Wednesday, 2 October 2019

Beza ( Difference ) ETS Gold dan ETS Platinium KTM

Beza ETS Gold ETS Platinium

Intro

Hari ni Mat Drat baru beli tiket ETS ke Butterworth, kira baru 1st time nak naik ETS. Jadi terus menulis sedikit mengenai ETS, berkongsi info yang Mat Drat dapat.

Sebenarnya next week Mat Drat nak ke Penang 2 hari atas urusan kerja, ada jumpa tiket Malindo RM92 sehala. Tiket Fireflz, MAS & AA mahal sikit, mungkin sebab less than 1 week sebelum berlepas, jadi harga tak ada yang murah dah. 

Tapi Mat Drat ambil Malindo untuk return flight sahaja. Untuk perjalanan ke sana pula, Mat Drat pilih ETS. Tiket ETS berharga RM 79. Bukan sebab nak jimat, tapi sebab nak rasa pengalaman naik ETS.

Ikutkan berbaloi naik flight sebab lakosi Airport Penang lebih dekat dengan hotel, berbanding naik ETS. Naik ETS, Mat Drat perlu berhenti di Station Butterworth dan kemudian kena pulak naik ferry ke Penang. Lepas tu cari grab ke hotel. 

Kalau ikut masa perjalanan antara KL dan Penang pun lagi berbaloi naik flight sebab dengan flight hanya ambil masa 1 jam, manakala naik ETS pula ambil masa lebih kurang 4 jam 15-30 minit. Tapi tak pe la, nak rasa naik ETS punya pasal.

2 perkara yang Mat Drat cari info sebelum beli tiket adalah
  1. ETS Bussiness Class
  2. Beza Gold dan Paltinium ETS
ETS - Bussiness Class

Ada perasan dalam seminggu dua ni promosi ETS KTM buat iklan ETS Bussiness Class. 

Tak ada rezeki Mat Drat nak rasa naik biz class service ni hanya akan bermula pada 12 Oktober 2019, sehari selepas Mat Drat balik KL.

Nampaknya lain kali baru boleh try bussines class ETS ni. 




ETS - Beza Gold dan Platinium Tren / Train 

Sebelum ni Mat Drat sangkakan tren ETS tu ada 2 class, gold dan platinium. Rupanya sangkaan tu salah.

Yang sebenarnya, yang berbeza adalah perjalana tren itu keseluruhannya. Kira kalau tren tu adalah gold, maka semua pemegang tiket adalah menaiki ETS Gold Tren. Dan begitulah sebaliknya.

Ada beberapa perkara yang membezakan antara ETS Gold dan ETS Platinium ni

1. Kod Tren
Setiap Tren/trip ETS ada kod masing-masing, berbeza setiap jadual.
EG untuk ETS Gold, dan EP untuk ETS Platinium

Contoh kod perjalanan tren EG 9221, EG 9425 merujuk kepada tren ETS Gold dan EP 9201 dan EP 9203 pula merujuk kepada tren ETS Platinum.

2. Bilangan Station Tren Berhenti
ETS Platinium akan berhenti di station besar dan utama sahaja manakala ETS Gold akan berhenti di lebih banyak di station berbanding ETS Platinium

Contoh laluan dari KL Sentral ke Padang Besar, tren ETS Platinium akan berhenti di 8 station utama Kampar, Batu Gajah, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Sg Petani, Alor Setar, Arau dan Padang Besar.

Manakala untuk tren ETS Gold pula, tren akan berhenti di anatara 14-16 station. Station tambahan yang akan berhenti adalah seperti Gurun, Tasik Gelugor, Sg Siput dan beberapa station lain lagi.

Kena ingat, bilangan station yang tren berhenti ni berbeza bagi laluan KL Sentral - Padang Besar dan KL Sentral - Butterworth. Kena cek timetable.

3. Masa Perjalanan
Sudah pasti perjalanan ETS Platinium lebih cepat berbanding ETS Gold.

Contoh KL Sentral ke Butterworth (tiket yang Mat Drat beli), ETS Platinium ambil masa lebih cepat dalam 15 minit.

4. Jadual 
Tren ETS Platinium lebih kepada waktu utama (waktu puncak). 

5. Tambang 
Tambang juga sudah pasti ETS Platinium lebih mahal berbanding ETS Gold.

Tiket KL Sentral ke Butterworth yang Mat Drat beli berharga RM 79 untuk ETS Platinium berbanding RM 59 untuk ETS Gold.

6. Booking awal
Tiket ETS biasanya akan cepat habis, jadi lebih baik booking awal.

ETS Gold lebih cepat habis berbanding ETS Platinium.

Jika nak pilih ETS Gold, kena booking awal. Bila di buka sahaja kena cepat beli.



JADI, boleh la kata
Nak jimat duit, pilih ETS Gold
Nak jimat masa, pilih ETS Platinium

Untuk booking tiket ETS, boleh layari https://www.ktmb.com.my/ atau download app KTM

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.