dari entry sebelum.... 👉👉 Percutian ke Barcelona - Day 2 (Part 1)
Jam dah 1pm lebih, dari Plaća de Catalunya kami akan teruskan aktiviti “menapak” ke La Rambla dan akan meneruskan penjelajahan kami ke Columbus Monument dan juga Port Vell untuk menaiki cruise.
Destinasi ke-3 : La Rambla - Pusat Tumpuan Pelancong
La Rambla... sentiasa dipenuhi pengunjung dan pelancong |
- La Rambla ni merupakan satu lokasi tumpuan pelancong jika ke Barcelona.
- La Ramblas bermula dari Plaća de Catalunya di sebelah utara
- Berakhir 1.2km ke selatan di Columbus Monumen.
- La Rambla ini juga membahagikan dua kota lama, di sebelah kanan iaitu Raval, manakala di sebelah kiri pula adalah Barri Gothic.
Kami akan menapak dari Plaća de Catalunya hingga ke Columbus Monument dan seterusnya ke Port Vell.
- Sedikit sejarah mengenai Las Rambla boleh baca di website History of La Rambla .
- La Rambla ini dari perkataan arab. Sepanyolkan pernah dikuasai oleh empayar Islam.
- Elok baca sedikit mengenai sejarah La Rambla, baru kita lebih menghayati sejarah apabila melalui La Rambla nanti.
- La Rambla ini dari perkataan arab. Sepanyolkan pernah dikuasai oleh empayar Islam.
- Elok baca sedikit mengenai sejarah La Rambla, baru kita lebih menghayati sejarah apabila melalui La Rambla nanti.
- Di kiri kanan, serta ditengah-tangah laluan La Rambla ini terdapat pelbagai kedai souveniour dan cafe. Souveniour di sini, harganya tak banyak beza diantara satu sama lain. Apa yang saya perasan, kebanyakan kedai souveniour di sini dimiliki oleh peniaga dari India.
La Ramblas bermula dari Plaća de Catalunya di utara dan menyusuri sejauh 1.2km ke selatan sehingga ke Columbus Monument di selatan dan seterusnya ke Port Vell |
Tempat tumpuan pelancong, pastinya harga sedikit berbeza.
Selain gerai di tengah-tengah laluan ini,
terdapat banyak kedai souveniour di kiri dan kanan jalan
|
Di sini, pelancong terlalu ramai, jadi hati-hati dengan penyeluk saku professional yang dikatakan cukup mahir . Beg atau hand bag, seeloknya diletakkan di hadapan dan sentiasa berwaspada dan bagi lelaki, dompet juga elok diletak dipoket depan. Beringat sebelum kena!
Makanan Halal di Barcelona
- Mencari makanan halal di sini rasanya tiada masalah.
- Di sepanjang La Rambla ini sahaja terdapat 3 restoran halal yang Mat Drat perasan.
- Ada dua buah Restoran Aromas de Istanbul dan satu kedai kebab.
- Di lorong-lorong belakang (Raval) rasanya ada juga beberapa restoran halal sebab di situ terdapat sebuah 'masjid'.
Aromas de Istanbul... pilihan makanan halal |
Dalam Restoran Aromas de Istanbul.
|
Memang pilihan utama makanan halal di Barcelona |
Menu Pilihan |
Selang beberapa kedai dari Restoran Aroma de Istanbul ni ada satu kedai kebab, harga hanya dalam €7-€10 sahaja setiap satu, dan makan 2 orang pun kenyang untuk satu kebab tu (perut saiz kami berdua la) . Tak sempat nak ambil gambar kedai tu
Restoran L’Esglao ni jual hidangan istimewa “Tapas”, ada tulis “Halal” di depan pintu tapi kami sedikit was-was. Tapas adalah hidangan tradisional Spain bersaiz kecil. |
Masjid di Barcelona (La Rambla)
- Berhampiran La Rambla ni ada satu masjid, Masjid Tariq Ibn Ziyed.
- Terletak di Calle San Rafael 10 (boleh tengok di google map), di area Raval.
- Jika kita dari utara, ia terletak di sebelah kanan La Ramblas.
- Jadi nak bersembahyang atau bersolat di Barcelona boleh ke sini selain balik ke bilik hotel.
- Kami tidak bersolat di masjid ini, tetapi solat Jama’ di hotel memandangkan waktu maghrib masuk agak lewat (9pm)
Masjid Tariq Ibn Ziyed.
Walau pun namanya 'masjid' tapi hanyalah di lot kedai sahaja.
|
Dari La Rambla, belok ke kanan... dan ada lorong kekiri |
Perlu menyusuri jalan yang agak sunyi dan agak kedalam sikit dari La Rambla.
|
Souvenior Murah di Barcelona
Rata-rata kedai di sini menjual key-chain dan fridge magnet di dalam lingkungan €3-€4 setiap satu. Kalau beli satu atau dua tak jadi masalah, tapi kalau beli dalam kuantiti banyak untuk buah tangan, rasanya perlu beli di tempat lain dengan harga lebih murah.
Menarik... replica kapal layar hanya dlm EUR 14 shj. |
Salah satu kedai souvenioir. Cantik dan harga murah. |
- Di La Ramblas ni, terdapat satu kedai India di hujung selatan yang menjual barangan dengan harga agak murah.
- key-chain dan fridge magnet dijual dalam €2-€2.50 setiap satu.
- Selain beli fridge magnet, Mat Drat juga membeli beg luggage FC Barcelona dengan harga hanya €32.
- Kedai ini 2 lot saiznya, jadi agak besar berbanding kedai-kedai lain.
- Jersey Barcelona FC di area sini dijual dalam lingkungan €25-€30 sehelai.
- Jersey ini semua adalah jersey Official FC Barcelona tetapi bukanlah standard jersey original yang pemain pakai.
- Kualiti rasa macam lagi bagus yang Thailand punya.
- Rugi lak rasanya beli 3 helai kat sini yang harga €25 satu tu. Beli yg siam punya pun baru dlm RM 60, dah dpt mcm kualiti gred AAA.
- Tapi kalau nak yang original dan official jersey boleh dibeli di stadium Camp Nou tapi harga €99 ke atas. Saya pergi, berani pegang je.... Jersey dengn cetakan nombor dan nama Messi berharga bermula €129
Jangan tak percaya, di tengah-tengah La Rambla Barcelona ni ada butik pasukan musuh tradisi mereka, Real Madrid!. Butik ni 2 tingkat dan harga jersey di sini dari €99 ke atas (ikut nama player).
Destinasi ke- 4 : Pasar Boqueria / Mercet de la Boqueria
Jika mempunyai masa terluang, singgah la ke pasar Pasar Boqueria atau dalam Bahasa Spain di sebut Mercet de la Boqueria. Ia merupakan pasar lama yang dikekalkan. Di sini macam-macam ada, yang paling best buah-buahannya segar-segar. Yang tak berapa best, barang-barang basah juga banyak. Kami masuk di area menjual buah-buahan sahaja untuk beli buah dan keluar semula.
Pintu gerbang ke Mercet de la Boqueria... di hujung La Rambla |
Memang bertuah , masa kami datang ke Barcelona, buah-buahan tempatan tengah banyak |
Colourful dan menarik mereka susun...murah-murah. Hanya dalam €1 - €2 sahaja per cup |
Buah-buah dijamin segar.... fresh dari ladang |
Artis-artis jalanan unik di La Rambla
Di hujung Las Rambla ini kita boleh jumpa ramai artis-artis jalanan yang menggayakan pelbagai aksi untuk menarik pengunjung. Kalau nak bergambar dengan mereka, letak la token sikit sebagai menghargai kekreatifan dan usaha mereka, sebab ini lah tujuan mereka. Paling kurang letak la €1 sebagai tanda menghargai usaha mereka.
Antara gaya unik artis-artis di La Rambla;
Bersama Galileo meneropong ke langit biru. Bagi €1 lepas tu bolehlah bergambar denagn 'patung-patung" ni. |
Sanggup perempuan belakang tu hijaukan keseluruhan badan sendiri |
Tak patut geng ni.... sorang je hulur duit, tapi semua nak bergambar, berkali-kali pulak tu |
Bergaya macam patung tak bergerak demi sesuap nasi. Ini seorang perempuan tua |
Sekali pandang macam patung je |
Bila dah habis layan artis-artis ni, maknanya kita dah berada di penghujung La Ramla. Dalam 100 meter kehadapan, akan bertemu pula Columbus Monument dan seterusnya Port Vell
Destinasi ke-5 : Columbus Monument
Columbus Monument |
Kalau sampai di roundabout dan nampak tugu ni, inilah dia Colombus Monument.
Di Columbus Monument ni tak ada apa-apa yang istimewa sangat pun, cuma tugu di tengah roundabout tu sahaja. Oleh kerana dari Las Rambla nak ke Port Vell kena menempuhinya dahulu, jadi ambil la peluang bergambar di sini. Tak hebat sangat la si Columbus ni sebab Sepanyol tak pernah menjajah Tanah Melayu.
Destinasi ke-6 : Boat Cruise di Port Vell
Port Vell merupakan pelabuhan dan juga terminal untuk feri serta kapal-kapal persiaran di Barcelona.
Dari Columbus Monument ke Port Vell, kita akan melalui beberapa khemah yang menjual barangan-barangan antik, yang kebanyakannya memang barang-barang lama seperti duit syiling dan barang-barang yang ditemui dari kapal-kapal lama.
Berkenan dengan chess set ni, memang rare…. |
Harga boleh tahan juga. Penjual melarang ambil gambar di kedai dia. |
Kalau nak merasai boat cruise di perairan Port Vell ni, terus ke Las Golondrinas dan pilih sama ada nak naik boat atau kapal layar, harga berbeza. Kami naik boat kerana harga lebih murah, hanya €7 seorang dan masa cruise selama 45 minit.
Tak sepenuh masa naik boat cruise di Seine River, Paris. Mungkin sebab kami punya adalah trip terakhir untuk petang ini. |
Pelancong tak ramai, nak minta ambilkan gambar pun tak ada orang |
Menikmati keindahan Barcelona dari terusan
Antara kapal cruise yang sedang berlabuh. Titanic pun rasanya tak besar macam ni. |
Nun di belakang, W Barcelona Hotel |
Selesai boat cruise kami |
Video semasa boat cruise saya kongsikan di entry berikutnya
Selesai ber boat cruise, badan sudah terlalu penat. Kami cadang untuk balik ke hotel dahulu. Kami kena berjalan kaki sehingga ke Museum Historica sebelum menaiki bas dari sana untuk ke hotel.
Rupa-rupanya nak sampai ke Museum Historica yang kurang 500 meter itu mengambil masa yang lama kerana asyik melihat pemandangan senibina bangunan dan melihat aktiviti-aktiviti di sepanjang Port Vell ini.
Port de Barcelona. Bangunan zaman bila tak tahu, terserlah keunikannya. |
Santai je jalan-jalan di sini sambil di tiup angin laut. |
Santai je jalan-jalan di sini sambil di tiup angin laut. |
Arca ni menarik … Sape la rajin ukir macam ni. |
Berhampiran Port Vell ni pemandangan memang agak cantik dengan bangunan-bangunan lama dan juga bot-bot berlabuh. Terdapat juga satu kawasan park untuk bersantai.
Port Vell |
Kawasan bersantai di area Port Vell. |
Kami pun tumpang sekaki berehat sambil menikmati angin dari laut Mediterrenean sebelum menyambung perjalanam ke hotel. |
Mengikut itenerary asal, petang ni kami akan ke stadium Nou Camp. Memandangkan perlawanan FC Barcelona dah berlangsung semalam, jadi petang ni kami agak free. Kami ke hotel untuk solat Dzuhur dan Asar dahulu dan akan keluar semula untuk berjalan-jalan sahaja ditepi pantai Barceloneta untuk tutup jadual hari ni.
~mat-drat~
Entry Lain Trip kami ke Barcelona
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.