Wednesday, 25 September 2019

Tempat Beli Souveniour dan Buah Tangan Murah di Kuching

Tempat Beli Souveniour dan Buah Tangan Murah di Kuching




Tempat Beli Barang Murah di Kuching, Sarawak


Jangan salah anggap ye, di blog entry ni Mat Drat hanya share tempat-tempat yang biasa (dikatakan murah) untuk membeli buah tangan / souveniour / oleh-oleh jika bercuti ke Sarawak, bukan perkongsian untuk membeli belah bagi warga Kuching.  Perkongsian lebih kepada barangan buah tangan.

Antara tempat-tempat yang biasa dikunjungi untuk membeli buah tangan adalah di ;

- Waterfront Main Bazaar - Boleh baca di bawah
- Pasar Satok - boleh baca di entry sebelum ni ( tempat menarik)
- Kedai Kek Lapis - boleh baca entry sebelum ni
- Kilang Pasu Sarawak - Boleh baca di bawah
- Kedai Jual Tikar Sarawak -  Boleh baca di bawah

Beli Buah Tangan di Kuching, Sarawak

Kalau ke kuching, bawah ni antara barang-barang atau buah tangan yang biasa dibeli
  • Kek Lapis
  • Ikan Terubuk
  • Lada Hitam/Lada Putih
  • Kain Batik/Kain Songket
  • T- Shirt
  • Gambir
  • Tikar Sarawak
  • Pasu Sarawak / Barangan Tembikar
  • Barangan Kraft
    Mat Drat share ringkas-ringkas je ye.










    1. Kek Lapis

    Baca di perkongsian Mat Drat sebelum ni. Ada beberapa tempat biasa yang ditujui bagi mereka yang mencari kek lapis Sarawak. 



      Kek Lapis Kuching Sarawak



      2. Ikan Terubuk

      Jika berkesempatan, belilah di Pasar Satok. Ada gerai di sana. Jika tidak sempat (sebab pasar tutup), boleh juga dapatkan ikan terubuk ni di lewat petang atau sebelah malam di Kampung Boyan berdekatan dengan Kek Lapis Mira / Kek Lapis Dayang Salhah.
        Harga ikan terubuk original Sungai Sarawak berbeza dengan harga ikan terubuk import. Sudah pasti rasanya berbeza sebab yang ori ni lebih fresh.

        Ikan terubuk yang kita beli ni akan dibungkus elok oleh penjual untuk memudahkan kita check-in ke dalam kapal terbang. Bagi tahu je  yang kita dan bawa balik ke Semenanjung.
          Dah sampai Semenanjung, seeloknya sebelum simpan dalam fridge tu kita keluarkan dulu garam yang diletakkan didalam ikan. Nanti nak makan, tak la ikan ni masin sangat rasanya.







            2. Key-chain, Fridge Magnet, Lada Hitam, Lada Putih, Kain Batik, Kain Songkek, T-Shirt, Barangan kraft hand made dan Gambir


            Barangan di atas ni  biasa di beli sebagai buah tangan, souveniour atau pun oleh-oleh bagi mereka yang bercuti ke Sarawak.

            Boleh beli untuk diberi kepada rakan sekerja, atau jiran terdekat. 

            Kebanyakan barang-barang ni boleh di dapati di deretan kedai di Waterfront / Waterfront Main Bazaar. Berjalan lah di situ dan singgahlah kedai-kedai yang ada, comparekan harga sebelum beli.

            Mat Drat kongsikan gambar....... dan biar gambar yang berbicara

            Banyak kedai yang menjual pelbagai barangan seperti ni (key-chain, fridge magnet, dan barngan kraft) di Waterfront



            Mana tahu, ada yang jenis suka menyimpan topeng dari kayu ni. Kita Muslim, tak payah la letak dalam rumah. Takut jadi tempat 'jin' bertapa pulak nanti.


            Untuk hiasan dinding...cantik.


            Senduk kayu, garpu kayu, alas periuk antara barangan yang ada dan yang Mat Drat pernah beli.

            Kain Batik dan Kain Songket. Harga pelbagai dan ikut kualiti.



            Kain Songkek dan Kain Batik Sarawak...cantik-cantik.
            TAPI kena pandai memilih ye.


            Beg anyaman dari rotan. Support hasil kerja penduduk tempatan.


            Nak beli pasu sarawak, kat Waterfront pun banyak.
            Tapi Mat Drat beli di kilang dia. Dan bukan beli saiz ni, Mat Drat beli saiz besar punya.
            Bukan 1 ye, tapi beberapa biji yang besar. Yang kecik pun  ada la beli juga.


            Lada Hitam / Lada putih yang botol tu pun beli, yang packet mcm ni pun Mat Drat beli.
            Bergantung kepada stok di rumah. 


            Beli dalam paket ni, jimat la sikit...


            Dah beberapa tahun, kalau ke Kuching mesti Mat Drat singgah kedai ni.
            Kat kedai ni je jumpa beras Bario yang agak murah. Tapi tu pun tak selalu dapat, kadang-kadang tak ada stok.

            Brother ni anak kepada tokey, 2 kali terakhir ke sini Mat Drat tak dpt jumpa mak dia (nyonya). Dah tua tapi masih gigih berniaga. Tak silap dah hampir 80-an. Anak dia kata, mak dia tak berapa sihat waktu Mat Drat datang ni.

            3. Pasu Sarawak 

            Kuching juga terkenal dengan hasil tembikarnya. Jadi jika ke sini, boleh la beli juga pasu Sarawak.

            Di kedai cenderahati di Waterfront, ada jual pasu-pasu Sarawak ni tetapi kalau ada masa, Mat Drat pergi la ke pottery.

            Di Batu 4, Kuching sarawak ada beberapa kilang proses pasu (pottery). Jika ke sini, kita mempunyai pelbagai pilihan dan dapat melihat juga cara pembuatan pasu-pasu Sarawak ni.

            Pasu Sarawak pertama Mat Drat beli, lebih kurang 20 tahun dulu. Masih utuh di rumah. 

            Dan kali yang terakhir, 2-3 tahun lepas rasanya. Mat Drat beli saiz besar dan bawa balik 2-3 kali... Cantik je letak kat rumah 

            Mat Drat cadangkan jika nak beli, terus ke kilang pasu ni. Banyak pilihan, pelbagai corak dan saiz. Minta mereka bungkus siap-siap untuk check-in dalam pesawat. 


            Di bawah ni link google map, kawasan Batu 4 Kuching. Ada beberapa pottery di kawasna ni. Intai-intai la di google map.

            Lokasi : Google Map Batu 4 Kuching Pottery


            Mat Drat kongsi gambar-gambar pasu di Kilang Pasu tu ye...  kalau datang, jaga-jaga poket ye, takut banyak sangat beli dan melebihi luggage allowance masa nak check-in beg di airport.

            Pasu Sarawak Pottery Kuching


            Pasu Sarawak Pottery Kuching
            sumber : Muzayyanah


            Pasu Sarawak Pottery Kuching
            sumber : Muzayyanah


            Pasu Sarawak Pottery Kuching
            sumber : Muzayyanah


            Pasu Sarawak Pottery Kuching
            sumber : Muzayyanah






            4. Tikar Sarawak (Tikar Kayu dan Tikar Rotan)


            Bagi yang ingin mencari tikar Sarawak (Tikar Kayu atau tikar rotan), ada 3 tempat yang biasa dibeli.

            1. Pasar Serikin
            2. Pekan Batu 7
            3. Waterfront


            Pasar Serikin agak jauh dan hanya dibuka Sabtu dan Ahad. Di Waterfront pula harga nya agak mahal. Jadi alternatifnya adalah di Batu 7.

            Mat Drat pernah beli di Batu 7, dua saiz tikar berbeza. Dan pernah juga bawa kawan beli tikar di sini.

            Tak silap ada 2 kedai menjual tikar kayu/rotan di sini. Cuma kadang-kadang   stok tak berapa banyak di Batu 7. 

            Dan alternatif terakhir adalah beli secara online sahaja.


            Okey....itulah sahaja sedikit perkongsian dari Mat Drat untuk mereka yang ingin bercuti ke Kuching Sarawak. 



            Jemput baca di perkongsian-perkongsian berkiatan Trip Kuching ni








            ~Mat-Drat ~

            Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

            Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

            6 comments:

            1. Kalau nak bersara bila hari tua, Kuching nampaknya pilihan yang paling tepat. Tak overcrowded, makanan pun murah, dan tempat tinggal pun senang cari. Memang terbaik Kuching.

              ReplyDelete
            2. hai... nk tanya kat mana kedai jual kain batik sarawak yg murah murah ye?

              ReplyDelete
              Replies
              1. Kalau Kain batik/ singlet, Saya beli di waterfront je. Saya tak beli banyak, biasa 3 4 pasang je.

                Boleh cuba juga di India Street

                Delete
            3. Boleh share contact kereta sewa ke ?tq

              ReplyDelete
            4. Hi nak tanya dimana beg tangan anyaman yang murah dan dapat beli borong untuk buah tangan?

              ReplyDelete

            Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

            Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.