Monday 8 July 2019

Tempat dan Aktiviti Menarik di Pulau Tioman - Part I : Snorkeling

Tempat dan Aktiviti  Menarik Pulau Tioman


AKTIVITI DAN TEMPAT MENARIK DI PULAU TIOMAN

Mat Drat sambung trip Pulau Tioman ni dengan share pula mengenai aktiviti dan tempat yang menarik di Pulau Tioman ni.

Antaranya aktiviti dan tempat menarik disini:

1. Snorkeling / Snorkel
2. Scuba diving
3. Beriadah di pantai
4. Menikmati Keindahan Sunset
5. Mencerap Bintang
6. Island Hoping
7. Berbasikal / Motorsikal mengelilingi kampung
8. Jungle Trekking
9. Mendaki Gunung
10. Air Terjun Asah
11. Bermain Golf
12. Membeli di Kedai Bebas Cukai


Untuk merasai sebahagian aktiviti di atas, paling kurang Mat Drat rasa kena bercuti ke sini 3H2M. Dapat 4h3M tu lagi bagus sebab lagi banyak aktiviti dibuat dan diterokai.

Untuk entry ni, khusus untuk aktiviti snorkeling dan aktivit serta tempat menarik lain, Mat Drat share di entry berikutnya.


sebelum tu.... singgah baca 2 entry sebelum ni ye.. 👇👇


1. SNORKELING / SNORKEL

Snorkeling adalah aktiviti utama bagi percutian di pulau. Jadi Pulau Tioman juga menajdi tarikan kepada mereka yang gemar kepada kativiti snorkeling.

Memandangkan ni akiviti utama, jadi entry ni Mat Drat share pasal Snorkeling sahaja. Banyak gambar nak dikongsikan.


Ada beberapa tempat menarik dan paling 'top' untuk aktiviti snorkeling di Pulau Tioman ni, tetapi Mat Drat hanya kongsikan 3 tempat yang Mat Drat sempat merasai danmenikmati keunikan dan keasyikan dasar lautnya.



Antara lokasi utama aktiviti snorkeling.
Kebanyakan berada di kawasan utara dan barat daya Pulau Tioman 


Bagi mereka yang baru-baru belajar bersnorkeling, mungkin boleh menyewa set snorkeling atau bawa sendiri dan biasakan dahulu di tepi pantai berhampiran resort (jika keadaan pantai dan laut mengizinkan). Dan jangan lupa, pakai safety jacket dan ada orang dewasa yang biasa bersnorkeling temankan sekali.

Untuk kepuasan maksima, jangan lupa bawa
1. Set snorkeling
2. Kasut snorkeling
3. Fin (untuk guna di laut dalam)
4. Go pro atau seumpamanya
5. Roti kosong dan botol air mineral (untuk memanggil ikan)



3 lokasi yang paling tops dan sempat Mat Drat ke situ;

a. Pulau Tulai / Coral Island

Sessi Snorkeling di Pulau Tulai (Coral Island)


Jika ingin menikmati keindahan coral dan hidupan laut, jangan lepaskan trip snorkeling di sini.

Jaraknya lebih kurang 45 minit- 1 jam dari Pulau Tioman, bergantung lokasi resort/chalet kita menginap. 45 minit dengan bot laju sebenarnya jarak yang agak jauh juga tu!!

Di Pulau Tulai ini sendiri ada beberapa lokasi untuk snorkeling, juru pandu bot pasti lebih arif mana tempat yang sesuai.


Pengalaman Mat Drat
Seperti Mat Drat bagi tahu, trip Mat Drat ni di awal bulan Mac, ombak macam sedikit kuat.

45 minit dari Berjaya Tioman Resort, akhirnya kami sampai di Pulau Tulai ni.

Lokasi pertama kami tiba, angin agak kuat jadi air beralun kuat dan ombak juga kuat. Jadi Mat Drat dan rakan-rakan setuju jurupandu bot bawa ke Lokasi ke-2.

Lokasi kedua. Dalam 150-200  meter dari lokasi pertama. Bila sampai, Mat Drat lihak air agak 'hitam', ni tandanya kawasan banyak coral dan airnya agak dalam. 

Memandangkan angin pun kuat, ombak pun boleh tahan, Mat Drat minta jurupandu bot bawa ke lokasi yang lebih 'tenang', lagi elok kalau dapat ke kawasan pantai sebab ramai yang tidak berani bersnorkeling di laut dalam terutamanya perempuan. 

Kat sini, rata-rata kawan-kawan lain pun tak ada yang berani nak ber'snorkeling' bila lihat kawasan dan keadaan air dan angin yang kuat.

Lokasi ketiga. Dan akhirnya jurupandu bot bawa kami ke tepi pantai. Pantai memutih, air sangat jernih dan kelihatan coral di dasr laut. Memandangkan bor kami agak besar, jurupandu tidak dapat bawa kami ke tepi pantai, jadi kami perlu berenang ke pantai. Tka jauh, tapi meletihkan juga sebenarnya.


Jom layan gambar dan video

Jemput follow Instagram Mat Drat juga!! 😊😊





Peralatan pakaian snorkeling pulau
Kasut snorkeling + tight + baju swimming lengan panjang + sun block.


Sessi taklimat dan persiapan


Jom...kalau dah ready

Geng Travel Mat Drat ni...
Depan bertopi koboi tu 'koi', tahun lepas ke Seoul dgn Mat Drat dan April baru ni ke Turki sma-samat. Kat Cappadocia, Turkey kami berdua jadi koboi dengan tunggang kuda. Orang lain (37 yang lain) naik jeep dan ATV, kami tunggang kuda.
Sebelah si Koi tu, si 'Riz', pun sama-sama ke Turki dengan Mat Drat.
Dan yang berdiri tu, si Z8. 2 tahun lepas kami ke Bangkok dan Pattaya. Bachelor Trip!!

Masing-masing 'layan' ombak. 45 minit lebih nak ke Pulau Tulai.
Satu bot lagi di belakang kami.


Akhirnya nampak dah Pulau Tulai. Nampak macam dah dekat, tapi jauh lagi sebenarnya.



Lokasi Pertama :
Angin agak kuat dan air sedikit berombak. Jadi tak berapa sesuai untuk snorkeling.
Jom cari tempat lain.

Ni sorang lagi travel partner Mat Drat, Abam Lan.
Ke Bnagkok dan Seoul sama-sama. Dan April baru ni, melompat sama-sama di Turki.
Dia kata 'okey' je air macam ni!!


Menuju ke lokasi kedua !!

Lokasi kedua
Pergh... angin + ombak + ait hitam + batu-batuan,
buat kami tak berani nak turun di sini.
Jom ke lokasi lain!!


Lokasi ketiga 
Ni baru betul untuk permulaan aktiviti snorkeling.
Air tenang dan jernih dan ada pantai.
Bot kecil sahaja yang boleh rapat ke pantai, bot besar tak boleh, takut merosakkan coral.


Okey.. Bagus lokasi ni.
Sesuai untuk semua!!


Pascal ???
Mat Drat @Pascal II.
Jernihnya air dia  kan... tak sabar nak terjun ni
Baru geng perempuan happy dan senyum sikit.
Tadi kat lokasi 1 dan 2, semua diam je


Terjun dan berenang berjemaah.
Dari bot kami ke pantai, kami akan melalui kawasan yang belap tu, yang penuh dengan coral dan ikan-ikan.

Nak sampai ke pantai tu ambil masa ooo....bukan sebab jauh, tapi sebab kita akan asyik kehulu kehilir mengejar ikan ikan dan coral yang cantik di sini.
Nani Mat Drat share video bersnorkeling kat sini

Jernihnya air...

Seronok berenang dengan ikan-ikan...macam dalam aquarium besar je rasanya.

Bila Mat Drat keluarkan cebisan roti, makin banyak ikan yang datang

Tak puas kat sini...Rasa nak lama lagi..

Dan akhirnya terpaksa menuju ke pantai, keletihan lama sangat snorkeling.

Ada 2-3 bot kecil juga yang sampai ke sini.
Tak ramai sangat orang, jadi kita nak snorkeling pun seronok.

Geng Mat Drat yang sampai ke pantai.
Yang lain, snorkeling sekitar bot kami je.

Kami...


Kami...

Antara kawan wanita yang berjaya sampai ke pantai. Semangat mereka berenang 

Masa untuk balik ke bot sambil snorkeling lagi...

Kawan-kawan lain dan patah balik ke bot dan naik bot, Mat Drat masih asyik mengejar ikan.
Sangat mengsyikkan...sungguh.... tenang sangat masa kat sini!
Rasa nak berenang dengan ikan-ikan kat sini sampai petang je...



Video trip snorkeling






Seterunya kami ke Lokasi Snorkeling berikutnya... 'Pulau' Batu Malang





.............................................................................


b. Pulau Batu Malang / Batu Malang Island




Pulau Batu Malang ni merupakan satu lagi lokasi paling dimintai untuk aktiviti snokeling bai mereka yang ke Pulau Tioman.

Lokasi nya tidak jauh dari Pulau Tulai tadi.  

Jurupandu bot Mat Drat kata, ada yang panggil Pulau Batu Malang, dan ada yang panggil Batu Malang sahaja.

Tak kisah la hanya sekaadar batu-batuan ditengah laut ataupun pulau, nagi Mat Drat Pulau Batu Malang ni sangat unik.

Dalam kedudukan batu-batu di sini, ada satu batu yang 'tergantung' di antara dua batu lain. Memang unik. Jika air surut, kita akan nampak yang batu ini 'terapung'. 

Kata juru pandu bot kami juga, batu ini dinamakan 'Batu Malang' kerana di batu-batu sini sebatang pokok pun tak ada yang tumbuh. Hanya batu semata-mata tidak seperti pulau batu-batu yang lain di sekitar Pulau Tulai ni.

Memandangkan Pulau Batu Malang ni ditengah laut, jadi kira kita bersnorkeling di laut dalam la.

Arus agak kuat, jadi perlukan stamina untuk bersnorkeling di sini.

Kalau yang tak kuat macam Mat Drat ni, jangan kauh dari bot. Pastikan kita berada dekat dengan 'tali' untuk memudahkan kita patah balik ke bot. Mat Drat pesan sekali lagi, arus kat sini memang agak kuat. 

Dan pesanan jurupandu bot juga, elakkan terlalu hampir dengan batu-batuan sebab takut banyak batu kerikir/kerang yang akan boleh melukakan kaki atau tangan kita.

Dan memandangkan di sini, arus nya agak kuat, Mat Drat tak dapat nak berenang dengan kamera di tangan. Keselamatan diri perlu diutamakan.

Oh ye, hidupan laut kat sini (ikan) pastinya berbeza dengan yang kita jumpa di tepi pantai Pulau Tulai tadi.

Sini laut agak dalam, jadi coralnya jauh di bawah ke dasar laut, dan kita dapat jumpa dan lihat banyak kumpulan ikan.

Dan memandangkan di sini, arus nya agak kuat, Mat Drat tak dapat nak berenang dengan kamera di tangan. Keselamatan diri perlu diutamakan.
Dan di sini juga menjadi lokasi bagoi mereka yang menjalankan aktiviti scuba diving sebab paras airnya yang dalam.


Lokasi : Google Map Pulau Batu Malang

Mat Drat share sedikit gambar... Untuk gambar-gambar dalam laut, boleh view gambar-gambar di link google map di atas


Pulau Batu Malang.
Di sini tiada daratan ye, kecuali batu-batuan tu sahaja




Bot sebelah dengan geng scuba diving


Memang agak dalam kawasan ni. Arus memang agak kuat.
Boleh nampak alunan dan arus ombak tu.


Letih oo....terpaksa balik ke bot dengan tali.
Simpan sikit tenaga untuk lokasi ke tiga di Pulau Rengis

Memang tak ramai yang sanggup turun.
Mungkin ramai yang dah keletihan



Ingat ye, safety jacket jangan lupa. 






.............................................................................


b. Pulau Rengis










Pulau Rengis juga merupakan antara lokasi paling menjadi tumpuan untuk aktiviti snorkeling.


Lokasinya tidak jauh dari Pulau Tioman sebenarnya. Jika dari resort yang Mat Drat stay, Berjaya Tioman Resort hanya 100 meter sahaja rasanya.


Pihak security hotel siap pesan awal-awal lagi kepada kami, jangan berenang dari resort ke Pulau Rengis walau pun nampak dekat. Bila dah berenang, bila terpaksa lawan arus akan terasa jauh.


Di sini specialnya selain ikan-ikan yang pelbagai dan coralnya, di sini jug aterdapat ikan yu.


Nasib Mat Drat tak baik, sewaktu menyelam mengejar ikan yu, bateri 'go-pro' habis. Dapat tengok dengan mata je la , tak dapat nak kongsikan di blog


Lokasi : Google Map Pulau Rengis


Gambar-gambar di sini, nanti Mat Drat cuba dapotkan dari kawan-kawan.




Cukup dulu sampai di sini... Entry berikutnya Mat Drat sambung dengan aktiviti dan tempat lain iaitu :

2. Scuba diving
3. Beriadah di pantai
4. Menikmati Keindahan Sunset
5. Mencerap Bintang
6. Island Hoping
7. Berbasikal / Motorsikal mengelilingi kampung
8. Jungle Trekking
9. Mendaki Gunung
10. Air Terjun Asah
11. Bermain Golf

12. Membeli di Kedai Bebas Cukai



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.