Showing posts with label Qatar Airways. Show all posts
Showing posts with label Qatar Airways. Show all posts

Thursday, 24 January 2019

PERCUTIAN KE LONDON - Travelog (Intro)

PERCUTIAN KE LONDON -


TRAVELOG TRIP PERCUTIAN LONDON - Part 1

PERCUTIAN KE LONDON - Intro

Kali ni Mat Drat nak share pengalaman percutian Mat Drat ke London Sept 2018 yang lalu. Dari London, Mat Drat lajak ke 'atas', ke Edinburgh Scotland.

Sebagai pengenalan untuk travelog London - Edinburgh ni, Mat Drat cerita intro dulu. 

Nak baca intro ni boleh, nak skip terus ke entry berikutnya - 'Travelog Day-1' pun boleh sebab walaupun entry ni hanya intro, tapi Mat Drat cerita panjang sikit.

Kena cerita panjang kali ni sebagai tanda TERIMA KASIH kepada Qatar Airways dan juga kena cerita bagi pembaca tahu betapa 'thrill'nya  trip ni.


  • Trip ni sebenarnya hadiah dari Qatar Airways sebab Mat Drat menang hadiah utama peraduan World Tour Concert Europe - Walk The Earth.
  • 'Europe' ni bukan maknanya Eropah ye, tapi ni kumpulan rock dari Sweden yang cukup terkenal di era 80-an dulu dengan lagu The Final Countdown, Carrie, Cherokke, Rock The Nite. Rocker mesti kenal band ni punya.
  • 2018, mereka keluarkan album terbaru "Walk The Earth". Qatar Airways jadi Official Airline mereka untuk Tour 'Walk The Earth ni. 
  • Bawah ni video official lagu The Final Countdown. Lagu tahun 1982 ni rasanya.


  • Contest yang Mat Drat join ni simple je, hanya perlu share gambar ke link yang diberi dan gambar mesti ada CD/Piring Hitam album kumpulan 'rock', yang senang tu sebab tak kisah album kumpulan rock apa.

PERCUTIAN KE LONDON
Iklan Contest

  • Dan Qatar Airways akan pilih 2 pemenang sahaja dari seluruh dunia, seorang pemenang untuk konsert Band Europe di Cardiff dan  seorang lagi pemenang untuk konsert band yang sama di Albert Hall London. Konsert ni selang 3-4 hari je antara satu.
  • Dan ini hadiah yang Qatar Airways bagi kpd Mat Drat:
    • 2 return flight ticket City of Origin (Kuala Lumpur) - London
    • 2 ticket konsert Walk The Eart di Albert Hall
    • Sessi meet and greet bersama band Europe 
    • CD, T-Shirt Walk The Earth Tour

PERCUTIAN KE LONDON albert hall
Albert Hall London


PERCUTIAN KE LONDON albert hall
Sessi 'meet and great'.
Selamba Mat Drat letak tangan atas bahu Joey Tempass (singer) dan drummer mereka.


PERCUTIAN KE LONDON albert hall
Dalam Albert Hall. Concert baru nak bermula


PERCUTIAN KE LONDON albert hall
Band 'Europe' sedang beraksi





  • Sebenarnya Mat Drat memang minat dengan band ni, 4 lagu mereka tu memang dari kecik dah hafal. Mat Drat siap salin lirik lagu The Final Countdown kat buku teks masa sekolah dulu.
  • Jadi memang tak silap la Qatar Airways pilih dan bawa Mat Drat  ke konsert Europe ni, sebab Mat Drat memang peminat Europe dari kecil.
  • Nak tahu minat tak minat, layan video masa concert tu yang Mat Drat share ni



  • TAPI sebenarnya masa iklan contest ni keluar kat FB, Mat Drat tak tahu pun Europe keluarkan album baru.... Nak masuk contest, terpaksa la layan lagu Walk The Earth nak kasi feel lebih.
  • Dalam flight dari Doha ke London, dalam tu pun dok hafal lirik lagu-lagu dari album baru mereka. Takkan masuk concert, dok ternganga je kan.


Penyertaan
  • Mat Drat hantar 4 gambar rasanya, 'prop' dah beli dan siapkan 2-3 hari cuma tak sempat nak ambil gambar.
  • Gambar ni Mat Drat snap betul-betul dalam keadaan kelam kabut, hari terakhir untuk submit entry sebenarnya.
  • Masa tu Mat Drat n Family dah nak gerak untuk trip bercuti ke Pulau Pangkor, isteri dan anak-anak dah dalam kereta pun. Tiba-tiba baru Mat Drat teringat hari tu dateline contest.
  • Anak-anak terpaksa tunggu dalam kereta, Mat Drat dan anak sulung masuk dalam rumah semula untuk buat sessi photoshoot yang kelam kabut... Semangat nak masuk contest punya pasal. 
  • Ni la gambar-gambar yang tak berapa 'rock', tapi dipilih sebagai pemenang. Mat Drat tak tahu gambar mana satu yang menang. Rasanya mungkin sebab rambut kot yang buat menang....ha ha ha

PERCUTIAN KE LONDON albert hall concert europe
Gambar macam ni pun boleh menang...he he he...
4 dari 5 gambar je sempat hantar.
Menang sebab rambut kot, dan markah extra sebab ada usaha!!

  • Nasib baik ada lagi CD Album Bon Jovi, Metallica, Def Leppard, Europe dan Helloween.
  • Jangan main-main, Mat Drat ni rocker.... 
    • Metalica datang Malaysia, Mat Drat pergi. 
    • Bon Jovi datang Malaysia 2 kali, pun Mat Drat pergi dua-dua concert dia. Sekali 1993 rasanya, dan terbaru 2016/2017.
    • Def Leppard masa study juga dulu, tak silap 1995
    • Dan terbaru band Helloween ( lagu best Keeper of The Seven Key)

  • Dan dapat pula layan concert Europe kat London, kat Royal Albert Hall pulak tu.
  • Sebut Albert Hall, teringat Allahyarham Sudirman yang jadi artis pertama Malaysia buat concert kat situ dan seorang lagi artis tersohor kita Dato' Siti Nurhaliza.
PERCUTIAN KE LONDON albert hall concert europe
Mat Drat post kat FB terus bila dapat
jumpa mereka (Band Europe) hari tu.. 




Hadiah Ke-dua dari Qatar Airways
  • Dan sebenarnya, ini trip kali kedua Mat Drat atas sumbangan Qatar Airways. 
  • Sebelum ni di tahun 2015, Trip Percutian Barcelona - Paris - Doha juga hadiah dari Qatar Airways. Tapi waktu tu, wife yang menang dan Mat Drat menumpang dia. Yang tu pun contest online Qatar Airways, hanya seorang pemenang dipilih dari seluruh dunia. Tak ada tempat ke-dua atau ke-tiga. Hanya seorang pemenang!!!
  • Trip dulu tu memang best sebab Qatar Airways bagi
    • 2 Return Flight Ticket Bussiness Class ke Barcelona
    • Penginapan di Barcelona dan Doha di W Hotel (5 star)
    • Ticket game bola di Nou Camp, bilik VVIP (perlawanan Mat Drat pilih)
  • Siap Qatar Airways 'paksa' Mat Drat bermalam (stopover) di Doha. Wajib visit Doha dia kata dan minima 1 malam. Layannnn, orang sponsor. 
  • Dan dari Barcelona, Mat Drat sambung ke Paris. (ni kos sendiri). Qatar Airways okey untuk Mat Drat balik dari Paris.
  • Dan dapatlah Mat Drat pengalaman percutian ke Barcelona, Paris dan Doha.

PERCUTIAN KE LONDON
👉👉 Percutian ke Barcelona

PERCUTIAN KE LONDON
👉👉 Percutian ke Paris

PERCUTIAN KE LONDON
👉👉 Percutian ke Doha, Qatar



 

PERSIAPAN PERCUTIAN KE LONDON

Okey...bersambung pasal intro trip London ni.......


Niat Tak Bawa Wife Bersama....

Lepas ambik gambar untuk contest tu, terus bergerak ke Teluk Intan, Teluk Batik, Pulau Pangkor sebelum sambung ke Taiping. Ni Percutian keluarga Pulau Pangkor dan Taiping. Ini pun main terjah je, 2 hari sebelum baru booking hotel.

Dalam perjalanan tu Mat Drat sempat la cakap kat wife ....
"Abang ada masuk 2 contest ni sebenarnya, dua dua grand prize kena pergi London hujung bulan ni (dalam 2 minggu lagi). Abang rasa macam akan menang salah satu ni...."
"Dan kalau menang, abang tak boleh bawa sekali sebab anak-anak sekolah. Nak arrange anak-anak last minit susah. So, kalau menang abang akan ajak kawan ye". 

Dan wife senyap je...

Perempuan kalau senyap tu tanda setuju la kan.....







Diumumkan Pemenang....

2 minggu lepas tu, hari sepatutnya Qatar Airways umum pemenang, Mat Drat tunggu dan intai media sosial Qatar Airways. Tak ada pengumuman pun. 

Inbox email pun tak ada, mana tahu dipilih!!. 

Hari berikutnya pun tak ada pengumuman, email pun tak ada.

Dan sehingga masuk hari ke-lima selepas hari sepatutnya, pun tak ada pengumuman dan tak ada makluman di email. So Mat Drat kata dalam hati pememang dah dipilih kot sebab konsert di Cardiff lagi beberapa hari, mana sempat winner nak pergi. So Mat Drat boleh abaikan lah.... Kira tak memang dah ni..

10:00 malam Selasa...
2 hari lepas tu,  Mat Drat ingat lagi Selasa malam Rabu dalam 10 malam, tengah Mat Drat menulis blog, Mat Drat received email Qatar Airways.... Mat Drat diumumkan sebagai pemenang.

Dimaklumkan sebagai pemenang dengan syarat
  • Esok (Rabu) sebelum 12pm Mat Drat kena bagi confirmation sama ada accept atau tak accept
  • Kena provide passort dengan detail partner yang akan join.
  • Jumaat kena fly dah ke London, sebab konsert hari Ahad.
Gila kelam kabut..... Less dari 3 hari kena settkekan semua sebelum fly ke London. London tu, bukan ke Kuching ke atau ke KK. 

Dan macam yang dah dipersetujui... Mat Drat inform la kat wife yang Mat Drat menang trip ke London. Tapi wife tak tunjuk reaksi apa pun. Ye la sebab tahu dia kena tinggal. hu hu hu. 

Betul lah jangkaan Mat Drat, trip ni sure last minit, mana sempat nak arrange persekolahan anak-anak.

Terus Mat Drat up status kat FB yang Mat Drat cari travel partner, syarat nak jadi travel partner
- lelaki
- passport dah ada
- fly Jumaat ni (lagi 3 hari)
- hotel, makan dan kos lain sama sama tanggung.

Tak sampai 15 minit, 3 orang kawan reply dan pm nak jadi travel partner. Siap hantar passport terus malam tu. Yang reply dan pm selepas tu Mat Drat masukkan dalam waiting list je.





So dalam 2 jam lepas tu Mat Drat study sikit pasal London, dan buat simple itinerari dan kira budget. Kawan yang 1st reply siap buatkan itinerari dah.

Tapi.... 3 kawan yang nak jadi travel partner ni, semuanya nak pergi sekejap je...Jumaat fly, Isnin nak balik. Ye la, short notice mana sempat nak apply cuti dan arrange macam-macam lagi.

12: 30 am....tengah Mat Drat draft itinerari London ni tiba-tiba terdetik
"kalau semua nak pergi short trip dan nak balik Malaysia hari Isnin, baik Mat Drat bawa isteri je ke London ni".

12: 33 am...Terus Mat Drat kejut wife (dia dah tidur) dan cakap kat wife

"Nak ikut pergi London tak?" 
"Kalau nak pergi London, pagi-pagi esok call mak dan tanya samaada mak boleh tak datang rumah 4 hari tengokkan anak-anak kita tak. Pagi esok 10am kena bagi confirmation sebab 12pm kena reply kpd Qatar Airways ".

Dan terpaksa lah Mat Drat inform dan minta maaf dengan kat kawan-kawan , sebab plan nak bawa kawan kena hold. Mungkin Mat Drat bawa wife, 10am pagi esok Mat Drat confirmkan semula.















10:00am Rabu...
Wife call dan kata Mak Mertua boleh datang. Jadi confirm trip London ni Mat Drat bawa wife. Rezeki wife.

Dalam hati, rezeki Mat Drat jugak, terbayang gak masa tu kalau pergi dengan kawan lelaki mesti susah nak paksa depa ambikkan gambar...ha ha ha



Apa lagi, terus reply email Qatar Airways bagi passport kami berdua. Yeazzzaaa.









Rancang Itinerari 1 jam je....

Dah janji dengan mak mertua, minta dia 4 hari sahaja. Jadi Mat Drat kena plan short trip 3 hari di London. Sebab tak pernah terlintas nak ke London, jadi dalam kepala otak ni kosong pasal London sebenarnya.

Perkara pertama, Mat Drat kena decide nak pergi ke mana / melawat apa. 

Kedua, baru boleh tetapkan balik Malaysia hari apa. 

Semua kena bergerak pantas sebab nak bagi flight itinerari untuk Qatar Airways bookingkan tiket flight.

Jadi waktu tu juga terus masa tu juga Mat Drat call 3-4 orang kawan kaki travel yang ada ke Europe baru-baru ni .... minta Idea mana tempat yg seeuai utk Mat Drat pergi dari London. Short trip. Semua terkejut bila Mat Drat kata nak fly jumaat ni... 

Fiza... 
Dia kata dia tak ke London, dia hanya ke Paris, Amsterdam dan Italy. Dia kata buat apa Mat Drat ke Amsterdam skrg sbb bukan musim tulip. So Mat Drat pangkah Armsterdam. Italy mmg pangkah awal2 dah sbb ada plan lain... 

Ima... 
Seingat Mat Drat dia buat trip ke Paris. 
Dan ingat lagi antara cadangan dia... bersungguh dia pesan, "ko drive la art ke Scotland....best...scenary cantik"
Dalam hati, menarik ni kalau ke Scotland, boleh intai jap lagi apa ada kat Scotland. 

Wan... 
Kawan Mat Drat ni baru balik dari London 1-2 bulan sebelum tu, 2 minggu dia kat sana dan dia banyak main area luar LondonTak silap sampai ke Cradiff, masuk area-area kekampungan layan scenary dia kata.

Dia ni pun dapat tiket free jugak ni, contest yang MAS sponsor untuk fan Liverpool. Mat Drat rasa 2 minggu tu macam lama la pulak Mat Drat rasa, susah juga nak study itinerari dia.

Wee.... 
Dia tak sampai London lagi tapi bab travel kami selalu gak bincang. Minat yang sama. Dari call, terus dia datang jumpa Mat Drat .
Mat Drat sebut cadangan Imm yang suruh Mat Drat drive ke Scotland, terus dia suruh Mat Drat buka google map. Kami view Scotland dan zoom-in Glascow dan Edinburgh. Dia kata 
"U kena pergi Scotland Art-wajib"


Terus Mat Drat baca sikit perkongsian blogger yang dah ke Scotland (Glascow dan Edinburgh). 

Dan bila Mat Drat search #Edinburgh dan terjumpa gambar ni bawah ni.... terus  decide Mat Drat akan ke London dan Edinburgh dan nak pergi ke lokasi gambar ni!!


Gambar ini cukup buat Mat Drat nak sangat jejak kaki ke Edinburgh, lagi-lagi ke lokasi ni.
Cantiknya castle di Edinburgh ni

Dan dapat akhirnya sampai juga..




Masa yang tinggal lagi kurang sejam untuk bagi confirmation,  Mat Drat intai-intai tiket flight Qatar Airways untuk plan waktu pergi dan balik. (Mat Drat dah tanya untuk balik dari Edinburgh, Qatar Airways tak ada masalah nak bagi)



Itinerari London - Scotland

Dan Mat Drat punya Itinerari London Edinburgh Scotland ni

21.09.2018 Jumaat 20:45 - Departure Ke London via Doha
22.09.2018 Sabtu   07:05 - Arrive London
22.09.2018 Sabtu   10:00 - Check in n start  Pusing London*

23.09.2018 Ahad   08:00 - pusing London *
23.09.2018 Ahad   18:00 - Concert Europe di Albert Hall

24.09.2018 Isnin   : Tren ke Edinburgh**

25.09.2018 Selasa  15:45 - Departure ke Kuala Lumpur via Doha
26.09.2018 Rabu    15:30 - Kuala Lumpur
.
.
.
26.09.2018 Rabu    18:30 - Sampai rumah
26.09.2018 Rabu    20:00 - Drive hantar mak mertua balik kampung
  • Dah janji nak 4 malam je, ni pun dah bersyukur sangat mak mertua sanggup datang. 
  • Kalau Mat Drat tak hantar, sure adik ipar lain akan hantar. Tak best la, Mat Drat bercuti sedap-sedap, adik ipar pulak kena balik kampung. Dah la mereka datang temankan mak mertua weekend kat rumah.


 
27.09.2018 Khamis 02:00 - Sampai rumah semula (6 jam drive pergi balik)
27.09.2018 Khamis 08:00 - Masuk office...KERJA !!!! he he he
  • Macam ni la pekerja contoh...ha ha ha.
  • Lain kali jangan timbunkan kerja banyak-banyak kat opis, kan susah nak bercuti.

Akhirnya Mat Drat buat trip London - Edinburgh ni macam pergi Langkawi je...


*Detail Itinerari di London 
  • Waktu ni tak boleh share itinerari lagi, sebab semuanya belum confirm.
  • Tiket flight Doha - London yang Mat Drat minta tak ada, siap Qatar Airways minta 2nd option dan 3rd option.
  • Hotel di Edinburgh Mat Drat terus booking. Untuk London, beberapa jam sebelum berlepas baru Mat Drat booking sebab tiket flight pun confirm beberapa jam sebelum Mat Drat ke KLIA!!!


**Tren ke Edinburgh**
  • Kawan Mat Drat, Imm suggest Mat Drat drive ke Scotland. Tapi Mat Drat fikir-fikir, tak jadi drive sebab
    • kat London pun terkejar-kejar, jadi nak drive ke Scotland 9-10 jam tu akan memenatkan.
    • tambahan pula lepas concert Europe dah tengah malam, sure letih.
  • Nak naik bas, tak sanggup nak duduk dalam bas 9-10 jam. Jadi Mat Drat intai tiket tren.
  • Bila intai night tren, omak aiiii...mahalnya tiket!!. Takut tengok harga sebenarnya. 
  • Jadi Mat Drat sambung satu malam di London, dan ambik tren awal pagi Isnin tu ke Edinburgh.
  • Asalnya, nak ambil tren ke Glascow (nak jejak kaki la kononnya kat Glascow), tapi bila Mat Drat whatsapp owner Homestay di Glascow (brader dan owner ni orang Malaysia), dia kata better terus ke Edinburgh sebab trip Mat Drat singkat sangat.
  • Tak berbaloi dia kata ke Glascow walau pun bas banyak ulang alik Glascow - Edinburgh.
  • Dan Mat Drat Ingat lagi pesan kawan Mat Drat, si Wan... 
"Tiket tren kat London, ko kena beli se-awal boleh. Lagi dekat dengan hari dan masa berlepas, lagi mahal tiket."
  • Memang betullll... Mat Drat beli tiket tren London ke Edinburgh hari Khamis, harga £69 sehala utk seorang. 2 orang £140. Lebih kurang RM 700 untuk dua orang. 
  • Semalam, Mat Drat nak ambil 1st tren. Harga £69, tapi bila nak beli hari Khamie, tiket dah jadi £99. Nasib baik 2nd tren masih dapat harga murah lagi. Tepaksa ambil 2nd tren dan lepas beli je tiket terus jadi £89.
  • Bila Mat Drat  try tengok harga tiket tu masa kat London (malam sebelum bergerak ke Edinburgh), tiket tren tu dah jadi £119.
  • £69 untuk tren laju 4-5 jam ni macam harga tren ETS dari KL ke Butterworth la. Tu kalau compare one to one la. Tapi bila convert £ ke RM, kena pejamkan mata je la..












Booking Hotel


Penginapan di Edinburgh ni Mat Drat booking hari Khamis malam. Ni pun booking walau tiket flight belum confirm. Takut tak dapat bilik yang harga patut, jadi Mat Drat booking je. Mampu ambil AirBNB je sebab booking last minit. Tu pun harga £80 / nite. Nasib baik satu malam je kat sini.

👉👉     Airbnb Kredit RM 120    
 

Tiket tren London - Edinburgh dah beli siang sebab takut tiket tren jadi makin mahal. Walau pun tiket flight belum confirm, tu kita letak tepi, yang penting tiket tren beli dulu.


Untuk penginapan di London tak boleh booking sebab tiket KUL - London pihak Qatar Airways tak dapat beri confirmation, Doha - London macam penuh katanya... mungkin Mat Drat kena bertolak lewat sehari, tu takut nak booking hotel kat London awal.
 
Rabu malam sebelum tu jugak, Qatar Airways minta Mat Drat bagi 2nd dan 3rd option, sebab tiket ke Doha-London dan Edinburgh-Doha macam dah penuh, . Haru sungguh.....
 
Memang mencabar trip ni, dah la malam lepas booking tiket tren dan AirBnB tu, kredit kad Mat Drat kena caj dengan 'malaun' mana entah... tak sure sama ada lepas booking airbnb atau masa beli tiket tren. Sempat la block credit card lepas kena caj 2 transaksi £99 dua kali. Tak tahu siapa punya kerja. Balik London baru Mat Drat buat report (dan dah dapat balik refund masa tulis entry ni)
 
Khamis .... Pihak Qatar masih tak dapat bagi tiket flight. Doha ke London, Edinburgh ke Doha dah settle. Mereka dah cadangkan Mat Drat terbang hari Sabtu.... hu hu hu.

 
Hari Rabu dan kHamis tu dah berapa kali berbalas email, pasal tiket ni je..Risau la pulak sebab AirBnb Edinburgh dah booking, tiket tren pun dah beli.

 
 
Dan Khamis petang lepas kerja terus drive balik kampung ambik mak mertua. Bila  mak mertua tanya, bila flight.... Mat Drat jawab..."Entah, tiket belum ada"
"Pulak...." Mak Mertua kata. Ha ha ha... 


Jumaat.... 1:00 am... Sampai rumah dari kampung, email confirmation masih belum ada. Tiket belum ada. Nak tidur pun tak sanggup, risau sangat. Kawan kawan dah tahu Mat Drat nak fly ke London.. 

Mana tak risau sebab tiket tak confirm, jadi Mat Drat tak boleh nak booking hotel kat London dan tak boleh nak susun itinerari. Tiket nak masuk dan aktiviti kat London pun tak boleh nak beli in-advance. Beli in advance kat KLOOK ni murah sikit tapi tak boleh beli.. Takut Sabtu baru boleh departure dari KLIA. 

Ikutkan 3pm nanti, Mat Drat dah nak gerak ke airport tapi tiket flight belum ada !!!

Tidurlah Mat Drat dalam kerisauan malam tu....

4:00 am Khamis............Tengah tidur, Mat Drat perasan email masuk. Yeazzz, email confirm tiket seperti 1st choice Mat Drat.





sambung tidur sekejap... dan pagi tu terpaksa masuk office untuk settelakan kerja yang perlu dibuat. Tanggung jawab pada majikan kena settelekan.  

Sambil-sambil kerja, Mat Drat nak booking hotel di booking atau agoda, macam tak mampu bila tengok harga yang gile mahal.

Intai AirBNB di London, harga pun mahal gile. Satu malam pun lebih RM500. Lokasi pulak semua yang jauh dari subway metro dan agak jauh dari Pusat London. Tgh London jgn kira la harga dia ..

Dah la credit card dah di block semalam sebab takut kena 'caj' lagi dengan malaun mana entah... Memang haru pagi tu.

Malam pertama London
Dan akhirnya, malam pertama Mat Drat dapat hotel (inn je) agak jauh dari London, 30 minit ke London . Tapi kira hotel ni dekat dengan airport ni sebab 3 stops je dari Heathrow Airport. £75 / nite untuk hotel 2 bintang. Distance pun dekat dgn station metro subway. 

Malam Kedua London
Dan malam kedua dapat bilik kurang 100 meter dari King Cross Station, Jadi nak naik tren ke Edinburgh tak sampai 10 minit jalan kaki dah sampai k3 station. 

Hotel ni, malam pertama nak ambik (Sabtu malam Ahad), rate dia tak munasabah langsung hampir £200 / nite. Tapi malam yang Mat Drat ambil tu (Ahad malam Isnin) dapat dalam £65.

Hotel ni semua Mat Drat dapat booking dalam jam 11pagi, 4 jam sebelum ke airport. Memang kelam kabut trip ni.

11:50am, baru sempat ke Money Changer untuk tukar duit. Pagi tu baru ingat yang pound sterling belum tukar.


Balik rumah...solat Jumaat dan gerak ke Airport.

Okey, selesai intro trip ni.
Dan Travelog Trip London - Edinburgh bersambung di entry berikutnya...



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!



Saturday, 12 March 2016

Lounge di Hamad International Airport - HIA

...bersambung dari post sebelum ini.... Terima Kasih Qatar Airways....

Hamad International Airport - HIA

Lounge di Hamad International Airport HIA
Pak Arab dari QatarAirways yang sponsor tiket kami...



Jika sebelum ini saya share berkenaan layanan 5 bintang untuk Business Class di udara, entry ini pula serba sedikit saya kongsikan berkaitan layanan khas untuk penumpang Business Class di Hamad International Airport (HIA).





Hamad International Airport (HIA)  ini merupakan hub penerbangan Qatar Airways. Dari sini, sebut sahaja nak ambil penerbangan ke ceruk mana… Afrika, Asia, Europe, America… semua ada. Qatar Airways adalah airline yang paling pesat berkembang sekarang dan memiliki penerbangan ke lebih 150 destinasi di seluruh dunia.

Kalau Emirates, Hub penerbangan mereka di Dubai dan Ethidah di Abu Dhabi


Kiranya kami ada 3 pengalaman berbeza semasa di Hamad International Airport - HIA ini ;

1. Sewaktu transit
2. Sewaktu arrival
3. Sewaktu departure



Klook.com

1. Transit di Doha (Kuala Lumpur - Barcelona )

Ini pengalaman kami sewaktu transit Penerbangan Kuala Lumpur - Barcelona.

Setelah membuat pelbagai pertimbangan, saya memilih untuk mengambil penerbangan Kuala Lumpur – Barcelona dengan transit paling singkat di Doha, iaitu kami hanya ada dalam 2 jam 40 minit di Airport HIA ini. Kira okey la untuk selesaikan urusan tuntutan hadiah tiket ke Stadium Nou Camp, Barcelona serta urusan pertukaran penerbangan ke Barcelona.

Kami tiba di HIA , Doha Qatar pada jam 5.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi waktu Malaysia) setelah 7 1/2 di dalam penerbangan. 5.30 pagi di sini telah nampak matahari terik dan di luar telah mencecah 33 degree. Memang panas keliahatan di luar.

Kalau anda bekejar untuk next flight, pastikan masa transit mencukup untuk perkara-perkara emergency! Kalau dapat gate hujung, nak sampai ke terminal untuk pertukaran flight… boleh mengah berjalan, lagi lagi kalau ada bawa anak-anak.

Kat sini saya tak berapa paham dengan pak arab ni, ruang di laluan ini cukup luas dan lapang, tapi hendak berhenti sekejap untuk hilangkan lenguh2 pun tak boleh. Cepat je pak guard dia suruh teruskan perjalanan.

Untuk makluman Airport ini agak sibuk, pastikan laluan betul samaada ke bahagian “Transit” atau ”Arrival”.

Sewaktu kami tiba, kami antara yang paling awal keluar dari pesawat. Macam biasa, penumpang biz class keluar dahulu.



Sewaktu kami tiba di bahagian transit, suasana agak kelam kabut, terlalu ramai penumpang yang menunggu untuk melepasi bahagian pemeriksaan untuk ke penerbangan seterusnya.  Agak panjang barisan mereka yang menunggu giliran. Biasa lah pemandangan macam ni di hub penerbangan yang menjadi antara pilihan penumpang di dunia.



Nasib baik kami ada boarding biz class, jadi terus melalui pintu khas. Itupun ada juga beberapa penumpang tiket biasa yang menggunakan laluan ini kerana masa mereka agak suntuk untuk mengejar penerbangan seterusnya.



Paling awal keluar dari pesawat




Setelah masuk ke kawasan terminal utama, perkara pertama saya kena cari adalah Giant Teddy Bear warna kuning sebagai meeting point kami untuk menuntut hadiah kami. Teringat kata pak arab di dalam telefon sewaktu menghubungi saya “…find a big yellow teddy bear. Very big!”

Giant Teddy Bear ni kira ikon Hamad International Airport ni. Boleh kata kalau yang sampai sini, mesti bergambar dengan bear besar ni.

Kiranya teddy bear ni tempat meeting point la. Rupanya dibelakang teddy bear ni ada kaunter informasi. Jadi kami berurusan di kaunter ini.

Dengarnya Teddy Bear ni adalah yang terbesar didunia dan berharga lebih USD 1 juta dan di’wakaf’kan oleh tuan empunya kepada Airport ini. Agaknya tak ada tempat nak letak kat rumah, jadi diletakkan di Airport… terjaga dan selamat. Bijak… bijak…



Big Yellow Teddy Bear Hamad international Airport
Big teddy bear



Ini adalah majlis ringkas penyerahan hadiah  kepada kami iaitu tiket VVIP ke Perlawanan Barcelona FC di Stadium  Nou Camp. Yang pasti ini bukan dermawan dari negara arab yang sanggup bagi berbillion ringgit tu.... ala, yang derma duit 1MDB tu!

Setelah 30 minit menunggu, akhirnya Par Arab ni datang hulurkan hadiah kami



Kemudahan di HIA
Di HIA ini, pelbagai kemudahan disediakan di sini,  butik, restoran, cafe, surau, transit lounge dll. Dan yang paling penting, kemudahan wifi turut disediakan secara percuma di dalam terminal ini. Untuk kelajuan internet yang lebih, boleh langgan tapi kena sedia maklum lah… harga internet di Doha agak mahal.

Duty Free di HIA
Di HIA ini, butik-butik free duty agak banyak, jadi jika anda dalam transit untuk pulang ke Malaysia bolehkan ambil transit yang panjang dan buat la sedikit aktiviti shopping menyopping disini. Tepuk poket tanya selera…. Kami tak explore lebih disini kali ini kerana masa pun agak suntuk, jadi kami terus ke boarding gate untuk penerbangan kami ke Barcelona. Transit lounge pun kami tak singgah.


Panggilan untuk penumpang pesawat ke Barcelona kedengaran dan 8.10 pagi pesawat kami berlepas ke Barcelona.


>> Baca pengalaman kami di Barcelona 4H3M <<<

>> Baca pengalam kami di Paris 3H2M<<


Untuk penerbangan balik ke Malaysia, kami ambil penerbangan dari Paris dan akan bermalam 1 malam di Doha. Kami pilih penerbangan yang akan tiba paling awal di Doha dan penerbangan balik ke Malaysia paling lewat keesokan harinya. Jadi dapatlah lama sedikit di Doha.


Lounge di Hamad International Airport HIA 


Ada beberapa Lounge di sini. Tapi senang kita bezakan Arrival Lounge, Transit Lounge dan Departure Lounge.



Transit Lounge (Kuala Lumpur - Doha - Barcelona )

Memandangkan kami punya transit untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Barcelona hanya dalam satu jam lebih di sini, jadi kami tak ke Lounge. 

Nak makan, dah makan macam-macam dalam flight. Baik masa yang ada kurang satu jam, kami pusing-pusing dalam area airport ni.



Arrival  Lounge (Paris - Doha )

Kami gunakan kemudahan Arrival Lounge ini semasa tiba dari Paris dan di mana kami 'perlu' menginap satu malam di Doha, Qatar. Memang syarat di tetapkan oleh pihak Qatar Airways yang mahukan kami menginap di Doha ini. 

Kena la melawat negara kelahiran Qatar Airways ni, dan kena la promote Doha sikit.

Memandangkan kami tiba di sini dari Paris agak awal, jadi sementara hendak menunggu waktu check-in di Hotel, kami beristirehat dahulu di Arrival Lounge di HIA ini. 

Arrival Lounge sewaktu kami tiba sedang di naik taraf, jadi kami diminta ke Lounge sementara. Penumpang Business Class dan First Class boleh menggunakan kemudahan ini secara percuma.


Kami masuk ke sini, suasana lengang dan tiada penumpang yang menggunakannya. Mungkin kebanyakan penumpang business Class dan 1st Class akan terus ke hotel atau pun pak arab Qatar sendiri, jadi mereka akan terus pulang ke rumah mereka sendiri. Buat apa nak melepak di loung ni kan bila dah sampai destinasi.


Sewaktu berbual dengan petugas di meja kaunter, dimaklumkan kami berdua penumpang pertama yang masuk hari ini. Kami hanya berdua tetapi pelayan kami sampai empat orang. Macam VIP rasanya. Kononnya rancang nak berehat-rehat sekejap di sini dalam 2 jam untuk recharge tenaga sebelum meronda-ronda di Doha. 

Baru duduk sekejap, datang la pelayan offer itu dan ini. Bersungguh-sungguh suruh kami makan. Kesian kat chef yang telah sediakan makanan, kami yang kekenyangan makan di dalam flight Paris- Doha tadi terpaksa juga la merasa apa yang terhidang kat sini. Makanan pelbagai tetapi selera dah tak ada sebab kekenyangan.


Akhirnya kami makan juga la sebab kasihan kat chef yang bersusah payah sediakan pelbagai pilihan makanan walau pun tak ada pengungjung. 


Terasa seperti Lounge ini kami yang punya…. 
Boleh makan sepuas-puasnya. Boleh guling-guling sebab tak ada orang

Isteri saya ... sampai tak tahu nak pilih apa. 


Selepas mengisi perut, kami melelapkan mata di ruang bilik yang agak kecil. Tiada sofa dan tiada katil untuk tidur. Mungkin kerana ini lounge sementara sahaja. Kami buat style kami, susun kerusi dan jadikan katil.


Dalam jam 11 pagi lebih, untuk segarkan diri kami mandi disini. Bilik air cukup bersih dan kemas. Tip Top. Kelengkapan lengkap disediakan termasuk tuala, sabun, shampoo, body lotion dll. Kalau dalam pesawat diberi jenama Giorgio Armani, di sini pun sama.


Betapa tak ada kerja nya mereka-mereka ini, sampaikan ada tiga orang pekerja yang menunggu saya sewaktu saya hendak mandi. Mereka menunggu di luar bilik mandi dan tak sabar-sabar nak masuk ke bilik air apabila saya selesai mandi. Tak sabar nak lap semua kesan-kesan percikan air rupanya. Patut saya masuk tadi kering semacam je bilik air ni.

Di sini disediakan bilik conference dan bilik komputer ala ala cyber cafe. Dalam bilik yang ada lebih kurang 10 komputer ni pun, ada 2 orang pekerja. Setiap kali saya lalu, bersungguh-sungguh la mereka ni mengelap meja dan kaki kerusi yang memang sedia berkilat tu. Agaknya pak arab ni memang garang kot… sebab tu mereka takut betul kalau nampak tak ada kerja.


Apabila kami bersiap-siap untuk keluar, datang la pula pelayan suruh kami tunggu sekejap sebab chef akan serve lunch dalam 10-15 minit lagi. Emmm…. rezeki jangan di tolak, kami tunggu sekejap untuk menu lunch disediakan. Kesian pulak kat chef kalau tak ada orang nak makan masakan dia... jadi kami tunggu.


Lunch time…. Ini Lounge, ana yang punya. ha ha ha…..

Nampaknya buffet lunch yang disediakan, hanya kami sahaja yang makan. Kesian chef, masak macam-macam tapi yang makan kami berdua sahaja.

Selesai memenuhkan perut, kami terus menuju ke hotel penginapan kami, Hotel W Doha.


>> Baca pengalaman kami di Doha 2H1m <<<


Departure ( Doha - Kuala Lumpur )

Kami ke sini semasa penerbangan kami dari Doha ke Kuala Lumpur.

Doha ( DOH) 19:45 – Kuala Lumpur (KL) 7:55 ( 7 jam 10 minit)

Dari Hotel W Doha kami menaiki teksi. Minta pihak hotel uruskan. Tambang dikenakan sebanayak QD 60. Disini rupa-rupanya, disediakan entrance khas untuk Business dan First class. Apabila teksi berhenti sahaja, terus akan datang seorang petugas menyambut dan mengangkat beg-beg kita dari teksi dan kita di bawa terus ke kaunter check-in.



Gambar Staff Departure 1
Sebelah saya tu petugas yang menyambut kami dari teksi, dan membawa beg-beg kami sehingga ke kaunter check-in. Banayak kaunter disediakan, jadi tidak perlu beratur. 


Gambar Staff Departure 1
Petugas kaunter very friendly. Urusan dipermudahkan tanpa banyak songeh.


Selesai urusan check-in, kami dibawa terus ke laluan pemeriksaan imigresen dan kastam. Tak perlu kelam-kabut kerana penumpang busines class ada laluan dan petugas khas Selesai urusan check-in, imigresen dan kastam….

Selesai pemeriksaan, boleh la kami mulakan aktiviti shopping menyopping (window shopping)


Dan kami terus ke Lounge yang menanti...



Departure Bussiness Class Lounge 

Lounge ini cukup luas dengan menyediakan dua ruang makan di 2 tingkat. Tangga dan lif disediakan, tak larat naik tangga boleh naik lif..... maklumlah dah letih berjalan. 


Makanan "berat" disediakan di atas termasuk makanan ala-carte yang boleh di request dari chef. Sewaktu kami makan-makan di tingkat bawah, 2 kali pelayan datang untuk maklumkan kami banyak pilihan makanan di tingkat atas dan chef menanti di atas.Oleh kerana 2 kali dipesan, jadi kami naik jugalah ke tingkat atas.


Klook.com


Masa untuk menikmati makanan yang disediakan…. 

Suasana Business Class Lounge... cukup luas dan selesa. 2-3 kali ganda dari Golden Lounge kat KLIA. Lagi ramai manusia. 



Untuk maklumat mengenai Hamad International Airport, baca disini…HIA




Baca catatan seterusnya untuk pengalaman kami bercuti ke Barcelona - Paris - Doha atas tajaan Qatar Airways







BOOK YOUR FLIGHT WITH QATAR AIRWAYS


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

.