Sunday, 29 October 2017

Passport Kumpulan / Group Lebih Menjimatkan

Passport Kumpulan / Group Passport
Passport Kumpulan


Passport Kumpulan Imigresen Malaysia



Kali ni Mat Drat nak share mengenai Passport Kumpulan / Group Passport.

Sebenarnya ia BUKANLAH 'Passport' TETAPI adalah Dokumen Perjalanan Berkumpulan. Dokumen Perjalanan Berkumpulan ini menggantikan passport untuk perjalanan secara Kumpulan (5 hingga 20 orang)  ke Negara Negara ASEAN kecuali Indonesia dan Filipina. Senang cakap, 'passport group' ni boleh digunakan hanya untuk masuk ke negara Singapore, Myanmar, Cambodia, Laos, Thailand, Brunei dan Vietnam.

Masa trip Mat Drat ke Bangkok baru-baru ni, ada ahli 'rombongan' yang guna passport group ni. Mat Drat cadangkan kpd kawan2 yang jarang pergi keluar negara untuk buat Passport Kumpulan je, LEBIH JIMAT.





Biasa orang sebut passport kumpulan/Group passport sahaja, jadi Mat Drat pun sebut passport kumpulan jugak la. Tak kisah la apa, janji benda yang sama.








Apa Itu Passport Kumpulan ?

Secara ringkasnya, 'Passport Kumpulan' / Group Passport ni :

- Passport yang dibuat secara kumpulan (satu passport tetapi didalamnnya ada beberapa nama)

- Minima perlu ada 5 orang dan maksima 20 orang untuk satu passport.

- Passport Kumpulan ni akan ada seorang Ketua Kumpulan. Ketua Kumpulan ni sangat penting.  Dia akan mengetuai passport ni. Dia jadi ketua masa nak buat passport, muka dia akan terpampang di muka 1 passport dan dia sahaja yang boleh collect passport bila dah siap. Dan dia WAJIB ada semasa kumpulan nak keluar negara.  Kalau dia tak ada,  passport ni tak boleh digunakan untuk keluar negara. Jadi yang lain kena buat passport baru. Maknanya pilihlah Ketua yang betul betul akan join trip tu. 

- TAPI ada yang kata kalau passport ni ada 10 nama, maka 10 orang tu mesti ada dalam trip tu. Kalau seorang tak ada, maka semua tak boleh keluar negara.  Info yang Mat Drat dapat dari kaunter, yang WAJIB ada hanya ketua sahaja. Kalau ahli yang tiada, kumpulan masih boleh keluar negara.


- Balik Malaysia kurang ahli passport. 
Katakan dalam passport ni ada 10 nama, dan keluar negara pun 10 orang, maka bila nak balik nanti pun WAJIB 10 orang. Kalau tak cukup, kena ikut prosedure passport hilang. Akan melecehkan di mana kena pergi ke Kedutaan Malaysia berdekatan.

- Passport group ni lebih murah dari passport individual. Passport individu (passport merah) harganya RM200 setiap satu.

- Passport group ni pula, juga RM200.  TAPI kalau buat 5 orang maka RM200 dikongsi dengan 5. So,  seorang RM 40 sahaja. Kalau buat dengan 20 orang, maka kos seorang RM10 sahaja.

- Kulit passport ni warna hijau ye. Passport biasa individu warna merah, manakala pass sempadan (passport sempadan) pula warna biru.

Boleh baca    👉👉 Pass Sempadan Thailand / Indonesia


- Nak tahu macam mana Rupa dalam passport kumpulan ni,  kat bawah ni ada Mat Drat share gambar. 


Passport Kumpulan Group Passport Imigresen
Muka surat pertama  tertera maklumat :
-  Maklumat detail "Ketua Passport"
- Bilangan nama di dalam passport

Passport Kumpulan Group Passport Imigresen
Muka surat berikutnya : Tertulis maklumat
 - Muka dan detail "Ketua Passport"
- Tarikh passport di buat dan tarikh tamat
- Harga passport = RM200


Passport Kumpulan Group Passport Imigresen
Muka surat berikutnya akan terpampang gambar
 dan maklumat pemilik-pemilik lain


Tapi Ada Yang Kurang pasal Passport ni

'Passport Kumpulan ni ada kekurangannya ye kalau berbanding passport individu biasa.

Negara yang terima - Passport kumpulan ni  HANYA boleh digunakan di negara ASEAN kecuali Indonesia dan Filiphina. Jangan pulak pergi Indonesia pakai passport ni. Memang tak lepas la. 

- Manakala passport individual boleh digunakan untuk masuk ke semua Negara KECUALI Israel. 
(Edited 05.04.2018) : 

Mat Drat pergi ke Imigresen pagi tadi untuk temankan kawan buat passport, bila di tanya kepada petugas kaunter mengenai passport kumpulan ni, dia  jawab sekarang hanya boleh digunakan untuk ke Thailand dan Singapore sahaja. Tapi Mat Drat sendiri tak pasti sebab semakan di laman web masih menyatakan boleh digunakan di semua negara ASEAN kecuali Filipina dan Indonesia.


Berapa kali guna ?
- Passport ni HANYA boleh digunakan sekali sahaja, pergi dan balik. Jadi kira pakai buang. Dah pakai sekali, tak boleh pakai dah. 
- Passport individual pula boleh pakai banyak kali sekali selagi ia belum expired. 

Tempoh sah laku
- Tempoh sah laku passport ni adalah 9 bulan dari tarikh ia dikeluarkan. Jadi nak elak sesuatu yang tidak di ingini, pastikan tarikh balik ke Malaysia sebelum tempoh 9 bulan tu tamat.
- Passport individual valid sehingga 5 tahun. 

Passport Hilang / Ahli Kurang
- Katakan dah masuk ke negara orang, dan nak balik ke Malaysia tak cukup korum (ahli kurang). Memang semua tak dapat balik.  Kena ikut prosedure kehilangan passport.... Kena buat report polis dan pergi ke Kudutaan Malaysia untuk buat passport sementara yang baru dan baru boleh balik. 
- Passport individual kalau hilang,  yang hilang passport je tak boleh balik/berlepas. Yang lain boleh balik Malaysia.  Tapi takkan nak tinggal kawan/family member pulak kan. 



Nanti baca sedikit pengalaman kawan Mat Drat guna passport kumpulan ni ye. Mat Drat kongsikan di akhir entry ni nanti. Apa yg berlaku di KLIA2 dan di Airport Bangkok bila mereka gunakan  passport kumpulan ni. Wajib Baca!! 


Cara buat Passport Kumpulan

  1. Pemohon MESTI hadir. Semua person kena hadirkan sebab cap jari diperlukan. 
  2. Isi Borang H (Im.101A). Borang boleh di download atau ambil di kaunter imigresen.
  3. Bawa gambar 2 keping setiap orang. Gambar berlatarbelakangkan putih. Kena seragam semua. 
  4. MyKad atau Kad Pengenalan Tentera/Polis. Kalau MyKad hilang, bawa Kad Pengenalan Sementara (JPN KPPK 09)
  5. Sijil kelahiran bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun
  6. Kebenaran ibubapa bagi pemohon di bawah 18 tahun (borang IM.42A).
  7. Duit RM 200
  8. Bila nak collect passport ni,  cukup hanya Ketua Kumpulan sahaja yang datang. Ni tak boleh wakil kepada ahli kumpulan yang lain.



Ingat
  • Passport Berkumpulan ini hanya boleh dibuat dikaunter pejabat imigresen yang dinyatakankan di laman web imigresen. Tak sure sama ada boleh dibuat di UTC atau tidak. Kawan Mat Drat buat di pejabat imigresen Jalan Duta.  Tapi ada juga Mat Drat baca di blog,  ada yg buat di UTC.  
  • Passport ini tidak akan siap terus pada hari sama seperti passport individu, sebaliknya akan siap dalam masa beberapa hari. Jangan esok nak terbang, baru hari ni nak pergi buat... memang tak dapat tolong la.... Bila siap, boleh Ketua sahaja yang datang collect. 



....

Pengalaman Guna Passport Kumpulan

Ni Mat Drat nak share sikit pengalam kawan Mat Drat guna passport kumpulan ni. Kami ke Bangkok tempoh hari dalam kumpulan yang agak besar. Jadi Mat Drat cadangkan kepada kawan yang tiada passport dan passport dah tamat tempoh bolehlah buat passport kumpulan ni untuk lebih jimat. Itupun kalau ada yang jarang keluar negara dan tidak merancang untuk keluar negara dalam setahun dua ni.

1. Pastikan yang betul-betul nak ikut trip.
Pada asalnya agak ramai yang nak buat passport kumpulan ni, tapi menjelang hari  nak buat passport hanya tinggal 5 orang sahaja. Bilangan minima tu.

Jadi, Mat Drat cadangkan kalau yang nak buat passport kumpulan ni, buatlah dalam seminggu dua sebelum trip keluar negara dan pilih Ketua yang betul-betul akan join trip tu. 

Tapi kalau jadi sesuatu yang tidak diingini kepada Ketua Passport seperti sakit ke apa ke... tu nak buat macam mana kan. Tu nama nya takdir. Kena buat passport lain la jawabnya. 


2. Datang awal ke kaunter check-in dan kaunter imigresen.

Pemegang passport ni tak boleh check-in online di website, kena check-in di kaunter.

Ini kisah kawan Mat Drat hari tu. 😀

Kami semua dah berkumpul  away di airport dan rata-rata kami telah check-in awal secara online. Cuma yang guna pasport kumpulan ni sahaja tak check-in lagi sebab mereka kena check-in di kaunter. Nak check-in secara online tak boleh sebab nombor passport semua sama.


Di kaunter Air Asia
Nasib tak berapa baik. Ketika kami semua dah drop bag dan bergerak ke boarding gate, kawan kami berlima ni masih sangkut di kaunter. Petugas kaunter tak tahu mengenai passport kumpulan ni. Puas explain, tapi tak lepas untuk check ini. Kawan-kawan sebelah kaunter dia pun tak tahu mengenai passport kumpulan ni, tak ada yang berani nak check-inkan. Jadi terpaksa rujuk kepada supervisor mereka....dan barulah dapat check-in kawan Mat Drat berlima tu. 

Cool dan relaxed.  Kami bersangka baik waktu tu... mungkin petugas kaunter tu staff baru dan ni pengalaman pertama dia passenger check-in dengan passport kumpulan.

Memang betul,  pengiraan pertama dia.  Dan dia siap snap gambar passport tu.  Dia kata kes rare ni.  OK la,  at least nanti dia bual-bual dengan kawan sekerja dia,  mereka akan aware benda ni. Dan memudahkan next passengers. 


Ni buat maka cool di kaunter AirAsia.
Keep calm la konon nya 😀
 Masa kat imigresen selepas check-in di kaunter AA,
maka masing-masing dah start sikit ketat dan risau 




Di kaunter Imigresen KLIA2
Kawan Mat Drat dah lega la sebab selesai juga urusan mereka untuk check-in. Kami semua dah di boarding area, tetapi mereka baru nak bergerak ke pemeriksaan imigresen. Patut kat imigresen berjalan lancar. Sepatutnya la... 

Nasib mereka tak baik lagi sekali!! Imigresen yang keluarkan passport kumpulan ni, tapi petugas dikaunter pun tak tahu Passport Kumpulan ni boleh digunakan. Lagi sekali sangkut.  Sama juga, dah explain pun masih tak boleh lepas. Dan terpaksa panggil supervisor mereka, baru lah lepas. 

Memang kelam kabut kawan kami berlima tu. Mat Drat sendiri sebenarnya tak sedap hati dah sebab Mat Drat yang cadangkan mereka buat passprt kumpulan ni. Tak sangka ia sedikit rumit sewaktu nak mohon dan merumitkan semasa nak check-in dan nak melepas imigresen sendiri!!!


Yang pernah guna KLIA2 tahulah jarak perlu menapak dari imigresen ke boarding area, memang jauh. Kelam kabut la kawan-kawan Mat Drat berlima ni  berlari ke boarding area, nasib sedikit baik sebab ada bugi yang tumpangkan mereka. Sempatlah mereka naik flight yang sama. Haru sungguh!!


Di kaunter Imigresen Bangkok
Kawan-kawan Mat Drat ni nampaknya dah ready akan situasi di Airport Bangkok. Bukan sahaja di negara sendiri yang sangkut, di kaunter imigresen pun boleh tersangkut sekejap... jadi di sini PASTI akan sangkut juga.

Betul lah tekaan kami, kawan kami berlima ni terpaksa bersoal jawab di kaunter imigresen Don Mueng Airport ni. Dah la mereka agak kurang berbahasa Inggeris, jadi nak explain agak sukar. Dan sama juga seperti di Malaysia,terpaksa panggil supervisor mereka untuk pelepasan. 

Itu masa ketibaan, masa berangkat balik tak ada masalah pula. Sama juga di KLIA2. Semua lancar. 


Kesimpulannya :
Nak buat dan guna passport kumpulan ni, kena bersedia dengan perkara yang Mat Drat share ni. Datang awal ke airport untuk persedian perkara yang dialami oleh kawan Mat Drat. 

Dan Mat Drat rasa mungkin 'passport kumpulan' ni lebih sesuai untuk perjalanan darat, untuk perjalanan 'udara' macam sedikit melecehkan.

Tak ramai yang guna, jadi petugas dikaunter kurang tahu sedikit mengenai 'passport kumpulan' ni. tapi harap-harap makin ramai yang guna dan makin ramai petugas di kaunter yang tahu, jadi tak ada lah masalah untuk berlepas.



Dan Mat Drat turut kongsikan di blog ini:



Akhir kata .... selamat bercuti.

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

Pas Sempadan / Boarder Pass ke Thailand dan Indonesia



Passport Biru - Pas Sempadan Malaysia / Boarder Pass







'Buku' Biru ni sebenarnya bukanlah passport tetapi adalah Pas Lintas Sempadan atau pun Pas Sempadan atau lebih biasa di sebut oleh orang yang berada di kawasan sempadan sebagai Boarder Pass.


Pas Sempadan ini sebenarnya ada dua iaitu Pas Sempadan Thailand dan Pas Sempadan Indonesia.

Pas Sempadan Thailand dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak.

Pas Sempadan Indonesia dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap melebihi tempoh enam (6) bulan di dalam Daerah Pentadbiran Pensiangan, Tenom, Sipitang dan Tawau dalam negeri Sabah dan Lundu, Bau, Kuching, Serian, Simanggang dan Lubok Antu dalam negeri Sarawak.

Pas sempadan ini dapat memudahkan penduduk di negeri yang berjiran dengan Indonesia dan Thailand untuk menyeberangi sempadan tanpa menggunakan passport.

Dulu Pas Sempadan ini hanya kertas sekeping, tetapi kini telah dikeluarkan dalam bentuk buku (bewarna biru) seperti passport antarabangsa yang bewarna merah.







Tempoh Sahlaku Pas Sempadan / Boarder Pass
- 6 bulan untuk Pas Sempadan Thailand
- 1 tahun untuk Pas Sempadan Indonesia

dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. 


Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya. Jadi, permohonan baru perlu dibuat apabila telah tamat tempoh jika ingin menyeberangi sempadan lagi.

Bayaran Pas Sempadan / Boarder Pass
→ RM 10 untuk Pas Sempadan Thailand
→ RM 20 untuk Pas Sempadan Indonesia


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia dengan klik di pautan berikut :



Dan Mat Drat turut kongsikan di blog ini:


Akhir kata .... selamat bercuti.

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

Promosi Tiket Murah Malindo

Tiket Murah Malindo Air asia


Tengah intai-intai tiket flight, nampak pulak Malindo ada buat promosi 'Early Bird'

Promosi Early Bird ni  promosi tket murah untuk Travel Period : 1 Jan - 31 Aug 2018🕛

MALINDO Kata     🔊"Great Deals, grab your seats now!"

Bagi MAT DRAT pula
  • Untuk para SUAMI 🔇 Jangan sampai isteri nampak iklan ni
  • Untuk para ISTERI 🔊 cepat-cepat bagi tahu suami 😂😂








ANTARA DESTINASI MENARIK yang rasa boleh menggugat Mat Drat: 🏄🌎🌊

- Langkawi / Kota Bahru / Penang : RM 69
- Medan / Singapore : RM 99
- Kuching :RM 109

- Kota Kinabalu : RM 149

- Phuket : RM 119

- Jakarta : RM 129
- Ho Chi Minh City / Bangkok : RM 139

Kalau nak terbang jauh sikit... boleh intai tiket ke
- Hong Kong : RM 249
- Guangzhou : RM 299
- Perth : 469

Nota :
Harga Malindo tunjuk ni adalah 'harga dari' , 'harga one way' dan "harga all-in" 

- 'Harga dari' maknanya paling murah boleh dapat tiket pada harga tu. Nak nasib baik untuk harga tu kenalah booking awal, tapi kalau lambat booking, susah la sikit nak dapat. Kena pulak tarikh kita pilih tu masa cuti sekolah atau public holiday.
- 'Harga one way . Ni harga sehala ye. Bukan return
- 'Harga all-in'. Ini harga tiket yang perlu dibayar, dah termasuk levi, tax dan caj-caj lain. Bukan maa nak beli, tiba-tiba ada caj itu dan ini.


Dan 5 SEBAB SAYA SUKA MALINDO
  1. Ada inflight meal ( tak payah nak order makanan)
  2. Ada inflight entertainment ( boleh la layan movie dlm flight). Tapi masih bergantung kepada flight yang kita ambil.
  3. Extra Legroom. Lega sikit la kaki, tak la sempit sangat.
  4. Ada luggage allowance 15kg. Cukupla untuk travel dkat2 dan singkat.
  5. Semua di atau 😂

INGAT!!
Booking Period : NOW - 5 Nov 2017 
Travel Period : 1 Jan - 31 Aug 2018

Dan jangan lupa baca terma dan syarat juga ye.


Uuntuk tempahan, boleh klik ke link Malindo Airline ini.



~Mat Drat~

"Kalau rasa bermanafaat, boleh share.👇👇👇


Saturday, 28 October 2017

Gua Kelam, Perlis - Suasana Kelam tapi mengasyikkan

  • Gua Kelam Perlis


Sessi jalan n makan cuti sekolah baru-baru ini, kami tuju ke utara tanah air. Selepas pusing Pulau Pinang, terlintas untuk lajak ke utara.

Dari Pulau Pinang kami ke Padang Besar. Dan apabila pulang dari Padang Besar, kami dicadangkan singgah di Gua Kelam. Kata abang saya, dah alang-alang sampai, singgah la sini Gua Kelam. Entah bila lagi nak sampai ke Perlis ni.






  • Gua Kelam terletak di daerah Kaki Bukit, Perlis. 
  • Jalan ke sini agak sunyi dan tidak sibuk.
  • Dari Padang Besar, mengambil masa hampir 20 minit sahaja. Jarak pun hanya dalam 15 km. 
  • Kalau dari Alor Setar ke Gua Kelam, lebih kurang 75 km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam - 1 jam 15 minit perjalanan.

Kami sampai dalam jam 4 petang. Kira sudah agak lewat sebenarnya jika untuk ke gua.

Simpang Gua Kelam

Art Drat



Gua Kelam Perlis
Pantun Gua Kelam
Gua Kelam Perlis
Laluan yang selesa disediakan


Setelah menyusuri sepanjang laluan yang disediakan di dalam gua ini, kita akan sampai ke penghujung gua. Cuma perlu awasi anak-anak melalui laluan yang disediakan kerana ada tempat yang agak gelap serta di bawah laluan terdapat anak sungai.  Di penghujung gua, tersedia tempat beristirehat yang agak selesa.

Sebenarnya, kita juga boleh merasai pengalaman masuk ke gua kelam di laluan gua yang sebenar. Cuma perlu awal kerana saya difahamkan, laluan tidak akan dibuka apbila sudah lewat petang.





Gua Kelam Perlis


   
Penghujung Gua Kelam






~Mat-Drat~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

Monday, 9 October 2017

VIVO V7+ : Tawaran Menarik di Sengheng/senQ



Baru-baru ini VIVO Malaysia telah memperkenalkan telefon pintar terbarunya di Malaysia iaitu Vivo V7+. Dengan pelancaran model V7+ ini, pengguna di Malaysia khususnya mereka yang suka berselfie pasti akan terpikat dengan 24MP selfie camera (front camera). Vivo yang memang terkenal dengan kejayaan menghasilkan telefon pintar selfie, jadi kehadiran V7+ ini mengukuhkan lagi Vivo di dalam kategori ini.

Telefon ini ditawarkan hanya pada harga 
RM 1,499.





Sempena pelancaran Vivo V7+ ini, Senheng/senQ turut mengadakan promosi untuk menarik pembeli membuat tempahan dan membeli model ini melaluinya. Sebelum melihat apakah keistimewaan membeli melalui Senheng/senQ ini, apa kata kita lihat dahulu beberapa ciri Vivo V7+ ini yang menarik perhatian ramai.





1. 24MP Selfie Camera (Front Camera)

Dikuasakan dengan kamera 24MP serta digabungkan dengan Vivo’s exclusive Face Beauty algorithm, ia mampu menghasilkan gambar ‘crystal clear’ dan seakan wajah asli. Bukan itu sahaja, dengan ‘’ pengguna boleh berserlfie dengan mem’blur’kan background beahagian belakang. Jadi gambar selfie lebih terserlah.





2. 16MP Rear Camera / 64MP Ultra HD Photo

16MP kamera belakang beserta teknologi PDAF dan optimization algortithm pasti akan menghasilkan gambar yang lebih terang, jelas dan jitu.

Tak cukup dengan itu, kamera belakang turut berfungsi sebagai 64MP Ultra HD dimana 4 frames gambar akan digabungkan satu (merges four frames into one), akan menghasilkan gambar yang betul-betul jitu dan memukau.




3. Smart Split 3.0

Fungsi multi-tasking ini salah satu ciri yang wujud dikebanyakan telefon pintar sekarang – dan merupakan antara ciri yang termasuk di dalam ciri wajib yang dicari. 

Katakan sedang seronok melayan video dan tiba-tiba ada message masuk, kini hanya pelu click untuk asingkan screen kepada dua bahagian. Jadi sambil melayan video, masa yang sama juga boleh melayan chat. 

Sangat sesuai untuk mereka yang selalu melakukan 2 kerja dalam satu masa… contoh, nak layan video dan masa yang sama juga perlu layan chat pasangan.



4. FullView Display

Bagi saya, dengan fungsi ini FullView Display ini, paparan screen V7 seakan infiniti – paparan yang mempersonakan. Immersive screen dan smaller bezels membuatkan kita lebih puas menghayati gambar atau video di V7+ ini.






5. App Clone /Dual App

Ini juga Antara fungsi telefon pintar yang perlu ada sekarang. Agak normal sekarang seseorang itu mempunyai lebih satu akaun social seperti FB, Instargam, Twitter dan seumpamanya. Dan kita rakyat Malaysia juga terkenal sebagai pengguna paling aktif ber’Whatsapp’. Jadi dengan adanya fungsi ini, lebih mudah kepada kita. Create sahaja satu akaun ‘Whatsapp’ untuk formal dan satu untuk personel.

Kadangkala kita ‘letih’ dengan group ‘Whatsapp’ yang satu hari mesej entah apa-apa yang sampai beratus mesej,  nak left takut dikatakan apa pula oleh rakan-rakan lain. Jadi gunakan fungsi ini kurangkan gangguan kepada akaun Whatsapp utama kita.




Ini 5 ciri dan fungsi yang manrik minat saya. Saya pun tengah bercadang-cadang nak tukar handphone baru, maklumlah handphone lama pun dah berusia setahun lebih.

Spesifikasi Vivo V7 yang ditawarkan pun tak mengecewakan :
  • 5.99” FullView Display
  • Octa-core 64bit Processor
  • 4GB RAM + 64GB ROM ( Slot SD Card up to 256GB)
  • Triple Slot (2 SIM + 1 Card Slot)
  • 24MP Front Camera
  • 16MP Rear Camera
  • 3225 Mah Li-io Battery


TAWARAN MENARIK DENGAN MEMBELI VIVO V7+ DI SENGHENG


Vivo V7 boleh didapati di Sengheng pada harga RM 1,499 dengan 2 pilihan ;
  • Vivo V7+ (Black)
  • Vivo V7+ (Gold)



Melalui pembelian di Sengheng/senQ, Pembeli juga boleh memilih untuk membayar sekaligus atau membayar secara ansuran sehingga 24 bulan.

Bebarapa pilihan bayaran ansuran ditawarkan mengikut kesesuaian pembeli dimana ansuran sehingga 24 bulan ditawarkan oleh Maybank, Maybank AMEX, Public Bank, and HSBC.

Sempena pelancaran ini juga, Sengheng mengadakan promosi dengan setiap pembelian akan mendapat ;

  • Free Backpack Fifa
  • Baucer Watson bernilai RM10
  • Extra 1 Year Warranty with PlusOne Membership *
  • Penghantaran percuma **

* Extra 1 Year Warranty = Special benefit ni akan deberikan kepada mereka yang menjadi ahli PlusOne Sengheng. Dengan membayar RM12 untuk menjadi ahli, pelanggan akan memperolehi tambahan 1 tahun jaminan dari jaminan asal..

** Home delivery = Untuk Vivo V7+, penghantaran percuma keseluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak.




Untuk dapatkan info dan maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Sengheng.





~Mat-Drat~
Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇

Thursday, 5 October 2017

Takwim Persekolahan 2018

Takwim Persekolahan 2018 dah keluar.  Ramai yang tertunggu-tunggu takwim ni sebenarnya.

Dah ada takwim ni senanglah sikit bagi mereka yang nak merancang percutian tahun hadapan terutama yang ada anak bersekolah. 








Mat drat ucapkan selamat merancang percutian. Jadi plan cuti elok-elok dan selamat bercuti. 😀😊👍

Kumpulan A : Bagi negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu

Takwim Persekolahan 2018
Takwim Persekolahan 2018 : Kumpulan A

Kumpulan B : Bagi negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
Takwim Persekolahan 2018
Takwim Persekolahan 2018 : Kumpulan B

~Mat-Drat...~

Kalau rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇



Baca Juga 
 👉👉 Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral

👉👉 Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Salak Tinggi




Tuesday, 3 October 2017

Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi - KLIA Transit Station

Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi ERL Station
KLIA Transit Salak Tinggi / ERL Station





Kali ni Mat Drat nak share sikit pasal Parking di Park n Ride Salak Tinggi yang terletak di sebelah KLIA Transit Station. Entry Mat Drat sebelum ni mengenai parking murah ke KLIA / KLIA2 di Park N Ride Putrajaya Sentral mendapat banyak pertanyaan mengenai parking di Salak Tinggi. Jadi Mat Drat cuba cari info mengenai Park n Ride yang baru ni.



Sebelum ni, Mat Drat cuba juga search maklumat Park N Ride Salak Tinggi tetapi info masih agak kurang. Jadi jika nak ke KLIA/KLIA2, terpaksalah lah Mat Drat 'setia'  parking kereta di  Park N Ride Putrajaya Sentral. Cuma baru-baru ni Mat Drat berkesempatan park di Park n Ride Salak Tinggi KLIA Transit Station.

Oleh kerana pertama kali, jadi tidak banyak maklumat yang dapat dikongsikan mengenai Park n Ride Salak Tinggi KLIA Transit Station ni. Walau bagaimana pun,  Mat Drat cuba kongsikan apa yang boleh terutama basic info mengenainya.

Parking di Park n Ride Salak Tinggi - KLIA Transit Station ni bolehlah dikatakan sebagai satu alternatif bagi mereka yang ingin ke KLIA/KLIA 2 dan mahukan tempat parking yang murah selain park kereta di Park n Ride Putrajaya - Putrajaya Sentral.


Park n Ride Salak Tinggi - KLIA Transit Station

  • Parking di Ride n Park Salak Tinggi ini terletak di Kota Warisan (bersebelahan) dan 2.5 km dari Xiamen University.
  • Ia bersambung dengan station KLIA Transit atau ERL Transit (ada yang sebut ERL Station).
  • ERL (Express Rail Link Sdn Bhd) ni sediakan 2 jenis tren untuk KLIA/KLIA2 ke KL Sentral iaitu:
    1. KLIA Ekspress : tren terus KLIA/KLIA2 - KL Sentral.
    2. KLIA Transit : tren berhenti-henti bagi KLIA/KLIA2 - KL Sentral.
  • Ride n Park Salak Tinggi ni dibuka pada penghujung tahun 2016 dan menjadi alternatif parking murah untuk ke KLIA/KLIA2 Park n Ride Putrajaya Sentral .
  • Di sini terdapat 2 tempat parking kereta iaitu 
    • berbumbung (bangunan baru)
    • lot parking terbuka (tempat lama). 
  • Bangunan baru terdiri 5 tingkat dan mampu menampung xxxx kereta. ( Sorry, Mat Drat ak ada info berapa kapasiti - tapi memang banyak lot paking disediakan)
  • Jika kesini guna sahaja Waze dan cari Park n Ride Salak Tinggi ataupun cari ERL KLIA Transit Salak Tinggi.
  • Parking ini dibuka 24 jam (sama seperti Park n Ride Putrajaya). Jadi boleh masuk dan keluar bila-bila masa.
  • Cuma di sini, agak sunyi terutama pada waktu malam. Jika di Putrajaya Sentral yang ada perkhidmatan bas dan teksi pun sunyi sepi di tengah malam, di sini apatah lagi!!
NOTA :
  • Oleh kerana kawasan ini agak sunyi dan terpencil, PERLU sangat ambil tahu jadual tren KL Transit terutamanya First Tren dan Last Tren ke/dari KLIA dan KLIA2.
  • Mat Drat tidak perasan ada atau tidak kedai runcit / kedai makan di sini. Kalau di Park n Ride Putrajaya ada beberapa kedai runcit dan kedai makan.
  • Berhampiran dengan Park n Ride ni ada kawasan kedai Kota Warisan.. Jarak dalam 500 meter dari sini. Boleh ke situ kalau nak makan atau beli apa-apa. Tapi kalau jalan kaki, agak jauh juga la.

  • Dan ingat ye, di sini juga tidak disediakan trolley. Jadi beg dan bagasi kena tolak atau heret atau angkat dari tempat parking ke station KL Transit (ERL). 
  • Surau dan toilet disediakan di Level G, tapi Mat Drat tak guna dan tak nampak hari tu kedudukannya.
  • Bila park kereta tu, jangan lupa level kita park kereta. Nanti travel jauh-jauh, boleh terlupa. Sampai sini nanti melilau cari kereta tak jumpa. Kalau tengah malam...haru dibuatnya.

Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi ERL Station
Bangunan Park n Ride Salak Tinggi.
Lot Parking Berbumbung


Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi ERL Station
Bangunan Park n Ride Salak Tinggi
Lot Parking Berbumbung

Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi - KLIA Transit Station


Parking Lot Terbuka 

  • Lot parking terbuka (tanpa berbumbung) masih dibuka.
  • Jika lot parking berbumbung terletak disebelah kanan, yang terbuka pula terletak disebelah kiri.
  • Kedua-duanya bersambung dengan station KLIA Transit / ERL  Station ni.
  • Kadar parking sama.
  • Jika ingin park bermalam, elok lah park di bangunan berbumbung. Tidak lah gelap dan siangnya tidak lah kereta berpanas.
Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi - KLIA Transit Station
Lot Parking Tidak Berbumbung

Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi - KLIA Transit Station
Lot Parking Tidak Berbumbung

Tempat Parking Motorsikal di kawasan terbuka
tetapi untuk motorsikal ada bumbung



Kadar Parking / Parking Rate di Park N Ride Salak Tinggi ERL Transit Station 

  • Kadar bayaran parking di sini adalah seperti berikut
    • RM 3.00 Sekali masuk 
    • RM 5.00 Bermalam / Overnight (Tambahan)
    • RM 1.00 Motorsikal
    • RM 50.00 Kalau hilang tiket.
  • Parking rate ni efektif mulai 1 Februari 2017. Sebelum tu parking rate hanyalah RM 3.00 per entry (tiada overnight charge).
  • Caj tiket hilang adalah RM 50.00, jadi simpan elok-elok tiket parking.
  • Mesin bayaran parking ada di sediakan di level G dan Level 2.
  • Jangan lupa kalau travel jauh-jauh dan lama-lama tu, simpan siap-siap (standby) duit parking dalam kereta.
  • Standbykan duit kecil. Mesin bayar parking ni kadang-kadang cerewet sikit dan biasanya tak terima note besar. RM 50 tak terima rasanya.
  • In-case duit tak cukup atau mesin tak terima note kertas, elok reservekan lebih sikit duit parking tu. Letak je dalam kereta. 
  • Mat Drat pernah kena dulu, duit kecil tak ada tapi nasib baik kena kat Putrajaya Sentral dan boleh tukar di kedai yang ada di situ.

Nota 2 : (update 2018)
Mat Drat baru guna Park n Ride Putrajaya Sentral. Di Putrajaya Sentral, bayaran parkingtelah menggunakan konsep cashless iaitu bayar guna kad Touch n Go atau pun Visa PayWave. 



    Parking Rate / Kadar Bayaran
    di Park n Ride Salak Tinggi Station






    Jadual Tren KLIA Transit / ERL ke KLIA KLIA2 

    • Dari station ini ke KLIA ambil masa 7 minit dan 11 minit ke KLIA 2. Ikut pengalaman selama Mat Drat guna KLIA Transit ni memang tidak lewat, sentiasa on time. 
    • Tren di sini tiba setiap 20 minit (waktu sibuk) dan 30 minit ( waktu off-peak)
    • Perlu ambil tahu jadual perjalanan tren KLIA Transit ini terutamanya First Train dan Last Train. Jangan sampai tak sempat menaiki tren terakhir atau pun terpaksa menunggu tren pertama terlalu lama di awal pagi. Sini sunyi ye waktu malam. Apatah lagi jika selepas tren terakhir!!.


    • Dari sini untuk ke KLIA / KLIA2, kita perlu menaiki tren KLIA Transit dan bukannya KLIA Ekspres ERL.
    • Jangan bimbang ternaik tren ERL, kerana ERL tidak berhenti di sini. ERL hanya berhenti di 3 stesyen iaitu KLIA2 - KLIA - KL Sentral. Jadi apa tren yang berhenti itu adalah tren KLIA Transit dan tren itu akan ke KLIA/KLIA2 atau pun ke KL Sentral.

    • Jika anda ingin menuju ke KLIA/KLIA 2 dan mengejar waktu check-in atau departure, perlu juga ambil kira masa anda perlu menapak dari platform ke kaunter/departure hall. Biasanya Mat Drat reserve dalam 15 minit kepada diri sendiri untuk berjalan dari platform ke kaunter pemeriksaan imigresen. Biasa Mat Drat dah check-in awal. Cuma sekali sekala ada kena drop luggage.
    • Biasakan tiba di KLIA/KLIA awal. Mat Drat biasa tiba paling kurang 2 jam sebelum berlepas. Kalau flight international, paling kurang 3 jam Mat Drat akan awal. Kalau perlu drop luggage, akan lagi awal Mat Drat tiba di KLIA/KLIA2.

    Platform tren ERL KLIA Transit Salak Tinggi
    - Agak lengang
    Station ERL KLIA Transit Salak Tinggi
    - Agak lengang


    Jadual Tren KLIA Transit KLIA
    Schedules are subject to change.



    KL Sentral to airport  KLIA / KLIA 2

    First train departs 04:33 am (dari KL Sentral)

    Last train departs 12:03 am  (dari KL Sentral)
    • Tren ke KLIA/KLIA2 yang PERTAMA dari KL Sentral pada jam 4:33am dan dijangka tiba di Station Salak Tinggi  5:01am,  KLIA 5:08am dan KLIA2 5:12am.
    • Tren ke KLIA/KLIA2 yang TERAKHIR  pula bergerak dari KL Sentral jam 12:03am dan dijangka tiba di Station Salak Tinggi  12:31am,  KLIA 12:38am dan KLIA2 12:42am.
    • Jadi kalau penerbangan tu awal pagi sekitar jam 4-6 pagi, Mat Drat cadangkan boleh lah ambil tren terakhir. Tapi nak lagi selesa, ambil tren yang kedua terakhir.... kalau Mat Drat la. Biar sampai awal di airport. Tunggu di airport 2-3 jam tu perkara normal, lagi-lagi kalau untuk penerbangan jauh.
    • Kat KLIA / KLIA2 banyak tempat boleh 'melepak' sambil tunggu flight berlepas. Nanti Mat Drat share sikit kemudahan di KLIA/KLIA2 untuk panduan.



    KLIA/KLIA2  to KL Sentral
    First train departs 05:48 am(KLIA2), 
    05:52 am(KLIA)
    Last train departs 12:59 am(KLIA2), 01:03 am(KLIA)


    • Tren PERTAMA dari KLIA2 bertolak pada jam 5:48am, tiba di KLIA  5:52am sebelum menuju ke KL Sentral. Dijangka tiba di Station Salak Tinggi 5.59am
    • Tren yang TERAKHIR  pula bergerak dari KLIA2 adalah pada jam (12:59am), tiba di KLIA (1:03am) sebelum menuju ke KL Sentral. Dijangka tiba di Station Salak Tinggi (1:09am).
    • Jadi kalau tiba di KLIA/KLIA2 tengah malam dan tak sempat mengejar tren terakhir, boleh la tunggu tren awal yang pertama ke KL Sentral. 

    • Untuk maklumat terkini mengenai jadual KLIA Transit baru sila layari laman web rasmi DI SINI
    • Dan untuk jadual penuh perjalan KLIA Transit, sila KLIK DI SINI


    Tambang Tren KLIA Transit / ERL ke KLIA KLIA2 

    Dari sini ke KLIA / KLIA2 hanya RM4.90 sehala (Kanak-kanak RM 2.20). 
    Warga emas, student dan OKU dapat diskaun 30%. ( Tunjukkan IC ,Kad Pelajar & KDS1M , dan Kad Oku dikaunter untuk dapatkan diskaun tambang). 

    Untuk maklumat harga tambang terkini (sekiranya ada perubahan) sila layari laman web rasmi dengan KLIK DI SINI
    Tambang ERL KLIA Transit

    Mesin Tiket ERL KLIA Transit 



    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku

    • Jika nak jimat lagi, boleh guna bas ke KLIA / KLIA2 dengan Bas Selangorku.
    • Tapi bas ni akan ambil masa yang agak lama. 
    • Saya tak rekemen kalau nak travel, elok naik sahaja tren.
    • Tapi sebagai alternatif, saya kongsikan sedikit gambar untuk panduan.
    • Menurut pemandu bas ni, jika di awal pagi bas akan penuh kerana ramai mereka yang bekerja di KLIA/KLIA2 akan menggunakan perkhidmatan bas percuma ini.
    • Sewaktu saya di sini, hanya ada 2 orang yang penumpang. Waktu ni dalam 2 petang.

    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku



    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku

    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku

    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku

    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku


    Harap perkongsian ini bermanfaat. Ada apa-apa info tambahan akan saya update dari masa kesemasa. Dan sebarang komen saya ucapkan terima kasih.


    ~ Mat Drat ~


    Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇