Sunday, 16 September 2018

TEMPAT MENARIK DI PORT DICKSON - 10 PILIHAN

Tempat Menarik Di Port Dickson



PD antara destinasi percutian yang cukup diminati dan menjadi tumpuan bukan sahaja warga Malaysia malah juga diminati pelancong dari negara terdekat kita, Singapore.

Tarikan utama di Port Dickson sudah pasti pantainya. Selain pantai, di Port Dickson juga terdapat tempat tarikan lain seperti tempat bersejarah, tempat tarikan 'moden' dan beberapa tempat lain yang agak unik.

Jom kita lihat apa yang ada di Port Dickson. Mat Drat senaraikan 10 tempat utama.


PANTAI BEST DI PORT DICKSON


Mat Drat senaraikan 3 pantai utama yang agak menarik dan menjadi tumpuan pelancong dan pengunjung jika ke Port Dickson. Setiap pantai ada tarikannya tersendiri.


1. PANTAI TELUK KEMANG

Tempat Menarik Di Port Dickson - 10 Pilihan Utama

Tempat Menarik Di Port Dickson - 10 Pilihan Utama
Banyak khemah , payung dan kerusi untuk disewa.
Harga lebih kurang sama sahaja semuanya.




Teluk kemang cukup dikenali dan menjadi tumpuan pengunjung dari dahulu lagi...

Dalam lirik lagu Apo Nak Dikato nyanyian kumpulan Blues Gang, dulu lagi Teluk Kemang sudah menjadi tumpuan pengunjung.

.......
Batu Ompek Toluk Komang
Tompek oghang mandi mando
Aghi minggu ponoh sosak
Apo nak dikato
Air laut bertambah masin
Kek pokan Port Dickson



Pantai Teluk Kemang menjadi tumpuan utama pengunjung ke Port Dickson kerana ..
  • Kemeriahan - Memang sentiasa ramai pengunjung ke sini.
  • Banyak Aktiviti seperti banana boat, paragliding, jet ski
  • Banyak restoran - Nak makan senang.
  • Banyak kedai - Pusat penjaja di Dataran Teluk Kemang memudahkan pengunjung untuk mencari baju mandi, t-shirt, pelampung dan makanan ringan serta buah tangan.
  • Dataran Teluk Kemang - banyak aktiviti seperti basikal, basikal roda tiga, kereta kontrol dll
Banyak operator yang tawarkan perkhidmatan sewa khemah dan payung. Boleh sewa ikut jam atau hari.

Lokasi : Pantai Teluk Kemang
Google Map : Google Map Pantai Teluk Kemang

Nota : 
Untuk gambar-gambar suasana pantai di sini, boleh singgah di entry Mat Drat sebelum ni 


2. PANTAI SAUJANA (Depan Petronas)

Tempat Menarik Di Port Dickson - 10 Pilihan Utama
Sesuai untuk mereka yang ingin memasang khemah. Agak redup
Tempat Menarik Di Port Dickson - 10 Pilihan Utama
Suasana Pantai Saujana : Pantai yang memanjang hampir 1km
 ( Sumber : http://portdickson.info )


Pantai ni tak se'crowded' di di Pantai Teluk Kemang, jadi ia lebih tenang dan damai. Pantai di sini agak luas dan kawasan agak lapang. Ramai suka ke sini terutama yang mereka yang ingin berkhemah.

Pokok-pokok banyak dan agak redup, jadi memang sesuai untuk berkelah atau berpicnic bersama famili.

Lokasi : Batu 4 Jalan Pantai, Pantai Saujana Port Dickson
Google Map : Google Map Pantai Port Dickson




3. PANTAI TANJUNG BIRU (BLUE LAGOON)



Tempat Menarik Di Port Dickson - 10 Pilihan Utama


Tempat Menarik Di Port Dickson - 10 Pilihan Utama
Kedudukan di teluk, jadi air kurang berombak


Pantai ni jauh sedikit antara 3 pantai tumpuan di Port Dickson. Walau agak ke'hadapan' sedikit, ramai yang suka ke sini sebab ia tak terlalu ramai pengunjung.

Ia terletak berdekatan dengan Rumah Api Tanjung Tuan. Hotel/resort paling dekat adalah PNB Ilham Resort dan Tanjung Biru Apartment.

Pantai ni kedudukan di teluk. Kedudukannya di teluk, jadi ombak tidak terlalu kuat. Agak sesuai untuk mandi manda. Tambahan pula airnya agak cetek. Kalau air surut boleh jalan agak jauh ke tengah. 

Tapi kalau kebetulan pengunjung ramai, memang akan nampak sedikit penuh kawasan ni kerana pantainya agak pendek.

Aktiviti pantai agak terhad di sini. Hanya ada beberapa banana boat dan kayak di sini.

Gerai menjual makanan dan juga medan selera, tapi peniaga agak terhad.



Nota : 
Untuk gambar-gambar suasana pantai di sini, boleh singgah di entry Mat Drat sebelum ni 



.



.



TEMPAT BERSEJARAH DI PORT DICKSON


Di Port Dickson juga terdapat beberapa destinasi pelancongan bersejarah yang boleh dilawati.

2 destinasi utama adalah 
  • Muzium Tentera Port Dickson 
  • Kota dan Muzium Lukut

4. MUZIUM TENTERA DARAT PORT DICKSON


Tempat Menarik Di Port Dickson -10 Pilihan Utama Muzium Tentera Darat Port Dickson



Mungkin ada yang masih belum tahu bahawa Port Dickson juga dikenali dengan Bandar Tentera Darat mulai tahun 2009. 

Di Port Dickson ini sendiri memang terdapat beberapa kem tentera darat. Jadi tidak janggal apabila kerajaan mengisytiharkan Bandar Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat.

Muzium Tentera Darat Port Dickson ini merupakan antara muzium tentera yang terbesar di negara kita dan ia juga terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera Darat Malaysia.

Muzium ini didirikan untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari serta mengenai sejarah perjuangan angkatan tentera kita. Secara tak langsung, kewujudan muzium ini menunjukkan kerajaan mengenang dan menghargai perjuangan para tentera negara kita.

Terdapat beberapa galeri berbeza di sini yang akan mengimbau sejarah dari era penjajahan Portugis hingga ke zaman penjajahan Jepun dan seterusnya ke era ancaman Komunis. 

Bagi anak-anak, pameran kereta kebal dan jet pejuang di bahagian luar muzium pasti menarik minat mereka.


Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Rabu-Ahad (10.00am – 5.00pm)

Lokasi: Muzium Tentera Darat, Kem Si Rusa, Persiaran Pahlawan, 71050 Port Dickson





5. MUZIUM LUKUT

Tempat Menarik Di Port Dickson Muzoum Lukut
Muzium Lukut
( Sumber:http://www.jmm.gov.my/ms/muzium/muzium-lukut )

Muzium Lukut juga merupakan salah satu tapak bersejarah yang popular di Port Dickson.


Galeri ini mempamerkan mengenai sejarah Kota Lukut yang pernah mencapai zaman kegemilangannya bermula daripada pemerintahan Raja Jumaat Bin Raja Jaafar (1847 - 1864). Lukut pernah mencapai kegemilangan suatu waktu dahulu kerana hasil kegiatan perlombongan bijih timahnya.


Muzium ini menjadi rumah kepada artifak dan gambar yang berkaitan dengan sejarah pelombongan biji timah di kawasan lukut.


Terdapat 4 galeri utama iaitu Galeri Sejarah Lukut, Galeri Nassau, Galeri Negeri Sembilan Negeri Beradat dan Galeri Teknologi Pembuatan Masyarakat Tradisional. Pelbagai koleksi dan bahan pameran yang berkaitan dengan sejarah kegemilangan Lukut telah dijelmakan kembali dalam bentuk ilustrasi, gambar, artifak dan sebagainya untuk dipamerkan kepada pengunjung. 




Bayaran Masuk: Percuma

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (9am-6pm)

Lokasi: Lot 730, Kota Lukut, 71010 Port Dickson


(Mat Drat lihat Facebook Page ni lama tidak diupdate)


TEMPAT ISTIMEWA LAIN DI PORT DICKSON


Selain pantai dan muzium yang Mat Drat senaraikan di atas, di Port Dickson juga terdapat beberapa lagi destinasi yang menarik untuk di lawati.

6. RUMAH API TANJUNG TUAN


Tempat Menarik Di Port Dickson Rumah Api Tanjung Tuan



Rumah api Tanjung Tuan atau nama lamanya (nama lainnya) Cape Rachado Lighthouse, adalah juga merupakan satu destinasi yang sering menjadi tumpuan pelangcong yang datang bercuti ke Port Dickson.

Selain melihat sendiri rumah api yang tertua di negara kita ini, pengunjung juga berpeluang melihat keindahan laut yang sayup mata memandang.

Rumah api ini dibina pada abad yang ke 16 iaitu sewaktu zaman Portugis memerintah Melaka. Dan ia telah beberapa kali dibaiki oleh Kerajaan British, iaitu  kali pertama pada tahun 1817 dan kali terakhir pada 1863. Ia kekal hingga sekarang.

Pada tahun 1990, sebuah radar MEASAT telah di letakkan di sini.

Untuk ke sini, pengunjung boleh memilih 2 jalan sama ada ingin menggunakan jalan biasa (bertar) sehingga ke atas atau melalui trek jungle trekking. 

Rumah Api Tanjung Tuan ini juga menjadi tumpuan bagi penggemar dan pencinta burung kerana kawasan sekitar ini menjadi destinasi persinggahan hampir 300,000 burung setiap tahun. 


Lokasi: Tanjung Tuan, Port Dickson ( Bersebelahan PNB Ilham Resort)


Nota : 
Boleh singgah di entry Mat Drat di link di bawah ini untuk perkongsian Mat Drat ke Rumah Api Tanjung Tuan ini dengan melalui laluan 'jungle trekking'



.




.

7. ALIVE 3D ART GALLERY

Tempat Menarik Di Port Dickson 3D Art Gallery
Sumber : FB Alive 3D Art Gallery


Port Dickson juga terdapat galeri yang menempatkan lukisan-lukisan 3D seperti di Langkawi, Melaka dan Kuala Lumpur.

Terdapat lebihk 50 lukisan 3D dengan pelbagai tema dan setiap satunya  menjanjikan ilusi yang berlainan. 

Di sini para pengunjung boleh bergambar di 5 zon tema yang berbeza iaitu di zon Adventure, Aquarium, Animation, Exotic dan Art.

Seperti biasa kalau datang ke muzium 3D ni, memory handphone kena besar sebab biasanya akan banyak bergambar di dalam ni.


Bayaran Masuk: Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10

Waktu Operasi: 
  • Isnin-Jumaat (11am-10pm) 
  • Sabtu-Ahad & Cuti Sekolah (10am-11pm)

Lokasi : No 38-40, Jalan DS 2/1, Bandar Dataran Segar, Lukut, 71010 Port Dickson





8. PORT DICKSON OSTRICH SHOWFARM

Tempat Menarik Di Port Dickson Ostrich Showfarm
Sumber : Google Image


PD Ostrich Farm ini terletak di Batu 9 dan tidak jauh dari Teluk Kemang dan tidak jauh juga dari Politeknik Port Dickson.

Para pengunjung yang ke sini pastinya dapat mengenali dengan lebih dekat burung unta (ostrich). Bagi yang ingin menunggang burung unta (ostrich) ni, boleh ambil peluang di sini.

Selain ostrich (burung unta), para pengunjung juga dapat mengenali dengan lebih dekat haiwan lain yang ada di sini seperti keldai, kambing, arnab dan angsa. Kanak-kanak pasti seronok apabila diberi peluang untuk memberi makan sambil dapat menyentuh haiwan-haiwan ini.


Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM4

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (8am-6pm)

Lokasi: Lot 1419, Jalan Kemang 13, Batu 9 Jalan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson




9. RUMAH TERBALIK PORT DICKSON

Tempat Menarik Di Port Dickson Rumah Terbalik


Di Port Dickson juga terdapat tarikan rumah terbalik seperti di Kota Kinabalu, Langkawi, Melaka dan beberapa tempat lain.

Jika belum pernah ke rumah terbalik, berkunjung ke Rumah Terbalik Port Dickon mungkin dapat memberi satu pengalaman yang baru.

Jika berkunjung ke sini, pastinya akan memberikan satu pengalaman yang menyeronokkan terutama kepada anak-anak.



Bayaran Masuk: Dewasa – RM20 | Kanak-kanak – RM15

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10am–9pm)

Lokasi: No 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Teluk Kemang, Batu 9, 71050 Port Dickson



10. PD WATERFRONT

Tempat Menarik Di Port Dickson PD Waterfront
Sumber : http://www.pdwaterfront.com.my/


PD Waterfront merupakan antara tempat tarikan terbaru yang terdapat di Port Dickson. Ia terletak betul-betul di Bandar Port Dickson.

Laluan pejalan kaki yang disediakan mengadap laut membuat ia menjadi tarikan untuk pengunjung dan juga warga tempatan untuk berehat dan bersantai di sini.

Di sini juga terdapat banyak restoran dan cafe untuk mereka yang ingin makan-makan sambil bersantai.


Lokasi: PD Waterfront, Persiaran Waterfront, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson






~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇


2 comments:

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.