Showing posts with label Gold Coast. Show all posts
Showing posts with label Gold Coast. Show all posts

Thursday, 7 November 2019

Cara Mohon VISA ETA dan Cara Rayuan VISA ETA Australia Tak Lulus

VISA ETA Australia Rayuan Rejected


VISA ETA Australia

NOTA: (Update 2022)
Mulai tahun 2022, untuk ETA Australia perlu dipohon sendiri oleh pemegang passport melalui App ETA Australia

Service fee dikenakan AUD20 untuk setiap permohonan di app ETA Australia.

ETA ( Electronic  Travel Authority ) adalah satu jenis Visa (Visa subclass 601) yang dikeluarkan oleh pihak Australia. 

Untuk apply VISA ETA Australia, paling mudah adalah dengan memohon secara online atau apply melalui travel agent. 

Mat Drat pernah apply secara walk-in  di travel agent. Tapi tak semua travel agent buat service untuk mohonkan VISA ETA Australia, tapi kebanyakkannya memang boleh uruskan. 

Kos dicaj dalam RM 30 -50 untuk mereka applykan dan kita boleh dapat result on-the-spot sama ada lulus atau refused (TAK LULUS).

Selain walk-in ke travel agent, ada juga travel agent yang terima permohonan secara online. 

Untuk trip ke Australia yang terbaru ni, Mat Drat apply online menggunakan Arba Travel.
Kos dicaj RM 20 seorang. Hanya perlu email salinan passport dan detail kepada mereka, dan dalam satu hari dapat keputusan..


Validity  Visa ETA
VISA ETA Australia ni valid digunakan setahun dari tarikh ia diluluskan. Maknanya kita boleh keluar masuk Australia banyak kali dalam setahun tu.

Dan setiap kali masuk ke Australia, mestilah tidak melebihi 3 bulan.

............................................................................. 

CARA MOHON VISA ETA Australia

NOTA: (Update 2022)
Mulai tahun 2022, untuk ETA Australia perlu dipohon sendiri oleh pemegang passport melalui App ETA Australia. Cara rayuan pun sudah sedikit berbeza. 

Perkara berikut boleh dijadikan sedikit panduan untuk apply ETA Australia

1. Pastikan Passport masih valid
  • Sekurang-kurangnya masih ada 6 bulan validity dari tarikh berlepas
  • Contoh untuk passport anak, seeloknya muka anak tak jauh berbeza. Kalau dulu masa buat passport umur anak baru 8 bulan, sekarang umur anak dah 3-4 tahun. Muka dan banyak berubah! Eloklah buat passport baru.
2. Download app ETA Australia

3. Register dan follow step-step untuk apply
  • Boleh rujuk laman web rasmi IMMI Australia untuk panduan
  • 👉👉 Step-by-step apply ETA Visa
  • Bayaran fee AUD 20 dikenakan untuk setiap application
 3. Keputusan
  • Sebagaian dari pemohon akan dapat result terus (on-the spot).
  • Sebahagian akan mengambil masa sehingga 12 jam untuk tahu keputusan.
4. ETA lulus  / Granted
  • Jika lulus, akan dinyatakan juga di dalam email Visa Grant Number
  • Tempoh validity ETA kita
5. ETA  Tidak diproses atau diluluskan kecuali disertakan Dokumen Tambahan
  • Check email untuk jawapan permohonan ETA.
  • Mungkin dinyatakan yang Visa ETA tidak dapat diproses atau diluluskan sehingga dokumen / informasi tambahan diberikan
  • Contoh makluman di email 
    • " Your application cannot be finalised at this time. For your ETA To be considered further you must follow these instructions to submit further informations through Immiaaccount" 
  • Bagi yang terima ni, follow instruction dalam email cara-cara untuk submit dokumen tambahan seperti yang diarahkan. ( Baca di bawah ye, Mat Drat share detail sikit)

6. ETA Rejected / refusal
  • Bagi yang ETA Rejected/ refusal, Mat Drat rasa ada 3 pilihan yang boleh dibuat. Terpulang rasa mana yang sesuai.
  • Pilihan 1
    • Re-apply guna ETA App untuk visa yang sama, iaitu Visa ETA.
    • VISA ETA ni juga dikenali Subclass VISA 601.
    • Tapi rasanya, kemungkinan result akan sama kecuali ada tambahan dokumen.
    • Cuma re-apply guna app ETA ni, service fee visa ni agak murah.  AUD 20.
VISA ETA Australia Rayuan Rejected re-apply
Tak perlu email mereka. Re-Apply VISA ETA sahaja dengan dokumen tambahan



  • Pilihan 2
    • Re-apply guna SubClass Visa 600.
    • Cost bermula AUD 190
    • Apply online 👉 ImmiAccount 
    • Tak dijamin akan lulus ye. (Not Guaranteed)
    • Dilaman web mereka, memang mereka suggest apply sub-class lain kalau Visa ETA tak lulus.
    • Ada pembaca blog yang Mat Drat kenal,  selepas ETA dia rejected, dia apply pula Visa 600. Tapi visa 600 ni pun rejeted. Kawan-kawan yang lain dah lulus (granted). Jadi dia sanggup re-apply lagi untuk kali ke dua Visa 600 ni, rezeki dia yang kali ke-dua baru lulus.
  • Pilihan 3
    • Divert destinasi. Pergi bercuti tempat lain yang kurang kerenah atau tak perlukan VISA.
    • Kalau belum pernah ke Korea atau Jepun, consider la 2 negara ni. Menarik. Mat Drat dah ke Busan dan Seoul Korea.
    • Atau kalau ada budget lebih dan masa cuti yang panjang, boleh cuba intai-intai Europe. Mat Drat dah 2 kali ke Europe.  Trip pertama, ke Barcelona dan Paris. Trip ke dua pula ke London dan Edinburgh. Ada rezeki nak buat trip Balkan atau Middle Europe pula. 

Elak Rugi tiket flight, booking hotel
Satu masalah bila VISA ditolak, kita akan kerugian duit yang kita dah belanjakan. Tiket flight, booking hotel dan kereta antara kos yang terpaksa 'hangus'.

Jadi nak elak dari terhangus duit bila VISA TAK LULUS, adalah kita apply visa dulu sebelum beli tiket flight, tempah hotel dan kereta.

Tapi masalahnya bila nak apply VISA dulu, nanti takut bila visa dah lulus, tiket flight pulak tak dapat murah...... 






Visa ETAAustralia  rejected rayuan
Contoh surat makluman bila VISA ETA Rejected.
' Mereka maklumkan, VISA ETA tak akan diluluskan
(cannot be granted) kecuali memenuhi kriteria-kriteria mereka 


Visa ETAAustralia  rejected rayuan
Contoh surat makluman bila VISA ETA Rejected.
Mereka akan beri penjelasan sebab di rejected. 



Permohonan VISA ETA Australia Perlu dokumen tambahan

Ada sesetengah pemohon, mereka akan dapat keputusan ETA secara terus atau dalam masa 12 jam selepas permohonan. 

Dan ada juga yang permohonan mereka tidak dapat diproses. Bagi kes ini, mereka akan dimaklumkan yang permohonan tidak diproses/lulus sehingga pemohon bagi dokumen atau maklumat tambahan.

Sewaktu permohonan ETA, kita akan dapat email makluman / jawapan yang mungkin akan nyatakan "
" Your application cannot be finalised at this time. For your ETA To be considered further you must follow these instructions to submit further informations through Immiaaccount" 
  • Bagi yang terima ni, follow instruction dalam email cara-cara untuk submit dokumen tambahan seperti yang diarahkan
    • klik link yang disertakan untuk daftar ImmiAccount
    • jawab soalan online yang ditanya
    • sertakan supporting dokumnen yang diperlukan untuk tunjuk kemampuan kita bercuti dan bukan nak stay kat sana
    • sertakan form 1554 yang disertakan (link yang dia sertakan)

Bagi kes macam ni, perlu ingat yang pihak Australia perlukan maklumat lanjut beserta dokumen sokongan untuk memudahkan mereka buat keputusan.

Cara Buat Rayuan Visa Australia

Kita kena ingat dan faham, kebanyakkan VISA ke Australia tak diluluskan kerana mereka merasakan kita ke Australia bukan untuk bercuti tetapi sebaliknya untuk bekerja.

Seperti yang biasanya dinyatakan oleh pihak Australia dalam email makluman, mereka juga perlukan dokumen yang menunjukkan
  1.     1. Bukti pekerjaan atau masih seorang student.
  2.     2. Bukti menunjukkan wang cukup 'sufficent fund to support yourself during your visit'
Dan kena ingat, dokumen tambahan ni akan di-review oleh officer mereka. Jadi bagi dokumen selengkap boleh. 

Jadi Mat Drat kongsikan sedikit  apa yang perlu untuk memudahkan kelulusan Visa ETA kita. Boleh guna jika rasa sesuai sebab ni yang Mat Drat buat.

Mungkin dokumen-dokumen ni sedikit sebanyak dapat menunjukkan yang kemampuan kita ke Australia untuk bercuti dan bukan untuk stay di sana.


1. Penyata  dan itinerary berkenaan perjalanan dan penginapan sepanjang di Australia.
  • Itinerary Flight. Mat Drat bagi sekali maklumat flight. Pergi dan return bersama salinan itinerary dari airlines.
  • Confirmation booking tempat penginapan. Pastikan saiz bilik hotel atau apartment sesuai dengan bilangan trip kita.
  • Confirmation booking kenderaan. 
2. Evidence of Employment 
Boleh sertakan 
  • payslip 3 bulan
  • kad pekerja
  • Surat /email maklumat cuti diluluskan.
  • Dapat surat dari majikan lagi bagus. 
Kes Mat Drat dulu, yang tak lulus adalah anak.  Jadi Mat Drat sertakan dokumen berikut untuk rayuan anak selain payslip Mat Drat.
  • Surat tawaran masuk U bagi anak yang rejected
  • Kad Matriks
3. Kemampuan Kewangan
Paling kurang  penyata bank 2 bulan, tapi Mat Drat bagi penyata untuk 3 bulan.

Bagi pemohon yang tiada pendapatan, mereka mahukan penyata kemampuan orang yang menanggung percutian ke Asutarlia dan juga maklumat perhubungan.

Kalau anak yang tak lulus, maknanya penyata bank ayah la yang perlu disertakan .

Jadi Mat Drat sertakan dokumen berikut untuk rayuan anak
  • Payslip 4 bulan Mat Drat
  • Bank Statement anak 3 bulan
  • Bank statement Mat Drat 3 bulan
  • Kredit Kad Statement 3 bulan.
Tips
Bank Statement
Mat Drat dah prepare awal, beberapa bulan sebelum pergi dan apply ETA, Mat Drat dah 'cantikkan' akaun bank. Bila tunjuk statement tu, bukan sahaja nampak duit masuk tapi nampak baki yang ada. Jangan masuk RM5,000 dan keluarpun RM 5,000.

Kalau ada duit dalam ASB, Tabung Haji, boleh la sertakan sekali. Biasa orang kita,banyak duit dalam TH  dan ASB. Boleh la support rayuan.

Kredit Kad Statement
Kalau ada beberapa kad, cukuplah bagi penyata kad kredit yang limit agak tinggi.


4. List ahli keluarga
  • Rasanya list nama ni pun mereka perlukan.
  • Beri nama penuh ahli keluarga dan DOB
  • Nyatakan ahli keluarga mana yang akan turut serta dalam perjalanan.
5. List ahli travel (ahli romboongan)
  • Mereka mahu tahu nama orang lain yang bukan ahli keluarga yyang akan bersama-sama dalam trip tu.
  • Nama penuh dan DOB
  • Sertakan juga sekali nama mereka
6. Ahli Keluarga di Australia
  • Kalau ada ahli keluarga atau kenalan di Australia, perlu maklumkan detail seperti Nama Penuh, DOB, status samada rakyat Australia atau Permanent Residents.
  • Jika bukan rakyat atau PR, nyatakan VISA status dan reason mereka stay.
  • Rasanya form 1554 yang mereka minta kita lengkapkan, termasuk maklumat ni

Nota 
Hantar dokumen selengkap boleh dan yang boleh membantu menyokong permohonan rayuan kita. Mereka akan proses berdasarkan dokumen yang kita hantar.

Jawapan akan dimaklumkan melalui email dalam masa 14 hari. Pengalaman Mat Drat, dalam 7 hari mereka dah reply.  Jadi hantar dokumen selengkap yang boleh.


Kisah-kisah VISA ETA

Mat Drat kongsikan beberapa kisah berkaitan VISA ETA. Ada beberapa kes yang Mat Drat tahu bekenaan VISA ETA ni. Boleh la jadikan panduan.

Bagi yang LULUS pula, jangan gembira sangat sebab boleh berlaku pelbagai perkara juga ye !!
  • Kerana segelintir rakyat Malaysia yang salah gunakan VISA ETA (Tourist VISA) ni dengan overstay dan bekerja di sana, membuatkan kerajaan Australia ketatkan pengeluaran VISA ETA ni kepada rakyat kita. 
  • Masalah mereka ni, bila dah overstay, siap bangga pulak tu post kat laman sosial. Siap bagi tips lagi, mana Australia Authority tak ketatkan permohonan VISA untuk rakyat Malaysia.
  • Sebenarnya bukan rakyat Malaysia je ye yang diketatkan pengeluaran ETA, ada lagi beberapa negara yang turut dimasukkan di adalam senarai 'high -risk'. Maksudnya, proses kelulusan VISA diketatkan.

Kes 1 - Hantar dokumen tambahan dan LULUS. 

Ini biasa bagi rakyat Malaysia. Visa ETA lulus selepas hantar dokumen tambahan. 


Kes 1 - Hantar dokumen tambahan dan TAK LULUS. 

Ini pun agak biasa bagi rakyuat Malaysia. Dah hantar dokumen tambahan pun masih tak lulus.Memang susah nak jangka. 

Ikutkan, rasanya kita ni betul-betul nak travel dan duit cukup, tapi tak lulus pulak ETA!!


Kes 3 - Tak Lulus. Re-apply, Tak Lulus. Rayuan pun TAK LULUS. 
Kalau masih ingat beberapa tahun lepas ada kisah sorang brother dari Sabah yang plan nak ke Australia dengan family dia tapi VISA dia tak lepas. 

Tiket flight, hotel dan kenderaan semua dah booking. Buat rayuan beberapa kali, masih tak lepas. Yang haru nya, dia yang jadi leader plan pergi ramai-ramai dengan ipar duai, tapi dia tak dapat VISA. 

Apply lain tak lulus. Rayuan tak lulus. Sehingga saat terakhir di KLIA/KLIA2 pun dia menunggu, tapi masih tak lulus. Terpaksalah family dia terbang ke Australia tanpa dia. Lebih haru tu, bila family dia sampai di KLIA dari Australia, VISA dia baru approved. 

Kes 4 - Tak Lulus. Re-apply sub-class lain baru LULUS. 

Macam Mat Drat kongsikan, ada seorang kenalan yang hanya lulus VISA subclass 600 dengan fee tambahan AUD 190.

Visa ETA 601, rejected.  Apply Visa 600 kali pertama pun rejected. Re-apply Visa 600 baru lulus. Kos visa dia sahaja pun dah AUD 400 lebih !!


Kes 5 - Lulus, Tapi DiBATALKAN. 
Ini kes haru jugak ni. Tak silap wanita ni dengan family nak Australia. Visa dia dan mak dia lulus, tapi adik lelaki dia tak lulus. Bila reapply (rayuan), antara dokumen dia bagi tiket penerbangan yang ada nama dia dan mak dia. Akhirnya Authoritry Australia batalkan semua VISA ETA mereka. Lagi 4 hari nak berlepas tu!!

Mungkin remaja lelaki awal 20-an ni memang risiko tinggi kot tak lepas.


Kes 5 - Lulus, tapi TAK DIBENARKAN TERBANG (NAIK PESAWAT)

Ini kes terbaru dan memang haru... agak viral hari tu. VISA ETA dah lulus tetapi sewaktu nak berlepas, mereka tak dibenarkan terbang.

Tak silap mereka ni perempuan 6 orang. Semua dah dapat VISA ETA. Tapi semasa di airport, di pintu gate berlepas dah pun, 5 dari mereka tak dibenarkan menaiki pesawat.

Rupa-rupanya, pihak Australia ada letakkan pegawai 'Profilers' di airport tertentu untuk screen dan filter pelancong. Malaysia salah satunya yang mereka letak profilers ni.

Walaupun tiket dah ada, VISA ETA dah ada, tapi mereka tak dibenarkan naik pesawat ke Australia. Bila ditanya bawa berapa duit ke Australia, mereka kata bawa AUD 350 seorang. Tak cukup !!! Tak dibenarkan naik pesawat.

Jadi, untuk prepare kalau jadik macam ni, pastikan
- hotel dah booking siap-siap untuk sepanjang hari di sana. Tunjukkan dah bayar.
- kalau datang berempat, pastikan hotel tu untuk 4 orang, jangan suka main sumbat seberapa yang boleh macam kat Malaysia. 
- bawa cash lebih, jangan cukup-cukup. 
- tunjuk kad kredit. Kalau boleh tunjuk la juga kredit limit.
- jika sewa kenderaan, rasanya tu advantage lebih berbanding menaiki public transport

Ni semua nak menunjukkan kita 'mampu' bercuti, dan nak elakkan persepsi mereka yang kita ke sana nak 'bekerja'.


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

Monday, 6 March 2017

Mohon VISA Australia - ETA Online

Mohon Visa Australia




Cara Buat VISA Australia

Rakyat Malaysia yang ingin ke Austalia perlu memiliki VISA, tidak kira lah datang ke sana untuk tujuan melancong atau atas urusan perniagaan.

Untuk membuat Visa Australia cukup senang sebenarnya, tidak perlu ke Kedutaan  Australia dan tidak perlu menunggu lama untuk kelulusan, sebaliknya boleh dibuat secara online sahaja.

Visa Australia atau dikenali juga sebagai ETA (Electrnic Travel Authority) boleh di buat secara berikut :

1. Buat di pejabat travel ejen. Permohonan akan dibuat secara online dan visa ETA akan diperolehi secara on-the-spot. Kebanyakan ejen pelancongan menyediakan kemudahan ini, atau boleh hubungi mereka dahulu dna bertanya sama ada mereka ada tawarkan perkhidmatan ini atau tidak.

2. Buat melalui ejen. Ada beberapa ejen yag menyediakan perkhidmatan secara online tanpa perlu ke pejabat travel ejen. Jika ingin menggunakan kaedah ini , mungkin boleh hubungi eta.australia@yahoo.com atau inquiry@postcardasia.com.my
Pemohon perlu scan passport dan email kepada dia beserta detail peribadi seperti alamat dan nombor telefon serta maklumat tarikh penerbangan pergi/balik ke Australia. Apabila dokumen dan maklumat telah dihantar (email), buat bayaran dan tunggu Visa ETA anda dalam masa  beberapa jam.
Senang kan....






3. Buat melalui website yang menawarkan pekhidmatan membuat VISA ETA Australia ini. Jika ingin menggunakan perkhidmatan ini, boleh cuba di laman web ini https://www.australiavisa.my/ . Juga perluakan maklumat sepeti di atas tetapi bayaran perlu dibuat menggunakan kad kredit.



VISA Australia ETA Online
Contoh VISA Australia ETA

Harga VISA Australia

Harga Visa Australia cukup murah sebenarnya dan harganya juga bergantung dimana kita bua. Ada ejen mengenakan caj serendah RM20 dan ada yang mengenakan caj sehingga RM 50. Mungkin yang caj sehingga RM 50 itu telah termssuk kos yang perlu di tanggung seperti kos petrol dan lain-lain.

Walau pun VISA ETA ini boleh dimohon dan siap beberapa jam sahaja, tetapi seelok-eloknya Visa ini dibuat lebih awal (sebulan dua sebelum berlepas).

Visa ETA yang kita perolehi nanti, mempunyai tempoh sah 1 tahun. Ini maknanya dari tarikh buat, kita ada masa 1 tahun untuk ke Australia dan tidak boleh melebihi 3 bulan setiap kalinke Australia.

~Mat-Drat~

Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇

Wednesday, 16 November 2016

Hotel murah di Surfer Paradise, Gold Coast

Hotel murah di Gold Coast


Ramai yang datang ke Gold Coast, memilih hotel/apartment di kawasan sekitar Surfer Paradise. Selain dekat dengan kawasan tumpuan pelancong, pilhan makanan halal juga banyak di sini.

Hasil semakan saya  berikut adalah hotel yang direkemenkan oleh ramai pengunjung. Boleh klik link di setiap nama hotel di bawah dan baca review.







Hotel pilihan di sekitar Gold Coast dan berhampiran Surfer Paradise :

Mantra Legends Hotel




Untuk pilihan Hotel 3 Bintang yang lebih murah pula :



Couran Cove Resort Paradise Island



Untuk bekeluarga mungkin boleh pilih apartment / hotelapartment berikut - lebih jimat dan sesuai yang ramai ahli keluarga;

Kalau untuk backpackers pula, kebanyakkannya akan memilih hotel/hostel ini :


Atau untuk pilihan hotel yang lebih, boleh klik  >> DI SINI << .

Saturday, 12 March 2016

Itinerary Gold Coast Australia : 4D3N ( Initerari Ke Gold Cost Australia)


Itinerari kami untuk short trip ni lebih kurang :


DAY 1
09.40 am : Kuala Lumpur International Airport
07.45 pm : Brisbane International Airport
09.00 pm : Check In Hotel / Apartment


DAY 2
07.30 am : Sarapan
08.30 am : Ke Seaworld (Bas #705)
09.30 am : Seaworld
05.00 pm : Balik ke Apartmen/Hotel
07.00 pm : Surfer Paradise (Bas #705)
10.00 pm :Apartmen/Hotel


DAY 3
07.30 am : Sarapan
08.30 am : Ke Warner Bros Movie World (Bas #704 & #Bas #720)
09.30 am : Movie World
04.00 pm : Keluar dari Movie World
04.30 pm : Ke Harbour Town
05.00 pm : Cuci mata di Harbour Town
07.00 pm : Balik ke Apartmen/Hotel (bas # 704)


DAY 4
06.30 am : Bersiar-siar di Main Beach
08.00 am : Sarapan
09.00 am : Ke Harbour Town (Bas #704)
10.00 am : Harbour Town - Beli apa yang patut
03.00 pm : Balik ke Apartmen/Hotel (bas # 704)
06.00 pm : Bergerak ke Brisbane International Airport
11.20 pm : Berlepas pulang ke Kuala Lumpur


DAY 5
6.00 am : Tiba di Kuala Lumpur International Airport

Rasanya untuk trip 3 hari di Gold Coast memang tidak mencukupi. Banyak lagi tempat-tempat menarik yang perlu dilawati dan dan terokai di sini. Jadi datanglah ke sini paling kurang pun 5 hari.

Ini adalah hadiah pertama untuk trip ke luar negara yang saya menangi dari sesuatu peraduan, jadi saya terima sahaja apa yang diberi oleh pihak penaja. Tak terfikir pada masa itu untuk minta lanjutkan tempoh di sana.



Baca juga entry berkaitan trip Gold Coast ini;

>> Trip ke Gold Coast Australia : Day 1 - KL ke GC
>> Trip Gold Coast Day 2 - Sea World
>> Trip Gold Coast : Day 2 - Makanan Halal di Surfer Paradise Dan Hotel Murah
>> Trip Gold Coast : Day 3 - Warner Bros Movie World
>> Trip Gold Coast : Day 4 - Harbour Town 



~mat-drat~


Booking.com




Tuesday, 1 March 2016

Shopping di Harbour Town, Gold Coast Australia: - Day 4


.... sambungan dari ....Day 3 - Warner Bros Movie World

Harbour Town. Signboard cukup besar, senang nampak


Shopping Barang Murah  di Harbour Town, Gold Coast Australia:  - Day 4 


Hari ni adalah hari terakhir kami di Gold Coast dan flight kami ke Kuala Lumpur adalah pada jam 11.30 malam dari Brisbane Airport. Transport dari apartment ke Airport pula dah di arrangekan pada pukul 6.30 petang. Jadi kami hanya bercadang aktiviti free and easy sahaja hari ni sementara menunggu jam 6.30 petang.


Main Beach

Pagi ni kami bersiar-siar agak awal di pantai Main Beach ini. Seronok melihat kehidupan mereka yang awal-awal pagi beriadah sebelum memulakan kerja. Kebanyakan pejabat dan kedai di sini di buka jam 10 pagi, jadi banyak masa untuk mereka melakukan pelbagai aktiviti pagi. 

Jalan pula tidak sibuk di area Main Beach ini, jadi mata pun tak serabut dengan hiruk pikuk kenderaan.

Terasa kehidupan mereka yang agak relax, tenang dan damai sahaja di sini....  seronok rasanya....


Matahari pagi mula menyinar... 
Mentari merah di ufuk timur...


Daun-daun keguguran di Main Beach Park


Relaxxx dan santai kehidupan mereka. 
Beriadah sebelum memulakan kerja






Southport Yatch Club


Dalam jam 9.00 pagi kami menunggu bas untuk ke Harbour Town. Sambil menunggu bas, kami sempat lagi snap beberapa keeping gambar dengan pemandangan yang agak menarik di sekitar Soutport Yatch Club ni, Hanya seberang jalan dari De Ville Apartment. Tak ada apa pun di sini, cuma tempat kapal-kapal layar berlabuh.



Tempat tunggu bas berhadapan dengan Southport Yart Club


Soutport Yatch Club Gold Coast
Tak ada pulak tuan punya kapal nak offer naik...


Sempat kami bersantai tengok kapal layar dan bot orang...



Harbour Town


Bas yang membawa kami tiba di Harbour Town dalam jam 10 pagi, dan kedai-kedai baru hendak di buka. Orang tak berapa ramai lagi, jadi agak seronok shopping waktu ni, selesa untuk kita memilih barangan.

Untuk makluman, kedai-kedai di sini akan ditutup sekitar jam 5 petang. Dan waktu tutup sebenarnya berubah-rubah mengikut musim. Pada waktu kami kesini, malam agak awal iaitu sekitar jam 6 petang, jadi pukul 5 sudah banyak kedai yang di tutup. Malam akan sangat sejuk dan tak ada orang nak menyopping waktu sejuk...





Macam biasa, masuk dari satu kedai ke satu kedai. Antara kedai / butik yang paling lama kami masuk adalah LEVI'S, ESPIRIT , FILA, dan NIKE.


Kami beli beberapa pasang seluar jeans Levi's , harga dalam range AUD 30 - AUD 40 sahaja sehelai. Kena lama memilih dan mencari sebab mereka tak keluarkan semua saiz dan semua jenis pada satu masa. 

Di Espirit, beberapa pasang Jeans juga sempat kami sambar. Agak murah kalau di banding di Malaysia. Dan di FILA kami sambar seorang sepasang kasut sukan. Kasut yang kami beli pun yang murah-murah sahaja, dalam range AUD 30 - AUD 50. 

Untuk yang nak beli perfume, ada satu kedai jual perfume di Harbour Town ni. Harga jauh lebih murah kalau beli di Airport. Di sini juga sempat la sambar sorang dua botol perfume.



Hasil tuaian hari ini



Solat / prayer room di Harbour Town

Solat di sini tiada masalah kerana surau di sediakan di tourist lounge.


Ala-ala macam JPO...






Restoran Halal di Harbour Town



Mengikut laman web goldcoastislam terdapat sebuah restoran halal di sini iaitu Real Adana Chargrill. Tapi kami tak jumpa walaupun dah pusing, akhirnya kami singgah di sebuah pasaraya dan beli roti sahaja dan makan bersama susu segar. Kebetulan sewaktu terkial-kial memilih makanan halal, ada seorang wanita Malaysia yang menetap di sini membantu saya... di tunjukkan mana yang halal. Dia pun faham bila kami terkial-kial nak pilih makanan.


Dalam pukul 3 petang kami meninggalkan Harbour Town selepas 4 jam lebih di sini.


Kami sampai di Apartment dalam jam 4 petang dan terus bersiap-siap packing barang untuk ke Airport. Jam 6 petang, van yang sama datang pickup kami untuk terus ke Airport. Kami sampai agak awal di Brisbane Airport, dalam pukul 7 malam. 


Penerbangan pulang kami dari  Brisbane - Kuala Lumpur pada  jam 11.20 malam.



-Tamat 4D3N Trip ke Gold Coast Australia-

~mat-drat~



Booking.com
Baca juga entry berkaitan trip Gold Coast ini;

Trip ke Gold Coast Australia : Day 1 - KL ke GC
Trip Gold Coast Day 2 - Sea World
Trip Gold Coast : Day 2 - Makanan Halal di Surfer Paradise Dan Hotel Murah
Trip Gold Coast : Day 3 - Warner Bros Movie World
Trip Gold Coast : Day 4 - Harbour Town 
Trip Gold Coast : Itinerari 4D3N

Warner Bros Movie World : Day 3

Warner Bros Movie World, Gold Coast


Hari ni destinasi kami seterusnya adalah ke Warner Bros Movie World  dan juga ke Harbour Town.

Sebelum memulakan perjalanan, pagi ni kami isi perut dengan bubur nasi segera,  cuma lauk tukar dari rendang kepada sardin. Sedikit buah-buahan yang kami beli di Surfer Paradise semalam juga menjadi hidangan pagi ni.

Seperti semalam, perjalanan hari ni masih kami gunakan bas. Untuk ke Movie World dari Main Beach, kami perlu menaiki 2 bas:
Bas # 704 : Main Beach ke Helensvale
Bas # 702 : Helensvale ke Movie World

- Helensvale ni kira macam depot bas dan train. 
- Banyak pertukaran antara bas disini. 
- Perjalanan bas #704 Main Beach ke Helensvale mengambil masa lebih kurang 30 minit.
- Kemudian kami kena menunggu bas berikutnya hampir 20 minit untuk ke Movie World. 
- Bas #702 pula mengambil masa lebih kurang 15 minit ke Movie World
- Bas berhenti betul-betul di hadapan pintu gerbang Movie World.


Kami sampai di sini 9.30 pagi, kiranya tidak terlalu awal. 

Seperti semalam, kami turut masuk dengan membawa makanan sendiri ( biskut dan coklat bar) untuk mengalas perut sebagai persediaan sekiranya tidak jumpa makanan halal di dalam Movie World ini.






Harga tiket Warna Bros Movie World

Harga tiket masuk adalah AUD 79.

Kebiasannya pengunjung kalau ke Gold Coast, akan ke Theme Park  SeaWorld, Warner Bross Movie World, Wet’n’Wild Gold Coast   dan juga Paradise Country. Jadi untuk lebih jimat, beli tiket kombo. 

Harga tiket kombo berharga AUD 109 (3 in 1)  atau AUD 119 (4 in 1) dan boleh masuk ke tempat tarikan di atas secara unlimited untuk tempoh setahun - bergantung kepada pakej yang kita pilih

Semasa di kaunter redeem tiket, kami tunjukkan kupon tiket (tidak perlu beratur kaunter tiket) dan pihak Seaworld keluarkan tiket kombo 3 in 1 kami. Untuk dapatkan pass kombo ini, kami perlu tunjukkan passport dan juga kena ambil gambar di situ. Detail nama dan no passport di print di pass kombo tu beserta gambar sekali, jadi orang lain tak boleh guna la tiket kombo kita. Tiket kombo ni boleh digunakan secara unlimited untuk tempoh setahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai tiket kombo boleh klik link laman web rasmi mereka. http://themeparks.com.au/

Jika ingin beli dengan lebih jimat, boleh beli melalui groupon, lebih jimat. Kadang-kadang ada promosi dengan harga AUD 89 sahaja. Try la klik. Tapi ingat, kena print kupon groupon tu danbawa ke kaunter tiket untuk redeem dan buat pass kombo.Harga Tiket AUD 79 seorang.








Ride di Movie World


Movie World ni boleh la kita kata, ada 4 bahagian, 
- Main Street, 
- Wild West Area, 
- DC Comic Superhero Hub dan 
- Kid's WB Fun Zone.



Di Main Street ni kita boleh jumpa 'artis-artis atau pelakon-pelakon" terkenal, atau pun watak-watak superhero. Mereka akan keluar mengikut masa mereka jalan dan ambil la peluang bergambar dengan mereka. Si sini juga ada banyak kedai-kedai souveniour dan tarikan utama adalah All Star Parade. Jangan lepaskan peluang menunggu ikon-ikon Warner Bros kelad di jalanan dengan pelbagai aksi dan gaya. Kena tunggu awal sikit sebab kalau lambat terpaksa menonton dari celah orang ramai.

Dengan Austin Powe awal pagi di Main Street, tapi takde pulak nampak gegirl dia....
Di area Main Street ni juga ada beberapa tarikan...antaranya;

Ada pertujukan geng-geng ni.... anak-anak suka

Scooby Doo Coaster... Tersilap sebab ternaik. Kalau boleh undur masa, tak mau naik dah.

Untuk peminat Batman

Di sini juga ada pertunjukan Hollywood Stunt Driver. Pertunjukan ini rugi kalau tak masuk. Tak silap ada 2 kali show tapi kena ikut masa yang ditetapkan. Kalau lambat, tak dibenarkan masuk sebab pertunjukan telah bermula.

Di entrance ke Hollywood Stunt Driver.
Kali ni kami tunggu awal sebab show pertama kami tak dapat masuk, terlambat.

Kebanyakan aksi stund polis dan penjahat,
yang lebih mendebarkan kejar mengejar dengan kereta

Salah satu aksi
Datang awal untuk dapatkan tempat duduk menarik

Kereta stunt...Lancer

Di area Wild West Area pula, ada 2 3 ride.... ride yang boleh membasahkan. Jangan risau, ada bilik pengering baju dengan caj AUD 5. Kalau tak nak masuk bilik pengering tapi nak juga main ride, bawa baju hujan / ponco plastik yang ada jual kat station minyak tu, tak silap harga ponco plastik tu dalam RM 3-RM5 je sehelai.
Di sini juga ada pertunjukan ala-ala drama pergaduhan koboi di jalanan. Depa buat lakonan aksi stunt jugak, di tepi jalan sahaja. Pastikan waktu pertunjukan mereka untuk tidak terlepas.


Wild West Falls.... main ride sini, confirm basah...
2 koboi start nak bergaduh
Di Kid's WB Fun Zone banyak tarikan dan ride untuk kanak-kanak. Watak-watak kartun banyak kat sini, lagi suka la kanak-kanak. Paling kanak-kanak suka, kat air pancut ni. Memang ramai budak-budak yang basah main air ni. Kami tak lama di sini sebab anak-anak tak ikut trip ni.

Looney Tunes.... Haiii
Tak bawa anak-anak, takkan nak lama-lama kat zone ni kan...


Dan di DC Comic Superhero Hub banyak ride-ride yang seronok dan menjadi tarikan utama taman tema ni. Antara yang paling mejadi tumpuan ramai adalah ride Superman Escape, Batwings Spaceshot, Green Lantern Coaster  dan juga Arkham Asylum. Ini semua ride-ride yang paling mencabar dan sesuai untuk mereka yang betul-betul ingin mencabar diri.

















Solat dan surau di Movie World Gold Coast

Untuk solat tiada masalah kerana prayer room / surau disediakan di sini. Cukup selesa dan luas. Prayer room / surau terletak di kawasan "Wild West Fall", dan tidak tersorok. Sambil berjalan kita akan Nampak sign board "prayer room".

Boleh kata surau yang disediakan cukup selesa.... lebih selesa dari surau yang terdapat di sesetengah shopping complex di Malaysia sendiri!!



Surau  prayer room Warner Bros Gold Coast
Akhirnya, jumpa pun surau / prayer room

Surau  prayer room Warner Bros Gold Coast
Surau yang luas dan selesa


Makanan Halal di Warner Bros Gold Coast

Bab makanan halal, dari pembacaan di blog2 saya tak jumpa pula ada restoran halal di dalam ni. Sewaktu kami di sini. kami juga tak nampak restoran dengan tanda halal. Jadi sepanjang kami di Movie World ni, kami hanya makan bekalan sandwich dan coklat bar yang kami bawa.

Tetapi mengikut pakcik google, terdapat satu restoran halal iaitu LegendsDining Room ( bukan di Pizza Area) . Boleh semak di SINI


Souveniour di Warner Bros Gold Coast

Jangan lupa beli apa-apa yang patut sebelum keluar dari Warner Bros ini. Banayak kedai-kedai souveniour di dalam ni dan yang paling saya suka "Harry Potter Shop". Banyak souveniour menarik dan harga yang agak berpatutan....

Untuk peminat Harry Potter




Gambar sekitar All Star Parade
Sementara menunggu All Star Parade, bergambar dulu dengan kereta-kereta antik kat sini

Taxi dari filem Taxi!?

Maryline Monroe dah keluar.... 
Awal dapat duduk depan sekali
Catwoman...meow...

Jocker and the gang

Team Superhero

Scooby Dooooooooo
Entry berikutnya....   Day 4 - Shopping di Harbour Town

~mat-drat~




Baca juga entry berkaitan trip Gold Coast ini;