Sunday, 6 November 2016

Jalan Jalan ke Kudat - Dari Kota Kinabalu ke Kudat








Kalau ada yang merancang untuk percutian ke Kudat, harap perkongsian saya ini bermanfaat.

Seperti dirancang, kami bergerak awal ke Kudat. Salah seorang dari kami yang pernah ke Kudat beberapa bulan sebelum ini beberapa kali berpesan pada malamnya yang kami kena bergerak awal ke Kudat.


Sebenarnya rancangan nak ke Kudat ni pun plan last minit. Apabila tugas telah selesai dan malamnya kami makan-makan, ada yang mencadangkan kami berjalan ke tempat yang jarang ditujui. Kami ada dua hari lagi di sini. Hajat ingin bersnorkeling di pulau-pulau terpaksa dilupakan kerana semua tidak membawa pakaian mandi. Nak beli baju mandi baru, hari pun dah agak malam. Jadi seorang saya yang pernah ke sini mencadangkan kami ke Kudat. Rakan-rakan lain bersetuju tanpa halangan.



Perjalanan Ke Kudat dari Kota Kinabalu

Jarak Kota Kinabalu ke Pekan Kudat lebih kurang 180 km. Masa perjalanan tanpa henti lebih kurang 3 jam.

Laluan yang akan dilalui adalah Kota Kinabalu - Tuaran - Kota Belud - Kota Merudu- Kudat.

Rancangan asal kami akan bertolak dari Grandis Hotel selepas bersarapan pada jam 7.00 pagi atau selewat-lewatnya 7.30 pagi. Tetapi biasalah, bila bergerak ramai-ramai ni ada la sorang dua yang terlambat. Jadi kami hanya dapat bergerak dari hotel lebih kurang jam 8.00 pagi. 

3 jam perjalanan yang dirancang sebenarnya tersasar sedikit kerana terpaksa berhenti agak lama mengisi petrol dan membeli kudapan di stesyen minyak.

Jalan menuju ke Kudat agak lengang dan tenang. Nak mencari satu-satu hentian atau kedai tu agak susah sikit la  di kawasan ini.




Perjalanan kami kesana sedikit lari dari jadual kerana salah seorang sahabat kami mengalami sakit perut semasa di dalam perjalanan. Nak cari toilet di kawasan ini agak sukar.... Jadi terpaksa berhenti agak lama di satu hentian yang kami temui. 

Dia ni sakit perut akibat petang sebelumnya makan lokan bakar banyak sangat di Sepanggar. Bukan sikit-sikit dia makan, memang tahap makan sampai kenyang - maklumlah susah nak jumpa di Semenanjung.

👉👉 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ


Rezeki kawan saya tu dalam keadaan kami semua ternanti-nanti bila nak jumpa stesyen minyak untuk menumpang tandas, akhirnya kami sampai di satu hentian rehat. Hentian rehat  Ulu Kukut

Hentian Ulu Kukut

Hutan Simpan Ulu Kukut Kota Belud terdapat satu hentian rehat. Tak besar mana pun hentian ni, ada 2 gerai sahaja di sini. Rasanya tak ramai pengunjung atau pemandu yang singgah di sini memandangkan laluan ini bukan ramai pelancong yang lalu.





Dari Hentian Ulu Kukut ini kami meneruskan perjalanan tanpa henti terus ke Pekan Kudat. 

Kami sampai di Pekan Kudat sekitar jam 11.30 pagi. Kereta yang kekurangan petrol kami penuhkan siap-siap untuk perjalanan balik.

Pasar Pekan Kudat 

Sebenarnya kami tidak terus ke Tip Of Borneo dari Kota Kinabalu. Sebaliknya jurupandu kami mencadangkan kami singgah di Pasar Kudat. Katanya boleh lah beli hasil laut dari Kudat pula. 

Jadi dapatlah kami beli ikan bilis/ikan kering fresh di Kudat. Saya tak beli banyak pun di sini sebab dah buat tempahan dengan brother yang jual di pasar kering di Kota Kinabalu, hanya beberapa kilo sahaja untuk rasa ikan bilis dan udang Kudat. 



Sebelum kami bergerak ke Tip Of Borneo, kami singgah dahulu di KFC untuk beli makanan untuk di bawa ke sana. Tak banyak kedai makanan yang 'okey' di Pekan Kudat ini jadi KFC sahaja lah yang sesuai dan segera. Segera tu tak la sangat sebab di sini agak ramai pelanggan dalam KFC... tapi tak tahulah sama ada memang hari-hari orang ramai atau kebetulan kami sampai tu ramai pelanggan.

Jadi saya pun nak cadangkan juga, nak senang untuk makan memang beli KFC sahaja di sini untuk dijadikan bekalan ke Tip Of Borneo. Nak mengharapkan kedai-kedai makan ditepi jalan sepanjang menuju ke sana, susah sikit nak jumpa.





TIP OF BORNEO

Tip Of Borneo Kudat

Tip of Borneo ni kalau yang tak tahu tu, ia merupakan puncak atau penghujung Borneo. Terletak di Tanjung Simpang Mengayau. Ia merupakan tanah paling atas di bahagian 'tanduk' peta Sabah/ Sarawak. (saya tunjuk kat gambar di atas)

Jarak dari Pekan Kudat ke Tip Of Borneo jauhnya 30 km. Masa perjalanan lebih kurang 45 minit dan jalannya bukanlah jalan yang besar.... tidak banyak kenderaan lalu lalang di laluan ini.

Baca di entry berikutnya untuk perkongsian saya semasa di Tip Of Borneo dan gambar-gambar menarik di situ yang saya kongsikan. 💚


👉👉  Tip Of Borneo Kudat Sabah ðŸ‘ˆðŸ‘ˆ

Kami di sini pun tak lama. Dah rasa puas bergambar, kami bergerak balik ke Kota Kinabalu. Lagi pun tengah panas terik.... kalau waktu petang tu memang saya tunggu sampai matahari terbenam.



Hotel di Simpang Mengayau

Di kawasan Tip Of Borneo dan Pantai Tanjung Simpang Mengayau ini yang saya perasan tak nampak pula hotel atau resort. Yang saya nampak lebih kepada 'lodge' sahaja. Antaranya yang ada 


1. Mengayau Chalet






2. Merimmas Villa




3. Tommy's Place - KLIK DI SINI
Ini boleh buat tempahan secara online.




Atau jika ingin menginap di hotel / resort lain sekitar Kudat, boleh klik DI SINI. Jika  tak dapat hotel berhampiran Pantai Tanjung Simpang Mengayau, boleh cari di kawasan berdekatan.

Booking.com


TEMPAT MENARIK DI KUDAT

Selain Tip Of Borneo, ada lagi beberapa tempat menarik sekitar Kudat ini. Tapi sayang, kami kesuntukan masa dan tak dapat singgah di tempat-tempat ini....


Pantai Tanjung Simpang Mengayau 

Pantai yang cantik... sangat cantik.
Tidak ramai pengunjung.
Sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan suasana pantai dan kedamaian.
Pemandangan yang indah ketika sunset.

Rumah Panjang Bavanggazo / Bavanggazo Longhouse

Jarak dari Tip Of Borneo adalah lebih kurang 42 km.
Masa perjalanan lebih kurang 50 minit.
Terletak di antara Kudat - Kota Belud

Gambar dari Google Image :









Kampung Sumangkap - Kilang Membuat Gong

Jarak dari Bavanggazo Longhouse hanya 5 km.
Masa perjalanan lebih kurang 10 minit.

Terletak di KampunG Sumangkap dan rata-rata penduduk di sini memiliki kemahiran membuat gong.
Hampir setiap rumah mempunyai gong...pelbagai saiz

Gambar dari Google Image :





Perjalanan Balik Ke Kota Kinabalu

Dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu kami menemui beberapa gerai menjual hasil tangan di tepi jalan. Tapi yang paling menarik minat kami adalah jagung bakar dan juga akar Kayu Tongkat Ali. 

Tongkat Ali tu tak ada yang beli la, tapi jagung bakar tu memang tak boleh tak beli. Nampak digantung pun sudah terasa kesedapannya.

Jadi ambillah peluang singgah untuk merasai sesuatu yang agak berbeza.








Dan seperti perjalanan kami dari Kota Kinabalu ke Kudat pagi tadi, petang juga kami ternanti-nanti bilakah akan berjumpa dengan tandas awam atau hentian rehat. Sakit perut kawan saya masih belum okey... Kesian dia.

Nasib baik ada yang perasan akan signboard kecik ditepi kedai ini tertulis "TOILET" . Tapi kena bayar la untuk masuk...

Tandas ni macam self service... Ada tabung disediakan di luar pintu. Dah guna faham-faham la ye, kena byr. 


Dalam perjalanan balik tu, kami melencong sedikit dengan masuk ke Kota Belud untuk bersolat Jama' Dzuhur dan Azar sebelum meneruskan semula perjalanan ke Kota Kinabalu.

Hari semakin petang, awan mulai kemerahan-merahan.... saya masih teringat Tip Of Borneo... Terbayang betapa cantiknya suasana pada waktu ini di sana.



Akhirnya sekitar jam 8 malam kami sampai di Kota Kinabalu . Dan kami terus singgah di Anjung Selera Likas untuk makan malam.

Tamat satu hari penjelajahan kami ke Kudat. 
Jauh berjalan luas pemandangan

Entry ni banyak gambar. Mata dah mengantuk... tak larat nak menulis... 1.35am. 


Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡





Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 



Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
👉👉 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu

👉👉 Sunset di Tanjung Aru 

Trip Kota Kinabalu & Kudat
👉👉 Dari Kota Kinabalu ke Kudat - "Hujung Tanduk Borneo"
👉👉 Tip of Borneo Kudat Sabah

Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu
👉👉 Jalan Jalan ke Kuala Penyu

9 comments:

  1. Replies
    1. TQ AS sudi singgah blog saya

      Delete
    2. di mana nak cari daging rusa bro? otw ke tip of borneo tu org kata boleh tengok Payau melintas...betui ka

      Delete
  2. terima kasih cerita yg di smpaikan,,,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ bro singgah blog...
      Rock Never Die Bro....

      Delete
  3. Blh tnya skit l? Klau sy dr airport pkl 2pm agk2 blh x smpai tip of borneo utk tgk mthri trun. Blh tau tmpoh prjlnn yg sedikit tepat jika sy x berhenti spnjg prjlnn. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rasa pemanduan santai dalam 4 jam...saya tempo hari ambil masa lebih kurang 3 jam 1/2.

      tapi jangan lupa, di sabah waktu maghrib (sunset) lebih awal ye...bukan ikut waktu semenanjung

      Delete
  4. Hi,
    Kami adik beradik bercadang Pandu dari kota kinabalu pergi kudat. Ingin tahu, perjalanan atau kah senang Dan mudah? Sebab ada yang cakap mesti pakai 4w,lain kenderaan tidak sesuai. Lagi pun kakak dengan sy, orang Bandar tidak pandai Pandu naik bukit turun bukit.. Ini yg buat sy keliru. Naik bus atau sewa kereta.. Please help. My plan bulan August 2019.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..
      Kalau nak Tips Of Borneo, rasanya sewa kereta saloon biasa pun dah memadai.
      Kami hanya guna myvi dan saga.

      Jalan KK - Kudat, cantik. Tiada masalah.

      Kalau naik bas, saya tak pasti. Rasanya KK - kudat tiada masalah, cuma Kudat ke Tips of Borneo susah sikit kalau naik bas.

      Delete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.