Perkongsian Pengalaman Bercuti ke Barcelona
Intro Trip Percutian Barcelona - Paris - Doha
Kali ni Mat Drat share pengalam bercuti ke Barcelona Spain baru-baru ini. Percutian yang tak dirancang dan tak diduga, semuanya kerana Qatar Airways!.
Rezeki datang melayang hasil menyertai peraduan "Holiday with FC Barcelona and Qatar Aiways" dan terpilih memenangi hadiah Grand Prize . Contest tu kiranya senang sahaja dan tidak memerlukan modal untuk menyertainya, saya cuma perlu menonton video promosi destinasi pelancongan Qatar Airways yang menapilkan player-player team FC Barcelona. Kemudian saya hanya perlu jawab 3 soalan mudah, jawapan pula objektif……. Dan tunggu keputusan pemenang jika bertuah.
Beberapa minggu kemudian kami terpilih sebagai pemenang...hadiah utama pulak tu!!
Kiranya kemenangan ni boleh lah dianggap bertuah sebabnya contest ini di buka penyertaannya kepada seluruh dunia….. Dan pemenangnya hanya dipilih seorang sahaja.
Dan untuk trip ni, Qatar Airways berikan hadiah berikut kepada kami
- 2 return tickets KL – Barcelona (business class)
- Penginapan 3 malam di W Hotel Barcelona
- VVIP Tiket perlawanan Barcelona pilihan sendiri di Stadium Camp Nou
- 1 malam stopover di Doha, Qatar dengan penginapan 1 malam di W Hotel Doha
Sewaktu dapat email makluman sebagai pemenang, Qatar Airways maklumkan hadiah ni valid sehingga 31 Disember dan kami perlu maklumkan tarikh penerbangan beserta perlawanan pilihan yang ingin ditonton 3 minggu sebelum berlepas.
Waktu dapat email ni pun dlm bulan April, jadi game bolasepak di Liga Spanis La Liga pun tinggal 4 games shj lagi sebelum musim berakhir. Yang sempat untuk kami pergi hanyalah perlawanan terakhir La Liga iaitu perlawanan diantara Barcelona vs De Portivo La Caruna. Jadi kami pilih game ni….No choice.
Kawan-kawan ada juga yang bertanya kenapa Mat Drat tak pilih Al Clasico game iaitu perlawanan Barcelona vs Real Madrid, rugi la mereka kata ke Barcelona tetapi tak pergi tonton perlawanan Al Clasico….
Kalau kami nak tunggu game Al Clasico, kami kena tunggu season baru. Dan katakan game Al Clasico tu jatuh pada bulan Ogos atau September, macam tak sesuai pulak nak berjalan-jalan pada bulan tu sebab anak-anak ada yang nak exam UPSR dan PT3.
Kalau game tu dijadualkan pula pada bulan November atau Disember, macam tak berapa seronok bercuti masa tu sebab di sana tengah sejuk waktu tu. November tu dah penghujung Autum dan Disember tu dah nak start Winter. Waktu ni untuk melancong agak kurang sesuai kerana cuaca agak sejuk dan premis banyak ditutup awal. Jadi Mat Drat tak tunggu lah game AL -Classico.
BARCELONA
Barcelona.... sebelum ni Mat Drat hanya tahu pasal Barcelona ni adalah 2 perkara je.
- Team bola Barcelona... sebab ni team seteru utama Real Madrid
- Litar Catalunya, Barcelona.... dolu-dolu selalu layan Motor Grand Prix
- Barcelona ni Bandar terbesar di Sepanyol
- Mereka warga Barcelona ni seperti ada jatidiri sendiri, lebih suka gelar mereka ni di sinonimkan dengan Catalunya
- Barcelona ni pernah mencapai kegemilangan di bawah pemerintahan Islam suatu ketika dulu. Di gelar kerajaan Andalusia. Semuanya bermula pada tahun 711 apabila Panglima Perang Tariq bin Ziyad memasuki melalui Gibraltar.
- Barcelona ni kira sebuah bandar yang lama... banyak bangunan-bangunan lama
- Paling Mat Drat kagum dengan Barcelona ni adalah arkitek mereka zaman dahulu. Cukup tersusun Barcelona ni. Rasanya sehingga sekarang Barcelona ni di anggap antara perancangan Bandar terbaik.
- Susuan bangunan di Barcelona ni sekali pandang macam kotak je....hamper sama je.... Tak sabra nak sampai bila tengok gambar-gambar Barcelona ni...
Susunan banguna-bangunan di Barcelona. Kemas, teratur dan cukup menarik. |
View dari atas. Kalau nak cari mana satu rumah sendiri pun susah ni...macam sama je semuanya. |
Masa paling sesuai ke Barcelona
Hasil pembacaan di blog2 dan website, masa terbaik dan paling sesuai melawat Barcelona adalah dalam bulan May – July… cuaca agak panas sekitar dlm 20-22℃ dan langit pun cerah. Jadi sangat sesuai untuk berjalan dan bersiar-siar.
Kalau nak semak average cuaca destinasi pelancongan boleh semak di sini http://www.holiday-weather.com/barcelona/averages/
Walaupun trip ditaja oleh Qatar Airways tetapi untuk transport dan ground arragement, Mat Drat kena buat sendiri semuanya. Maknanya kena study itu ini sedikit dan uruskan semuanya sendiri.
Kuala Lumpur - Barcelona
Walaupun tiket yang diberi untuk penerbangan Kuala Lumpur - Barcelona, tapi Mat Drat balik melalui Paris. Qatar Airways tiada masalah untuk balik melalui Paris kerana mereka juga mempunyai penerbangan dari Paris. Dari Barcelona Mat Drat ke Paris sebelum singgah di Doha, Qatar dan balik ke Kuala Lumpur.
Rezeki terbang dengan biz class, jadi 18 jam penerbangan tidaklah terlalu meletihkan. Biz class Qatar Airways memang terbhaik, diiktiraf yang terbaik di dunia.
Transit lebih kurang 2 jam 40 minit di Hamad International Airport Doha dan sambung penerbangan seterusnya ke Barcelona.
DOHA ke BARCELONA
👉👉 Layanan Istimewa Qatar Airways : Terima Kasih 👈👈
👉👉 Hamad International Airport 👈👈
Awal-awal stewardess dah suakan menu untuk kami, duduk je dalam 4-5 minit terus ditanya apa yang kami ingin makan. Semuanya boleh di order ala carte dan boleh request anytime sepanjang penerbangan.
Boleh kata semua menu yang dihidangkan dipersembahkan mengikut penarafan 5 bintang. Kemas dan menyelerakan. Cuma ada satu dua menu yang kami order tetapi tak kena dengan tekak orang Malaysia…. Satu kali tu, pramugari yang suggest untuk tukar makanan sebab nampak kami macam tak berapa selera nak makan. Tak silap waktu tu saya order makanan Egpyt ke Algeria
Dah dapat baucer tiket bola dan sedikit cenderahati, kemudian kami sambung penerbangan Doha - Barcelona.......
Barcelona.... kau tunggu aku dating
Kami tiba di Terminal 1 Airport Barcelona atau dalam Spanish-nya Aeroport de Barcelona / Barcelona El Prat. Waktu tuUntuk penerbangan Kuala Lumpur - Barcelona, kami akan singgah di Doha :
KL ke DOHA
Kuala Lumpur : 3 pagi – Doha : 05.30 pagi ( Masa penerbangan : 7 1/2 jam)
Transit lebih kurang 2 jam 40 minit di Hamad International Airport Doha dan sambung penerbangan seterusnya ke Barcelona.
DOHA ke BARCELONA
Doha : 08.10 pagi – Barcelona : 14.10 ptg (Masa penerbangan : 7 1/2 jam )
Total Penerbangan 17 jam 40 minit. Memang lenguh satu badan tu duduk dalam pesawat hampir 18 jam. Tapi nasib baik naik business class, dapat la tidur dengan lena. Walaupun sampai di Barcelona jam 2 ptg di sini, tapi ikutkan kat Malaysia dah pukul 8 malam.... dah terasa letih dan mengantuk.
Parking murah KLIA di Park n Ride Putrajaya - Putrajaya Sentral:
Kami sampai di KLIA dalam 11.45 pm dengan menaiki KL Transit dari station Putrajaya Sentral. Kami park kereta di Park & Ride Putrajaya. Park kereta disini boleh kata agak selamat juga, dan caj parking pula amatlah murah berbanding kalau park di KLIA. Caj parking cuma RM2 untuk 6am – midnight. Kalau seharian dicaj hanya RM 4.
Total yang saya kena bayar selama park kereta 10 hari hanya RM 40. Cuma kalau nak park weekday time office hour memang agak penuh, kena berpusing-pusing dari satu tingkat ke satu tingkat untuk cari lot kosong. Mungkin kerana ramai warga Putrajaya yang bekerja di KL menggunakan kemudahan tren KL Transit ni. Tapi kalau datang waktu malam, tiada masalah rasanya… senang jumpa lot parking kosong.
Untuk ke KLIA/KLIA2 dari sini boleh naik tren KL Transit atau teksi. Rasanya yang paling senang naik tren. Murah pun murah.
Maklumat lanjut sila klik
ATAU
KLIA Airport
Seperti kebiasaan saya, sampai di KLIA saya akan ambil snap 1 gambar di tempat yang cukup istimewa bagi saya…. Dari dulu saya suka sangat mengadap tiang ni sambil lihat-lihat jadual penerbangan yang terpampang di screen atas tu.
Pengalaman pertama dengan Business Class Qatar Airways ni membuat kami sedikit teruja. Di KLIA ni, tiada banyak perbezaan atau keistimewaan diantara pemegang tiket economy class dan business class. Cuma disediakan lane khas di kaunter imigresen serta lane khas untuk masuk ke kabin kapal terbang.
Pengalaman pertama dapat guna laluan Biz Class ni. |
Peringatan Mesra !
Sehari dua sebelum berlepas, elok semakan status sekatan keluar negara dengan pihak imigresen. Mana tahu ada hutang yang kita terlupa nak jelaskan. Seseorang tu boleh kena perintah sekatan keluar negara mungkin kerana dikenakan sekatan oleh PTPTN atau pun LHDNM. Jadi kalau ada hutang tu, baik buat semakan dahulu untuk elak perkara yang tidak diingini.

Peringatan Mesra 2!
Untuk yang pertama kali menaiki penerbangan antarabangsa, pasti kan barangan cecair/liquid yang dibawa masuk bersama hand luggage ke kabin, mengikut peraturan LAGs (Liquids, Aerosols and Gels). Setiap barangan MESTI kurang dari 100ml dan perlu diletakkan di dalam bekas transparent untuk kemudahan kita dan juga pegawai pemeriksa.

Golden Lounge MAS
Selepas check-in dan sebelum berlepas kami berehat-rehat dahulu di Golden Lounge MAS. MAS dan Qatar Airways menyertai kumpulan “One World”. Jadi, pemegang tiket Qatar Airways juga layak menggunakan Golden Lounge MAS. Petugas di kaunter masuk ke Golden Lounge ni tak tahu pun kami ni hanyalah pemegang tiket free business class…. janji ada boarding pass business class, boleh je masuk.
Masa kami masuk Golden Lounge pun dah 12 tgh malam, jadi kami cuma minum dan makan santai2 sahaja, dah tengah malam ni nak makan pun tak berapa ada selera. Pilihan makanan agak banyak walaupun sudah tengah malam. Tapi bagi mereka yang lapar tu dan tak sempat makan sebelum ke KLIA, boleh la makan sampai kenyang disini.
Bilik persalinan, bilik mandi juga di disediakan. Juga beberapa ruang dengan di dalamnya tersedia sofa bed untuk tidur, jamin boleh tertidur dengan selesa dan lena. Kemudahan wifi juga disediakan di sini, point untuk caj handphone/laptop juga banyak disediakan. Jika tak bawa cable untuk caj hp, disini disediakan “vending machine” untuk caj hp.
Penerbangan Kuala Lumpur - Barcelona
Baca pengalaman kami di dalam pesawat dan di Hamad International Airport. Terima Kasih Qatar Airways👉👉 Layanan Istimewa Qatar Airways : Terima Kasih 👈👈
👉👉 Hamad International Airport 👈👈
2am.....sebelum berlepas mata dah sangat menagntuk |
Tak tunggu lama untuk lena semasa penerbangan Kuala Lumpur ke Doha |
Ni dah nak sampai Doha dalam penerbangan Kuala Lumpur - Doha. Lebih kurang 5am tapi dah sangat cerah kat luar. |
Layanan Mesra Stewardess Qatar Airways
Sepanjang perjalanan dengan 4 pesawat berbeza, kami di layan oleh pramugari dari 4 negara yang berbeza. Cantik-cantik dan anggun-anggun pramugari mereka ni.
Flight KL- Doha dillayan oleh pramugari dari Korea
Doha-Barcelona pula pramugari dari Poland
Paris – Doha dilayan pramugari Philipina
Doha-KL dilayan pramugara arab.
Apa yang saya perasa, setiap pramugari/pramugara akan menjaga beberapa penumpang sahaja, jadi layanan cukup istimewa. Seorang akan jaga dalam 8-10 orang
Pramugari dari Poland. Tak silap nama dia Alezendria. Paling mesra dan paling banyak kami berbual.
Flight KL- Doha dillayan oleh pramugari dari Korea
Doha-Barcelona pula pramugari dari Poland
Paris – Doha dilayan pramugari Philipina
Doha-KL dilayan pramugara arab.
Apa yang saya perasa, setiap pramugari/pramugara akan menjaga beberapa penumpang sahaja, jadi layanan cukup istimewa. Seorang akan jaga dalam 8-10 orang
Pramugari dari Poland. Tak silap nama dia Alezendria. Paling mesra dan paling banyak kami berbual. |
Hidangan istimewa Qatar Airways
Untuk penumpang Business Class, bersedialah untuk merasai in-flight meal yang cukup istimewa dibawakan oleh Qatar Airways.
Awal-awal stewardess dah suakan menu untuk kami, duduk je dalam 4-5 minit terus ditanya apa yang kami ingin makan. Semuanya boleh di order ala carte dan boleh request anytime sepanjang penerbangan.
Menu disediakan untuk semua penumpang Business Class. Pilih mana yang berkenan. Dan pilihlah masa yang rasa sesuai untuk makan. Kalau bangun-bangun tidur teras lapar, panggil sahaja pramugari dan order la apa nak makan. Buku menu tersedia.
Oleh kerana penerbangan kami hanya 7-8 jam sahaja, dan 3 dari 4 penerbangan kami adalah di waktu malam, jadi tidak dapatlah kami menkmati makanan di dalam flight sepuasnya kerana banyak masa kami dihabiskan dengan tidur.
Boleh kata semua menu yang dihidangkan dipersembahkan mengikut penarafan 5 bintang. Kemas dan menyelerakan. Cuma ada satu dua menu yang kami order tetapi tak kena dengan tekak orang Malaysia…. Satu kali tu, pramugari yang suggest untuk tukar makanan sebab nampak kami macam tak berapa selera nak makan. Tak silap waktu tu saya order makanan Egpyt ke Algeria
Antara menu yang sempat di order... sebelum melelapkan mata. |
Sebelum mendarat.... minta buah untuk breakfast... |
Dalam banyak-banyak makanan, ni yang tak kena dengan selera Mat Drat |
Transit di Doha (Kuala Lumpur - Barcelona )
Kami tiba di HIA , Doha Qatar pada jam 5.30 pagi waktu tempatan (10.30 pagi waktu Malaysia) setelah 7 1/2 di dalam penerbangan. 5.30 pagi di sini telah nampak matahari terik dan di luar telah mencecah 33 degree. Memang panas keliahatan di luar.
Antara saat paling cantik kalau naik flight tengah malam /awal pagi. adalah waktu sebelum subuh... Pemandangan cahaya matahari cukup indah .. |
Doha dari pesawat. Ketika menghampiri Doha dalam 5am, dah terang benderang |
Kalau anda bekejar untuk next flight, pastikan masa transit mencukup untuk perkara-perkara emergency! Kalau dapat gate hujung, nak sampai ke terminal untuk pertukaran flight… boleh mengah berjalan, lagi lagi kalau ada bawa anak-anak.
Kat sini saya tak berapa paham dengan pak arab ni, ruang di laluan ini cukup luas dan lapang, tapi hendak berhenti sekejap untuk hilangkan lenguh2 pun tak boleh. Cepat je pak guard dia suruh teruskan perjalanan.
Untuk makluman Airport ini agak sibuk, pastikan laluan betul samaada ke bahagian “Transit” atau ”Arrival”.
Untuk makluman Airport ini agak sibuk, pastikan laluan betul samaada ke bahagian “Transit” atau ”Arrival”.
Sewaktu kami tiba, kami antara yang paling awal keluar dari pesawat. Macam biasa, penumpang biz class keluar dahulu.
Sewaktu kami tiba di bahagian transit, suasana agak kelam kabut, terlalu ramai penumpang yang menunggu untuk melepasi bahagian pemeriksaan untuk ke penerbangan seterusnya. Agak panjang barisan mereka yang menunggu giliran. Biasa lah pemandangan macam ni di hub penerbangan yang menjadi antara pilihan penumpang di dunia.
Nasib baik kami ada boarding biz class, jadi terus melalui pintu khas. Itupun ada juga beberapa penumpang tiket biasa yang menggunakan laluan ini kerana masa mereka agak suntuk untuk mengejar penerbangan seterusnya.
Paling awal keluar dari pesawat |
Setelah masuk ke kawasan terminal utama, perkara pertama saya kena cari adalah Giant Teddy Bear warna kuning sebagai meeting point kami untuk menuntut hadiah kami. Teringat kata pak arab di dalam telefon sewaktu menghubungi saya “…find a big yellow teddy bear. Very big!”
Giant Teddy Bear ni kira ikon Hamad International Airport ni. Boleh kata kalau yang sampai sini, mesti bergambar dengan bear besar ni.
Giant Teddy Bear ni kira ikon Hamad International Airport ni. Boleh kata kalau yang sampai sini, mesti bergambar dengan bear besar ni.
Kiranya teddy bear ni tempat meeting point la. Rupanya dibelakang teddy bear ni ada kaunter informasi. Jadi kami berurusan di kaunter ini.
Dengarnya Teddy Bear ni adalah yang terbesar didunia dan berharga lebih USD 1 juta dan di’wakaf’kan oleh tuan empunya kepada Airport ini. Agaknya tak ada tempat nak letak kat rumah, jadi diletakkan di Airport… terjaga dan selamat. Bijak… bijak…
Dengan ikon Hamad International Airport - BIG Teddy Bear |
Ini adalah majlis ringkas penyerahan hadiah kepada kami iaitu tiket VVIP ke Perlawanan Barcelona FC di Stadium Nou Camp. Yang pasti ini bukan dermawan dari negara arab yang sanggup bagi berbillion ringgit tu.... ala, yang derma duit 1MDB tu!
Dah dapat baucer tiket bola dan sedikit cenderahati, kemudian kami sambung penerbangan Doha - Barcelona.......
Barcelona.... kau tunggu aku dating
Akhirnya Barcelona semakin dekat.... kelihatan memanjang Barcelona di persisir pantai |
Dan kelihatan hotel kami, Hotel W Barcelona dihujung pantai Barcelonata Beach. |
.
.
Barcelona Airport / Aeroport de Barcelona / Barcelona El Prat
- Jam menunjukkan 2:15pm waktu tempatan atau 8:15pm waktu Malaysia.
- Beza waktu Barcelona dan Malaysia adalah 6 jam. (Malaysia awal 6 jam)
Untuk penerbangan antarabangsa kebanyakannya akan tiba di Terminal 1 (T1), manakala Terminal 2 (T2) lebih kepada untuk penerbangan domestik, penerbangan serantau dan penerbangan tambang murah.
Jadi pastikan betul-betul lapangan terbang ketibaan sebelum buat arrangement dengan mana-mana pihak untuk pick-up kita di sana.
Di Airport Barcelona ni, urusan pemeriksaan kastam dan imigresen sungguh pantas dan lancar. Tiada pemeriksaan ketat macam pengalaman kami ke Australia dahulu (Tajaan AXN Asia). Kastam di sini macam kebanyakan kastam dinegara-negara lain, tidak terlalu ketat. Tidak lah sampai beg dibuka untuk dilihat dan diperiksa isi kandungan. Makanan-makanan segera yang kami bawa, tiada masalah untuk dibawa masuk di Barcelona ini.
Tips :
2 perkara perlu di buat sebelum keluar dari airport!!
- Ambil pamplet/brochure pelancongan
- Tukar simkad local
Selesai urusan pemeriksaan, kami terus ke kaunter Tourism Barcelona yang terletak di sebelah kanan diruang legar arrival hall. Kutiplah apa-apa yang berkaitan Barcelona.
Jangan lupa ambil pamphlet untuk tourist. |
Beli Sim Kad Murah di Barcelona
Pesanan Mat Drat, seeloknya beli local simkad sebelum keluar dari Airport. Jurujual disini pastinya mereka boleh berbahasa English, jadi senang nak berurusan. Takut di bandar nanti, pening pusing2 nak cari kedai telco dan penjual pula tak boleh berbahasa English. (Mat Drat kena di Paris)
Mat Drat beli 2 sim kad di kaunter jualan sim kad Lebara Móvil dengan harga €5 setiap satu. Dan top-up €10 kedua duanya. Rasanya cukup untuk penggunaan data dan call selama 4 hari disini. Di hotel pun dah ada disediakan Wi-fi.
Jangan lupa beli sim kad murah sebelum meninggalkan airport.
Akan mengambil masa sedikit untuk setting, maklumlah nak buat sendiri tak faham bahasa Spanish.
Nasib baik beli sim kad kat sini. Sim kad semuanya dalam Spanish.
Minta juru jual tu selesaikan setting sehingga dapat buat call pertama
dan data internet boleh digunakan.
Elok lah beli simkad jika di luar negara, jika diandaikan terpisah atau tersesat di negara orang ni… senang la nak berhubung di antara satu sama lain. Ni sebagai langkah berjaga-jaga.
Untuk lebih penjimatan untuk panggilan ke Malaysia, Mat Dart juga telah beli dan aktifkan Flexiroam pass untuk 3 hari di Barcelona. Memang jimat jika kita gunakan flexiroam ni di luar negara terutama jika kita perlu kerap kali hubungi keluarga di Malaysia. Flexiroam ni syarikat Malaysia yang menawarkan penjimatan panggilan telefon ke Malaysia apabila kita berada di luar negara. Maklumat berkaitan Flexiroam
Jangan lupa beli sim kad murah sebelum meninggalkan airport. |
Akan mengambil masa sedikit untuk setting, maklumlah nak buat sendiri tak faham bahasa Spanish. Nasib baik beli sim kad kat sini. Sim kad semuanya dalam Spanish. Minta juru jual tu selesaikan setting sehingga dapat buat call pertama dan data internet boleh digunakan. |
Transport Barcelona Airport ke City ( Airport Transfer)
Langkah seterusnya adalah mencari transport ke Barcelona City. Mat Drat hanya gunakan bas ke Barcelona dari Airport. Dari pembacaan, untuk ke Barcelona dari airport ni lagi senang gunakan bas berbanding gunakan tren.
Untuk ke Barcelona City, sebenarnya boleh pilih transport sama ada nak naik bas Aerobus, train Reffe atau pun teksi.
1. Bas Aerobus Barcelona
- Berlepas setiap 5 atau10 minit, ikut jadual.
- Berhenti di dua stesyen utama iaitu Plaza Espanya dan Placa Catalunya
- Masa perjalanan lebih kurang 25 minit ke Placa Espanya dan 35 minit ke Placa Catalunya
- Tambang hanya €5.90 sehala (€10.20 pergi balik – valid 15 hari).
- Ruang bagasi disediakan khas didalam bas, besar mana pun beg bagasi, Insyaallah boleh masuk.
- Bas ni lebih kurang macam bas ekspres KLIA – KL Sentral.
- Bas A1 utk perjalanan Terminal 1 – Placa Catalunya manakala
- Bas A2 utk perjalanan Terminal 2 – Placa Catalunya.
- Kalau dari Airport memang tidak menjadi masalah kerana bas akan ke Placa Catalunya, tapi jika dari Barcelona hendak ke Airport, pastikan betul2 nombor bas trsebut sama ada A1 atau A2
- Placa Catalunya adalah bersambung dengan La Rambla (destinasi utama pelancong di Barcelona)
Maklumat lanjut boleh klik website Aerobus
2. Tren Renfe
- Berlepas setiap 30 minit dari stesyen di Terminal 2
- Bas transit disediakan dari T1 ke T2
- Berhenti dibeberapa stesyen tapi untuk ke Barcelona City, elok berhenti di Psg De Garcia. Kira stesyen paling besar dan bersambung dengan lain2 public transport.
- Masa perjalanan ke Psg De Garcia (berhampiran Placa Catalunya) adalah lebih kurang 25 minit.
- Dari Psg De Garcia boleh sambung ke destinasi dgn underground train, bas atau teksi.
- Tambang adalah €4.10 sehala tetapi untuk jimat boleh gunakan tiket travel T10
3. Teksi
- Pilihlah teksi airport yang berwarna hitam kuning, jangan ambil limo pula.
- Tambang dari T1 lebih kurang €30 dan bergantung kepada destinasi.
- Sesuai untuk yang tak suka turun naik bas/train dan wang bukan faktor utama.
- Jangan risau kena caj mahal sebab jalan raya di Barcelona memang lancar. Kenderaan persendirian memang agak kurang mungkin kerana public transport mereka agak efficient dan integrated antara satu sama lain.
Untuk maklumat lanjut mengenai Airport dan Airport Transport, boleh baca di website Airport Info
Klook.com
Oleh kerana tak nak buang masa naik bas-transit dari T1 ke T2 jika memilih untuk menaiki train ke Barcelona City, maka kami pilih naik Aerobus sahaja. Bas pun memang sudah sedia menunggu, tak sampai 5 minit kami berada di dalam bas, bas pun bergerak. Tiket berharga €5.90 boleh dari pemandu sewaktu ingin menaiki bas.
Mat Drat mula buka map dan cari bus stop untuk bus route ke hotel penginapan kami.
- Di sini, bus tak berhenti sesuka hati.
- Bas hanya berhenti di bus stop yang telah ditetapkan.
- Kena perhatikan nombor bas-bas yang terdapat di bus stop, cukup jelas dan cukup membantu.
Pusing punya pusing dalam 10 minit, tak jumpa bus stop yang dicari.
- Betullah Psg De Garcia ni orang kata agak mengelirukan.
- Simpang dan bangunan yang hampir sama bagi kami mereka yang pertama kali di sini.
- Akhirnya kami terpaksa naik teksi dari sini ke Hotel penginapan kami.
Nak berbual banyak2 dengan driver teksi pun tak boleh sebab dia tak berapa fasih bahasa Inggeris. Nak bual lebih2 pasal Kelab Barcelona pun tak dapat. Dah seperti dijangka mereka memang kurang berbahasa Inggeris.
- 15 minit ke hotel penginapan kami, W Hotel Barcelona.
- Tambang teksi yang dikenakan adalah €12.
Dapat bilik yang cukup selesa dan menarik di W Barcelona ni dapatlah kami merehatkan diri sebelum memulakan sesi jalan jalan di sini.
Package ‘Wonderful room’ yang diberi kepada kami memang cukup selesa dan harga bermula dari €275/night (RM 1,200/malam). Untuk yang berhajat menginap disini, boleh booking di W Barcelona . Pelbagai pilihan bilik lain dan pastinya dengan harga berbeza.
Booking.com
Hotel pilihan ramai di Barcelona
3 Star Hotel - pilihan ramai
Hotel Budget / Hostel - Untuk backpakers
5 Star Hotel - antara yang paling disukai
1. Sagrada la Famila
2. La Rambla
3. Market Boqueria
4. Park Guell
5. Stadium Nou Camp - Stadium Barcelona
6. Montjuic Castle & Cable Car
7. Placa Catalunya
8. Casa Batlo / Casa Mila
9. Barceloneta Beach
10. Columbus Monument / Mirador de Colom
11. Port Vell
12. Magic Fountain
13. Picasso Museum
14. Dali Museum
15. Flamenco Show
Item 1-10, memang masuk dalam itinerari trip Mat Drat.
Sebenarnya semua tempat tu memang Mat Drat nak pergi tetapi kekangan masa tidak dapat ke semua tempat.
Montjuic Castel lain pulak, mmg termasuk dalam senarai dan untuk dilawati tetapi keluar pagi tu mmg nak ke situ berlaku sesuatu, terpaksa cancellkan.
Tempat-tempat menarik yg Mat Drat pergi ni Mat Drat share detail di entry-entry berikutnya..
Klook.com
Okey...bersambung di entry berikutnya....kami ronda-ronda di petang hari pertama
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Klook.com
Kad Travel T10 Barcelona
- T10 adalah tiket public transport yang boleh digunakan untuk menaiki metro train / train Renfe (zon 1 sahaja) / bas / tram) sebanyak 10 kali penggunaan.
- Berbaloi jika kita akan naik lebih 3 kali pengangkutan awam
- Harga adalah €9.95
- Berbanding harga tiket individu adalah €2.15 sekali naik, jadi kita save €11.55 untuk 10 kali penggunaan dengan tiket T10 ini. Kalau dalam RM dah hampir RM50 tu!
- Barcelona City ke Airport dikira zon 1 untuk Train Renfe
- Kebanyakan tempat menarik di Barcelona adalah dalam zon 1
- Penggunaan di metro train dan bas dikira 1 kali penggunaan jika digunakan dalam masa 1 jam 15 minit. Maknanya kita naik metro train (bersambung/bertukar train juga boleh) dan tukar ke bas pula masih dikira satu perjalanan.
- Jika keluar dari station metro dan masuk semula, akan dikira 1 perjalanan baru. Jadi dalam interchange station, pastikan ikut pintu yang betul ke next train. Kalau dah keluar, kena touch semula untuk masuk. Kira rugi satu perjalanan.
Info lebih boleh baca di sini T10 Ticket
Perjalanan dari Airport Barcelona ke Hotel
Ikut signboard sama ada nak menaiki tren atau bas |
Oleh kerana tak nak buang masa naik bas-transit dari T1 ke T2 jika memilih untuk menaiki train ke Barcelona City, maka kami pilih naik Aerobus sahaja. Bas pun memang sudah sedia menunggu, tak sampai 5 minit kami berada di dalam bas, bas pun bergerak. Tiket berharga €5.90 boleh dari pemandu sewaktu ingin menaiki bas.
Semasa di dalam bas, kami terserempak dengan seorang brother dari Malaysia. Mat Drat ingatkan brother ni dari negara arab ke apa... hilang sikit muka melayu dia. Seronok sebenarnya kalau dapat jumpa orang Malaysia di negara orang, lagi lagi kalau negara tu tak ramai pelancong dari Malaysia. Brother ni nama dia zaimi, tengah buat ‘kembara solo’ ala ala backpacker keliling dunia. Dah berbulan dia mengembara. Banyak gambar2 menarik di negara yang dia lawati. Tak silap Mat Drat, dia baru selesai pusing2 negara Afrika dan sekarang nak pusing2 Europe pula dan balik Malaysia sebelum Ramadhan tiba. Kira Barcelona destinasi pertama dia di Spain n Europe untuk trip dia kali ni.
Best ooo pusing2 dunia, janji duit penuh kat poket. Respect la lu bro…. sekarang pun dia dah jadi rakan FB Mat Drat.
Best ooo pusing2 dunia, janji duit penuh kat poket. Respect la lu bro…. sekarang pun dia dah jadi rakan FB Mat Drat.
Lebih kurang 35 minit, bas pun sampai di Placa Catalunya dan kami tak bercadang nak pusing-pusing buat masa ni. Hajat hati nak terus ke hotel dan berehat hilangkan letih dahulu. Maklumlah jam dah hampir pukul 4ptg (10 malam waktu Malaysia), keletihan sudah mula terasa.... sangat terasa.
Mat Drat mula buka map dan cari bus stop untuk bus route ke hotel penginapan kami.
- Di sini, bus tak berhenti sesuka hati.
- Bas hanya berhenti di bus stop yang telah ditetapkan.
- Kena perhatikan nombor bas-bas yang terdapat di bus stop, cukup jelas dan cukup membantu.
Guna google map untuk cari bus stop nak ke hotel |
Pusing punya pusing dalam 10 minit, tak jumpa bus stop yang dicari.
- Betullah Psg De Garcia ni orang kata agak mengelirukan.
- Simpang dan bangunan yang hampir sama bagi kami mereka yang pertama kali di sini.
- Akhirnya kami terpaksa naik teksi dari sini ke Hotel penginapan kami.
Taxi hitam kuning ni cukup banyak di Barcelona |
Nak berbual banyak2 dengan driver teksi pun tak boleh sebab dia tak berapa fasih bahasa Inggeris. Nak bual lebih2 pasal Kelab Barcelona pun tak dapat. Dah seperti dijangka mereka memang kurang berbahasa Inggeris.
- 15 minit ke hotel penginapan kami, W Hotel Barcelona.
- Tambang teksi yang dikenakan adalah €12.
- Teksi memang banyak dan cukup mudah untuk didapati.
- Kebanyakan taxi di sini menggunakan kereta jenama Spain sendiri iaitu "SEAT". Cukup kuat jati diri mereka seperti di Korea (Trip Tajaan Astro)
4 hari kami di Barcelona, kami tak merasai kesesakan jalan raya langsung. Transport utama mereka di sini adalah teksi, bas, train, tram, basikal dan motorsikal.
Boleh rujuk sini untuk artikel INSIDR mengenai PUBLIC TRANSPORTATION BARCELONA

W HOTEL BARCELONA
Kami sampai di W Barcelona Hotel jam di tangan menunjukkan telah 4:30pm waktu tempatan.
Masa check-in, awek receptionist yang cantik tu tiba-tiba begitu excited bila tahu kami dari Malaysia.
Dengan berkobar kobar dia bagi tahu nama dia ”Alexandra xxxxx, means “kasih” in Bahasa”. Rupanya mak dia lahir di Kuala Kangsor. Excited dia cerita macam macam. Mat Drat pun terpaksa la layan pasal Malaysia n Perak. Dah letih dan mengantuk la katakan.

Sempat juga si Kasih ni bertanya “Come here for Barcelona game?”
Dengan berkobar2 nye pula Mat Drat menjawab “Yup, 18 hours from Malaysia just to watch this last game and to celebrate together with Messi”………
Okey...sebenarnya sewaktu Mat Drat dimaklumkan akan diberi penginapan di W Hotel Barceolona, terus Mat Drat cari sikit info dan gambar. Sangat-sangat seronok di beri hotel ni... satu malam dalam RM 1,500++ je.... ha ha ha
Masa lihat gambar W Hotel Barcelona ni, teringat Hotel yang cukup mewah di Dubai tu....Burj Al Arab.
Bentuk ada lebih kurang sama...lokasi pun di atas laut yang ditambak...okey sangat dah....

Tersergam W Hotel Barcelona Sumber : FB W Hotel Barcelona |
Lokasi W Hotel Barcelona yang seakan di atas laut Sumber : FB W Hotel Barcelona |
Akhirnya... dapat sampai ke sini W Hotel Barcelona Sumber : FB W Hotel Barcelona |
Langkah pertama masuk bilik, terus call anak2 di Malaysia. Ini pun dah kira lewat sebab 5pm disini, di Malaysia dah 11 mlm. Rupa-rupanya anak2 masih menunggu panggilan pertama dari kami walau pun telah 11 malam di Malaysia.
Dapat bilik yang cukup selesa dan menarik di W Barcelona ni dapatlah kami merehatkan diri sebelum memulakan sesi jalan jalan di sini.
Pandangan dari bilik. Cantik dan menenangkan. TQ Qatar Airways untuk penginapan yang awesome ini! |
Pemandangan laut Mediterranean yang terbentang luas…. sungguh mengasyikkan terutama waktu maghrib dan sebelum subuh. |
Booking.com
HOTEL PILIHAN LAIN DI BARCELONA
Mat Drat senaraikan beberapa hotel di sekitar Barcelona mengikut 4 kategori kat bawah ni :
3 Star Hotel - pilihan ramai
Hotel Budget / Hostel - Untuk backpakers
Atau boleh klik 👉👉 Senarai Hotel di Barcelona
TEMPAT MENARIK DI BARCELONA
Kalau lihat senarai tempat menarik di Barcelona yang disenaraikan oleh Expedia, Tripadvisor dll.... kebanyakanya adalah hampir sama yg disenaraikan...
Jadi apa yang Mat Drat senaraikan pun hampir sama juga la dgn senarai Expedia atau pun Tripadvisor.
Antara tempat-tempat yang menjadi pilihan pelancong di Barcelona.
1. Sagrada la Famila
2. La Rambla
3. Market Boqueria
4. Park Guell
5. Stadium Nou Camp - Stadium Barcelona
6. Montjuic Castle & Cable Car
7. Placa Catalunya
8. Casa Batlo / Casa Mila
9. Barceloneta Beach
10. Columbus Monument / Mirador de Colom
11. Port Vell
12. Magic Fountain
13. Picasso Museum
14. Dali Museum
15. Flamenco Show
Item 1-10, memang masuk dalam itinerari trip Mat Drat.
Sebenarnya semua tempat tu memang Mat Drat nak pergi tetapi kekangan masa tidak dapat ke semua tempat.
Montjuic Castel lain pulak, mmg termasuk dalam senarai dan untuk dilawati tetapi keluar pagi tu mmg nak ke situ berlaku sesuatu, terpaksa cancellkan.
Tempat-tempat menarik yg Mat Drat pergi ni Mat Drat share detail di entry-entry berikutnya..
ITINERARI BARCELONA 4H3M
Untuk yang plan itinerari, boleh lihat itinerari yang Mat Drat study dan plan sendiri.
Macam Mat Drat bagi tahu, Qatar Airways bagi 4H3M je untuk hotel. Jadi intinerari ni untuk
- 4H3M
- Menggunakan public transport ( bas dan tren)
Mat Drat rasa cukuplah 3 hari pusing Barcelona, pergi tempat 'must visit places' yang dicadangkan oleh beberapa laman web travel.
Sebenenarnya Mat Drat hanya ada 2 hari sahaja untuk berjalan-jalan di Barcelona sebab Day 1 dah kepenatan 18 jam dalam flight KL - Barcelona. Day 4 pula bersiap-siap nak ke Paris.
Ini itinerari yang Mat Drat rancang.

Day 1
02:30 pm - Tiba di Airport Barcelona 🛬
04:30 pm - Check In
06:30 pm - Barceloneta Beach
07:30 pm - Port Vell
08:30 pm - Dinner (Tapau instant)🍝
09:00 pm - Rest n zzzzz
Day 2
07:30 am - Breakfast (Hotel)
09:30 am - Sagrada Famila
11:00 am - Casa Mila, Casa Batlo, Casa Amatler
12:00 pm - Psg De Garsia
01:00 pm - Placa Catalunya
01:30 pm - Lunch di La Rambla di Aroma Restaurant 🍝
02:30 pm - La Rambla / Marcet de Borquiera
05:00 pm - Columbus Monument
05.30 pm - Boat Cruise Port Vell
08:00 pm - Dinner ( tapau kebab dari La Rambla) 🍝
09:00 pm - Rest n zzzzzz
Day 3
07:30 am - Breakfast (Hotel)
10:00 am - Park Guell ( beli tiket )
02:00 pm - Nou Camp Stadium
04:30 pm - Park Guell
08:00 pm - Dinner (La Rambla) 🍝
08:00 pm - Dinner (La Rambla) 🍝
* Day 3 ni yang actual. Masa hilang banyak ke Park Guell sebab naik train dan perlu menapak agak jauh, tiket pula tak ada, kemasukan terawal 5 jam berikutnya.
Plan nak ke Montjuic Casttle terpaksa dibatalkan kerana masa suntuk.
Day 4
06:30 am - Breakfast (Hotel)
07:00 am - Check Out. Naik bas dari Placa Catalunya ke Airport.
09:00 am - Airport Barcelona
11:00 am - Check in Easyjet ke Paris 🛫
Okey...bersambung di entry berikutnya....kami ronda-ronda di petang hari pertama
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.