuai untuk ke Hotel, kami beristirehat dahulu di Arrival Lounge di HIA ini. Arrival Lounge sedang di naik taraf, jadi kami diminta ke Lounge sementara. Penumpang Business Class dan First Class boleh menggunakan kemudahan ini secara percuma.

Kami masuk ke sini, suasana lengang dan tiada penumpang yang menggunakannya. Mungkin kebanyakan penumpang business Class dan 1st Class akan terus ke hotel atau pun pak arab Qatar sendiri, jadi mereka akan terus pulang ke rumah mereka sendiri.

Sewaktu berbual dengan petugas di meja kaunter, dimaklumkan kami berdua penumpang pertama yang masuk hari ini. Kami hanya berdua tetapi pelayan kami sampai empat orang. Ini baru pelayan di kaunter dan di ruang makan. Macam VIP rasanya. Kami berehat-rehat sekejap untuk recharge tenaga sebelum meronda-ronda di Doha.

Sekejap-sekejap datang la pelayan offer itu dan ini, sebab kami hanya duduk berehat tanpa makan apa-apa.. Bersungguh-sungguh suruh kami makan. Kesian kat chef yang telah sediakan makanan,

Kami yang kekenyangan makan di dalam flight Paris- Doha tadi terpaksa juga la merasa apa yang terhidang. Makanan pelbagai tetapi selera dah tak ada sebab kekenyangan.

Bebas dan keseorangan…. partner saya ni akhirnya makan juga la sebab kasihan kat chef yang bersusah payah sediakan pelbagai pilihan makanan walau pun tak ada pengungjung.

Lengang

Terasa seperti Lounge ini, ana yang punya…. 
Boleh makan sepuas-puasnya. Boleh guling-guling sebab tak ada orang


Selepas mengisi perut, kami melelapkan mata di ruang bilik yang agak kecil. Tiada sofa dan tiada katil untuk tidur. Mungkin kerana ini lounge sementara sahaja. Kami buat style kami, susun kerusi dan jadikan katil.

Dalam jam 11 pagi lebih, untuk segarkan diri… kami mandi disini. Bilik air cukup bersih dan kemas. Tip Top. Kelengakapan lengkap disediakan termasuk tuala, sabun, shampoo, body lotion dll. Kalau dalam pesawat diberi toileteries jenama Giorgio Armani, di sini pun jenama yang diberi cukup class… tapi tak ingat nama apa lak.

Betapa tak ada kerja nya mereka-mereka ini, sampaikan ada tiga orang pekerja yang menunggu saya sewaktu saya hendak  mandi. Mereka menunggu di luar bilik mandi dan  tak sabar-sabar nak masuk ke bilik air apabila saya selesai mandi. Tak sabar nak lap semua kesan-kesan percikan air rupanya. Patut saya masuk tadi kering semacam je bilik air ni.

Di sini disediakan bilik conference dan bilik komputer ala ala cyber cafe. Dalam bilik yang ada lebih kurang 10 komputer ni pun, ada 2 orang pekerja. Setiap kali saya lalu, bersungguh-sungguh la mereka ni mengelap meja dan kaki kerusi yang memang sedia berkilat tu. Agaknya pak arab ni memang garang kot… sebab tu mereka takut betul kalau nampak tak ada kerja nak dibuat.

Apabila kami bersiap-siap untuk keluar, datang la pula pelayan suruh kami tunggu sekejap sebab chef akan serve lunch dalam 10-15 minit lagi. Emmm…. rezeki jangan di tolak, kami tunggu sekejap untuk chef sediakan menu lunch.


Lunch time…. Ini Lounge, ana yang punya. ha ha ha…..




Nampaknya buffet lunch yang disediakan, hanya kami sahaja yang makan. Selesai memenuhkan perut, kami terus menuju ke hotel penginapan kami, Hotel W Doha





Transport Hamad International Airport ke Doha City 


Teksi Ke Doha City

Di sini teksi banyak tersedia menunggu di luar arrival hall. Teksi bewarna biru ke hijau-hijauan. Kami ambil teksi dan terus menuju ke W Doha Hotel. Pemandu teksi hanya menerima bayaran secara tunai, dan kami bayar apabila sampai di hotel. Caj minimum adalah QAR 25  dan bergantung kepada sejauh mana destinasi anda. Kami dikenakan caj QAR 50 untuk jarak lebih kurang 20 km dari HIA ke W Doha.

Teksi-teksi di sini dipunyai oleh Mowasalat; a Qatari state-owned company

Bas Ke Doha City

Pada asalnya kami merancang untuk menggunakan bas sahaja. Itu sewaktu perancangan asal kami di mana kami akan bermalam di Doha semsasa penerbangan Kuala Lumpur ke Barcelona. Waktu tu beg hanya ada dua, jadi masih senang kehulu kehilir dengan menaiki bas.

Tapi memandangkan kami tukar jadual, dan singgah di Doha dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dengan beg yang semakin bertambah .... jadi kami tukar dari naik bas kepada teksi


Sedikit info pasal bas dari HIA

Bas berlepas dari HIA, berhampiran dengan arrival hall
Tambang bas hanya boleh di bayar menggunakan kad Karwa Smartcar - yang boleh di beli terus dari pemandu bas.

Kad Karwa Smartcard 24 Limited berharga QAR 10 membolehkan kita menaiki 2 kali trip (within Greater Doha) dalam masa 24 jam dari tarikh pertama di gunakan.

Kad Karwa Smartcard 24 Unlimited berharga QAR 20 membolehkan kita menaiki tanpa had trip (mana-mana destinasi) dalam masa 24 jam dari tarikh pertama di gunakan.

Maklumat berkaitan bas dari HIA boleh baca di http://dohahamadairport.com/airport-guide/to-from-the-airport/bus



W Doha Hotel

Tengah hari buta yang terik ni kami tiba di W Doha Hotel. Keluar je dari teksi, terasa bahang panas dan tak selera nak bergambar kenangan di luar hotel. Terus ke kaunter untuk check-in. Seminggu sebelum berlepas saya telah buat semakan dengan pihak hotel, confirm nama kami telah didaftarkan oleh pihak Qatar Airways, saja buat semakan takut-takut Qatar Airways terlupa nak booking kan untuk kami.

Sewaktu check-in, petugas kaunter minta QAR 5OO sebagai deposit. Malas bagi kredit kad dan malas bagi QAR yang ada sedikit ni, jadi saya keluarkan tunai dari ATM mesin yang ada di lobby hotel. 

Tak banyak beza currency rate exchange yang di caj oleh Master Card dengan kita tukar awal-awal di Malaysia. Lagi pun saya tak bawa banyak tukaran QAR Riyal, sebab kawan kata RM di sini diterima kalau kita nak tukar kepada QAR. Di Sauq Al-Waqif ada beberapa tempat tukaran currency. Lagi pun kami dari Barcelona & Paris, jadi lebihan sedikit Euro dari sana kami akan tukarkan disini. 

W Doha Hotel
Masuk bilik..... dekorasi lagi menarik dari W Barclelona Hotel. Cuma view dari bilik kami kurang menarik berbandin W Barcelona. Kami ambil peluang rehatkan diri sekejap sebelum terus ke destinasi pertama kami di Dpha. 

Kami kongsikan juga sikit gambar-gambar W Doha Hotel sebagai tanda terima kasih kami kepada Qatar Airways dan W Doha Hotel.

Di sambut dengan se-tray chocolate/manisan dan sebakul buah-buahan.
Manisan.... 

Nampak "panas terik" di luar hotel
Bilik air... kemas dan cukup bersih
View dari bilik yang kurang menarik.... tak dapat sea view

Kami berehat sekejap sahaja di hotel sebab dah lama berehat di lounge di HIA tadi. Tak sampai satujam, kami keluar untuk ke Sauq Al Waqif.

Sila baca sambungan di 👉👉Tempat Menarik di Doha - Sauq Al Waqif 👈👈

~mat drat~