Sunday 6 November 2016

Tip Of Borneo Kudat Sabah

Bersambung dari entry sebelum ini... Jalan-Jalan ke Kudat dari Kota Kinabalu

Tip Of  Borneo Kudat







Tip of Borneo ni merupakan puncak atau penghujung Borneo. Terletak di Tanjung Simpang Mengayau. Ia merupakan tanah paling atas di bahagian 'tanduk' peta Sabah/ Sarawak.



"Hujung Tanduk"


Jarak dari Pekan Kudat ke Tip Of Borneo jauhnya 30 km. Masa perjalanan lebih kurang 45 minit dan jalannya bukanlah jalan yang besar.... tidak banyak kenderaan lalu lalang di laluan ini.



Sepanjang perjalanan dari Pekan Ludat tu, satu perkara yang agak menarik perhatian saya, di satu kawasan tu saya ada ternampak beberapa ekor anjing ditepi jalan. Kurus dan kecil anjing-anjing di kawasan ni. Memang spesis anjing tu kot.... kecil dan kemetot je saya tengok.


Jalan semakin mengecil dan semakin legang. Dari simpang ni lebih kurang 10 km lagi.




Bila sampai di kawasan ni, dah rasa dekat sebab dah macam dekat dengan pantai dan laut. Kurang dari 5 km lagi nak sampai.


Akhirnya kami sampai di Tip Of Borneo lebih kurang jam 1 tengah hari. Tempat parking agak luas di sini. Memang agak panas pada waktu ini, jadi tiada pengunjung lain selain kami.




Sebelum menapak menuju ke Tip Of Borneo, apa lagi... kami isi perut dahulu dengan KFC yang dibeli di Pekan Kudat tadi. 

Bukan senang nak dapat peluang makan KFC kat hujung Borneo ni - dan boleh juga kata hujung Malaysia.




Jauh sayap ayam ni terbang....sampai ke hujung Borneo.






Selesai isi perut baru kami menuju ke Tip Of Borneo. Perlu menapak sedikit turun dan naik bukit. Dekat je. Dalam 300 meter sahaja ke Tip Of Borneo dari tempat parking.


Dah sampai sini, jangan lupa bergambar sebagai bukti dah pernah sampai ke hujung Borneo.



Secawan Pepsi ni pun tak habis sewaktu menapak kesini tadi.







Di belakang saya tu la penghung tanah Borneo atau hujung tanduk!




Cameraman sedang beraksi! 

Ini bukan pasir tapi batu. Entah berapa ribu tahun sampai jadi begini bentuknya. 

Berhati-hati semasa turun. Pijak batu dan bukannya pasir ye. 


Elok jangan bawa anak-anak kecil turun sebab batu-batu di bawah sana tu agak licinterutama sekiranya selepas air pasang. Pagar tiada ye, kalau jatuh.... jatuh terus ke Laut Cina Selatan. 


Hujung Tanduk -Ini lah dia....


Walau pun saya angkat tangan... tapi takut juga tu.
Ni sahaja hujung yang saya berani berdiri...
 Lagi hujung dah tak berani 

Sewaktu ombak tak memukul ..nampak tenang je. 

Ini kalau waktu sunset...sure cantik pemandangan kat sini.

Seorang sahabat saya.... kira berani jugak la dia ni. 

Seperti biasa.... selfie beramai-ramai sebagai bukti pernah tiba di sini. 

Kami di sini pun tak lama. Dah rasa puas bergambar, kami naik ke atas semula. Lagi pun tengah panas terik.... kalau waktu petang tu memang saya tunggu sampai matahari terbenam.







Kalau lah saya tahu keadaan Tip Of Borneo dan Pantai Tanjung Simpang Mengayau ni macam ni malam tadi, malam tadi jugak saya booking chalet di sini. Memang saya akan bermalam semata-mata nak menyaksikan sunset di sini.



Mungkin suatu hari nanti saya akan repeat dan menginap di sini untuk menyaksikan sunset dari hujung Borneo ni. Tambahan pula, pantai Simpang Mengayau ini cukup cantik. Tak berapa ramai pengunjung dan pastinya ia cukup mendamaikan.



Sempat saya intai-intai gambar sunset di Pantai Tanjung Simpang Mengayau / Tip Of Borneo ni di Twitter.



Antara yang saya jumpa di Twitter :


Kredit : Twitter Cik Bunga / SZahrah 25
"Utk dptkan benda yg cantik dan indah perlu tempuh perjalanan yg berliku.
Alhamdulillah indahnya ciptaan Allah" 
Setuju sangat.... perjalanan jauh dari Kota Kinabalu terasa sangat berbaloi jika dapat menikmati keindahan sunset sebegini...Damai, tenang dan mengasyikkan.


Kredit : Anson Chin
"Honestly the best picture i have ever taken in my whole life " 

Kredit : Anson Chin
"Honestly the best picture i have ever taken in my whole life " 
Alangkah seronoknya kalau saya dapat menikmati keindahan sunset di sini.... saya tengok gambar ni pun teras teruja.



Kredit :Nancy Lamau : "Perfecr Scene!!" 

Yup... saya setuju seperti kata Nancy... memang perfect scene ditambah pula dengan tiupan angin....Perfect!!


Kredit : Bernhard Hagen


Kredit : Hawley & Hazel





Dan sedikit gambar keindahan Pantai Simpang Mengayau...

Pantai cantik.... tapi KFC ni mengganggu betul pemandangan


Kredit Sara / Sharwinaziz
Kredit : Bernhard Hagen

Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡





Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 



Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
👉👉 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu

👉👉 Sunset di Tanjung Aru 

Trip Kota Kinabalu & Kudat
👉👉 Dari Kota Kinabalu ke Kudat - "Hujung Tanduk Borneo"
👉👉 Tip of Borneo Kudat Sabah

Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu
👉👉 Jalan Jalan ke Kuala Penyu

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.