Sunday 18 December 2022

TIPS SEWA KERETA DAN MEMANDU DI AUSTRALIA

Memandu di Perth Australia
Pengalaman Memandu di Perth memang menyeronokkan
 

Dari perkongsian asal 👉👉 Percutian Ke Perth


1. TIPS SEWA KERETA

Sebelum lihat tips sewa kereta di Perth Australia, Mat Drat kongsikan dulu sebab Mat Drat decide sewa kereta untuk percutian di Perth dan tidak menggunakan bas atau public transport.

SEBAB MAT DRAT SEWA KERETA

Ini sebabnya Mat Drat rasa sewa kereta lebih sesuai dari menggunakan bas di Perth ;

1. Naik bas agak leceh jika dengan anak-anak/warga emas. 
  • Agak leceh sebab perlu turun naik bas.
  • Kalau semua dewasa, dan satu geng tak ada masalah.

2. Perlu menapak. Akan lebih letih.
  • Kena consider lagi lagi kalau ada bawa anak-anak kecil atau orang tua.
  • Teringat masa di Fremantle, nampak ada orang kita dari Malaysia yang menapak agak jauh dari E-Shed ke Rainbow Container. Memang jauh, kesian pun ada sebab tengah hari dan menjenjeng plastik beg. 

3. Tak banyak tempat boleh cover.
  • Itinerari yang Mat Drat rancang kalau naik bas, memang agak simple trip tu jadinya. Macam pergi 2-3 tempat, lepas tu balik.
  • contoh kalau naik bas ke Cavensham Wild Life Park, kita akan rugi sebab banyak tempat tak boleh pergi dengan bas. 
    • Kat area sana banyak tempat menarik.
    • balik dari Cavensham tu kami boleh singgah 2 ladang anggur, singgah kilang chocolate Margaret Chocolate, singgah masjid Swan Valley
    • OTW balik Apartment di Perth, boleh singgah makan ayam panggang di satu restaurant Halal dan boleh melencong ke pantai lagi petang tu.



Percutian Ke Perth Caversham Wildlife Park
Di Caversham Wildlife Park.
Nasib baik sewa kereta, kalau naik bas memang meletihkan



Jika ke Caversham Wildlife Park di Swan Valley dengan bas, agak sukar singgah ke ladang anggur, kilang chocolate dan lain-lain


Fresh dari ladang...
Kalau berkereta ke Swan Valley, dapat la singgah sini.



1. PERKARA PERLU TAHU SEBELUM SEWA KERETA

1. Lesen Malaysia vs International Licence
  • Tak perlu  buat dan bawa International licence untuk memandu di sini.
  • Cukup bawa lesen Malaysia. (Fizikal lesen ye)

2. Umur Minumum
  • Umur minimum nak sewa kereta kena 21 tahun. 
  • Tapi biasa bawah 25 tahun, akan kena bayar extra caj.

3. Harga sewa kereta.
Rate sewa berbeza-beza antara operator. Jadi kena survey.

👉 Boleh compare dRentalcars.com

Lihatlah, kategori kereta yang sesuai masa kat sana; 
  • Compact Car (5 seater) 
  • Sedan Car medium saiz (5 seater)
  • SUV (5 sseater ) 
  • People Carrier (MPV, 7-8 seater).
    • Cth Kia Grand Carnival, Hyundai Imax.
    • Mat Drat sewa Hyundai Imax (Starex)
  • Peopler Carrier (Van, 11-12 seater) 
    • Biasa Toyota Hi-Ace 
    • 💥(Hati hati sewa van, ada tempat parking di apartment agak rendah).
Kereta Sewa Murah di Australia Perth Gold Coast Melbourne
Kereta Sewa Mat Drat selama 5 hari di Perth Australia.
Memang selesa dan murah.



4. Other charge
  • Caj lain-lain juga berbeza ikut operator. Kena baca betul-betul.
  • Contoh caj lain-lain tu macam delivery service, after office hour service.

5. Car child seat
  • Kalau bawa anak kecil, kena (wajib) sewa car child seat.
  • Biasa mereka akan tanya umur anak, jadi ikut peraturan.
  • Jangan sekali kali tak guna ye, kena saman nanti menyesal.

6. Pick-up di airport
  • Ada operator yang sediakan ambil kereta di airport.
  • Ada yang boleh di-arrange-kan untuk pickup and drop di airport dengan bayaran (extra fee). Biasa masa kita booking online boleh tahu.

7. Waktu Operasi
  • Tak banyak operator kereta sewa yang beroperasi 24 jam.
  • Jika ada, biasanya kena caj untuk after office hour.
  • Kalau tak dapat kereta sewa yang available waktu arrival / departure, pilihan lain adalah ambil 'airport transfer' ke apartment/hotel. Nanti jadikan apartment/hotel sebagai pickup atau drop off pont kereta.


8. Millege limit 
  • Kereta sewa di sini, kebanyakkan ada limit km sehari. 
  • Biasanya limit 100km sehari, untuk pemanduan yang lebih akan kena caj. Kereta ada GPS ye, mereka tahu.
  • Jadi pilihan terbaik, ambil pakej kereta sewa dengan 'unlimited' millege.
  • Caj excess km berbeza, tapi biasanya AUD 0.25-0.35 / km. Lebih kurang RM 1.00/km.
  • Contoh nak ke The Pinnacle yang jarak pergi balik dalam 500 km, kalau tak ambil pakej unlimited, memang akan mahal bayar excess caj.
  • Ada pakej, kalau sewa lama melebihi beberapa hari, mungkin pakej auto jadi unlimited. 
  • Macam Mat Drat, sewa 3 hari dan lebih, syarikat operator kereta sewa bagi unlimited km. 

9. Insurance
  • Sebolehnya ambil lah insuran, jadi apa-apa kita dilindungi.
  • Exchange rate AUD ni mahal, kena repair kereta nanti sangat menyakitkan. 
  • Memandu ke The Pinnacle tu contohnya, kalau lewat petang mungkin ada kanggaroo melintas, kalau terlanggar kanggaroo atau kanggaroo yang langgar kereta,  mahal nak repair kereta kalau tanpa insuran..

Kisah Sahabat
Kawan Mat Drat pun remind kpd Mat Drat sebelum trip tempoh hari, JANAGN LUPA ambil full insurance. Sebab kenalan dia ke Australia dan tak ambil insurance full. Nak jadi cerita, bumbung van kemek masa parking di shopping mall.  

Operator kereta sewa caj kaw-kaw kredit kad dia (kredit card detail dah bagi awal masa booking). Nasib baik limit kad tak sampai RM 20,000. Kalau tak, kes haru kena ganti.. boleh dapat harga satu kereta.


10. Bond
  • Bond ni macam deposit la juga.
  • Amaun bond berbeza ikut operator.
  • Operator akan 'freeze'kan amaun tertentu pada kredit kad kita, mungkin dalam AUD 200-500, bergantung kepada operator. Jadi apa-apa, mereka dah pegang kredit card kita. Nanti mereka caj je.
  • Biasa bond ni akan diclearkan apabila kita pulangkan kereta dan tiada apa-apa kerosakan atau apa-apa kena repair.

11. Sewa GPS
  • Nak jimat, tak payah sewa la. Boleh guna WAZE atau Google Map je. 
  • Mat Drat guna waze je sepanjang di sini, cukup mudah dan membantu. Nak cari parking pun senang.


2. SYARIKAT SEWA KERETA DI PERTH

Ada banyak syarikat sewakan kereta di Perth, jangan risau.
Kebanyakan syarikat-syarikat ni sediakan perkhidmatan booking secara online. Jadi nak senang, booking online sahaja. 

Hertz, Trifty, Avis, Alpha, Europcar antara syarikat besar dan sediakan pick-up kereta di airport. 

Rate harga mereka ni kita boleh survey dan compare di Rentalcars.coms

Kalau datang waktu cuti sekolah, better booking awal lagi-lagi kalau cari kereta yang saiz besar. Kereta MPV akan cepat disewa (cepat tak available).





3. TIPS PEMANDUAN DI AUSTRALIA

Mat Drat share sikit tips memandu di Australia. Rasanya sama je tak kiralah memandu di Perth ke, Gold Coast ke, Sydney ke atau mana-mana kawasan di Australia ni.

Memandu di Australia ni kena ingat dan tahu beberapa perkara je


1. Undang-undang kena ikut.
Masuk tempat orang, ikut la undang-undang orang kan. Saman sini mahal.


2. Jangan guna telefon semasa memandu, kena saman mahal ye.
Semua negara tak boleh, tapi siji saman mahal. 


3. Jangan belok 'last minit' di simpang. (Pancung/potong Q)
  • Kalau kita nak belok kiri / kanan, ikut 'Q' ye...beratur. 
  • Jangan ikut style di Malaysia, main pancung je (last minit baru bagi signal dan potong Q). 
  • Sini saman tak mahal untuk kesalahan tu, AUD 200 je... he he he. 
  • Sebab Mat Drat tahu dah ada yang kena, orang kita...


4. Jangan lebih speed limit. Ikut je la.
  • Memang agak 'memenatkan' drive di Australia dan termasuklah di Perth ni.
  • Contoh pemanduan yang jaraknya 100 -200 km, tapi kita speed limit 80km/h sahaja.
  • Percayalah, kalau jumpa speed limit yang 90 km/h atau 100 km/h tu, akan rasa lega sekejap sebab boleh lepas gian sikit. 
  • Kat Malaysia, dah biasa tekan pedal minyak kan, kat sini banyakkan bersabar.
  • Kalau di highway/motorway tu kita memandu lebih had laju 5-10 km/j sahaja pun, kereta kita akan jelas kelihatan paling laju!! Jadi ikut la speed limit.

  • Sini ada speed trap ada yang jenis camera static, dan ada yang mobile (polis tunggu dengan kereta).
  • Kalau kat kawasan sekolah (school zone) 40km/h shj ye, ikut la speed limit tu. Jangan lebih walau sikit pun.
  • Mat Drat di hari terakhir kat sini, jumpa akak sorang tu dari KL sibuk tanya Mat Drat kena saman ke tak. Dia kata dia kena saman on the spot sebab drive lebih 40 km/h kat kawasan sekolah. Melayang duit dia, tak silap AUD 200.


5. Kat Highway pun tak  drive laju
  • Jangan terkejut, kat highway yang 4 5 lane, mereka punya speed limit 90-100 km/h sahaja.
  • Berjujut-jujut la kereta dalam speed yang sama. tapi dalam jarak selamat, bukan jarak 'cucuk belakang' macam kat Malaysia.
  • Nak memotong kenderaan depan pun susah, sebab semua memandu speed maksimum. Kalau nak memotong, nak laju sikit nanti dah lebih had laju. Kena saman pulak. Nak potong kereta kat highway pun, hampir beratus meter baru dapat potong sebab nak elak over speed limit.
  • Bersabar sungguh mereka kat sini.

6. Kadar Saman speed limit
Ni rate saman kat WA (Western Australia)
  • 0 - 9 km/h : AUD 100
  • 9-19 km/h : AUD 200
  • 19-29 km/h : AUD 400
  • 29-40 km/h : AUD 800
  • Lebih 40 km/h : AUD 1,200
Kalau rasa nak bayar saman, drive la lebih speed limit. Tak dapat saman on-the-spot, masa kita return kereta nanti pihak syarikat akan check saman, kalau ada mereka akan tolak kredit card.


4. PARKING MAHAL DI AUSTRALIA

Parking di Perth ni agak mahal sebenarnya, boleh kata Australia memang macam tu.

2 pilihan untuk parking, 
  1. Street Parking (tepi jalan)
  2. CPP Parking atau Wilson Parking

1. Street Parking

Signage Parking
Sumber : carguideau

Kawasan yang boleh parking kereta tepi jalan (street parking) akan ada petak parking dan signboard/signage. Jangan la cuba parking selain dari tempat dibenarkan, atau park tanpa bayar. Mereka sentiasa meronda. 

Info penting
  1. Tanda 1P, 2P atau 3P di signage parking menunjukkan limit parking dikawasan tu sama ada 1, 2 atau 3 jam sahaja boleh parking. 
  2. Kebanyakan waktu parking beroperasi adalah 8.00am-6.00pm. Lain tempat, lain waktu.  Park kereta selepas waktu ditetapkan, tak perlu bayar parking contohnya waktu malam.
  3. Kadar parking kalau di tengah Perth CBD ni adal sehingga AUD 5/ jam. Memang mahal, hampir RM 15 sejam tu (bila convert to RM).  Paling kurang kita perlu bayar AUD 2 untuk 20 minit.
  4. Kawasan luar dari Perth CBD, mungkin murah sikit. Boleh cek kadar parking di https://www.visitperth.com.au/getting-around/parking
  5. Kalau menginap di apartment, di kawasan kejiranan pun kena bayar parking kalau di situ ada signboard parking. Tengok betul-betul di kawasan tu kena bayar parking atau tidak.
  • Contoh : Kawasan Apartment yang Mat Drat sewa, selepas 6pm baru tak kena bayar parking, jadi tak ada masalah sebab dalam 8am kami dah keluar dan balik lewat petang.

2. CCP Parking / Wilson Parking




CCP dan Wilson Parking satu lagi option kita nak parking. 

Ada banyak jugak kawasan parking CPP dan Wilson ni, ada di open space dan ada di bangunan.

Rancang betul-betul tempat nak parking, sebelum ke sesuatu tempat kalau tak nak bayar parking yang mahal.

Pengalaman Mat Drat
Mat Drat sampai sini hari sabtu (weekend), jadi petang tu nak ke meronda area Elizabeth Quay. Jadi parking terdekat adalah di CPP Convention Centre. Bila masuk kena bayar AUD 17 per/entry. Dah dekat RM 60 sekali parking!! 

Betul-betul mahal parking kat Perth ni (rasanya Australia ni memang mahal parking, sebab kat Gold Coast dulu pun mahal jugak!!)

Contoh parking rate di CPP area Elizabeth Quay ;
  • Monday - Sunday = AUD 6/perhour
  • 6.00am - 5.59 pm (Day - Weekday) = AUD 23/ entry
  • 6.00am - 5.59 pm (Day - Weekend) = AUD 17/ entry
  • 6.00pm - 5.59am (Night) = AUD 17/ entry
Nak tahu rate parking CPP ni, cek di https://www.cityofperthparking.com.au/

Kesimpulannya, memang mahal.


~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Share juga link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 


No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.