Sessi jalan n makan cuti sekolah baru-baru ini, kami tuju ke utara tanah air. Selepas pusing Pulau Pinang, terlintas untuk lajak ke utara.
Dari Pulau Pinang kami ke Padang Besar. Dan apabila pulang dari Padang Besar, kami dicadangkan singgah di Gua Kelam. Kata abang saya, dah alang-alang sampai, singgah la sini Gua Kelam. Entah bila lagi nak sampai ke Perlis ni.
- Gua Kelam terletak di daerah Kaki Bukit, Perlis.
- Jalan ke sini agak sunyi dan tidak sibuk.
- Dari Padang Besar, mengambil masa hampir 20 minit sahaja. Jarak pun hanya dalam 15 km.
- Kalau dari Alor Setar ke Gua Kelam, lebih kurang 75 km dan mengambil masa lebih kurang 1 jam - 1 jam 15 minit perjalanan.
Simpang Gua Kelam |
Pantun Gua Kelam |
Laluan yang selesa disediakan |
Setelah menyusuri sepanjang laluan yang disediakan di dalam gua ini, kita akan sampai ke penghujung gua. Cuma perlu awasi anak-anak melalui laluan yang disediakan kerana ada tempat yang agak gelap serta di bawah laluan terdapat anak sungai. Di penghujung gua, tersedia tempat beristirehat yang agak selesa.
Sebenarnya, kita juga boleh merasai pengalaman masuk ke gua kelam di laluan gua yang sebenar. Cuma perlu awal kerana saya difahamkan, laluan tidak akan dibuka apbila sudah lewat petang.
|
Penghujung Gua Kelam |
~Mat-Drat~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇
No comments:
Post a Comment
Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.
Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.