Wednesday, 24 January 2018

Tempat Makan Halal di Bangkok - 10 Pilihan

Tempat Makan Halal Di Bangkok


























Tempat Makan Halal di Bangkok


Di entry ini Mat Drat 'summary'kan tempat makan halal di Bangkok ni yang sempat Mat Drat singgah dan juga beberapa tempat lain yang sempat Mat Drat 'survey' sebelum datang ke Bangkok ini.

Mat Drat bersama rakan-rakan dapat singgah ke pelbagai tempat / restoran yang menyajikan makanan halal selama beberapa hari di sini. Dan kebanyakan yang Mat Drat pergi , juga merupakan tempat yang biasa dan turut dicadangkan oleh blogger-blogger lain atau pun laman-laman web tertentu.

Di entry ini, hanya maklumat ringkas yang Mat Drat sharekan... cerita yang lebih detail bolehlah baca travelog Bangkok Mat Drat. Link travelog di hujung entry ini.

Dan senarai restoran / tempat makan ni tak ikut ranking ye.



1. Usman Thai Muslim Restoran

Usman Thai Muslim Restoran Makanan Halal
Usman Thai Muslim Restoran

Restoran Usman Thai Muslim Food ini antara restoran Halal yang wajib disinggahi jika ke Bangkok. Ia juga menjadi pilihan mereka yang mencari makan di area Sukhumvit. Ramai yang suka menginap di area ni.

Owner restoran ini, En Usman cukup peramah.

Jika datang dalam kumpulan yang ramai, elok hubungi dahulu restoran ini untuk buat reservation.

Inilah destinasi dinner Mat Drat di day-1 semasa Mat Drat di Bangkok.



Alamat : 259/9 Sikhumvit Road

Tel : +66 81 855 7124

Google Map : πŸ‘‰πŸœUsman Thai Muslim Restoran

Facebook Page https://www.facebook.com/usmanthaimuslimfood/

Di Facebook, boleh tengok gambar-gambar antara mereka yang singgah makan di sini, juga menu-menu serta harga makanan.

Restoran ni terletak di Sukhumvit 22, bersebelahan dengan Hotel Marriot Bangkok.

Cara ke sini
Selain naik Grab Car/teksi, boleh naik BTS Skytrain
Turun di Station Phrom Phong. Perlu menapak ke restoran ni, dalam 700-800 meter. Selepas Hotel Marriot akan nampak signboard restoran ini di sebelah kiri.

Menu 
Menu utama adalah masakan Thai / Thai Food. Paling best bila makan Pulut Mangga dia...soft je pulut dia...lemak berkrim πŸ˜‹πŸ˜‹. 


Link ke travelog di mana Mat Drat menjamu selera di sini 
     - πŸ‘‰πŸ‘‰ Travelog Bangkok Part I


Tempat Makan Halal di Bangkok



2. Yana Restaurant (Muslim Food)

Restoran Yana ini juga antara restoran Halal yang pasti disinggahi jika ke Bangkok. 

Selain disebut-sebut oleh blogger yang pernah ke sini atau website-website tertentu, beberapa sahabat Mat Drat juga mencadangkan restoran ini sebagai antara pilihan untuk menjamu selera masakan Thai di Bangkok ini.

Jika bershopping di MBK Center, ini pilihan yang utama untuk menjamu selera.

2 kali Mat Drat makan di sini sewaktu trip ke Bangkok hari tu.


Alamat : Tingkat 5, MBK Center

Tel : +66 02 048 45 89

Google Map : πŸ‘‰πŸ‘‰ 🍜 YANA MBK 

Facebook : https://www.facebook.com/YanarestaurantHalalfood

Cara ke sini
1. Naik Grab Car/teksi

2. Naik  BTS Skytrain ;
  • Jika turun di Station Siam  (Lane Bearing - Mo Chit : Hijau Muda), Perlu menapak ke restoran ni, dalam 600-700 meter. 
  • Jika turun di Station Siam (Lane National Stadium - Bang Wa : Hijau Tua), hanya perlu menapak dalam 100 meter kerana station bersambung dengan MBK Center.

Menu 
Menu utama adalah masakan Thai / Thai Food. Tomyam dia memang sedap.
Harga kira sangat berpatutan.











3. The Fifth Avenue 

Juga terletak di MBK Center, berhadapan Yana Restoran.

The Fifth Avenue ni lebih kurang food court di MBK Center ni. Dan di dalam Fifth Avenue ni terdapat 3 restoran halal.

Alamat : Tingkat 5, MBK Center ( opposite Yana Restoran)

Google Map : πŸ‘‰πŸ‘‰ 🍜 Fifth Avenue

Cara ke sini
1. Naik Grab Car/teksi

2. Naik  BTS Skytrain ;
  • Jika turun di Station Siam  (Lane Bearing - Mo Chit : Hijau Muda), Perlu menapak ke restoran ni, dalam 600-700 meter. 
  • Jika turun di Station Siam (Lane National Stadium - Bang Wa : Hijau Tua), hanya perlu menapak dalam 100 meter kerana station bersambung dengan MBK Center.

Menu 
Menu bergantung kepada restoran / cafe mana yang kita pilih. Ada 3  pilihan ( sewaktu Mat Drat ke sini tempoh hari).
  • Ali Arabic Food
  • Chutney Indian Cuisine
  • Restoran Jinbaran Bali
Mat Drat tertarik dengan Ali Arabic Food. Ini pilihan Mat Drat di Day-3















4. Home Cuisine

Restoran Home Cuisine ini terletak bersebelahan Masjid Haroon Bangkok dan berhadapan Embassy of France (Duta Perancis).

Walau agak kecil, tetapi restoran ini cukup selesa dan agak privasi. 



Restoran Homes Cuisine Bangkok Halal Food





Google Map :  πŸš©πŸš©πŸš— Restoran Homes Cuisine

Alamat : 186 Charoen Krung 36, Bangrak District, Khwaeng Bang Rak, Khet Bang Rak, Krung Thep Maha Nakhon 10500, Thailand

Tel +66 89 129 2006 

Facebook  https://www.facebook.com/HomecuisineIslamic/

Cara ke sini
1. Naik Grab Car/teksi

2. Naik  BTS Skytrain
Turun di Station Surasak ( BTS Lane SILOM), dan perlu menapak dalam 1.3 km ke sini.

Tapi Mat Drat hari tu menapak dari Station BTS Saphan Taksin

Menu dan Harga
Menu adalah Thai Food dan Indian Food. 
Harga makanan pula bagi Mat Drat reasonable bersesuaian dengan tempat dan rasanya yang umpph.

Mat Drat ingat lagi... Antara menu yang betul-betul sedap malam tu, Thai Curry dia. memang power... πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Restoran ni terima kad kredit ye.


Link ke travelog di mana Mat Drat menjamu selera di sini 
     - πŸ‘‰πŸ‘‰ Travelog Bangkok Part V



Tempat Makan Halal di Bangkok Home Cuisine
Thai Curry

Tempat Makan Halal di Bangkok Home Cuisine
Antara menu pilihan

Tempat Makan Halal di Bangkok Home Cuisine
Pencuci mulut...banyak pilihan




5. Sinthorn Steak House

Restoran ni agak jauh sikit. Rasanya naik BTS susah sikit nak kesini. Mat Drat tempoh hari, memang sewa van untuk 4 jam...untuk sessi dinner ni sahaja.

Restoran menyediakan western food dan juga steamboat n BBQ.

Harga makanan western food kira padan dengan suasana di dalam ni yang agak privasi dan cukup selesa.

Harga makanan steamboat pula, Mat Drat tak boleh nak komen sebab tak try. Tapi ikut keluasan area steamboat n BBQ ni serta bilangan pelanggan, rasanya harga sangat berpatutan....ramai orang.
 

Google Map :  πŸš©πŸš©πŸš— Sinthorn Steak House

Alamat 3333-, 134/9 Ramkhamhaeng Rd, Khwaeng Hua Mak, Khet Bang Kapi, Krung Thep Maha Nakhon 10240, Thailand 

Tel 1+66 2 377 7322

Tel 2 : +66 087 799 8494 ( Fatimah Bin Sorlaeh) - rasanya boss ni, sebab dapat biz kad dia masa makan kat situ.

Laman Web : πŸ‘‰πŸ‘‰ http://sinthornsteak.com/

Facebook : Sinthorn Steak House  - (Bukan page atau profile rasmi Sinthorn Steak House)

Cara ke sini
1. Naik Grab Car/teksi
2. Naik  BTS Skytrain - Terlalu jauh dari station BTS

Menu dan Harga
Boleh pilih nak makan :
- western food (di dalam bangunan)
- steamboat dan BBQ (di luar bangunan)
 
Harga makanan kira reasonable berpadanan dengan rasa serta suasana yang agak privasi. Tak murah dan tak mahal, sedang-sedang saja..... 😊
Mat Drat dan kawan-kawan makan western di sini. Antara sebabnya, dah Day 4, jadi nak tukar dari makanan siam ke pilihan lain.
Link ke travelog di mana Mat Drat menjamu selera di sini 
     - πŸ‘‰πŸ‘‰ Travelog Bangkok Part VI

Tempat Makan Halal di Bangkok Best Steak Western Food Sinthorn Steak House


Tempat Makan Halal di Bangkok Best Steak Western Food Sinthorn Steak House


Tempat Makan Halal di Bangkok Best Steak Western Food Sinthorn Steak House


Tempat Makan Halal di Bangkok Best Steak Western Food Sinthorn Steak House





6-7. Arab Street Bangkok - Soi 3 Nana

Soi 3 ini turut dikenali dengan nama 'Arab Street'. Jadi sudah pasti area sini banyak pilihan makanan arab dan makanan halal.

Kalau travel ke mana-mana tu, jumpa arab street .... mesti senang cari makan.

Dalam banyak-banyak restoran 'arab' di sini, dua restoran yang Mat Drat sempat singgah untuk melihat menu dan harga adalah Restoran Alif Laila dan Restoran ShahRazad.

Tapi akhirnya Mat Drat dan kawan-kawan makan di Restoran ShahRazad.

Lokasi kedua-duanya saling berdekatan. Alif Laila ditepi jalan utama Soi 3, manakala Restoran ShahRazad di bahagian dalam. 

Selain dari restoran-restoran , terdapat juga beberapa restoran makanan arab dan timur-tengah lain serta penjaja-penjaja di kawasan ini...


Alamat Soi 3

Google Map Restoran Shahrazad - πŸ‘‰πŸ‘‰ πŸš©πŸš© ShahRazad

Google Map Restoran Alif Laila  -  πŸ‘‰πŸ‘‰ πŸš©πŸš© Alif Laila


Harga makan di ShahRazad ni lebih kurang kita makan nasi arab di Restoran Wadi Hadramawt atau Restoran Al Rawsha di KL.


Cara ke sini
1. Naik Grab Car/teksi
2. Naik  BTS Skytrain - Turun di station BTS Nana

Menu dan Harga
Masakan menu makanan arab

 
Tempat Makan Halal Food di Bangkok Arab Street
Ini tingkat 2. 
Tingkat bawah lebih kepada untuk walk-in,
dan atas untuk tempahan in group.

Tempat Makan Halal Food di Bangkok Arab Street
Nasi Mandy pasti jadi pilihan 

 




8. Yusup Pochana


Mat Drat tak makan di sini, jadi Mat Drat copy paste info dari https://www.eatingthaifood.com

Hampir makan di sini, tapi last minit tukar ke Sithorn Steak House.

Address : Kaset-Nawamin Rd., Lat Phrao, Bangkok

Tel : +66 081-659-6588 \ +66 089-923-8099

Menu  : Indian Food 


Business hours : Monday-Sunday:08:00-15:00


Google Map  πŸ‘‰πŸ‘‰ πŸš©πŸš© Yusup Pochana


Kredit : EatingThaiFood

Kredit : EatingThaiFood




9. Damnoen Saduak Floating Market

Info ni  Mat Drat share kot-kot ada yang plan nak ke Damnoen Floating Market.

Di sini, hanya ada satu sahaja gerai makanan halal.

Pemandu bot akan bawa kita ke gerai ni, mesti dia tahu kalau kita ni muka Asean, lagi-lagi muka Malaysia. Tapi nak selamat kalau takut terlepas, cakap awal-awal nak singgah gerai HALAL FOOD.

Harga .... Harga pelancong ye !!!

Lokasi  .... Damnoen Saduak Floating Market. Gerai makcik ni antara gerai yang paling awal dijumpai, jadi kalau lapar tu.. boleh la singgah untuk order. 




Halal Food Bangkok Damnoen Floating Market
Gerai Makcik jual makanan halal
Senyum je makcik ni


Halal Food Bangkok Damnoen Floating Market
Antara Menu yang ada. Boleh la order Pad Thai

Halal Food Bangkok Damnoen Floating Market
MatDrat Sempat buat part-time...
ambil upah hantar kat kawan-kawan
PAD THAI Halal Food Bangkok Damnoen Floating Market
Pad Thai


10. Berhampiran Masjid

Satu pilihan.... boleh juga mencari makanan di kawasan berhampiran masjid.

Seperti perkongsian sebelum ni, Mat Drat ada jumpa tempat makan muslim ;

- di Masjid Haroon : Terdapat gerai-gerai di tepi / sebelah masjid.
- di Masjid Ban Oou : Terdapat sebuah restoran Muslim berhampirannya.


Lokasi Google Map Masjid Haroon Bangkok -πŸ‘‰πŸ‘‰πŸš©πŸš©Masjid Haroon Bangkok

Lokasi Google Map Masjid Ban Oou πŸ‘‰πŸ‘‰ πŸš©πŸš© Masjid Ban Oou Bangkok


Mat Drat share pasal Muslim Restoran ni , mana tahu ada yang tersampai area sini. Atau pun lepas cruise terasa lapar. Boleh la cari makanan di area sini.

Lokasi Google Map Muslim Restoran Bangkok -πŸ‘‰πŸ‘‰πŸš©πŸš©Muslim Restoran


Link ke travelog di mana Mat Drat singgah di sini - πŸ‘‰Trip Bangkok - TIPS







Kesimpulannya...nak makan di Bangkok ni tak ada masalah. Selain tempat-tempat di atas...kalau lapar sangat boleh pergi ke 7E dan cari biskut/roti/chocolate yangada tanda halal di situ. 7E cukup banyak di Bangkok .




Entry-entry berkaitan trip Bangkok ini :

 Tips Bercuti ke Bangkok
Percutian ke Bangkok Thailand Travelog I: Bangkok
 Travelog II : Floating Market
Elephant Village Damnoen Saduak Housing Travelog III : Elephant Village 
Travelog Percutian Bangkok - Maeklong Railway Station Market Travelog IV : Maeklong Railways  
 Travelog V : River Cruise
Travelog Bangkok Day 3 - Shopping di Bangkok Travelog VI : Shopping Murah 
Tempat Makan Halal Di Bangkok Tempat Makan Halal di Bangkok 
Tempat Menarik di Bangkok Thailand Tempat Menarik di Bangkok 
Percutian ke PATTAYA







~Mat-Drat ~

Kalau rasa bermanafaat, boleh share. πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

9 comments:

  1. Ꮢara Ρ–sso, algumas dicΙ‘Ρ• podem azer a diferenΓ§a.

    ReplyDelete
  2. Di pattaya ade tak tuan. Btw perkongsian menarik utk rujukan halal. Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di Pattaya ada... 2H2M di sana... Dari Bangkok kami ke Pattaya. Nanti saya sambung travelog ni ☺️😊

      Delete
  3. I am really impressed with your writing skills and also
    with the layout on your blog. Is this a paid theme or did you
    customize it yourself? Anyway keep up the nice quality writing, it is rare to see a nice blog like this one these days.

    ReplyDelete
  4. Menarik.. kali terakhir ke bangkok tahun 2005, tiba2 rasa dah terlalu lama pula haha. Pasti bnyk perubahan dan klu bab makanan ni mmg terbaik.. mmg selalu berselera dgn masakan thai apatah lagi original dan halal kat sana. Thanks sharing info bermanfaat ni :)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Restauran muslim halal terbaru "SAMAT MUSLIM FOOD" di 419 Ratchaprarop Rd, Khwaeng Makkasan. PRATUNAM MARKET. Terbaik dan berbeza rasa. Menu Tidak terdapat di restauran lain. 5 bintang

    ReplyDelete

Komen dan cadangan dari pembaca amat di alu-alukan.Walau bagaimana pun Mat Drat mengambil sedikit masa untuk membalas komen atau sebarang pertanyaan.

Kalau lambat repy tu, Mat Drat minta maaf ye.

Dan kepada Cik / Encik Anonymos, lagi manis kalau letak nama (nama samaran pun okey)