Tuesday, 1 March 2016

Warner Bros Movie World : Day 3

Warner Bros Movie World, Gold Coast


Hari ni destinasi kami seterusnya adalah ke Warner Bros Movie World  dan juga ke Harbour Town.

Sebelum memulakan perjalanan, pagi ni kami isi perut dengan bubur nasi segera,  cuma lauk tukar dari rendang kepada sardin. Sedikit buah-buahan yang kami beli di Surfer Paradise semalam juga menjadi hidangan pagi ni.

Seperti semalam, perjalanan hari ni masih kami gunakan bas. Untuk ke Movie World dari Main Beach, kami perlu menaiki 2 bas:
Bas # 704 : Main Beach ke Helensvale
Bas # 702 : Helensvale ke Movie World

- Helensvale ni kira macam depot bas dan train. 
- Banyak pertukaran antara bas disini. 
- Perjalanan bas #704 Main Beach ke Helensvale mengambil masa lebih kurang 30 minit.
- Kemudian kami kena menunggu bas berikutnya hampir 20 minit untuk ke Movie World. 
- Bas #702 pula mengambil masa lebih kurang 15 minit ke Movie World
- Bas berhenti betul-betul di hadapan pintu gerbang Movie World.


Kami sampai di sini 9.30 pagi, kiranya tidak terlalu awal. 

Seperti semalam, kami turut masuk dengan membawa makanan sendiri ( biskut dan coklat bar) untuk mengalas perut sebagai persediaan sekiranya tidak jumpa makanan halal di dalam Movie World ini.






Harga tiket Warna Bros Movie World

Harga tiket masuk adalah AUD 79.

Kebiasannya pengunjung kalau ke Gold Coast, akan ke Theme Park  SeaWorldWarner Bross Movie World, Wet’n’Wild Gold Coast   dan juga Paradise Country. Jadi untuk lebih jimat, beli tiket kombo. 

Harga tiket kombo berharga AUD 109 (3 in 1)  atau AUD 119 (4 in 1) dan boleh masuk ke tempat tarikan di atas secara unlimited untuk tempoh setahun - bergantung kepada pakej yang kita pilih

Semasa di kaunter redeem tiket, kami tunjukkan kupon tiket (tidak perlu beratur kaunter tiket) dan pihak Seaworld keluarkan tiket kombo 3 in 1 kami. Untuk dapatkan pass kombo ini, kami perlu tunjukkan passport dan juga kena ambil gambar di situ. Detail nama dan no passport di print di pass kombo tu beserta gambar sekali, jadi orang lain tak boleh guna la tiket kombo kita. Tiket kombo ni boleh digunakan secara unlimited untuk tempoh setahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai tiket kombo boleh klik link laman web rasmi mereka. http://themeparks.com.au/

Jika ingin beli dengan lebih jimat, boleh beli melalui groupon, lebih jimat. Kadang-kadang ada promosi dengan harga AUD 89 sahaja. Try la klik. Tapi ingat, kena print kupon groupon tu danbawa ke kaunter tiket untuk redeem dan buat pass kombo.Harga Tiket AUD 79 seorang.








Ride di Movie World


Movie World ni boleh la kita kata, ada 4 bahagian, 
- Main Street, 
- Wild West Area, 
- DC Comic Superhero Hub dan 
- Kid's WB Fun Zone.



Di Main Street ni kita boleh jumpa 'artis-artis atau pelakon-pelakon" terkenal, atau pun watak-watak superhero. Mereka akan keluar mengikut masa mereka jalan dan ambil la peluang bergambar dengan mereka. Si sini juga ada banyak kedai-kedai souveniour dan tarikan utama adalah All Star Parade. Jangan lepaskan peluang menunggu ikon-ikon Warner Bros kelad di jalanan dengan pelbagai aksi dan gaya. Kena tunggu awal sikit sebab kalau lambat terpaksa menonton dari celah orang ramai.

Dengan Austin Powe awal pagi di Main Street, tapi takde pulak nampak gegirl dia....
Di area Main Street ni juga ada beberapa tarikan...antaranya;

Ada pertujukan geng-geng ni.... anak-anak suka

Scooby Doo Coaster... Tersilap sebab ternaik. Kalau boleh undur masa, tak mau naik dah.

Untuk peminat Batman

Di sini juga ada pertunjukan Hollywood Stunt Driver. Pertunjukan ini rugi kalau tak masuk. Tak silap ada 2 kali show tapi kena ikut masa yang ditetapkan. Kalau lambat, tak dibenarkan masuk sebab pertunjukan telah bermula.

Di entrance ke Hollywood Stunt Driver.
Kali ni kami tunggu awal sebab show pertama kami tak dapat masuk, terlambat.

Kebanyakan aksi stund polis dan penjahat,
yang lebih mendebarkan kejar mengejar dengan kereta

Salah satu aksi
Datang awal untuk dapatkan tempat duduk menarik

Kereta stunt...Lancer

Di area Wild West Area pula, ada 2 3 ride.... ride yang boleh membasahkan. Jangan risau, ada bilik pengering baju dengan caj AUD 5. Kalau tak nak masuk bilik pengering tapi nak juga main ride, bawa baju hujan / ponco plastik yang ada jual kat station minyak tu, tak silap harga ponco plastik tu dalam RM 3-RM5 je sehelai.
Di sini juga ada pertunjukan ala-ala drama pergaduhan koboi di jalanan. Depa buat lakonan aksi stunt jugak, di tepi jalan sahaja. Pastikan waktu pertunjukan mereka untuk tidak terlepas.


Wild West Falls.... main ride sini, confirm basah...
2 koboi start nak bergaduh
Di Kid's WB Fun Zone banyak tarikan dan ride untuk kanak-kanak. Watak-watak kartun banyak kat sini, lagi suka la kanak-kanak. Paling kanak-kanak suka, kat air pancut ni. Memang ramai budak-budak yang basah main air ni. Kami tak lama di sini sebab anak-anak tak ikut trip ni.

Looney Tunes.... Haiii
Tak bawa anak-anak, takkan nak lama-lama kat zone ni kan...


Dan di DC Comic Superhero Hub banyak ride-ride yang seronok dan menjadi tarikan utama taman tema ni. Antara yang paling mejadi tumpuan ramai adalah ride Superman Escape, Batwings Spaceshot, Green Lantern Coaster  dan juga Arkham Asylum. Ini semua ride-ride yang paling mencabar dan sesuai untuk mereka yang betul-betul ingin mencabar diri.

















Solat dan surau di Movie World Gold Coast

Untuk solat tiada masalah kerana prayer room / surau disediakan di sini. Cukup selesa dan luas. Prayer room / surau terletak di kawasan "Wild West Fall", dan tidak tersorok. Sambil berjalan kita akan Nampak sign board "prayer room".

Boleh kata surau yang disediakan cukup selesa.... lebih selesa dari surau yang terdapat di sesetengah shopping complex di Malaysia sendiri!!



Surau  prayer room Warner Bros Gold Coast
Akhirnya, jumpa pun surau / prayer room

Surau  prayer room Warner Bros Gold Coast
Surau yang luas dan selesa


Makanan Halal di Warner Bros Gold Coast

Bab makanan halal, dari pembacaan di blog2 saya tak jumpa pula ada restoran halal di dalam ni. Sewaktu kami di sini. kami juga tak nampak restoran dengan tanda halal. Jadi sepanjang kami di Movie World ni, kami hanya makan bekalan sandwich dan coklat bar yang kami bawa.

Tetapi mengikut pakcik google, terdapat satu restoran halal iaitu LegendsDining Room ( bukan di Pizza Area) . Boleh semak di SINI


Souveniour di Warner Bros Gold Coast

Jangan lupa beli apa-apa yang patut sebelum keluar dari Warner Bros ini. Banayak kedai-kedai souveniour di dalam ni dan yang paling saya suka "Harry Potter Shop". Banyak souveniour menarik dan harga yang agak berpatutan....

Untuk peminat Harry Potter




Gambar sekitar All Star Parade
Sementara menunggu All Star Parade, bergambar dulu dengan kereta-kereta antik kat sini

Taxi dari filem Taxi!?

Maryline Monroe dah keluar.... 
Awal dapat duduk depan sekali
Catwoman...meow...

Jocker and the gang

Team Superhero

Scooby Dooooooooo
Entry berikutnya....   Day 4 - Shopping di Harbour Town

~mat-drat~




Baca juga entry berkaitan trip Gold Coast ini;





No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.