Tuesday, 25 April 2017

Tempat Menarik Di Lahad Datu

Tempat Menarik Di Lahad Datu







Kalau mencari tempat menarik di Lahad Datu ni memang agak terhad sebenarnya. Walau tak banyak destinasi yang ada, tetapi setiap destinasi tu ada tarikan tersendiri. Sebelum ke sini pun Mat Drat beberapa kali tanya Pakcik Google tempat-tempat menarik di Lahad Datu.... dan lokasi dan tempat menarik yang Mat Drat jumpa hanya 3-4 sahaja.... 



Lahad Datu ni sebenarnya bukanlah destinasi pelancongan utama. Rasanya ia tidak termasuk di dalam 'radar' destinasi pelancongan utama rakyat Malaysia . Biasanya pelancong dari Semenanjung jika ingin bercuti di Sabah, selain ke Kota Kinabalu mereka akan ke Semporna. Jarang saya dengar kawan-kawan ke Lahad Datu untuk bercuti "Cuti cuti Malaysia". 

Tetapi jika ada yang ke sini atas urusan kerja, atau menemani pasangan yang bekerja di sini, cuba lah terokai dan jelajahi bumi Lahad Datu ini. Bagi saya, setiap tempat pasti ada tarikannya tersendiri.


Walau pun Lahad Datu tidak termasuk di dalam 'radar' destinasi pelancongan rakyat Malaysia, namun bagi pelancong luar negara.... ia sebenarnya menjadi antara tempat yang mereka ingin tujui. Terutama bagi penggemar alam semulajadi. Lahad Datu ni terkenal di kalangan mereka dengan destinasi pelancongan seperti Lembah Danum dan Tabin Wildlife Park.


Berikut Mat Drat senaraikan beberapa tempat menarik di Lahad Datu hasil pengalaman Mat Drat  di sini serta berdasarkan pemvbacaan Mat Drat  sebelum ke sini.


1. Menara Kayangan /Tower of Heaven.

Menara Kayangan atau Tower Of Heven ini terletak di Gunung Silam / Silam Mount. 



Menara Kayanag / Tower of Heaven Lahad Datu
Menara Kayanag / Tower of Heaven Lahad Datu


Menara Kayanag / Tower of Heaven Lahad Datu
Menara Kayangan / Tower of Heaven Lahad Datu


Menara Kayanag / Tower of Heaven Lahad Datu
View Kunak dari Menara Kayanag / Tower of Heaven Lahad Datu



Kalau ke sini, senang menggunakan Waze atau Google Map. Cari sahaja "Silam Mount". Mat Drat baru 'tag' lokasi Menara Kayangan di Google Map, harap-harap apabila pembaca membaca entry ini, Google Map dah aprove location yang Mat Drat tag tersebut. So senang lah nak menuju ke sini.

Di puncak Tower of Heaven ini, kita dapat melihat pemandangan yang cukup indah iaitu pulau-pulau dan lautan..... cukup indah.

Boleh baca di entry berikutnya, Mat Drat akan kongsikan panjang lebar maklumat mengenai Menara Kayangan ini, pengalaman kami ke sana serta gambar-gambar yang Mat Drat ambil dari Menara Kayangan.


2. Gunung Silam

Gunung Silam / Silam Mount antara tarikan untuk kaki hiking. Untuk ke Gunung Silam, perlu ke Menara Kayangan terlebih dahulu. Di sediakan trek untuk mendaki dari Menara Kayangan. Sewaktu kami sampai di sini, hari telah petang ( sekitar jam 3 petang), jadi amat tidak sesuai untuk memulakan aktiviti hiking walau pun 2 orang sahabat yang bersama Mat Drat adalah kaki hiking bukit/gunung.


Tempat Menarik di Lahad Datu Silam Mount Map


Tempat Menarik di Lahad Datu Silam Mount
Berdoa sebelum melangkah masuk oleh ustaz syed...




4. Lembah Danum / Danum Valley

Dari laman web Majlis Daerah Lahad Datu 

" Pusat Luar Lembah Danum (Danum Valley Field Centre- DVFC) merupakan sebuah pusat yang menyediakan kemudahan saintifik yang terkenal di dunia. Ia terletak di dalam Kawasan Konsesi Yayasan Sabah iaitu dipinggir Kawasan Konservasi Lembah Danum (iaitu sebuah kawasan hutan dipterokarpa pamah dara yang terbesar di Sabah) dengan keluasan 438 km persegi. Pusat ini dibuka pada tahun 1986, untuk menyediakan kemudahan bagi penyelidikan, pendidikan, latihan dan rekreasi."


Untuk mereka yang ingin ke Lembah Danum, juga akan melalui jalan yang sama ke Menara Kayangan / Gunung Silam. Apabila keluar dari jalan utama Tawau - Keningau ( Lahad Datu - Kunak) , tidak perlu memasuki pintu gerbang ke Menara Kayangan sebaliknya melalui jalan khusus untuk ke Lembah Danum.

Jarak dari pekan Lahad Datu adalah lebih kurang 80 km dan mengambil masa lebih kuran 3 1/2 jam. Dari simpang yang Mat Drat maksudkan di atas, tiada jalan bertar..... jadi jika ingin ke sini, perlulah menaiki kenderaan pacuan 4 roda (4WD). Di lapangan terbang Lahad Datu, ada kaunter menawarkan pakej ke sini dan juga menawarkan perkhidmatan kereta sewa. Boleh la tanya info lebih di kaunter tu nanti.

Memandangkan kami ke sini atas urusan kerja dan masa terluang yang ada hanyalah pada sebelah petang, jadi kami tidak berkesempatan untuk ke Lembah Danum. Ikutkan hati memang berhajat sangat untuk ke situ. 

Perjalanan ke sini memakan masa lebih kurang 3-4 jam, jadi rasanya amat berbaloi jika dapat bermalam. 

Lembah Danum ni pasti ada tarikannya tersendiri. Mat Drat sangat pasti sebab sewaktu lawatan Diraja Briain, Putera William dan Kate Middeleton tempoh hari... Lembah Danum antara tempat yang mereka singgahi.

Mat Drat, pengunjung yang kesini berpeluang melihat haiwan yang hampir pupus seperti badak sumbu Sumatra, orang utan Borneo dan juga gibbon (jebon??).




5. Taman Hidupan Liar Tabin

Jika Lembah Danum terletak di bahagian bawah Lahad Datu, Taman Hidupan Liar Tabin pula terletak di bahagian atas Lahad Datu. 

Untuk ke sini, kita perlu mengambil pakej yang telah disediakan oleh ejen-ejen yang dilantik. 

Kami memang tak dapat luangkan masa kesini... masa yang kami ada sangat suntuk. Dengan harga yang perlu di bayar, amat tidak berbaloi jika pergi di dalam keadaan kelam kabut. 

Di Airport Lahad Datu pejabat mereka (ejen ke Tabin Wildlife Park) terletak di sebelah pintu keluar. Sampai-sampai di airport, boleh terus tanya pakej dan harga. Atau boleh layari laman web mereka untuk dapatkan maklumat awal terlebih dahulu.



6. Air Terjun Madai / Hutan Rekreasi Madai


Lokasi ni bagi Mat Drat sepatutnya menjadi tempat yang menarik dan menjadi tarikan pengunjung jika ke Lahad Datu. Tapi sayangnya, tiada penjagaan dan penyelenggaraan menyebabkan tempat ini seakan terbiar.

Secara peribadi, Mat Drat tidak cadangkan para pembaca ke sini jika semata-mata datang dari Lahad Datu. Bukan sahaja lokasinya agak jauh, tetapi keadaan tempat tersebut agak usang.

Mat Drat sebenarnya terkebetulan ke sini. 

Apabila menjejak kan kaki ke sini, terasa tempat ini sangat cantik sebenarnya cuma kerana ia lama terbiar tanpa penyelengaraan membuatkan ia kelihatan agak usang.


Ada cerita menarik di sini yang berlaku kepada Mat Drat sebenarnya....itu membuatkan Mat Drat betul-betul akan ingat tempat ini.



Kisah 1...
Asalnya Mat Drat dan sorang rakan, Mr Bai dalam perjalan ke satu lokasi yang terletak di jalan Lahad Datu - Kunak. Kami menyedari kami telah tersasar jauh kedepan apabila kami perasan batu petanda di tepi jalan menunjukkan pekan Kunak hanya tinggal beberapa km sahaja. 

Jelas sangat kami dah tersesat ke hadapan. Jadi kami perlu membuat pusingan-U ( U-Turn). Dan terkebetulan sewaktu kami mencari tempat untuk membuat pusingan U tu tenampak satu gerai tepi jalan (ada 2-3 kenderaan berhenti). 

Alang-alang buat u-turn, kami singgah untuk minum. Maklumlah jalan dari Lahad Datu ke sini yang jauhnya lebih kurang 60 km agak susah nak cari kedai minum disepanjang jalan ni, yang ada hanya ladang sawit di sepanjang jalan.

Bila turun dari kereta, terdengar bunyi dentuman air terjun.... mengasyikkan. Terus Mat Drat ke kaunter sebab nampak ada pamphlet disitu. Dan pada masa yang sama juga seorang brother yang sedang minum de gerai datang kepada kami. Rupa-ruanya....


  • lelaki tersebut adalah 'petugas' dari Jabatan Hutan yang menjaga kawasan itu.
  • tempat kami singgah ini adalah Hutan Rekreasi Madai, Kunak Sabah- tempat ini terkenal dengan air terjunnya iaitu Air Terjun Madai.
  • Untuk masuk ke kawasan ini, perlu buat bayaran!!
  • Untuk masuk, kami perlu bayar RM 5 walau pun di kaunter tertulis RM 3. Mungkin ada kenaikan harga tiket.
  • Macam-macam yang brother ni cerita...layankan je. Kami berdua peramah. 


Bila Mat Drat tanya boleh mandi ke kat air terjun tu, dia jawab memang boleh mandi. Confident.

Terus teruja Mat Drat dengar, tapi tak bawa seluar pendek pula. Benda tak di rancang ala katakan. Mat Drat ajak kawan ke pekan Kunak untuk beli seluar dan tuala, dia kata esok la kita mandi kat sini.... jadi nampaknya kena tangguh dulu la hajat Mat Drat nak mandi kat sini hari ini.....


Kami pun turun untuk menjejaki air terjun Madai tersebut. Semakin menghampiri, semakin seronok dengar deruman air yang menghempas ke bawah. Nampak pula wap-wap air yang naik, makin la seronok...jeng jeng jeng...





Sampai di anak tangga pertama.... terpampang papan tanda amaran sebagai ingatan kepada pengunjung. 


"DILARANG MANDI-MANDA...". 

"DILARANG MENGADAKAN SEBARANG AKTIVITI.."


Bahaya rupanya kawasan ni...

Bila mula melangkah menuruni anak tangga, Mat Drat lihat anak tangga kayu ni agak curam ke bawah. Jadi agak tak sesuai jika datang dengan anak-anak kecil.






Air Terjun Madai Tempat Menarik Di Lahad Datu
Pandangan dari bawah

Bila kami mula menuruni tangga kayu tersebut, kelihatan kayu-kayu tersebut sudah berlumut. Agak licin. Dan seakan sangat jarang orang ke sini... dan macam dah lama orang tak ke sini. Dalam hati, tadi brother tu cerita macam-macam....indah khabar dari rupa je rupanya...


Berlumut dan licin - Perlu berhati-hati !!


Kebetulan kami sampai di sini, hari sebelumnya hujan lebat. Jadi air sungai agak keruh dan besar. Sangat pemandangan agak kurang cantik...



Mat Drat rasa kalau bukan waktu hujan, pasti cantik pemandangan air terjun ni.



Air Terjun Madai Tempat Menarik Di Lahad Datu
TAK SESUAI UNTUK MANDI!!Bahaya

Kami berdua turun sehingga ke gigi air. Semak kawasan ni. Terbiar. Tiada tempat untuk dijadikan port untuk berehat di gigi air/tebing. Macam mana la dia boleh kata sesuai untuk mandi... Aduhai....


Air Terjun Madai Tempat Menarik Di Lahad Datu
Air Keroh






Dan bila kami berdua sampai di bawah ni, adalah ada satu pondok.... pondok yang sangat la usang. Ikutkan hati, tak sanggup Mat Drat naik ke pondok tu sebab scarry oooo kat bawah ni. Sangat scarry....


Tapi sebab nak shoot gambar kawan Mat Drat kat bawah ni, Mat Drat gagahkan juga naik pondok tu. 

Bila dah shoot gambar dia, Mat Drat suruh dia naik ke pondok tapi dia tak nak pulak.... Bukan naik ke pondok TAPI dia terus ajak naik atas semula. 

Ajak balik pulak dah.... gambar aku tak ambik lagi... hu hu hu


Air Terjun Madai Tempat Menarik Di Lahad Datu
Sahabat Mat Drat.. Mr BAI





Semasa kawan dah mula melangkah naik semula ke atas, Mat Drat sempatlah 
selfie gambar kat bawah ni. Nak lama-lama, tak boleh sebab tempat ni sunyi sangat + kawasan semak dan Mat Drat sorang-sorang. 

Selfie je la sorang-sorang...


Air Terjun Madai Tempat Menarik Di Lahad Datu



Dan semasa berselfie kat bawah ni, Mat Drat perasan ada satu jambatan gantung merentasi sungai ni. Dalam hati, naik atas nanti nak ke jembatan tu la.

Ni la dia Jambatan Gantung Madai ...atas tuuuu

Bila Mat Drat dah sampai kat atas, sempat la Mat Drat sound kawan Mat Drat "cepat betul ko naik atas...tak puas aku nak bergambar ko dah naik"


Apa dia jawab....."gila ko nak lama-lama, ko tak perasan 2- 3 kali mengkarung dengan biawak melintas selamba je depan kita. Sikit 'dia' tak takut dengan kita"


Mat Drat perasan mengkarung tu tapi  sebab nak ambik gambar kat bawah ni, tu yang Mat Drat tak hiraukan sangat. 

Tapi sebenarnya sewaktu Mat Drat melangkah kayu balak yang merentangi jalan ke pondok usang tadi, Mat Drat dah rasa tak sedap hati. Bukan apa, risaukan binatang berbisa je. he he he 


Tapi masa Mat Drat kat atas pondok tu, memang Mat Drat turun cepat-cepat. Masa naik Mat Drat guna tangga, bila turun.... Mat Drat terjun je, tak sanggup ikut tangga pondok tu... lagi pun kawan sorang tu dah jerit 'Jom Balik!!' he he he.

Bila dah sampai kat atas, kami buat kesimpulan.... brother tadi bagi info yang sangat tidak tepat. Dan kawan Mat Drat, Mr BAI  sempat pulangkan paku buah keras kat Mat Drat...
"nasib baik ko tak pergi Kunak beli baju mandi tadi, kalau tak sia-sia je drive jauh-jauh beli baju". 


Habis part 1...



Kisah 2....
Seperti Mat Drat cakap tadi, sampai di atas ni Mat Drat nak ke jambatan gantung tu. 

Tapi sayang.... jambatan gantung ni dah ditutup. Nama jambatan ni Titian Siraj...Boleh tahan nama dia!!!





Sewaktu kami sedang bergambar, brother yang jaga kawasan ni kebetulan lalu.... sempat lah kami bertanya mengenai jambatan ni. Dan seperti yang dia kata tadi, peruntukan untuk selenggara Hutan Rekreasi Madai ini sudah bertahun tak dapat. Jadi tidak dapatlah di aiki jambatan gantung itu. Jadi jambatan agak usang dan ditutup buat masa ni.


Bukan tu sahaja yang dia cakap.... dia kata dengan yakinnya juga:- jambatan ni masih kuat sebenarnya, papannya masih utuh dan talinya juga masih kuat.- cuma papan dibahagian awal jambatan berhampiran pokok besar ni sahaja yang reput sedikit

Kalau dah melepasi kawasan pokok besar ni, tak ada masalah berjalan atas jambatan tu nanti sebab memang ada pengunjung yang ke sana.



Sedap sedikit bila Mat Drat dengar dia cakap macam tu... Mat Drat sedikit percaya sebab dia jaga kawasan tu dan terus jadi rasa nak melalui jambatan gantung tu.


Terus cakap kat kawan ssi BAI ni, "aku nak try tengok papan lantai kat pokok tu... sama ada kuat atau tidak. Kalau kuat, aku nak jalan terus atas jembatan".





Dan masa Mat Drat mula nak melangkah ke papan jambatan tu, Mat Drat secara spontan tertanya kepada brother tu....

" bila last sekali abang naik jambatan ni?"

"saya tak pernah naik lagi"...selamba je dia jawab. 😮😮😮


"tak pernah lalu jambatan ni?? dah berapa lama abang kerja sini ?"... tanya saya sekali lagi

"ada la beberapa tahun"...memang selamba je dia ni jawab.



Fuhhhh lega, nasib baik Mat Drat tak naik jambatan tu dan ter-ingan mulut nak tanya kat dia dua soalan akhir tu. Kalau tak, silap2 boleh masuk berita 

"Pengunjung Semenanjung jatuh Jambatan Air Terjun Madai!!!" 



Jadi, moral of the story.... jangan mudah percaya cakap orang...walau pun orang tempatan...





Kalaua rasa bermanfaat, boleh share. 👇👇👇






Mat Drat

No comments:

Post a Comment

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.