Tuesday, 1 November 2016

Snorkeling di Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamuntik - Trip Kota Kinabalu

Dari entry sebelum ini Tips Trip Ke Kundasang Sabah.


Snorkeling di Pulau Manukan, Pulau Sapi Pulau Mamuntik


Trip Kota Kinabalu - DAY 3

Untuk hari ni itinerari yang ditetapkan oleh ejen untuk kami adalah aktiviti snorkeling di dua buah pulau. Hadiah yang ditawarkan oleh penaja hanyalah merangkumi untuk aktiviti snorkeling di 2 pulau dan hanya untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.

Saya upgrade sikit pakej yang diberikan dengan mengambil pakej 3 pulau iaitu snorkeling di Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamuntik. Trip sebelum ini pun saya ambil 3 pulau.



Jesselton Point Kota Kinabalu


Jetty Jesselton  Point
Jetty Jeselton

Seperti dijanjikan, ejen kami di sini sedia menunggu di hadapan hotel seawal jam 7.30 pagi. Terus kami ke Jesselton Point atau dikenali juga sebagai Jeti Jesselton untuk menaiki bot bagi memulakan aktiviti snorkeling. Saya cuma perlu tambah sedikit untuk kos snorkeling untuk upgrade dari dua pulau kepada tiga pulau dan juga bayaran untuk anak-anak saya yang tidak ditanggung oleh pihak penaja.

Kalau nak mulakan aktiviti snorkeling, memang kena gerak awal ke Jeti Jesselton. Sekitar jam 8.30 pagi di jeti ini elok dah ada di sini, pelancong dan pengunjung sudah agak ramai sewaktu kami tiba. 

Jessselton Point adalah jeti utama bagi mereka yang ingin ke Labuan, Brunei dan beberapa tempat lain termasuk mereka yang ingin ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman.

Bagi mereka yang ingin ber'snorkeling' di Kota Kinabalu ni, pilihan yang paling dekat adalah ke Pulau Sapi, Manukan dan Mamuntuk. Ini adalah 3 pulau pilihan utama dan ketiga-tiga pulau ini terletak di dalam zon Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Selain 3 pulau ini, ada dua lagi pulau iaitu Pulau Gaya dan Pulau Sulug.







Harga Pakej Snorkeling Pulau Manukan - Kota Kinabalu

Di Jesselton Point ini terdapat beberapa kaunter yang menawarkan pakej snorkeling. Harga tak banyak beza di antara satu sama lain. Jadi survey sahaj lah dulu untuk puaskan hati sendiri sebelum menempah pakej snorkeling.

Harga pakej snorkeling di sini berbeza mengikut berapa pulau yang kita ingin pergi di mana kita boleh pilih dari 5/6 destinasi yang disediakan. Boleh pilih Pulau Sapi, manukan, Mamuntuk, Gaya, Sulug atau Kampung Air.

Saya rasa 2 atau 3 pulau sudah memadai, sudah cukup puas dan sudah cukup untuk meletihkan kita. Kalau 4 destinasi nanti masa setiap destinasi akan menjadi singkat. 

Biasanya kalau 3 destinasi orang akan pilih ( dicadangkan oleh operator bot) untuk ke Pulau Sapi, Manukan dan Mamuntik.


Tambang Bot ke Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamuntik dari Kota Kinabalu

4 caj bayaran yang perlu / mungkin perlu anda bayar untuk aktiviti snorkeling :



1. Caj Island Hop
Harga untuk ke Pulau (harga ejen kami)

Dewasa : 
1 Pulau (RM28)/ 2 Pulau (RM33)/ 3 Pulau (RM43)/ 4 Pulau (RM 53)
Kanak2 : 
1 Pulau (RM18)/ 2 Pulau (RM23)/ 3 Pulau (RM28)/ 4 Pulau (RM 33)


2. Kos Sewa Peralatan
Jaket : RM 10 setiap set
Google dan Snorkle : RM 10 setiap set.

Kami cuma bayar RM 20 RM15 untuk jaket dan google /snorkle. Diskaun RM 5 bagi setiap set, kena tawar menawar sikit la sebab kami ramai.


3. Kos Terminal Jeti Jesselton
Seiap pengguna jeti akan dikenakan caj jeti. Bukan airport je ada caj ye, jeti pun ada caj yang perlu dibayar.

Dewasa : RM 7.20 ( masuk GST RM 7.63 )
Kanak2 : RM 3.60 ( masuk GST RM 3.82 )


4. Fee Taman Laut Tunku Abdul Rahman
Untuk masuk ke Taman Laut Tunku Abdul Rahman ini kita perlu bayar caj masuk sama seperti nak masuk ke Taman Laut di Pulau Perhentian.

Malaysian - 
Dewasa : RM 3.00 per pax Kanak-kanak : RM 1.00 per pax
Non-Malaysian -
Dewasa : RM 10.00 per pax Kanak-kanak : RM 6.00 per pax

Fee ini membolehkan kita masuk ke lima-lima buah pulau tersebut dan valid untuk satu hari. Jika bermalam, caj tambahan akan dikenakan. Taman Laut Tunku Abdul Rahman ini dibuka sehingga jam 5 petang sahaja.



Jika pergi di dalam kumpulan yang agak besar dan inginkan lebih 'privasi' bolehla sewa satu bot. Harga berbeza dan kena tawar menawar. 

Trip saya ke Kota Kinabalu sebelum ini (Trip 3H2M), kami sewa satu bot untuk aktiviti snorkeling kami.... tapi tidak lagi untuk kali ini. 

Pesanan saya, kalau boleh elakkan dari ambil pakej snorkeling atau sewa bot dari tempat lain selain dari di Jetty Jeselton. Nak tahu kenapa... baca kisah throwback saya di bawah.


#Throwback
Trip kami ke Kota Kinabalu sebelum ni (Trip 3H2M), kami alami sedikit 'adventure' sewaktu aktiviti snorkeling. Sebelum trip itu, seorang kawan saya memaklumkan saya boleh dapat pakej snorkeling dengan harga murah di area 'waterfront todak'. 

Betul, sewaktu di KK, kami bersiar-siar dan melepak di waterfront itu, memang niat saya pun untuk mencari-cari brader yang menjual pakej snorkeling murah. Selang beberapa ketika, ada 2-3 brader approach saya dengan menawarkan pakej snorkeling. Selepas perbandingan dengan harga pakej snorkeling jika diambil di Jetty Jeselton memang harga yang ditawarkan lebih murah. Akhirnya saya ambil dengan satu brader ni dan terus 'sewa' satu bot untuk kami sekeluarga untuk lebih keselesaan... kononnya lah.


Rupa-rupanya, bot yang kami ambil tu bukan bertolak dari Jetty Jeselton. Esoknya kami kena naik di jeti nelayan berhampiran waterfront tu. Memang daif jeti tu... Tapi masa tu tak kisah lagi. Sedapkan hati.... takpe, janji murah dan bot tak berkongsi dengan orang lain.

Bot yang kami sewa memang membawa kami sahaja... ke Pulau Sapi, Manukan dan Pulau Mamuntik. Perjanjian mereka akan ambil kami semula pada jam 4.00 - 4.30 petang di Pulau Mamuntik.

Malang sedikit, sekitar jam 2 petang, awan gelap mula berarak ke arah area pulau-pulau. Bot kami tiba secara mengejut dan mengarahkan kami menaiki bot dengan segera. Pemandu bot maklumkan ribut akan melanda dan kami perlu bergerak sekarang. Jika tidak, petang nanti tidak lepas balik ke Kota Kinabalu. Dan nak tak nak, kami terpaksa berkongsi dan berhimpit dengan pengunjung dan pelancong lain di dalam speed bot yang asalnya hanya membawa kami sahaja. Bot agak padat dan ada diantara penumpang bot tidak dapat pelampung.... pelampung tak cukup.

Perjalanan dari Pulau Mamuntik ke jeti di Kota Kinabalu pada waktu itu amat menakutkan bagi kami semua. Awan gelap mula menghapiri dan ombak semakin tinggi. Ombak paras-paras bot je... Bila dipukul ombak besar sedikit, semua dalam bot dah semakin 'cuak'. Macam-macam yang bermain difikiran waktu tu. Memang ngeri... dan memang serik dah nak ambil bot dari area situ. Dah la tak ada insuran, aspek keselamatan pun tak diambil berat.

Sampai di jeti 'nelayan' itu tadi kami terpaksa ke darat dengan melalui jeti yang cukup uzur. Cukup lah pengalaman tu sekali, nak murah .... dapat la service yang murah.
#Throwback tamat






Berbalik kepada trip kami kali ini. 


Beli Bekalan Makanan 

Sebelum berlepas, saya sempat beli bekalan makanan untuk kami makan tengah hari di pulau nanti. Di pulau tu ada cafe-cafe yang menyediakan makanan tetapi harga yang dijual mengikut harga pulau la ye. Jadi nak jimat, beli dan tapau siap-siap makanan dari Jety Jeselton ini. 

Walau bagaimana pun, bawa sahaja lah duit lebih ke pulau tu nanti. Semasa aktiviti snorkeling ni biasanya perut sentiasa rasa lapar. Jadi kalau bekalan makanan tak cukup, boleh la beli di sana.

Selain tapau di sini ( nasi goreng, sandwich dan sosej) kami juga bawa makanan ringan dan air-air minuman. Main air masin, confirm akan perlukan banyak air untuk diminum.... jadi bawa lebih air.

Di sini ada banyak gerai, jadi bagi yang tak sempat bersarapan boleh bersarapan di sini dahulu sebelum bergerak ke pulau.



Bot Ke Pulau  Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamuntik

Perjalanan ke pulau (Pulau Sapi) dari jeti ini mengambil masa lebih kurang 20-25 minit.

Pastikan minta dan pakai jaket keselamatan kerana kita berada di lautan luassssss......!! Jaket ni free tak perlu bayar, yang perlu bayar cuma jaket untuk aktiviti snorkeling.



Snorkeling Kota Kinabalu
Menuju Pulau Sapi



Laut luas terbentang - agak tenang di waktu pagi.





1. PULAU SAPI

Kami mulakan dengan ke Pulau Sapi, kemudian ke Pulau Mamuntik dan diakhiri dengan Pulau Manukan.

Memang saya pilih Pulau Sapi dahulu sebab pengalaman dahulu, Pulau Sapi paling cantik, paling jernih dan ikan-ikannya lebih banyak serta pelbagai... serta pantainya yang lebih landai.


Snorkeling Pulau Sapi Kota Kinabalu
Pulau Sapi

Dan aktiviti ber snorkeling bermula....





Tapi sebelum tu jangan lupa sapu sun block ...kalau tak confirm terbakar muka nanti.



Waktu kami sampai, pengunjung tidak ramai lagi jadi agak selesa untuk bersnorkelingt. 








Dan letih bersnorkeling  di sebelah kiri jeti Pulau Sapi ni, kami beralih ke sebelah kanan pula. Cuma sebelah sini ikan-ikan jauh sedikit.... berhampiran dengan batu-batu hujung sana.



 Dan seperti biasa diselang seli dengan aktiviti bermain pasir....




Menjelang tengah hari sedikit, pengunjung makin ramai. Kami memang agak lama di sini, hampir 2 jam sehingga jam 11 pagi. 11 pagi pun dah terasa terik dan perut cepat je dah rasa lapar.


Sudah semakin panas

Makan dahulu sementara menunggu bot. Janji 11.30 pagi ke pulau ke dua






2. PULAU MAMUNTIK



Jam sekitar pukul 12 tengah hari, matahari betul-betul atas kepala.Terik. 

Jadi kami hanya bersnorkeling dan bermain air di tempat redup.... agak jauh sedikit dari jeti. Nak cari port ni pun susah juga sebab kebanyakkan port yang redup dah ada pengunjung. Takkan nak menempek dengan mereka...

Snorkeling Pulau Mamuntik


Ikan-ikan pun tahu panas.... 'depa' pun bermain-main di kawasan air yang redup. Yang penting kena ada ilmu nak panggil ikan-ikan ni.... ilmu nya senang je... bawa bekalan roti banyak-banyak.


Snorkeling Pulau Mamuntik





Janji dengan pemandu bot, 1.30 petang kami ingin ke Pulau Manukan. Jadi kami tunggu 5 minit awal. Takut terlewat nanti, bot tinggalkan kami pula.








3. PULAU MANUKAN

Kami tak lama di Pulau Mamuntik, lebih kurang 1.30 tengah hari, kami dah menunggu bot untuk ke Pulau Manukan.






Pulau Manukan ni nampak lebih happening dengan ada beberapa gerai 'cafe' yang menawarkan set lunch ala-ala BBQ. Tak siap RM25 per head untuk makan. Jam 2 petanglebih ni memang dah lapar, ikut kan nafsu makan nak je join sekali makan....

Oleh kerana panahan sinaran matahari terasa terik, jadi kami banyak habiskan masa dengan besnorkeling di tepi jeti sahaja. Ikan pun memang banyak di kawasan jeti ni. Tapi kena berjag-jaga, di kawasan ni banyak 'kerang' atau 'keritip'(kalau betul) yang melekat di tiang-tiang jeti, jadi elakkan dari terluka kaki dan tangan.

Snorkeling Pulau Manukan
Pulau Manukan
Snorkeling Pulau Manukan
Snorkeling Pulau Manukan


Tak ramai yang sanggup ke tengah sedikit untuk snorkeling... panas.  Lagipun airsedikit dalam di kawasan tengah, tak sesuai bawa anak-anak. Bila menjelang petang, ombak macam kuat sedikit sewaktu kami di situ.


Snorkeling Pulau Manukan




2.45 petang, bot kami tiba seperti kami minta. Snorkeling dari 9.00 pagi rasanya sudah memadai sehingga 2.30 atau 3.00 petang. Nak balik sehingga 5 petang nanti rasa macam dah lewat sangat.



Bot bersedia untuk buat pusingan dan pulang ke Kota Kinabalu




Bot kami tak ramai pula waktu nak balik... rezeki kami. Jadi cukup lapang.




Muka-muka puas hati dan gumbira serta terserlah kepenatan.



Memang mengasyikan kalau dapat pejam mata sambil di pukul angin laut....






Setiap pulau ada keistimewaan dan tarikan tersendiri. Tapi antara 3 pulau ni, saya paling suka Pulau Sapi dan Pulau Manukan.

Keseronokan bersnorkeling di sini jangan bandingakan dengan keseronokan dan keasyikan ber snorkeling di Pulau Perhentian. Pulau Perhentian memang diakui sebagai antara tempat paling cantik untuk aktiviti snorkeling atau scuba divinng
.

Sampai di hotel, saya bagi anak-anak berehat dahulu sebelum saya bawa mereka makan malam di medan selera Likas.




Kembali ke Entry
Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~


Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡





Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 



Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang

Trip Kota Kinabalu & Kudat
πŸ‘‰πŸ‘‰ Dari Kota Kinabalu ke Kudat
πŸ‘‰πŸ‘‰ Tip of Borneo Kudat Sabah

Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu

8 comments:

  1. hi. ada locker service kat pulau tak? Macam mana nak jaga barangan kita seperti dompet jika semua orang turun ke laut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi.
      Saya tak sure ada atau tak (sbb tak pernah nampak).
      Kena gilir2 ke laut paling practical. Kalau letak dlm plastic dan beg kali air, rasanya akan bayarkan pergerakan

      Delete
  2. Assalamualaikum, Boleh beri nama atau bagaimana nak hubungi ejen?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Maaf sbb saya tak simpan contact no ejen. Di jety akan ada byk ejen / operator yg menunggu

      Delete
  3. I really like your take on the issue. I now have a clear idea on what this matter is all about.. best snorkeling destination

    ReplyDelete
  4. kalau nak pi mandi kat pantai .. boleh tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh...sambil snorkelling, boleh mandi. semua pulau ni ada pantai untuk mandi

      Delete
  5. Saya buat snorkeling dekat dua pulau je pun dah letih. Saya pilih Manukan dengan sapi. Memang puas hati dan air dia jernih betul dekat dua pulau ni

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.