Saturday 21 September 2019

Tempat Makan Sedap dan Best di Kuching





TEMPAT MAKAN SEDAP DI KUCHING

Gik bercarik nak makan sedap di Kuching?  Sik tauk nak makan apa?

Kali ni Mat Drat sharekan 15 tempat makan sedap dan best di Kuching. Tapi kena ingat, Sedap Dan Best tu sangat subjektif. Ye la, tekak lain-lain jadi citarasa pun mesti berbeza kan.....

Tempat yang Mat Drat senaraikan ni boleh kata antara tempat pilihan utama Mat Drat untuk makan jika ke Kuching. 

Ada tempat tu memang lokasi WAJIB yang akan di bawa oleh rakan Sarawakian tiap kali Mat Drat ke sini. 

Dan ada juga beberapa tempat,yang dibawa tu untuk memenuhi request Mat Drat. Biasa Mat Drat ke sini akan minta "bawak aku makan tempat best yang lain, yang aku tak pernah pergi' lagi. Kredit kepada 2 orang sahabat yang rajin layan request Mat Drat,  Bro Azhar dan Ms Adelyn.

    Ada lokasi-lokasi yang Mat Drat kongsikan ni juga mungkin tidak dikongsi oleh mana-mana blog atau website travel/foodies (Mat Drat tak jumpa lagi) dan ada yang agak kurang dikenali (termasuk orang Kuching sendiri)Tapi Mat Drat kongsikan juga sebab Mat Drat rasa ia menarik dan mungkin ada pembaca yang sama citarasa macam Mat Drat.


    Ingat ye... list ni tak ikut ranking.

    Mat Drat sharekan juga link google map dan FB Page, jadi boleh baca review di situ ye. Bamyak perkongsian netizen di google map dan FB Page biasanya.



    TEH C PENG - 3 LAPIS / LAYER

    Makan Sedap di Kuching
    Sumber : FB Says


    Sebelum lihat senarai tempat makan best ni, Mat Drat share sikit pasal Teh Tiga Layer/Tiga Lapis. 

    Jika ke Kuching (terutama yang baru pertama kali), cuba lah order teh 3 layer. Ini bukanlah minuman rasmi Kuching , tetapi ia agak sinonim dengan Kuching. 

    Mat Drat pun mengenali teh 3 layer ni di Kuching beberapa tahun dulu. Boleh kata tiap kali ke sini, mesti akan order teh 3 layer ni. Cuma kadang-kadang, dapat yang kurang sedap. Apa pun memang bergantung kepada kedai yang sediakan.

    Teh C Peng atau Teh 3 layer ni akan betul-betul sedap jika disediakan dengan gula apong bagi menggantikan gula biasa. Ni kira resepi asli. Memang sedap.

    Dan teh ni menjadi 3 lapis kerana segelas teh tu kita boleh nampak akan 3 lapisannya iaitu lapisan paling bawah adalah air gula (gula apong), dan tengah adalah lapisan susu (susu pekat/susu cair) dan lapisan atas adalah air teh.

    Cuba lah Teh C Peng ni kalau ke sini....








    Okey....kita ke senarai tempat makan best di Kuching


    1. TOP SPOT

    Top Spot Makan Sedap Di Kuching

    Topspot antara tempat makan yang menjadi tumpuan pelancong, pengunjung dan juga warga Kuching Sendiri. Destinasi WAJIB bagi mereka yang gemar makanan dan masakan seafood jika ke Kuching. 

    Pliihan yang ada adalah hidupan laut seperti ikan, udang, sotong atau seafood yang lain. Bukan sahaja menu berasaskan hidupan laut, menu dari ayam dan daging pun ada. Jadi yang tak boleh makan seafood, tiada masalah. Menu ala-carte pun ada.

    Harga berpatutan... seafood fresh kan.

    Top Spot Food Court  ni terletak di roof top, menjadikan suasana makan di sini lebih meriah. 

    Lokasi tepatnya di Bangunan UTC Kuching, tak jauh dari Waterfront.  Boleh berjalan kaki ke sini dari Waterfront. Bagi yang berkereta ke sini, tiada masalah parking.

    Ingat
    Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, tempat ni akan dipenuhi pengunjung. Elok datang awal. 
    Muslim Seafood. Setahu Mat Drat, satu-satunya gerai kepunyaan Muslim adalah Gerai no 3. Gerai ni terletak di lot pertama atau pun hujung sekali (bergantung dari arah mana kita datang).
    Gerai-gerai lain, bukan kepunyaan Muslim tetapi kebanyakkannya tukang masak Muslim. Survey dulu ye.

    Nota : Jika ada info gerai muslim lain, Mat Drat mohon tolong share info di ruangan komen ye.


    Lokasi : Google Map

    Waktu Operasi : Lewat Petang - Tengah Malam.


    Top Spot Makan Sedap Di Kuching
    Suasana Top Spot Foodcourt pada waktu malam minggu.
    Memang penuh

    Top Spot Makan Sedap Di Kuching
    Muslim Seafood

    Top Spot Makan Sedap Di Kuching
    Antara yang dicari di sini...Udangggggg.
    Pilih ikut saiz dan budget ye

    Top Spot Makan Sedap Di Kuching
    Menu 'WAJIB' ... 
    Udang Goreng Butter dan Telur Masin. Perghhhh..


    Top Spot Makan Sedap Di Kuching
    Pucuk Midin goreng.
    Antara menu yang Mat Drat tak boleh lupakan... 

    Top Spot Makan Sedap Di Kuching
    1st time makan... kawan yang order kan...
    Sedap dan unik.



    .............................................................................

    2. WATERFRONT

    Tempat Makan Best Sedap di Kuching
    Deretan gerai di tepi sungai.
    Makan sambil ditemani cahaya Waterfront

    Mat Drat share juga Waterfront dalam list Tempat Makan Sedap dan Best di Kuching ni sebab Mat Drat suka suasananya. 

    Menjelang malam, suasana agak meriah terutamanya hujung minggu. Jika hari biasa, mungkin sedikit sunyi.

    Bagi Mat Drat, tempat ni sesuai untuk mereka yang ingin makan sambil melihat keindahan malam di sekitar Waterfront ni. Kira, kesedapan makanan tu bukan faktor utama, tetapi suasana lebih penting. Bergantung kepada individu ye.

    Jika datang dengan rakan-rakan, tempat yang sesuai untuk berbual sambil dihiburkan oleh buskers dan pemuzik jalanan. 

    Ada banyak gerai di sepanjang Waterfront ni, jadi pilih mana yang berkenan. Mat Drat di sini, tak memilih gerai. Mana yang kosong dan rasa 'okey', Mat Drat singgah. Dapat yang ada buskers berdekatan, tu satu bonus.

    Waterfront Makan Sedap Di Kuching
    Deretan gerai sepanjang Waterfront


    Waterfront Makan Sedap Di Kuching
    Ada beberapa lokasi berbumbung...

    Waterfront Makan Sedap Di Kuching
    Monster Burger. Memang saiz besar ni. 
    Boleh dapatkan kat sini




    .............................................................................

    3. Kopi O Corner

    Kopi O corner  Makan Sedap Di Kuching


    Kopi O Corner juga menjadi salah satu pilihan pengunjung dan warga Kuching untuk menjamu selera.

    Jika diwaktu pagi, ia akan dipenuhi dengan mereka yang ingin mencari sarapan. Sebelah malam juga ia biasanya di penuhi pelanggan.

    Menu pilihan sebelah pagi antaranya adalah Mee Kolok, Mee Jawa Laksa Sarawak dan Roti Canai. Selain tu menu lain seperti nasi lemak , mee goreng juga ada. 

    Manakala sebelah malam pula, boleh lah mencuba sajian western food yang disediakan.


    Lokasi : Bangunan Mara, Jalan Satok. Bersebelahan Flyover dan berhampiran Bank Negara.

    Map : 👉 Google Map
    Waktu Operasi : 7:00am - Tengah Malam.


    Antara menu utama... Mee Kolok

    .............................................................................

    4. RJ Ayam Penyet

    RJ Ayam Penyet Makan Sedap Kuching




    RJ Ayam Penyet juga antara tempat makan yang sering dikunjungi pengunjung dan jug awarga Kuching sendiri.



    Menu utama sudah pasti nasi ayam penyet. Menu-menu lain juga ada.



    Di Bandaraya Kuching sendiri, Mat Drat juga perasan ada RJ Ayam Penyet. Cuma Mat Drat tak pasti ia restoran yang sama atau kebetulan nama hampir sama.



    Lokasi : Bersebelahan Kopi O Corner, Bangunan Mara, Jalan Satok. 

    Map : ðŸ‘‰ Google Map

    Laman Web /FB : https://www.facebook.com/RJAYAMPENYETkopitiam/


    RJ Ayam Penyet Makan Sedap Kuching
    Ayam Penyet antara menu paling 'top' di sini.

    Lebih 5 tahun dulu, di Kuching ni lah Mat Drat mula kenal Pisang Goreng Cheese.
    Dan lebih tepatnya, RJ Pisang Cheese.


    .............................................................................

    5. Kubah Ria






    Jika ke Pasar Satok jangan lupa singgah ke Kubah Ria Food Court. Di sini banyak gerai makanan, tetapi ada beberapa gerai yang cukup popular. 



    Antara yang boleh dicuba sini adalah 


    1. Nasi Lemak Ganja (Gerai 22) 
    - Nasi lemak sambal biasa dalam RM 6. 
    - Nak order sambal lain (kerang atau udang), Mat Drat cadangkan order je nasi lemak set lain. Nanti rasa la pinggan orang sebelah. (kalau datang ber-family la)  

    2. Mee Kolok Mangkuk Merah (Gerai 53)
    - Pilihan nak makan mee kolok yang sedap di Kuching 
    - Datang Kuching tak makan mee kolok, kira rugi la. 

    3. Ayam Panggang Berempah Mose (Gerai 44).


    Malam minggu, medan selera Kubah Ria ini juga biasanya akan agak ramai pengunjung.



    Nasi Lemak Ganja
    https://kuchingfoodexplorer.com

    Lokasi : Kubah Ria Complex

    Map : ðŸ‘‰ Google Map

    .............................................................................

    6. Mee Kolok / Sapi Haji Salleh @ Sepinang Sari Cafe 

    Boleh kata kena beratur tu normal di sini..

    Mula beroperasi pada tahun 1996 dan juga dikenali dengan Mee Sapi Haji Salleh

    Rasanya ni Mee Kolok paling lejen di Kuching, paling diminati. Mee Kolok kat sini, nampak simple je, tapi memang sedap.

    Bila da lejen tu, kira mesti ramai orang kan. Jadi datang ke sini, jangkakan kena beratur panjang. Sabar menunggu giliran ye.

    Kalau dah cuba mee kolok di tempat lain juga, Mat Drat berani cakap di sini antara yang paling sedap.

    Harga tak mahal, bermula RM 5.80 semangkuk. Tapi nak best lagi, order la special sikit.

    Selain mee kolok, nak order sup je pun boleh.


    Harga Mee Kolok

    Lokasi : Jalan Satok

    FB Page : Mee Sapi Haji Salleh (unofficial)


    Waktu Operasi : 5:30am - 1:00 petang


    .............................................................................

    7. My Village Barok



    Restoran My Village Barok Ini terletak di Kampung Boyan dan terkenal dengan konsepnya yang ala kampung dan kesedapan makanannya.

    Menu Utama
    Jangan lupa mencuba manuk pansuh. Manuk = ayam. Ni menu yang di cari kalau ke sini. Ayam sup berherba dimasak di dalam buluh. Memang rare dan sedap. Kera pulak dimakan panas-panas.

    Menu lain yang perlu dicuba adalah midin goreng belacan dan umai. Midin ni seakan pucuk paku. Umai pula adalah isi ikan yang dimakan mentah bersama perahan limau dan cili api. Kalau nak bayangkan umai ni, lebih kurang kerabu la cuma ia berasaskan ikan. Ada juga umai dengan udang.

    Selain tu, menu-menu lain juga ada.











    Ke sini:
    Untuk ke sini, kita perlu menaiki perahu penambang dari Waterfront. Tambang bot hanya RM 1 sehala. Bot penambang ni sentiasa berulang alik, jadi kita tidak perlu menunggu lama. Untuk menyeberang pun hanya ambil masa dalam seminit dua sahaja.

    Dari Waterfront apabila sampai sahaja di seberang, kita akan jumpa medan selera Kampung Boyan dahulu. My Village Barok ni terletak betul-betul dibelakang medan selera ni.

    Jika My Village Barok penuh, boleh juga singgah makan di Medan Selera Kampung Boyan ni. Medan selera ni pun ramai orang singgah makan.

    Kek Lapis & Ikan Terubuk
    Lepas makan, boleh juga singgah beli kek lapis di Kek Lapis Mira atau pun Kek Lapis Dayang Salhah. Dalam 50-100 meter sahaja dari restoran ni.






    Lokasi : Jalan Brooke, Kampun Boyan

    FB Page : https://www.facebook.com/myvillagebarok/



    Map : ðŸ‘‰ Google Map

    Waktu Operasi : 4:30pm - 11:30 pm


    Kampung Boyan Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Perahu Tambang ke Kampung Boyan.
    Jetty paling dekat adalah jeti dibelakang White Barouk (Waterfront)
    The White Barouk Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Jeti di belakang White Barouk ni.
    White Barouk ni berdekatan dengan Tugu Kucing

    Kampung Boyan Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Salah satu jety lain di Waterfront.
    Jety Pengkalan Haji Omar ni agak jauh nak ke Kampung Boyan



    Kampung Boyan Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Jeti Kampung Boyan.
    Dari sini terus jalan kaki ke Medan Selera Kampung Boyan.
    My Village Barok terletak di belakang Medan Selera.




    Kampung Boyan Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Medan Selera Kampung Boyan

    .............................................................................

    8. Rumah Hijau Cafe

    Rumah Hijau Cafe Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Rumah Hijau Cafe

    Rumah Hijau ni juga salah satu tempat yang Mat Drat suka makan, terutamanya ayam penyet.

    Menggunakan nama 'Rumah Hijau' kerana restoran ini beroperasi di rumah yang brwarna hijau.

    Selain nasi ayam penyet, boleh cuba nasi aruk atau nasi kukus juga. Ada yang suka makan Roti Boom Cheese , kalau sebelah pagi. Mat Drat datang sini waktu malam je.

    Lokasi :  Jalan Rubber, Kuching

    Map : ðŸ‘‰ Google Map

    FB Page :  FB Page  Rumah Hijau

    Waktu Operasi : 9:00am - 4:00pm / 6:00pm - 10:00pm


    Rumah Hijau Cafe Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Menu Mat Drat pilih


    Rumah Hijau Cafe Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Gambar dari Rumah Hijau FB Page



    .............................................................................

    9. Annuar BBQ Steamboat


    Annuar BBQ Steamboat Makan Sedap di Kuching
    Annuar BBQ Steamboat
    Jika ingin makan steamboat di Kuching, Mat Drat cadangkan Annuar BBQ Steamboat.

    Harga : RM 30/dewasa : RM 15 (4-11 tahun)

    Pilihan makanan memang banyak, bagi Mat Drat sangat berbaloi. Antara yang disajikan
    - ikan kembung/fish fillet/udang/ketam/sotong
    - fish cake / fish ball
    - ayam/daging

    Juga makanan yang sedia dimasak seperti Spageti, Laksa Sarawak, Nasi dll
    Terakhir sekali, jangan lupa makan aiskrim.... ini pun ada..

    Kalau nak datang dengan bilangan ramai, Mat Drat cadangkan call dahulu dan buat reservation. Malam minggu agak ramai orang, dan biasanya orang makan steamboat ni agak lama.... dalam 2 jam lebih baru siap.


    Annuar BBQ Steamboat Makan Sedap di Kuching


    Annuar BBQ Steamboat Makan Sedap di Kuching


    Lokasi :  Jalan Persiaran Ban Hock, Kuching

    Map : ðŸ‘‰ Gooogle Map

    FB Page / laman web : - ( boleh lihat di link Google Map, owner relpy msg atau review di situ)

    HP : 019-886 7900

    Waktu Operasi : 6:00pm - 11:00pm

    .............................................................................

    10. Warung Nusantara

    Warung Nusantara Tempat Makan Best Sedap di Kuching
    Salah satu restoran yang 'wajib' Mat Drat singgah jika ke Kuching.



    Mat Drat masukkan juga Warung Nusantara dalam list ni sebab ni tempat Mat Drat cari makan apabila di tengah malam.

    Pelbagai menu ada kat sini. Mat Drat kalau datang malam tu nak makan roti canai je. Bila agak lama di Kuching, kadang-kadang terasa rindu pulak kat roti canai. Roti canai sini memang sedap.

    Warung Nusantara ni dibuka 24 jam. Jadi nak minum dan makan lewat malam atau awal pagi sambil berbual dengan rakan-rakan, ni antara tempat yang selalu ditujui.

    Lokasinya yang berhampiran Pullman Hotel dan berhadapan The Hill. Dari Waterfront pun tak jauh, boleh berjalan kaki sahaja.

    Ada satu lagi cawangan Warong Nusantara, terletak di Metro City Matang, Kuching.


    Lokasi :  Jalan Bukit Mata Kuching, Kuching

    Map : ðŸ‘‰ Gooogle Map

    Waktu Operasi : 6:00pm - 11:00pm


    .............................................................................

    11. MK Classico Cafe


    MK Classico Cafe Tempat Makan Best Sedap di Kuching


    Bagi yang mencari western food, boleh la ke MK Classico Cafe ni.

    Mat Drat paling suka konsep dan deco di dalam ni. Memang sesuai nak makan sambil relax di sini.

    Mat Drat share gambar sahaja, jadi boleh imagine macam mana keadaan di sini.

    Dan untuk detail, boleh juga ke FB Page mereka, banyak gambar mereka kongsikan di situ. Owner juga banyak berinteraksi dengan pelanggan di FB Page, jadi nak buat reservation juga boleh di buat di FB Page.

    JJCM TV3 pun dan sampai sini.

    Dari Restoran Warong Nusantara, tak jauh pun. Biasa Mat Drat jalan kaki sahaja.

    Lokasi :  Jalan Tabuan, Kuching


    Waktu Operasi : 5:00pm - 02:30am

    MK Classico Cafe Makan Sedap Kuching
    MK CLASSICO CAFE


    MK Classico Cafe Makan Sedap Kuching
    Deco di Tingkat Bawah


    MK Classico Cafe Makan Sedap Kuching
    Deco di Tingkat Bawah

    MK Classico Cafe Makan Sedap Kuching
    Deco di Tingkat Atas

    MK Classico Cafe Makan Sedap Kuching
    Deco di Tingkat Atas


    MK Classico Cafe Makan Sedap Kuching
    Menunggu makanan 

    Harga MK Classico Cafe Makan Sedap Kuching
    Antara menu dan harga minuman

    .............................................................................

    12. Tok Janggut Cafe (Briyani)






    Jika mencari Nasi Briyani di Kuching, inilah tempatnya. Bagi Mat Drat (dan rakan-rakan Kuching juga), boleh kata di sinilah Nasi Briyani paling sedap di Kuching setakat hari ini.



    Mat Drat kali pertama ke sini, tak silap tahun 2013 dahulu. Sehingga blog post ini ditulis, Nasi Briyani Tok Janggut ni masih kekal sebagai nasi briyani tersedap di Kuching.


    Resepi dan masakan dari ahli keluarga, menjadikan rasa makanan tidak berubah. Memang terbaik.

    Menu Pilihan
    - Mat Drat cadangkan Nasi Briyani Kambing. Memang Mat Drat cari ni je.
    - Boleh juga kalau nak mencuba rojak di sini (rojak mee atau rojak original). 
    - Roti canai juga tak mengecewakan, lagi-lagi kalau makan dengan kari. 


    Lokasi : Chung Ling Park

    Map : ðŸ‘‰ Google Map

    FB Page FB Tok Janggut Cafe 

    Waktu Operasi : 


    Tok Janggut Cafe Briyani Tempat Makan Best Sedap di Kuching
    Menu utama. Briyani Kambing



    .............................................................................

    13. Kuehpedia Restaurant & Cake Boutique



    Kuehpedia Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING



    Bagi yang ingin makan atau mencari kek dan kuih-kuih , Mta Drat cadangkan tempat ni.

    Sebelum ni Mat Drat pernah ke lokasi lama, di Waterfront Bazaar Kuching. Tetapi kini Kuehpedia telah berpindah ke lokasi baru.

    Deco di lokasi baru boleh kata sangat berbeza dengan lokasi lama. Kedua-diua ada tarikan tersendiri.

    Lokasi : Jalan Tun Jugah, Kuching (Menghala ke Kuching Airport)

    Map : ðŸ‘‰ Google Map

    FB Page https://www.facebook.com/kuehpedia/

    Waktu Operasi : Isnin - Sabtu (6pm - 10pm)


    Kuehpedia Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Kuehpedia : Lokasi Baru di Jalan Tun Jugah


    Kuehpedia Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Kuehpedia...  di lokasi lama di Waterfront

    Kuehpedia Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Kuehpedia... lokasi baru Jalan Tun Jugah

    Kuehpedia Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING


    Kuehpedia Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Suasana di dalam Kuehpedia Restourant







    .............................................................................

    14. Aroma Cafe



    Aroma Cafe Mat Drat masukkan dalam list kerana 3 sebab..
    1. Pilihan menu makan tengah hari yang pelbagai
    2. Makan malam / minum di sini agak tenang, tidak crowded
    3. Rating di Tripadvisor 4 bintang (dari 5)

    Lokasi : Jalan Tabuan, Kuching  (Berhadapan MK Classico Cafe)


    Waktu Operasi : 


    Aroma Cafe Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Antara menu tengah hari



    Aroma Cafe Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Vegetarian hari ni... 

    Aroma Cafe Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Waktu Malam


    .............................................................................

    15. Dapur Kampung

    Dapur Kampung Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING


    Dapur Kampung ini juga merupakan tempat yang diminati dan dikunjungi untuk makan terutamanya waktu malam di Kuching. 

    Bagi Mat Drat, di sini sesuai untuk mereka yang ingin makan sambil berbual kerana agak jauh dari jalan utama, jadi kurang bising dengan kenderaan.

    Konsep open space juga menjadikan Dapur Kampung ini dikunjungi terutama hujung minggu.


    Lokasi : Jalan Haji Taha, Kampung Bandarshah, Kuching

    Map : ðŸ‘‰ Google Map

    Waktu Operasi : 5:00pm - awal pagi



    Dapur Kampung Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Pisang Cheese.
    Di Kuching cukup banyak restoran sajikan menu ni.


    Dapur Kampung Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Menu 'ringan', untuk makan sambil berbual-bual.
    French Fries dan Tauhu Goreng


    Dapur Kampung Tempat Makan Sedap dan Best di KUCHING
    Waktu malam, agak ramai orang. 



    Jemput baca di entry berikutnya ye..



    ~Mat-Drat ~

    Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

    Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 



    No comments:

    Post a Comment

    Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

    Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.