Friday 27 September 2019

IRONMAN 70.3 DESARU : 2020 DESARU COAST MALAYSIA







IRONMAN, syarikat di bawah Wanda Sports Group baru-baru ini mengumumkan penganjuran sulung Pesta Sukan (Multi Sport Festival) yang akan di adakan di Desaru Coast, Johor pada 17-19 April 2020 nanti.

Pesta Sukan Desaru Coast itu nanti akan menampilkan perlumbaan IRONMAN 70.3, Triathlon 5150, IRONKIDS dan Sprint.


IRONMAN 70.3 DESARU : 2020  DESARU COAST MALAYSIA



Pengarah Urusan IRONMAN Asia, Geoff Mayer berkata 
"Kami berasa teruja untuk mengumumkan pelancaran Pesta Sukan yang bakal dilangsungkan buat kali pertamanya di Asia, sekaligus menunjukkan betapa trithlon kini begitu digilai ramai di Asia, serta komitmen IRONMAN untuk membangunkan sukan triathlon di benua ini. Acara tiga hari ini diatur khas untuk menawarkan pelbagai jenis format perlumbaan dan jarak untuk dipilih atlet-atlet mengikut kebolehan masing-masing, malahan sesuai juga kepada mereka yang baru berkecimpung dalam sukan ini."



IRONMAN 70.3, selaku acara utama menjadi acara tambahan kepada kalendar perlumbaan IRONMAN 70.3 Asia untuk kalendar 2020.  Di samping itu, acara 5150 Desaru Coast dan Sprint Desaru Coast serta IRONKIDS Desaru Coast turur dianjurkan untuk mencabar mereka yang baru mula berjinak dengan sukan triathlon ini. 


"Suasana pesta ini akan memberikan pengalaman perlumbaan unik buat semua atlet tidak mengira kebolehan mahupun usia mereka.  Keindahan gabungan hutan dan laut juga menjadikan lokasi pertandingan ini seronok untuk para peserta nikmati sambil mereka berlumba. Dengan sokongan padu kerajaan Malaysia, kami berasa teruja untuk terus membawakan lebih banyak sukan lasak untuk disertai atlet-atlet di negara ini, sekaligus melahirkan lebih ramai atlet Malaysia menjadi ahli 'Ohana (keluarga) IRONMAN,"  kata CG Lim, yang merupakan Pengarah Serantau, Malaysia, IRONMAN Asia. 

Desaru Coast, yang merupakan destinasi peranginan tepi pantai terbaharu di Malaysia, menampilkan rangkaian hotel dan resort terkemuka dunia, dua lapangan golf bertaraf kejohanan, sebuah pusat persidangan dan sebuah taman tema air. Destinasi ini dirahmati dengan cuaca sederhana dan berangin sepanjang tahun selain landskap semulajadi itu sedia mengalu-alukan kedatangan atlet-atlet dari seluruh dunia. 


Sementara itu, Roslina Arbak, Ketua Pegawai Eksekutif, Desaru Development Holdings One Sdn Bhd (DH1) pula berkata
"Kami berbesar hati untuk menjadi tuan rumah kepada Pesta Sukan Desaru Coast yang dibawakan oleh IRONMAN yang pertama di Asia dan amat mengalu-alukan bukan sahaja atlet-alet, malahan ahli keluarga dan sahabat mereka ke Desaru Coast. Dengan cuaca dan rupa buminya yang hebat, kami berharap dengan penganjuran acara sukan antarabangsa seperti Pesta Sukan Desaru Coast yang dibawakan oleh IRONMAN ini akan menjulang reputasi Johor dan Desaru Coast selaku destinasi pelancongan sukan yang digemari di rantau Asia Tenggara,"



Lokasi acara ini di Desaru Coast pasti menampilkan laluan perlumbaan dengan  berpemandangan indah dengan pantai  yang pasirnya memutih menghadap laut yang membiru. Para peserta dapat menikmati pemandangan ini di sepanjang Pesta Sukan ini dalam cuaca cuaca panas tropikal yang cukup ideal. 


Mr Geoff Mayer, Mr CG Lim dan Pn Roslina Arbak
sewaktu pelancaran Sport Festival Desaru



Mat Drat bersama Aliff Satar.
Dalam kesibukan sebagai artis dan pengacara, Aliff mampu mencari masa untuk berlatih seabagi persediaan ke IRONMAN. Beliau berjaya menamatkan acara sebelum ini di IRONMAN 70.3 Langkawi



Pesta Sukan Desaru Coast yang dibawakan aleh IRONMAN ini merupakan salah satu acara dalam jadual acara tahunan destinasi itu, yang terdiri daripada pelbagai acara istimewa berasaskan sukan gaya hidup dan hiburan, kesemuanya direka secara ekslusif untuk memupuk reputsai Desaru Coast selaku destinasi pilihan bagi acara berprestij tinggi.

Terletak di tenggara Semenanjung Malaysia, Laluan masuk ke Desaru Coast kini mudah melalui darat, laut mahupun udara dan menawarkan kepelbagaian pilihan percutian menarik yang tidak sahaja terhad kepada acara sukan berkaliber tinggi, malahan peluang yang tidak terhingga untuk para atlet dan pengunjungnya melepaskan diri daripada kesibukkan bandar. 



Desaru Coast

Desaru Coast ialah destinasi peranginan bersepadu baharu di Malaysia dengan portfolio mengagumkan yang merangkumi rangkaian hotel terkemuka dunia seperti Hard Rock Hotel Desaru Coast, Desaru Coast Resort, Anantara Desaru Coast Resort & Villas, serta One&Only Desaru Coast. 

Di Desaru Coast juga terletaknya Desaru Coast Adventure Waterpark,  kemudahan persidangan yang serba lengkap Pusat Persidangan Desaru Coast, The Els Club Desaru Coast- sebuah kelab golf hebat yang menawarkan 45 lubang kesemuanya di dua lapangan iaitu Ocean Course dan Valley Course, dan Desaru Coast Riverside di tepian pantai dengan keluasan 23-ekar. 



Desaru Coast


Lokasi ini pastinya menawarkan percutian yang mengasyikkan kepada sesiapa sahaja, tidak kira untuk berlibur mahupun urusan perniagaan. 

Terletak di tenggara Semenanjung Malaysia, di negeri Johor, Desaru Coast mempunyai keluasan sebesar 3,900 ekar dan tersergam indah dengan pantai sepanjang 17km dan air laut yang membiru. 


Desaru Beach Pantai Desaru
Desaru Beach


Klook.com



Perbezaan IRONMAN vs IRONMAN 70.3 

Bagi yang masih kurang mengenali IRONMAN 70.3 ini, IRONMAN 70.3 ini juga turut disebut 'half IRONMAN',  merupakan satu acara triathlon jarak jauh. 

70.3 tu merujuk kepada jumlah jarak yang yang perlu dihabiskan oleh semua peserta iaitu jarak keseluruhannya 70.3 batu  (113 km), iaitu separuh dari jarak acara IRONMAN.

Jarak 70.3 batu ini  merangkumi 

  • 1.2 batu ( 1.9 km ) berenang
  • 56 batu ( 90 km ) berbasikal
  • 13.1 batu (21.1 km ) berlari







IRONMAN 70.3 Desaru 2020


Para peserta akan berenang sejauh 1.9 km (1.2 batu), sebelum diikuti dengan kayuhan basikal sejauh 90km (56 batu) merentasi dua pusingan laluan berbasikal yang rata dan selesa di sepanjang pinggir pantai. 

Para atlet kemudiannya akan dicabar pula dengan larian terakhir iaitu sejauh 21.1 km (13.1 batu) menuju ke garis penamat di The Westin Desaru Coast Resort Perlumbaan.


Acara utama, iaitu  IRONMAN 70.3 pasti sengit kerana ia turut termasuk dalam 60 slot kelayakan ke Kejohanan Dunia Ironman 70.3 ( IRONMAN 70.3 World Championship) tahun hadapan yang akan di adakan di Taupo, New Zealand pada 28-29 November 2020.

Jarak yang akan ditempuh
- Swim 1.9 km (1.2 batu)
- Bike 90km (56 batu)
- Run 21.1 km (13.1 batu)
IRONMAN 70.3 DESARU : 2020  DESARU COAST MALAYSIA


5i50 Triatlon Desaru Coast 2020

Bagi acara ini pula, para peserta akan menempuh 51.5 km :
- Swim 1.5 km 
- Bike 40 km
- Run 10 km

IRONMAN 5150 DESARU : 2020  DESARU COAST MALAYSIA




SPRINT  Triatlon Desaru Coast 2020



IRONMAN sprint DESARU : 2020  DESARU COAST MALAYSIA



IRONKIDS Desaru Coast 2020

Pendaftaran akan di buka November 2019


IRONMAN IRONKIDS DESARU : 2020  DESARU COAST MALAYSIA







IRONMAN 70.3 Desaru Coast dan 5150 Desaru Coast bakal menjadi acara ketiga dan keempat sirkit IRONMAN Asia yang berlangsung di Malaysia selepas IRONMAN Malaysia dan IRONMAN 70.3 Langkawi. Pendaftaran untuk Pesta Sukan Desaru Coast yang dibawakan oleh IRONMAN kini dibuka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ironman.com/70.3desaru and www.ironman.com/5150desaru. -Tamat-









IRONMAN GROUP 

IRONMAN GROUP Sebagai sebahagian daripada Wanda Sports Group. Group mengendalikan sejumlah portfolio acara di seluruh dunia yang merangkumi IRONMAN Triathlon Series, IRONMAN 70.3 Triathlon Series,5150TM Triathlon Series, Rock 'n' Roll Marathon Series, IRONKIDS ITU World Triathlon Series, di samping beberapa lagi acara larian bertaraf premier seperti Standard Chartered Singapore Marathon dan The Sun-Herald City2Surf yang dibawakan oleh Westpac, acara-acara Ultra-Trail World Tour termasuk Tarawera Ultra dan Ultra-Trail AustraliaTM raya dan perlumbaan sukan berpelbagai.

IRONMAN Group juga merupakan pengendali terbesar bagi acara sukan yang menglibatkan penyertaan secara besar-besaran, sekaligus memberi manfaat dan peluang kepada lebih sejuta peserta saban tahun melalui acara-acara sukan lasak anjuran syarikat ini.

Sejak jenama ikonik IRONMAN diperkenalkan dan acara sulungnya dilangsungkan pada 1978, atlet-atlet yang pernah bertanding membuktikan ANYTHING IS POSSIBLE (Tiada Apa Yang Mustahil) dengan melepasi garisan penamat di seluruh dunia.

Dimulakan dengan hanya satu perlumbaan, IRONMAN Group kini telah berkembarng pesat menjadi sensasi global dengan lebih 235 acara dianjurkan di lebih 55 negara. Untuk keterangan lanjut, sila layari www.ironman.com



Wanda Sports Group
Wanda Sports Group (Nasdaq: WSG) ialah syarikat peneraju dunia bagi platform pemasaran, media dan penganjuran acara sukan yang beroperasi dengan misi untuk menyatukan semua pihak yang terlibat dalam sukan dan membolehkan para atlet dan peminat untuk merealisasikan keinginan dan impian mereka.

Melalui perniagaan syarikat, termasuk Infront dan The IRONMAN Group, syarikat memiliki hak harta intelektual, hubungan jangka panjang dan keupayaan pelaksanaan yang cekap bagi membolehkannya menyampaikan pengalaman acara sukan yang tiada tolok banding, mewujudkan akses kepada kandungan yang meluas serla membina komuniti yang inklusif.

Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan pengurusan acara, pemasaran dan media yang menyeluruh melalui tiga segmen utama iaitu: Penyertaan Beramai-ramai, Sukan Tontonan dan Solusi Digital, Produksi dan Sukan (DPSS). Platform perkhidmatan penuh syarikat ini memberi nilai kepada setiap rakan kongsi dan pelanggannya di samping juga pemegang hak di setiap peringkat ekosistem sukan, daripada pemilik jenama, pengiklan sehinggalah peminat dan atlet.
Syarikat yang beribu pejabat di Beijing, China, Wanda Sports Group kini memiliki 60 pejabat dan 1,600 kakitangan di seluruh dunia



.............................................................................

HOTEL DI DESARU COAST

Ada beberapa hotel di sini, boleh pilih ikut budget masing-masing. Antaranya ;



Hard Rock Hotel Resort



 The Westin Desaru Resort



Sand & Sandals Desaru
Beach Resort & Spa




Tunamaya Desaru Coast



.............................................................................

Homestay Di Desaru Coast

Jika datang dengan ahli keluarga yang ramai, pilihan Homestay mungkin lebih menjimatkan. 

Mat Drat cadangkan cuba cari menggunakan AIRBNB. Mat Drat kalau mencari penginapan homestay/ apartment/ kondominium, memang biasanya cari melalui AIRBNB.

  AIRBNB Dengan diskaun kredit RM 120    

Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem rebet diskaun dengan link ni di bawah.

Bagi yang belum tahu, Airnb ni platform booking 'homestay' asalnya. Kini  Airbnb tawarkan pelbagai service di platform mereka. Hotel pun dah ada yang iklankan bilik mereka di Airbnb.

Mat Drat kalau nak jimat, kadang-kadang tu mencari penginapan di Airbnb sahaja. boleh dapat apartment atau kondo yang selesa pada harga murah.

👉👉   Claim rebate diskaun Airbnb RM 165. 

Nilai kupon ni berubah-rubah, bergantung pada waktu promosi.

Skrg RM 165. 
Ada 2 diskaun yang boleh dituntut
1. Rebat RM 120 untuk penginapan yang jumlah booking melebihi RM 290.
2. Rebat RM 45 untuk tempahan aktiviti di Airbnb.

Kredit diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, tak pun create je akaun baru dengan email lain. Kalau dapat RM165 diskaun, banyak jimat tu... 

Ingat...  
Dah click, daftar lah dalam masa 30 hari. Dah daftar nanti,  kredit akan masuk ke akaun dan valid untuk tempoh 1 tahun.

Pilih lah nak booking unit melalui airbnb di apartment/homestay mana. Ikut berkenan yang mana satu. Boleh guna untuk booking di serata dunia, bukan di sini sahaja.

Jadi nak dapat RM 120 tu, 
- Klik LINK di atas dan daftar akaun
- Buat tempahan dalam masa 1 tahun.
- Nilai reservation melebihi RM 290 (termasuk fee-fee lain)
- Jadi, tempahlah unit (cari yang mahal sikit atau tambah hari) untuk jadikan lebih RM290.

- Pastikan bila nak bayar, jumlah bayaran dah ditolak dengan kredit yang diberi

Ingat : 
Masa view unit sblum booking
- pastikan lokasi 
- perhati bilangan bed dan bedroom. Ada yang studio unit.
- Lihat juga service fee, celaning fee dll. 

Pengalaman Mat Drat : 
Mat Drat pernah menginap melalui tempahan AIRBNB di ;
- Puteri Harbour (Kondominium)
- Taiping (Apartment/Kondo)
- Edinburgh Scotland (Bilik di rumah owner)
- Kuantan (Kondo Resort Residensi)
- Beserah Kuantan ( Kondo Resort)


Cadangan : 
Ada beberapa homestay / apartment / kondo yang boleh dipertimbangkan di area Desaru Coast ni.

Mat Drat senaraikan 2 unit sahaja, nanti klik salah satu dan boleh lihat unit-unit berdekatan yang lain.



Desaru Utama Escadia


Desaru Homes - Bdr Penawar








~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.