Thursday, 11 January 2018

Travelog Bangkok Part II - Damnoen Saduak Floating Market

Bersambung dari entry sebelum ini, 











DAY-2

Hari ke-2 ini kami mulakan dengan sarapan ringkas di hotel. Oleh kerana hotel ini tidak memiliki 'Halal Certified', maka kami hanya makan makanan tertentu sahaja seperti telur rebus, buah-buahan dan careal.

Malam tadinya, Mat Drat dan beberapa rakan dah beli siap-siap makanan dan minuman untuk bekalan perjalanan.  7E di Bangkok ni sangat banyak, jadi semua boleh dibeli di situ sahaja.

Di hadapan Hotel Ibis Nana tempat kami menginap pun ada 3 buah 7E yang semuanya dalam jarak sangat dekat antara satu sama lain. 

Di 7E tu, roti yang HALAL agak susah nak cari, jadi makanan halal yang boleh dijadikan bekalan perjalanan adalah biskut, chocolate bars dan pisang.


Untuk hari ini kami akan menuju ke tempat lawatan yang agak jauh.... iaitu di daerah Ratchaburi dan destinasi tujuan adalah:
- Damnoen Saduak Floating Market
- Elephant Village
- Maeklong Railways Market



Damnoen Saduak Floating Market (Pasar Terapung) adalah pasar harian yang sangat popular dikalangan pelancong. 


Manakala Pasar di Maeklong Railways pula adalah satu pasar yang agak unik. Kat sini nanti kita boleh lihat para penjual bergegas lipat bumbung gerai/khemah setiap kali kereta api lalu. Memang menarik pengalaman ni...

Elephant Village tu agak biasa.... Walaupun kat Lanchang Pahang pun ada, tapi dah alang-alang kat sini... kita pergi jugak la.


Dan balik dari 3 tempat tu nanti, kami akan berkejar ke Bangkok untuk River Cruise pula. Mat Drat pergi mana-mana, kalau ada 'river cruise', memang WAJIB akan rasai river cruise... 

Seronok naik river cruise ni, kita melihat sesuatu tempat tu dari sudut yang berbeza. Pengalaman paling best, semestinya pengalaman Seine River Cruise di Paris dahulu...

Okey... sambung semula trip Bangkok ni....


Floating Market Bangkok Thailand

  • Takkan pergi ke Thailand, khususnya Bangkok tak singgah floating market kan. Tak singgah kira tak lengkaplah trip ke Bangkok.
  • Selama ni asyik tengok dalam filem je, kali ni dapat merasa ke floating market.
  • Di Bangkok (berdekatan Bangkok) ada beberapa floating market dan kami pilih ke Damnoen Saduak Floating Market.
  • Damnoen Saduak Floating Market ni boleh kata yang paling famous dan paling ramai pengunjung dan pelancong. 
  • Satu lagi floating market yang terkenal di sini adalah Amphawa Floating Market.
  • Dulunya (zaman dulu-dulu), di kawasan ini memang tempat berniaga memandangkan terdapat banyak terusan dibina di kawasan ini.
  • Sejak 1971, kawasan ini dijadikan sebagai kawasan tarikan pelancong oleh kerajaan Thailand.


Bangkok Ke DamNoen Saduak Floating Market

  • Jarak Bangkok ke Danmoen FloatingMarket dalam 100 km.
  • Ada 3 pilihan yang biasa digunakan untuk ke Damnoen Floating Market, iaitu
    • Public Transport (Bas)
    • Join Tour Bas
    • Private Transport

  • Public Transport (Bas)

    • Ambil bas No 78 dari Southern Bas Terminal Bangkok  ke Danmoen
    • Untuk ke Southern Bas Terminal Bangkok, boleh naik BTS Skytrain dan turun di station Bang Wa Station.
    • Perjalanan ambil masa lebih kurang 2 jam
    • Tambang dalam 50 TBH (RM 7) sehala.
    • Bas akan berhenti dalam 1.5 km dari floating market
    • Dari sini, boleh ambil teksi atau menapak. Elok naik teksi/uber.
    • Bas se awal 6am, dan kekerapan setiap 45 minit - 1 jam

  • Join Tour  (Bas)

    • Ini pilihan yang lebih memudahkan.
    • Ada pelbagai pihak sediakan tour ni, cuma kena cari sewaktu di Bangkok. Hotel tertentu, mungkin ada maklumat.
    • Untuk trip kecil, Mat Drat lebih suka pilihan ni berbanding private tour. Lebih jimat.
    • Boleh gunakan AK Tour To Danmoen and Maeklong atau Tour Maeklong and Damnoen or Amphawa Floating Market
    • Harga bermula dari RM 150 termasuk ke Maeklong Railways Market ( Yang terkenal dengan pasar tengah laluan keretapi)

  • Private Tour

    • Pilihan yang bagus kalau kita ramai.
    • Jimat masa berbanding naik public transport dan tak perlu berkongsi dengan pelancong lain ( join tour bas)
    • Untuk booking , lebih mudah booking di klook di  Tour Maeklong and Damnoen or Amphawa Floating Market . Nanti bust pilihan private tour atau Alphard Private tour
    • Untuk private tour, harga bermula RM 136/ seorang jika 8 orang satu van.
    • Harga berbeza ikut bilangan pax (minima 2 pax satu kenderaan)

Perjalanan ke Damnoen Saduak Floating Market

  • Kami gunakan private tour
  • Kami bergerak awal dari Hotel untuk elak kesesakan pagi di Bangkok.
  • Pemandu Van minta 6.30am bertolak, tapi 'tawar-menawar' dapatlah bertolak 7am. Tak adalah kelam kabut sangat pagi-pagi.
  • Perjalanan ke Floating Market Damnoen memakan masa lebih kurang 2 jam walaupun jarak hanya dalam 100km. Ini dalam keadaan trafik biasa. Kalau lewat keluar, lagi jem. Kalau yang naik bas tu, lagi lambat sampai.
  • Pergi floating market ni, elok pergi awal-awal kerana di Bangkok ni panas... Lagi-lagi kalau atas bot di floating market tu nanti.
  • Dan kalau lambat, pelancong semakin ramai...crowded
  • Perjalanan cukup selesa dengan melalui 'lebuhraya' dan tambahan pula van Toyota Hiace ni memang selesa untuk jalan jauh.
  • Elok 'buang' dulu apa yang patut sebelum bergerak. RnR di sini bukan macam RnR PLUS Highway ye. Toilet pun lagi sempoi dari public toilet di Malaysia.
Klook.com

Damnoen Saduak Floating Market

  • Damnoen Saduak floating market ni lebih 'tradisional', manakala Amphawa tu orang kata telah dimodenkan. Jadi nak rasa keaslian floating market, kena ke sini la.
  • Ini tempat yang diubah jadi destinasi pelancongan, jadi harga servis, barang-barang dan makanan.... adalah 'harga pelancong' ye. Sedikit mahal.
  • Memang banyak gerai-gerai di tepi sungai dan ada juga peniaga yang menjual dari atas bot. Pakaian ada, beg, souveniour, makanan, buah-buahan dan macam-macam la ada.
  • Barang-barang selain makanan/minuman, kalau rasa boleh beli ditempat lain ELOK lah beli ditempat lain. Walaupun kita dah tawar menawar, percayalah harga yang kita dapat tu nanti lmasih mahal berbanding harga di luar.
  • Harga yang dijual agak mahal, jadi jangan segan silu untuk tawar harga.
  • Tapi kalau jumpa barang yang 'rare' seperti perhiasan, nak beli tu beli je la. Harga sendiri mahu ingatlah.
  • Makanan dan minuman, sedikit mahal... Tapi takkan tengok je kan. Beli jangan tak beli, nanti tak merasa...rugi.







Harga Bayaran 
  • Nak masuk Damnoen Saduak Floating Market perlu bayaran untuk bot / perahu
  • Harga bayaran bot/perahu adalah :
    • THB 2,000 (RM200) perboat untuk satu jam 
    • THB 3,000 (RM300)  perboat untuk dua jam
Mat Drat ambik pakej 2 jam. Boleh la bersantai-santai dan tak perlu terkejar-kejar sementara menunggu intinerari berikutnya.

Satu  bot hanya boleh naik maksimum 4 orang. Kalau lebih, kena naik bot lain.

Bangkok Damnoen Floating Market
Satu Bot - 4 orang sahaja.
Tapi boleh je muat lebih rasanya



Waktu Operasi
Nak datang sini pun kena tahu waktu operasi, jangan main redah je.
Isnin - Khamis : 9.00 AM - 2.00 PM
Jumaat - Ahad : 8.00 AM - 5.00 PM

Datang awal untuk elak suasana 'crowded' dan elak panas.



Makanan Halal di Damnoen Saduak Floating Market
  • Di sini, hanya ada satu sahaja gerai makanan halal.
  • Pemandu bot akan bawa kita ke gerai ni, mesti dia tahu kalau kita ni muka Asean, lagi-lagi muka Malaysia.
  • Tapi nak selamat kalau takut terlepas, cakap awal-awal nak singgah gerai HALAL FOOD.
  • Gerai makcik ni antara yang paling awal dijumpai, jadi kalau lapar tu.. boleh la singgah untuk order. 
  • Harga.... Harga pelancong ye !!!

Halal Food Bangkok Damnoen Floating Market
Gerai Makcik jual makanan halal
Senyum je makcik ni


Halal Food Bangkok Damnoen Floating Market
Antara Menu yang ada. Boleh la order Pad Thai
Nampak tak atas "Muslim Seafood"
tapi bawah kartus pompuan bikini!!


Halal Food Bangkok Damnoen Floating Market
Kami ni rombongan Cik Kiah,  banyak bot.
Jadi nak menunggu semua siap dimasak tu lama.
Mat Drat siap buat par time tolong makcik ni.

Jemput Makan... Pad Thai

Halal Food Bangkok Damnoen Floating Market
Entah apa nama minah ni order pun tak tahu...
Makan je la..

PAD THAI Halal Food Bangkok Damnoen Floating Market
Pad Thai



Jom Ronda-ronda







Kami berempat dalam bot ni... 



Tempat Menarik di Bangkok Thailand Floating Market
Coconut IceCream... Sedap makan dalam cuaca panas ni


Tempat Menarik di Bangkok Thailand Floating Market
Memang sedap...




Tempat Menarik di Bangkok Thailand Floating Market
 Udang / sotong bakar special.. special sebab di  bakar dari atas bot.
Kalau sanggup makan dan bayar !

Tempat Menarik di Bangkok Thailand Floating Market
Goreng Pisang / Pisang Goreng...  goreng dalam perahu je.

Tempat Menarik di Bangkok Thailand Floating Market
Tak semua station kami berhenti, lebih kurang ada 3 station yang perahu/bot akan berhenti


Tempat Menarik di Bangkok Thailand Floating Market
Menunggu pelanggan dan mangsa...

Tempat Menarik di Bangkok Thailand Floating Market
Crowded... Jem bot tengah sungai


Tempat Menarik di Bangkok Thailand Floating Market
JANGAN order Pad Thai kat sini sudah


Tempat Menarik di Bangkok Thailand Floating Market
Opss... Ni barang rare 

Tempat Menarik di Bangkok Thailand Floating Market



Tempat Menarik di Bangkok Thailand Floating Market
Manis Lukisan - lukisan kat sini 💘😊😊


Tempat Menarik di Bangkok Thailand Floating Market
Cantik lukisan ni... 😊💗


Tempat Menarik di Bangkok Thailand Floating Market
Dah selesai jelajah ... Jangan terkejut gambar kita dah siap.
Nak bayar.. Tak nak, abaikan sahaja.
Mat Drat beli juga la buat kenangan...


Tempat Menarik di Bangkok Thailand Floating Market
Selesai Destinasi pertama di Day 2 ni



Jam baru sekitar 11.30 pagi. Destinasi berikutnya adalah Maeklong Railways Station, tapi masalahnya kereta api dijadualkan lalu pada jam 2.30 pm.

Maeklong Railways ni, juga tempat tumpuan pelancong. Pasar di tengah-tengah laluan rel keretaapi, bila keretaapi lalu je, semua khemah akan di tutup. Memang menarik , susah nak jumpa ni.

Jadi kami melepak je la dulu kat luar ni sambil makan apa yang patut.

Destinasi berikutnya ... Elephant Village dan Maeklong Railways Station di entry berikutnya.


Entry-entry berkaitan trip Bangkok ini :

 Tips Bercuti ke Bangkok
Percutian ke Bangkok Thailand Travelog I: Bangkok
 Travelog II : Floating Market
Elephant Village Damnoen Saduak Housing Travelog III : Elephant Village 
Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market Travelog IV : Maeklong Railways  
 Travelog V : River Cruise
Travelog Bangkok Day 3 - Shopping di Bangkok Travelog VI : Shopping Murah 
Tempat Makan Halal Di Bangkok Tempat Makan Halal di Bangkok 
Tempat Menarik di Bangkok Thailand Tempat Menarik di Bangkok 
Percutian ke PATTAYA







~Mat-Drat ~
Kalau rasa bermanafaat, boleh share. ðŸ‘‡

6 comments:

  1. Hi. Boleh share no van dengan berapa harga tour?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thai Transfer
      adress :
      183 Soi Charoennakorn Rd, Banglumpoolang, Klongsan, Bangkok, 10600
      contact :
      fax : +66 28601639
      mobile : +66 624029027
      tel. : +66 20033232
      tel. : +66 28607629
      www.thaitransfer.info

      Delete
    2. Kami sewa (Kos per van)
      Airport transfer - 900 THB (One way)
      Tour (8-9 hours) - 2500 THB
      Sewa 4-5 hours - 1800 THB

      Delete
  2. Hai nk tny sewa boat kt floating market tu berapa per boat..?

    ReplyDelete
  3. sewa boat tu 2,000bhat perboat ke? atau perorang?

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.

Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.