ABOUT ME

ABOUT ME



Assalamualaikum dan salam kenal dari saya...... Mat Drat. 

mat-drat.blogspot.com adalah blog di dalam Bahasa Melayu yang menjadi medium untuk saya berkongsi tentang info dan tips perjalanan dan percutian. 

Blog ini juga sebagai medium untuk saya berkongsi pengalaman saya bercuti di dalam dan di luar negara.

Mula terlintas untuk menulis dan berblog terutamanya mengenai travel dan percutian ini ketika sedang 'bersantai' sewaktu menikmati sunset semasa river cruise di Seine River, Paris di dalam Trip Barcelona - Paris - Doha saya. Masih ingat lagi agak sukar mencari info dari blogger mengenai Percutian Barcelona di dalam Bahasa Malaysia. Di Paris ini mula berangan-angan ingin memiliki blog dan beberapa bulan selepas itu baru 'hajat' memblogging tercapai.

Saya bukanlah 'kaki travel' sebenarnya tetapi Allah berikan rezeki dan kesempatan kepada saya untuk beberapa tahun kebelakangan ini melawat beberapa negara yang saya sendiri pun tidak terlintas sebenarnya.

Selain berkongsi mengenai travel dan percutian, saya juga berkongsi tips dan info berkaitan kewangan di blog saya..... www.sayangwang.com

Harapan saya, sedikit perkongsian saya ini dapat memberikan sedikit maklumat dan panduan, moga-moga ia bloleh digunakan oleh pembaca. Seperti mana saya membaca blog sebelum bercuti, saya juga mengharapkan blog saya ini memberikan manfaat kepada pembaca.


Untuk menghubungi saya, boleh follow saya di Google+ atau email saya di matdrat76@gmail.com.

~Mat Drat~
 

15 comments:

  1. Alhamdulillah, terima kasih, banyak info jalan-jalan boleh rujuk kat blog ini.

    ReplyDelete
  2. Salam...saya nak minta tolong bagi contact tourist guide ke Kundasang utk 4hari 3malam boleh?saya akan anjurkan family day ofis saya bulan November nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf, kali pertama dan kali ke-3 saya kesana .... saya tak guna tourist guide. Trip ke dua tu, saya dah tak ada contact nombor ejen tersebut

      Delete
  3. Replies
    1. Salam kenal Bro. Otai n top blogger ni. Saya newbies 😊. Sangat berbeza hati... (maksud tukar bloglist pun Tak faham lagi 😁)

      Delete
    2. okey.. dah tahu maksud bloglist... hi hi hi. Nanti saya masukkan dlm senarai (nak buat bloglist juga la)

      Delete
  4. blog bagus sebagai rujukan...kerja apa yea??umrah haji dh pegi ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq.... kerja yg memerlukan saya travel sesekali, lebih kurang 4-5 bulan sekali.

      haji masih menunggu duit cukup dan menunggu panggilan dan menunggu anak2 besar. Umrah Insyaallah next few month kesana lagi.... Kalau Ada rezeki

      Delete
  5. Hi Abg Mat Drat..sy newbie dalam blog lagi..terinspirasi nak tulis blog macam abg juga!..huhu..doakan sis!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Lili, saya pun newbies.. . baru 2 tahun lebih je menulis.

      Yang penting minat dan tulis dari hati. Insyaallah ramai suka baca nanti

      Delete
  6. Alhamdullilah... baru balik dr bercuti terimakasih atas maklumat, info dan tips yang Mat Drat kongsikan. Sangat2 membantu kpd sesiapa yg suka bercuti secara DIY dan adventure.. THUMBS UP👍👍👏👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ cik/puan Yanni singgah blog saya..
      Baru balik dari mana tu...

      Delete
  7. Baru balik bercuti dr London dan Paris.. dan Disneyland

    ReplyDelete
  8. London... Seronok tu.. Trip dah 2 bulan, tapi tak sempat nak uodate.
    Saya buat London - Scotland, tapi gila sikit la... 3 hari je (2 hari London, 1 hari Edinburg) 😁

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.

Kalau lambat repy tu, Mat Drat minta maaf ye.

Dan kepada Cik / Encik Anonymos, lagi manis kalau letak nama (nama samaran pun okey)