BERJAYA TIOMAN RESORT
4 entry berkaitan Trip Pulau Tioman sebelum nis :
Entry ni Mat Drat nak share sikit je mengenai Berjaya Tioman Resort, kira pengalaman 3H2M di sini.
Secara ringkasnya, ini adalah Pakej berkumpulan termasuk makan. Untuk jimat, kami ambil chalet dan berkongsi 4 orang satu unit. Memang agak sempoit, tapi okey je.
Pakej snorkeling kami ambil dengan pihak resort untuk 3 point (kira Island Hoping).
Mat Drat kongsi pengalaman melalui gambar di bawah ye...
Bilik / Chalet
Ni chalet kami. Dalam 100 meter dari lobby resort.
Unit agak kecil, tapi berpadanan dengan harga yang kami bayar. Mat Drat rasa, asalnya chalet ni 2 katil je kot dulu. Mungkin banyak permintaan yang nak kan harga lebih murah, jadi katil ditambah dan dapatlah pihak resort tawarkan dengan harga lebih murah.
Padang di depan chalet kami. Luas dan bersih. Pagi-pagi kami bersenam robik dahulu disini. |
Kira chalet kami ni unit berkembar, sebelah menyebelah. Setiap unit ada beranda sendiri. |
3 katil di bilik kami... nampak sedikit sempit kan. Tapi okey je, Mat Drat tak berkira bab tidur sebab datang sini nak buat aktiviti pantai pada harga jimat |
Tu lagi satu katil dihujung kaki 3 katil tadi. |
Bilik air pun okey. Kira okey la. |
....................................
Makan (Breakfast/lunch/dinner)
Secara kasarnya, sangat berpuas hati. Variety dan sodap. Tak mengecewakan.
Ruang yang cukup luas. Selesa. Sambil makan boleh ngadap laut dan swimming pool |
Desert pun banyak...kira berpuas hati sangat |
Pilihan yang ada. |
Paling rare dan memang Mat Drat suka. |
Pesanan ikhlas penaja : SAVE TURTLE |
Memang not bad at all.... |
....................................
AKTIVITI - Snorkeling
Pakej snorkeling yang kami ambil adalah untuk 3 point snorkeling. Ambil masa 1/2 hari.
Kira sebelah pagi sehingga tengah hari untuk trip snorkeling kami di sini.
Detail bab snorkeling, Mat Drat dah share di entry sebelum ni. Boleh baca entry terdahulu ye.
Kira sebelah pagi sehingga tengah hari untuk trip snorkeling kami di sini.
Detail bab snorkeling, Mat Drat dah share di entry sebelum ni. Boleh baca entry terdahulu ye.
Lengkap. Penting kasut ni |
Persiapan sebelum ke laut (snorkeling) dan sedikit taklimat. |
Kadar sewa dan kadar penalti kalau hilang !!!!! |
Terleka, terlalu asyik dan terlupa daratan sewaktu sessi snorkeling ni!! |
....................................
...................................
AKTIVITI LAIN
Kaunter Aktivit |
Daily activities |
1. Swimming Pool
Swimming pool pun ada. Tapi Mat Drat kalau ke pulau, memang tak berendam di swimming pool la
Tenang.... dengan view yang cantik |
Pool untuk anak-anak pun ada |
2. Sewa Basikal / ATV
Mat Drat dan beberapa rakan sewa basikal untuk ronda-ronda di dalam kawasan resort ni.
Resort ni agak luas, boleh kayuh sehingga ke jeti resort dan sehingga ke pintu gerbang resort.
3. Riadah Pantai
Volley Ball Pantai |
Volley Ball Pantai |
Beach ball (gol kecik) |
4. Ronda-ronda di Pantai
Mat Drat share gambar je dulu, caption kemudian ye.
5. Menikmati keindahan sunset
6. Santai Malam
7. Kayaking
...................................
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!
menarik ..
ReplyDeleteWah,bestnya.kalau bercuti dgn keluarga mesti best...
ReplyDeletebetul... cantik area sini
DeleteDah pernah ke sini tahun 2004. Memang cantik kat sini cuma nak naik bot datang sini 2 jam ke 1 jam setengah tak ingat.
ReplyDeletebetul2... mmg agak jauh. dekat 2 jam jugak naik bot hari tu
DeleteBerapa kos di resort?
ReplyDeleteResort ni dah tutup start Mid Jun utk major renovation
Deletebpe ringgit ye per pax?
ReplyDeleteSalam bang, klu kita pegi sendiri ².. tak melalui ejen.. mean everything is done by ourself.. mcm aktiviti utk snorkeling kite amek mase kt sana je boleh ke.?
ReplyDeleteBoleh je...sampai2 di jetty tioman, boleh terus cari2 n roger mereka.
DeleteTapi lagi senang, cari awal2 sblum ke sana