Tuesday, 6 September 2016

Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral


Park n Ride Putrajaya
Park n Ride Putrajaya

Nak travel lama dan mencari tempat parking yang menjimatkan? 
Bagi yang dah biasa memandu dan park kereta di KLIA / KLIA2, pasti tahu rate parking di KLIA / KLIA2 kan. Sehari boleh mencecah RM 46 jika parking di sana.

Untuk  trip persendirian, biasanya saya tidak menggunakan perkhidmatan teksi ke KLIA. Sebaliknya saya akan memandu ke sana dan park di Park N Ride Putrajaya.

Manakala trip pendek 1-2 hari bersama family pula, saya akan terus park kereta di KLIA. Ini lebih memudahkan dan lebih menjimatkan. TETAPI jika untuk trip yang melebihi 2 hari, biasanya barulah saya akan park kereta di Park n Ride Putrajaya - Putrajaya Sentral. Baru rasa berbaloi.


Nota:
Untuk info terbaru mengenai "Parking di Putrajaya Sentral ni" boleh juga baca di 
👉👉 2018 : Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral


Komen-komen di bawah juga banyak info dikongsi pembaca lain.

Harap kedua-duanya bermanfaat.



PARK N RIDE PUTRAJAYA - PUTRAJAYA SENTRAL

  • Park n Ride Putrajaya ini merupakan lot parking berbumbung 3 tingkat dan ia terletak di Presint 7

  • Terdapat lebih 1,400 lot parking tersedia di sini. 

  • Terletak bersebelahan dengan bangunan Station Putrajaya Sentral. Bangunan parking kereta dan Station Putrajaya Sentral di hubungkan dengan laluan di aras P3. 

  • Jika menggunakan waze / google map, cari sahaja "Putrajaya Sentral" atau "Park n Ride Putrajaya".

Perlu tahu dan ingat juga ....

  • Lot parking di sini agak luas dengan terdapat beberapa tingkat. 
  • Kalau park beberapa hari, elok ambil gambar dan ingat betul-betul lokasi serta tingkat di manakita park kereta. 
  • Jika datang untuk park kereta pada siang hari bekerja (Isnin-Jumaat), akan menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan lot parking di tingkat bawah. Sebaliknya perlu berpusing-pusing dan perlu park di tingkat atas dan agak jauh dari lift. 
  • Jika datang pada hujung minggu (Sabtu / Ahad), cari lot parking yang kosong di sini tiada masalah (di tingkat bawah dan berdekatan dengan lif). 
  • Warga Putrajaya dan kawasan berdekatannya ramai yang akan park kereta di sini dan pergi kerja dengan menaiki tren KLIA Transit. 
  • Di sini TIDAK di sediakan trolley bagasi ye. Jadi kena bawa (angkat, pikul atau heret) beg bagasi dari kereta ke platform tren KLIA Transit.


Kemudahan di  Putrajaya Sentral


  • Di Putrajaya Sentral ni perkhidamatan Bas Ekspress dan juga bas 'biasa'.
  • Bas ekpress ada jadual yang ditetapkan. Bas ke KLIA/KLIA2 tiada dari sini.
  • Teksi juga banyak di sini, bertentangan dengan station bas. Kedua-duanya terletak di bahagian bawah.
  • Jika tengah malam, teksi mungkin tidak sebanyak waktu siang. Saya tak pernah naik teksi dari sini. 
  • Kalan nak letak beg di sini, juga ada disediakan locker untuk letak bagasi.
  • Di sini terdapat beberapa kedai dan gerai makanan. . 







Park n Ride Putrajaya
Putrajaya Sentral

Park n Ride Putrajaya
Putrajaya Sentral
Park n Ride Putrajaya

Park n Ride Putrajaya
Jika park di luar bangunan, pastikan park di petak parking.

Jangan park kereta di tempat yang bukan sepatutnya.


Kadar Parking Park N Ride Putrajaya Sentral (Parking Rate) 

  • Kadar bayaran parking kereta di sini jauh lebih murah berbanding parking kereta di KLIA/KLIA2. 
  • Jika park kereta di KLIA/KLIA2 boleh mencecah RM 46 sehari, manakala park kereta di sini hanyalah pada kadar RM2 sehari dan tambahan RM 4 sehari jika melebihi 12am. Kira RM6 untuk seharian semalam.
  • Kadar bayaran tempat letak kereta yang dikuatkuasakan adalah seperti berikut :-
    • 15 minit pertama : Percuma
    • Bayaran sehari     : RM2.00(sebelum 12.00 tgh malam)
    • Bermalam       : Tambahan RM4.00 (mulai 12.01pagi hingga 6.00pagi)
    • Jika park seharian, caj yang dikenakan adalah RM 6 ( RM2 + RM 4).
  • Masa sebelum kenaikan dahulu,  kadar parking hanya RM 2 sehari dan tambahan RM2 untuk setiap malam (12:01am ke 6:00am). Kira kadar baru,  pihak pengurusan naikkan kadar parking waktu malam shj.  
  • Untuk kadar parking terkini kena layari laman web rasmi Perbadanan Putrajaya.

Parking Rate Park N ride Putrajaya

Nota!! 
Had limit park kereta di sini adalah 14 hari. Saya tak tahu bagai mana pengiraan sekiranya kita park melebihi 14 hari.


Info tambahan (updated 25.11.2016):

  • Saya menggunakan kemudahan parking di sini untuk 5 hari baru-baru ni (18.11.2016 : 9.00 am - 23.11.2016 : 01.10 am) .
  • Caj dikenakan RM 34.  (RM 6 X 5 + RM 4)
  • Saya juga bertanya kepada petugas kaunter bagaimana jika ingin park melebihi 14 hari. Petugas maklumkan,  untuk yang ingin park melebihi 14 hari, perlu maklumkan terlebih dahulu kepada petugas di pejabat parking. (Mungkin pengiraan secara manual akan diperlukan)

Kebiasaanya saya park kereta hanya untuk short trip 3-5 hari sahaja. Tempoh parking yang paling lama saya park kereta di sini adalah untuk 10 hari. Saya park lama ni sewaktu trip saya ke Barcelona - Paris - Doha atas tajaan QATAR AIRWAYS dahulu. 








Jadual Tren KLIA Transit / ERL ke KLIA KLIA2 


  • Dari station ini ke KLIA ambil masa 16 minit dan 20 minit ke KLIA2. Ikut pengalaman selama Mat Drat guna KLIA Transit ni, memang tidak lewat dan sentiasa on time. 
  • Tren di sini tiba setiap 20 minit (waktu sibuk) dan 30 minit (waktu off-peak).

  • Perlu ambil tahu jadual pejalanan tren KLIA Transit ini terutamanya First Train dan Last Train. Jangan sampai tak sempat menaiki tren terakhir atau pun terpaksa menunggu tren pertama terlalu lama di awal pagi. Sini sunyi ye waktu malam. Apatah lagi jika selepas tren terakhir!!.
  • Dari sini untuk ke KLIA / KLIA2, kita perlu menaiki tren KLIA Transit dan bukannya KLIA Ekspres ERL.
  • Jangan bimbang ternaik tren ERL, kerana ERL tidak berhenti di sini. ERL hanya berhenti di 3 stesyen iaitu KLIA2 - KLIA - KL Sentral. Jadi apa tren yang berhenti itu adalah tren KLIA Transit dan tren itu akan ke KLIA/KLIA2 atau pun ke KL Sentral.
  • Jika anda ingin menuju ke KLIA/KLIA 2 dan mengejar waktu check-in atau departure, perlu juga ambil kira masa anda perlu menapak dari platform ke kaunter/departure hall. 
  • Biasakan tiba di KLIA/KLIA awal. Mat Drat biasa tiba paling kurang 2 jam sebelum berlepas. Kalau flight international, paling kurang 3 jam Mat Drat akan awal. Kalau perlu drop luggage, akan lagi awal Mat Drat tiba di KLIA/KLIA2.


KL Sentral to airport  KLIA / KLIA 2

First train departs 04:33 am (KL Sentral)
Last train departs 12:03 am  (KL Sentral)

  • Tren ke KLIA/KLIA2 yang PERTAMA jam 4:33am dari KL Sentral. Dijangka tiba di Station Putrajaya Sentral 4:52am, KLIA 5:08am dan KLIA2 05:12am.
  • Tren ke KLIA/KLIA2 yang TERAKHIR  pula bergerak jam 12:03am dari KL Sentral. Dijangka tiba di Station Putrjaya Sentral  12:22am,  KLIA 12.38am dan KLIA2 12:42am.
  • Jadi kalau penerbangan tu awal pagi sekitar jam 4-6 pagi, Mat Drat cadangkan boleh lah ambil tren terakhir. Tapi nak lagi selesa, ambil tren yang kedua terakhir.... kalau Mat Drat la. Biar sampai awal di airport. Tunggu di airport 2-3 jam tu perkara normal, lagi-lagi kalau untuk penerbangan jauh.
  • Kat KLIA / KLIA2 banyak tempat boleh 'melepak' sambil tunggu flight berlepas. Nanti Mat Drat share sikit kemudahan di KLIA/KLIA2 untuk panduan.



KLIA/KLIA2  to KL Sentral
First train departs 05:48 am(KLIA2), 
05:52 am(KLIA)
Last train departs 12:59 am  >> Salak Tinggi 01.09 am 

  • Tren PERTAMA dari KLIA2 bertolak pada jam 5:48am, tiba di KLIA  5:52am sebelum menuju ke KL Sentral. Dijangka tiba di Station Putrajaya Sentral 6:08am
  • Tren yang TERAKHIR  pula bergerak dari KLIA2 adalah pada jam (12:59am), tiba di KLIA (1:03am) sebelum menuju ke KL Sentral. Dijangka tiba di Station Putrajaya Sentral 1:18am).
  • Jadi kalau tiba di KLIA/KLIA2 tengah malam dan tak sempat mengejar tren terakhir, boleh la tunggu tren awal yang pertama ke KL Sentral. 

  • Untuk maklumat terkini mengenai jadual KLIA Transit baru sila layari laman web rasmi DI SINI
  • Dan untuk jadual penuh perjalan KLIA Transit, sila KLIK DI SINI
Jadual Tren KLIA Transit KLIA
Schedules are subject to change.
Platform KLIA Transit - Putrajaya Sentral

Amalkan Beratur ye nak naik tren.
Jangan main serbu je.


Tambang Tren KLIA Transit / ERL ke KLIA KLIA2 

  • Dari sini ke KLIA / KLIA2 hanya RM9.40 sehala (Kanak-kanak RM 4.20).
  • Warga emas, student dan OKU dapat diskaun 30%. ( Tunjukkan IC ,Kad Pelajar & KDS1M , dan Kad Oku dikaunter untuk dapatkan diskaun tambang).
  • Untuk maklumat harga tambang terkini (sekiranya ada perubahan) sila layari laman web rasmi dengan KLIK DI SINI
Tambang ERL KLIA Transit


Info tambahan ( edited 25.11.2016) :

Terbaru, saya ada menggunakan perkhidmatan ini pada November dan Disember 2016. Tiket saya beli cuma pada harga RM 8.60 sehala untuk perjalanan Putrajaya Sentral - KLIA dengan menggunakan kad kredit/debit Mastercard. Promosi ini saya tak pasti sehingga bila. 



Tambang ERL . KLIA Transit
Tambang ERL . KLIA Transit

Untuk maklumat harga tambang terkini ( sekiranya ada perubahan) sila layari laman web rasmi dengan  KLIK DI SINI








PARKING ALTERNATIF

Selain park kereta di Putrajaya Park  n Ride, terdapat beberapa pilihan lain .... antaranya; Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau Park n Ride Salak Tinggi


A. Parking di Park n Ride Salak Tinggi - ERL KLIA Transit Station

  • Saya tidak pernah park kereta di sini walau pun stesyen ini paling hampir dengan KLIA /KLIA2. Ini kerana sewaktu mencari maklumat parking murah ke KLIA/LCCT beberapa tahun dahulu, saya ada terbaca ada kes kereta di pecah masuk atau dicuri. Tapi mangsa park kereta di tepi jalan tak silap saya dan bukannya park di lot parking berbayar.
  • Pada tahun ini beberapa kali saya menaiki Tren ERL / KL Transit dan apabila tren berhenti di stesyen ini, saya perasan satu bangunan parking baru sedang di bina. Rupa-rupanya lot parking baru yang dibina itu adalah Park n Ride Salak Tinggi. Park n Ride Salak Tinggi ini sebenarnya bagi menampung pengguna KL Transit dari kawasan ini. Tempat parking yang sedia ada sangat terhad.
  • Maklumat yang saya baca, Park N ride ini akan dibuka mulai bulan September. Dan baru-baru ini apabila tren berhenti di stesyen ini saya dapati lot parking yang disediakan masih kosong dan seperti masih belum dibuka, cuma tidak pasti bila tarikh pembukaannya yang sebenar.
  • Tambang tren KL Transit ke KLIA /KLIA2 dari sini sudah pastinya lebih murah iaitu hanya RM4.70 sehala dan perjalanan hanya mengambil masa kurang 10 minit ke KLIA.


Info Tambahan ( edited 25.11.2016):  

Saya baru menggunakan ERL Transit ini pada 18.11.2016.  Bangunan parking bertingkat Park N Ride Salak Tinggi masih belum dibuka. Pengguna masih perlu park kereta di tempat parking terbuka yang berbayar, bukan yang berbumbung dibangunan baru.



Info Tambahan 2 ( edited 04.10.2017):  
Park n Ride Salak Tinggi telah dibuka mulai 28 Disember 2017. Saya dah sediakan satu entry khas dengan info berkaitan. 
Boleh baca di link berikut untuk maklumat detail mengenai Park n Ride Salak Tinggi - ERL KLIA Transit Station. 




B. Parking di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

  • Satu lagi alternatif, boleh juga parking di TBS. TBS atau dikenali juga sebagai Terminal Bersatu Selatan terletak berhapiran Bandar Tasik Selatan, bersebelahan dengan MRR2.
  • Kadar parking di sini adalah sama tengan kadar parking di Putrajaya Sentral tetapi penguna perlu membayar tiket tren lebih mahal untuk ke KLIA/KLIA 2...

Info Tambahan ( edited 25.11.2016): 
Saya dimaklumkan TBS telah mengenakan kadar parking baru.

Parking  Rate TBS


Tambang Tren TBS ke KLIA/KLIA2

- TBS ke KLIA/ KLIA 2 : RM 38.40 (return RM 76.80), manakala
- Putrajaya ke KLIA / KLIA2 : RM 9.40 (return RM 18.80 )

Tambang tren TBS - KLIA agak mahal jika dibandingkan dengan tambang Putrajaya Sentral - KLIA.

Walau bagai mana pun, tambang yang perlu dibayar seperti di atas (RM38.40 sehala) boleh dijimatkan dengan mengikuti tips di bawah ni: .... (tapi tips ni tidak sesuai jika bawa anak-anak kecil dan banyak beg yang perlu di bawa.

Tip Jimat Tambang Tren TBS ke KLIA / KLIA 2

  1. Naik tren dari Stesyen TBS dan berhenti di stesyen Putrajaya - RM 8.00
  2. Turun dari tren dan beli pula tiket untuk tren berikutnya ke KLIA/KLIA2
  3. Naik tren berikutnya dari Stesyen Putrajaya ke KLIA / KLIA2 = = RM 9.40
Jumlah yang perlu di bayar hanya RM 17.40

Walau bagaimana pun, tips ni agak tidak sesuai jika :
1. bawa anak-anak kecil bersama
2. luggage yang banyak dan agak berat
3. masa yang agak suntuk sebelum pelepasan penerbangan
Tak sesuai kerana perlu keluar tren, beli tiket dan turun semula ke platform untuk menunggu tren berikutnya.


Akhir sekali... Pesanan Saya

  1. Jangan lupa lock kereta.
  2. Jangan simpan barang berharga terutama barangan elektronik di dalam kereta.
  3. Simpan tiket parking elok-elok terutama yang park lama... jangan sampai hilang / rosak
  4. Ingat betul-betul park kereta di mana

Selamat Bercuti Semua.

~mat-drat~









82 comments:

  1. Dari park n ride pjaya ke klia ada public transport?

    ReplyDelete
  2. Setahu saya hanya ada Tren KL Ekspress, tiada bas ke KLIA. Teksi juga agak jarang kelihatan pada waktu waktu tertentu, mungkin boleh cuba grabcar/uber.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bus dr kl sentre.murah sahaja.

      Delete
    2. dari kl sentral mmg ada bas direct ke klia/klia2...saya pun kdg2 naik bas je ke klia/klia2 kalau tak ada bagasi dan tak terkejar2...

      Delete
  3. Park and ride di salak selatan tu dah boleh parking ka....dengo kabor bulan september 2016 start...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru menggunakan ERL Transit 2 hari lepas. Park n Ride Salak Selatan masih belum dibuka walau sepatutnya dibuka bulan September lepas. Kawan saya masih park di kawasan parking open space lama.

      Delete
  4. Selamat ye parking kat putrajaya sentral ni? Saya sedang cari tmpt slmt untuk parking dlm jangka masa seminggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab selamat tu saya tak pasti... tapi saya biasa parking di situ dan setakat ni tak ada masalah. Mmg banyak kereta yg park di situ.

      Delete
  5. Hi..pada waktu might nite 1.00am hingga 5.00am...putrajaya Erl Station ada taxi atau bus ke KLIA? TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi..
      Saya tak pasti bab teksi dan bas tu tapi 1 am tu saya rasa teksi macam dah tak ada di sini.
      Selepas 1 am pun hanya ada 1 tren yg akan tiba itupun dari KLIA/KLIA2.

      Bas ke KLIA /KLIA2 setahu saya memang tak ada.
      http://mat-drat.blogspot.my/2016/09/bas-klia-ke-kl-sentral-bas-kl-sentral.html

      Mungkin pilihan terbaik naik Tren ke KLIA, tapi kena awal sikit sbb tren last tiba jam 0022. Atau ambil 1st tren ke KLIA jam 0452 ( kalau sempat untuk check in n boarding).

      Atau park di TBS dan naik bas dari TBS
      1st Bas Dari TBS - 3 pagi ( boleh check Jetbus punya website)

      harap membantu




      Untuk ke KLIA/KLIA 2

      Delete
    2. Saya baru gunakan Park n Ride ni 2 haru lepas dan tiba di Putrajaya Sentral ni jam 1am lebih (last tren dari KLIA). Bas dah tak ada pada waktu tu tapi saya perasan masih ada beberapa teksi (kurang 10 buah teksi) masih menunggu di area teksi/bas.

      Cuma suasana disini agak sunyi pada waktu lewat malam.

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam..
    Saya first time nak ke klia sebab nak hantar kawan pergi umrah..
    Naik kereta..
    Which one is better based on parking rate?
    Park kereta kat putrajaya sentral then naik klia transit ke klia atau terus park kat klia je?

    ReplyDelete
  8. Tuan mcmana musim cuti sekolah bulan disember parking di putrajaya sentral tu penuh tak

    ReplyDelete
  9. nak clerify... kaunter tiket tren ke klia2 buka seawal jam berapa? ke beli online?

    ReplyDelete
  10. Saya baru gunakan kemudahan ini minggu lepas untuk 4 hari (13 - 16 Dis) . Saya ke Park n Ride ini pada pagi Isnin di hari cuti sekolah. Nampaknya, mencari lot parking kosong agak senang semasa musim cuti sekolah walaupun waktu saya tiba adalah waktu peak orang pergi kerja (8.00am). Mungkin kerana ramai warga Putrajaya yg bercuti (tidak bekerja)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Bro...Park n Ride Salak Tinggi masih belum buka kew? Susah duh nak cari info Station ni kat tenet...

      Delete
  11. Thanks bro, very useful info.. kalau jumpa ni awal lagi dah save byk duit dah dari naik taxi ke klia (2 taxi pulak tu, pergi dan balik)..

    ReplyDelete
  12. Tqvm abam Mat..info yg terbaik..mmg tgh cari lokasi parking ngn tren ke klia utk bln 3 ni.
    Mmg sangat membantu👍👍

    ReplyDelete
  13. Salam,kaunter tiket d st putrajaya buka jam brapa ya?kami plan nak parking kereta d putrajaya sentral jam 5pg utk ke klia2

    ReplyDelete
  14. Ada tips parking di Subang airport x . Maaf bdk baru belajar. Dr selayang

    ReplyDelete
  15. Assalam.. Tq atas pkongsian. Park & ride salak selatan dh bukak ke?

    ReplyDelete
  16. Park n ride salak tinggi selamat? Sudah start boleh park there?

    ReplyDelete
  17. Thanks for the information! Tapi nak Tanya. Midnite pukul 3am macam tu masih boleh masuk parking ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh...tapi agak sunyi...
      Masuk situ 3am, kena tunggu lama 1st tren, around 5am baru tiba di putrajaya sentral (tren to klia)

      Delete
    2. Oh... takpe la. As long as boleh masuk.. Thank you very much Mat Drat!

      Delete
    3. Just nak update, kawan saya dengan wife serta anak2 masuk ke car park around 4am++ tadi, dan dia naik 1st tren ke klia.

      Delete
    4. Terima kasih... info sangat membantu.

      Delete
    5. Terima kasih... info sangat membantu.

      Delete
    6. Terima kasih... info sangat membantu.

      Delete
  18. Thank u for the info.. sgt berguna..

    ReplyDelete
  19. Saya baru gunakan kemudahan parking di sini untuk 3 hari minggu lepas ( 7-9 Mac), beli tiket ERL KLIA TRANSIT masih dapat diskaun 10% jika gunakan kad DEBIT/KREDIT MasterCard di mesin tiket

    ReplyDelete
  20. TQ info. Sbb dulu sy park di Putrajaya Sentral RM14 utk 3 hari 2 mlm.
    Tu yg cari info latest berapa kadar parking sekarang.

    TQ ya tuan tanah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama 😊
      Kalau RM 14 tu kira rate parking baru dan masih tak berubah lagi sehingga skrg

      Delete
  21. Very detail and helpful information.... Bravo!

    ReplyDelete
  22. Tiket train boleh beli dkt putrajay central ke?sbb try beli on9 xde selection dari putajaya

    ReplyDelete
  23. Assalam,park n ride ini. Waktu operasi jam berapa.pada julai 2017,hendak ke klia.masa berlepas jam 0830,sekurangnya pukul 0700 dh kena terpacak di KLIA,maklumlah baru pertama kali naik k.terbang hehe.ramai juga kwn yg suh park dkt situ.terima kasih utk maklumat ini.jika sy dtg jam 0300 boleh masuk utk parking ke?

    ReplyDelete
  24. Ade sesiapa tau overnight parking rate at park n ride salak tinggi?

    ReplyDelete
  25. Tuan,
    tempat tu sesuai tak nk parking motorsikal berkuasa tinggi?
    selamat tak?

    ReplyDelete
  26. Info di entry ini masih boleh di'guna-pakai'... tiada apa-apa perubahan sebab saya baru menggunakan kemudahan ini pada 28/04/2017 - 01/05/2017

    ReplyDelete
  27. Dan baru guna lagi kemudahan parking ini pada 08/05/2017 - 14/05/2017.
    Saya masuk ke parking pada jam 7.00am, dapat park di level B1, berdekatan dengan lif.

    Dan untuk tarikh 28/04/2017 - 01/05/2017... saya masuk ke kawasan ini pada jam 8.30 malam. Nanti boleh baca perkongsian saya TRIP BUSAN KOREA

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf tuan boleh sy tanya, parking yang tuan maksudkan ini di salak tinggi atau di putrajaya sentral park

      Delete
    2. saya maksudkan Park n Ride Putrajaya. TQ

      Delete
  28. Salam tuan...sy mohon izin share/link info ini ke blog sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. WASALLAM... sila dan mohon letakkan kredit serta link ke blog saya ye... TQ

      Delete
    3. TQ...sy dh letak kredit serta link blog tn...
      http://biskuttiger.blogspot.my/2017/05/famili-trip-ke-sabah-4-hari-3-malam.html

      Delete
    4. tq... saya ingat nak copy info.. kalau nak share info je, no hal...

      tq... salam kenal

      Delete
  29. Kemudahan ini kali terakhir saya guna 08/05/2017 - 14/05/2017.
    Rasanya tiada apa-apa untuk saya kemaskini info di sini...

    Nanti singgah blog saya untuk perkongsian saya TRIP BANGKOK dan TRIP PATTAYA

    ReplyDelete
  30. Asslm.. nk tanye ade limit tak berapa hari parking tue?
    Sehari berapa rm?
    Selamat ker parking?

    ReplyDelete
  31. Asslm.. nk tanye ade limit tak berapa hari parking tue?
    Sehari berapa rm?
    Selamat ker parking?

    ReplyDelete
  32. Asslm.. nk tanye ade limit tak berapa hari parking kat salak tinggi?
    sehari berapa rm?
    Selamat ker parking? Tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam.
      Sorry Cuney 3...tak dpt nak bagi jawapan...

      1. Tak sure ada limit atau tak, tak ada info lagi. Mungkin sama dgn Park n Ride Putrajaya Sentral... max 14 hari, kalau lebih kena inform awal.

      2. Rate parking pun saya tak asa info... mungkin ada reader yg boleh jwbkan...

      3. Selamat ke tak.... pun susah nak jawab. Rasanya tempat parking baru ni nampak mcm 'okey' compare dgn yg lama.

      Delete
  33. Assalamualaikum.. nak bertanya, parking untuk motorsikal ada disediakan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat Parking motorsikal dalam bangunan bertingkat Park n Ride saya tak pernah nampak ada (mungkin tak perasan). Cuma di luar di kawasan parking kereta open space tu memang ada saya perasan beberapa barisan motorsikal yang sedang parking kat situ. Tapi tak pasti pula sama ada selamat atau tidak jika tinggal 'bermalam'.

      Delete
  34. Sy dgn suami akan ke bandung 15-19ogos ni departure 5.55pm..suami pakai wira je tapi syg sgt kete die tu...so far bro ade dgr x latest news psl kecurian kete kt park N ride putrajaya tu sbb yela sy klu blh xnk la sshkn fmly or frens utk antakan kami ke KLIA2 nnti..pegi bedue je utk sopin2..jadi klu blh nk try park situ kan..nk plan tu jdi lebih teratur...sy duduk di bangi sek1.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, saya tak ada pernah dengar pula kes kecurian kereta di Park n Ride Putrajaya ( kalau ada tu saya tak tahu la pula).

      5 hari dan berdua tu. Fee RM 30 + Train ticket RM 40 = RM 70
      Kalau tak nak pening, try la check harga uber/grab car. Lebih kurang kot pergi balik.

      Tapi kalau pergi shopping, nak balik dengan bagasi yang banyak nak naik grab/uber car pun susah juga tu. Dan kalau banyak bagasi masa balik nanti, kena consider juga nak bawa beg2 dari ERL Transit ke kereta. Tak jauh tapi sikit melecehkan.

      Selamat Bershopping

      Delete
    2. Baaik ambil uber drp grab sebab grab tambang dia tetap rm65 walaupun dekat dari salak tinggi.uber tak.kira macam itu

      Delete
  35. Good info. Sy sdg mcari car park fee yg murah. Info ni bguna uk sy survey & buat kptusan. Sy akn blk sabah 8july (depart 12pm)-13july (arrived 11pm). Blh bg suggestions x? Sy risau nak naik grab sbb sy prmpuan. Planning nk driving tp masi xsure which the best car park for 6-7 days?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik jzyfriza, memang agak murah kat sini... Parking rasanya dlm RM 36 je (RM 6 X 6).
      Pergi mcm tak ada masalah, tapi flight return tu 11pm, kena tgk schedule last train elok2. Mlm tu sorang2 nak jalan ke car park agak sunyi. Mungkin park di BTS okey sikit kot, tak berapa sunyi tgh mlm

      Delete
  36. As salam no tnye,sy dgn wife Dan anak 3 org akan blk ke Labuan.selama 6 hari.flight kol 8.30 pg..blh BG cadangan tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf... saya terlepas pandang pertanyaan encik.

      Delete
  37. Terbaik Bro.. satu infomasi yang amat terperinci dan berguna TAHNIAH :) banyak pahala bro kerana memberi kemudahan kepada orang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Bro... Kongsi info apa yg biasa saya cari sebelum ni. N Tq suci singgah blog saya

      Delete
  38. Assalamualaikum encik. Saya dan keluarga 6 orang akan pergi bercuti pada khamis hingga sabtu minggu hadapan dan flight kami pada pukul 10 malam. Boleh encik beri tunjuk ajar sebb ini kali pertama kami menaiki flight pd waktu malam. Terima kasih encik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Cik Syaza,
      Pendapat saya la ye...
      Kalau Khamis-Sabtu (3H2M), 7 org Dan flight malam, saya cadangkan park terus je kat KLIA/KLIA2.

      Saya cadangkan sebab saya bulan lepas bercuti ke Bandung 7 Orang. Bila kira2, kos mahal sikit je sbb tambang tren Putrajaya - KLIA dah dekat RM20 return dewasa. Dan kebetulan flight balik tu sampai tgh malam, jadi saya nak selesakan anak tu yg saya park kat KLIA je...

      TAPI kalau maksud Cik Syaza Khamis-Sabtu Minggu hadapannya, tu dah kira 10 hari... Rasanya berbaloi park kat Putrajaya ni

      Delete
  39. Salam tuan, utk masa skrg ni..mane parking yg plg sesuai dan selamat..putrajaya park or salak tinggi..nk park kete utk 10 hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam Tuan, susah la nak sebut mana yg paling sensual dan selamat... Tak berani nak suggest.

      Tapi saya suka Park Di Putrajaya sebab senang ke situ dan dah biasa disitu. Kalau 10 hari, saya menang park kat Putrajaya.... ☺️

      Delete
  40. Waalaikumussalam Cik Syaza,
    Pendapat saya la ye...
    Kalau Khamis-Sabtu (3H2M), 7 org Dan flight malam, saya cadangkan park terus je kat KLIA/KLIA2.

    Saya cadangkan sebab saya bulan lepas bercuti ke Bandung 7 Orang. Bila kira2, kos mahal sikit je sbb tambang tren Putrajaya - KLIA dah dekat RM20 return dewasa. Dan kebetulan flight balik tu sampai tgh malam, jadi saya nak selesakan anak tu yg saya park kat KLIA je...

    TAPI kalau maksud Cik Syaza Khamis-Sabtu Minggu hadapannya, tu dah kira 10 hari... Rasanya berbaloi park kat Putrajaya ni

    ReplyDelete
  41. December lepas saya park 5H4M di KLIA2 sahaja sebab ramai,
    -Nak park ni Putrajaya Sentral rasa kurang berbaloi sebab lebih kurang sama je total caj parking + tiket tren 7 orang.
    - Nak park di Salak Tinggi pula macam tak berapa 'selesa' nak naik last tren 12:30am ke KLIA dari sini dengan anak2....

    Jadi saya park terus di KLIA2... dan senang balik dari Bandung dengan bagasi banyak, turun flight tak perlu nak heret beg banyak ke sana sini.

    ReplyDelete
  42. Dan Februari lepas saya park di Putrajaya Sentral untuk 5 hari.

    Saya suka park kat Putrajaya Sentral ni sebab dekat sikit... dari tol Putrajaya tu dalam 20 minit je. Kalau ke Salak Tinggi, agak jauh - malas nak drive jauh2..

    ReplyDelete
  43. Start Februari 2018, Putrajaya Sentral Park n Ride HANYA TERIMA bayaran parking secara 'cashless'- guna VISAVAWE atau Touch n Go atau 'app'

    ReplyDelete
  44. Salam tuan, kebarangkalian utk musim perayaan ni parking penuh tak berdasarkan pengalaman tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sory... Terlepas pandang. Biasa penuh. Saya cuti sekolah ni, minggu depan... Saya tak park di sini, takut penuh. Saya naik teksi je.. ☺️

      Delete
  45. assalam
    very informative...suka penerangan yg step by step...gambar gambar pun menarik. penah skali park kat situ almost 2 wks. da lupa how to..

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.