Tuesday, 5 December 2017

Tempat Makan Best di Cameron Highland

Tempat Makan Best di Cameron Highland 

Tempat Makan Best di Cameron Highland


Dari perkongsian Mat Drat sebelum ini

👉👉  Percutian ke Cameron Highland
👉👉  Tempat Menarik di Cameron Highland
👉👉  Lokasi Baru Pasar Malam Cameron Highland


Memandangkan ada yang bertanya kepada Mat Drat tempat makan sedap dan best di Cameron Highland, jadi Mat Drat gagahkan diri untuk share senarai tempat makan sedap di Cameron Highland ni. 

Tapi awal-awal lagi Mat Drat nak bagi tahu tak semua tempat ni Mat Drat dah cuba. Biasalah kalau kita datang waktu cuti sekolah atau public holiday, orang terlalu ramai....nasib tak baik tak dapat tempat duduk kalau tempat-tempat yang memang biasa menjadi tumpuan pengunjung.

Senarai ni tak mengikut keutamaan atau pun mana yang paling sedap, Mat Drat hanya senaraikan dari pengalaman dan pembacaan Mat Drat sendiri.

Restoran atau cafe yang Mat Drat share ni, Mat Drat share kan link ke FB (jika ada) dan juga ke Google Map.

Dari link lokasi Google Map dan link Facebook yang Mat Drat share tu, bolehlah klik dan :
- lihat lokasi di mana ia terletaknya restoran / cafe tu (overview).
- lihat komen-komen,  review dan gambar-gambar yang di share netizen.
- pandu dan tuju ke situ dengan google map/google drive



Jika ada komen atau tambahan info rasa dapat yang membantu pembaca lain, boleh tinggalkan diruangan komen. 

Kadang-kadang Mat Drat makan je kedai mana yang nampak okey an agak tak ramai pelanggan. Biasalah kalau bercuti dengan anak-anak, malam ni mereka dah letih sikit, kesian pulak nak bagi mereka tunggu lama-lama.

Ikut pengalaman, waktu malam tempat makan di Cameron Highland ni agak ramai orang terutama selepas sahaja waktu mahgrib hingga sekitar jam 9.30 malam. Jadi mana yang kosong, Mat Drat singgah je. Kalau dah lewat sikit tu, mungkin la sedikit lengang.





dapatkan di sini
KUPON  DISKAUN  FAVE  by  GROUPON


Loading...

Senarai ini tidak mengikut ranking ye..

1. Sarapan Best Sedap di Cameron Highland - Gerai depan Petronas


Mat Drat mulakan untuk sarapan pagi, sebab susah juga nak cari tempat sarapan yang sedap di sini awal-awal pagi.

Kalau yang ambil bilik sekali dengan breakfast, mungkin tidak ada masalah.

Gerai ni terletak di hadapan Petronas / Balai Bomba Brinchang

  • Gerai ni bergerak ye, ala-ala food truck
  • Menu utama pastinya nasi lemak
  • Kalau weekend atau public holiday, memang kena beratur sikit la.
  • Dan kalau lambat, habissss.....


Lokasi : Depan Petronas / Balai Bomba dan  bersebelahan Masjid Kayangan Brinchang

Google Map : 👉👉 Lokasi Gerai Sarapan

Nota (Edited 03.12.2018): 
Ni gambar terbaru trip weekday Mat Drat ke sini baru-baru ni

Pakcik ni peramah

Masjid Kayangan Brinchang



2. Restoran Taman Apple : Steamboat & Grill Buffet

Tempat Makan Best di Cameron Highland


Dulu di kenal Restoran Taman Abang Cameron Highland. 


Menu yg agak digerati kat sini yang susah nak jumpa tempat lain adalah "Nasi Lemak Strawberry" 


Alamat :  891-A, Persiaran Dayang Indah, Tanah Rata, 39000 Tanah Rata.
Peta Lokasi Google MapPETA Restoran Taman Apple
Facebook Page  : FB Restoran Taman Apple


3. Cafe YZ Farm, Taman Sedia 

Tempat Makan Best di Cameron Highland


Alamat :  No.22, Kampung Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang
Peta Lokasi Google Map : PETA YZ Farm 
Facebook Page  : FB YZ Farm

Nota :
Sambil melawat ladang strawberry YZ Farm, bolehlah terus la menjamu selera disini. Di kawasan Kg Melau Taman Sedia ini juga terdapat beberapa Strawberry Farm milik Bumiputera.


4. 
Cafe KHM Farm, Taman Sedia 


Tempat Makan Best di Cameron Highland



Alamat :  No. 9, Kampung Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang
Peta Lokasi Google MapPETA KHM Cafe 
Facebook  : FB KHM Farm


Nota (Edited 03.12.2018): 
Mat Drat suka skone dia.... sekali kena, kalau naik ke Cameron mesti nak try je lagi.

Ini trip terbaru Mat Drat ke sini, naik atas nak makan skone je sebenarnya. Teringin.. 


Nota : 
Sambil melawat ladang strawberry YZ Farm, bolehlah terus la menjamu selera disini. 
Di kawasan Kg Melau Taman Sedia ini juga terdapat beberapa Strawberry Farm milik Bumiputera.



5. De Bambo
o Tower Steamboat, Grill & Steam @ Taman Sedia
Tempat Makan Best di Cameron Highland

Alamat : Kampung Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Pahang
Telefon : 013-464 7989
Facebook PageDe Bamboo Tower Steamboat, Grill & Steam
Peta Lokasi Google Map PETA De Bamboo

Dari gambar yang dikongsi netizen di Google Map, Mat Drat lihat dekorasi restoran ini cukup menarik. 

Nota (Edited 03.12.2018): 
Nak datang makan masa trip baru ni, keluar bilik lepas maghrib (lewat sikit), dah penuh. 
Ramai peminat restoran ni.


6. Anjers Corner Shellout, Sg Ruil




Alamat : Jalan Tanah Rata - Brinchang, Simpang Sg Ruil 
Telefon : 013-535 1375
Facebook : Anjers Corner Shellout
Peta Lokasi Google MapPETA Anjer Corner

Penggemar 'shellout', boleh lah ke sini. Mat Drat lihat suasana dan menu yang dikongsi netizen di restoran ini cukup menarik.


Nota (Edited 03.12.2018): 
Dari De Bamboo Steamboat Mat Drat lari ke sini, pun dah penuh. Mat Drat punya tentera ramai, jadi perlukan meja 8 kerusi. Tak ada kosong.

Lagi pun kedudukannya tepi jalan utama, memang ramai yang singgah.



7. Cafe Lorong





Facebook : Cafe Lorong  
(Bukan FB Page, ini auto create by FB bila ramai Check-in) 
Instagram : IG Cafe Lorong 

Tel Owner : 019-499 4074
Peta Lokasi : PETA Cafe Lorong    (Berhampiran Kea Farm)

Mat Drat lihat gambar yang dikongsikan di google map dan yang di post di FB, agak menarik juga konsep cafe ni. Boleh try ni!!

Cafe ni nampak agak kecil waktu Mat Drat ke sini tempoh hari.




8. Nik Ikan Bakar & Tomyam

Tempat Makan Best di Cameron Highland



Alamat : No 1 Medan Selera Masjid Kayangan Brinchang 
Facebook : Nik Ikan Bakar & Tomyam 
Peta Lokasi PETA Nik Ikan Bakar & Tomyam  



9. Nik Ikan Bakar 2




Alamat : 16, 59, Brinchang, 39000 Tanah Rata, Pahang
Facebook : Nik Ikan Bakar 2
Laman Web : WWW.NIKIKANBAKAR2.COM
Peta Lokasi : PETA Nik Ikan Bakar 2  



Lihat gambar yang di kongsi di Facebook page, memang meriah restoran ni. Banyak juga perkongsian dalam kumpulan-kumpulan yang agak besar makan di sini.




10. Medan Selera Tanah Rata / Brinchang




Ini lokasi yang biasa Mat Drat makan... malas nak drive jauh-jauh tempat nak tuju dah penuh.

Dan biasa masa cuti sekolah atau Public Holiday, orang teramatlah ramai di Cameron Highland ni, jadi mana yang nampak kosong.... Mat Drat singgah dan makan di situ je. Di Foodcourt/ medan selera ni senang sikit sebab pilihan ada banyak sikit.  😃


11. KFC Brinchang

Peta Lokasi : PETA KFC Brinchang

Ni tempat pilihan anak-anak Mat Drat makan. Pilihan terakhir.  😃



Pesanan Ikhlas :
Kalau ke Cameron Highland pada weekend cuti sekolah, ataupun pada public holiday.... jangkakan traffic jam yang teruk ye terutama di antara Tanah Rata - Brinchang - Kea Farm.

Rasanya ini dahulu perkongsian untuk percutian ke Cameron Highland. 


Bercuti Percutian ke Cameron Highland
 Percutian ke 
Cameron Highland 
Ladang Teh Cameron Valley (The Bharat Tea)
 Tempat Menarik 
di Cameron Highland 

 Tempat Makan Best 
di Cameron Highland
Pasar Malam Brinchang Cameron Highland

 Lokasi Baru 
Pasar Malam




Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~



Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇