Showing posts with label Passport. Show all posts
Showing posts with label Passport. Show all posts

Sunday, 29 October 2017

Passport Kumpulan / Group Lebih Menjimatkan

Passport Kumpulan / Group Passport
Passport Kumpulan


Passport Kumpulan Imigresen Malaysia



Kali ni Mat Drat nak share mengenai Passport Kumpulan / Group Passport.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat


Sebenarnya ia BUKANLAH 'Passport' TETAPI adalah Dokumen Perjalanan Berkumpulan.

Dokumen Perjalanan Berkumpulan ini 
menggantikan passport untuk perjalanan secara Kumpulan (5 hingga 20 orang)  ke Negara Negara ASEAN ; Singapore, Myanmar, Cambodia, Laos, Thailand, Brunei dan Vietnam.

...................................................................
Update 2023
Sekarang hanya boleh digunakan untuk ke Brunei, Thailand dan Singapore sahaja.

Untuk maklumat terkini, rujuk laman web rasmi 👉 Jabatan Imigresen Malaysia.

Mat Drat baru balik dari Thailand hujung January 2023 baru ni. Yang nak memandu ke Thailand, jemput singgah perkongsian terbaru


................................................................

Masa trip Mat Drat ke Bangkok baru-baru ni, ada ahli 'rombongan' yang guna passport group ni. Mat Drat cadangkan kpd kawan2 yang jarang pergi keluar negara untuk buat Passport Kumpulan je, LEBIH JIMAT.





Biasa orang sebut passport kumpulan/Group passport sahaja, jadi Mat Drat pun sebut passport kumpulan jugak la. Tak kisah la apa, janji benda yang sama.








Apa Itu Passport Kumpulan ?

Secara ringkasnya, 'Passport Kumpulan' / Group Passport ni :

- Passport yang dibuat secara kumpulan (satu passport tetapi didalamnnya ada beberapa nama)

- Minima perlu ada 5 orang dan maksima 20 orang untuk satu passport.

- Passport Kumpulan ni akan ada seorang Ketua Kumpulan. Ketua Kumpulan ni sangat penting.  Dia akan mengetuai passport ni. Dia jadi ketua masa nak buat passport, muka dia akan terpampang di muka 1 passport dan dia sahaja yang boleh collect passport bila dah siap. Dan dia WAJIB ada semasa kumpulan nak keluar negara.  Kalau dia tak ada,  passport ni tak boleh digunakan untuk keluar negara. Jadi yang lain kena buat passport baru. Maknanya pilihlah Ketua yang betul betul akan join trip tu. 

- TAPI ada yang kata kalau passport ni ada 10 nama, maka 10 orang tu mesti ada dalam trip tu. Kalau seorang tak ada, maka semua tak boleh keluar negara.  Info yang Mat Drat dapat dari kaunter, yang WAJIB ada hanya ketua sahaja. Kalau ahli yang tiada, kumpulan masih boleh keluar negara.


- Balik Malaysia kurang ahli passport. 
Katakan dalam passport ni ada 10 nama, dan keluar negara pun 10 orang, maka bila nak balik nanti pun WAJIB 10 orang. Kalau tak cukup, kena ikut prosedure passport hilang. Akan melecehkan di mana kena pergi ke Kedutaan Malaysia berdekatan.

- Passport group ni lebih murah dari passport individual. Passport individu (passport merah) harganya RM200 setiap satu.

- Passport group ni pula, juga RM200.  TAPI kalau buat 5 orang maka RM200 dikongsi dengan 5. So,  seorang RM 40 sahaja. Kalau buat dengan 20 orang, maka kos seorang RM10 sahaja.

- Kulit passport ni warna hijau ye. Passport biasa individu warna merah, manakala pass sempadan (passport sempadan) pula warna biru.

Boleh baca    👉👉 Pass Sempadan Thailand / Indonesia


- Nak tahu macam mana Rupa dalam passport kumpulan ni,  kat bawah ni ada Mat Drat share gambar. 


Passport Kumpulan Group Passport Imigresen
Muka surat pertama  tertera maklumat :
-  Maklumat detail "Ketua Passport"
- Bilangan nama di dalam passport

Passport Kumpulan Group Passport Imigresen
Muka surat berikutnya : Tertulis maklumat
 - Muka dan detail "Ketua Passport"
- Tarikh passport di buat dan tarikh tamat
- Harga passport = RM200


Passport Kumpulan Group Passport Imigresen
Muka surat berikutnya akan terpampang gambar
 dan maklumat pemilik-pemilik lain


Tapi Ada Yang Kurang pasal Passport ni

'Passport Kumpulan ni ada kekurangannya ye kalau berbanding passport individu biasa.

1. Negara yang terima - Passport kumpulan ni tak boleh digunakan di semua negara.   

- Manakala passport individual boleh digunakan untuk masuk ke semua Negara KECUALI Israel. 
(Edited 05.04.2018) : 

Mat Drat pergi ke Imigresen pagi tadi untuk temankan kawan buat passport, bila di tanya kepada petugas kaunter mengenai passport kumpulan ni, dia  jawab sekarang hanya boleh digunakan untuk ke Thailand dan Singapore sahaja. 
Tapi Mat Drat sendiri tak pasti sebab semakan di laman web masih menyatakan boleh digunakan di semua negara ASEAN kecuali Filipina dan Indonesia.


2. Berapa kali guna ?
- Passport ni HANYA boleh digunakan sekali sahaja, pergi dan balik. Jadi kira pakai buang. Dah pakai sekali, tak boleh pakai dah. 
- Passport individual pula boleh pakai banyak kali sekali selagi ia belum expired. 

3. Tempoh sah laku
- Tempoh sah laku passport ni adalah 9 bulan dari tarikh ia dikeluarkan. Jadi nak elak sesuatu yang tidak di ingini, pastikan tarikh balik ke Malaysia sebelum tempoh 9 bulan tu tamat.
- Passport individual valid sehingga 5 tahun. 

4. Passport Hilang / Ahli Kurang
- Katakan dah masuk ke negara orang, dan nak balik ke Malaysia tak cukup korum (ahli kurang). Memang semua tak dapat balik.  Kena ikut prosedure kehilangan passport.... Kena buat report polis dan pergi ke Kudutaan Malaysia untuk buat passport sementara yang baru dan baru boleh balik. 
- Passport individual kalau hilang,  yang hilang passport je tak boleh balik/berlepas. Yang lain boleh balik Malaysia.  Tapi takkan nak tinggal kawan/family member pulak kan. 

Boleh baca    ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Apa perlu buat apabila passport hilang di luar negara

5. Kerenah di pemeriksaan sempadan/check-in.
- Passport (dokumen) perjalanan kumpulan ni agak jarang digunakan. Mungkin akam hadapi sedikit kerenah/kesulitan sewaktu pemeriksaan jika staff/pegawai yang memeriksa dokumen tidak arif/tiada pengalaman berkenaan dokumen ini.

Mungkin bagi perjalanan dengan kereta, kurang masalah tetapi bagi menggunakan kapal terbang mungkin alan hadapi sedikit kesulitan (pemeriksaan jadi lama sikit etc).



Nanti baca sedikit pengalaman kawan Mat Drat guna passport kumpulan ni ye. Mat Drat kongsikan di akhir entry ni nanti. Apa yg berlaku di KLIA2 dan di Airport Bangkok bila gunakan  passport kumpulan ni. Wajib Baca!! 


Cara buat Passport Kumpulan

  1. Pemohon MESTI hadir. Semua person kena hadirkan sebab cap jari diperlukan. 
  2. Isi Borang H (Im.101A). Borang boleh di download atau ambil di kaunter imigresen.
  3. Bawa gambar 2 keping setiap orang. Gambar berlatarbelakangkan putih. Kena seragam semua. 
  4. MyKad atau Kad Pengenalan Tentera/Polis. Kalau MyKad hilang, bawa Kad Pengenalan Sementara (JPN KPPK 09)
  5. Sijil kelahiran bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun
  6. Kebenaran ibubapa bagi pemohon di bawah 18 tahun (borang IM.42A).
  7. Duit RM 200
  8. Bila nak collect passport ni,  cukup hanya Ketua Kumpulan sahaja yang datang. Ni tak boleh wakil kepada ahli kumpulan yang lain.



Ingat
  • Passport Berkumpulan ini hanya boleh dibuat dikaunter pejabat imigresen yang dinyatakankan di laman web imigresen. Tak sure sama ada boleh dibuat di UTC atau tidak. Kawan Mat Drat buat di pejabat imigresen Jalan Duta.  Tapi ada juga Mat Drat baca di blog,  ada yg buat di UTC.  
  • Passport ini tidak akan siap terus pada hari sama seperti passport individu, sebaliknya akan siap dalam masa beberapa hari. Jangan esok nak terbang, baru hari ni nak pergi buat... memang tak dapat tolong la.... Bila siap, boleh Ketua sahaja yang datang collect. 



....

Pengalaman Guna Passport Kumpulan

Ni Mat Drat nak share sikit pengalam kawan Mat Drat guna passport kumpulan ni. Kami ke Bangkok tempoh hari dalam kumpulan yang agak besar. Jadi Mat Drat cadangkan kepada kawan yang tiada passport dan passport dah tamat tempoh bolehlah buat passport kumpulan ni untuk lebih jimat. Itupun kalau ada yang jarang keluar negara dan tidak merancang untuk keluar negara dalam setahun dua ni.

1. Pastikan yang betul-betul nak ikut trip.
Pada asalnya agak ramai yang nak buat passport kumpulan ni, tapi menjelang hari  nak buat passport hanya tinggal 5 orang sahaja. Bilangan minima tu.

Jadi, Mat Drat cadangkan kalau yang nak buat passport kumpulan ni, buatlah dalam seminggu dua sebelum trip keluar negara dan pilih Ketua yang betul-betul akan join trip tu. 

Tapi kalau jadi sesuatu yang tidak diingini kepada Ketua Passport seperti sakit ke apa ke... tu nak buat macam mana kan. Tu nama nya takdir. Kena buat passport lain la jawabnya. 


2. Datang awal ke kaunter check-in dan kaunter imigresen.

Pemegang passport ni tak boleh check-in online di website, kena check-in di kaunter.

Ini kisah kawan Mat Drat hari tu. 😀

Kami semua dah berkumpul  away di airport dan rata-rata kami telah check-in awal secara online. Cuma yang guna pasport kumpulan ni sahaja tak check-in lagi sebab mereka kena check-in di kaunter. Nak check-in secara online tak boleh sebab nombor passport semua sama.


Di kaunter Air Asia
Nasib tak berapa baik. Ketika kami semua dah drop bag dan bergerak ke boarding gate, kawan kami berlima ni masih sangkut di kaunter. Petugas kaunter tak tahu mengenai passport kumpulan ni. Puas explain, tapi tak lepas untuk check ini. Kawan-kawan sebelah kaunter dia pun tak tahu mengenai passport kumpulan ni, tak ada yang berani nak check-inkan. Jadi terpaksa rujuk kepada supervisor mereka....dan barulah dapat check-in kawan Mat Drat berlima tu. 

Cool dan relaxed.  Kami bersangka baik waktu tu... mungkin petugas kaunter tu staff baru dan ni pengalaman pertama dia passenger check-in dengan passport kumpulan.

Memang betul,  pengiraan pertama dia.  Dan dia siap snap gambar passport tu.  Dia kata kes rare ni.  OK la,  at least nanti dia bual-bual dengan kawan sekerja dia,  mereka akan aware benda ni. Dan memudahkan next passengers. 


Ni buat maka cool di kaunter AirAsia.
Keep calm la konon nya 😀
 Masa kat imigresen selepas check-in di kaunter AA,
maka masing-masing dah start sikit ketat dan risau 




Di kaunter Imigresen KLIA2
Kawan Mat Drat dah lega la sebab selesai juga urusan mereka untuk check-in. Kami semua dah di boarding area, tetapi mereka baru nak bergerak ke pemeriksaan imigresen. Patut kat imigresen berjalan lancar. Sepatutnya la... 

Nasib mereka tak baik lagi sekali!! Imigresen yang keluarkan passport kumpulan ni, tapi petugas dikaunter pun tak tahu Passport Kumpulan ni boleh digunakan. Lagi sekali sangkut.  Sama juga, dah explain pun masih tak boleh lepas. Dan terpaksa panggil supervisor mereka, baru lah lepas. 

Memang kelam kabut kawan kami berlima tu. Mat Drat sendiri sebenarnya tak sedap hati dah sebab Mat Drat yang cadangkan mereka buat passprt kumpulan ni. Tak sangka ia sedikit rumit sewaktu nak mohon dan merumitkan semasa nak check-in dan nak melepas imigresen sendiri!!!


Yang pernah guna KLIA2 tahulah jarak perlu menapak dari imigresen ke boarding area, memang jauh. Kelam kabut la kawan-kawan Mat Drat berlima ni  berlari ke boarding area, nasib sedikit baik sebab ada bugi yang tumpangkan mereka. Sempatlah mereka naik flight yang sama. Haru sungguh!!


Di kaunter Imigresen Bangkok
Kawan-kawan Mat Drat ni nampaknya dah ready akan situasi di Airport Bangkok. Bukan sahaja di negara sendiri yang sangkut, di kaunter imigresen pun boleh tersangkut sekejap... jadi di sini PASTI akan sangkut juga.

Betul lah tekaan kami, kawan kami berlima ni terpaksa bersoal jawab di kaunter imigresen Don Mueng Airport ni. Dah la mereka agak kurang berbahasa Inggeris, jadi nak explain agak sukar. Dan sama juga seperti di Malaysia,terpaksa panggil supervisor mereka untuk pelepasan. 

Itu masa ketibaan, masa berangkat balik tak ada masalah pula. Sama juga di KLIA2. Semua lancar. 


Kesimpulannya :
Nak buat dan guna passport kumpulan ni, kena bersedia dengan perkara yang Mat Drat share ni. Datang awal ke airport untuk persedian perkara yang dialami oleh kawan Mat Drat. 

Dan Mat Drat rasa mungkin 'passport kumpulan' ni lebih sesuai untuk perjalanan darat, untuk perjalanan 'udara' macam sedikit melecehkan.

Tak ramai yang guna, jadi petugas dikaunter kurang tahu sedikit mengenai 'passport kumpulan' ni. tapi harap-harap makin ramai yang guna dan makin ramai petugas di kaunter yang tahu, jadi tak ada lah masalah untuk berlepas.



Dan Mat Drat turut kongsikan di blog ini:

👉👉 Buat Passport di UTC Sentul
👉👉 Renew Passport Online


Akhir kata .... selamat bercuti.

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Saturday, 10 September 2016

Renew Passport di UTC Sentul

Renew Passport UTC Sentul
UTC Sentul


Sebenarnya hujung minggu lepas saya ke UTC Sentul untuk membuat Kad Pengenalan anak yang berumur 12 tahun.

Apabila selesai urusan sekitar jam 11 pagi dan dalam perjalanan menuju ke lif, ternampak Pejabat Imigresen yang masih ramai orang. Teringat pengalaman saya buat dan renew passport di UTC Sentul ni.....

1 kali ke Pejabat Imigresen pada hujung minggu dan 2 kali ke sini pada hari bekerja. Masa menunggu dan bilangan orang yang berurusan di sini sangat berbeza di kedua-dua hari.

Saya kongsikan......

Buat Passport di UTC Sentul pada hari Sabtu dan Ahad


Saya ke sini untuk renew  passport saya dan isteri. Kononnya nak datang awal dan sampai sebelum jam 7 pagi, tapi tersampai di sini sekitar jam 7.30 pagi. Asalnya kami sangka kira 7.30 ni masih awal memandangkan pejabat Imigresen UTC Sentul ni hanya akan di buka pada jam 8.30 pagi.

Sangkaan kami meleset sama sekali, 7.30 pagi tu bukan awal rupanya, dah ramai yang beratur di luar pejabat. Terpaksa la mengikut aliran barisan yang dah berlingkar tu untuk jumpa penghujung barisan dan join barisan. Dan terpaksa la kami beratur dalam keadaan berdiri statik tanpa bergerak sementara menunggu pintu pejabat di buka. Orang ramai yang datang semakin ramai dan barisan semakin panjang dan barisan mula menyelinap di ruang gerai di medan selera berhampiran.

Dah ramai yang beratur ...
Renew Passport UTC Sentul
Ingatkan pendek - panjang rupanya Q ... hu hu hu

Renew Passport UTC Sentul
Terpaksa beratur d celah-celah meja makan 

Apabila pintu pejabat mula di buka, mula la yang beratur masuk seorang demi seorang untuk dapatkan nombor giliran. Masa ni ada la pulak yang tak faham bahasa dan tak ada sivik, main potong barisan menyelinap masuk tanpa rasa bersalah kepada yang dah beratur berjam-jam di luar.

Dalam 15 minit , sampai turn kami dan dapatlah kami nombor giliran. Baru nombor giliran !!!

Dan kami menunggu hampir 2 1/2 jam untuk nombor kami di panggil. Dipanggil untuk proses mengambil gambar dan serahan borang. Bab ni sekejap je, tak sampai 5 minit selesai ambil gambar. Kemudian menunggu dalam 10 minit untuk nombor di panggil bagi membuat bayaran.






Selesai bayaran dibuat, kami diberi masa untuk mengambil passport yang siap iaitu pada jam 2.30 petang. Makk aiiiii.... lama lagi. Masak nak menunggu kat sini.

Jadi sementara nak menunggu siap pada petang tu, kami menapak ke stesyen lrt sentul dan naik tren ke Sogo KL. Dalam jam 4 petang kami balik dan ambil passport. Passport lama kami serahkan, di gunting sedikit oleh pegawai dan dipulangkan semula kepada kami.

Untuk makluman, passport hendaklah diambil dalam masa 30 hari dari tarikh siap dan waktu Pejabat Imigresen di buka sehingga 9:30 malam.


Rumusan nya untuk urusan kami pada hari Sabtu tu....
7:30 - Sampai UTC Sentul
7:30 - 8:30   ; Fasa beratur menunggu pintu pejabat di buka.
8:30 - 8:45   ; Fasa menunggu dapat nombor giliran.
8:45 - Dapat Nombor Giliran
8:45 - 11.15 ; Fasa menunggu dipanggil untuk mengambil gambar dan serah dokumen
11:30 Serah Dokumen., ambil gambar dan buat bayaran
11:45 - 2:30 ; Fasa menunggu passport siap
2:30 - Passport Siap

Satu masalah di UTC Sentul ni adalah mencari lot parking kosong. Jadi elok datang awal atau pun menggunakan lrt dan turun di Stesyen Sentul. Di tingkat bawah UTC Sentul ni merupakan pasar, jadi pada hari Sabtu dan Ahad memang ramai orang.

Kalau datang pada hari Sabtu atau Ahad, elakkan datang lewat kerana kemungkinan nombor giliran untuk hari itu telah habis. Maknanya kena datang di hari lain la....

Kalau sampai sini jam 11 pagi dan  kebetulan orang ramai pagi tadi, jangan terkejut la bila nombor giliran habis.




Satu alternatif, sekarang boleh renew passport secara online mulai 1 September 2016 tempoh hari.






Buat Passport di UTC Sentul pada hari bekerja


Saya ke sini nak buat passport untuk dua orang anak saya, kononnya nak bawa mereka berdua yag paling kecil sahaja ke Singapore. Tapi datang ke sini dengan 3 orang anak!!

Ini last year punya cerita sebenarnya.  Buat passport anak untuk trip ke Singapore atas tajaan Marina Bay Sands.




Kebetulan hari tu ada program sign report card di sekolah, jadi dapat la bawa anak-anak untuk urusan buat passport di UTC Sentul. 

Pada asalnya, pagi itu masih berbelah bahagi sama ada hendak ke UTC Sentul atau Pejabat Imigresen Kuala Kubu Bharu. Saya memang tahu di Pejabat Imigresen Kuala Kubu memang tak ramai orang yang berurusan, jadi passport boleh siap cepat. Tapi memikir jarak perjalanan yang agak jauh, jadi decided ke UTC Sentul sahaja. Ada juga terlintas hendak ke Pejabat Imigresenn di Kompleks Kementerian Dalam Negeri yang terletak berhampiran Jalan Duta / Dutamas. Tetapi pengalaman kali pertama ke sana beberapa tahun dahulu, membuatkan saya kata pada diri sendiri "baik pergi UTC Sentul"




Kami sampai sekitar jam 10 pagi dan mencari ryang parking kosong tidak terlalu sukar seperti datang pada hari Sabtu/Ahad. Proses membuat passport cukup lancar pada hari ini kerana memang tak ramai orang.

Dalam menunggu nombor giliran di panggil untuk serahan dokumen dan mengambil gambar, kasihan pula saya lihat si abang. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dia tak di bawa sekali ke Singapura....

Nak buatkan passport dia masa tu, sijil kelahiran dia saya tak bawa bersama pula, yang bawa hanyalah MyKid dia sahaja.  Apabila ditanya kepada pegawai bertugas sama ada saya boleh buatkan passport dia tanpa Sijil Kelahiran ( dengan MyKid sahaja), pegawai kata memang tak boleh. Tapi dia menyuruh saya ke Pejabat Pendaftaran Negara yang terletak di tingkat atas untuk buat Salinan Sijil Kelahiran. Dengan Salinan Sijil Kelahiran itu nanti permohonan passport anak boleh di buat.

Salinan Sijil Kelahiran ini sebenarnya nama sahaja 'salinan' tetapi sama macam Sijil Kelahiran Asal, seperti salianan baru. Bukan salinan macam di kedai photocopy yang 20 sen tu. Bayaran untuk 
Salinan Sijil Kelahira ni tak silap saya adalah RM 5 . 

Buat Salinan Sijil Kelahiran ni tak lama sebab kebetulan hari bekerja, jadi dalam masa 20 minit selesai urusan di Pejabat Pendafatarn Negara.

Proses buat passport cukup cepat, kami sampai sahaja terus dapat nombor giliran. Pelanggan di dalam pejabat pun saya lihat tak sampai 10 orang. Tak sampai 15 minit, nombor giliran saya di panggil. Selesai serah dokumen, ambil gambar dan terus saya buat bayaran, semuanya dalam masa lebih kurang 10 minit sahaja.

Saya di beri masa untuk mengambil  passport anak 1 jam dari sekarang iaitu sekitar jam 11:30 pagi dijangka siap.

Urusan passport si abang yang sedikit lambat di proses (lewat 30 minit) kerana urusan dapatkan Salinan Sijil Kelahiran di Pejabat Pendaftaran Negara. Jadi untuk si abang di jangka siap sekitar jam 12 tenagh hari.

Sementara menunggu passport siap tu, boleh la makan nasi lemak yang sedap di sini. Gerai akak nasi lemak tu terletak di hujung sekali berhampiran tangga berhampiran BSN. Perhatikan kaunter/barisan untuk BUNGKUS dan MAKAN DI SINI. Saya tak tahu ada kaunter ekspress untuk yang makan di situ, terberatur panjang di barisan yang nak bungkus.

11:30 pagi saya mengambil passport anak saya (2 orang ) dan bertanya status passport abangnya. Alhamdulillah, passport abangnya juga telah siap.... mngkin kerana pada hari itu memang tak ramai orang.

Selesai urusan passport anak-anak saya....

Selain ke UTC Sentul, boleh juga ke UTC Pudu, UTC Keramat .



panduan (panduan sahaja), apa -apa pun kena semak selalu di laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

Waktu Operasi UTC Sentul : 

Isnin - Khamis, Sabtu dan  Ahad   : 8:30AM–7PM, 8–9:30PM
Jumaat  :   8:30AM–12:15PM, 2:45–7.00PM, 8.00–9:30PM
- Waktu mungkin berubah, jadi kena semak selalu. Hari Cuti Umum juga di tutup ye.


Bayaran Passport : 

RM 200 : Pemohon biasa (13 tahun hingga 59 tahun)
RM 100 : Warga emas (60 thn ke atas), Kanak-kanak (12 thn dan ke bawah)
RM 100 : Pelajar mengikuti program ijazah di luar negara ( 21 tahun dan ke bawah)
RM 100 : Jemaah Haji ( surat pengesahan dari Tabung Haji atau agensi yang dilantik)
Percuma : Orang Kelainan Upaya ( OKU ) 


Dokumen Passport : 

A) Pemohon 18 tahun dan ke atas
i.MyKad pemohon
ii.Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara


B) Pemohon bawah 18 tahun
MyKad / MyKid pemohon
Sijil lahir pemohon
MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)



~mat-drat~

Friday, 9 September 2016

Beza Passport Merah dan 'Passport Biru'

Beza Passport Merah dan 'Passport Biru'


Beza Passport Merah dan 'Passport Biru'

Ada kawan saya tanya ... apa beza passport merah dan passport biru? Terpaksa la saya semak di laman web Jabatan Imigresen Malaysia (IMI) untuk dapatkan info. Hasil bacaan dan dapatlah saya ringkaskas seperti di bawah :


Tapi sebelum itu..... Kena tahu apa itu Passport??
Untuk yang belum tahu.... Ini jawapan dari laman web IMI
PASSPORT ( Bahasa Melayu ditulis PASPORT) ertinya Dokumen Perjalanan yang sah yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan kepada warganegara bagi maksud perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang.

Pasport adalah hak milik Kerajaan Malaysia dan boleh ditarik balik pada bila-bila masa. Sebab tu Mahkamah boleh arahkan passport seseorang dipegang oleh mahkamah jika mahkamah merasakan seseorang itu perlu di laramg dari ke luar negara.

Passport Merah - Passport Malaysia Antarabangsa


Passport Malaysia Antarabangsa yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia adalah bewarna merah, kalau warna lain tu.... bukan Passport Malaysia la tu. Tapi kalau ada ternampak 'passport' warna biru, kena baca dulu apa itu 'passport' biru kat bawah ni

Passport bewarna merah ini sebenarnya adalah passport untuk perjalan antarabangsa, Boleh di mohon di Pejabat Imigresen di dalam Malaysia atau pun di Pejabat Perwakilan di luar negara. 

Passport ini boleh digunakan untuk perjalan kesemua negara kecuali negara-negara yang terlarang seperti Israel. Sebenarnya kita masih boleh masuk ke Israel tetapi dengan syarat dapat kelulusan khas dari pihak kerajaan.

Untuk mendapatkan info menegnai syarat permohonan passport, sila ke laman web rasmi Jabatan Imigresen dengan KLIK DI SINI


Kalau yang ada passport tu dan tengok kosong je di muka surat di dalam tu tanpa banyak dicop, boleh gunakan passport tu juga kalau ke Sabah atau Sarawak. Saya kalau ke Sabah atau Sarawak, mesti bawa passport. Bukan apa, hanya nak banyakkan cop di passport, sayang buat passport tapi hanya 2-3 muka surat sahaja yang di cop. Saya ni jarang-jarang ke luar negara.


Kalau kita masuk ke Sabah atau Sarawak tanpa gunakan passport, kita akan diberikan kertas sekeping - Pas Perjalanan Terhad. Dokumen Pas Perjalanan Terhad ini adalah untuk penduduk Semenanjung yang ingin ke Sabah atau Sarawak. Walau pun kertas itu hanya sekeping tapi sangat penting ye. Jika hilang kertas tu kita akan hadapi kesukaran untuk naik kapal terbang untuk keluar dari Sabah/ Sarawak. 


Tempoh laku Passport Malaysia
Sekarang, tempoh laku passport adalah untuk 5 tahun. 
Dahulu ada pilihan sama ada hendak buat untuk 2 tahun atau 5 tahun. 
Tapi buat passport untuk tempoh 2 tahun kurang berbaloi kerana 6 bulan dari tamat tempoh, kita dah tak dapat masuk ke negara lain (kebanyakkan negara tak benarkan). 
Jadi memang elok la di panjangkan tempoh laku kepada 5 tahun. 
Saya pernah guna passport untuk tempoh 2 tahun, dapat guna sekali sahaja sebab 6 bulan terakhir tu dah tak dapat guna passport tu untuk keluar negara. 



Bayaran Passport Malaysia
RM 200 untuk dewasa. 
RM 100 untuk kanak-kanak (bawah 12 thn), warga emas ( 60 thn ke atas), pelajar ijazah luar negara bawah 21 tahun dan untuk Jemaah Haji.


Renew Passport 
Untuk pembaharuan passport, boleh bawa passport sedia ada ke kaunter. Passport baru akan diberikan dan passport lama akan di gunting sedikit untuk menunjukkan yang passport lama sudah tidak boleh diguankan.


Sekarang Jabatan Imigresen memudahkan urusan pembaharuan passport dengan memperkenalkan perkhidmatan renew passport secara online.


Boleh baca di entry saya di sini ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Renew Passport Online <<

Jom nyanyi sikit lagu “Bawaku Pergi" nyanyian Zizan dan Kaka….

“Buku Merah jangan lupa bawa… Moga-moga belum tamat tempoh…”


Kalau nak berjalan ke luar negara tu, jangan lupa semak-semak passport takut-takut dah nak sampai tarikh sah laku.


Passport Biru - Pas Sempadan Malaysia / Boarder Pass



'Buku' Biru ni sebenarnya bukanlah passport tetapi adalah Pas Lintas Sempadan atau pun Pas Sempadan atau lebih biasa di sebut oleh orang yang berada di kawasan sempadan sebagai Boarder Pass.


Pas Sempadan ini sebenarnya ada dua iaitu Pas Sempadan Thailand dan Pas Sempadan Indonesia.

Pas Sempadan Thailand dikeluarkan kepada warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap Malaysia keturunan Thai yang menetap lebih tiga (3) tahun di Kelantan, Perlis, Kedah atau Perak.

Pas Sempadan Indonesia dikeluarkan kepada warganegara Malaysia yang menetap melebihi tempoh enam (6) bulan di dalam Daerah Pentadbiran Pensiangan, Tenom, Sipitang dan Tawau dalam negeri Sabah dan Lundu, Bau, Kuching, Serian, Simanggang dan Lubok Antu dalam negeri Sarawak.

Pas sempadan ini dapat memudahkan penduduk di negeri yang berjiran dengan Indonesia dan Thailand untuk menyeberangi sempadan tanpa menggunakan passport.

Dulu Pas Sempadan ini hanya kertas sekeping, tetapi kini telah dikeluarkan dalam bentuk buku (bewarna biru) seperti passport antarabangsa yang bewarna merah.


Tempoh Sahlaku Pas Sempadan / Boarder Pass
6 bulan untuk Pas Sempadan Thailand
1 tahun untuk Pas Sempadan Indonesia

dari tarikh dikeluarkan dan boleh digunakan bagi beberapa kali perjalanan. 


Tidak boleh dilanjutkan tempoh sahlakunya. Jadi, permohonan baru perlu dibuat apabila telah tamat tempoh jika ingin menyeberangi sempadan lagi.

Bayaran Pas Sempadan / Boarder Pass
RM 10 untuk Pas Sempadan Thailand
RM 20 untuk Pas Sempadan Indonesia


Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia dengan klik di pautan berikut :




Baca Juga entry saya ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Beza Passport dan Visa <<



~mat-drat~

Thursday, 8 September 2016

Renew Passport Online Malaysia - MyONLINE PASPORT

Renew Passport Online - MyONLINE*PASPORT




Mulai 1 September 2016, pemegang passport Malaysia boleh memperbaharui passport mereka secara online. Langakh ini amat-amat di alukan oleh rakyat Malaysia. Tidak lagi perlu beratur panjang dan menunggu lama di pejabat imigresen atau pun di UTC.

Untuk membuat permohonan boleh la KLIK DI PAUTAN INI.

Syarat-syarat untuk memperbaharui passport secara online

  • Pemohon mesti berumur lebih 13 tahun dan memiliki e-passport ( iaitu passport dengan ciri chip). Passport sedia ada mesti di dalam keadaan baik.
  • Bagi permohonan yang berumur 13 hingga 18 tahun, hanya penjaga sah yang membuat permohonan sebelum ini sahaja boleh membuat permohonan pembaharuan secara online. Penjaga juga perlu hadir sewaktu pengambilan passport. Kegagalan untuk hadir menyebabkan passport tidak akan diserahkan.
  • Pemohon perlu memasukkan maklumat yang dikehendaki di ‘page’ permohonan. Pastikan maklumat yang diberikan adalah betul dan tepat.
  • Pemohon perlu memuat naik (upload) gambar terbaru saiz passport. Gambar passport perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
  • Pemohon perlu memilih lokasi pengambilan passport yang telah siap. Pengambilan passport boleh di buat di salah satu pejabat imigresen yang di nyatakan. Masa dan tarikh pengambilan passport akan ditentukan oleh pihak imigresen sewaktu permohonan di buat. Maklumat tempat, tarikh dan masa pengambilan akan dicetak di resit bayaran. 
  • Pembayaran boleh di buat menggunakan kad kredit atau pun direct debit payment (FPX). Kadar bayaran passport adalah :
    • RM 200 Bagi permohonan Normal ( 13 – 59 tahun).
    • RM 100 Bagi Permohonan warga senior ( 60 tahun ke atas.





Passport yang siap perlu diambil sendiri di Pejabat Imigresen

Semakan saya ( pada 08/09/2016) mendapati cawangan yang disenaraikan untuk pengambilan passport adalah : Putrajaya, Kuantan, Kuching, Pulau Pinang, UTC Kuala Lumpur dan UTC Johor.

Pemohon perlu hadir untuk mengambil passport dengan membawa kad pengenalan, passport sedia ada dan resit bayaran. Passport sedia ada mesti di dalam keadaan baik (tidak terkena air dan tidak terkoyak).


* Syarat Gambar

Background – Latar belakang gambar mesti bewarna putih. Warna selain putih tidak akan diterima.

Pakaian – Pemohon perlu memakai baju bewarna gelap dan menutupi dada dan bahu.

Tudung – Bagi yang memakai tudung, pastikan tudung berwarna gelap. Seelok-eloknya bewarna hitam dan muka hendaklah tidak tertutup.

Gambar mesti diambil di kedai gambar. Gambar polaroid atau gambar segera tidak diterima.

Jadi kena ikut spesifikasi yang di beri oleh pihak Imigresen untuk mengelak kelewatan pemprosesan atau pun kelewatan pengambilan passport. Gambar mengikut spesifikasi yang diberi adalah seperti berikut (sumber laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia )






Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila layari laman web rasmi Jabatan Imigresen Malaysia dengan KLIK DI PAUTAN INI.

~mat-drat~