Tuesday 1 November 2016

Tagal Fish Massage di Sg Moroli Kg Luanti Ranau Sabah

Sambungan dari entry sebelum ini Trip  Bercuti Ke Kundasang



Tagal Fish Massage Sg Moroli Kg Luanti - Ranau Sabah


Kami meneruskan perjalanan dengan menuju ke kampung Luanti untuk aktiviti spa / massage bersama ikan. 

Jarak perjalanan dari pekan Kundasang ke Kampung Luanti adalah sejauh lebih kurang 30 km tetapi mengambil masa hampir 1 jam perjalanan untuk ke sana. 

Sepanjang perjalanan itu juga agak sunyi dan tak banyak kedai atau perkampungan yang akan kita tempuhi kecuali di pekan Ranau, jadi bawa la bekalan makanan dan miniman siap-siap kalau ada anak-anak. Tak ada la mereka merengek keboringan dan kelaparan.... dan tak ada la kita terganggu semasa memandu.

Di pekan Ranau ada stesyen minyak, jadi boleh la tambah bekalan petrol kalau kurang. Kalau dah lapar dan nak makan segera boleh singgah di KFC Ranau.  

Trip pertama dahulu kami tak sempat ke sini, jadi untuk trip kali ni memang saya dah masukkan awal-awal Tagal Fish Massage di dalam senarai itinerari saya untuk kali ini.

Sebelum tiba di Kampung Luanti ini, kita akan melepasi Ladang Teh Sabah. Kalau yang mempunyai masa, boleh singgah di Ladang Teh ini. Kami memang kesuntukan masa, jadi kami terus ke Kampung Luanti.

Di Sungai Moroli Kampung Luanti ini disediakan perkhidmatan 'massage' oleh ikan Kelah. Bukan ikan kecik-kecik macam kat shopping mall tu, tapi ikan kelah ye. Mereka panggil ikan tagal.





Parking tiada masalah kerana cukup luas tempat parking yang disediakan. 

Juga terdapat gerai-gerai kecil sebelum masuk ke kawasan ikan ini... jadi nak beli minuman ringan atau jajan tu boleh beli di sini.

Nak masuk kena bayar dulu ye.



Tagal Fish Massage Sg Moroli Kg Luanti Ranau Sabah

Kita diberi masa lebih kurang 15 minit untuk bermain dengan ikan-ikan ni.  Makanan untuk ikan boleh dibeli sewaktu kita bermain dengan ikan-ikan tu nanti.... ada penjaga di situ.


Tagal Fish Massage Sg Moroli Kg Luanti Ranau Sabah

Tagal Fish Massage Sg Moroli Kg Luanti Ranau Sabah



Tagal Fish Massage Sg Moroli Kg Luanti Ranau Sabah



Rasanya 15 minit tak cukup untuk satu sessi... 5 minit pertama dah habis untuk membiasakan dan menghilangkan rasa 'ngeri' anak-anak untuk bermain dengan ikan. Lagipun datang jauh-jauh... tak berbaloi pulak sekejap je habiskan masa dengan ikan-ikan ni. So, bayar utk second round.



Tagal Fish Massage Sg Moroli Kg Luanti Ranau Sabah

Tagal Fish Massage Sg Moroli Kg Luanti Ranau Sabah

Tagal Fish Massage Sg Moroli Kg Luanti Ranau Sabah

Tagal Fish Massage Sg Moroli Kg Luanti Ranau Sabah


Dah selesai bermain dengan ikan-ikan kelah ni, anak-anak merajinkan diri dengan merasai jambatan gantung. Budak-budak sekarang dah susah nak jumpa jambatan gantung.... jadi ni la peluang mereka. Kita layan kan aje...

Tagal Fish Massage Sg Moroli Kg Luanti Ranau Sabah
Add caption



Tagal Fish Massage Sg Moroli Kg Luanti Ranau Sabah



Sedikit info yang perlu tahu sebelum ke sini.

Bayaran Masuk
- RM 5.00 dewasa ( Rakyat Malaysia 18 )
- RM 10.00 dewasa (Bukan Warganegara)
- RM 2.00 kanak-kanak.

Aktiviti
- 15 minit berendam kaki / bermain dengan ikan kelah
-  tambahan masa perlu beli tiket semula
-  bayaran makanan untuk ikan kelah adalah RM 1.00 sepeket



Kembali ke Entry




Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡





Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 



Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
👉👉 Tempat Makan Best di Kota Kinabalu

👉👉 Sunset di Tanjung Aru 

Trip Kota Kinabalu & Kudat
👉👉 Dari Kota Kinabalu ke Kudat
👉👉 Tip of Borneo Kudat Sabah

Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu
👉👉 Jalan Jalan ke Kuala Penyu

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.