Tuesday, 11 September 2018

Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral

Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral


Mat Drat share semula mengenai tajuk ni, sebab lepas guna Park n Ride Putrajaya Sentral baru-baru ni, Mat Drat rasa macam perlu update beberapa info untuk pembaca.


Parking di mana murah berdekatan KLIA KLIA2 ?

Nak travel beberapa hari dan mencari tempat parking yang murah dan menjimatkan?

Soalan ni pun dulu-dulu Mat Drat selalu cari jawapan dia. Bila dah selalu travel, dah senang nak decide nak park di mana.

Dah tahu untuk trip yang ni perlu park dimana dan untuk trip yang tu pulak perlu park di mana. Tak semestinya tiap kali nak KLIA/KLIA2 Mat Drat akan park di tempat yang sama....

Bagi yang dah biasa memandu dan park kereta di KLIA / KLIA2, pasti tahu rate parking di KLIA / KLIA2 kan. Sehari boleh mencecah RM 46 jika parking di sana.

Sebenarnya ada beberapa tempat yang biasa jadi pilihan untuk mereka yang nak ke luar negara tak kira la untuk bertugas, bercuti, traveller atau pun staff airline sendiri.

Antaranya 
- Putrajaya Park n Ride ( Putrajaya Sentral)
- Salak Tinggi Park n Ride ( Salak Tinggi Station )
- TBS
- Rumah kenalan sekitar KLIA /KLIA2

Untuk entry ni Mat Drat share info mengenai Putrajaya Park n Ride (Putrajaya Sentral), tempat yang paling selalu Mat Drat guna untuk park kereta kalau nak travel.

Untuk info kalau nak park di Salak Tinggi Park n Ride (Salak Tinggi Station), boleh baca di perkongsian Mat Drat sebelum ni.

👉👉 Parking Murah di Salak Tinggi Park n Ride 





Murah ke parking di Putrajaya Park n Ride / Sentral ni ?

Kadar parking di Putrajaya Park n Ride ni memang lebih murah dari rate park di KLIA /KLIA2. TAPI, sebelum park tu, kena buat lah kira-kira dulu. 

Jika ingin park kereta di Putrajaya Park n Ride atau Salak Tinggi Park n RideJANGAN lupa kira kos tambang tren KLIA Transit ye...... 


Kalau dah kira dan memang jimat, boleh la consider untuk park di sini. 

TAPI, Jangan terus decide park di sini walau sedikit menjimatkan, sebab kena ambil kira juga faktor lain ye. Antaranya
  • Selesa ke kat sini
  • Waktu flight sesuai ke
  • Bagasi banyak ke
Selesa
Kalau travel dengan anak-anak kecil yang agak ramai, senang ke pergerakan kita. Lagi-lagi dengan baby. Dan lagi-lagi kalau park di waktu malam.
Sini tak la macam KL Sentral yang ramai pengunjung pada waktu malam ye. 

Waktu flight
Kalau flight hari dah 'siang' atau pun 'malam yang masih muda' tak jadi masalah, TAPI kalau awal pagi...memang kena fikir betul-betul.
Kena ambil tahu last / first tren. Kena jangka berapa lama perlu menunggu di airport kalau naik last tren. Kalau ambil 1st tren, sempat ke tak kejar flight.

Bagasi banyak tak
Kalau bagasi banyak pun kena fikir juga sebab dari platform ke parking kereta boleh ke kita nak bawa semua luggage tu. Sini tak disediakan trolley. Kalau semua beg beroda dan tak ada anak-anak kecil, tak ada masalah sangat.
TAPI kalau luggage jenis main ikat bundle je (macam baru balik Shopping kat Bandung / Ho Chi Minh City), tu kena fikir juga ye.




Cara paling murah ke KLIA / KLIA2

Sebelum Mat Drat share info pasal Putrajaya Sentral ni, nak kongsi juga info beberapa cara untuk ke KLIA / KLIA2.

Biasanya untuk ke KLIA/KLIA2, orang akan guna salah satu pilihan ni.
- Family / kawan hantar ke KLIA/KLIA2
- Bas
- ERL
- KLIA Transit
- Teksi Bandar (Bermeter)
- Teksi Limo Airport
- Grab Car

Dalam banyak-banyak pilihan kat atas tu, grab car je Mat Drat tak pernah try lagi. (Sebab tambang lebih kurang teksi/ limo KLIA je)

Dan pastinya, pergi ke KLIA / KLIA2 dengan bas paling murah dan menjimatkan. 


Dan biasanya bagi Mat Drat :


  • Untuk  trip lebih 5 hari akan park kereta di Park N Ride Putrajaya.
  • Untuk trip pendek 2-3 hari dengan semua family member akan terus park kereta di KLIA / KLIA 2 je.
  • Tapi pernah juga naik bas je ke KLIA/KLIA2 dari KL Sentral. Waktu ni berulang tiap minggu KL - Kuching untuk tempoh lebih kurang 3 bulan. Terpaksa jimatkan selagi yang boleh kos travel.
  • Kalau rasa duit lebih sikit minggu tu (masa berulang KL-Kuching), Mat Drat naik la ERL  dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2.
  • Kalau trip opis, naik teksi / LIMO je la.... sebab boleh claim.



Nota :
Di akhir entry ni Mat Drat share kenapa Trip Bandung baru-baru ni (trip satu family), Mat Drat park di KLIA2 je, dan bukan di Putrajaya Park n Ride ataupun di Salak Tinggi Park n Ride. 
Semua selepas ambik kira faktor kos, keselesaan, waktu flight dan bilangan luggage.

Edited Jun 2019
Feb 2019 
- Trip Umrah bersama isteri

- Mat Drat tak park di KLIA ataupun park n ride
- Terus dari rumah dengan teksi (jiran se-taman perumahan)

Mac 2019 
- Trip family dengan anak-anak ke Perth Australia 7H5M
- Mat Drat park di Salak Tinggi waktu malam (flight 12am)
- Sampai sini dalam 8.30pm

- Malam pertama cuti sekolah

April 2019 
- Trip bersama isteri ke Turkey 10H8M
- Mat Drat park di Putrajaya Park n Ride (Putrajaya Sentral)









.



.




Putrajaya Park n Ride / Putrajaya Sentral

    • Park n Ride Putrajaya ini merupakan lot parking berbumbung 3 tingkat dan ia terletak di Presint 7. 
    • Terdapat lebih 1,400 lot parking tersedia di sini. 
    • Terletak bersebelahan dengan bangunan Station Putrajaya Sentral. Bangunan parking kereta dan Station Putrajaya Sentral di hubungkan dengan laluan di aras P3. 
    • Putrajaya Sentral juga kadang-kadang dikenali dengan Station ERL Putrajaya / Cyberjaya
    • Jika menggunakan waze / google map, cari sahaja "Putrajaya Sentral" atau "Park n Ride Putrajaya".
    • Kalau drive dan gunakan PLus Highway ELITE, hanya 10km dari exit Toll Putrajaya.
    • Dan jangan lupa di ELITE highway ada AES Camera ye selepas Putra Heights.
    • Selain parking berbumbung, juga terdapat parking tidak berbumbung bersebelahan platform bas ekspress dan juga beberapa lot parking ditepi bangunan.

    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Keadaan lot parking berbumbung. Malam juga diterangi lampu

    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Jangan sekali-kali park di lot OKU jika kenderaan tiada sticker OKU.
    Nanti balik-balik travel, tengok kereta dah kena claim, kan haru....


    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Jangan park kereta di tempat yang bukan sepatutnya.
    Ni kes park tepi pintu je, bukan dalam petak parking. Nak senang je....Kan dah kena!!


    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Malam juga diterangi lampu


    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Jika terpaksa park di luar bangunan, pastikan park di petak parking.


    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Lot parking tak berbumbung.
    Bersebelahan platform bas ekspress Terminal B.



    Perlu tahu dan ingat juga ....
    • Lot parking di sini agak luas dengan terdapat beberapa tingkat. 
    • Kalau park beberapa hari, elok ambil gambar dan ingat betul-betul lokasi serta tingkat di mana kita park kereta.  Jangan balik travel, pening tak jumpa kereta di mana.
    • Jika datang untuk park kereta pada siang hari bekerja (Isnin-Jumaat), akan menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan lot parking di tingkat bawah. Sebaliknya perlu berpusing-pusing dan perlu park di tingkat atas dan agak jauh dari lift. 
    • Jika nasib tak baik, terpaksa park di luar. Tapi ingat ye, park di dalam petak parking sahaja.
    • Jika datang pada hujung minggu (Sabtu / Ahad), cari lot parking yang kosong di sini tiada masalah (di tingkat bawah dan berdekatan dengan lif). 
    • Warga Putrajaya dan kawasan berdekatannya ramai yang akan park kereta di sini dan pergi kerja dengan menaiki tren KLIA Transit. 
    • Di sini TIDAK di sediakan trolley bagasi ye. Jadi kena bawa (angkat, pikul atau heret) beg bagasi dari kereta ke platform tren KLIA Transit.
    • Jarak dari tempat parking ke platform tak jauh, tapi akan melecehkan jika dengan anak-anak kecil dan bagasi yang banyak.

    Kemudahan di  Putrajaya Sentral

    • Perkhidamatan Bas Ekspress dan juga bas 'biasa' ada dari sini. 
    • Bas ekspress ke pelbagai destinasi ada disini. Boleh beli di kaunter atau secara online sahaja di link BUS TICKET ONLINE atau CATCH THE BUS
    • Bas ke KLIA/KLIA2 tiada dari sini. Nak ke KLIA / KLIA2 hanya dengan tren KLIA Transit atau teksi sahaja.
    • Teksi juga banyak di sini, terletak di tingkat bawah dan bertentangan dengan station bas. 
    • Jika tengah malam, teksi menunggu mungkin tidak sebanyak waktu siang. 
    • Jika lewat malam atau awal pagi, elok dapatkan nombor teksi dahulu dan buat appoinment untuk pickup.
    • Grab car juga tak ada masalah di sini. Cuma kalau waktu malam mungkin perlu menunggu lebih lama.
    • Locker nak letak beg / bagasi juga ada disediakan.
    • Surau juga cukup selesa disini.
    • Kedai dan gerai makanan ada. Malam tak banyak yang beroperasi dan lewat malam boleh kata semua tutup.
    • Selain di tingkat atas berhadapan gate ke KLIA Transit, ada juga kedai convenience store dan restoran di tingkat bawah, di area platform bas.

    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Putrajaya Sentral
    Sumber gambar : Google Image


    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Gerai-gerai dan booth di Putrajaya Sentral - Tingkat atas menuju gate KLIA Transit


    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Antara kedai-kedai di Putrajaya Sentral - Tingkat atas menuju gate KLIA Transit

    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Entrance ke KLIA Transit.
    Tiket kaunter ada, mesin tiket pun ada.
    Punya sibuk di waktu pagi, akan ada petugas di luar kaunter untuk melancarkan proses pembelian tiket.



    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Surau agak selesa


    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Antara restoran yang ada


    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Kemudahan Locker simpan bagasi

    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    ATM Mesin pun ada.
    Tapi ingat, kadang-kadang out of service. 




    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Money changer pun ada.
    Latst money changer yang akan dijumpai sebelum tiba di KLIA/KLIA 2.
    Kat KLIA / KLIA2 rate lain sikit la.



    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Teksi-teksi di tingkat bawah. Agak banyak yang menunggu.
    Gambar ni Mat Drat ambik petang weekday ye.


    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Tingkat bawah Putrajaya Sentral.
    Terminal B untuk  Bas ekspress.


    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Antara operator bas ekspres yang ada. Ada beberapa lagi.
    Nak senang, try cek melalui website Bus Ticket Online atau Catch The Bus.

    👉👉 Tiket Bas Online

    👉👉 Catch The Bus




    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Parking berbumbung untuk motorsikal juga ada, tapi agak limited dan hampir selalunya penuh.




    Kadar Parking Park N Ride Putrajaya Sentral (Parking Rate) 

    • Kadar parking RM2 sehari dan tambahan RM 4 sehari jika melebihi 12amKira RM6 untuk seharian semalam.
    • Bayaran parking di sini adalah cashless ye, sama ada :
      • kad Touch n Go
      • Visa Paywave Kredit/Debit
      • applikasi Paybyphone




    • Kadar bayaran tempat letak kereta yang dikuatkuasakan adalah seperti berikut :-
      • 15 minit pertama : Percuma
      • Bayaran sehari     : RM2.00(sebelum 12.00 tgh malam)
      • Bermalam       : Tambahan RM4.00 (mulai 12.01pagi hingga 6.00pagi)
      • Jika park seharian, caj yang dikenakan adalah RM 6 ( RM2 + RM 4). 
    • Untuk kadar parking terkini kena layari laman web rasmi Perbadanan Putrajaya.

    Nota!! 
    Pengiraan parking dikira ikut waktu ditetapkan dan di kira mulai 6:01am

    Contoh:
    Kalau masuk ke sini 11pm dam keluar jam 11 pagi berikutnya, kita akan di kenakan caj
    RM 2 (Day 1 - siang masuk 6:01am - 12:00pm)
    RM 4 (Bermalam - untuk jam 12:01 am - 6:00am)
    RM 2 (Day 2 - siang 6:01am - 11:00am)

    Jadi kalau sampai sini 11.55pm, tunggu je la 12:01am baru masuk. Jimatlah RM2. 
    Kalau sampai sini beberapa minit sebelum 6:00am, masuklah lepas 6:01am, dapatlah jimat RM 4!!!


    Nota 2!! 

    Dulu limit park kereta di sini adalah 14 hari. Mat Drat tak tahu bagaimana pengiraan sekiranya kita park melebihi 14 hari.



    Mat Drat pernah bertanya kepada petugas kaunter bagaimana jika ingin park melebihi 14 hari. Petugas maklumkan, untuk yang ingin park melebihi 14 hari, perlu maklumkan terlebih dahulu kepada petugas di pejabat parking. (Mungkin pengiraan secara manual akan diperlukan).


    ...



    ...






    Parking Rate Park N ride Putrajaya






    .........................

    Loading...





    ERL vs KLIA Ekspres vs KLIA Transit

    • JANGAN confius ye. ERL syarikat yang mengendalikan kedua-dua perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit.
    • Kedua-dua ni adalah tren KL Sentral ke KLIA / KLIA2 tetapi berbeza.
    • KLIA Ekspres adalah tren laju TANPA HENTI yang hubungkan KLIA2 / KLIA - KL Sentral.
    • KLIA Transit pula tren menghubungkan KLIA2 / KLIA - KL Sentral TETAPI berhenti di beberapa station.
    • Dari sini (Putrajaya Sentral) untuk ke KLIA / KLIA2, kita perlu menaiki tren KLIA Transit dan bukannya KLIA Ekspres ERL.
    • Jika di Putrajaya Sentral, jangan bimbang ternaik tren KLIA Ekspres, kerana tren KLIA Ekspres tidak berhenti di sini. KLIA Ekspres hanya berhenti di 3 stesyen iaitu KLIA2 - KLIA - KL Sentral. Jadi apa tren yang berhenti itu adalah tren KLIA Transit dan tren itu akan menuju ke KLIA/KLIA2 atau pun ke KL Sentral.
    • TAPI INGAT.. BERBEZA jika dari KLIA / KLIA2, pastikan kita naik KLIA Transit untuk ke sini (putrajaya sentral). JANGAN sampai ternaik KLIA Ekspree pula dari KLIA/ KLIA2, nanti terus sampai di KL Sentral. Dah kena bayar tambang KLIA/KLIA2 ke KL Sentral dan lepas tu kena pulak patah balik ke Putrajaya Sentral.


    NOTA 
    Di KLIA / KLIA2, jangan salah naik tren ye.
    Platform warna hijau untuk KLIA Transit.
    Yang warna merun tu untuk tren  ERL ye




    Jadual Tren KLIA Transit / ERL ke KLIA KLIA2 

    • Ini perkara wajib yang diambil tahu, jika ingin ke KLIA/KLIA2.
    • Dari station Putrajaya Sentral ini ia ambil masa :
      • 16 minit ke KLIA 
      • 20 minit ke KLIA2.
    • Ikut pengalaman selama Mat Drat guna KLIA Transit ni, memang tidak lewat dan sentiasa on time. 
    • Tren di sini tiba setiap 20 minit (waktu sibuk) dan 30 minit (waktu off-peak).
    First Train dan Last Train.
    • Perlu ambil tahu jadual pejalanan tren KLIA Transit ini terutamanya First Train dan Last Train
    • Jangan sampai tak sempat menaiki tren terakhir atau pun terpaksa menunggu tren pertama terlalu lama di awal pagi. Sini sunyi ye waktu malam. Apatah lagi jika selepas tren terakhir!!.
    • Jika anda ingin menuju ke KLIA/KLIA 2 dan mengejar waktu check-in atau departure, perlu juga ambil kira masa anda perlu menapak dari platform ke kaunter/departure hall. 
    • Biasakan tiba di KLIA/KLIA awal. Mat Drat biasa tiba paling kurang 2 jam sebelum berlepas. Kalau flight international, paling kurang 3 jam Mat Drat akan awal. Kalau perlu drop luggage, akan lagi awal Mat Drat tiba di KLIA/KLIA2.

    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Suasana di Putrajaya Sentral di weekend.
    Bahagian sini nak ke KLIA/KLIA2 manakal yang sebelah sana nak ke KL Sentral


    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Ni suasana pagi weekday. 
    Sebelah sana tu warga Putrajaya dan Cyberjaya menunggu tren nak ke KL.

    Ingat : beratur ye, jangan main serbu je



    Parking Murah ke KLIA / KLIA2 di Park n Ride Putrajaya Sentral
    Agak lengang ..weekend



    Ke KLIA / KLIA2...turun ke Platform 3/4. Sebelah kanan



    Suasana dalam tren ..weekend






    Jika dari KLIA / KLIA2

    Sekali lagi Mat Drat pesan... jika di KLIA menuju ke Putrajaya Sentral ni pastikan kita naik KLIA Transit untuk ke sini. JANGAN sampai ternaik ERL dari KLIA/ KLIA2, nanti terus sampai di KL Sentral. 

    Pas tu  kena bayar tambang KLIA/KLIA2 ke KL Sentral dan lepas tu kena pulak patah balik ke Putrajaya Sentral. 2 kali rugi. Belum kira rugi masa lagi.

    KLIA Ekspress dan KLIA Transit di Level 1


    Kaunter tiket ada di Level 1 sebelum memasuki platform tren ERL /  KLIA Transit


    Pastikan menunggu tren di platform yang betul.
    Warna hijau untuk KLIA Transit.
    Yang warna merun tu untuk tren  ERL ye.


    Pastikan naik di platform warna biru ni untuk KLIA Transit ke Putrajaya Sentral


    Ni menunggu ERL...Terus ke KL Sentral











    Jadual Tren KL Sentral to airport  KLIA / KLIA 2


    Jadual Tren KLIA Transit KLIA
    Schedules are subject to change.

    • Untuk maklumat terkini mengenai jadual KLIA Transit baru sila layari laman web rasmi DI SINI
    • Dan untuk jadual penuh perjalan KLIA Transit, sila KLIK DI SINI

    • Tren pertama dan tren terakhir bertolak dari KL Sentral menuju ke KLIA / KLIA2
      • First train departs 04:33 am dari KL Sentral
      • Last train departs 12:03 am  dari KL Sentral
    • Tren PERTAMA ke KLIA/KLIA2 jam 4:33am dari KL Sentral diijangka tiba di :
      • Station Putrajaya Sentral 4:52am
      • KLIA 5:08 am dan KLIA2 05:12am.
    • JADI, kalau ambil first tren dan flight pula pagi kena kira betul-betul sempat atau tak untuk kejar flight tu. Mat Drat amalkan 2 jam sebelum berlepas dah tiba di airport untuk local flight dan 3 jam awal untuk international flight.
    • Kalau public holiday atau cuti sekolah, kadang-kadang lagi awal Mat Drat sampai.  
    • Tren TERAKHIR ke KLIA/KLIA2 pula bergerak jam 12:03am dari KL Sentral. Dijangka tiba di 
      • Station Putrjaya Sentral  12:22am  
      • KLIA 12.38am dan KLIA2 12:42am.
    • Jadi kalau penerbangan tu awal pagi sekitar jam 4-6 pagi, Mat Drat cadangkan boleh lah ambil tren terakhir. Tapi nak lagi selesa (kalau Mat Drat la) ambil tren yang kedua terakhir. Biar sampai awal di airport. Tunggu di airport 2-3 jam tu perkara normal, lagi-lagi kalau untuk penerbangan jauh.
    • Kat KLIA / KLIA2 banyak tempat boleh 'melepak' sambil tunggu flight berlepas. Nanti Mat Drat share sikit kemudahan di KLIA/KLIA2 untuk panduan.
    • Charging port pun ada di KLIA / KLIA2. 



    KLIA/KLIA2  to KL Sentral
    First train departs 05:48 am(KLIA2), 
    05:52 am(KLIA)
    Last train departs 12:59 am  >> Salak Tinggi 01.09 am 

    • Tren PERTAMA dari KLIA2 bertolak pada jam 5:48am, tiba di KLIA  5:52am sebelum menuju ke KL Sentral. Dijangka tiba di Station Putrajaya Sentral 6:08am
    • Tren yang TERAKHIR  pula bergerak dari KLIA2 adalah pada jam (12:59am), tiba di KLIA (1:03am) sebelum menuju ke KL Sentral. Dijangka tiba di Station Putrajaya Sentral 1:18am).
    • Jadi kalau tiba di KLIA/KLIA2 tengah malam dan tak sempat mengejar tren terakhir, boleh la tunggu tren awal yang pertama ke KL Sentral. 


    .

    .

    Tambang Tren KLIA Transit / ERL ke KLIA KLIA2 

    • Dari sini ke KLIA / KLIA2 hanya RM9.40 sehala (Kanak-kanak RM 4.20).
    • Warga emas, student dan OKU dapat diskaun 30%. ( Tunjukkan IC ,Kad Pelajar & KDS1M , dan Kad Oku dikaunter untuk dapatkan diskaun tambang).
    • Untuk maklumat harga tambang terkini (sekiranya ada perubahan) sila layari laman web rasmi dengan KLIK DI SINI
    Tambang ERL KLIA Transit


    Tambang ERL . KLIA Transit
    Tambang ERL . KLIA Transit




    Untuk maklumat harga tambang terkini ( sekiranya ada perubahan) sila layari laman web rasmi dengan  KLIK DI SINI







    PARKING ALTERNATIF

    Selain park kereta di Putrajaya Park  n Ride, terdapat beberapa pilihan lain .... antaranya; Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau Park n Ride Salak Tinggi


    A. Parking di Park n Ride Salak Tinggi - ERL KLIA Transit Station

    Boleh baca di link berikut untuk maklumat detail mengenai Park n Ride Salak Tinggi - ERL KLIA Transit Station. 




    B. Parking di Terminal Bersepadu Selatan (TBS)

    • Satu lagi alternatif, boleh juga parking di TBS. TBS atau dikenali juga sebagai Terminal Bersatu Selatan terletak berhapiran Bandar Tasik Selatan, bersebelahan dengan MRR2.
    • Kadar parking di sini adalah sama tengan kadar parking di Putrajaya Sentral tetapi penguna perlu membayar tiket tren lebih mahal untuk ke KLIA/KLIA 2...

    Tambang Tren TBS ke KLIA/KLIA2

    - TBS ke KLIA/ KLIA 2 : RM 38.40 (return RM 76.80), manakala
    - Putrajaya ke KLIA / KLIA2 : RM 9.40 (return RM 18.80 )

    Tambang tren TBS - KLIA agak mahal jika dibandingkan dengan tambang Putrajaya Sentral - KLIA.

    Walau bagai mana pun, tambang yang perlu dibayar seperti di atas (RM38.40 sehala) boleh dijimatkan dengan mengikuti tips di bawah ni: .... (tapi tips ni tidak sesuai jika bawa anak-anak kecil dan banyak beg yang perlu di bawa.

    Tip Jimat Tambang Tren TBS ke KLIA / KLIA 2

    1. Naik tren dari Stesyen TBS dan berhenti di stesyen Putrajaya - RM 8.00
    2. Turun dari tren dan beli pula tiket untuk tren berikutnya ke KLIA/KLIA2
    3. Naik tren berikutnya dari Stesyen Putrajaya ke KLIA / KLIA2 = = RM 9.40
    Jumlah yang perlu di bayar hanya RM 17.40

    Walau bagaimana pun, tips ni agak tidak sesuai jika :
    1. bawa anak-anak kecil bersama
    2. luggage yang banyak dan agak berat
    3. masa yang agak suntuk sebelum pelepasan penerbangan
    Tak sesuai kerana perlu keluar tren, beli tiket dan turun semula ke platform untuk menunggu tren berikutnya.


    Akhir sekali... Pesanan Saya

    1. Jangan lupa lock kereta.
    2. Jangan simpan barang berharga terutama barangan elektronik di dalam kereta.
    3. Simpan tiket parking elok-elok terutama yang park lama... jangan sampai hilang / rosak
    4. Ingat betul-betul park kereta di mana

    Selamat Bercuti Semua.



    ~Mat-Drat ~

    Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇


    24 comments:

    1. sekadar berkongsi, rasanya ada ralat dalam post tuan.

      ERL adalah singkatan bagi syarikat Express Rail Link Sdn Bhd. Sebuah syarikat yang memiliki serta mengendalikan sistem laluan keretapi lapangan terbang yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan hub pengangkutan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) sejauh 57 kilometer.

      Syarikat ini mengendalikan dua perkhidmatan kereta api yang berlainan:

      1. KLIA Ekspres - perkhidmatan keretapi langsung terus (tanpa henti) dari KLIA ke KL Sentral yang dilancarkan pada 14 April 2002.

      2. KLIA Transit - perkhidmatan kereta api komuter dengan tiga hentian tambahan antara KLIA dan KL Sentral, yang dilancarkan pada 1 Jun 2002.

      ReplyDelete
      Replies
      1. TQ utk pembetulan.. Nanti saya betulkan... Dah terlalu biasa sebut naik ERL (ERL Ekspress / ERL Transit)

        Delete
    2. Terima kasih atas tips dan penerangan yg sgt detail.

      ReplyDelete
    3. Tq Mat Drat, informasi yg sgt bagus

      ReplyDelete
    4. Assalamualaikum mat drat. Terima kasih atas informasi yang diberikan.
      Nak tanya, sebab2 mat drat satu family parking kat klia2 time pergi bandung sebab apa?.mcm xmention ja sbbnya ka saya yg baca xhabis 😅

      ReplyDelete
      Replies
      1. Ye la.. Tak share... Saya share kat entry 'percutian ke Bandung : Tips dan Panduan"

        Delete
    5. tq boh.. info yg detail & tulisan yg menarik

      ReplyDelete
    6. Assalammualaikum Mat Drat, mekasih atas perkongsian yg sgt memberi menafaat.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Waalaikumusalam... Terima kasih singgah blog saya.
        Sekadar berkongsi pengalaman

        Delete
    7. Assalamualaikum mat..
      nak tanya, kalau parking dalam pukul 5 am..kat mana yang rasa2 selamat sikit ye? di putrajaya atau di salak tinggi?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Waalaikumussalam jujus.
        Sorry lambat reply.

        Saya rasa 2 2 tempat selamat, Insyaallah Tapi saya lebih suka Putrajaya Sentral, mungkin dah biasa sgt kat situ kot...

        Delete
    8. Assalam...
      Nak tnya naik ERL@KLIA transit ue tambang dia byar pkai kad ker@coin? ker kita kena beli tiket kat kaunter?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Wasallam.
        Tiket beli di mesin atau kaunter. Mesin terima notes atau kad.

        Delete
    9. anggaran kalau park di putrajaya untuk 4 hari berapa ringgit?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Kalau bermalam... 4 X RM 6 = 24, mungkin RM26.

        Delete
    10. Assalam encik...tupang tanya...parking motor di park n ride di putrajaya kena bayar juga ke?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Maaf, saya tak pasti pula. Mungkin ada pembaca yg boleh jawab kan

        Delete
    11. Cuti Sek Mac baru ni, trip Perth... saya park di Salak Tinggi Park and Ride, 22-28 Mac. Kos RM 51 (RM 8 X 6 + RM 3)

      Dan trip Turki, saya park 31.03-9.04. Kos RM56 (RM 6 X 8 RM 2)

      ReplyDelete
    12. Nak tanya putrajaya sentra park beroperasi 24jam ke?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Owh... lagi nk tanya, agak2 sehari sebelum raya penuh tak kat situ N sye parking dlm lebih kurang 8 hari, utk pembayaran dia mcm mana? Kena book terus ke?

        Delete
    13. Nk tnya, boleh book awal ke, sebab takut penuh musim perayaan natim

      ReplyDelete

    Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.

    Kalau lambat repy tu, Mat Drat minta maaf ye.

    Dan kepada Cik / Encik Anonymos, lagi manis kalau letak nama (nama samaran pun okey)