Sambungan dari entry sebelum ini Trip Bercuti Ke Kundasang
Selesai bermanja-manja dengan ikan kelah di Kg Luanti, kami meneruskan aktiviti percutian di Kundasang ini dengan menuju ke destinasi seterusnya iaitu Poring Hot Spring.
Poring Hot Spring ni terletak di daerah Ranau dan merupakan salah satu destinasi utama pelancong dan pelawat yang datang ke Kota Kinabalu dan khususnya ke Kundasang.
Dari Kg Luanti perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit (25 km) ke Poring Hot Spring ini.
Bagi mereka yang dari Kundasang pula, jaraknya lebih kurang 35 km dengan masa perjalanan hampir 45 minit.
Sebelum masuk, bayar dahulu RM 3 (dewasa) dan RM 1 (kanak-kanak). Bila masuk je, perhati betul-betul peringatan untuk semua pengunjung di bawah ni
Dari pintu masuk, kita perlu menapak sikit di dalam kawasan 'hutan' di bawah rimbunan pokok-pokok untuk msampai ke kawasan kolam.
Di dalam kawasan ini ada beberapa kolam, ada air panas dan ada kolam air sejuk. Juga ada kolam khas untuk kanak-kanak, cuma agak kecil bagi saya. Kolam kanak-kanak ni tak kecil sebenarnya, tapi disebabkan pengunjung sentiasa ramai terutama hujung minggu menyebabkan kolam ini agak penuh.
Di sini jug terdapat gazebo dan juga kolam-kolam 'individu' Cuma bilangannya tidak terlalu banyak. Setiap kolam tu boleh memuatkan lebih kurang 4-6 orang sekali masuk - cukup untuk satu family. Cuma nak dapat peluang mandi di kolam individu ni tengok nasib juga.
Kolam individu ni tak ada masa ditetapkan berapa lama boleh guna, jadi kita kena tunggu mereka yang mandi di kolam tu keluar/selesai baru kita boleh guna. Tapi kena sabar juga sebab selepas mereka keluar kita kena buang air mandian mereka dahulu.... takkan nak mandi air yang sama.
Kami tak lama di sini kerana ingin mengejar waktu lawatan Rumah Terbalik yang hanya dibuka sehingga jam 7 malam. Jadi jam 5 petang kami dah mula bersiap-siap dan bergerak balik ke KK dan singgah di Rumah Terbalik
Kalau yang mempunyai masa dan mempunyai keberanian boleh la ke Canopy Walk di sini. Tapi Canopy Walk ni ditutup agak awal iaitu pada jam 4 petang. Dalam hutan kan... pukul 4 petang tu pun dah gelap. Mana boleh masuk lewat-lewat.
Info berkaitan Poring Hot Springs yang perlu diketahui sebelum ke sana :
Bayaran masuk
- Malaysian RM 3.00 Dewasa / RM 1.00 Kanak-Kanak
- Bukan Warganegara : RM 10
Waktu di buka : - 7.00 pagi - 6.00 petang ( setiap hari)
Tempat menarik di kawasan Poring Hot Spring :
- Kolam Air Panas
- Butterfly Farm
- Poring Orchid Conservation Centre
- Tropical Garden
- Poring Canopy Walk
Bayaran Masuk
- Warganegara : RM 3.00 Dewasa / RM 1.50 Kanak-Kanak
- Bukan Warganegara : RM 5.00 Dewasa / RM 1.50 Kanak-Kanak
Poring Hot Spring ni terletak di daerah Ranau dan merupakan salah satu destinasi utama pelancong dan pelawat yang datang ke Kota Kinabalu dan khususnya ke Kundasang.
Dari Kg Luanti perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit (25 km) ke Poring Hot Spring ini.
Bagi mereka yang dari Kundasang pula, jaraknya lebih kurang 35 km dengan masa perjalanan hampir 45 minit.
Sebelum masuk, bayar dahulu RM 3 (dewasa) dan RM 1 (kanak-kanak). Bila masuk je, perhati betul-betul peringatan untuk semua pengunjung di bawah ni
" JANGAN AMBIL APA-APA BENDA KECUALI GAMBAR"
"JANGAN TINGGALKAN APA-APA BENDA KECUALI JEJAK KAKI"
Ni masalah orang kita, pergi bercuti di pantai, di sungai atau di mana-mana untuk menikmati keindahan alam.... tapi pada masa yang sama ada je kurang siviknya. Ada je yang suka-suka buang atau tinggalkan sampah kat tempat tu.
Awal-awal pihak pengurusan Poring Hot Spring beri amaran |
Dari pintu masuk, kita perlu menapak sikit di dalam kawasan 'hutan' di bawah rimbunan pokok-pokok untuk msampai ke kawasan kolam.
Ikut sahaja anak panah untuk ke kolam air panas.
Kolam khusus untuk kanak-kanak |
Di sini jug terdapat gazebo dan juga kolam-kolam 'individu' Cuma bilangannya tidak terlalu banyak. Setiap kolam tu boleh memuatkan lebih kurang 4-6 orang sekali masuk - cukup untuk satu family. Cuma nak dapat peluang mandi di kolam individu ni tengok nasib juga.
Kolam individu ni tak ada masa ditetapkan berapa lama boleh guna, jadi kita kena tunggu mereka yang mandi di kolam tu keluar/selesai baru kita boleh guna. Tapi kena sabar juga sebab selepas mereka keluar kita kena buang air mandian mereka dahulu.... takkan nak mandi air yang sama.
Kolam 'individu' - menunggu masa kolam penuh semula |
Kolam kecil untuk kanak-kanak di sebelah Kolam Individu |
Kolam kecil untuk kanak-kanak di sebelah Kolam Individu |
Kami tak lama di sini kerana ingin mengejar waktu lawatan Rumah Terbalik yang hanya dibuka sehingga jam 7 malam. Jadi jam 5 petang kami dah mula bersiap-siap dan bergerak balik ke KK dan singgah di Rumah Terbalik
Kalau yang mempunyai masa dan mempunyai keberanian boleh la ke Canopy Walk di sini. Tapi Canopy Walk ni ditutup agak awal iaitu pada jam 4 petang. Dalam hutan kan... pukul 4 petang tu pun dah gelap. Mana boleh masuk lewat-lewat.
Info berkaitan Poring Hot Springs yang perlu diketahui sebelum ke sana :
Bayaran masuk
- Malaysian RM 3.00 Dewasa / RM 1.00 Kanak-Kanak
- Bukan Warganegara : RM 10
Waktu di buka : - 7.00 pagi - 6.00 petang ( setiap hari)
Tempat menarik di kawasan Poring Hot Spring :
- Kolam Air Panas
- Butterfly Farm
- Poring Orchid Conservation Centre
- Tropical Garden
- Poring Canopy Walk
Poring Canopy Walk
Waktu di buka sehingga jam 4 petang.Bayaran Masuk
- Warganegara : RM 3.00 Dewasa / RM 1.50 Kanak-Kanak
- Bukan Warganegara : RM 5.00 Dewasa / RM 1.50 Kanak-Kanak
Kembali ke Entry
Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
Selamat Bercuti
~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah:
Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
👉👉 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu
Trip Kota Kinabalu & Kudat
Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.