Sunday 7 July 2019

PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN




Jemput baca entry sebelum ni... 👇👇

PERCUTIAN KE PULAU TIOMAN

Untuk entry ni, Mat Drat share sikit perjalanan dan pengalaman Mat Drat 3H2M di sini.



Perjalanan Kuala Lumpur - Kuala Rompin
- Mat Drat dan rakan-rakan bergerak dari KL dengan menyewa bas.

- Plan perjalanan kami
  • Bertolak tengah malam dari KL
  • Mengopi di Kopi Mansor Kuala Pilah
  • Solat Subuh di Kuala Rompin
  • Sarapan pagi di Kuala Rompin
  • 1-2 jam sebelum feri bergerak, kami buat aktiviti kumpulan sedikit di terminal Tanjung Gemok.

Singgah sini dulu. Kena kopi kasi segar sikit biji mata

Celikkan mata...lihat harga

Menu pilihan... Kopi Power + Nasi lemak

Menu Pilihan : Kopi Power + Sup Power

Dah habis...boleh teruskan perjalanan. 

Dalam bas, perut kekenyangan...... apa lagi, semua tidur sampai ke Kuala Rompin. Kami bersolat Subuh di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Kampung Tanjung Gemok, Kuala Rompin.

Ada yang mandi, ada yang kata nak madi kat Pulau Tioman je.



Kami sampai sekitar jam 5:30am... masih gelap.

Menunggu subuh...

Langit sudah cerah. Boleh kami teruskan dengan aktiviti kami

Untuk sarapan pagi, kami pilih kedai makan Warung Dagang Bonda. 
Dari Masjid tadi dalam 1km je, 500  meter sebelum sampai Jetty Tanjung Gemok





Warung Nasi Dagang Bonda

Ni semua geng kami...maklumlah masih awal lagi.

Menu 1 : Nasi Lemak Kukus Ayam Berempah

Menu Pilihan 2 : Nasi Dagang

Selesai makan, kami terus ke Terminal Jetty Tanjung Gemok.

Memandangkan sebelum feri bertolak, kami ada masa dalam  1 1/2 jam- 2 jam, jadi kami buat aktiviti kumpulan sedikit.

Ruang luas dan selesa.
Sementara menunggu sempat kami isi dengan aktiviti kumpulan sedikit di sini.


.....................................................................


Feri Jeti Tanjung Gemok ke Pulau Tioman

Tiket feri dan fi masuk Taman Marin kami dah bayar awal-awal. Jadi datang hanya tunggu boarding pass dan feri bergerak.

2-3 hari sebelum, kami dah re-confirm dengan pihak feri jadual feri.

Perjalanan feri dari Kuala Rompin ke Pulau Tioman ambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit. 

Memang perlu 'tidur'kan diri sebab feri ni agak kecil, jadi memang terasa dibuai-buai sepanjang perjalanan. Ombak pun masih lagi kuat, awal bulan Mac.

Kalau yang biasa naik feri ke Pulau Pinang atau Langkawi, yang tu feri besar, tak terasa beralun-alun. Yang ni pula agak kecil, jadi memang terasa beralun sedikit.


Boarding pass jangan lupa. Tiket pun kena simpan

Pesanan : Ambil tahu kedudukan 'plastik hitam' dan safety jacket

1 jam 45 minit, kami tiba di Pulau Tioman

.....................................................................


Jeti Kampung Tekek ke Hotel 

Mat Drat dan rakan-rakan turun di Jetty Kampung Tekek. Ada lagi beberapa jeti  lain di Pulau Tioman ni.

Kampung Tekek ni kira kampung paling utama di Pulau Tioman. Kira "Capital' of Pulau Tioman la.

Bank, balai polis, sekolah dan lain-lain juga di sini. Airport Tioman pun di sini juga.

Kalau yang belum sempat sarapan, sampai di sini boleh sarapan, lunch atau brunch dahulu. Ada banyak gerai, warung sekitar jeti ni.

Resort kami, Berjaya Tioman Resort jarak dalam 2km dari Jeti Kampung Tekek ni. Pihak resort sediakan transport untuk semua guest mereka. Senang.



Keluar je dari terminal jeti, ada signboard besar. Boleh cari lokasi resort di mana.

Warung paling dekat dengan terminal jeti Kampung Tekek. Dahaga?? Tu dia air kelapa...
Ada lagi beberapa kedai makan ditepi Jeti Kampung Tekek ni

Tioman River Walk...

.....................................................................

Berjaya Tioman Resort

Kami sampai, terus check in dan lunch pun dah disediakan.

Untuk jimat, kami ambil chalet 3 orang sebilik.  Jadi agak 'sempit sedikit lah'. Tapi okey je sebab tak banyak masa akan dihabiskan di dalam bilik. 

Dan lokasi chalet kami agak jauh juga dari Lobby, kira kena menapak sikit dari main lobby. Siang-siang tak ada masalah, kalau malam tu elok berteman.

Mat Drat share di entry berikutnya utk Pakej Berjaya Tioman Resort 3H2M








.....................................................................

Aktiviti dan Tempat Menari di Pulau Tioman

Sepanjang 3H2M Mat Drat di sini cuaca sangat lah memuaskan. Tak hujan dan langit juga cerah. Paling best, malam pula bulan terang dan langit juga cerah.

Aktiviti siang yang dirancang berjalan lancar. Semua enjoy.

Banyak gambar nak di kongsikan, jadi Mat Drat share aktivit-aktiviti Mat Drat sepanjang di sini di entry berikutnya .


👉👉 Aktiviti dan tempat Menarik di Pulau Tioman 



.....................................................................

Mersing

3H2M memang sekejap sebenarnya kalauke Pulau. Tak puas menikmati keindahan dan kedamaian Pulau Tioman ni.

Hari ni dah hari ke 3, hari kami kena balik semula ke KL.

Pagi ni kami ambil feri 11:00am dari Jeti Kampung Tekek ke Jeti Mersing. Tiket dah dibeli awal-awal. Jangan lupa, beli tiket return siap-siap.


Keseluruhannya Mat Drat sangat enjoy trip di Pulau Tioman ni. TQ la kawan-kawan yang susun itinerari 3H2M dan pengisian sepanjang kat sini. Memang enjoy.

Walaupun ada kawan yang minta Mat Drat sama-sama handle program di sini, tapi Mat Drat terpaksa tolak sebab tak dapat nak komit.  

Mat Drat sebenarnya pergi Tioman ni baru 2-3 minggu balik dari Umrah. Dan balik dari Tioman ni pula, Mat Drat ada kurang seminggu untuk buat persiapan Trip Family Mat Drat ke Perth Australia 6H5M.

Dan 2 1/2 hari balik dariu Perth, Mat Drat ke Turki pula 10H8M dengan rombongan 40 orang. Persiapan dan itinerari pun dalam tengah disiapkan dengan pihak agent. Memang Feb - April tahun ni Mat Drat agak sibuk kehulu kehilir sedikit.



Dah di jetty Kampung Tekek.
Terbaik trip 3H2M ni.



Jadual feri kami 11am



Menunggu feri 11am. Elok sampai awal dalam 45 minit atau sejam sebelum berlepas.
Kalau lambat, feri terlepas boleh nangis ooo..Lagi-lagi kalau tiket next feri dah habis.
Mat Drat hanya tinggalkan tapak kaki.
Pengalaman dan kenangan, Mat Drat bawa balik.





Okey sambung....  dalam 1pm kami sampai di Jeti Mersing.


Beli Souveniour di Mersing
Sebelum kami bergerak balik, beli apa yang patut dulu di sini. Fridge magnet, t-shirt, key-chain.


Boleh la beli apa yang patut sebagai buah tangan.



Lunch di Mersing
Bersebelahan Jeti Mersing ni ada beberapa kedai makan di dalam bangunan yang sama.

Nasi berlauk dan makanan panas ada disediakan.

Tapi Mat Drat dan rakan-rakan, lunch jauh sikit. 

Kami makan di Kedai Ucu Selera Kita, Kampung Mersing Kanan.

Lokasi : Lokasi Kedai Ucu Selera Kita

Selain Kedai Ucu Selera Kita, terdapat beberapa lagi kedai makan dan restoran di kawasan ni. Lokasinya mengadap pantai, memang jadi tumpuan orang untuk makan di kawasan ni. Tambahan pula, kat sini pun ada Pasar Komuniti Mersing.





Keropok Lekok dan Ikan Masin Mersing

Dah alang-alang ke sini, sebelum balik tu boleh la singgah beli bauh tangan macam keropok lekok, keropok keping, ikan kering, ikan masin dan ikan bilis.

Ada beberapa kedai kat area sini, Mat Drat ikut je driver bas bawa kemana.


Keropok Mak Teh


Driver bas bawa kami ke sini
Perusahan Keropok Haji Puteh

Banyak pilihan, harga pun ok. Keropok ikan tamban ni pun ada 3 gred.
Yang pasti yang plaing sedap, yang hitam sebab banyak isi ikan.
Kalau putih sikit tu, tepung nya lebih. 

Tanya punya tanya..rupanya sebahagian keropok ni datangnya dari Trengganu.
Jadi jangan compare la harga sini dengan harga di Kemaman atau Cherating atau Beserah ye.



Ikan masin / ikan kering Ikan Talang pun ada.
Ikan talang kering yang Mat Drat beli hari tu pun banyak lagi.

Pesanan ikhlas Mat Drat
1. Kurangkan makan masin-masin
2. Kalau beli juga ikan masin/ikan kering, pastikan dari pengusaha Muslim ye.


Okey, itu dulu perkongsian Mat Drat. Jangan lupa baca di entry berikutnya. Mat Drat share aktiviti dengan gambar-gambar yang cukup menarik. Sure tertawan punya...




~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.