Sambungan dari entry sebelum ini Cuti-Cuti Malaysia Kota Kinabalu 4H3M
DAY 2
Mengikut itinerari yang disediakan oleh penaja dan ejen, kami akan di bawa ke Kinabalu National Park (Kaki Gunung Kinabalu), Poring Hotspring dan Canopy Walk untuk hari ke-dua ini.
Pada awalnya saya juga telah minta pemandu kami tukar dari Canopy Walk ke ladang lembu ala-ala New Zealand iaitu Desa Cattle Dairy Farm, tetapi telah ditolak oleh ejen.
Di tambah pula apabila saya bayangkan keadaan menaiki coach ke Kundasang, pasti rasa agak kurang selesa dengan keadaan yang berselekoh.... maka saya maklumkan saya akan ke Kundasang dengan memandu sendiri. Kira hangus la trip ke Kundasang yang ditaja...
#Throwback Trip Pertama
- Trip kami setahun sebelum ini (trip 3H2M), kami tiba di Airport Kota Kinabalu sekitar jam 10.30 pagi dengan penerbangan AirAsia.
- Kereta sewa telah sedia menunggu di Airport apabila kami sampai di Airport.
- Dari Airport kami terus bergerak ke Kundasang untuk melihat 'kegagahan' Gunung Kinabalu dan bergambar sebagai kenangan.
- Walau pun telah terbaca di blog yang Gunung Kinabalu sukar kelihatan dengan jelas selepas tengah hari, kami mencuba nasib hari tu.
- Nampaknya nasib tak menyebelahi kami kerana sewaktu kami tiba di Kundasang sekitar jam 12 tengah hari, keadaan telah berawan dan puncak Gunung Kinabalu tidak kelihatan dengan jelas. Puncak gunung telah dilitupi oleh awan. Tamat #Throwback
Tips:
- Nak nampak Gunung Kinabalu dengan jelas, cuba sampai sebelum jam 11 pagi di Kundasang.
- Kata kawan saya di KK , mejelang tengah hari, puncak Gunung Kinabalu akan mula dilitupi awan.
- Seeloknya kalau nak ke Kundasang, lagi awal bertolak dari KK lagi bagus. Kalau dapat bermalam di Kundasang lagi bertambah bagus dan pasti lebih seronok... banyak resort dan motel di kawasan Kundasang ni.
Seperti yang dirancang, 6.30 pagi kami dah mula bersarapan. Kebanyakkan hotel di Kota Kinabalu sediakan sarapan pagi seawal 6.30 am. 6.30 pagi di Kota Kinabalu ni macam 7.30-8.00 pagi kalau di Semenanjung, di sini awal satu jam.
Plan asal nak gerak 7 pagi, tapi anak-anak bersarapan terlalu santai.... Dan 7.30 pagi baru kami memulakan perjalanan ke Kundasang/Ranau.
Breakfast macam tak nak gerak ke Kundasang je... Plan nak gerak 7.00 am, tapi anak-anak lama pula bersarapan. |
Tempat Menarik di Kundasang
Kundasang ni banyak tempat menarik untik dilawati. Tapi kami hanya akan ke 5 destinasi sahaja iaitu:- Kinabalu National Park - Kundasang
- Desa Cattle Dairy Farm - Kundasang
- Tagal Fish Sg Moroli Kg Luanti - Ranau
- Poring Hot Spring - Ranau
- Rumah Terbalik - Kota Kinabalu*
Ini sahaja rasanya tempat yang sempat dilawati untuk trip sehari ke Kundasang. Bagi mereka yang berada lebih dari sehari di Kundasang, boleh la pilih dan tambah destinasi untuk dilawati.
Selain 5 tempat di atas, tempat-tempat menarik lain di Kundasang yang boleh dipertimbangkan untuk dilawati adalah seperti berikut :
- Kundasang War Memorial
- Ladang Teh Sabah
- Pasar di Pekan Kundasang
- Mesilau Nature Park
- Strawberry Mesilau Park
Hotel Murah di Kundasang
Kali ni kami tak menginap di Kundasang, sebab pakej hadiah yang diberikan adalah menginap di Le Meridian Kota Kinabalu.
Tapi sebenarnya saya teringin sangat menginap buat semalam dua di kawasan Kundasang ni....seronok tengok gambar kawan-kawan bangun pagi je dah lihat Gunung Kinabalu tersergam. Terbayang suasana sejuk, berawan dan minikmati secawan kopi sambil mengadap Gunung Kinabalu.
Ada beberapa resort atau motel di kawasan Kundasang ni tetapi kalau nak pergi masa cuti sekolah, elok lah buat tempahan awal. Unit tak banyak dan menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung.
Antara resort / motel /lodge yang menjadi tumpuan di Kundasang ni
👉 Kinabalu Pine Resort
👉 Strawberry Garden Hotel
👉 Nikgold Garden Resort Kundasang
👉 Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa
Untuk hotel / resort yang saya tak dapat berikan link, boleh klik link di bawah dan scroll nama hotel / resort tersebut.
Selain yang di atas ni, ada lagi beberapa hotel/resort sekitar Kundasang.
👉👉 HOTEL PILIHAN DI KUNDASANG 👈👈
Nota :
Saya cadangkan baca review di setiap hotel sebelum membuat tempahan. Dan pastinya hotel yang paling menjadi pilihan akan awal fully booked.
Jika hotel / resort sekitar Kundasang tidak available, boleh la consider untuk menginap di Ranau. Cuma tak dapat lah suasana Kundasang. Harga bilik di Ranau juga sedikit murah berbanding di Kundasang.
👉👉 HOTEL PILIHAN DI RANAU 👈👈
👉👉 PROMOSI MALAYSIA AIRLINE 👈👈
PERJALANAN KE KUNDASANG
Perjalanan menuju ke Kundasang dari Kota Kinabalu lebih kurang jaraknya sejauh 95 km dan mengambil masa 2 jam perjalanan. Boleh la saya katakan separuh pertama perjalanan, kita akan menempuhi jalan yang landai dan agak lurus (pinggir bandaraya Kota Kinabalu) manakala bahagian ke dua perjalanan pula jalannya mula berselekoh dan banyak mendaki - bermula selepas jambatan Tamparuli.
Tersergam indah dan gagah si Gunung Kinabalu |
Untuk memudahkan dan elak dari tersesat, gunakan Waze atau Google Map/Drive sebagai panduan pemanduan.
Sepanjang perjalanan nanti jangan hairan melihat corak pemanduan terutamanya pemandu pacuan 4 roda di sepanjang pendakian nanti. Corak pemanduan di sini agak berbeza dengan corak pemanduan orang di Kuching, Sarawak. Siapa yang pernah pergi ke Kuching dan lama berada di sana, akan tahu betapa bersabarnya pemandu di Kuching.
* Rumah Terbalik
Lebih kurang 35 km dari Kota Kinabalu, kita akan tiba di Telibong dan akan menempuhi salah satu destinasi tarikan pelancong di KK ini iaitu Rumah Terbalik. Rumah terbalik ini terletak di sebelah kiri di tepi jalan utama ke Kundasang. Kami tidak singgah sewaktu pergi ke Kundasang tetapi hanya singgah dalam perjalan balik.
Dulu antara tarikan utama, tapi sekarang di Semenanjung pun sudah ada beberapa buah rumah terbalik. Jadi sedikit sebanyak tarikan untuk ke Rumah Terbalik Kota Kinabalu rasanya semakin berkurangan. Tapi kami pergi je....
Rumah Terbalik Kota Kinabalu |
Melepasi sahaja Rumah Terbalik ini, terdapat stesyen minyak Shell. Jadi isilah minyak kereta penuh-penuh di sini jika dirasakan tangki kereta tidak penuh. Tak silap saya, ini adalah stesyen minyak yang terakhir sebelum kita melalui Jambatan Tamparuli dan seterusnya memulakan pendakian ke Kundasang.
Pernah juga rasanya saya nampak di google map ada Shell Kundasang, tetapi sewaktu di Kundasang saya tak nampak pulak stesyen Shell tu.... jadi saya beranggapan mungkin ia hanya sebuah stesyen minyak yang kecil.
Dari Rumah Terbalik di Telibong kita akan melalui mula mendaki dan perjalan agak berselekoh. Tetapi jalannya bukanlah berselekoh tajam seperti mendaki Fraser Hill atau melalui jalan Tapah ke Cameron Highland.
Di kawasan berdekatan Telibong ini terdapat satu ikon penduduk tempatan iaitu Jambatan Tamparuli. Jambatan Tamparuli ni merupakan satu jambatan gantung yang mempunya sejarahnya tersendiri. Boleh google untuk maklumat lanjut.
Tak silap saya jambatan asal telah roboh sewaktu satu banjir besar yang berlaku pada tahun 1999. Kini jambatan lama telah dibaiki dan ia masih dikekalkan sebagai jambatan gantung.
Boleh la singgah di sini sambil nyanyi lagu "Jambatan Tamparuli".
Sumber :Google Image |
Sumber : google image |
Sepanjang perjalanan ke Kundasang itu nanti 2 perkara akan kita perasan iaitu kita akan banyak berjumpa gereja dan gerai menjual SINALAU BAKAS di tepi jalan.
Seorang kawan saya dari KK kata di sepanjang jalan dari Telibong ke Kundasang ini memang majoriti peduduknya beragama kristian. Jadi tidak hairanlah banyak gereja di kawasan itu, dan agak banyak gereja di situ kerana di situ ada pelbagai 'aliran' kristian. Banyak aliran...banyaklah gerejanya.
Di sepanjang jalan ini juga kita akan perasan ada beberapa gerai dengan papan tanda 'Sinalau Bakas'. Bagi yang pertama kali ke sini, 'Sinalau Bakas' ni bermaksud daging babi hutan salai ye.
Sumber : Google Image |
Jadi INGAT betul-betul ye. Sinalau bakas ni adalah daging babi hutan salai. Dah tahu ni jangan pula terberhenti dan ter'order' pulak.... mereka dah siap tulis besar-besar "TIDAK HALAL".
Pekan Nabalu
Lebih kurang 40 km dari Telibong atau 70km dari KK, kita akan melewati satu Hentian Rehat iaitu Hentian Rehat Nabalu.
Di sini juga merupakan tempat view point yang cantik untuk melihat Gunung Kinabalu. Boleh ke lockout point yang disediakan atau kalau malas pergi sahaja ke belakang gerai-gerai ni.
Untuk ke lockout point, tidak perlu park kereta di tepi gerai di jalan utama.... tetapi sebaliknya boleh terus pandu ke dalam kawasan gerai dan ada laluan ke lock point tu.
Nabalu lockout point |
Pemandangan Gunung Kinabalu dari Nabalu |
Macam saya cakap tadi, jika malas dan hanya nak tengok dari belakang gerai, boleh berjalan ke belakang-belakang gerai tapi perlu berhati-hati sedikit semasa melangkah kerana ada 'jerangkap samar' .... berhati-hati dengan najis anjing, jangan sampai terpijak.
KINABALU PARK - DESTINASI 1
Kinabalu Park ni merupakan satu destinasi utama di Kundasang. Kinabalu Park ini juga cukup sinonim dengan Kundasang. Ia merupakan laluan masuk bagi pendaki-pendaki yang ingin mendaki Gunung Kinabalu.
Sila baca di link yang saya kongsikan
Entrance - Ada guard kutip bayaran dari dalam kereta |
Kami hanya berehat sebentar di sini kerana ingin bekejar pula ke Desa Cattle Dairy Farm. 15-20 minit berada di pelantar yang disediakan sudah memadai untuk merasai suasana nyaman di sini.
View Point Gunung Kinabalu di Kundasang
Dari Kinabalu Park kami meneruskan pejalanan ke Kundasang. Lebih kurang 4 atau 5 km sebelum menghampiri Kundasang, kita akan melalui satu kawasan yang juga cukup cantik untuk melihat Gunung Kinabalu. Jika di awal pagi, berhenti kereta di situ dan ambil lah gambar berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Berhati-hati kerana ini jalan utama.
Selang beberapa mini, puncak gunung telah dilitupi awan. |
Jangan lupa atau buat-buat lupa untuk bergambar di sini.
Jangan juga tangguh niat nak bergambar ke waktu petang kerana 3 kali saya ke Kundasang, 3 kali juga puncak Gunung Kinabalu terlindung dari pandangan apabila pulang ke Kota Kinabalu.
Bila petang je awan akan mula meliputi puncak Gunung Kinabalu. - so view dah tak berapa cantik kerana puncak Gunung Kinabalu tak nampak penuh.
DESA CATTLE DAIRY FARM - DESTINASI 2
Kami meneruskan perjalanan ke Kundasang dengan menuju terus ke Desa Cattle Dairy Farm. Dari Pekan Kundasang hanya dalam 5 km ke sini. Jam pada waktu kami sampai sekitar jam 10 pagi, memang sangat cantik view pada waktu tu. Hampir 2 jam kami di situ.
Sekarang,Desa Dairy Farm ni merupakan destinasi utama kalau pelancong dan pelawat ke Kota Kinabalu atau Kundasang. Kalau pertama kali ke Kota Kinabalu/Kundasang, saya sarankan sangat pergi lah ke sini.
Dan sila baca coretan saya di link berikut untuk perkongsian maklumat dan gambar mengenai Desa Cattle Dairy Farm
Tempat Makan Sedap di Kundasang
Nak cari tempat makan yang agak sedap di kawasan Kundasang ni agak sukar, bilangan restoran pun agak limited di atas ni.
Kami keluar dari Desa Cattle lebih kurang sekitar jam 12.30 tengah hari. Perut tidaklah terasa lapar sangat sebab dah isi dengan macam-macam kat Desa Cattle tadi, tapi saya kalau ke Kundasang tak boleh tak singgah satu kedai makan ni.... iaitu Intan Restoran n Cafe.
Inilah satu-satunya restoran yang saya jumpa waktu trip pertama beberapa tahun dahulu. Teringat waktu tu, perut tengah lapar dan dapat makan nasi beras bukit dengan sup panas... perghhh... nikmat sungguh masa tu... tambahan pula cuaca sejuk!!
Cuaca sejuk dan makan nasi panas dengan sup daging.... perghhhhh... memang terbaiklah. Order pulak kepak ayam bakar, makin selera la makan. Ini menu yang saya makan setiap kali saya ke Kundasang.
Intan Cafe - Sup panas nad nasi kosong |
Bersebelahan restoran ini ada 2 lagi restoran iaitu Restoran Hidayah & Catering dan Restoran Selera Kundasang. Tiga kali ke Kundasang, sini sahaja yang saya nampak destinasi untuk mengisi perut kalau ke Kundasang.
Dipekan Kundasang ini juga terdapat KFC. Kalau tak jumpa kedai lain, boleh la ke KFC Tapi takkan nak makan KFC kat Kundasang kan.....
Masjid di Kundasang
Berhampiran dengan restoran ini terdapat sebuah masjid yang terletak di atas bukit..... Dan cukup cantik pemandangan Kundasang dari masjid ini.
Pernah bersolat jumaat di sini sekali, apabila selesai solat dan keluar dari masjid mata terpaku sekejap melihat keindahan pemadangan Kundasang dari masjid yang terletak di atas bukit ini. Subhanallah. Memang cantik.
Pemandangan dari masjid Kundasang |
Gerai buah dan Sayur Pekan Kundasang
Destinasi seterusnya kami akan ke Kg Luanti untuk aktiviti massagekan kaki dengan ikan kelah. Tapi sebelum tu kami singgah dahulu di gerai-gerai yang terdapat di tepi jalan di pekan Kundasang ini.
Apabila mula ingin meninggalkan pekan Kundasang sama ada nak ke Kg Luanti atau ke Ranau, jangan lupa untuk singgah di gerai-gerai yang terdapat di sepanjang jalan di pekan Kundasang ini.... betul-betul selepas pekan Kundasang
Gerai-gerai ini di tutup awal sekitar jam 5 petang. Banyak buah-buahan yang jarang kita jumpai di Semenanjung boleh dijumpai di sini... Juga jika ingin membeli sayuran segar, di sinilah tempatnya.
Saya kongsikan beberapa gambar semasa saya berhenti di gerai-gerai ini
Buah Ciku Isi Merah |
Buah Cinta |
Buah Lemak Manis |
TAGAL FISH MASSAGE DI SG MOROLI KG LUANTI - DESTINASI 3
Kami meneruskan perjalanan dengan menuju ke kampung Luanti untuk aktiviti massage bersama ikan. Juga di sini, ia dikenali sebagai Tagal fish massage.
Jarak perjalanan dari pekan Kundasang ke Kampung Luanti adalah sejauh lebih kurang 30 km tetapi mengambil masa hampr 1 jam perjalanan ke sana. Jalan ke sana lebih berselekoh dan tidak banyak ruang memotong. Jadi memandu kena lebih bersabar.
Sila baca coretan panjang saya di link ini untuk info dan perkongsian trip saya semasa ke Tagal Fish Massage Kg Luanti
👉👉 Tagal Fish Massage Sg Moroli Kg Luanti 👈👈
PORING HOT SPRING - DESTINASI 4
Dari Kg Luanti kami meneruskan perjalanan ke destinasi ke-empat kami iaitu Poring Hot Spring.
Perjalanan lebih kurang 25 km dan mengambil masa dalam 30 minit.
Jika dari Kundasang pula, jaraknya lebih kurang 35 km dengan masa perjalanan hampir 45 minit.
Sila baca di coretan saya di
Dari Poring Hot Spring kami bergerak ke Kota Kinabalu sekitar jam 5 petang. Ini masa paling lewat yang saya berikan kepada anak-anak kerana kami ingin mengejar waktu lawatan Rumah Terbalik yang hanya dibuka sehingga jam 7 malam.
RUMAH TERBALIK - DESTINASI 5
Rumah Terbalik Kota Kinabalu dibuka sehingga jam 7 malam. Kami tiba di situ 6.45 pm iaitu ada masa 15 minit sahaja lagi. Kali ni memang saya kena bawa anak-anak dan isteri saya masuk ke sini sebab trip sebelum ini saya terlepas lokasi dan untuk berpatah balik terasa malas (dah keletihan seharian di Kundasang).
Harga tiket masuk adalah RM 10 seorang dan kamera tidak dibenarkan dibawa masuk.
Saya hanya suruh isteri bawa anak-anak masuk, saya sudah terlalu keletihan dan dapatlah berehat sementara mereka masuk kedalam.
Rasanya tak patut pihak Rumah Terbalik tidak benarkan pengunjung menggunakan kamera di dalam rumah terbalik.. jadi tak ada la gambar yang isteri dan anak-anak saya ambil di dalam rumah terbalik tu.
Hanya dapat bergambar dengan kereta yang terbalik di luar rumah serta gambar di luar sahaja!!
Dari sini terus kami ke hotel. Sampai di hotel sekitar jam 8.30 malam dan anak-anak sangat keletihan. Hajat nak bawa mereka makan di Anjung Selera berhampiran Likas tidak kesampaian kerana mereka dah kepenatan.... Nasib baik medan selera Pasar Filipina depan Le Meridien sahaja, jadi untuk malam ni kami makan di sini sahaja lagi... order makanan yang paling cepat siap kerana semua dah keletihan dan mengantuk.
Jadi untuk malam ke-dua ini, makan ala-carte di medan selera pasar Filipina lagi.
Sebenarnya banyak lagi tempat makan yang best di sekitar Kota Kinabalu ni, tapi anak-anak dah letih.... nak buat macam mana.
Link di di bawah ni saya kongsikan tempat makan yang best di Kota Kinabalu berdasarkan pengalaman saya beberapa kali ke sini.
👉👉 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu 👈👈
Secara ringkasnya, saya kongsikan beberapa tips jika memandu ke Kundasang.
Tips Memandu Ke Kundasang:
1. Bergerak awal jika ingin melihat keindahan puncak Gunung Kinabalu. Tengah hari dan petang, kawasan kundasang akan mula diliputi awan yang agak tebal.
2. Gunakan Applikasi Waze atau Google Map/Drive dan pastikan data internet ada/mencukupi. Tak ada data pun tak ada masalah sebenarnya, tapi kena set lokasi awal-awal gunakan wifi hotel dan mulakan pemanduan menggunakan GPS sahaja.
3. Penuhkan tangki minyak kereta di Shell Telibong (selepas rumah terbalik dan sebelum Tamparuli) jika tangki kereta tidak penuh.
4. Ada satu hentian rehat dan banyak gerai menjual kraftangan di Nabulu - 12 km dari Kinabalu National Park.
5. Ada beberapa kedai makan halal berhampiran masjid Kundasang
6. View point cantik berlatar belakangkan Gunung Kinabalu adalah di Nabulu dan di tepi jalan 4 km sebelum Pekan Kundasang. Berhati-hati semasa memberhentikan kenderaan.
Selamat Bercuti
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
Trip Kota Kinabalu & Kudat
👉👉 Bercuti ke Kota Kinabalu - Trip Kudat
👉👉 Dari Kota Kinabalu ke Kudat
👉👉 Tip of Borneo Kudat Sabah
👉👉 Dari Kota Kinabalu ke Kudat
👉👉 Tip of Borneo Kudat Sabah
Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu
Maaf tumpang iklan sekejap
ReplyDeleteKami Aj travel & services sdn.bhd menyediakan pelbagai pakej tour KK serendah RM 220 perpax untk 3D2N.untk maklumat lnjut boleh hubungi kami di 0129359772@0193959772 dan FB kami ajtravelservices..yg pasti lagi ramai lg murah..jom bercuti dgn kami di Aj Travel
Maaf tumpang iklan sekejap
ReplyDeleteKami Aj travel & services sdn.bhd menyediakan pelbagai pakej tour KK serendah RM 220 perpax untk 3D2N.untk maklumat lnjut boleh hubungi kami di 0129359772@0193959772 dan FB kami ajtravelservices..yg pasti lagi ramai lg murah..jom bercuti dgn kami di Aj Travel
OMG thanks, this is all I need for my informative speech :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKereta Sewa Afra : whatsapp 0128031380
ReplyDeleteMenyediakan kereta sewa serendah Rm70/day bagi yang datang berkunjung ke Kota Kinabalu.
Whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
whatsapp : 0128031380 untuk tempahan
Perkhidmatan kereta sewa murah kota kinabalu
ReplyDeleteRm 90 sehari
0128525437
kereta jenis apa rm90 sehari ni tuan.
Deletetuan boleh whatsapp dia kot. Saya pernah sewa Axia RM 90 sehari, tapi bukan Cuti Sekolah (Trip saya ke Kuala Penyu)
DeleteWow..bestnya pengalaman bercuti kat Sabah..
ReplyDeleteSila tengok jg beberapa tempt2 menarik di sabah.
http://destinasibest.blogspot.my
org Sabah ke? Menarik blog
DeleteNikmati Day Trip Kundasang.
ReplyDeleteSebiji Van & Driver hanya RM 500.00 Sahaja ( 9 Seater )
Perjalanan anda akan bermula dari Hotel dan terus ke Kundasang,
Tunggu di Lobby Hotel Jam 0730 am
Anda akan dihantar semula ke Hotel pada Jam 1800 pm
Tempat lawatan yang akan di bawa ialah :
1)Rumah terbalik
2)Pekan Nabalu
3)Ladang Lembu
4)Fish Spa
5)Hot Spring
6)Pasar Kundasang
7)Jambatan gantung tamparuli
Jangan tunggu lama lama sudi sudi lah whatsapp +6013 295 3641 ( ADAM )
Salam,
ReplyDeleteKami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu Axia Auto Rm100/day. Selesa dan jimat minyak. Kenderaan lain juga ada. Saga,Myvi, Alza,Exora,Innova, Van Hiace. Pakej ke pulau2 dan perkhidmatan pemandu juga ada. Call/Watsapp 0142011144 untuk tempahan.
Terima kasih
Mohon Maaf kami ingin menumpang iklan...
ReplyDeleteTIPS PERCUTIAN MURAH KE SABAH!!!
Mari Bercuti Ke Sabah.... 2017
Assalamualaikum Tuan Puan...
Bercuti la ke Sabah....!!
Kami bersedia mempermudahkan segala urusan percutian anda di sini...
Antara Kelebihan kami:
Kereta sewa pandu yang murah, baru dan berkeadaan baik..
a) Nissan Urvan RM230 sehari
b) Toyota Innova RM200 sehari
c) Toyota Avanza RM160
d) Nissan Grand Livina RM170
e) Proton Exora RM150
f) Produa Alza RM140
g) Toyota Vios RM160
h) Proton Saga Flx RM120
i) Produa Myvi RM120
j) Produa Viva RM100
k) Proton Waja RM120
l) Proton Preve RM150
m) Viva 660 RM70
* Harga di atas adalah minimum sewa
untuk 3 hari ke atas...
* Penghantaran kereta percuma ke
Airport dan tempat penginapan.
* Kadar harga lebih rendah untuk sewa
secara bulanan.
Antara kelebihan yang anda dapat apabila memilih kereta sewa kami adalah :
1. Pilihan Homestay dan Hotel dengan harga
istimewa daripada kami bermula harga
RM68 dan ke atas di Kota Kinabalu dan
kundasang...
2. Homestay Condominium Marina Court di pusat bandar Kota Kinabalu hanya pada harga Rm250 semalam!!!
3. Pemandu Pelancong..
Sekiranya anda ingin perlukan pemandu sepanjang percutian kami menyediakan pemandu berpengalaman dan mahir dengan tempat2 percutian menarik di Sabah... upah bagi pemandu kami adalah RM100 untuk 12 jam sehari...
4. Harga istimewa ke Pulau Manukan , Sapi atau Memutik..
Sekiranya anda memilih perkhidmatan kami, kami akan memberikan anda harga istimewa RM20.00 sahaja seorang utk tambang bot dan Percuma SET SNORKLING & life jacket ( harga utk 1 pulau sahaja).. harga tak termasuk jetty fee, island fee...
Kami juga memberikan harga istimewa untuk Water Sport berikut:
* Banana Boat RM30 (15 mnt)
* FlyFish RM60 (15 mnt)
* Parasailing RM55 (15 mnt)
* Jetski RM140 (30 mnt)
* Sea Walking RM150 (30 mnt)
5. Harga istimewa untuk melihat Proboscis Monkey dan Fireflies... Klias Beaufort..
Harga RM45.00 adalah termasuk tambang menaiki bot, Hi Tea dan Makan malam...
Hubungi kami
0129600702 (Whatsapp)
0163751978 (Call/sms)
Boleh Call atau Whatsapp
Wahh...bestnya cuti klu dpt ke tempat2 ni..hihi. Blog sangat terperinci..tahniah!
ReplyDeleteTerima kasih singgah blog saya. Nanti sampai Kundasang, jangan lupa komen kat sini ek...
DeleteCantiknya Kundasang....nak juga ke sana someday....tq infonya Mat Drat
ReplyDeleteThank Farah singgah blog saya.
DeleteKundasang memang tempat percutian tanah tinggi yang cantik.....byk tempat menarik.
Tapi cuti hujung tahun ni saya beralih arah sikit, ke Bandung pula. Juga Tempat Percutian tanah tinggi. Baru je balik beberapa hari, nanti singgah blog saya ye utk perkongsian ke Bandung
Blog yg sgt membantu.... Next week nk g trip ke sabah....
ReplyDeleteSelamat Bercuti... Enjoy your trip.
ReplyDeleteTQ sudi singgah blog saya.
Nanti dah 2 3 kali pi KK (Kundasang), boleh ke Bandung Indonesia pula. Tanah Tinggi juga... Dan menarik. Saya baru balik dari sana
Boleh bg landmark x intan cafe kat mna... Puas berpusing cari x jumpa... Area2 kfc ke
ReplyDeleteBoleh bg landmark kedai intan cafe kt mna x? Puas berpusing cari x jumpa... Dekat dgn kfc ke
ReplyDeletekedai ni sebelah roundabout... jalan nak ke masjid atas bukit tu.
Deleteboleh cek di google map Intan Restaurent n Cafe
https://www.google.com.my/maps/place/Intan+Restaurant+%26+Cafe/@5.9847202,116.5737803,18.5z/data=!4m13!1m7!3m6!1s0x323b9bd855d70149:0x855afe36a5514f13!2sKundasang,+Sabah!3b1!8m2!3d5.986033!4d116.5783072!3m4!1s0x323b99bd3f6fb1dd:0x3d45a2da604590af!8m2!3d5.9855482!4d116.574073?hl=en&authuser=0
Oraitt... Tq nk try cari jap lg
ReplyDeleteBoleh click link Google map saya attach kat atas. Boleh juga lihat pic n review di Google map
Deleteada nombor contact restoran intan ni? saya cari kat google, tapi nombor yg diberi bukan nombor restoran tsbt.
ReplyDeleteBrp ye charge day trip kundasang tu? Bole bg contact travel agent x? Tq
ReplyDeleteMaaf ye, saya dah tak simpan nombor travel agent tu. Berapa dia caj pun saya tak ingat
DeleteBestnya dpt explore & travel dengan family. InsyaAllah oneday.. Kundasang in my list. Tq, for sharing experience Mat Drat😀
ReplyDeleteU r welcome. Nanti pergi update la kat blog, k9ngsi kongsi pengalaman
DeleteI thank you so much for the review. Sy pergi dgn mak abah yg dah tua so tips yg diberi ni sgt membantu merancang perjalanan kami. Have a great day
ReplyDeleteEntry blog ni saya tulis 2016..mungkin boleh cari juga info2 terkini, takut ada yg outdated.
DeleteApa pun, enjoy your trip
Antara nikmat paling heaven di Kundasang adalah udara pagi yang segar. :)
ReplyDeleteMemang enjoy trip ke Kundasang ni.
Yup... Betul dan sangat setuju
Delete