Tuesday 3 October 2017

Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi - KLIA Transit Station

Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi ERL Station
KLIA Transit Salak Tinggi / ERL Station





Kali ni Mat Drat nak share sikit pasal Parking di Park n Ride Salak Tinggi yang terletak di sebelah KLIA Transit Station. Entry Mat Drat sebelum ni mengenai parking murah ke KLIA / KLIA2 di Park N Ride Putrajaya Sentral mendapat banyak pertanyaan mengenai parking di Salak Tinggi. Jadi Mat Drat cuba cari info mengenai Park n Ride yang baru ni.



Sebelum ni, Mat Drat cuba juga search maklumat Park N Ride Salak Tinggi tetapi info masih agak kurang. Jadi jika nak ke KLIA/KLIA2, terpaksalah lah Mat Drat 'setia'  parking kereta di  Park N Ride Putrajaya Sentral. Cuma baru-baru ni Mat Drat berkesempatan park di Park n Ride Salak Tinggi KLIA Transit Station.

Oleh kerana pertama kali, jadi tidak banyak maklumat yang dapat dikongsikan mengenai Park n Ride Salak Tinggi KLIA Transit Station ni. Walau bagaimana pun,  Mat Drat cuba kongsikan apa yang boleh terutama basic info mengenainya.

Parking di Park n Ride Salak Tinggi - KLIA Transit Station ni bolehlah dikatakan sebagai satu alternatif bagi mereka yang ingin ke KLIA/KLIA 2 dan mahukan tempat parking yang murah selain park kereta di Park n Ride Putrajaya - Putrajaya Sentral.


Park n Ride Salak Tinggi - KLIA Transit Station

  • Parking di Ride n Park Salak Tinggi ini terletak di Kota Warisan (bersebelahan) dan 2.5 km dari Xiamen University.
  • Ia bersambung dengan station KLIA Transit atau ERL Transit (ada yang sebut ERL Station).
  • ERL (Express Rail Link Sdn Bhd) ni sediakan 2 jenis tren untuk KLIA/KLIA2 ke KL Sentral iaitu:
    1. KLIA Ekspress : tren terus KLIA/KLIA2 - KL Sentral.
    2. KLIA Transit : tren berhenti-henti bagi KLIA/KLIA2 - KL Sentral.
  • Ride n Park Salak Tinggi ni dibuka pada penghujung tahun 2016 dan menjadi alternatif parking murah untuk ke KLIA/KLIA2 Park n Ride Putrajaya Sentral .
  • Di sini terdapat 2 tempat parking kereta iaitu 
    • berbumbung (bangunan baru)
    • lot parking terbuka (tempat lama). 
  • Bangunan baru terdiri 5 tingkat dan mampu menampung xxxx kereta. ( Sorry, Mat Drat ak ada info berapa kapasiti - tapi memang banyak lot paking disediakan)
  • Jika kesini guna sahaja Waze dan cari Park n Ride Salak Tinggi ataupun cari ERL KLIA Transit Salak Tinggi.
  • Parking ini dibuka 24 jam (sama seperti Park n Ride Putrajaya). Jadi boleh masuk dan keluar bila-bila masa.
  • Cuma di sini, agak sunyi terutama pada waktu malam. Jika di Putrajaya Sentral yang ada perkhidmatan bas dan teksi pun sunyi sepi di tengah malam, di sini apatah lagi!!
NOTA :
  • Oleh kerana kawasan ini agak sunyi dan terpencil, PERLU sangat ambil tahu jadual tren KL Transit terutamanya First Tren dan Last Tren ke/dari KLIA dan KLIA2.
  • Mat Drat tidak perasan ada atau tidak kedai runcit / kedai makan di sini. Kalau di Park n Ride Putrajaya ada beberapa kedai runcit dan kedai makan.
  • Berhampiran dengan Park n Ride ni ada kawasan kedai Kota Warisan.. Jarak dalam 500 meter dari sini. Boleh ke situ kalau nak makan atau beli apa-apa. Tapi kalau jalan kaki, agak jauh juga la.

  • Dan ingat ye, di sini juga tidak disediakan trolley. Jadi beg dan bagasi kena tolak atau heret atau angkat dari tempat parking ke station KL Transit (ERL). 
  • Surau dan toilet disediakan di Level G, tapi Mat Drat tak guna dan tak nampak hari tu kedudukannya.
  • Bila park kereta tu, jangan lupa level kita park kereta. Nanti travel jauh-jauh, boleh terlupa. Sampai sini nanti melilau cari kereta tak jumpa. Kalau tengah malam...haru dibuatnya.

Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi ERL Station
Bangunan Park n Ride Salak Tinggi.
Lot Parking Berbumbung


Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi ERL Station
Bangunan Park n Ride Salak Tinggi
Lot Parking Berbumbung

Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi - KLIA Transit Station


Parking Lot Terbuka 

  • Lot parking terbuka (tanpa berbumbung) masih dibuka.
  • Jika lot parking berbumbung terletak disebelah kanan, yang terbuka pula terletak disebelah kiri.
  • Kedua-duanya bersambung dengan station KLIA Transit / ERL  Station ni.
  • Kadar parking sama.
  • Jika ingin park bermalam, elok lah park di bangunan berbumbung. Tidak lah gelap dan siangnya tidak lah kereta berpanas.
Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi - KLIA Transit Station
Lot Parking Tidak Berbumbung

Parking Murah di Park n Ride Salak Tinggi - KLIA Transit Station
Lot Parking Tidak Berbumbung

Tempat Parking Motorsikal di kawasan terbuka
tetapi untuk motorsikal ada bumbung



Kadar Parking / Parking Rate di Park N Ride Salak Tinggi ERL Transit Station 

  • Kadar bayaran parking di sini adalah seperti berikut
    • RM 3.00 Sekali masuk 
    • RM 5.00 Bermalam / Overnight (Tambahan)
    • RM 1.00 Motorsikal
    • RM 50.00 Kalau hilang tiket.
  • Parking rate ni efektif mulai 1 Februari 2017. Sebelum tu parking rate hanyalah RM 3.00 per entry (tiada overnight charge).
  • Caj tiket hilang adalah RM 50.00, jadi simpan elok-elok tiket parking.
  • Mesin bayaran parking ada di sediakan di level G dan Level 2.
  • Jangan lupa kalau travel jauh-jauh dan lama-lama tu, simpan siap-siap (standby) duit parking dalam kereta.
  • Standbykan duit kecil. Mesin bayar parking ni kadang-kadang cerewet sikit dan biasanya tak terima note besar. RM 50 tak terima rasanya.
  • In-case duit tak cukup atau mesin tak terima note kertas, elok reservekan lebih sikit duit parking tu. Letak je dalam kereta. 
  • Mat Drat pernah kena dulu, duit kecil tak ada tapi nasib baik kena kat Putrajaya Sentral dan boleh tukar di kedai yang ada di situ.

Nota 2 : (update 2018)
Mat Drat baru guna Park n Ride Putrajaya Sentral. Di Putrajaya Sentral, bayaran parkingtelah menggunakan konsep cashless iaitu bayar guna kad Touch n Go atau pun Visa PayWave. 



    Parking Rate / Kadar Bayaran
    di Park n Ride Salak Tinggi Station






    Jadual Tren KLIA Transit / ERL ke KLIA KLIA2 

    • Dari station ini ke KLIA ambil masa 7 minit dan 11 minit ke KLIA 2. Ikut pengalaman selama Mat Drat guna KLIA Transit ni memang tidak lewat, sentiasa on time. 
    • Tren di sini tiba setiap 20 minit (waktu sibuk) dan 30 minit ( waktu off-peak)
    • Perlu ambil tahu jadual perjalanan tren KLIA Transit ini terutamanya First Train dan Last Train. Jangan sampai tak sempat menaiki tren terakhir atau pun terpaksa menunggu tren pertama terlalu lama di awal pagi. Sini sunyi ye waktu malam. Apatah lagi jika selepas tren terakhir!!.


    • Dari sini untuk ke KLIA / KLIA2, kita perlu menaiki tren KLIA Transit dan bukannya KLIA Ekspres ERL.
    • Jangan bimbang ternaik tren ERL, kerana ERL tidak berhenti di sini. ERL hanya berhenti di 3 stesyen iaitu KLIA2 - KLIA - KL Sentral. Jadi apa tren yang berhenti itu adalah tren KLIA Transit dan tren itu akan ke KLIA/KLIA2 atau pun ke KL Sentral.

    • Jika anda ingin menuju ke KLIA/KLIA 2 dan mengejar waktu check-in atau departure, perlu juga ambil kira masa anda perlu menapak dari platform ke kaunter/departure hall. Biasanya Mat Drat reserve dalam 15 minit kepada diri sendiri untuk berjalan dari platform ke kaunter pemeriksaan imigresen. Biasa Mat Drat dah check-in awal. Cuma sekali sekala ada kena drop luggage.
    • Biasakan tiba di KLIA/KLIA awal. Mat Drat biasa tiba paling kurang 2 jam sebelum berlepas. Kalau flight international, paling kurang 3 jam Mat Drat akan awal. Kalau perlu drop luggage, akan lagi awal Mat Drat tiba di KLIA/KLIA2.

    Platform tren ERL KLIA Transit Salak Tinggi
    - Agak lengang
    Station ERL KLIA Transit Salak Tinggi
    - Agak lengang


    Jadual Tren KLIA Transit KLIA
    Schedules are subject to change.



    KL Sentral to airport  KLIA / KLIA 2

    First train departs 04:33 am (dari KL Sentral)

    Last train departs 12:03 am  (dari KL Sentral)
    • Tren ke KLIA/KLIA2 yang PERTAMA dari KL Sentral pada jam 4:33am dan dijangka tiba di Station Salak Tinggi  5:01am,  KLIA 5:08am dan KLIA2 5:12am.
    • Tren ke KLIA/KLIA2 yang TERAKHIR  pula bergerak dari KL Sentral jam 12:03am dan dijangka tiba di Station Salak Tinggi  12:31am,  KLIA 12:38am dan KLIA2 12:42am.
    • Jadi kalau penerbangan tu awal pagi sekitar jam 4-6 pagi, Mat Drat cadangkan boleh lah ambil tren terakhir. Tapi nak lagi selesa, ambil tren yang kedua terakhir.... kalau Mat Drat la. Biar sampai awal di airport. Tunggu di airport 2-3 jam tu perkara normal, lagi-lagi kalau untuk penerbangan jauh.
    • Kat KLIA / KLIA2 banyak tempat boleh 'melepak' sambil tunggu flight berlepas. Nanti Mat Drat share sikit kemudahan di KLIA/KLIA2 untuk panduan.



    KLIA/KLIA2  to KL Sentral
    First train departs 05:48 am(KLIA2), 
    05:52 am(KLIA)
    Last train departs 12:59 am(KLIA2), 01:03 am(KLIA)


    • Tren PERTAMA dari KLIA2 bertolak pada jam 5:48am, tiba di KLIA  5:52am sebelum menuju ke KL Sentral. Dijangka tiba di Station Salak Tinggi 5.59am
    • Tren yang TERAKHIR  pula bergerak dari KLIA2 adalah pada jam (12:59am), tiba di KLIA (1:03am) sebelum menuju ke KL Sentral. Dijangka tiba di Station Salak Tinggi (1:09am).
    • Jadi kalau tiba di KLIA/KLIA2 tengah malam dan tak sempat mengejar tren terakhir, boleh la tunggu tren awal yang pertama ke KL Sentral. 

    • Untuk maklumat terkini mengenai jadual KLIA Transit baru sila layari laman web rasmi DI SINI
    • Dan untuk jadual penuh perjalan KLIA Transit, sila KLIK DI SINI


    Tambang Tren KLIA Transit / ERL ke KLIA KLIA2 

    Dari sini ke KLIA / KLIA2 hanya RM4.90 sehala (Kanak-kanak RM 2.20). 
    Warga emas, student dan OKU dapat diskaun 30%. ( Tunjukkan IC ,Kad Pelajar & KDS1M , dan Kad Oku dikaunter untuk dapatkan diskaun tambang). 

    Untuk maklumat harga tambang terkini (sekiranya ada perubahan) sila layari laman web rasmi dengan KLIK DI SINI
    Tambang ERL KLIA Transit

    Mesin Tiket ERL KLIA Transit 



    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku

    • Jika nak jimat lagi, boleh guna bas ke KLIA / KLIA2 dengan Bas Selangorku.
    • Tapi bas ni akan ambil masa yang agak lama. 
    • Saya tak rekemen kalau nak travel, elok naik sahaja tren.
    • Tapi sebagai alternatif, saya kongsikan sedikit gambar untuk panduan.
    • Menurut pemandu bas ni, jika di awal pagi bas akan penuh kerana ramai mereka yang bekerja di KLIA/KLIA2 akan menggunakan perkhidmatan bas percuma ini.
    • Sewaktu saya di sini, hanya ada 2 orang yang penumpang. Waktu ni dalam 2 petang.

    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku



    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku

    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku

    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku

    Bas Percuma ke KLIA / KLIA2 - Bas Selangorku


    Harap perkongsian ini bermanfaat. Ada apa-apa info tambahan akan saya update dari masa kesemasa. Dan sebarang komen saya ucapkan terima kasih.


    ~ Mat Drat ~


    Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇



    74 comments:

    1. Kiranya, kalau nak parking untuk tempoh yang lama, park n ride di putrajaya lebih jimat la kan? sebab saya baca, kat sini entry charge pun dah rm3 + overnight charge rm 5..di putrajaya entry charge rm 2 + overnight charge rm 4. (correct me if i'm wrong hee)

      Jadi pendapat mat drat, where is better and safer to park car for two weeks travel ?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hi Athi,
        Kalau rate Putrajaya belum naik, akan jimat RM1 perday. Tapi dari sini, tambang ke KLIA/KLIA2 mahal sikit compare dari Salak Tinggi. Kalau ramai naik tren, saving tak banyak la kot.

        Better n safer tu, susah gak la nak cakap. Putrajaya tu saya dah biasa, jadi utk saya... rasa lebih selesa.

        Tapi My trip next week dgn my family (with kids), mungkin saya Park di Salak Tinggi utk 5 days dan akan naik 2nd last tren ke KLIA.
        (Tapi Kalau terlalu sunyi, mungkin Park di Putrajaya je kot...)

        Delete
      2. Sebenarnya ni kali pertama saya nak park kereta untuk tempoh yang lama (10 hari). Saya pun mungkin berseorangan masa tu. Jadi, saya sedang survey tempat parking yang selamat & sesuai untuk letak kereta bagi tempoh yang lama.

        Apa-apa pun,terima kasih atas perkongsian pendapat :)

        Delete
      3. kalau seorang, Putrajaya Sentral Park N Ride lebih okey kot.

        jauh bercuti tu kalau 10 hari tu.... selamat bercuti dan enjoy your trip

        Delete
      4. Hehe.terima kasih.. selamat bercuti juga!

        Delete
      5. Sye prnh parking di Park & ride salak tinggi dlm 5 hari...kena byr parking pn lebih kurg dlm rm34-rm37(utk 5 hari) gitu la...

        Delete
    2. Terima kasih.Info yang berguna.

      ReplyDelete
    3. I was very happy to uncover this page. I want to to thank
      you for ones time just for this fantastic read!!
      I definitely savored every part of it and I have you book-marked to
      look at new stuff in your blog.

      ReplyDelete
    4. I need to to thank you for this excellent read!! I absolutely enjoyed every bit of it.
      I have got you saved as a favorite to check out new stuff you post…

      ReplyDelete
    5. Assalam. Hi mat drat. Sy suke bace entri mat drat tulis. Especially mmg sy bercadang bercuti bawa mak ayah n family ke langkawi. And naik airasia . Nk minta surgestion mat drat. Sy family 20 org. Mgkn kereta akan park 4 kereta then terus KLiA. Nak tya mane yg save utk park. And saya bawa budak2 6org. Surgest please antara salak tinggi & putrajaya?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Wasallam. Hi Amy, TQ singgah blog saya.

        Kalau 20 org... utk 1 kereta dlm 5 orang. Kira ramai gak tu. Rasanya Salak Tinggi lebih save sebab tambang lebih murah. Return tiket KLIA dlm RM 10, compare dari Putrajaya RM 19.

        Tapi kalau nak ke KLIA/KLIA2 waktu tengah malam dan balik pun tengah malam... saya lebih preferred Putrajaya. Saya tak pernah park di Salak Tinggi utk jadual flight yg tengah malam/ awal pagi.

        Delete
      2. Dan kalau nak park di Putrajaya, nanti kira la dulu kos parking + tiket train vs kos parking kat KLIA/KLIA2.

        Bukan apa, kalau jimat sikit je compare park di KLIA/KLIA2, saya rasa elok park terus di KLIA/KLIA2 je.... sebab ada kanak2 + mak ayah.... lebih selesa

        sebab Amy pergi dgn Mak + Ayah + Kanak2,

        Delete
      3. saya mulan lepas ke Bandung 4hari... 7 org dengan 2 anak kecil.

        Mula2 nak park kat salak tinggi...tapi flight awal pagi dan balik lewat malam... so plan nak park kat Putrajaya.

        Fikir2 factor keselesaan... saya park terus kat KLIA2 je
        - tak nak menunggu lama di airport awal pagi (kena naik last tren)
        - takut flight balik delay... takut nanti last tren dari KLIA2 terlepas

        - Dan rasanya akan banyak bagasi bertambah... Bandung tempat shopping.

        Saya park di KLIA2, kos lebih dalam RM 20 shj dari Putrajaya Sentral. Tapi selesa, balik2 bercuti dalam keletihan (dah 4 jam menunggu di Bandung Airport)... dengan barang banyak , rasa berbaloi. Anak2 pula, masuk kereta boleh terus tidur.... sebab sampai dah tengah malam.

        Delete
    6. Assalam. Hi mat drat. Sy suke bace entri mat drat tulis. Especially mmg sy bercadang bercuti bawa mak ayah n family ke langkawi. And naik airasia . Nk minta surgestion mat drat. Sy family 20 org. Mgkn kereta akan park 4 kereta then terus KLiA. Nak tya mane yg save utk park. And saya bawa budak2 6org. Surgest please antara salak tinggi & putrajaya?

      ReplyDelete
    7. Salak Tinggi Park & Ride should improve the following statements:
      Flat rate (4am – 1:59am) – RM 3.00 / Entry / Day
      Overnight parking (2am – 3:59am) – RM 5.00

      Should state more clearly:
      Flat rate, RM3.00, from 4am today till 1.59am tomorrow (22 hours of parking)

      Overnight parking (2am – 3:59am) is a misleading term here.
      Normally overnight is 8 hours.
      Here it refers to ONLY 2 hours of parking, from 2am – 3:59am each day, and charges a flat rate of RM5.00.
      Even if you park for 5 minutes between 2 to 3:59am, you have to pay RM5.00.
      Please change the word "Overnight" - wrongly used and misleading.

      Should state more clearly:
      RM3.00 for 22 hours of parking from 4am one day till 1.59am next day.
      RM5.00 for 2 hours of parking from 2am to 3.59am each day.
      RM8.00 for 24 hours of parking from 4am one day to 3.59am next day.

      Because if I enter ONE-TIME Salak Tinggi Park & Ride today at 6am, park my car there, and leave Salak Tinggi Park & Ride at 6am tomorrow, I will be charged RM3 (from 6am today till 1.59am tomorrow) + RM5 (from 2am to 3.59am tomorrow) + RM3 (from 4am to 6am tomorrow) = RM11 of parking fee.

      Not RM8, but RM11.

      ReplyDelete
      Replies
      1. you got point here. agreed with you. Thanks for the details calculation.

        a few times juga rasa 'terbayar' lebih. No wonder la.... the charges start at 6am and not an hour to hour basic.

        Delete
      2. Yes it charge rm 3 for next following hours. That means, if I park for 5 days..
        5 days x RM 8 = rm 40 + RM 3 (for 22 hours) equal RM 43. Not 11 per day, but it calculate by time..

        Delete
      3. Charge by day... Cut off time 3.59am.
        Once masuk shj 4.00am, additional charge RM3 utk following day

        Delete
    8. abey mat,
      parking berbumbung level mana yg connect direct dgn kaunter tiket?
      lpastu abey mat rekemen turunkan bagasi/org kt lobi baru masuk parking ke masuk parking terus pon boleh?
      tq

      ReplyDelete
      Replies
      1. Abe Q....
        Connect di Ground Floor. Sini senang turun kan org/bagasi dulu kalau byk bagasi n ramai org (budak2 n org tua2)
        Park n Ride Salak Tinggi ni tak mcm Park n Ride Putrajaya Sentral ye. Kalau Putrajaya Sentral kena turun sekali kat parking

        Delete
      2. Pagi tadi saya Park kat Putrajaya Sentral, malas nak drive jauh ke sana... Ni pun tgh travel seminggu ni.. 😊

        Delete
    9. Boleh kira di website kami:

      https://blog.pakej.my/info/tempat-parking-murah-ke-klia-atau-klia2/

      terima kasih tuan Mat Drat :)

      ReplyDelete
    10. Alhamdulillah. Sgt membantu. Terima kasih. Murah rezeki awak

      ReplyDelete
    11. Tq..sgt membntu...mmg tgh cri parking y murah n dekat dgn klia2..tqvm

      ReplyDelete
    12. December lepas saya park 5H4M di KLIA2 sahaja sebab ramai,
      -Nak park ni Putrajaya Sentral rasa kurang berbaloi sebab lebih kurang sama je total caj parking + tiket tren 7 orang.
      - Nak Ppark di Salak Tinggi pula macam tak berapa 'selesa' nak naik last tren 12:30am kat sini dengan anak2....

      Jadi saya park terus di KLIA2... dan senang balik dari Bandung dengan bagasi banyak, turun flight tak perlu nak heret beg banyak ke sana sini.

      ReplyDelete
    13. Dan Februari lepas saya park di Putrajaya Sentral untuk 5 hari.

      Saya suka park kat Putrajaya Sentral ni sebab dekat sikit... dari tol Putrajaya tu dalam 20 minit je. Kalau ke Salak Tinggi, agak jauh - malas nak drive jauh2..

      ReplyDelete
    14. tq.sy amat perlukan info2 parking ni.coz nak ke bandung 4hari.tpi dalam 15org.anak2 ramai.better park klia2 kan.sbb smpai malam dan dtg awl pagi.naik pun kt klia2. cume nak tau berapa harga di klia2 tu ye

      ReplyDelete
      Replies
      1. maximum RM46 a day for first 3 days, RM20 a day after.

        Mcm saya ke Bandung Dec hari tu, 46 + 46 + 46 + 20 + 20 = RM162

        Delete
    15. Kalau saya park 2 minggu which is kos parking rm112 total tetapi balik masa tu ticket hilang. Mereka akan charge RM50 saja untuk ticket hilang? haha

      ReplyDelete
    16. Thank you very very much!! Sangat2 membantu. Rasanya ni entry yang paling detail sy pernah jumpa. Rsnya parking kat putrajaya central dekat lg dgn sy.

      Saya baru first time nk cuba parking di park n ride ni. Be Mat boleh komen pasal isu keselamatan di parking x? Sy ada member cakap xberapa selamat nak parking sana. Return flight saya dari dan ke klia awal2 pagi so kalau letak kereta kat situ lg conveniant. Tp tu la diorg duk cerita macam2 sy dah serba salah pulak. Please enlighten me. Thank you!

      ReplyDelete
      Replies
      1. TQ Cik Sy!m singgah blog saya..

        Soal keselamatan tu susah nak cakap, so far saya tak ada masalah terutamanya di Putrajaya Sentral. Mmg selalu saya Park, Okey je.. Paling lama 10 hari dan terbaru hujung bulan lepasl saya Park 6 hari.

        Delete
      2. Kalau awal pagi ke KLIA (takut lama tunggu 1st tren) dan awal pagi dari KLIA, mungkin Boleh consider park terus je di KLIA/KLIA2 mcm saya hujung tahun lepas. Cuma kos lebih sikittt la, tapi lebih convenient. Atau boleh cuba grab je kalau travel 2-3 org

        Delete
    17. Terima kasih byk atas info bang..

      ReplyDelete
    18. Ade perkhidmatan taxi tak di station ni?

      ReplyDelete
    19. Assalamualaikum encik mat...suka saya baca blog en. Mat ni...sangat2 membantu dan memnambah pengetahuan...semoga Allah memudahkan segala urusan En.Mat dunia akhirat..Aamiin..saya pun nak juga mnta khidmat nasihat dan idea En. mat ni ...saya nak ke melancung ke sabah 2 minggu lagi..tapi masih tercari2 mana tempat yg sesuai..yg selamat dan murah utk parking kereta saya nnti...flight saya awal pagi jam 5.50 pagi...saya suami isteri dan 5 org anak dan ada seorng anak kecil..nak oder grab x mahal pastu nnti nak balik x muat dgn beg lagi...pas tu x der org k hntr sbb pagi sangat...boleh en. Mat bantu saya...kot2 idea en. Mat in shaa idea en. Mat dpt membantu...terima kasih en.mat

      ReplyDelete
      Replies
      1. Walaikumussalam.... terima kasih sudi singgah blog saya.

        1. Dilema puan nak park kereta ni sama saya alami masa saya nak ke Bandung hujung tahun lepas. Mungkin puan baca di catatan saya untuk trip tu, dapat membantu...
        http://mat-drat.blogspot.com/2018/07/percutian-ke-bandung-tips-dan-panduan.html

        2. Untuk perkongsian saya bercuti di Sabah, boleh singgah di link
        http://mat-drat.blogspot.com/2016/11/trip-bercuti-ke-kundasang-tempat-menarik-di-kundasang.html


        Delete
      2. Assalammualaikum, nak tanya kalau park area salak tinggi tu, ada kemudahan Grab tak? tq

        Delete
      3. Assalammualaikum, nak tanya kalau park area salak tinggi tu, ada kemudahan Grab tak? tq

        Delete
      4. Grab saya rasa ada je, cuma masa menunggu lama atau tidak. Lagi pun biasa kalau dekat dengan kawawan kolej/university , Grab agak senang nak dapat.
        Saya tak pernah try naik / try cari grab dari lokasi ni

        Delete
    20. Assalamualaikum saya nk tanya parking kat Salak Tinggi tu selamat atau tak.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Waalaikumussalam... Selamat atau tak, saya tak berani nak cakap.
        Tapi sejak ada bangunan Park n Ride ni, saya rasa lebih selamat berbanding open Park mcm dulu

        Delete
    21. Terima kasih tuan atas info yg diberikan. Saya tgh servey nk cari car park utk tempoh 3H4M hujung minggu ni. Disini ada security 24 ke.

      ReplyDelete
      Replies
      1. bab secutity saya tak pasti . Saya rasa Salak Tinggi atau Putrajaya Sentral tiada masalah utk park 3H4M, memang antara tempat parking mereka yang travel a few days.

        Delete
    22. Salam nk tny,sy bru 1st nk try park dekat salak tinggi..cume cnfius,klau dr KLIA2 nk ke salak tinggi pulak harge tiket dgn masa perjalanan sama ke?

      ReplyDelete
      Replies
      1. perjalanan dlm 11 minit dari KLIA2. Tambang sama, RM 4.90

        Delete
    23. Assalamualaikum. Klu Dr Putrajaya sentral direct ke KLIA 2 ke? Atau kene transit kl sentral.?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Waalaikumussalam
        Nak ke KLIA2 ambik tren ke KLIA/KLIA2. lihat Jadual perjalanan di atas.

        Ke KL Sentral tu kalau nak ke KL

        Delete
    24. info sgt baik dan complete, thank you brother!

      ReplyDelete
    25. Utk Makluman pembaca... Saya lebih suka Park Di Putrajaya Sentral. Mungkin dah biasa kot.

      Baru balik Trip London - Edinburgh Scotland. Trip ni pun saya Park Di Putrajaya Sentral

      ReplyDelete
    26. Parking bertingkat di Salak Tinggi penuh ptg td, mujur ada satu kosong kat parking terbuka klu tak kena terus ke klia.. 6 tingkat pun full

      ReplyDelete
      Replies
      1. Musim cuti... Ramai travel.

        Tq, info berguna ni, sebagai reminder yg nak park di sini sewaktu public holiday/cuti panjang

        Delete
    27. Assalamualaikum.. Sy nak tnya.. Klo flight pkul 7pgi.sempat x nak ambil train first pkul 4.33 a.m dari kl sentral.

      ReplyDelete
    28. waalaikumussalam.
      Mungkin sempat, tapi akan kelam kabut. Hanya ada masa kurang 2 jam sebelum berlepas

      Dan fikirkan risiko
      - terlepas 1st train
      - di airport orang terlalu ramai (school holiday)

      Saya 2 kali naik flight 7am, saya tak 'berani' park di sini, sebab dengan anak-anak. Takut kelam kabut dan mcm-mcm terjadi.
      - Sekali saya naik last tren dan tunggu di airport
      - Sekali saya terus park di KLIA2 (Trip 4-5 hari je), dan dengan anak2.

      harap membantu

      ReplyDelete
    29. Assalamualaikum
      Kalau flight saya pukul 705am agaknya sempat tak kalau saya parking kat putrajaya sentral? N car park dgn station klia transit ambik masa berapa lama nak bjalan kaki?

      ReplyDelete
    30. Situasi...

      1st tren tiba : Putrajaya Sentral 4.52, KLIA 5:08, KLIA2 5.12

      Kalau terlepas, 30 minit selepas tu.
      Saya konservatif sikit, so saya andaikan terlepas 1st tren dan ambil 2nd tre.... Jadi dijangka sampai di KLIA 5:38, KLIA2 : 5.42

      Kalau international flight... Saya rasa mcm terlalu terkejar2.. Mcm tak sempat je. Better jangan.

      Kalau domestik flight pula...
      Kalau naik di KLIA, pastikan dah check in online dan tiada drop beg. Insyaalah sempat tapi agak terkejar2

      Kalau naik di KLIA2 dan naik AAsia, mcm tak berapa sempat la.
      Kalau nak juga, pastikan dah check in dan tak ada drop beg. Dan nak ke departure gate di KLIA2 jauh... Dlm 15-20 minit menapak tu.

      Saya 7am, tak park kat sini. Terus ke airport. Semalam pun saya terus ke airport.

      Soalan 2..
      Parking dgn station sebelah menyebelah je... Connecting.
      Dlm 10 minit dari kereta ke tiket kaunter klia transit (lebih kurang)

      ReplyDelete
    31. Nak Tanya. Saya nak ke Sabah. Selama 5 Hari. Balik Dr Sabah Flight pkl 11mlm. Sampai Kat klia mngkin 1pagi. Parking di klia lagi ok atau Kat Salak Tinggi, dari segi perbelanjaan yg Mana agak jimat. Dgn tambang taxi diawal pagi ke Salak tinggi + bayaran letak kereta.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Tuan / puan kena kira tambang tren + teksi overnite caj / grab

        Delete
    32. assalamualaikum..
      kalau saya nk ke KLIA2 ada luggage kena sampai 4jam awal ke? saya ada ank kecil. tiket 0850 hrs. rasa kat mana saya nak parking. putraja sentral & salak tinggi tren awal pun kul 5. sedangkan saya kul 4 dah kena ada di klia2..boleh bagi suggestion.terima kasih....

      ReplyDelete
      Replies
      1. Yg disuggestkan, utk domestik flight biasanya 3 jam, utk international flight 4 jam awal.

        Utk urusan check in bagasi dll terutama kalau cuti sekolah.

        Kalau tak ada check-in bagasi dan bukan school holiday, saya berani naik 1st tren dari Salak Tinggi atau Putrajaya Sentral, kalau domestik flight. Kalau international, saya tak berapa nak berani.

        Utk kes puan, kalau nak park di Salak Tinggi / Putrajaya Sentral, kena make sure dapat naik 1st tren ke KLIA / KLIA2, dan sampai airport terus ke kuanter check-in n drop beg.

        Jangka sampai KLIA/KLIA2 5.30am, ada 3 jam utk checkin. kira sempat lagi, cuma kena beratur panjang la kot

        Delete
    33. Cuti Sek Mac baru ni, trip Perth... saya park di Salak Tinggi Park and Ride, 22-28 Mac. Kos RM 51 (RM 8 X 6 + RM 3)

      Dan trip Turki, saya park 31.03-9.04. Kos RM56 (RM 6 X 8 RM 2)

      ReplyDelete
    34. Salam tuan,saya nak ke langkawi dan flight jam 06.20am,ada bawa luggage,tengok jadual tu macam xsempat je untuk check in sebab kena 3jam awal sampai.

      Jadi boleh ke jikalau saya pergi ke klia2 dulu dan check in ape semua,selepas tu terus park kereta dekat sini?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Wasallam.
        Bagi saya mcm risiko sikit sbb kaunter utk drop beg, biasa 3 jam sebelum baru buka.

        Kena ambil kira masa kalau Q panjang untuk check in / drop beg.

        Selesai, tu nak drive balik ke sini, dan tunggu train... Mcm agak kelam kabut. Pandangan saya la.

        Delete
    35. ade x grab atau mycar dekat erl salak tinggi tuh awal pg dalam pukul 3.tolong bantu sy.sy flight pukul 6.50 tp rasa risau pulak nk tunggu first train dr salak tinggi sampai pukul 5am.ingat pergi naik grab balik x pe la kalau naik erl dr klia ke salak tinggi tuh.pening dah ni sy

      ReplyDelete
    36. ade x grab atau mycar awal pagi dr erl salak tinggi ni ke klia2.tolong sngt2 bantu sy.sy tiket flight kul 6.50pg rasa risau pulak nk tunggu train awal pukul 5.00am dr salak tinggi tuh.aduh pening sy

      ReplyDelete
    37. Flight 6.50am....saya mmg tak berani ambil 1st tren. Takut tak sempat, terlepas 1st tren etc.... TAPI kalau tak ada check-in luggage, tak ada budak2, boleh la CUBA.

      Saya pernah ambil last train, dan menunggu kat klia sampai pagi.

      Saya pernah Park kat KLIA2 je, 4am sampai KLIA2. Ni trip family dgn anak2, cuma kos parking lebih sikit je, janji anak2 selesa.

      Grab/mycar 3am area sini saya rasa susah sikit. Lagi pun 3am, tak ada tren, jadi grab/mycar tak standby.

      Satu option kalau nak park juga, kena deal awal2 dgn teksi/mycar/grab utk hantar ke klia/KLIA2.

      -my 2 cent

      ReplyDelete
    38. Hai,tuan flight sy dari labuan smpai klia2 jam 1130,sempat x nk amek erl ke slak selatan..bila last train ke salak selatan

      ReplyDelete
      Replies
      1. 11.30 sampai kalau tak delay dan tak ada bagasi check-in, rasanya sempat.

        Tapi kalau ada bagasi check-in, kena standby backup plan. Kalau terlepas train, kena grab atau mycar la ke sana...

        Tren akhir rasanya 12:59am

        Delete
    39. Masuk kat parking lama(terbuka) pkai tounch n go. Keluar pun pkai tounch n go jg ka.

      ReplyDelete
    40. Salam nak tanya kalau flight kul 6 pm ada ke tren ke KLIA2
      dan dan blk flight sampai dlm kul 6 gitu2 kul 9 nak ke stesen salak tinggi ada ke tren
      Satu lagi perlu buat tempahan ke...atau just terus ke stesen..or paksi touch n go...

      ReplyDelete
      Replies
      1. Tren Ada. Boleh check jadual, Ada link di atas.

        Tak perlu tempahan, masuk dan park. Cuma ada lot parking kosong atau tidak, tidak pasti.

        Delete
    41. Salam nak tanya kalau flight kul 6 pm ada ke tren ke KLIA2
      dan dan blk flight sampai dlm kul 6 gitu2 kul 9 nak ke stesen salak tinggi ada ke tren
      Satu lagi perlu buat tempahan ke...atau just terus ke stesen..or paksi touch n go...

      ReplyDelete

    Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

    Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.