Tuesday, 25 April 2017

Tempat Menarik Di Lahad Datu

Tempat Menarik Di Lahad Datu







Kalau mencari tempat menarik di Lahad Datu ni memang agak terhad. Walau tak banyak destinasi yang ada, tetapi setiap destinasi tu ada tarikan tersendiri. Sebelum ke sini pun Mat Drat beberapa kali tanya Pakcik Google tempat-tempat menarik di Lahad Datu.... dan lokasi dan tempat menarik yang Mat Drat jumpa hanya 3-4 sahaja.... itupun rasa macam tak cukup masa nak kesemua tempat tu. 



Lahad Datu ni sebenarnya bukanlah destinasi pelancongan utama. Rasanya ia tidak termasuk di dalam 'radar' destinasi pelancongan utama rakyat Malaysia . Biasanya pelancong dari Semenanjung jika ingin bercuti di Sabah, selain ke Kota Kinabalu mereka akan ke Semporna. Jarang saya dengar (tak pernah dengar pun) kawan-kawan ke Lahad Datu untuk bercuti "Cuti cuti Malaysia". 

Tetapi jika ada yang ke sini atas urusan kerja, atau menemani pasangan yang bekerja di sini, cuba lah terokai dan jelajahi bumi Lahad Datu ini. Bagi saya, setiap tempat pasti ada tarikannya tersendiri.


Walau pun Lahad Datu tidak termasuk di dalam 'radar' destinasi pelancongan rakyat Malaysia, namun bagi pelancong luar negara.... ia sebenarnya menjadi antara tempat yang mereka ingin tujui. Terutama bagi penggemar alam semulajadi. lahad Datu ni terkenal di kalangan mereka dengan destinasi pelancongan seperti Lembah Danum dan Tabin Wildlife Park.


Berikut saya senaraikan beberapa tempat menarik di Lahad Datu hasil pengalaman saya di sini serta berdasarkan pemvbacaan saya sebelum ke sini.


Menara Kayangan /Tower of Heaven.

Menara Kayangan atau Tower Of Heven ini terletak di Gunung Silam / Silam Mount. 



Menara Kayanag / Tower of Heaven Lahad Datu
Menara Kayanag / Tower of Heaven Lahad Datu


Menara Kayanag / Tower of Heaven Lahad Datu
Menara Kayanag / Tower of Heaven Lahad Datu


Menara Kayanag / Tower of Heaven Lahad Datu
View Kunak dari Menara Kayanag / Tower of Heaven Lahad Datu



Kalau mencari di Waze atau Google Map kena cari "Silam Mount". Mat Drat baru 'tag' lokasi Menara Kayangan di Google Map, harap-harap apabila pembaca membaca entry ini, Google Map dah aprove location yang saya tag tersebut. So senang lah nak menuju ke sini.

Di puncak Tower of Heaven ini, kita dapat melihat pemandangan yang cukup indah iaitu pulau-pulau dan lautan..... cukup indah.

Boleh baca di entry berikutnya, Mat Drat akan kongsikan panjang lebar maklumat mengenai Menara Kayangan ini, pengalaman kami ke sana serta gambar-gambar yang Mat Drat ambil dari Menara Kayangan.


Gunung Silam.

Gunung Silam / Silam Mount antara tarikan untuk kaki hiking. Untuk ke Gunung Silam, perlu ke Menara Kayangan terlebih dahulu. Di sediakan trek untuk mendaki dari Menara Kayangan. Sewaktu kami sampai di sini, hari telah petang ( sekitar jam 3 petang), jadi amat tidak sesuai untuk memulakan aktiviti hiking walau pun 2 orang sahabat yang bersama Mat Drat adalah kaki hiking bukit/gunung.







Lembah Danum / Danum Valley

Dari laman web Majlis Daerah Lahad Datu 

" Pusat Luar Lembah Danum (Danum Valley Field Centre- DVFC) merupakan sebuah pusat yang menyediakan kemudahan saintifik yang terkenal di dunia. Ia terletak di dalam Kawasan Konsesi Yayasan Sabah iaitu dipinggir Kawasan Konservasi Lembah Danum (iaitu sebuah kawasan hutan dipterokarpa pamah dara yang terbesar di Sabah) dengan keluasan 438 km persegi. Pusat ini dibuka pada tahun 1986, untuk menyediakan kemudahan bagi penyelidikan, pendidikan, latihan dan rekreasi."


Untuk mereka yang ingin ke Lembah Danum, juga akan melalui jalan yang sama ke Menara Kayangan / Gunung Silam. Apabila keluar dari jalan utama Tawau - Keningau ( Lahad Datu - Kunak) , tidak perlu memasuki pintu gerbang ke Menara Kayangan sebaliknya melalui jalan khusus untuk ke Lembah Danum.

Jarak dari pekan Lahad Datu adalah lebih kurang 80 km dan mengambil masa lebih kuran 3 1/2 jam. Dari simpang yang Mat Drat maksudkan di atas, tiada jalan bertar..... jadi jika ingin ke sini, perlulah menaiki kenderaan pacuan 4 roda (4WD). Di lapangan terbang Lahad Datu, ada kaunter menawarkan pakej ke sini dan juga menawarkan perkhidmatan kereta sewa. Boleh la tanya info lebih di kaunter tu nanti.

Memandangkan kami ke sini atas urusan kerja dan masa terluang yang ada hanyalah pada sebelah petang, jadi kami tidak berkesempatan untuk ke Lembah Danum. Ikutkan hati memang berhajat sangat untuk ke situ. 

Perjalanan ke sini memakan masa lebih kurang 3-4 jam, jadi rasanya amat berbaloi jika dapat bermalam. 

Lembah Danum ni pasti ada tarikannya tersendiri. Saya sangat pasti sebab sewaktu lawatan Diraja Briain,Putera William dan Kate Middeleton tempoh hari... Lembah Danum antara tempat yang mereka singgahi.

Dari pembacaan saya, pengunjung yang kesini berpeluang melihat haiwan yang hampir pupus seperti badak sumbu Sumatra, orang utan Borneo dan juga gibbon (jebon??).




Taman Hidupan Liar Tabin

Jika Lembah Danum terletak di bahagian bawah Lahad Datu, Taman Hidupan Liar Tabin pula terletak di bahagian atas Lahad Datu. 

Untuk ke sini, kita perlu mengambil pakej yang telah disediakan oleh ejen-ejen yang dilantik. 

Kami memang tak dapat luangkan masa kesini... masa yang kami ada sangat suntuk. dengan harga yang perlu di bayar, amat tidak berbaloi jika pergi di dalam keadaan kelam kabut. 

Di Airport Lahad Datu pejabat mereka (ejen ke Tabin Wildlife Park) terletak di sebelah pintu keluar. Sampai-sampai di airport, boleh terus tanya pakej dan harga. Atau boleh layari laman web mereka untuk dapatkan maklumat awal terlebih dahulu.



Air Terjun Madai / Hutan Rekreasi Madai


Lokasi ni bagi Mat Drat sepatutnya menjadi tempat yang menarik dan menjadi tarikan pengunjung jika ke Lahad Datu. Tapi sayangnya, tiada penjagaan dan penyelenggaraan menyebabkan tempat ini seakan terbiar.

Secara peribadi, Mat Drat tidak cadangkan para pembaca ke sini jika semata-mata datang dari Lahad Datu. Bukan sahaja lokasinya agak jauh, tetapi keadaan tempat tersebut agak usang.

Mat Drat sebenarnya terkebetulan ke sini. 

Apabila menjejak kan kaki ke sini, terasa tempat ini sangat cantik sebenarnya cuma kerana ia lama terbiar tanpa penyelengaraan membuatkan ia kelihatan agak usang.


Ada cerita menarik di sini yang berlaku kepada Mat Drat sebenarnya....itu membuatkan sMat Drat betul-betul akan ingat tempat ini.


Asalnya Mat Drat dan rakan dalam perjalan ke satu lokasi yang terletak di jalan Lahad Datu - Kunak. Kami menyedari kami telah tersasar jauh kedepan apabila kami perasan batu petanda di tepi jalan menunjukkan pekan Kunak hanya tinggal beberapa km sahaja.
Jelas sangat kami dah tersesat ke hadapan. Jadi kami perlu membuat pusingan-U ( U-Turn). Dan terkebetulan sewaktu kami mencari tempat untuk membuat pusingan U tu tenampak satu gerai tepi jalan (ada 2-3 kenderaan berhenti). 
Alang-alang buat u-turn, kami singgah untuk minum. Maklumlah jalan dari Lahad Datu ke sini yang jauhnya lebih kurang 60 km agak susah nak cari kedai minum disepanjang jalan ni, yang ada hanya ladang sawit disepanjang jalan.
Bila turun dari kereta, terdengar bunyi dentuman air terjun....mengasyikkan. Terus saya ke kaunter sebab nampak ada pamplet disitu. Dan pada masa yang sama juga seorang brother yang sedang minum de gerai datang kepada kami.  Rupa-ruanya....
 - lelaki tersebut adalah 'petugas' dari Jabatan Hutan yang menjaga kawasan itu.
- tempat kami singgah ini adalah Hutan Rekreasi Madai, Kunak Sabah- tempat ini terkenal dengan air terjunnya iaitu Air Terjun Madai- Untuk masuk ke kawasan ini, perlu buat bayaran!!

Untuk masuk, kami perlu bayar RM 5 walau pun di kaunter tertulis RM 3. Mungkin ada kenaikan harga tiket. (tak ada tiket pun sebenarnya yang diberikan kepada kami).
Macam-macam yang brother ni cerita...layankan je. Kamikan peramah. 
Bila saya tanya boleh mandi ke kat air terjun tu, dia jawab memang boleh mandi. Terus teruja saya dengar, tapi tak bawa seluar pendek pula. Benda tak di rancang. Saya ajak kawan saya ke pekan Kunak untuk beli seluar dan tuala, dia kata esok la kita mandi kat sini.... jadi nampaknya kena tangguh dulu la hajat saya nak mandi nampak gayanya kat sini hari ini.....
Kami pun turun untuk menjejaki air terjun Madai tersebut. Semakin menghampiri, semakin seronok dengar deruman air yang menghempas ke bawah. Nampak pula wap-wap air yang naik, makin la seronok.



Sampai di tangga pertama.... papan amaran diletakkan sebagai ingatan kepada pengunjung. Tengok tangga kayu, agak curam ke bawah. Jadi agak tak sesuai jika datang dengan anak-anak kecil. - 1 point



Air Terjun Madai Tempat Menarik Di Lahad Datu
Pandangan dari bawah

Bila kami mula menuruni tangga kayu tersebut, kelihatan kayu-kayu tersebut sudah berlumut. Agak licin. Dan seakan sangat jarang orang ke sini... dan macam dah lama orang tak ke sini. Dalam hati, tadi cerita macam-macam....indah khabar dari rupa je rupanya... tolak lagi - 1 point
Berlumut dan licin -Perlu berhati-hati !!

Kebetulan kami sampai di sini, hari sebelumnya hujan lebat. Jadi air sungai agak keruh dan besar. Sangat tidak sesuai untuk mandi dan sangat bahaya. Kena tipu lagi tolak lagi - 1 point
Air Terjun Madai Tempat Menarik Di Lahad Datu
TAK SESUAI UNTUK MANDI!! Lepas hujan 
Tapi saya rasa jika bukan hujan sebelumnya, pasti air terjun ini sangat cantik.

Kami turun sehingga ke gigi air. Semak. Terbiar. Tiada tempat untuk dijadikan port untuk berehat di gigi air/tebing. Macam mana la dia boleh kata sesuai untuk mandi... tolak lagi - 1 point.
Air Terjun Madai Tempat Menarik Di Lahad Datu



Dan di bawah ini ada satu pondok....pondok yang sangat usang. Ikutkan hati, tak sanggup saya naik ke pondok tu sebab scarry oooo kat bawah ni.  Sebab pondok ni usang, saya tolak lagi 1 point.
Tapi sebab nak shoot gambar kawan saya kat bawah ni, saya gagahkan juga. Bila dah shoot gambar dia, saya suruh dia naik pulak ke pondok tapi dia tak nak.... dia ajak naik atas semula. Ajak balik. 9 saya dah agak)


Air Terjun Madai Tempat Menarik Di Lahad Datu

Semasa kawan saya dah mula naik semula ke atas, saya sempatlah selfie gambar kat bawah ni. Nak lama-lama, tak boleh sebab tempat ni sunyi + semak dan sorang-sorang.

Air Terjun Madai Tempat Menarik Di Lahad Datu

Semasa di bawah ni, saya perasan ada satu jambatan gantung merentasi sungai ni. Dalam hati, naik atas nanti nak ke jembatan tu.

Jambatan Gantung Madai ...atas tuuuu


Bila sampai kat atas, sempat saya sound kawan saya " cepat betul ko naik atas...tak puas aku nak bergambar ko dah naik"
Apa dia jawab....."gila ko nak lama-lama, ko tak perasan  2- 3 kali mengkarung dengan biawak melintas selamba je depan kita. Sikit tak takut dengan kita"
Saya perasan cuma sebab nak ambik gambar kat bawah ni, tu yang saya tak hiraukan sangat. Tapi dalam hati semasa saya melangkah kayu balak yang merentangi jalan ke pondok usang tadi, saya dah rasa tak sedap hati. Bukan apa, risaukan binatang berbisa je. Tapi masa saya kat atas pondok tu, memang cepat-cepat saya turun. Saya naik ikut tangga, saya turun....saya terjun je, tak sanggup ikut tangga pondok tu... he he he.

Bila dah sampai kat atas, kami buat kesimpulan....brother tadi bagi info yang sangat tidak tepat. Dan kawan saya sempat pulangkan paku buah keras kat saya..." nasib baik ko tak pergi Kunak beli baju mandi, kalau tak sia-sia je beli baju". 



Seperti saya cakap tadi, sampai di atas ni saya nak ke jambatan gantung. Tapi sayang.... jambatan gantung ni dah ditutup. Nama jambatan ni Titian Siraj...Boleh tahan nama dia!!!

Sewaktu kami sedang bergambar, brother yang jaga kawasan ni kebetulan lalu.... sempat lah kami bertanya mengenai jambatan ni. Dan seperti yang dia kata tadi, peruntukan untuk selenggara Hutan Rekreasi Madai ini sudah bertahun tak dapat. Jadi tidak dapatlah di baiki jambatan gantung itu.
Bukan tu sahaja yang dia cakap.... dia kata dengan yakinnya :- jambatan ni masih kuat, papannya masih utuh dan talinya juga masih kuat.- cuma papan dibahagian awal jambatan berhampiran pokok besar ni sahaja yang reput sedikit. - kalau dah melepasi kawasan pokok besar ni, tak ada masalah berjalan atas jambatan tu sebab ada pengunjung yang ke sana.
Sedap sedikit bila saya dengar dia cakap macam tu... saya sedikit percaya sebab dia jaga kawasan tu dan rasa nak naik ke jambatan tu.
Terus saya cakap kat kawan saya, saya nak try tengok papan lantai kat pokok tu...sama ada kuat atau tidak.


Dan masa saya mula nak melangkah tu sempat saya bertanya kepada brother tu....
" bila last sekali abang naik jambatan ni?"
"saya tak pernah naik lagi"...selamba je dia jawab.
"tak pernah?? dah berapa lama abang kerja sini ?"...tanya  saya sekali lagi
       "ada la beberapa tahun"...memang selamba je dia ni jawab.



Fuhhhh lega, nasib baik saya tak naik jambatan tu dan terringan mulut nak tanya kat dia dua soalan akhir tu. Kalau tak, silap2 boleh masuk berita "Pengunjung Semenanjung jatuh Jambatan Air Terjun Madai!!!" 



Jadi, moral of the story.... jangan mudah percaya cakap orang...walau pun orang tempatan...
Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇






Mat Drat

Saturday, 22 April 2017

Tempat Makan Best di Lahad Datu Sabah

Tempat Makan Best di Lahad Datu





Tempat Makan Best di Lahad Datu Sabah 

Kali ini Mat Drat kongsikan beberapa tempat makan sedap di Lahad Datu. Nak cari tempat makan best di Lahad Datu ni pun boleh dikira satu masalah kalau datang kesini untuk beberapa hari. Kalau sehari dua mungkin tiada masalah, kalau beberapa hari tu .... nak tak nak kena makan tempat sama juga la. Pilihan kedai makan di sini agak terhad.

Untuk pengalaman Mat Drat di Lahad Datu ini, boleh baca di perkongsian sebelum ini iaitu di




Mat Drat senaraikan beberapa tempat makan yang menjadi pilihan Mat Drat dan kawan-kawan semasa berada di sini.



1. Restoran Khadijah Ikan Bakar Lahad Datu

Dua kali kami makan malam di Restoran Khadijah Ikan Bakar. Google punya google, naik nama restoran ni sahaja. Jadi kiranya ini adalah antara pilihan utama yang sedap untuk makan-makan kalau ke sini.


Khadijah Ikan Bakar
Tempat Makan Best di Lahad Datu Sabah



Dan nasib kami agak baik, lokasi Restoran Khadijah Ikan Bakar ni tak jauh dari hotel kami. Tak sampai 5 minit pun dari Hotel My Inn yang kami menginap.



Lokasi : Lokasi tepat agak susah nak dinyatakan tetapi Restoran ini boleh kelihatan dari tepi jalan utama Lahad Datu - Kunak. Jika dari Lahad Datu, ia terletak disebelah kiri, dalam 700 meter sebelum simpang ke Bandar Sri Perdana. Hotel My Inn terletak di Bandar Sri Perdana. Guna waze boleh sampai ke restoran ini.


Okey, makan kat restoran ni jangan risau rasa dia... memang sedap dan memenuhi selera kita orang Semenanjung yang dah biasa makan restoran ala Thai ( Tomyam). 

Kami ni ramah-ramah, sambil makan sempat berbual dengan tokey restoran ni. Abang restoran ni dulunya pernah bekerja di sebuah restoran di Semenanjung... Bila dia ke sini, dia buka restoran dan restoran dia diminati ramai kerana masakan dia memang umphhh. Boleh kata masakan dia memenuhi citarasa orang Semenanjung. 

Kebetulan pula selepas peristiwa Tentera Sulu ceroboh Lahad Datu dulu, bandar Lahad Datu ni sentiasa didatangi pengunjung dari Semenanjung terutama polis dan askar. Jadi memang menjadi pilihan utama  la restoran dia ni kalau orang-orang semenanjung ke sini.  

Dan sewaktu kami ke sini tempoh hari...  abang ni baru membuka cawangan ke dua Restoran Khadijah Ikan Bakar, ia terletak di Bandar Sri Pedana - satu kawasan Hotel My Inn.



Dinner Malam pertama
Malam pertama makan di sini, kami order al-carte sahaja di sini, tak order ikan bakar dan sebagainya. Hanya tengok je ikan-ikan segar yang 'dipamerkan'.

Harga makanan okey, tak mahal dan sedang-sedang sahaja. 

Kami sampai di Lahad Datu ni pun dah petang, jadi terasa sedikit keletihan semasa makan malam tu. Bila selera makan dah tak berapa nak ada, jadi makan simple-simple je. 

Cepat order, cepat makanan sampai, cepat makan dan cepat balik bilik untuk tidur.

Masa makan tu juga saya ternampak satu banner kat restoran ni "Ikan Bakar Baulu Tanpa Tulang".




Puas lah kami yang sedang makan ni meneka apa sebenarnya  Ikan Bakar Bahulu Tanpa Tulang ni ....

Ikan Bakar kah? Bahulu Ikan kah yang dibakar? Kalau bahulu, bahulu memang tanpa tulang.... dan bila pulak orang buat bahulu ikan ada tulang kan... 😁. 

Last-last untuk mendapatkan jawapan, saya ke gerai yang jual tu.... dan ini lah jawapan dia....

Nama ikan ni 'ikan bahulu'. Tulangnye telah dibuang sebelum dibakar untuk disajikan. Nampak menarik jadi Mat Drat order dua ekor dan memang sedap ikan ni... Kat Semenanjung tak jumpa ikan..... Kalau datang sini, boleh la try....





Tempat Makan Best di Lahad Datu Sabah
Ikan Bakar Bahulu

Tempat Makan Best di Lahad Datu Sabah


Tempat Makan Best di Lahad Datu Sabah
Ikan Bahulu yang belum di bakar...harga ikut saiz



Dinner Malam ke dua
Malam ke dua, kami makan di sini lagi.Tapi kali ni baru la kami order special sikit. Harga jangan risau, ada dipamerkan dan pilih ikut budget masing-masing. Ikan dan seafood memang fresh.












Cuma kalau nak makan di sini, kalau boleh lepas sahaja solat maghrib, kena terus ke sini. Jika lambat sedikit...memang susah nak dapat meja kosong. Kalau datang 2-3 orang mungkin tak ada masalah, tapi kalau bilangan agak ramai... mungkin kena menunggu sekejap.



Kami sempat juga bertanyakan tokey restoran ni di mana untuk kami mebeli ikan fresh dan segar di Lahad Datu ni untuk di bawa balik ke SemenanjungKatanya ikan fresh di pasar Lahad Datu ni diambil dari Kunak dan ikan yang dijual di pasar pun tak banyak. Jadi kalau ke Lahad Datu tu, nak beli ikan segar memang tak banyak pilihan seperti di Tawau atau Kota Kinabalu... atau kata ringkasnya di sini bukan tempatnya, kena beli di Kunak.

Tapi abang tokey tu siap offer kami kalau nak order ikan fresh. Dia ambil ikan fresh setiap hari dari Kunak. Jadi boleh la selit order dengan dia. Bila selit-selit order dengan orang ni, jadi susah pula.... nak packing lagi dan sebagainya, jadi kami tak order la ikan segar dengan dia. Kira balik semenanjung tak ada ikan segar la dari Lahad Datu ni.




2. Restoran sebelah Khadijah Ikan Bakar

Jika tak ingin makan di Restoran Khadijah ini atau pun restoran ni penuh, boleh sahaja ke 2-3 restoran yang terdapat di sebelahnya.

Cuma sewaktu kami makan di sini, dua-dua malam juga hujan. Jadi restoran-restoran lain disebelahnya tidak ramai pengunjung. Kebetulan restoran-restoran tersebut berkonsepkan 'open space'... jadi kalau hujan memang tak boleh makan la.... kecuali di bahagian dalam (agak kecil).

Di sebelah restoran ni juga ada satu gerai menjual ikan bakar dan seumpamanya. Apa yang saya perhatikan, banyak stok yang dia bakar setiap malam dan boleh kata ada ketikanya pelanggan terpaksa beratur untuk menunggu ikan yang di order masak. Cuma kami tak sempat nak order dan rasa apa yang dijual di gerai ni. Jadi Mat Drat kongsikan gambar sahaja....







Kepak Ayam bakar... Di sabah cukup 'glamour' 

 


3. Restoran di Bandar Sri Perdana

Di kawasan Bandar Sri Perdana ni terletaknya hotel penginapan kami....Hotel My Inn. Di sini juga terdapat beberapa restoran yang agak menarik. 

Selain tu ada beberapa restoran yang baru di buka di sekitar blok baru, di blok yang terdapat Affin Bank dan Perodua Service.

Semasa di Lahad Datu ini, kami sempat makan tengah hari di 2 restoran yang terletak di BandarSri Perdana ini, iaitu  :
👉 Restoran Khadijah Ikan Bakar (Cawangan Bandar Sri Perdana).
👉 Restoran Kak Tini


Mat Drat juga perasan ada Restoran Dapur Ibu. Nampak macam menarik tetapi kami tak singgah makan, sebab kawan Mat Drat nak makan lagi sekali di Khadijah Ikan Bakar. Patutnya malam ke dua kami makan di Restoran Dapur Ibu ni.

Di blok-blok kedai sekitar MyInn Hotel ini juga terdapat beberapa restoran juga. Kalau yang nak 'ngeteh' malam-malam dengan kawan... di sini juga ada restoran mamak. Boleh la melepak sampai malam. 




Khadijah Katering ( Khadijah Ikan Bakar ) di Bandar Sri Perdana

Khadijah Katering ( Khadijah Ikan Bakar ) di Bandar Sri Perdana






Restoran Kak Tini ( Sory, gambar lupa nak rotate)



4. Restoran di Bandar Lahad Datu


Di bandar Lahad Datu ini terdapat beberapa restoran dan mungkin ada restoran atau tempat makan tersebut agak sedap, cuma saya google tak jumpa mana-mana yang direkemenkan. Mungkin kena tanya orang-orang tempatan untuk maklumat lanjut....




Bersambung di entry berikutnya..... 👉👉Tempat Menarik di Lahad Datu

Atau jika ingin membaca entry 👉👉 Trip Lahad Datu terlebih dahulu...





Mat Drat