Friday, 5 July 2019

PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN : Tips dan Panduan Bercuti

PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN


PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN - Tips dan Panduan


Kali ni Mat Drat share sikit tips dan panduan kepada yang nak bercuti ke Pulau Tioman.

Tahun lepas Mat Drat ke Pulau Redang dan sebelumnya telah ke Pulau Perhentian. Rezeki tahun ni tersampai pula ke Pulau Tioman.

Entry ni Mat Drat share general info dan sedikit panduan bagi mereka yang nak ke Pulau Tioman. Dan entry berikutnya pula, Mat Drat share pengalaman trip Mat Drat ke Pulau Tioman ssebelum Ramadhan hari tu.

Sebelum tu...jemput singgah IG Mat Drat dan kita saling follow memfollow

https://www.instagram.com/art_matdrat


Kalau nak baca perkongsian Mat Drat menegnai Pulau Perhentian dan Pulau Redang, boleh baca di link di bawah.


PERCUTIAN KE PULAU PERHENTIAN pakej
 ðŸ‘‡ðŸ‘‡
Percutian ke 



Percutian Ke Pulau Redang
 ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Tu perkongsian Mat Drat ke pulau di Pantai Timur yang sentiasa menjadi pilihan bagi mereka yang ingin menikmati keindahan pantai dan laut, kedamaian suasana dan aktiviti khusus seperti snorkeling dan scuba diving.

Untuk percutian pulau lain, boleh juga singgah di blog Mat Drat


Percutian ke Langkawai - Berkongsi Pengalaman dan Tips Bercuti
















Percutian ke 
Pulau Kapas
(Julai 2020)



PULAU TIOMAN 




  • Terletak di daerah Rompin, Pahang.
  • Merupakan antara 3 buah pulau yang sering menjadi tumpuan pelancong untuk percutian-pulau di negeri Semenanjung.
  • Bukan sahaja menjadi pengunjung tempatan, malah pelancong luar negara juga suka bercuti di sini.
  • Sering menjadi pilihan pengunjung selain Pulau Perhentian dan Pulau Redang.
  • Pulau terbesar di antara 3 pulau pilihan (Perhentian, Redang dan Tioman)
  • Pernah dikatakan dan dinobatkan antara pulau-pulau yang tercantik didunia sewaktu waktu dahulu.
  • Menjadi tarikan kerana keindahan pantai dan kejernihan air lautnya disamping kepelbagaian hidupan laut dan batu karang (coral) yang cukup cantik. Khusus untuk peminat snorkeling.
  • Bila sebut salah satu pulau ini (Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman).... Boleh la bayangkan pantai yang memutih dan airnya yang jernih. Sesetengah kawasan tu boleh kata 'super jernih' ... 
  • Percutian ke Pulau Tioman ni sangat sesuai untuk semua tak kiralah ia percutian bersama keluarga, family trip, percutian bersama rakan-rakan atau pun percutian honeymoon. 
  • Nak buat team building atau motivasi pun tak ada masalah, pelbagai pakej boleh dipilih dari pihak yang sediakan.

...............................................

Masa Paling Sesuai / Best ke Pulau Tioman

  • Boleh kata kebanyakkan resort di Pulau Tioman akan ditutup dari Disember sehingga Februari kerana pada waktu ini Pantai Timur biasanya dilanda musim tengkujuh/ monsun. Sama seperti Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Ada yang dah start tutup mulai November.
  • Tempahan bilik biasanya akan mula dibuka untuk penginapan mulai bulan Mac. Kalau yang buka bulan Februari tu, kena tanya betul-betul pihak resort atau chalet.
  • Musim tengkujuh tu musim hujan, waktu ni ombak kuat.  Jadi kalau ombak dan angin kuat, buat apa bercuti di pulau kan... Bahaya dan tak boleh buat aktiviti laut (snokeling, scuba diving dll). 
  • Musim paling best dan terbaik ke Pulau Tioman ni adalah pada bulan April - September.
  • Biasanya May- September, adalah bulan paling sibuk.
  • Sesetengah resort, masuk sahaja bulan Oktober harga bilik sudah mulai turun, kerana permintaan agak kurang memandangkan musim hujan sudah hampir tiba.
  • Awal Mac pula, biasanya musim tengkujuh/ hujan mulai reda/. Waktu ni mungkin ombak masih agak kuat.
  • Dan kena ingat juga, cuaca ni pun sukar nak jangka. Ada kala musim monsun ni awal sedikit dan adakala lewat sedikit.
  • Dan kalau pergi bulan April - September tu, memang bukan musim tengkujuh/monsun tapi kalau hujan anggap kira nasib kita tak berapa baik la.

.







.

Mana lagi best ?? Pulau Perhentian, Pulau Redang  atau Pulau Tioman?

  • Sebenarnya sangat subjektif nak kata mana yang paling best. 
  • Ada orang faktor utama pemilihan mereka adalah keindahan pantai, ada faktor utama nak mencari ketenangan dan ada pula aktiviti snorkeling/scuba diving yang jadi faktor penentu.
  • Jika faktor snorkeling jadi faktor utama, kena tengok juga nak bersnorkeling bersama keluarga (dengan anak-anak kecil) atau hanya oranag dewasa. Dan juga tengok juha dah biasa snorkeling atau baru nak mencuba.
  • Macam Mat Drat, kalau ke pulau ni hanya nak menikmati ketenangan dan keseronokan snorkeling.
  • Sedikit perkongsian pengalaman Mat Drat
    • Beberapa tahun dulu, ke Pulau Pangkor dan ber-snorkleling. Pengalaman dan keseronokkan, okey la...
    • Beberapa kali dah ke Kota Kinabalu, ada 2 kali buat trip snorkeling ke Pulau Sapi, Manukan dan Mamuntik. Balik dari KK, terus terasa bestnya pulau-pulau di Sabah ni (compare dengan P. Pangkor).
    • Mat Drat ke Pulau Perhentian pula, terus terpikat dengan ketenangan dan suasana Pulau Perhentian. Best, lagi-lagi dapat bersnorkeling dengan anak-anak di sini. 
    • Tahun lepas Mat Drat ke Pulau Redang pula, pun lebih kurang sama macam Pulau Perhentian. Tapi yang paling best, bila bersnoreling di laut dalam dan sessi snorkeling dengan penyu. Memang best pengalaman ni.
    • Dan baru-baru ni ke Pulau Tioman pula, Mat Drat terus jatuh cinta dengan kecantikan batu karangnya dan ikan-ikan yang cukup banyak dan cantik. Mungkin sebab sessi kami di laut dalam dan lokasi yang dipilih memang terbaik.


1. Pulau Perhentian
  • Masa Mat Drat nak ke Pulau Perhentian dulu, soalan ni juga yang Mat Drat cari jawapan sama ada Perhentian atau Redang atau Tioman.
  • Waktu tu Mat Drat nak pilih  antara 3 pulau ni yang mana paling sesuai bawa anak-anak bercuti dan aktiviti utama untuk bersnorkeling. Dan tujuan ber-snorkeling ni bagi sikit water-confident kepada anak-anak.
  • Dan akhirnya Mat Drat pilih Pulau Perhentian sebab
    • Kos percutian 'nampak' lebih murah. Kawan-kawan kata kos percutian (makan dll) lebih mahal jika ke Pulau Redang.
    • Pilihan hotel resort/ chalet lebih banyak
    • Nak makan agak banyak pilihan
    • Tempat snorkeling banyak yang  sesuai untuk anak-anak.
  • Anak-anak memang happy gila 3H2M di Pulau Perhentian, penuh aktiviti. Relax dan enjoy.
  • Balik dari situ, terus pasang niat nak datang lagi. seronok....


2. Pulau Perhentian
  • Mat Drat ke Pulau Redang dengan rakan-rakan sepejabat..
  • Sebenarnya Pulau Redang ni dipilih dari beberapa pulau lain (Pulau Perhentian, Pulau Tioman dan Pulau Rawa).
  • Faktor utama kami dapat harga pakej yang sangat menarik dan juga Pulau Redang adalah pulau yang paling dekat dari Kuala Lumpur jika dibandingkan di antara ketiga-tiga buah pulau ni.
  • Package 3H2M cukup 'baik' dan menarik dari Laguna Redang Island Resort. So menginap di sini lah.
  • Dan balik dari Pulau Redang ni, rasa lebih seronok pulak Pulau Redang ni berbanding Pulau Perhentian. Sebabnya.... (semua sebab snorkeling)
    • Snokeling depan resort kami tu sangat best, coral cantik dan siap boleh kejar anak ikan yu.
    • Snokeling di laut dalam pulak, betul-betul best. Ikan terlalu banyak dan pelbagai.
    • Sessi snorkeling mencari penyu sangat puas hati, penyu sangat jinak (mungkin sebab lapar kot). Penyu tanpa segan berenang dengan kita. Tak macam kat Pulau Perhentian di 'Turtle Point', masa Mat Drat ke situ penyu semuanya 'malu'... semuanya 'melepak' di dasar laut.
    • Bersantai di snorkeling di Marine Park Redang pun best....... 
  • Mat Drat rasa Pulau Redang lagi best kalau aktiviti snorkeling keutamaan utama, tapi dengan syarat tak bawa anak-anak kecil.


 Pengalaman Percutian ke Pulau Redang Pakej Laguna Redang Island Resort
👇👇



3. Pulau Tioman
  • Mat Drat ke Pulau Tioman juga dengan rakan-rakan sepejabat..
  • Sebenarnya Pulau RedangTioman dipilih antara Perhentian atau Tioman.
  • So kami decide Tioman.
  • Pakej 3H2M dari Berjaya Tioman Resort pilihan kami. Nanti Mat Drat share juga (ala-ala review utk pakej Berjaya Tioman Resort ni).
  • Dan balik dari sini, rasa lebih seronok pulak Pulau Tioman ni berbanding Pulau Redang. Sebabnya.... 
    • Sessi snokeling dilaut dalam sangat memuaskan hati apabila hidupan laut (ikan-ikan) memang banyak dan 'cantik-cantik'
    • Sessi snorkeling di tepi pantai yang terletak disebuah pulau yang lebih kurang 45 minit dari Pulau Tioman, sangat memuaskan hati dengan keindahan coral.
  • Tapi nak ingatkan, sessi snorkeling kami memang agak mencabar. Agak tidak sesuai untuk kanak-kanak. Sessi snorkeling di pantai pulau tu pun memerlukan kekuatan, kerana kami perlu berenang ke pantai dari bot.
  • Mat Drat tak tahu suasana dan keadaan lokasi snorkeling lain di sini.


Kesimpulan
  • Berdasarkan pengalaman Mat Drat, untuk percutian family terutamanya dengan kanak-kanak, Pulau Perhentian dan Pulau Redang lebih sesuai.
  • Pulau Tioman, jika ingin kepuasan ber'snorkeling', sini pilihan utama Mat Drat. 
  • Jangan lupa, ambil kira juga faktor masa perjalanan ke jeti dan juga masa menaiki bot/feri ke pulau-pulau tersebut.
    • Pulau Perhentian, pengunjung perlu menaiki bot dari Jeti Kuala Besut,.
    • Pulau Redang pula di jeti Shahbandar Kuala Terengganu. 
    • Pulau Tioman pula di jeti Tanjung Gemuk, Rompin ataupun jeti Mersing.
  • So pilih la pulau yang sesuai dengan jiwa dan minat serta peserta atau ahli keluarga.

..............................................

Transport ke Pulau Tioman 

Ada 1 pilihan sahaja untuk ke sini iaitu dengan feri.

Dulu ada pilihan ke-dua iaitu mengambil penerbangan Berjaya Air dari Subang Airport ke Pulau Tioman. Kapal terbang kecil yang hanya memuatkan bebrapa orang sahaja, dan tambang penerbangan memang boleh tahan.

Tapi mulai 2014, penerbangan dah ditangguhkan/dihentikan sementara. (suspended).

Jadi pilihan dengan feri sahaja yang tinggal, sama ada dari jeti di Mersing atau Kuala Rompin.


..............................................

Feri ke Pulau Tioman 

Untuk naik feri, ada 2 pilihan
  1. Feri dari Jeti Mersing
  2. Feri dari Jeti Tanjong Gemok, Rompin


Feri ke Pulau Tioman
Feri ke Pulau Tioman


Pengalaman Mat Drat


Mat Drat dan rakan-rakan pilih naik feri dari Jeti Tanjung Gemok sebab
  • Jet Tanjung Gemok kurang crowded. Jeti Mersing agak crowded sebab ramai yang suka ambil feri dari sini terutamanya pelancong Singapore.
  • Lebih selesa untuk berehat sementara menunggu feri bertolak ke Pulau Tioman.
  • Dikatakan feri dari Tanjung Gemok jarang berubah jadual kerana air di situ tinggi manakala di Mersing kadang kala jadual berubah. Air cetek, feri tak boleh berlepas.

Dan balik pula naik feri dari Pulau Tioman ke Jeti Mersing
  • Nak rasa la pulak suasana Jeti Mersing
  • Pilihan nak makan tengah hari lebih banyak. Maklumlah sampai sini dah tengah hari dan perut pasti lapar.
  • Boleh singgah beli buah tangan (kropok lekor di sini)
Mat Drat dan rakan-rakan boleh pergi dan balik di Jeti yang berbeza sebab kami naik bas (sewa bas).

Pesanan naik feri

1. Beli tiket awal
  • Beli tiket feri se -awal boleh apabila jadual feri telah keluar. Biasa sebulan sebelum, dah keluar. 
  • Elakkan beli secara walk-in terutama Jumaat atau Sabtu, Cuti Sekolah atau public holiday. Waktu peak season ni takut tiket habis terutama jika datang dengan bilangan ramai.
  • Kalau booking resort/ chalet melalui ejen, cuba juga tanya kalau mereka boleh arrangekan tiket feri sekali.

2. Beli tiket online
  • Tiket feri boleh dibeli secara online (link di bawah) atau tempahan melalui telefon.
  • Elakkan beli secara walk-in terutama Jumaat atau Sabtu, Cuti Sekolah atau public holiday. Waktu peak season ni takut tiket habis terutama jika datang dengan bilangan ramai.
Feri Tioman
Tiket Online Tanjung Gemok - Pulau Tioman











  • Cataferry Ferry : https://www.cataferry.com/usr/ticket.aspx
  • Bluewater Ferry :  07-7994811 ( Mersing), 09-4131362 (Tanjung Gemok)

  • 3. Harga Tiket
    • Purata tambang dalam lingkungan RM70-RM80 untuk pergi balik.
    • Ada waktu tertentu, boleh dapat RM20 sehala terutama weekdays. Ni kena beli online dan awal.
    4. Re-confirm tiket
    • Hubungi semula pihak syarikat feri beberapa hari sebelum untuk re-confirm tiket dan jadual perjalanan.
    • Jadual feri mungkin alami perubahan bergantung kepada pasang surut air serta cuaca.
    5. Sampai awal 
    • Bagi yang memandu, lagi awal lagi bagus untuk uruskan tempat parking kereta.
    • Sampai awal sebab perlu redeem tiket (boarding pass).
    • Jangan lupa beli tiket Fi Pemuliharaan Taman Laut
    6. Tiket "Fi Pemuliharaan Taman Laut" / Marin Park Conservation Fee
    • Perlu beli sebelum menaiki feri. Ada kaunter di terminal jeti feri.
    • Harga setiap orang 
      • Malaysian RM 5 (dewasa)/ RM 2 (kanak-kanak / warga emas)
      • Non-Malaysian RM 30 (dewasa)/ RM 15 (kanak-kanak / warga emas)
    7. Masa Perjalanan 
    • 1 jam 30 minit hingga 2 jam. Bergantung kepada lokasi jetty / kampung di Pulau Tioman.
    8. Jeti tempat turun di Pulau Tioman
    • Dapatkan maklumat dari pihak resort, lokasi jeti di Pulau Tioman yang terdekat dengan resort.
    • Kalau datang dengan pakej, tanya ejen nama jeti yang perlu turun.
    • Feri akan berhenti dibeberapa kampung/jeti di Pulau Tioman.
    • Alert nama jeti apabila disebut. Jangan turun di salah jeti pulak.
    9. Simpan tiket , kadang-kadang akan diperiksa di dalam feri.

    10. Mabuk laut

    • Nak elak mabuklaut, boleh makan pil elak mabuk 1 jam sebelum naik feri.
    • Dalam feri ada disediakan plastik hitam.

    Feri Jeti Tanjung Gemok Mersing ke Pulau Tioman


    Feri Jeti Tanjung Gemok Mersing ke Pulau Tioman
    Kadar bayaran Fi Pemuliharaan Taman Laut

    Simpan boarding pass dan tiket ni
    Feri dah ready utk ke Pulau Tioman

    Feri Berhawa dingin. Plastik hitam ada dibekalkan.


    Petugas memeriksa tiket dalam feri. 
    Jadi simpan tiket walau feri dah bergerak




    .

    Untuk decide nak naik feri dari jeti mana satu (Rompin atau Mersing), boleh la pertimbangkan perkara di bawah, dan ikut kesesuaian masing-masing.




    1. Ruang menunggu
    • Pemerhatian Mat Drat, Jeti Tanjung Gemok lebih selesa dan luas.
    Ruang menunggu Jeti Tanjung Gemok.
    Ini sewaktu menunggu feri ke Pulau Tioman


    Ruang menunggu Jeti Mersing.
    Agak lengang sebab sudah tengah hari, sudah ramai pengunjung dan pelancong berlepas ke Pulau Tioman dari Jeti Mersing ni.


    2. Tempat makan / restoran di Jetty
    • Lebih senang nak makan di Jeti Mersing. Bersebelahan jeti terdapat beberapa kedai makan.
    • Pilihan agak terhad  Jeti Tg Gemok, Rompin kecuali datang dengan memandu kereta.  Elok singgah makan di mana-mana dahulu sebelum tiba di jeti. 
    Jeti Tanjung Gemok
    Kedai Makan Dagang Bonda
    Pilihan menu utama Nasi Kukus Ayam Berempah, Nasi Lemak dan pastinya nasi dagang.
    Lokasi, tidak jauh dari Jeti Tanjung Gemok


    Nasi Dagang Bonda


    Jeti Mersing
    Kedai makan di sebelah jeti. Walking distance sahaja.


    3. Parking di Jetty 
    • Jeti Mersing atau Tanjung Gemok ada disediakan lot parking TETAPI jangkakan tempat parking akan penuh dihujung minggu terutamanya long-weekend, school holiday atau pun kebetulan Singapore School Holiday
    • Park kereta dalam kawasan berpagar. Untuk lebih selamat.
    • Ingat, JANGAN tinggal barang berharga, power bank dan botol air mineral berisi air dalam kereta.
    • Rate Parking : Mersing RM 15 sehari , Tanjung Gemok RM 12 sehari

    Jeti Tanjung Gemok.
    Kadar Parking, maksima RM 12 / sehari


    Jeti Tanjung Gemok.
    Kawasan parking di dalam kawasan berpagar.
    Jeti Tanjung Gemok.
    Ada pihak sediakan lot parking terbuka di luar kawasan terminal. Hubungi nombor tertera untuk tempahan.


    Jeti Mersing
    Kawasan parking berpagar di sebelah terminal, ruang agak limited.

    Jeti Mersing
    Kadar Parking RM 15/sehari


    4. Tempat solat / surau di jetty 
    • Dua -dua jeti ada disediakan surau. 
    • Cuma di Tanjung Gemok lebih selesa sebab ia lebih besar dan terminal pun  baru dibina.
    Jeti Tanjung Gemok -  Surau


    5. Tempat beli souveniour di jetty
    • Kedai di Jety Mersing lebih banyak berbanding Jetty Tanjung Gemok. Jadi pilihan barangan lebih banyak.
    • Kalau terlupa bawa seluar tight atau baju mandi, boleh beli disini, cuma harga sedikit mahal. 
    • T-Shirt Pulau Tioman, key-chain dan fridge magnet lebih banyak di Jetty Mersing.
    Kedai di terminal Jeti Tanjung Gemok
    Kedai di terminal Jeti Tanjung Gemok

    Kedai di terminal Jeti Mersing
    Kedai di terminal Jeti Mersing


    ................................................

    Cara ke Jeti Mersing atau Tanjung Gemok


    A. Memandu ke Jeti Mersing atau Jeti Tanjung Gemok Rompin

    1. Jarak dari KL :  Jetty Mersing 350 km / Jetty Tanjong Gemok 310 km.

    2. Masa perjalanan (memandu) dari KL ke Jeti 

    • Jeti Mersing 4 1/2 jam tanpa henti
      • Melalui Lebuhraya Utara Selatan PLUS - Keluar di exit Ayer Hitam - Kluang - Kahang -Mersing
      • Jalan dari Kluang menghala ke Mersing, sedikit sunyi terutama waktu malam. Tidak banyak hentian/kedai.
    • Jeti Tg Gemok, Rompin : 4 1/2 jam tanpa henti.
      • Melalui Lebuhraya LEKAS - Kuala Pilah - Muadzam Shah -  Bukit Ibam - Rompin
      • Jalan dari Bandar Seri Jempol menghala ke Rompin, keadaan jalan sedikit sunyi terutama waktu malam. Tidak banyak hentian/kedai dan kenderaan melaluinya.

    Bas ke Jeti Mersing /Jeti Tanjung Gemok Rompin

    • Pilihan alternatif untuk yang tidak mahu letih memandu.
    • Boleh beli tiket bas apabila tiket feri telah dibooking. Jangan beli tiket bas dahulu!!
    • Nak senang beli online je sama ada ke Mersing atau Rompin

    Jeti Tanjung Gemok, Rompin
    • Turun di Terminal Bas Kuala Rompin.
    • Jarak ke Jeti Tanjung Gemok = 20km ++
    • Syarikat bas : Maraliner, Transasional, Sanwa Tour, Sepakat Liner.
    • Tambang bas
      • Dari Kuala Lumpur - Kuala Rompin : RM 30-RM50 (5 jam)
      • Singapore - Kuala Rompin : RM 30-RM50 (5 jam)
    • Teksi / grab ke Jeti Tanjung Gemok = RM 


    Jeti Mersing
    • Turun di Terminal Bas Mersing
    • Jarak ke Jeti Mersing = 1.2km. Tak jauh sangat, jalankaki dalam 15 minit. Tak pun, try je on Grab, ada rezeki dapat.
    • Syarikat bas : Maraliner, Transasional, Sanwa Tour, Cepat Ekspress, Sepakat Liner.
    • Tambang bas
      • Dari Kuala Lumpur - Kuala Rompin : RM 30-RM50 (5 jam)
      • Singapore - Kuala Rompin : S$ 35 (6 1/2 jam)
    • Teksi / grab ke Jeti Mersing = RM 

    Bas Tioman


    Hotel di Mersing /Rompin

    • Boleh consider bermalam 1 malam di sini jika sampai lewat petang atau malam dan esoknya boleh naik feri ke Pulau Tioman. Jadi sampai Pulau Tioman dalam keadaan yang tidak terlalu letih.


    .






    ...............................................


    Jeti di Pulau Tioman

    Di Pulau Tioman ada 5 jeti utama yang biasa feri akan singgah iaitu
    1. Jeti Genting ( Kampung Genting )
    2. Jeti Paya (Kampung Paya )
    3. Jeti Tekek (Kampung Tekek )
    4. Jeti Air Batang ( Kampung Air Batang )
    5. Jeti Salang (Kampung Salang )

    Tetapi, ada feri yang hanya akan singgah di 3 jeti sahaja.

    Jadi, sebelum beli tiket tu pastikan jeti yang kita nak turun dan pastikan feri tu (feri yang kita pilih) akan singgah ke jeti kita tu.



    Peta Feri Tioman
    Sumber : CataFerry


    Dari Jeti ke Resort
    • Ada resort/chalet sediakan perkhidamatan transport 
    • Ada yang kita perlu jalan kaki sendiri.
    • Ada yang kita perlu naik teksi atau sewa motorsikal utk kesitu.
    Jadi tanya pihak resort/chalet atau ejen 


    Pengalaman Mat Drat
    Mat Drat turun di Jetty Tekek dan pihak resort ada sediakan transport untuk tetamu mereka dari jeti ke resort dan juga dari resort ke jeti.

    Kampung Tekek ni kira pusat sosio ekonomi Pulau Tioman la sebab di sinilah ada BSN, ada balai polis, sekolah, lapangan terbang dan terminal jeti.

    Jeti lain hanyalah jeti sahaja, bukan terminal.



    Suasana Jeti Kampung Tekek


    Pemandangan bukit bukau dari Jeti Kampung Tekek

    Ruang menunggu di Jety Kampung Tekek.
    Berhawa dingin dan selesa.




    ...............................................


    Hotel / Resort di Pulau Tioman

    Di Pulau Tioman ni Mat Drat menginap di Berjaya Tioman Resort.

    Boleh baca entry berikutnya nanti, detail sikit Mat Drat share di situ mengenai penginapan di sini dan juga aktiviti selama 3H2M di Pulau Tioman ni.

    Hotel dan resort di sini kebanyakkan tertumpu di kawawan sekitar
    1. Kampung Genting
    2. Kampung Paya 
    3. Kampung Tekek
    4. Kampung Air Batang
    5. Kampung Salang
    6. Kampung Juara 

    Rasanya ramai suka menginap di area Kampung Tekek, Kampung Air Batang dan Kampung Juara.

    Kampung Juara pun jadi pilihan sebab pantainya yang cantik. Cuma perlu tambah kos untuk ke resort dari jeti Tekek.

    Lokasi mana pun yang di pilih, kena buat tempahan awal untuk elak bilik penuh terutamnya peak season dan resort/chalet yang lokasi dan view yang cantik.

    Sebelum decide dan booking mana-mana resort/chalet, baca la dulu review atau komen bagi setiap resort tu.

    Untuk booking resort atau chalet di sini, cara paling mudah adalah melalui tempahan online. Bagi resort atau chalet yang tiada tempahan secara online, perlu hubungi pihak resort/chalet untuk tempahan.

    Mat Drat share kan beberapa pilihan hotel di Pulau Tioman ni.



    Senarai Hotel / Resort dan Chalet di Pulau Tioman



    1. Kampung Tekek  
    1. Berjaya Tioman Resort  ðŸ‘ðŸ‘ðŸ‘
    2. Selesa Tioman c/o Tioman Horizon  ðŸ‘ðŸ‘ðŸ‘
    3. Tioman Kabana
    4. Swiss Cottage Tioman
    5. Coral Reff Tioman
    6. Cheer Chalet    👍👍👍
    7. Babura Seaview Resort



    2. Kampung Air Batang  

    1. Tioman Dive Resort  ðŸ‘ðŸ‘ðŸ‘
    2. Panuba Inn Resort 
    3. Restu Chalet
    4. ABC Beach Tioman
    5. Bamboo Hill Chalets
    6. Johan's Resort
    7. South Pacific Chalet
    8. Nordin Chalet
    9. Mokhtar's Place
    10. Mawar Beach Resort
    11. YP Resort



    3. Kampung Juara  
    1. The Barat Tioman Resort   👍👍👍  
    2. Juara Mutiara Resort
    3. 1511 Coconut Grove  ðŸ‘ðŸ‘ðŸ‘  
    4. Juara Beach Resort 
    5. Rainbow Chalet
    6. Beach Shack   👍👍👍
    7. Permata Beach Chalet

    4. Kampung Paya  

    1. Aman Tioman Beach Resort  👍👍👍
    2. Paya Beach Spa & Dive Resort Boking  ðŸ‘ðŸ‘ðŸ‘
    3. Tioman Paya Resort
    4. Eagle Resort Group

    5. Kampung Genting  

    1. Bayu Tioman
    2. Marina Bay Resort 
    3. Aguna Resort
    4. Idaman Beach Holiday Resort
    5. Sun Beach Resort
    6. Melina Beach Resort Booking


    6. Kampung Salang  
    1. Ella's Place
    2. Salang Indah Resort
    3. Salang Pusaka Resort
    4. Salang Sayang Resort


    * Lokasi special   
    1. Japamala Resort

    ...............................................


    Tempat dan Aktiviti Menarik di Pulau Tioman

    Aktiviti utama adalah 

    1. Snorkeling / Snorkel
    2. Scuba diving
    3. Beriadah di pantai
    4. Menikmati Keindahan Sunset
    5. Mencerap Bintang
    6. Island Hoping
    7. Berbasikal / Motorsikal mengelilingi kampung
    8. Jungle Trekking
    9. Mendaki Gunung
    10. Air Terjun Asah
    11. Bermain Golf
    12. Membeli di Kedai Bebas Cukai


    Boleh baca entry berikutnya untuk perkongsian detail antara aktiviti dan tempat menarik di Pulau Tioman ni.

    👇👇
    https://mat-drat.blogspot.com/2019/07/aktiviti-menarik-di-pulau-tioman-snorkeling.html


    Snorkeling di Pulau Tulai


    Snorkeling di pantai Pulau Tulai
    Aktivit : Riadah Pantai


    Aktivit : Berkayak


    Sewaktu melayan sunset sambil berkayak di Pulau Perhentian dahulu



    Aktiviti : Layan sunset

    Aktiviti : Mencerap bintang

    Sewa motor dan ronda kampung
    Jalan menuju Kampung Juara dari Kampung Tekek
    Aktiviti : Ke kedai Bebas Cukai
    (Tapi harga tak murah sangat berbanding langkawi)

    Aktiviti : Golf


    ...............................................


    Tempat Makan Murah dan Sedap di Pulau Tioman
    • Setiap kampung lokasi utama resort dan chalet, ada beberapa kedai makan.
    • Di resort-resort tertentu pun ada disediakan cafe atau restoran, cuma perlu bayar harga resort la.
    • Harga makanan / minuman kat sini mahal sikit je dari kat tanah besar je. Contoh macam harga nasi goreng, dalam RM8-RM10.

    Di Tekek River Walk, banyak kedai makan


    Tekek River Walk


    Antara kedai makan di Tekek River Walk


    Harga di sini. Semua kedai lebih kurang.


    ...............................................


    Sewa Motorsikal di Pulau Tioman
    • Bagi yang nak bergerak (perlu bergerak) boleh sewa motorsikal di sini.
    • Berhampiran resort tertentu, biasanya ada kaunter sewa motorsikal
    • Di Kampung Tekek pun ada beberapa tempat sewa motorsikal

    Ingat
    1. Cek kondisi motorsikal dahulu
    2. Jangan bawa laju-laju tempat orang, ni kawasan kampung
    3. Bagi yang sewa motorsikal nak ke Kampung Juara, hati-hati sebab perlu melalui jalan berbukit tinggi.
    4. Yang tak pernah bawa skuter, elakkan sewa skuter lagi-lagi kalau perlu jalan berbukit.

    Kadar sewa motorsikal







    Sini dulu...jemput baca di perkongsian Mat Drat berikutnya...


    ...................................

    ~Mat-Drat ~

    Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

    Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

    31 comments:

    1. Entri padat dengan maklumat yang diperlukan untuk ke sana. Saya ada bercadang ke pulau bersama keluarga. Belum pernah lagi ke pulau ni. Dengan info macam ni, elok sangat saya buat rujukan.

      ReplyDelete
    2. perkongsian yang sgt bagus nii, padat dgn info dan penerangan yg senang faham hehee mmg bagus sgt jadikan as panduan especially bagi yg tgh pilih2 or planning nk ke pulau2 kan. dah lama jugak tak bercuti ke pulau2, nnt boleh rujuk kat sini 😁

      ReplyDelete
    3. Sapa habaq kata, Dalam Malaysia tak ada tempat2 yang best. Ini dia... cakap utagha , hang sempoi. Malaysia banyak tempat menarik dan badget semua ada. Pilihan di tangan kita

      ReplyDelete
    4. Sangat banyak info kat dalam ni memang berguna buat yang pertama kali nak pergi bercuti kat pulau ini tapi kita dah pergi hari tu hehehe memang best kita naik kat jeti Mersing seronok rasa nak pergi lagi sana...

      ReplyDelete
    5. Lia harap sangat dapat pi pulau tioman kalau xpun tahun depan. rindu nak ke sana lagi sekali. memang laut dia lawa. sumpah cantik.

      ReplyDelete
    6. Thanks a lot for these intensive tips, will check out again when i m about to go to Tioman Island.

      ReplyDelete
    7. Lengkap ye semua maklumat ada. Belum pernah ke Tioman. Baru pernah sampai Pulau Pangkor dan Perhentian Kecil. Masa pi Pangkor tu macam biasa2 aje. Boelh rujuk sini lagi nanti bila nak ke pulau-pulau di Malaysia.

      ReplyDelete
    8. Baca article ni terus rasa nak pergi bercuti di pulau. bestnya dapat rehatkan diri kat pulau

      ReplyDelete
    9. Bestnya dapat bercuti dekat sini, banyak pulak tu aktiviti boleh buat dekat sini. Mencerap bintang tu paling best. lepas baca entri ni rasa excited nak pergi sebab detail sangat explanation. thanks a lot for this.

      ReplyDelete
    10. Memang lengkap info pasal Tioman.
      Boleh jadi tourist guide dah level macam ni hehe. I bookmark dulu. Nanti boleh buat refference

      ReplyDelete
    11. thank you so much for this long and informative article! teringin sgt nk ke pulau tioman lg, sbb kali pertama ke sana tiap2 hari hujan, stay dlm hotel shj.

      ReplyDelete
    12. Wow lengkap segala details insyallah amat berguna kepada mereka yang suka travel mmg elok Guna tips semua INI

      ReplyDelete
    13. Dri jety tekek ke kampung juara agak" ada grab x?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Mcm tak ada. Yg nampak hari tu, teksi je.

        Saya Baru try intai di Grab App tadi. 8. 50am, tapi tak nampak 1 pun grab car.

        Nanti try la tuan/puan intai dlm 11am, kalau2 ada.

        Delete
      2. kalau dari tekek ke juara tak ada sewa kereta untuk drive sendiri?

        Delete
      3. Pn Aliya... saya tak nampak pula banner atau iklan sewa kereta di sana.

        Delete
    14. perkongsian yang baik. terima kasih mat drat. brapa jam dr taanjung gemok ke tioman ? antara 1.5-2 jam ke.

      ReplyDelete
    15. Replies
      1. boleh PM ke hp/email contact di 'CONTACT ME'

        Delete
    16. Saya nak ke tioman bulan ni 14haribulan cuaca sana ok tak pasal tempat tingal pun kami belum tempah yg mana bagus ?

      ReplyDelete
    17. Asssalamualaikum Tuan MatDrat. Terima kasih atas perkongsian yg Sgt berguna. Semoga Allah merahmati tuan. Jika nak ke Sabah lagi Bagitau ya. JenggotMan sedia membantu.. Ke Semporna Jom..

      ReplyDelete
      Replies
      1. tuan... tinggalkan no tuan di email atau whatsapp saya ye. Nak buat trip ke Semporna

        Delete
    18. Harga terkini 2020 untuk Idaman Beach Holiday Resort, Pulau Tioman boleh dapatkan di https://www.idamanbeachholiday.com/

      ReplyDelete
    19. Di Pulau Tioman, mcm mana nak buat aktiviti menyelam ? Sy akan pergi tanpa tour guide

      ReplyDelete
      Replies
      1. Turun feri, selepas jetty nanti ambil nombor-nombor operator yang sediakan khidmat snorkeling/menyelam.

        Boleh baca link saya kongsi 'Aktiviti Pulau Tioman', di situ ada saya letak nombor-nombor operator snorkeling.

        Harap membantu

        Delete
      2. Perkongsian yg menarik dan padat dgn info..Moga dpt meneruskan entri2 seperti Ni..masyukk dpt pahala pn dpt..terbaek

        Delete
    20. saya sekeluarga,sewa teksi aje nak ke Permai Chalet
      terima kasih tuan atas perkongsian terhebat ini
      ramai orang boleh buat rujukan
      BANYAK 'MASYUKKK" tuu (faham,tuu fahamlah....ALHAMDULILLAH)

      ReplyDelete
    21. Sangat membantu. Terima Kasih MAT Drat. Pulau Kapas ada pergi tak?

      ReplyDelete
    22. review lengkap... tgk tahun depan...ada lebih siket aku pegi...

      ReplyDelete
    23. Terima kasih atas perkongsian yang sangat berharga

      ReplyDelete

    Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

    Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.