Tuesday, 1 November 2016

Desa Cattle Dairy Farm Kundasang

Sambungan dari entry sebelum ini Trip Bercuti Ke Kundasang


Desa Cattle Dairy Farm Kundasang


DESA CATTLE DAIRY FARM

Ini merupakan destinasi kami ke dua di Kundasang. Dari Pekan Kundasang ke sini hanya dalam 5 km. Terletak di kawasan Mesilau, jadi tidak sukar untuk mencari lokasi Desa Cattle Dairy Farm ini. 

Kalau ke Kota Kinabalu, jangan lupa pergi ke Kundasang. Dan apabila ke Kundasang, jangan pula lupa ke destinasi ini. Suasana Desa Cattle Dairy Farm ni boleh la nak kata ala-ala New Zealand.





Dari pekan Kundasang kita akan menuju ke Mesilau. Papan tanda memang tak nampak tapi gunakan waze atau google map akan membawa kita ke situ. Tak pun tanya je orang-orang kat tepi-tepi kedai ni.



Kundasang Sabah
Mula melepasi pekan Kundasang



Semakin meninggalkan pekan Kundasang dan menuju ke Desa Cattle... ...pemandangan semakin cantik.....
Bukit menghijau... Langit membiru... awan memutih...




Desa Cattle Dairy Farm Kundasang


Desa Cattle Dairy Farm Kundasang


Kami sampai sini pada jam 10 pagi, bayaran dikenakan sebelum memasuki kawasan ini. Bayaran hanya perlu di buat secara pandu lalu sahaja....


Desa Cattle Dairy Farm Kundasang
Pintu masuk ke Desa Cattle Dairy Farm - Bayar di sini





Laluan menuju ke kawasan padang ragut dan tempat pemprosesan agak berlekuk tetapi jangan risau kalau kereta sewa. Yang masalahnya kalau kereta sendiri dan lowed dengan tayar nipis low profile. Ada sekali tu, sampai di atas, satu kereta tu terpaksa tukar tayar sebab tayarnya pecah.


Laluan magak sedikit berlubang-lubang.

Susana memang sangat cantik view pada waktu kami tiba... berangin dan sedikit berkabus dan kelihatan lembu-lembu sedang meragut rumput. Apa lagi, terus mulakan sessi bergambar sebelum masuk ke kawasan kilang dan kedai.



Desa Cattle Dairy Farm Kundasang
Bergambar di batu 'trademark '
Untung la ko lembu... udara segar, nyaman...patutla ko sihat




Sihat-sihat lembu ni semua... 



Pemandangan yang cantik, suasana yang nyaman dan dihembus angin sejuk Kundasang....semuanya agak mengasyikkan. 

Pemandangan di sini sangat ohsem sebabnya akan kita dapat melihat lembu-lembu tenusu di padang ragut di atas bukit dan berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.... dan kabus-kabus pula melingkari kawasan ini. Sungguh mempersonakan.


Desa Cattle Dairy Farm Kundasang


Desa Cattle Dairy Farm Kundasang


Di sini nanti, luangkan masa dengan bergambar dengan pemandangan yang cukup cantik.... ala-ala di ladang lembu New Zealand. Lagi-lagi kalau sewaktu tiba di sana nanti, cuaca berkabus...memang cantik.



Desa Cattle Dairy Farm Kundasang


Desa Cattle Dairy Farm Kundasang


Desa Cattle Dairy Farm Kundasang



Gambar sewaktu trip bersama rakan sekerja

Gambar sewaktu trip bersama rakan sekerja

Boleh la bawa baju tebal kalau datang bersama anak-anak kecil, sedikit sejuk terutama kalau hujan atau gerimis di atas sini. 




Bawa juga anak-anak ke kandang lembu untuk bagi mereka peluang bermanja dengan anak-anak lembu.... pasti anak-anak seronok sebab boleh bagi makan / minum kepada anak-anak lembu. Masuk ke kandang tidak perlu bayaran, cuma perlu bayar untuk makanan dan minuman sahaja - makanan dan minuman untuk anak lembu jika kita ingin memberi anak-anak lembu ini minum dan makan.


Desa Cattle Dairy Farm Kundasang

Desa Cattle Dairy Farm Kundasang

Bayaran beri makan (rumput) dan minum (susu)
- Untuk anak lembu : RM 2.00 sebotol susu
- Untuk anak kambing : RM 1.50 seikat rumput

Desa Cattle Dairy Farm Kundasang
Kaunter bayaran kalau nak beli susu dan rumput untuk anak lembu / anak kambing





Juga kalau masa lawatan kita adalah pada masa perahan susu, boleh singgah juga ke kandang lembu-lembu dewasa untuk melihat aktiviti perahan susu. Bukan senang nak dapat lihat proses perahan susu, jadi arrangekan masa datang pada masa yang ditetapkan.


Desa Cattle Dairy Farm Kundasang
Kami tiba bukan waktu perahan susu... tengok lembu berehat je la

Desa Cattle Dairy Farm Kundasang


Dan puas tengok lembu-lembu dan bergambar, boleh la menikmati susu segar, ais krim dll di sini.





Desa Cattle Dairy Farm Kundasang
Gelato Fresh...

Sambil makan dan minum, boleh bersantai menikmati keindahan dan kenyamanan suasana di sini. 







Sebelum meninggalkan tempat ini, jangan lupa souveniour seperti key-chain atau fridge magnet. Dan yang paling penting jangan lupa beli sedikit hasil tenusu di sini.... buat bekalan dalam perjalanan di citar Kundasang ini.

Kalau rasa tak puas di sini, boleh lah pertimbangkan menginap di mana-mana resort di area Kundasang ini. Next trip rasanya saya pasti akan menginap di Kundasang.


Info yang perlu anda tahu sebelum ke sini :

Bayaran yang dikenakan 
- RM 5 untuk dewasa 
- RM 4 untuk kanak-kanak.

Waktu dibuka :  8 pagi sehingga jam 5 petang. ( setiaphari )
Waktu perahan susu :  3.00 petang

Kembali ke Entry



Booking.com






Selamat Bercuti

~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡





Untuk lain-lain entry berkaitan Trip Ke Kota Kinabalu boleh click link di bawah: 



Trip 4H3M Kota Kinabalu & Kundasang
Trip Kota Kinabalu & Kudat
πŸ‘‰πŸ‘‰ Dari Kota Kinabalu ke Kudat
πŸ‘‰πŸ‘‰ Tip of Borneo Kudat Sabah

Trip Kota Kinabalu & Kuala Penyu

5 comments:


  1. Salam,

    Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kita Kinabalu Axia Auto Rm100/day. Selesa dan jimat minyak.  Kenderaan lain juga ada. Saga,Myvi, Alza,Exora,Hiace. Perkhidmatan pemandu juga ada. Call/Watsapp 014 201 1144 untuk tempahan.

    Terima kasih

    ReplyDelete

  2. Salam,

    Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kita Kinabalu Axia Auto Rm100/day. Selesa dan jimat minyak.  Kenderaan lain juga ada. Saga,Myvi, Alza,Exora,Hiace. Perkhidmatan pemandu juga ada. Call/Watsapp 014 201 1144 untuk tempahan.

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasallam... Boleh tinggalkan contact nombor dan iklankan di entry saya yang ini....

      http://mat-drat.blogspot.my/2016/12/kereta-sewa-murah-kota-kinabalu-sabah.html

      Delete
    2. Wasallam... Boleh tinggalkan contact nombor dan iklankan di entry saya yang ini....

      http://mat-drat.blogspot.my/2016/12/kereta-sewa-murah-kota-kinabalu-sabah.html

      Delete
  3. Rangkaian internet apakah yg terbaik bermula KK - kundasang? Terima kasih

    ReplyDelete