Wednesday, 25 January 2023

Cara Membawa Masuk Kereta / Memandu Ke Thailand

 



Masuk tahun 2023, pastinya rakyat Malaysia semakin ramai akan melangkah keluar negara. Thailand pastinya antara destinasi pilihan.

Bagi yang ingin memandu kereta atau menunggang motor ke Thailand, sedikit perkongsian ini mungkin boleh membantu.

Nota :
Panduan ini berdasarkan pengalaman Mat Drat. Baca juga dari sumber lain untuk info-info atau maklumat berbeza.


Pintu Sempadan / Masuk Ke Thailand

Ada beberapa pintu sempadan untuk ke Thailand. bergantung kepada destinasi kita nak pergi, jadi pilih mana yang sesuai dan menyenangkan ;

1. Bukit Kayu Hitam ( Kedah )
2. Padang Besar ( Perlis )
3. Rantau Panjang ( Kelantan )
4. Bukit Berapit ( Perak )
5. Wang Kelian ( Perlis )

Kebanyakan pintu sempadan dibuka setiap hari dari 6:00 pagi hingga 10:00 malam dan ada sehingga 12 tengah malam. Boleh rujuk makluman di laman rasmi untuk jadual operasi.

1. Pintu Sempadan Bukit Kayu Hitam

Pintu sempadan Bukit Kayu Hitam antara yang paling jadi tumpuan sebab ia laluan yang mudah untuk ke Hat Yai. Hat Yai bandar ke-3 terbesar di Thailand dan kini menjadi tumpuan pelancong dari Malaysia

Pekan/bandar terdekat apabila melepasi sempadan Thailand adalah Danok

Klik untuk baca 👉 Percutian Ke Hat Yai
Klik untuk baca ðŸ‘‰ Percutian Ke Phattalung


2. Pintu Sempadan Wang Kelian




Mat Drat ke sempadan Wang Kelian pada tahun 2022 yang lepas. Mat Drat ke Pintu Masuk Wang Kelian sewaktu  ke Wang Kelian View Point (lokasi tumpuan ramai sekarang terutama selepas viral awan karpet di sini)

Klik untuk baca 👉 Percutian Wang Kelian Perlis


Kali terakhir Mat Drat ke sini rasanya sekitar tahun 2013-2014 dulu. Keadaan Wang Kelian sekarang sudah jauh berbeza, dah seakan pekan mati (ghost town). 




Border Wang Kelian masih ditutup waktu ini ye.  Sebenarnya pintu sempadan / masuk Wang Kelian ini mulai ditutup pada tahun 2015 apabila kubur beramai-ramai warga Rohingya ditemui di kawasan ini pada tahun tersebut. Bagi yang masih ingat, ini ada kaitan dengan isu penyeludupan warga asing.


3. Pintu Sempadan Bukit Berapit

Pintu sempadan / masuk Bukit Berapit terletak di Pengkalan Hulu, Perak. Ia mungkin kurang digunakan kerana kedudukannya yang agak ‘ke bawah’ jika dibandingkan dengan Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar. Jadi ia bukan pilihan bagi mereka yang ingin ke destinasi pelancongan utama di Thailand (Hat Yai, Krabi atau Phuket)

Pekan/bandar terdekat di Thailand dari pintu sempadan ini adalah Betong.


Memandu kereta  ke Krabi / Phuket

Biasanya untuk ke Krabi, pintu masuk / sempadan Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar yang sering digunakan.

- Jarak perjalanan ke Krabi ambil masa dalam 5-6 jam
- Perjalanan lebih kurang 300- 330 km
- Akan melalui
o Bukit Kayu Hitam > Danok > Hat Yai > Phatthalung > Trang >> Krabi
o Padang Besar > Hat Yai > Phatthalung > Trang >> Krabi


Dokumen Yang Diperlukan Untuk Masuk Thailand

Berikut dokumen-dokumen yang perlu ada/dibawa jika kita ingun masuk ke Thailand.


1. Passport

Pastikan passport dibawa bersama dan passport masih belum tamat tempoh. Passport (buku merah ni) adalah dokumen pengenalan kita apabila berada di luar negara, jadi sangat penting ya.

Bagi negara Thailand, Mat Drat tak pasti berapa lama passport kita perlu ada tempoh sah (validity period), sebab ada negara tertentu perlu minimum hanya 60 hari belum tamat tempoh. Tapi kebanyakkan negara memerlukan sekurang-kurangnya 6 bulan !




Klik untuk baca ðŸ‘‰  Permohonan Passport Online

Nota : 
Kedua-dua perkongsian di atas dikongsikan Mat Drat sebelum ini sudah agak lama. Dapatkan juga info/maklumat terkini dari sumber lain terutama sumber rasmi ya.

Jika berkesempatan nanti, Mat Drat kongsikan info terkini jika ada perubahan.

Bagi yang pergi berkumpulan dan tiada passport, boleh gunakan ‘passport berkumpulan’, ia lebih jimat. Tapi pengalaman dahulu ke Bangkok dengan dokumen ni, sedikit merumitkan sebab jarang orang guna dan pihak imigresen mereka juga ada yang tidak tahu/biasa dengan 'passport kumpulan' ni. Jadi proses akan ambil masa lama di imigresen.


2. Geran / Sijil Pemilikan Kenderaan

Geran/sijil pemilikan kenderaan ni wajib untuk dibawa sekali semasa kita nak masuk ke Thailand.

Bagi yang tiada geran, boleh pergi ke mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk cetak salinan geran kereta/motor.

Bagi yang pandu kereta milik orang lain pula, pastikan ada geran dan surat akuan sumpah yang sah yang ditandatangan oleh pemilik kereta tu sendiri benarkan kita bawa kenderaan tersebut.


3. Insurans Kereta Thailand

Kita wajib beli insuran motor/kereta Thailand jika nak masuk Thailand. Wajib beli.

Insuran ini boleh dibeli daripada agensi-agensi yang ada di sepanjang jalan menuju ke pintu sempadan seperti di Changlun atau Rantau Panjang.

Kita boleh Nampak agensi-agensi atau pihak ketiga yang tawarkan perkhidmatan ni kerana papan tanda boleh kelihatan ditepi jalan beberapa kilometre sebelum pintu sempadan.

Sangatlah dinasihatkan untuk membeli/mengambil comprehensive travel insuran yang melindungi kenderaan, penumpang dan liabiliti pihak ke-tiga. Banyak kes kita baca berkaitan rakyat kita yang kemalangan di sana. Jadi beringat ye !

Trip terbaru Mat Drat ke Thailand melalui Bukit Kayu Hitam, kami berhenti di hentian (rnr) Naluri Aman, beberapa kilometer sebelum pintu masuk Bukit Kayu Hitam. Di hentian rehat ni turut ada kiosk/kedai menjual insuran kereta /motor ni dan juga sediakan perkhidmatan isi borang TM 2 dan TM 3 serta kad TM 6.

Antara lokasi yang boleh disinggahi di Lebuhraya Changlun, beberapa kilometer dari Pintu Sempadan Bukit Kayu Hitam
- Naluri Aman Sdn Bhd – 6.5 km sebelum
- Cuctus CTC Recreation Sdn Bhd – 6 km sebelum

Search di google map atau waze destinasi ni dan ada kiosk/agensi di situ yang




Harga Premium Insuran Motor/Kereta Masuk Thailand

Premium Insuran Motor
  • Harga berbeza ikut cc motorsikal dan tempoh insuran ( 3 bulan, 6 bulan atau 1 tahun).
  • Contoh premium insuran bagi motorsikal : 125 cc, RM 36 untuk 3 bulan dan RM 50 untuk 6 bulan.

Premium Insuran Kereta
  • Harga premium juga berbeza ikut cc kereta dan tempoh insuran ( 8, hari, 18 hari, 1 bulan, 3 bulan atau 1 tahun).
  • Contoh premium insuran bagi kereta : RM 29 untuk 8 hari, RM 36 untuk 18 hari n dan RM 50 untuk 1 bulan.
  • Waktu beli insuran, pekerja/agensi akan kirakan untuk kita. Tanyalah juga apa-apa nak tanya seperti coverage dan dapatkan maklumat apa perlu dibuat jika berlaku kemalangan dan sebagainya.






4. Lesen Memandu

Lesen memandu kita boleh digunakan di Thailand. Jadi tidak perlu lesen antarabangsa. Tapi jangan lupa bawa dan pastikan lesen masih belum tamat tempoh.


5. Borang T2 dan T3

TM2 'Information of Conveyance form'. – 2 copies
TM3 'Passenger List form' – 2 copies (kalau ada bawa pembonceng atau penumpang lain dalam kereta)

Borang TM 2 dan TM 3 boleh diperolehi sewaktu di imigresen Thailand. Tapi jarang orang ambil dan isi borang di situ. Kita akan kerugian masa nak mengisi sebab biasanya bila sampai di imigresen pintu masuk Thailand, pasti dah ramai yang beratur.

Jadi borang-borang ni juga kita boleh dapatkan di hentian-hentian tertentu di Changlun sebelum tiba di Pintu Sempadan Kayu Hitam (bagi yang menggunakan pintu Bukit Kayu Hitam).

Antara lokasi Naluri Aman Sdn Bhd (6.5 km sebelum) dan Cuctus CTC Recreation Sdn Bhd ( 6 km sebelum). Search di google map atau waze destinasi ni dan ada kiosk/agensi di situ yang

Borang ni percuma jika ambil di kaunter di imigresen, tapi untuk mudahkan dan cepatkan urusan kita di imigresen rasanya lebih baik ambil siap-siap di sini sebelum tiba pintu masuk.

Bayaran dikenakan untuk TM 2 dalam RM 3-5 untuk 1 borang (nama). Manakala TM 3, bayaran dikenakan dalam RM 2 seorang (setiap nama). Tapi nanti check juga dengan kaunter/agensi pihak ketiga yang isikan borang tu nanti, mungkin caj bayaran dah berubah.


6. Kad T6 (Arrival/Departure White Card)

Kad ini juga available di kaunter imigresen secara percuma.. Tapi untuk cepatkan proses dan masa di kaunter imigresen, kita boleh ambil di agensi-agensi atau pihak ketiga yang sediakan kad ni sebelum pintu sempadan.

Bayaran dikenakan oleh mereka untuk kad ni sebab mereka akan isikan siap-siap. Hanya berikan passport, mereka akan isikan kad ni.

Ada satu keratan kecil untuk simpanan kita, dan pastikan kad ni disimpan elok-elok kerana keratan kad ini mesti ditunjukkan apabila kita nak balik semula ke Malaysia nanti.

Jika keratan kad ni hilang, kita akan hadapi sedikit masalah di kaunter imigresen/kastam Thailand nanti waktu nak balik. Jadi pastikan simpan elok-elok.!! 


6. Visa

Kita tidak perlu visa untuk bergerak di dalam negara Asean, dan sudah pastinya ke Thailand juga tidak perlukan visa.

Walau bagaimana pun, jika merancang untuk berada di Thailand melebihi 30 hari, kita perlukan Visa untuk masuk ke Thailand. Jika masuk lebih 30 hari tanpa visa, kita boleh ditangkap, didenda, dipenjarakan dan dihantar balik ke Malaysia dengan kos kita tanggung.

Klik untuk baca ðŸ‘‰   Beza Passport dan Visa


LAIN -LAIN

1. Sim Kad

Sim kad boleh dibeli di hentian sewaktu kita beli insuran atau isi borang TM 2/3 atau kad TM 6.

Sim kad serendah RM 20 untuk unlimited data bagi tempoh 7-8 hari. Rasanya ada 2 telco yang sediakan sim kad tourist iaitu DTAC dan AIS.

Kalau terlepas beli di hentian sebelum pintu sempadan Bukit Kayu Hitam/ Padan Besar, biasanya di checkpoint Thailand akan ada penjual menjual simkad ni. Pemerhatian Mat Drat, harga juga sama, serendah RM 20.

Satu lagi alternative, di pekan Danok (jika melalui Bukit Kayu Hitam), ada kedai-kedai telco yang jual sim kad tourist ni. 

Proses pengaktifan sim kad sangat mudah. Kita beli dan suruh pekerja/penjual masukkan simkad dan aktifkan. Pastikan simkad aktif.

Dan satu lagu cara, beli melalui shopee/lazada. Mat Drat baru ni beli melalui shopee, dalam 2-3 hari dapat sim kad. Bila masuk Thailand baru aktifkan sim kad (hanya enable-kan sahaja), tanpa daftar dan boleh terus boleh guna.





2. Matawang Bhat

Jika tak sempat tukar atau tak cukup tukaran matwang Bhat, untuk last minit masih boleh tukar di rnr atau hentian sewaktu kita beli insuran/isi borang TM2/TM3/TM6.

Exchange rate macam murah pulak (tak sangka pulak hari tu).
  • Di Kuala Lumpurt, 100 Bhat Mat Drat tukar dengan rate RM 13.25-13.35
  • Tapi di sini, untuk 100 Bhat hanya RM RM 13.17. Kira murah tu sebab hanya sehari berbeza tarikh tukar di KL dan di sini.
Bawa la lebih sikit matawang Bhat, nanti senang nak membeli belah





3. Aktifkan Kad Debit

Boleh juga standby dengan aktifkan kad debit untuk transaksi luar negara. Mana tahu matawang bhat tak cukup nanti, sebab banyak shopping.

Cuma kadar tukaran lebih tinggi jika keluarkan tunai di sini dan ada caj oleh bank.

Contoh :Mat Drat tukar 2,000 Bhat dikenakan kadar RM 13.46 untuk 100 Bhat dan caj tambahan +- RM 30.

Pesanan :
Biasanya kad debit yang Mat Drat aktifkan, tidak aka nada banyak wang di dalam akaun. Sekadar peringatan untuk elak apa-apa terjadi (kena scam atau seumpamanya). Kalau duit tak cukup, kit abuat je pindahan online ke akaun yang kad debit aktif


4. Status Sekatan Perjalanan (PTPTN/LHDN)

Jangan lupa, 1-2 minggu sebelum pergi kita check dahulu nama kita sama ada dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara tau tidak.

Dan sehari sebelum pergi, check la juga. Semakan boleh dibuat secara online sahaja.

https://sspi.imi.gov.my/sspi/


5. Vaksin Covid-19

Buat masa ini, kerajaan Thailand telah menarik balik keperluan vaksinasi untuk memasuki Thailand.Tapi untuk persediaan, tiada masalah kalau nak print sijil vaksinasi.

PROSES CHECKPOINT  

1. Check Point Malaysia

  • Beg-beg akan diperiksa dan di scan
  • Seawal 6 pagi jika cuti sekolah atau 'long public holiday', jangkakan sudah banyak kenderaan menunggu di pintu sempadan.
  • Datang awal untuk elak kesesakan dan tunggu sehigga border dibuka.
  • Solat siap-siap atau wudhu dahulu.
  • Bagi tempoh biasa, pemeriksaan akan ambil masa dalam 30-45 minit (bukan waktu kesesakan cuti sekolah/long public holiday)

2. Check Point Thailand

  • Beg-beg tidak akan diperiksa
  • Proses pemeriksaan dan pendaftaran ambil masa lebih cepat, sekitar 20-30 minit (bukan waktu kesesakan cuti sekolah/long public holiday)
  • Ikut signboard atau arahan untuk lancarkan proses
  • PASTIKAN passport kita di-chop oleh imigresen Thailand
  • PASTIKAN keratan TM 6 disimpan, untuk diserahkan waktu balik.


PERINGATAN
Pandulah secara berhemah, ikut had laju dan peraturan negara Thailand

Jika di Malaysia, kita jenis pemandu yang memandu secara merbahaya, memandu melebihi had laju atau suka cucuk rapat, maka bolehlah kita tinggalkan tabiat pemanduan begitu.


SELAMAT BERCUTI


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share juga link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

Sunday, 18 December 2022

TIPS SEWA KERETA DAN MEMANDU DI AUSTRALIA

Memandu di Perth Australia
Pengalaman Memandu di Perth memang menyeronokkan
 


Dari perkongsian asal 👉👉 Percutian Ke Perth


1. TIPS SEWA KERETA


Kereta Sewa Murah di Australia Perth Gold Coast Melbourne
Kereta Sewa Mat Drat selama 5 hari di Perth Australia.
Memang selesa dan murah.




Sebelum lihat tips sewa kereta di Perth Australia, Mat Drat kongsikan dulu sebab Mat Drat decide sewa kereta untuk percutian di Perth dan tidak menggunakan bas atau public transport.

SEBAB MAT DRAT SEWA KERETA

Ini sebabnya Mat Drat rasa sewa kereta lebih sesuai dari menggunakan bas di Perth ;

1. Naik bas agak leceh jika dengan anak-anak. 
Agak leceh sebab perlu turun naik bas.
Kalau semua dewasa, dan satu geng tak ada masalah.

2. Perlu menapak. Akan lebih letih.
- Kena consider lagi lagi kalau ada bawa anak-anak kecil atau orang tua.
- Teringat masa di Fremantle, nampak ada orang kita yang menapak agak jauh dari E-Shed ke Rainbow Container. Memang jauh, kesian pun ada sebab tengah hari dan menjenjeng plastik beg. Semata-mata nak bergambar di Rainbow Container.

3. Tak banyak tempat boleh cover rasanya.
- Itinerari yang Mat Drat rancang kalau naik bas, memang agak simple trip tu jadinya. Macam pergi 2-3 tempat, lepas tu balik.

- contoh kalau naik bas ke Cavensham Wild Life Park, kita akan rugi sebab banyak tempat tak boleh pergi dengan bas. Kat area sana banyak tempat menarik.

- Memang betul, balik dari Cavensham tu kami boleh singgah 2 ladang anggur, singgah kilang chocolate Margaret Chocolate, singgah masjid Swan Valley, singgah makan ayam panggang Halal otw balik dan boleh singgah pulak pantai lagi petang tu.



Percutian Ke Perth Caversham Wildlife Park
Di Caversham Wildlife Park.
Nasib baik sewa kereta, kalau naik bas memang meletihkan



Jika ke Caversham Wildlife Park di Swan Valley dengan bas, agak sukar singgah ke ladang anggur, kilang chocolate dan lain-lain


Fresh dari ladang...
Kalau berkereta ke Swan Valley, dapat la singgah sini.



PERKARA PERLU TAHU SEBELUM SEWA KERETA

1. Lesen Malaysia vs International Licence
Tak perlu nak buat dan bawa International licence untuk memandu di sini.
Cukup bawa lesen Malaysia. 

2. Umur Minumum
Umur minimum nak sewa kereta kena 21 tahun. 
Tapi biasa bawah 25 tahun, akan kena bayar extra caj.

3. Harga sewa kereta.
Rate sewa berbeza-beza antara operator. Jadi kena survey.

Boleh compare di Rentalcars.com

Lihatlah, kategori kereta yang sesuai masa kat sana; 
  • Compact Car (5 seater) 
  • Sedan Car medium saiz (5 seater)
  • SUV (5 sseater ) 
  • People Carrier (MPV, 7-8 seater).
    • Cth Kia Grand Carnival, Hyundai Imax.
    • Mat Drat sewa Hyundai Imax (Starex)
  • Peopler Carrier (Van, 11-12 seater) 
    • Biasa Toyota Hi-Ace 
    • (Hati hati sewa van, ada tempat parking di apartment agak rendah).


Kereta Sewa Murah di Australia Perth Gold Coast Melbourne
Kereta Sewa Mat Drat selama 5 hari di Perth Australia.
Memang selesa dan murah.



4. Other charge
Caj lain-lain juga berbeza ikut operator. Kena baca betul-betul.
Contoh caj lain-lain tu macam delivery service, after office hour service.

Mat Drat pickup di airport, kena caj AUD 20 (dia pickup satu family dari airport dan bawa ke tempat kereta).
Bila pulangkan kereta waktu malam pula, kena caj 'after office hour'.


5. Car child seat
Kalau bawa anak kecil, kena (wajib) sewa car child seat.
Jangan sekali kali tak guna ye, kena saman nanti menyesal.


6. Pick-up di airport
Ada operator yang sediakan ambil kereta di airport, ada yang boleh di-arrange-kan dengan bayaran (extra fee). Biasa masa kita booking online boleh tahu.


7. Waktu Operasi
Tak banyak operator kereta sewa yang beroperasi 24 jam.
Jika ada, biasanya kena caj untuk after office hour.


8. Millege limit 
Kereta sewa, ada limit km sehari. 
Biasanya limit 100km sehari, maka kalau lebih akan kena caj.
Caj excess berbeza, tapi biasanya AUD 0.25 / km

Contoh nak ke The Pinnacle yang jarak pergi balik dalam 500 km, excess caj dah mahal. Jadi boleh ambil pakej unlimited km, cuma perlu bayar lebih.

Atau kalau sewa lama, mungkin pakej auto jadi unlimited. 

Macam Mat Drat, sewa 3 hari dan lebih, syarikat oeprator kereta sewa bagi unlimited km. Jimat dah kat sini.


9. Insurance
Sebolehnya ambil lah insuran, jadi apa-apa kita dilindungi.
Exchange rate AUD ni mahal, kena repair kereta nanti boleh 'bengkok' kita. 

Memandu ke The Pinnacle tu contohnya, kalau lewat petang mungkin ada kanggaroo melintas, kalau terlanggar mahal nak repair kereta.

Kisah Sahabat
Kawan Mat Drat pun remind kpd Mat Drat, ambil full insurance. Sebab family member dia ke Australia dan tak ambil insurance full. Nak jadi cerita, bumbung van kemek masa parking di shopping mall. Bukan kemek sikit, teruk jugak la. 

Operator kereta sewa caj kaw-kaw kredit kad dia (kredit card detail dah bagi awal masa booking). Nasib baik dia kata limit tak sampai RM 20,000. Kalau tak, kes haru kena ganti.. boleh dapat harga satu kereta.


10. Bond
Bond ni macam deposit la.
Amaun bond berbeza ikut operator.
Operator akan 'freeze'kan amaun tertentu pada kredit kad kita, mungkin dalam AUD 200-500, bergantung kepada operator. Jadi apa-apa, mereka dah pegang kredit card kita. Nanti mereka caj je.
Biasa bond ni akan diclearkan apabila kita pulangkan kereta dan tiada apa-apa kerosakan atau apa-apa kena repair.

11. Sewa GPS
Nak jimat, tak payah sewa la. Boleh guna WAZE atau Google Map je. 
Mat Drat guna waze je sepanjang di sini, cukup mudah dan membantu. Nak cari parking pun senang.



SYARIKAT SEWA KERETA DI PERTH

Kebanyakkan syarikat sediakan perkhidmatan booking secara online. Senang, booking online sahaja. Hertz, Trifty, Avis, Alpha, Europcar antara syarikat besar dan sediakan pick-up kereta di airport. 

Rate harga mereka ni kita boleh survey dan compare di Rentalcars.coms

Kalau datang waktu cuti sekolah, better booking awal lagi-lagi kalau cari kereta yang saiz besar. Kereta MPV akan cepat disewa (cepat tak available).





2. TIPS PEMANDUAN DI AUSTRALIA

Mat Drat share sikit tips memandu di Australia. Rasanya sama je tak kiralah memandu di Perth ke, Gold Coast ke, Sydney ke atau mana-mana kawasan di Australia ni.

Memandu di Australia ni kena ingat dan tahu beberapa perkara je


1. Undang-undang kena ikut.
Masuk tempat orang, ikut la undang-undang orang kan. Saman sini mahal.


2. Jangan guna telefon semasa memandu, kena saman mahal ye.
Semua negara tak boleh, tapi siji saman mahal. 


3. Jangan belok 'last minit' di simpang. (Pancung/potong Q)
Kalau kita nak belok kiri / kanan, ikut 'Q' ye...beratur. 
Jangan ikut style di Malaysia, main pancung je (last minit baru bagi signal dan potong Q). 
Sini saman tak mahal untuk kesalahan tu, AUD 200 je... he he he. 
Sebab Mat Drat tahu dah ada yang kena, orang kita...


4. Jangan lebih speed limit. Ikut je la.
Memang 'memenatkan' drive jarak 100 -200 km, tapi speed limit 80km/h je.
Percayalah, kalau jumpa speed limit yang 90 km/h atau 100 km/h tu.... lega sekejap. 
Boleh lepas gian sikit. 
Kat Malaysia, dah biasa tekan pedal minyak kan, kat sini banyakkan bersabar.

Sini ada speed trap ada yang jenis camera static, dan ada yang mobile (polis tunggu dengan kereta).

Kalau kat kawasan sekolah (school zone) 40km/h shj ye, ikut la speed limit tu. 
Jangan lebih walau sikit pun.

Mat Drat di hari terakhir kat sini, jumpa akak sorang tu dari KL sibuk tanya Mat Drat kena saman ke tak. Dia kata dia kena saman on the spot sebab drive lebih 40 km/h kat kawasan sekolah. Melayang duit dia, tak silap AUD 200.


5. Kat Highway pun tak  drive laju
Jangan terkejut, kat highway yang 4 5 lane, mereka punya speed limit 90-100 km/h sahaja.

Berjujut-jujut la kereta dalam speed yang sama. 
Majority semua ikut speed limit dan dalam jarak selamat, bukan jarak 'cucuk belakang' macam kat Malaysia.

Nak memotong kenderaan depan pun susah, sebab semua memandu speed maksimum. Kalau nak memotong, nak laju sikit nanti dah lebih had laju. Kena saman pulak. Nak potong kereta kat highway pun, hampir beratus meter baru dapat potong sebab nak elak over speed limit.

Bersabar sungguh mereka kat sini.


6. Kadar Saman speed limit
Ni rate saman kat WA (Western Australia)
  • 0 - 9 km/h : AUD 100
  • 9-19 km/h : AUD 200
  • 19-29 km/h : AUD 400
  • 29-40 km/h : AUD 800
  • Lebih 40 km/h : AUD 1,200
Kalau rasa nak bayar saman, drive la lebih speed limit. Tak dapat saman on-the-spot, masa kita return kereta nanti pihak syarikat akan check saman, kalau ada mereka akan tolak kredit card.


3. PARKING MAHAL DI AUSTRALIA

Parking di Perth ni agak mahal sebenarnya, boleh kata Australia memang macam tu.

2 pilihan untuk parking, 
- Street Parking
- CPP atau Wilson Parking

1. Street Parking

Signage Parking
Sumber : carguideau

Kawasan yang boleh parking kereta tepi jalan (street parking) akan ada petak parking dan signboard/signage. Jangan la cuba parking selain dari tempat dibenarkan, atau park tanpa bayar. Mereka sentiasa meronda. 

Tanda 1P, 2P atau 3P di signage parking menunjukkan limit parking dikawasan tu sama ada 1, 2 atau 3 jam sahaja boleh parking.

Kebanyakan waktu parking beroperasi adalah 8.00am-6.00pm. Lain tempat, lain waktu.  Park kereta selepas waktu ditetapkan, tak perlu bayar,

Kadar parking kalau di tengah Perth CBD ni adalah AUD 5/ jam. Memang mahal, hampir RM 15 sejam tu (bila convert to RM).  Paling kurang kita perlu bayar AUD 2 untuk 20 minit.

Kawasan luar dari Perth CBD, mungkin murah sikit. Boleh cek kadar parking di https://www.visitperth.com.au/getting-around/parking

Kalau menginap di apartment, di kawasan kejiranan pun kena bayar parking kalau di situ ada signboard parking. Tengok betul-betul di kawasan tu kena bayar parking atau tidak.

Kawasan Apartment yang Mat Drat sewa, selepas 6pm baru tak kena bayar parking, jadi tak ada masalah sebab dalam 8am kami dah keluar dan balik lewat petang.

2. CCP Parking / Wilson Parking




CCP dan Wilson Parking satu lagi option kita nak parking. 

Ada banyak jugak kawasan parking CPP dan Wilson ni, ada di open space dan ada di bangunan.

Rancang betul-betul tempat nak parking, boleh kata memang agak mahal.

Pengalaman Mat Drat
Mat Drat sampai sini hari sabtu (weekend), jadi petang tu nak ke meronda area Elizabeth Quay. Jadi parking terdekat adalah di CPP Convention Centre. Bila masuk kena bayar AUD 17 per/entry. Dah dekat RM 60 sekali parking!! 

Betul-betul mahal parking kat Perth ni (rasanya Australia ni memang mahal parking, sebab kat Gold Coast dulu pun mahal jugak!!)

Contoh parking rate di CPP area Elizabeth Quay ;
  • Monday - Sunday = AUD 6/perhour
  • 6.00am - 5.59 pm (Day - Weekday) = AUD 23/ entry
  • 6.00am - 5.59 pm (Day - Weekend) = AUD 17/ entry
  • 6.00pm - 5.59am (Night) = AUD 17/ entry
Nak tahu rate parking CPP ni, cek di https://www.cityofperthparking.com.au/

Kesimpulannya, memang mahal.


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share juga link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

NAIK BAS DI PERTH AUSTRALIA

 

Bas Perth Airport ke Perth
Airport Bus stop 


Dari perkongsian asal 👉👉 Percutian Ke Perth


BAS DI PERTH

Mat Drat ada baca juga mnengenai trip mereka ke Perth hanya menggunakan public transport, bas terutamanya. 

Menarik juga trip macam tu, memang boleh jimat. Mat Drat pun baca detail juga perkongsian mereka.

Bagi yang nak naik bas ni, area Perth sahaja boleh lah rasanya, tapi utk destinasi jauh-jauh tu mcm agak tak praktikal. Kalau naik bas ke Carvenham Wild Life Park pun rasanya tak berbaloi, sebab banyak tempat-tempat kita boleh singgah di area Swan Valley di sana.

Kalau nak ke The Pinnacle Desert, tak ada bas rasanya. Kalau nak ke Mandurah mcm agak susah nak ke situ dan akan makan masa lama dengan bas.

Trip Perth Mat Drat hari tu, Mat Drat tak gunakan perkhidmatan bas. Mat Drat sewa kereta. Tapi waktu trip ke Gold Coast dahulu, memang guna bas sahaja bergerak ke sana ke sini.

1. BAS - AIPORT PERTH TO PERTH CITY

Bagi yang nak naik bas dari Perth Airport ke Pertch City, kena pastikan kita tiba di terminal mana satu. Ada 4 terminal di sini, T1, T2, T3 dan T4. 

Kebanyakkan kita akan turun di T1, kecuali yang naik Virgin Airline, Qantas, Tiger Airlines dan beberapa airlines lain. Boleh kata T1 adalah untuk international flight. 

Selain naik bas, kebanyakkan akan ambil kereta sewa di Perth Aiport dan pulangkan kereta di sini untuk percutian di Perth.  

Untuk compare rate kereta sewa, boleh check di Rentalcars.com.


BAS TRANSPERTH

Bagi yang nak ke Perth dgn bas dari airport, boleh naik bas nombor 37. 
Bas Route 37 yang disediakan oleh Transperth ni akan berulang Airport (T1 / T2) - Perth City. 
Perjalanan ambil masa lebih kurang 20 minit.

Bas akan ke Oat Street Station dan akan berhenti dibeberapa station, jadi pastikan dimana kita nak turun. Antara station utama yang akan berhenti adalah Belmont Forum Shopping Station.

Boleh klik link BUS ROUTE 37

Waktu trip Mat Drat dulu, ada bas no 380 . Route Perth Airport - Perth CBD. Boleh berhenti di Elizabeth Quay. Skrg macam dah tak ada. 

Boleh cek di laman web PERTH AIRPORT untuk maklumat dan info terkini seperti tambang dan jadual.



Bas Perth Airport ke Perth
Bus stop depan Terminal (Airport)



Tips
1.View Map
Elok kita view dulu di Google Map, lokasi bas station kita nak kena turun dan route jalan kaki dari bus station tu ke hotel/apartment kita. Biasakan pemandangan street view, nanti sampai tak pening kepala atau sesat.

2. Check link
Elok sebelum pergi semak semula info di link rasmi. Boleh klik link di bawah  untuk lihat route bas dan station-station yang bas akan berhenti.  https://www.transperth.wa.gov.au/Timetables



2. CAT BUS : BAS PERCUMA (Free Bus) 

Bas ni memang free, boleh naik dan turun tanpa bayar. Bas free ni disediakan oleh Transperth dan dikenali sebagai CAT BUS.
CAT BUS ni boleh dikenali dengan paparan di LCD Screen di hadapan bas dan dinding bas..

Kita boleh naik dan turun di mana-mana bus stop yang ditetapkan dalam laluan bas tu.

Ada 3 kawasan yang sediakan FREE CAT BUS ni iaitu
1. PERTH CAT BUS
2. FREMANTLE CAT BUS
3. JONDULOP CAT BUS

Mat Drat rasa, kalau nak guna bas ni, ambil tahu Perth Cat Bus dan Fremantle Cat Bus sudah memadai.

Apa pun, rujuk laman web ni untuk maklumat detail seperti laluan yang di cover, jadual, route dan map.
👉 https://www.transperth.wa.gov.au/timetables/cat-timetables

Cuma pemerhatian Mat Drat, bas ni tak la penuh. Jadi agak selesa juga lah. Sesuai kepada untuk short distance.

1. Perth CAT Bus
Bas-bas ni cover sebahagian kecil Perth (laluan tertentu).

5 laluan bas tu adalah
  1. Perth Blue Cat Bus
  2. Perth Green Cat Bus
  3. Perth Yellow Cat Bus
  4. Perth Red Cat Bus
  5. Perth Purple Cat Bus

Beberapa perkara yang perlu ambil tahu (Mat Drat ambil dari laman web atas tadi) ;
  • Kebanyakkan bas beroperasi 7 hari seminggu kecuali Perth CAT tertentu.
  • Kekerapan bas 5-10 minit. Weekend mungkin lagi lama. Setiap bas berbeza.
  • Bas paling awal 6am, dan bas akhir juga berbeza setiap bas (warna) dan bergantung kepada hari. Weekend macam lagi awal tamat perkhidmatan.
  • Apa pun, cek link TRANSPERTH, ada detail timetable bagi setiap bas.

2. Fremantle CAT Bus

Kini route bas percuma CAT Bus di area Freamantle tinggal Blue Cat Bus sahaja. Dulu ada dua route, satu lagu RED Cat Bus.

CAT Bus di Freamantle ni
- Mula agak lewat, dalam 7.00 lebih, weekend ada yang start 10am
- Kekerapan 15 minit (CAT Red) dan 11 minit (CAT Blue)

Apa pun, cek link TRANSPERTH, ada detail timetable bagi setiap bas dan info terkini.


Perth Cat Bus
'RED' CAT Bus
Bukan lihat warna bas ye, lihat paparan LCD depan bas.


Perth CAT Bus Map
Perth CAT Bus Map




3. BAS Berbayar

Bas berbayar yang disediakan oleh Transperth.
Tambang ikut zon, dalam zone sama murah, kalau masuk zon ke-2, tambang mahal sedkit. Sama la macam kebanyakan negara.

Tambang Bas
1. Cash - Boleh bayar pakai cash terus kepada driver bas. Tapi rugilah sikit sebab tak ada diskaun.

2. SmartRider Card



Harga Tambang Bas

Boleh la ambil tahu dan buat kira-kira mana yang menjimatkan
  • 2 section : AUD 2.30
  • 1 Zone : AUD 3.30
  • 2 Zone : AUD 5.00
  • DayRider Unlimited : AUD 10.00
  • Family Rider Unlimited : AUD 10.00

Memandangkan Mat Drat tak guna public transport, untuk detail dan panduan boleh rujuk 
  1.  https://www.transperth.wa.gov.au/Tickets-Fares/Special-Fares#DayRider
  2. Perkongsian dari mereka yang ke sini dengan bas


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share juga link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

Saturday, 17 December 2022

MAKANAN YANG BOLEH DAN DILARANG BAWA MASUK KE AUSTRALIA

Bawa makanan ke Australia
Contoh barang yang boleh dibawa tapi perlu di declare.

Dari perkongsian asal 👉👉 Percutian Ke Perth

Semoga perkongsian oini bermanfaat sebab ramai juga yang tanya Mat Drat mengenai perkara ni

Secara amnya, bab makanan memang ada barangan yang tidak boleh di bawa masuk. Jadi kena ambil tahu.


Petikan dari laman web rasmi Tourism Australia 

"Australia’s customs laws prevent you from bringing drugs, steroids, weapons, firearms and protected wildlife into Australia."

"Some common items such as fresh or packaged food, fruit, eggs, meat, plants, seeds, skins and feathers are also prohibited."


Mereka ni sangat ambil berat sebab mereka ingin menjaga dan mengawal pests yang merbahaya dan  penyakit yang boleh merosakkan alam semula jadi mereka termasuk hidupan binatang dan tumbuhan.

Mereka ni cukup jaga alam sekitar mereka, pengunjung yang nak pergi ke The Pinnacle pun tak dibenarkan bawa anjing sebab takut najis anjing akan merosakkan batuan-batuan di situ. 


Secara khususnya pula, kena lihat laman web Australia Border Force, di laman web ni mereka terangkan secara detail ;
- apa yang boleh, 
- apa yang boleh bersyarat dan 
- apa yang tidak boleh

https://www.abf.gov.au/entering-and-leaving-australia/can-you-bring-it-in

Dari laman web tu juga dinyatakan jelas,
"Food items brought into Australia need to be declared on your Incoming Passenger up if you come by plane, or on the parcels you mail. Biosecurity officers may need to inspect some of the food you're bringing with you."

".... Certain food items brought into Australia, even small amounts or ingredients for cooking, need to be declared."


Jadi pastikan declare barangan makanan yang di bawa di 'Incoming Passenger Card', tak kira apa yang kita bawa.


3 KATEGORI MAKANAN 

Dan dari pemahaman Mat Drat di laman web Australia Border Force tu, barangan makanan di dipecahkan kepada 3 kategori :
  1. Don't Bring It
  2. Bring It 
  3. Declare It.

Pastikan declare ye di arrival card, kalau tak declare dan di kesan (ditangkap) ada bawa barangan yang dilarang, boleh kena penalti.


1. DON'T BRING IT : DI LARANG BAWA MASUK
Barang bawah kategori ni memang tak boleh bawa langsung, Jadi tak payah bawa la. 

Antaranya

Fresh Fruit
Semua buah-buahan tak dibenarkan bawa masuk

Homemade food
Semua makanan homemade tak boleh bawa masuk. Jadi tak payah bawa lah sambal hitam ke, sambal tumis ke, sambal bilis ke dan seumpamanya. 

Nak bawa juga, beli yang dah proper packed, packing cantik dan dan ada detail ingredient dan sebagainya. Tapi kena make sure barangan tu tak termasuk alam barangan yang dilarang.

Makanan dari Kapal Terbang
Jangan cuba-cuba nak bawa turun makanan dari kapal terbang. Makan siap-siap kat atas tu, tak habis tinggalkan!


BOLEH BAWA MASUK
Barang yang boleh di bawa masuk pula ada 2 kategori 

  • Bring It : Tiada masalah untuk dibawa masuk selagi ia memenuhi syarat dibenarkan. 
  • Declare It : Boleh dibawa masuk tetapi perlu diistyharkan dan tertakluk kepada pemeriksaan.

Antara syarat-syarat untuk bahan makanan tu dibenarkan, ia mesti 
  1. untuk kegunaan sendiri, 
  2. commercial preparered (product kilang) dan 
  3. tak lebih kuantiti dibenarkan.
Untuk kegunaan sendiri.
  • Setiap barang tu ada limit berat boleh bawa masuk. 
  • Boleh cek di laman web atas tadi limit setiap barang. 
  • Macam chocolate 10 kg, kopi 10 kg dll.

Commercial preparred
  • Nak elak masalah dan soal jawab, barangan ni semua mesti dari kilang. 
  • Maknanya packaging lengkap dengan maklumat yang perlu, ada label dll.

Ingat : Setiap item di bawah ni berbeza syarat dia. Untuk barangan di bawah kategori 'Declare It', elok lihat syarat dia di laman web di atas.



2. BRING IT : BOLEH BAWA MASUK 
Ada barang boleh di bawa masuk tanpa perlu declare selagi ia memenuhi syarat dibenarkan. 

Biskut (fully cooked) 
Senang cakap, biskut beli dari kilang mavam Munchy, Orea dll

Chocolate dan Confectioneries
Pastikan comeercial packing

Kopi
Tiada masalah. 


3. DECLARE IT : BOLEH BAWA MASUK BERSYARAT  ( Perlu Isytihar) 

Bawa masuk TAPI perlu declare, dibenarkan selagi ia memenuhi syarat dibenarkan.

Cheese, Butter atau Barangan berasaskan tenusu
Rasanya item ni juga termasuk 'creamer', susu.

Ikan
Rasanya sardin/tuna dalam kategori ni. Mat Drat bawa sardin dan tuna sandwish tak ada masalah, lepas. Syarat-syarat lain baca dilaman web.

Minuman 3 in 1 sachet (Milo 3 in 1Necafe 3 in 1kopi 3 in 1 dll)
Minuman berasaskan dairy dibenarkan jika ia Commercial manufactured dan packaged. Termasuklah Milo 3 in 1Necafe 3 in 1, kopi 3 in 1 dll

Susu Bayi
Bawa sekali dengan kotak/pack untuk elak banyak ditanya.

Minuman Jus dan soft Drink 
Yang dalam kotak, tin atau botol. Tapi tak payah bawak la, kat Australia banyak dan fresh.

Barangan berasaskan daging
Rasanya makanan dalam tin seperti kari / sambal daging, ayam keluaran adabi, yeos dll bawah kategori ni. Product ni mesti clearly label di pack luar. 

Mee Segera
Boleh bawa TETAPI mesti tiada unsur telur dan daging (termasuk perasa).  Nak senang, Mat Drat bawa perisa Kari Dan Ayam je...

Beras
Beras putih boleh dibawa, yang di packed commercial. Jangan bawa beras perang pulak, yang perang tak boleh. Tiada unsur hama atau kutu beras. Nasi impit pun boleh bawa sebab Mat Drat lepas. Nanti cakaplah 'rice qiub', kalau sebut nasi impit mana dia orang faham.

Sos
Sos cili atau tomato boleh bawa. Pastikan dalam botol. 
Penting sos ni, nanti nak makan fish n chip kat Kailis Fremantle Perth tu nanti

Tea
Kot la ada yang tak boleh tinggalkan tea istimewa dia. Tak boleh minum teh jenama lain

Vitamin dan Supplement
Pastikan bawa dalam bekas asal, ada label.
Jamu dan seumpamanya, tak payah bawa la kalau yang buat sendiri tu.

Perisa / Perencah makanan
Tak sure jatuh kategori mana, tapi Mat Drat bawa tiada masalah. Mat Drat asingkan siap-siap dan bila di tanya, hanya cakap ianya paste. Mat Drat bawa perencah nasi goreng, perencah sayur goreng, masak kari, masak kurma , asam pedas dll.....semua lepas.

Yang penting semua barang yang di bawa ni, declare dan bila pegawai tanya, jawab sahaja apa item-item tu. Lagi bagus, kita asingkan setiap kategori dan labelkan. Labelkan ni nak elakkan dari banyak di tanya.




Incoming Passenger Card Australia
Incoming Passenger Card.
Ingat : Tak pasti nak tick yes or no, tick YES sahaja



~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share juga link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !!