Wednesday, 27 April 2016

Cuti Cuti ke Paris : Transport Paris to CDG Airport



sambungan dari entry sebelum ni....
👉👉 Percutian ke Paris : Day 3 Musee de Louvre


................................................................................................................
Edited  2018 :
Baca perkongsian terbaru Mat Drat jika ingin melancong atau bercuti ke Paris.
Perkongsian ni agak detail dan juga ada info-info terbaru. 

👉👉 Percutian Ke Paris - Tips dan Panduan Melancong

👉👉 Cara nak dapatkan Tax Refund di Paris (VAT)
................................................................................................................


Day 3... hari terakhir kami di Paris.

Pagi tadi kami dah selesai ronda-ronda buat kali terakhir di Paris. Sempat ke Musee De Lourve, Jardine Des Touleries dan akhir sekali ke Placa De La Concorde.

Dari station metro Concorde kami terus ke station metro Marcedet-Passionior untuk balik ke hotel. 

Kami singgah untuk kali terakhir di restoran Grec Algerian dan kali ni kami pilih menu lain sikit... set makanan Algeria sendiri. Rupanya set hidangan ni banyak sangat olive, tak dapat kami makan...  Jadi terpaksa order set lain.

Kemudian kami terus ke Hotel Victoria untuk mengambil beg yang kami tinggalkan pagi tadi semasa check-out. Beg kami tinggalkan di sebelah kaunter pendaftaran, dan ditinggalkan disitu lebih kepada dasar percaya kepada pihak hotel dan juga tetamu hotel lain. 

Beg yang ditinggalkan tidak di "tag" dan hanya diletak di sebelah kaunter. Kiranya mereka hanya tengok-tengok macam tu je beg kita. Semasa kami ingin ambil beg-beg kami, terdapat beberapa beg-beg dari tetamu hotel lain juga, berkemungkinan dari 2-3 couple yang lain. 

Jadi kalau tinggalkan beg yang tidak diletakkan di dalam bilik khas, pastikan barang-barang berharga tidak diletakkan di dalam beg tu. Kalau nasib tak baik, boleh tertukar atau ada yang panjang tangan... memang tak dapat balik la beg tu.


Kami ambil beg dan terus ke station metro untuk ke CDG Airport.

Paris ke Airport CDG


  • Dari station metro Marcedet Passionier kami perlu turun di station Gare du Nord 
  • Kemudian seambung perjalanan menggunakan train RER B ke CDG Airport.
  • Station Gare du Nord ni antara station yang terbesar dan tersibuk di Paris. Kira super station la. 
  • Orang memang ramai terutama selepas waktu kerja. Kami tiba di sini dalam pukul 4 petang, jadi memang sangat sibuk. 
  • Tren RER B tiba di station Gare du Nord, tren sudah hampir penuh. 
  • Kami hanya dapat duduk selepas tren berhenti di beberapa station. Sama seperti perjalanan dari CDG Airport ke Paris tempoh hari.
  • Perjalanan dari station Gare du Nord ke CDG Airport  ambil masa lebih kurang 45 minit. 


Tiket RER B

Di Gare du Nord ini, saya terpaksa beratur panjang di mesin tiket dan jadi kelam kabut apabila duit kertas tak diterima di mesin ini. Nak jadi cerita, semua syiling memang saya dah hampir habiskan sewaktu bayar makan tengah hari tadi. Jadi yang tinggal adalah duit kertas. 

Agak malang, mesin tiket di sini tidak terima pulak duit kertas, hanya terima duit syiling dan kad kredit. Kad kredit pula hanya kad yang mempunyai chip dan nombor pin. Jadi kad kredit yang saya bawa walau pun telah diaktifkan untuk penggunaan oversea, tidak dapat digunakan di mesin tiket ini. Dah beratur panjang... tapi tak boleh beli tiket pulak.


Saya perlu cari alternatif untuk dapatkan tiket dengan membeli di kaunter tetapi pusing-pusing, tak jumpa juga kaunter jualan tiket manual. Dengan suasana kat station ni yang agak hiruk pikuk dan orang bertali arus....nak mencari pun pening. 

Akhir sekali beratur semula, dan cuba beli menggunakan kad debit, Alhamdulillah berjaya juga kami dapatkan tiket ke CDG Airport. Tak sia-sia saya aktifkan juga kad debit saya untuk penggunaan di oversea. 


TIPS : 
Pastikan bukan hanya satu kad kredit atau kad debit yang didiaktifkan untuk transaksi luar negara. Kad kredit tanpa nombor pin tidak boleh digunakan di mesin tiket di station metro di Paris. Kad debit ATM (Mastercard / Visa) yang kita gunakan untuk keluarkan duit mempunyai 6 digit pin nombo, jadi aktifkan dan bawa sekali ke sini.



.


.







CDGVAL (Terminal 2 ke Terminal 1)

  • Di CDG Airport, tren RER B akan berhenti di Terminal 2. 
  • Untuk penerbangan antarabangsa yang kebanyakkannya menggunakan Terminal 1, kita perlu naik tren antara terminal yang disediakan atau di kenali dengan nama CDGVAL ke Terminal 1.  
  • Tren ni memang tak ramai orang jadi tidak perlu menunggu lama. 
  • Lebih kurang macam tren di KLIA yang menghubungkan Terminal Utama (Departure Hall) ke  Terminal Satelite (Pelepasan Antarabangsa). Cuma di sini, tren tidak penuh seperti menaiki tren di KLIA.


Di dalam tren CDGVAL. Tak sampai 5 minit perjalanan, jadi kami berdiri je.


CDG Airport

Kami sampai di sini agak awal, kaunter check-in masih belum di buka. Jadi terpaksa la menunggu hampir satu jam sebelum kaunter check-in di buka. Sementara menunggu kaunter check ini di buka, saya pusing-pusing sekejap di area terminal ni dan tinggalkan wife sekejap.

Sampai semula kat wife, dia kata ada seorang lelaki Malaysia minta dia jagakan beg sebab lelaki tu nak ke toilet sekejap. 

Saya cakap lain kali hati-hati, kat Airport ni macam-macam orang boleh buat terutama kalau orang minta jagakan beg. Kalau orang minta bawakan beg, jangan sekali-kali tolong.





Tak pasal-pasal kena jaga beg lelaki tu...



Lelaki tu sampai.... macam ku kenal je lelaki ni. 
Rasanya macam pelakon atau penyanyi dia ni.



Peramah dan cukup bersopan lelaki sorang ni, dia sampai-sampai je terus minta maaf sebab lambat sikit. Dan minta maaf juga sebab minta wife saya tengokkan beg dia, katanya tak jumpa orang Malaysia lain. 

Dalam masa otak saya cuba nak proses maklumat dan cuba recall siapa dia ni (muka macam kenal), dia terus hulurkan tangan sambil kenalkan diri.... saya Ikram Dxxxxx". Saya pun kenalkan la diri jugak...

Kemudian saya pun tembak satu soalan untuk pastikan dia ni seorang pelakon 
"Datang sini bercuti ke shooting?"... Dia kata shooting untuk satu rancangan tv"


Maaf bang, saya nak keluar sekejap ye, nak 'asapkan' vape sekejap. Kata dia.
Saya pun offerkan lah diri untuk jaga beg dia sekejap....

Sempat saya cakap kat wife, tengok drama melayu pun tak kenal ke siapa pelakon ni... apa daa....
Wife jawab selamba je "sebab dia ni jarang berlakon". Mungkin la kot betul jwpan wife saya.


Sambil si Ikram menge"vape", sempatlah saya google "artis Ikram". Dan keluarlah nama Ikram Dinzly. Sempatlah saya baca 2 3 artikel. Dan baru saya tahu... nama dia Ikram Dinzly.

Bila dia sampai semula, baru la saya boleh berbual dengan dia.... kononnya tahu macam-macam pasal dia....

Dari cerita pasal awek dia... pasal filem....drama... bersangkut ke cerita ekonomi dan politik. Dia datang sini bersama beberapa orang artis dan crew termasuk Nabila Huda utk satu program, tapi dia terpaksa balik awal sebab ada shooting lain. Yang lain mungkin sehari dua lagi di Paris.

Banyak-banyak cerita, bab ekonomi dan politik paling seronok berbual dengan dia. Sampai boleh berlawan hujah... Dalam hati, bukan artis tak tahu apa dia ni rupanya, cakap pasal ekonomi dan politik bukan cakap kosong, ada point....

Akhirnya dia kata, jom kita minum la.... lagi seronok berbual.... lama juga kami berbual, hampir sejam sebelum pergi minum.


Terima kasih Ikram untuk coffee dan cake.....


Sebelum berpisah... sama flight tapi lain-lain kaunter check-in.


Lepas minum kami terus ke kaunter check-in. Memandangkan kami terpaksa check-in di kaunter yang yang berbeza... ambil gambar dulu la sebelum masing-masing berpecah....

Lounge Business Class CDG Airport - France Airline

Selepas check-in dan seleps melepasi kaunter imigresen dan kastam, kami terus ke Lounge Business Class sementara menunggu flight kami.

Oleh kerana Malaysia Airline  menyertai pakatan One World, jadi kami terpaksa la menumpang Lounge Air France. Qatar Airways juga tidak mempunya Business Lounge di CDG Airport, jadi terpaksa la meumpang Lounge orang lain. Penerbangan Paris - Kuala Lumpur, mengguankan kod sharing... MAS dan Qatar Airways.

Lounge di sini agak kecil berbanding Lounge MAS di Kuala Lumpur International Airport. Kalau bandingkan dengan Lounge di Doha Airport, lagi la jauh beza. Makanan di sini agak simple dan variasinya agak kurang. Kami nak makan pun tersangat la was-was. jadi kami hanya minum sahaja dan makan buah-buahan.

Tak sampai satu jam kami di sini, panggilan untuk penerbangan kami kedengaran dan kami terus ke boarding gate.


Flight kami ke DOHA, QATAR dijadualkan pada jam 10.20 malam dan akan tiba pada jam 5,50 pagi (waktu Doha)

bye-bye Paris..... 

... bersambung.... Doha Pulak





Entry-entry Trip Paris ini



Day 1 - Part 1




Percutian Melancong ke Paris Tempat Menarik

Day 1 -Part 2

Jalan Jalan ke Paris : Eiffel Tower dan Sacre Coeur

Day 2 - Part 1






Day 2 - Part 2



Day 3 - Part 1

  


Day 3 - Part 2











~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡









No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.