Saturday 28 September 2019

Pengalaman Menaiki Keretapi (Train) ke Hatyai - Bangkok


Trip Ke BANGKOK dengan Keretapi - DIY 4H3M





TRIP KE BANGKOK


Entry kali ni Mat Drat kongsikan pengalaman sahabat Mat Drat, Kaiser Kairi dan isterinya ke Bangkok dengan Keretapi.

Perkongsian beliau di FB mendapat lebih 700 kali 'share', dan The Vocket dan OhBulan juga turut berkongsi perkongsian beliau.

Perkongsian ini sangat informatif dan boleh dijadikan panduan untuk mereka yang ingiN bercuti ke Bangkok dengan keretapi.

Bagi yang ingin ke Bangkok dengan penerbangan pula, boleh baca perkongsian Mat Drat sebelum ni. 

Mat Drat buat trip ke Bangkok & Pattaya dengan rakan-rakan. Juga diperkongsian tu Mat Drat share tips-tips bercuti di Bangkok Dan Pattaya.






Jom baca perkongsian sahabat Mat Drat di bawah
....................................................................................................




TRIP DIY 4H3M KE BANGKOK DENGAN KERETAPI


Stress dengan kerja? Rasa nak bercuti? Tapi tak tahu nak ke mana? Tak nak drive jauh2... kalau drive cepat mengantuk 😂Apa kata korang ke Bangkok naik keretapi.. tak lama, 28 jam je dari KL korang dah sampai Bangkok 😂

Boleh follow itenarary DIY & costing yang saya share ni :

ITINERARY 

Day 1
Naik ETS dari KL Sentral ke Padang Besar. Cop passport. Kemudian naik shuttle train ke Hatyai. Di Hatyai, boleh ronda2 cari makan & cari simcard dulu. Kemudian naik train ke Bangkok. Bermalam dalam train.

Day 2 
Sampai di Bangkok waktu tengahari. Cari makan & check-in hotel. Petang & malam boleh ronda2 sekitar Bangkok.

Day 3 
Free & Easy

Day 4 
Balik Malaysia naik flight. Tak larat dah nak layan lagi 28 jam dalam keretapi 😅











💸 KOS

======
• KTM ETS (KL Sentral ke Padang Besar) : RM76
• Shutte Train (Padang Besar ke Hatyai) : RM10/THB80
• Special Express Train (Hatyai - Bangkok) : RM135/THB1005 (2nd class upper bed)
• Penginapan 2 malam di Bangkok : RM85/pax X 2 malam = RM170
• Flight ticket (Bangkok ke KL) : RM230 normal fare AirAsia
• Pengangkutan di Bangkok : RM100 (Grab/Skytrain/BTS/Tuktuk) anggaran
• Makan minum : RM100 anggaran
Total Damage (anggaran) = RM850++ seorang


📸 Tempat menarik di Bangkok

• Chatuchak Weekend Market. 
Buka sabtu dan ahad sahaja. Pasar minggu yang tersangatlah luas.

• Sungai Chao Phraya. 
Boleh naik feri/cruise & lihat kesibukan sungai Chao Phraya yang menjadi tulang belakang Thailand.

• Maek Long Railway Market
Pasar atas landasan keretapi. Agak jauh dari bandar Bangkok tapi berbaloi pergi. Naik van dari Bangkok. Moment keretapi tu lalu tengah2 pasar tu memang awesome!

• Stesen Keretapi Hua Lamphong. 
Stesen keretapi klasik yang dibina tahun 1916. Train dari Hatyai akan berakhir di sini.

• Damnoen Saduak Floating Market. 
Pasar terapung paling besar & paling popular tapi agak jauh dari Bangkok. Penuh dengan pelancong.

• Amphawa Floating Market. 
Tak jauh dari Maek Long Railway Market. Kurang sibuk dan tak banyak peniaga atas perahu. Lebih banyak gerai-gerai di tepi sungai.

• Siam Paragon/MBK Centre/Hard Rock Cafe. 
Shopping district ala-ala Bukit Bintang.



🚂 Tiket keretapi Thai

Tiket keretapi boleh dibeli secara online di www.railway.co.th. 
Pastikan korang beli tiket yang betul. 
Check no. train, jenis gerabak, stesen dan waktu.. kalau tersilap, naya.


🍜 Makanan dalam keretapi

Dalam train Hatyai ke Bangkok ni takde jual makanan yang dijamin halal. 
Yakin untuk boleh beli coffee je. So, dicadangkan korang bawak bekalan makanan untuk dinner & breakfast. 
Air panas boleh dibeli di gerabak cafe. 
Fresh-brewed coffee yang dijual kat cafe train ni memang best.. minum sambil layan view perkampungan Thai.. 👍🏼

🍱 Restoran Halal di Bangkok :

• Yana Restaurant (MBK Center)
• Usman Thai Muslim Food
2 restoran ni je yang kami sempat pergi. Sangat2 sedap & tak sama dengan masakan thai yang kita makan kat Malaysia. Halal street food banyak kat area Pratunam tapi kami tak sempat ke sana.


🏠 Wendy Guest House

Penginapan ala-ala backpakers. 
Bilik memang sempit. Tapi lokasi dia memang dekat dengan BTS station. 
Dekat jugak dengan MBK & Siam Paragon. Jalan kaki dalam 5 minit. Plus, vegetarian breakfast disediakan. So, boleh makanan kenyang2 dulu sebelum memulakan perjalanan. 
Hotelnya bersih & murah. Boleh baca review di Tripadvisor.


InsyaAllah, tahun ni kami akan naik keretapi hingga ke Chiang Mai pulak yang akan mengambil masa 2 hari untuk sampai... 

Semoga semuanya berjalan lancar..


.............................................................................

Tu perkongsian ringkas dan padat di FB beliau. 

Dan beberapa gambar dari FB beliau


Trip Ke BANGKOK dengan Keretapi - DIY 4H3M

Trip Ke BANGKOK dengan Keretapi - DIY 4H3M

Trip Ke BANGKOK dengan Keretapi - DIY 4H3M

Trip Ke BANGKOK dengan Keretapi - DIY 4H3M



.............................................................................

Bagi yang ingin mencari penginapan, Mat Drat kongsikan link untuk diskaun RM 120.


  Airbnb (dengan diskaun kredit )    

Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni di bawah.

Bagi yang belum tahu, Airnb ni platform booking 'homestay' asalnya. Kini  Airbnb tawarkan pelbagai service di platform mereka. Hotel pun dah ada yang iklankan bilik mereka di Airbnb.

Mat Drat kalau nak jimat, kadang-kadang tu mencari penginapan di Airbnb sahaja. boleh dapat apartment atau kondo yang selesa pada harga murah.

  Airbnb (dengan diskaun kredit )    

Bagi yang nak booking melalui airbnb, boleh redeem kupon diskaun dengan link ni   Claim rebate diskaun Airbnb RM 165. 

Nilai kupon ni berubah-rubah, bergantung pada waktu promosi.

Tips dan Syarat nak RM 165
Ada 2 diskaun yang boleh dituntut
1. Rebat RM 120 untuk penginapan yang jumlah booking melebihi RM 290.
2. Rebat RM 45 untuk tempahan aktiviti di Airbnb.


Kredit diskaun ni untuk 1st time user je. Kalau dah ada akaun, daftar la pakai nama wife ke, tak pun create je akaun baru dengan email lain. Kalau dapat RM 165 diskaun, banyak jimat tu... 

Ingat...  
kena daftar dalam masa 30 hari. Dah daftar,  kredit akan masuk ke akaun dan valid untuk tempoh 1 tahun.

Pilih lah nak booking unit melalui airbnb di apartment/homestay mana. Ikut berkenan yang mana satu.

Jadi nak dapat RM 120 tu, 
- Klik LINK di atas dan daftar akaun
- Buat tempahan dalam masa 1 tahun.
- Nilai reservation melebihi RM 290 (termasuk fee-fee lain)
- Jadi, tempahlah unit (cari yang mahal sikit atau tambah hari) untuk jadikan lebih RM290.

- Pastikan bila nak bayar, jumlah bayaran dah ditolak dengan kredit yang diberi

.............................................................................


Bagi yang dah plan nak ke Bangkok tu, Mat Drat jemput juga baca perkongsian Travelog Bangkok Mat Drat sebelum ni




 Tips Bercuti ke Bangkok
Percutian ke Bangkok Thailand
 Travelog Bangkok : Day 1
Elephant Village Damnoen Saduak Housing
Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market
Travelog Bangkok Day 3 - Shopping di Bangkok
Tempat Makan Halal Di Bangkok Tempat Makan Halal di Bangkok 
Tempat Menarik di Bangkok Thailand Tempat Menarik di Bangkok 
  Percutian ke PATTAYA




~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. 👇👇👇

Share link ke Whatsapp, nanti nak refer semula senang. !! 

10 comments:

  1. best2.. penah gi takat hatyai jaa.. belum sampai bangkok.. anyway done follow sini...

    ReplyDelete
  2. Menarik perkongsian ni. Ringkas dan padat. Macam best je nak try naik train ke bangkok kan..

    ReplyDelete
  3. Bangkok one of my favourite destinations in SEA. I like traveling To Bangkok. Insya’Allah kalo tiada aral dec nie ke sane lagi.

    ReplyDelete
  4. kena take note lah ye, naik train dari Hatyai ke Bangkok kena siap-siap bekal makanan.
    Terima kasih sudi berkongsi info.

    ReplyDelete
  5. Thank you for sharing. Boleh la bersiap sedia nanti kalau nak pi thailand. Ada plan juga nak pi.

    ReplyDelete
  6. Bangkok salah satu tempat Thailand yang tak sempat visit lagi. Teringin sangat nak ke sana. Selalu pergi Hatyai naik train dr penang. xpernah lagi sampai ke bangkok. Idea menarik jugak ni.

    ReplyDelete
  7. Wahh. Menarikny pergi bangkok naik train. Mesti challenging giler. Mcm boleh try je ni. Nk kena plan betul2.

    ReplyDelete
  8. best juga tu, skrg kalau naik ETS pun dah laju kan

    ReplyDelete
  9. Details sgt posting ni. menarik! Tak penah gi Bangkok lagi. Stakat gi Krabi je penah. Nak pegi gak tp xnak la naik train 28 jam hahaha

    ReplyDelete
  10. Finally Saya dapat tips using train to Bangkok... Sll guna van aje... Thanks for the useful tips

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.