Wednesday, 21 December 2016

Tukar tiket Penerbangan MAS



Saya pernah 2 kali membuat pertukaran tiket penerbangan MAS

Kisah saya....












1. Kisah Tukar Tiket 1 : Trip ke Kuala Penyu - Sabah (2016)
Tukar tiket pergi balik.

Selepas tiket confirm ke Labuan terus saya maklumkan kepada adik saya melalui whatsapp  yang kami akan ke sana pagi-pagi esok.

Reaksi beberapa adik beradik saya yang lain agak terkejut kerana saya beli tiket ke Labuan.

Rupa-rupanya anak kecil adik saya itu telah berada di Hospital Likas Kota Kinabalu. Adoi.... tiket dah beli. Saya terlepas pandang messsage awal pagi yang mengatakan anak adik saya telah dipindahkan ke Hospital Likas. 

Nak beli tiket baru ke Kota Kinabalu memang takut tengok harga tiket. Nak redeem point, point Enrich pun tak cukup ... point yang tinggal pun dah tak banyak. Alternatifnya saya perlu tukar tiket dari Labuan ke Kota Kinabalu.

Terus call customer service MAS dan dimaklumkan :
- tiket ke Kota Kinabalu masih banyak
- saya tidak perlu top-up untuk tiket ke Kota Kinabalu kerana tiket ke Kota Kinabalu lebih murah
- saya hanya perlu bayar caj tukar tiket 

Caj tukar tiket yang dikenakan = RM 162 ( RM 81 X 2 orang ) bagi tiket pergi balik. 

Baca Catitan Perjalanan saya ke Kuala Penyu, Sabah DI SINI.




2. Kisah Tukar Tiket 2 : Trip ke Langkawi (2016)
Tukar tiket balik sahaja.

Tiket saya beli secara kumpulan pergi balik Kuala Lumpur - Langkawi
Saya perlu balik semula ke Kuala Lmpur awal sehari
Call customer service untuk tukar tiket, dan maklumat yang diberikan seperti berikut :

Caj tukar dikenakan RM 100. Memandangkan pada masa sama MAS sedang mengadakan Sales Tiket pada harga murah iaitu RM 98 sahaja sehala (All-In),   jadi saya beli tiket baru sahaja. (Jimat RM2... Hik hik hik)

Kira saya akan hanguskan tiket balik asal Langkawi ke Kuala Lumpur.


Untuk tiket berkumpulan, tiada masalah jika salah seorang batalkan atau tukar penerbangan.

Untuk tiket penerbangan pergi balik, saya dimaklumkan saya boleh batalkan tiket balik saya atau tukar dengan tiket ke destinasi lain atau abaikan sahaja.

Saya boleh abaikan sahaja memandangkan ia tiket "balik".

Jika tiket yang dibeli adalah tiket penerbangan pergi balik, jangan abaikan sesuka hati tiket "pergi" itu. Jika kita tidak batalkan dan kita tidak menaiki pesawat "pergi", kita akan menghadapi kesukaran untuk balik nanti. Ini perlu hubungi pihak MAS atau mana-mana Airline yang kita buat tempahan tiket. Lain airlines mungkin lain polisi.


Tempat Makan Best di Kota Kinabalu / Makanan Sedap


Makan Best di Kota Kinabalu Sabah / Seafood Murah
Lobster di Kota Kinabalu Sabah


Tempat Makan Sedap di Kota Kinabalu


Saya kongsikan tempat makan yang best di Kota Kinabalu berdasarkan pengalaman saya ke sana beberapa kali. Senarai ini tidak mengikut rating atau ranking dan juga bukan mengikut pilihan utama saya.


1. Pasar Filipino

Makan Best di Kota Kinabalu Sabah / Seafood Murah Pasar Filipino
Pasar Filipino Kota Kinabalu Sabah 

  • Medan selera ni terletak bersebelahan Pasar Filipino
  • Terdapat banyak pilihan gerai di sini
  • Pilihan menu utama adalah seafood. Harga seafood agak murah berbanding di KL. Boleh la kalau nak rasa makan lobster di sini sebab lebih murah harganya berbanding di KL. 
  • Kebanyakannya semua ikan dan seafood adalah segar. Pilih ikan / seafood dan kemudian minta dibakar. Jika minta di masak menu lain, takut tak kena selera kita yang biasa rasa di 'Semenanjung". Maklumlah, kita biasa makan di restoran 'tomyam' yang rasanya ala-ala siam tetapi di sini tukang masak ala-ala Filipino. 
  • Pilihan makanan al-carte seperti nasi-nasi goreng, mee, bakso dan seumpamanya juga ada.

Kali pertama datang ke sini, memang pilihan saya adalah makan di Medan Selera Pasar Filipino ini. Tetapi untuk trip-trip berikutnya saya lebih suka makan di tempat lain.


2. Anjung Senja


Makan Best di Kota Kinabalu Sabah / Seafood Murah
Anjung Senja Kota Kinabalu Sabah

Makan Best Anjung Senja Kota Kinabalu Sabah
Suasana di Anjung Senja Kota Kinabalu Sabah

  • Terletak berhampiran Medan Selera Pasar Filipino - lebih kurang 1km. Kalau berjalan kaki, letih juga la nak sampai. Atau lokasi tepat adalah berhampiran dengan Hard Rock Kota Kinabalu.
  • Tempat makan dan suasana lebih tenang, dan bersih berbanding Medan Selera Pasar Filipino.
  • Pelbagai pilihan gerai dan makanan juga terdapat di sini.
  • Dan pastinya ikan / seafood segar adalah menu utama di sini.
  • Jika datang sebelah petang terutama ketika menjelang maghrib, boleh makan sambil menikmati keindahan sunset. View memang boleh dikatakan agak cantik di sini,  sesuai dengan namanya "Anjung Senja"

Cuma masalah di sini, nak cari parking disepanjang jalan agak susah sedikit, ikut nasib kalau dapat. Jika nak senang, park sahaja di seberang jalan di kawasan bangunan SEDCO (Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah). 


3. Anjung Perdana Tanjung Aru

Makan Best Anjung Senja Kota Kinabalu Sabah
Anjung Perdana Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah

Makan Best Anjung Senja Kota Kinabalu Sabah - Tanjung Aru
Anjung Perdana Tanjung Aru Kota Kinabalu Sabah

  • Terletak di Tanjung Aru, berhampiran Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
  • Banyak pilihan gerai di sini dan harga cukup berpatutan.
  • Suasana pantai cukup indah terutama ketika sunset.
  • Ramai pengunjung datang ke sini untuk makan-makan sambil menikmati keindahan sunset. 
  • Kemudahan surau di sediakan cukup selesa. 

Perkongsian saya sebelum ini >> Sunset di Tanjung Aru <<






4. Anjung Selera Likas


Makan Best Anjung Senja Kota Kinabalu Sabah - Anjung Selera Likas
Suasana di Anjung Selera Likas

Suasana di Anjung Selera Likas


  • Terletak di Jalan Tun Fuad Stephen menuju ke Universiti Malaysia Sabah. Atau cari sahaja jalan menuju ke Likas jika anda dari Kota Kinabalu.
  • Jika dari Kota Kinabalu, akan melepasi masjid Bandaraya Kota Kinabalu terlebih dahulu sebelum tiba di lokasi ini.
  • Suasana di sini juga lebih tenang dan kawasannya juga yang agak luas.
  • Boleh pilih mana satu gerai yang berkenan. Jika ingin ke gerai yang ramai 'suggest' untuk singgah, sedia la menunggu sedikit lama.
  • Selain makan seafood, masakan ala-carte pelbagai jenis menu juga ada. 
  • Saya suka makan di sini kerana mengadap laut selain konsep lebih terbuka "open air".
  • Kalau datang waktu siang, mungkin tak nampak kemeriahan di sini. Tetapi menjelang jam 5 petang, orang akan mulai ramai. 


5. Adzie Cafe & Bakery


Ikan Bangus & Garlic Rice - Adzie Cafe & Bakery
Ikan Bangus & Garlic Rice - Adzie Cafe & Bakery

Ikan Bangus & Garlic Rice - Adzie Cafe & Bakery
Antara menu di  Adzie Cafe & Bakery


  • Restoran ni terletak di kawasan Alamesra, berhadapan dengan 1Borneo Hypermall
  • Jika mencari lokasi restoran ini mengunakan WAZE atau Google Map, boleh cari jalan Lor Plaza Permai 1
  • Di kawasan ini sebenarnya banyak juga restoran-restoran lain.
  • Dua kali saya ke sini, semata-mata untuk makan salah satu menu special restoran ini iaitu Ikan Bangus + Garlic Rice. Nasi dia memang sedap dan ditambah pula rasa ikan bangus yang bagi saya tak jumpa di tempat lain. 


6. Stesen Ikan Bakar ( Restoran Sempelang Sdn Bhd )


Stesen Ikan  Bakar Kota  Kinabalu
Stesen Ikan  Bakar Kota  Kinabalu

Stesen Ikan  Bakar Kota  Kinabalu
Stesen Ikan  Bakar Kota  Kinabalu

  • Terletak di Jalan Sinsuran 3 di Kota Kinabalu
  • Berada berdekatan dengan tapank pasar malam dan tidak jauh dari Pasar Filipino.
  • Menjadi pilihan pengunjung kerana tidak perlu berjalan jauh terutama kepada mereka yang menginap di sekitar kawasan ini.
  • Seperti biasa, menu utama adalah seefood... sama seperti kebanyakkan restoran di Kota Kinabalu.
  • Masakan ala-carte juga disediakan.
  • Restoran ini di buka mulai awal pagi dengan turut menyajikan menu untuk sarapan pagi.








7. Lokan Bakar dan Puding Kelapa Sepanggar


Lokan Bakar Sepanggar Kota Kinabalu
Lokan Bakar 

Lokan Bakar Sepanggar Kota Kinabalu
Lokan Bakar Sepanggar

  • Terletak di Jalan Sulaman di kawasan Sepanggar
  • Jika gunakan Google Drive / Waze, cari sahaja 'gerai kelapa bakar'  atau 'lokan bakar Jalan Sulaman' . 
  • Jarak dari Kota Kinabalu lebih kurang 20km. Lokasi terletak berdekatan kawasan Telipuk
  • Banyak deretan gerai di sepanjang Jalan Sulaman ini. 
  • Setiap gerai menjual dengan harga sedikit berbeza
  • Menu utama pastinya lokan bakar, jelly kelapa,  kelapa bakar.  Jaagung bakar juga ada di sini. 
  • Harga setiap lokan di dalam lingkungan RM 8 -  RM12 selonggok. 
  • Makan seefood ni kena berpada-pada, walau lokan bakar ni memang sedap dan menyelerakan,  tetapi makanlah ikut kemampuan perut.  Takut makan terlalu banyak nanti,  perut meragam susah pula nak berjalan di Kota Kinabalu. 


8. Medan Selera Jesselton Point



  • Terletak di Jessellton Point (jeti ke Pulau Manukan, Sapi dan destinasi lain ).
  • Terdapat beberapa restoran di sini tetapi tidak sebanyak di Pasar Filipino, Anjung Senja atau pun Tanjung Aru
  • Suasana lebih tenang cuma harga sedikit mahal (sedikit sahaja)
  • Terdapat sebuah restoran makanan minang - Restoran Nasi Padang Ibu ( Asli Indonesia ). Tapi harga di restoran ini boleh tahan juga.
  • Jika makan di sini, tidak dapatlah makan mengadap laut.


Kalau ada info tambahan atau tempat-tempat makan lain yang sedap,  boleh la tinggalkan di bahagaian komen. 

Semoga bermanfaat


~mat-drat~








Untuk entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 

Trip 4H3M : Kota Kinabalu ke Kundasang
>> Poring Hot Springs Ranau 
>> Snorkeling Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamuntik



Lain-Lain
>> Makan Best di Kota Kinabalu
>> Senarai Kereta Sewa di Kota Kinabalu
>> Tempat Menarik di Kota Kinabalu Sabah belum update
>> Intinerari Kota Kinabalu 4H3M / 3H2M belum update

Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah / Kota Kinabalu Car Rent


Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah / Kota Kinabalu Car Rent
Kereta Sewa 


Saya kongsikan beberapa nombor telefon pemilik kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah. Di bawah adalah nombor yang saya simpan di handphone saya.


Saya tak bertujuan nak promote mana-mana owner, cuma sekadar berkongsi info untuk pembaca. Saya pernah menyewa kereta 3 dari senarai di bawah ini. Biasanya saya message kesemua dan mana yang reply ada kereta dahulu saya akan booking ( bergantung jenis kereta yang available dan juga harga yang ditawarkan).

Dan nombor-nombor ini juga lah yang akan saya share dengan kawan-kawan kalau mereka minta dengan saya.

013-865 8484 - Hezly Car Rental KK
016-840 7102 - Daeng Car Rental KK
019-899 2258 - Dayang Car Rental KK
013-884 8281 - Norlan Car Rental KK
012-803 1380 - Kereta Sewa Afra
019-871 5141 - Man Car Rental KK
013-890 0244 - Ust Sabri Car Rental KK
019-850 9826 - Azam Car Rental KK
014-658 5686 - Car Rental KK
012-819 5458 - Car Rental KK 2
013-551 7070 - Car Rental KK 4
013-450 6625 - Car Rental KK 5



Semoga bermanfaat.






~mat-drat~








Untuk entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 

Trip 4H3M : Kota Kinabalu ke Kundasang
>> Poring Hot Springs Ranau 
>> Snorkeling Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamuntik



Lain-Lain
>> Makan Best di Kota Kinabalu
>> Senarai Kereta Sewa di Kota Kinabalu
>> Tempat Menarik di Kota Kinabalu Sabah belum update
>> Intinerari Kota Kinabalu 4H3M / 3H2M belum update

Monday, 12 December 2016

LAZADA ONLINE REVOLUTION SALES - MEGA DAY

LAZADA ONLINE REVOLUTION SALES
11.11.2016 - 14.12.2016








 KLIK  >>  DI SINI  <<
UNTUK TAWARAN MENARIK DI LAZADA  



INGIN KUPON DISKAUN LAZADA BERNILAI RM 30? 
EMAIL SAYA UNTUK KUPON ( KUPON ADALAH LIMITED ) 

Sunday, 11 December 2016

Lampin Pakai Buang Terbaik Untuk Travel

Dalam tempoh sebulan mulai 11.11.2016 yang lalu, antara perkara yang banyak saya lakukan adalah..... shopping di LAZADA

Lazada Online Revolution Sales yang bermula pada 11 November lalu memang betul-betul memberi saya peluang membeli barang yang selama ini lama berada di dalam 'chart' saya. Offer dan diskaun sempena Online Revolution ini sungguh menarik minat saya, betul-betulmembantu saya membeli barang yang sudah lama saya pendam.

Barang elektrik, barangan bayi, gadget dan peralatan rumah antara yang saya beli. Barang yang paling besar saya beli adalah Aircond, ini pun saya beli kat Lazada. Bukan 1unit tapi dua unit pulak tu... Memang murah dan berbaloi. Puas hati gile....



BOX OF JOY



Sebenarnya saya sangat teruja nak membeli sempena Lazada Online Revolution Sales apabila saya menghadiri satu workshop yang dianjurkan oleh pihak Lazada. BOX OF JOY yang diberikan kepada saya pada workshop tersebut dipenuhi dengan pelbagai barangan yang turut  dijual pada harga yang sungguh istimewa sempena Lazada Online Revolution Sales.

Saya sebagai blogger yang banyak berkongsi cerita mengenai travel dan percutian sangat-sangat teruja dengan barangan yang diberikan....boleh dikatakan semuanya sangat sesuai dan boleh dimanfaatkan dalam percutian atau perjalanan saya. 

Di dalam Box Of Joy itu, pihak Lazada telah bekalkan kepada saya dengan barangan berikut :
- Sandisk Dual Drive
- Nestle White Coffee
- Nestle Just Milk Full Cream
- Nestle Careal
- Nestle Instant Noodle
- Loreal Shampoo        
- MamyPoko Wipe
- MamyPoko Pampers


Box Of Joy by Lazada



Dalam banyak-banyak barangan di atas, yang paling menarik minat saya adalah lampin pakai buang MamyPoko. Puas saya fikir apa releven lampin pakai buang MamyPoko dengan blog saya. 

Sample yang diberikan, saya terus gunakan untuk anak saya. Saya tak puas hati.... tak puas hati sebab lampin pakai buang jenama yang saya sedang gunakan sekarang sangat berbeza dengan pampers Mamy Poko ni... sangat berbeza kualitinya.

Tapi MamyPoko bagi saya sample 5 keping sahaja, dapatlah saya gunakan untuk dua hari untuk anak saya. Tak puas hati sungguh saya sebenarya, patutnya sample tu kena lah bagi banyak sikit. Dah saya kena beli sendiri, nak bagi puas hati punya pasal.


Sampai tak sampai 2 hari


Dan nasib baik MamyPoko ada buat special offer di Lazada, jadi pembelian pertama saya lampin pakai buang MamyPoko pastinya melalui Lazada. Tak sampai 2 hari saya order, MamyPoko ni pun sampai...Pantaszzz sungguh.

Klik di SINI untuk dapatkan tawaran menarik di Lazada .


MamyPoko peertama saya beli dah sampai



Dan mulai dari pembelian pertama saya itu, jadilah saya pengguna tetap lampin pakai buang MamyPoko.

Bagi saya , lampin pakai buang MamyPoko ini merupakan jenama terbaik perjalanan sama ada travel, bercuti atau pun balik kek kampung.


Sebenarnya 3 sebab utama saya mula bertukar kepada lampin pakai buang jenama MamyPoko ni. 

1. Nipis dan ringan
Lampin pakai buang  MamyPoko ini nipis dan ringan. Jadi dapat menjimatkan ruang beg dari dipenuhi dengan lampin pakai buang. Beg yang kita bawa kehulu kehilir pun tidak terasa berat kerana MamyPoko ini sangat ringan.

2. Serap sehingga 12 jam
Walaupun lampin pakai buang  MmayPoko ni ringan dan nipis, tetapi keupayaannya menyerap sangat 'berkuasa'. Kalau travel kemana mana atau nak balik kampung sekalipun, lampin pakai buang ini sangat sesuai kerana kita tidak perlu kerap berhenti menukar lampin pakai buang anak. Selain dari anak selesa, pemanduan dan perjalanan kita tidak terganggu.

3. Anak sungguh selesa dengan MamyPoko
Apa yag saya perasan, anak saya cukup selesa dengan lampin pakai buang MamyPoko ini. 'Kedutan' bebas pergerakan pada bahagian peha buat anak saya cukup selesa. Tambahan pula kedutan bahagian pinggang pampers ini di bergetah dan fleksible. Juga memberikan lebih keselesaan.

Jadi, jika ingin mencuba atau membeli lampin pakai buang MamyPoko ini bolehlah beli di Lazada untuk mendapatkannya pada harga istimewa.



Jangan lepaskan peluang membeli semasa Online Revolution Sales - The Craziest Sales of the Year  yang akan bermula pada 12.12.2016 sehingga 14.12.2016.


KLIK DI SINI >>  LAZADA 

Pelbagai barangan yang dijual pada harga cukup istimewa sehingga 95% diskaun ditawarkan.



Kepada yang ingin membuat pembelian di Lazada, jangan lupa gunakan Kupon diskaun 20% yang saya berikan ini. Ingat kod ini "20LAPOR25".




Kupon ini boleh digunakan sehingga 17 Disember 2016 dan hanya bagi pelanggan pertama. Amaun maksima diskaun adalah RM 25. (Tertakluk kepada terma dan syarat)




Selamat Membeli Belah Secara Online ....  Lazada pilihan membeli secara online utama saya.


If you would like to participate in reviews like this in the future, please contact affiliate@lazada.com.my to join the Lazada Family!



Saturday, 10 December 2016

LAZADA ONLINE REVOLUTION SALES


LAZADA ONLINE REVOLUTION SALES
11.11.2016 - 14.12.2016








 KLIK  >>  DI SINI  <<
UNTUK TAWARAN MENARIK DI LAZADA  



INGIN KUPON DISKAUN LAZADA BERNILAI RM 30? 
EMAIL SAYA UNTUK KUPON ( KUPON ADALAH LIMITED ) 

Thursday, 8 December 2016

Redeem Point Enrich Miles Malaysia Airlines



Redeem Point Enrich Miles untuk tiket MAS



MAS selalu buat romosi redeem tiket flight menggunakan point Enrich Miles.

Saya guna buat pertama kali sewaktu mendapatkan tiket ke Laban baru-baru ni.

Kisah saya....


Tiket MAS atau Air Asia memang agak mahal kalau beli last minit sama juga seperti mana-mana airlines lain. Dan kebetulan duit tak berapa nak ada dan saya ternampak iklan MAS sedang buat promosi redeem Enrich Miles untuk tiket penerbangan. Dan kebetulan saya ada beberapa ribu point yang akan expire beberapa bulan lagi, jadi saya ambil kesempatan redeem point untuk 2 tiket pergi balik KL - Labuan.

Point dan RM yang saya bayar:
Pergi balik Kuala Lumpur ke Labuan = 34,000 point (17,000 X 2)
Tax dan Surcharge = RM 274.52 ( RM 137.26 X 2 )


Habis 34,000 point untuk redeem tiket dan saya perlu bayar tunai untuk tax n surcharge sahaja. Okey la, lepas la saya ke Labuan untuk berdua dengan bayar tak sampai RM 300.







Wednesday, 7 December 2016

Ikan Bilis Kimanis - Kisah seorang penjual yang setia!!

Ikan Bilis Kimanis



Entry ini saya cuma ingin berkongsi kisah saa dan isteri dengan seorang penjual ikan bilis di Kimanis. Kisah yang sangat bermakna dan memberi pengajaran kepada kami.

Kisah yang saya dan isteri akan ingat... perkataan 'nanti' yang kami sebut merupakan satu kata yang dianggap janji yang perlu ditepati oleh adik si penjual itu.

Kami dalam perjalanan kami dari Kota Kinabalu ke Kuala Penyu pada hari itu menuju ke rumah adik ipar saya. Kami berhenti di sebuah gerai menjual ikan bilis di Kimanis. Gerai pertama yang kami jumpa dan terus kami berhenti. Kami tak tahu pun nama tempat ni Kimanis asalnya. Itupun adik penjual tu yang bagi tahu nama kawasan ni Kimanis.

Pada asalnya dalam perjalanan tu kami menanti-nanti jika terserempak dengan gerai-gerai yang menjual buah-buahan di tepi jalan untuk kami beli dan bawa ke rumah adik ipar saya sebagai buah tangan. Maklumlah adat kita kalau ke rumah orang, kena la datang dengan sedikit buah tangan... lagi-lagi dari jauh datang. Kesilapan kami tadi tak beli awal-awal di Kota Kinabalu. Tak teringat pada masa tu.

Lagi pun, pada sebelah malamnya nanti akan diadakan majlis tahlil untuk anak adik saya. Jadi rasanya kami beli sedikit buah-buah untuk dijamu kepada tetamu.





Ketika kami melalui kawasan Kimanis, kami ternampak gerai ditepi jalan. Terus saya berhentikan kereta. Boleh kata gerai yang pertama menjual pelbagai barangan dan makanan yang kami temui setelah jauh memandu. 

Tapi sangkaan kami meleset, ingatkan gerai menjual buah-buahan tetapi hanyalah gerai menjual ikan bilis dan ikan kering. Dah alang-alang berhenti, kami turun melihat dan bertanya harga yang dijual. Lagi pun boleh la kami bandingkan dengan harga ikan bilis di Kota Kinabalu. 

Berlonggok-longgok ikan bilis yang dijual , pelbagai kategori yang ada...bilis belah dua, belah empat, tak dibelah, bilis besar, bilis halus dan macam-macam lagi. Udang kering dan ikan kering juga ada.

Nampaknya harga ikan bilis di sini sedikit murah berbanding di Kota Kinabalu. Tetapi kami tidak terus membeli kerana kami tidak tahu rasa dan kualiti ikan bilis di sini. Bab kualiti ni kami kena tanya orang di sini dahulu sebelum kami beli dengan kuantiti banyak, lagi pun harga yang di jual ni pun kami belum tahu murah atau sama dengan gerai-geri yang terletak bersebelahan dengan gerai ini. 

Tambahan pula tempahan ikan bilis yang diambil untuk jiran-jiran adalah berdasarkan harga ikan bilis di Kota Kinabalu (kebanyakannya ikan bilis dari Tawau), jadi tidak bolehlah saya beli bilis dari Kimanis ini untuk yang telah ditempah oleh jiran-jiran.

Kami ni terlebih peramah sebenarnya, agak lama juga kami di situ bertanya dan berbual. Deal harga untuk dua tiga kategori ikan bilis - tapi saya kata belum confirm akan beli kerana masih menunggu tempahan baru.. Oleh kerana banyak berbual, rasa sedikit keberatan untuk beredar tanpa membeli apa-apa sebenarnya. Terpaksa la kami beri alasan kepada penjual tu, yang kami sebnarnya ingin cepat ke Kuala Penyu dan akan singgah semula dalam perjalanan balik dari Kuala Penyu nanti. Lagi pun kami kata order baru untuk ikan bilis di Kimanis  ni belum dapat. Wife pun baru whatsapp ke beberapa group untuk buka tempahan bilis dari Kimanis ini. 

Untuk lebih menyedapkan suasana, kami bertanya jam gerai ni akan diutup. Adik si penjual tu kata biasanya dia tutup kedai sekitar jam 8 malam. Saya pun kata memang cantik la tu, kami jangka akan bertolak balik ke Kota Kinabalu sekitar jam 6.00-6.30 petang dari Kuala Penyu dan mungkin akan sampai semula di gerai dia sekitar jam 8 malam. 

"Tunggu ye...." saya kata. Ini pun saya kata secara santai sahaja.... biasanya penjual pun faham, ini ayat nak lepas diri untuk tak beli.

Dalam hati terdetik "kalau tutup pun tak apa sebab kedai lain banyak lagi dihadapan, berderet gerai-gerai menjual bilis dan harga pasti sama je"

Nak jadi cerita sewaktu kami bergerak ke kereta, sebuah lori kontena lalu dengan laju dan menyebabkan kayu penahan khemah gerai adik ni jatuh bersama khemah. Jatuh pula betul-betul bersebalahn dan hampir dengan kereta kami....sikit sahaja lagi nak kena bonet depan kereta.

Kelam kabut kami serta dia dan makciknya datang ke kereta kami untuk melihat jika terkena kereta kami. Alhamdulillah tak kena, sedikit je lagi.

Dua tiga kali di berkata "mati la aku kalau kena kereta tadi". Takut dan 'cuak' sungguh dia. 

Saya balas untuk menenangkan dia... "jangan risau la... kalau kena awak tak 'mati' pun, kami ni  yang 'mati' nak bayar caj kepada tuan kereta".

Saya sebenarnya betul-betul bersyukur kayu dan khemah tadi tak kena kereta. Kalau kena kereta tu, memang sah-sah melayang beratus ringgit kena bayar gantu rugi kepada tuan punya kereta. 

Takkan nak minta duit dengan adik penjual tu. Dia pun cari makan dengan jual bilis sahaja, siap makcik dia yang sudah berumur temankan sekali dan dua orang anak kecil dia pun dia bawa. Sewaktu kami singgah tu pun, dua orang anak kecil dia sedang makan nasi dengan bekalan yang dia bawa dari rumah. Teringat kami kepada anak-anak kami yang kami tinggal di rumah. hu hu hu


Berkejar mreka berdua takut tiang dan khemah hempap kereta sewa kami.

Risau sungguh dia khemah tu jatuh lagi

Kami meneruskan perjalanan ke Kuala Penyu. Kami tak singgah la pula di gerai berdekatan gerai dia, tak manis la sebab tadi kami kata nak cepat ke Kuala Penyu. 

Setelah memandu seketika dan gerai dia hilang dari pandangan, kami berhenti di deretan gerai lain. Dua gerai yang kami singgahi, harga yang diberikan kepada kami agak mahal berbanding harga adik tadi berikan. Kesimpulan saya buat, gerai adik tadi memang tawarkan harga yang cukup murah. Mungkin kami ni mulut manis sikit kot masa membeli.... tu dapat harga sedikit murah.

Jadi selepas bandingan harga, tempahan baru ikan bilis yang akan diterima nanti kami kena beli dari gerai adik tu. Jika beli dari gerai lain, margin kami akan kurang atau mungkin kami kena jual pada kos. Dah dikira tolong beli tanpa sebarang untung... bukan meniaga lagi.






Balik dari Kuala Penyu

Sekitar jam 6.15 petang selepas menikamati suasana sunset di Pantai Batu Luang Kuala Penyu, kami memulakan perjalanan ke Kota Kinabalu. Nasib tak berapa baik petang tu kerana cuaca tidak berapa cantik, jadi suasana sunset tidak berapa memukau. Kalau suasana cantik tu, memang lagi lambat la kami bergerak balik ke Kota Kinabalu.

Perjalanan dari Kuala Penyu memang agak sunyi terutama dari Kuala Penyu menuju ke jalan utama (Jalan Beaufort-Kota Kinabalu).

Apabila tiba di jalan besar  (Jalan Beaufort - Kota Kinabalu) di kawasan Kimanis, hari sudah gelap gulita. Pada waktu tu walaupun jam baru menunjukkan 7.30 malam tetapi di Semenanjung seperti dah 8.30 malam. Memang sudah  gelap waktu ni.

Gerai-gerai menjual ikan bilis yang banyak kelihatan siang tadi, semuanya telah ditutup. Gelap gelita semuanya. Gerai adik tadi pula terletak di hujung sekali....  pasti dah tutup juga.

Isteri saya agak terkilan kerana tak dapat beli ikan bilis di sini, tempahan telah diambil tapi ikan bilis tak dapat. 

Untuk menyedapkan hati dia, saya patah balik kebelakang kerana tadi saya ada perasan ada satu gerai yang masih berlampu walaupun dah tak nampak penjualnya tadi.

Dan rezeki kami, walau pun gerai tu dah macam ditutup ( penjual tak ada dan ikan bilis telah ditutup dengan plastik), ada rumah berdekatan dengan gerai tu. Mesti rumah tuan gerai tu sebab satu gerai sahaja di kawasan ini dan rumah tu sahaja yang ada.

Hampir 10 minit kami memanggil, baru tuan rumah keluar. Itupun puas kami memanggil di pintu hadapan dan pintu belakang rumah dia. Rumah besar la katakan....

Tapi nasib kami kurang baik, kualiti ikan bilis namaknya tak berapa cantik dan harga pula mahal dari gerai adik yang kami singgah mula-mula siang tadi. Kalau kami beli untuk tempahan baru, memang kami kena naikkan harga sebab dia jual memang mahal. Kalau tak naikkan harga, kami kena jual pada harga rendah dari harga kami beli.

Tapi sebagai menjaga hati penjual tu yang bersusah payah keluar rumah dan membuka semula gerai, kami beli juga la 2 kilo ikan bilis. Okey la ....2 kilo.

Kemudian kami meneruskan perjalanan, dan memang gerai-gerai selepas tu pun semuanya telah ditutup. Dalam hati nasib baik berhenti dan beli, dapat juga la rasa ikan bilis Kimanis.

Saya ada juga meluahkan ketidak puas-hatian  kepada adik tadi sebab dia kata gerai disini tutup dalam pukul 8 malam. Tetapi bila kami melalui di kawasan ini jam 7.30 malam, semua gerai dah tutup. 

Nampaknya tak dapat la kami memenuhi tempahan ikan bilis untuk jiran-jiran dan rakan-rakan.

Ketika betul-betul di penghujung kawasan Kimanis ni, kami perasan ada satu gerai ikan bilis yang masih bercahaya. Dua gerai lain disebelahnya telah gelap. Secara spontan isteri saya berkata 
"abang, tu gerai adik tadi la".

Terpaksa saya buat u-turn sekali lagi dan berhenti di kedai adik tadi.

Rupa-rupanya dia dah nak tutup gerai dia tetapi dia terpaksa tunggu sebab kami kata kami nak singgah. Terus saya dan isteri berpandangan.... seakan memahami persaan antara satu sama lain pada waktu tu. 

Dia percaya yang kami akan singgah semula walaupun makcik dia yang agak tua tu ajak balik sebab hari dah gelap. Anak-anak dia pun dah keletihan.Kesihan pula saya tengok. Memang rasa terharu masa tu sebab kami lihat barang-barang dan bekas bekalan makanan dia dah kumpul tepi jalan untuk di bawa balik. Memang betul-betul dia menunggu kami.

Rezeki adik tu, memang banyak juga kami borong ikan bilis dan ikan kering dari dia. Kira tak sia-sia lah dia tunggu kami.



Ikan Bilis Kimanis
Gerai dia ni je yang buka lagi ...menunggu kami

Ikan Bilis Kimanis

Ikan Bilis Kimanis
Seekor ni kami beli...ikan talang kering


Sebelum balik, saya sempat pesan kat dia nanti cari FB saya dan baca kisah yang saya akan post di FB. Memang biasanya kalau saya kemana-mana dan ada pengalam yang agak menarik, saya kan kongsikan di FB.

Sesungguhnya ini merupakan satu pengajaran sangat berharga untuk  kami berdua... Jangan mudah menabur janji jika tidak bersungguh untuk menepati.



Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇





Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 



Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
Trip Kota Kinabalu & Kudat
👉👉 Dari Kota Kinabalu ke Kudat - "Hujung Tanduk Borneo"

Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu