Wednesday, 2 November 2016

Kinabalu Park, Kundasang Sabah

Sambungan dari entry sebelum ini Trip Bercuti Ke Kundasang


Entrance - Ada guard kutip bayaran dari dalam kereta 


Kinabalu Park ni merupakan satu destinasi utama di Kundasang. Jadi Kinabalu Park ini cukup sinonim dengan Kundasang. Ia merupakan laluan masuk bagi pendaki Gunung Kinabalu.


Kinabalu Park Entrance Fee


Di pintu masuk, bayaran minima akan dikenakan untuk setiap kereta ( mengikut bilangan pelawat). Jangan risau, bayarannya cukup minima iaitu :

- RM 3 untuk 18 tahun ke atas
- RM 1 untuk 18 tahun ke bawah.



Kadar Bayaran masuk ke Kinabalu Park 



Dah sampai sini, pandulah kereta ke check-point pertama bagi pendaki gunung iaitu di check-point Timpohon Gate. Ini merupakan pintu masuk bagi mereka yang ingin mendaki Gunung Kinabalu.



Check point pertama untuk pendaki 




Di sini nanti, bawa la sedikit makanan ringan... sambil berehat di platform yang disediakan sambil menikmati suasana nyaman.... bolehlah isikan masa dengan mengunyah makanan yang ada. Tak la anak-anak boring semacam 




Platform kecil disediakan. Boleh la muat dala 3 4 keluarga pada satu masa


Di sini kita boleh berasa berada di dalam "kepulan awan". 







Untuk kaki marathon boleh la cuba keupayaan diri dalam 'Climbathon Kinabalu". Rasa macam tak percaya je tengok rekod pelari-pelari ni .... macam lari di jalan rata je masa mereka




Rekod Climbathon Kinabalu 



Kami hanya berehat sebentar di sini kerana ingin bekejar pula ke Desa Cattle Dairy Farm. 15-20 minit berada di pelantar yang disediakan sudah memadai untuk merasai suasana nyaman di sini.


Kembali ke Entry
Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡





Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 



Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
Trip Kota Kinabalu & Kudat
πŸ‘‰πŸ‘‰ Dari Kota Kinabalu ke Kudat
πŸ‘‰πŸ‘‰ Tip of Borneo Kudat Sabah

Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.

Kalau lambat repy tu, Mat Drat minta maaf ye.

Dan kepada Cik / Encik Anonymos, lagi manis kalau letak nama (nama samaran pun okey)